Isnin, 3 Oktober 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Warga asing kuasai pasar malam

Posted:

Warga asing kuasai pasar malam

Warga asing kuasai pasar malam

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpenang@utusan.com.my

PULAU PINANG 2 Okt. - Peniaga warga asing didakwa menjalankan perniagaan secara haram di tapak-tapak pasar malam di negeri ini sehingga menjejaskan sumber pendapatan peniaga tempatan.

Mereka yang terdiri daripada warga Indonesia, Kemboja dan Bangladesh dikatakan turut membolot tapak peniaga tempatan sedia ada.

Difahamkan tindakan mereka menjual barangan basah, kering dan perkakasan rumah kini semakin berleluasa.

Yang Dipertua Persatuan Peniaga-peniaga Melayu Pasar Malam negeri (PPPMPP), Azizan Jaafar berkata, tindakan golongan tersebut mula disedari sejak awal tahun ini.

Setakat ini, jelas beliau, pihaknya telah mengenal pasti lebih 20 lokasi pasar malam yang menjadi tumpuan peniaga warga asing.

Antaranya, Seberang Perai, Pantai Jerejak, Tapak Pesta Sungai Nibong, Sungai Ara, Sungai Batu, dan Balik Pulau.

"Berikutan aduan yang diterima berhubung kemasukan mereka (warga asing) di beberapa pasar malam di negeri ini, kita kini mempertingkatkan pemantauan pada setiap masa," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau, pihaknya sudah memberi amaran kepada para peniaga haram terbabit agar menghentikan operasi masing-masing.

Bagaimanapun, tegas beliau, kita mungkin terpaksa meminta bantuan pihak berkuasa tempatan jika masalah berkenaan masih berlarutan.

Tiada sekolah Tamil akan ditutup

Posted:

Tiada sekolah Tamil akan ditutup

Tiada sekolah Tamil akan ditutup

KULIM 2 Okt. - Masyarakat India di Kedah diseru supaya jangan mudah mempercayai kenyataan palsu sekumpulan pihak yang kini aktif menyebarkan khabar angin dengan mendakwa beberapa buah sekolah rendah Tamil di negeri ini akan ditutup.

Pengerusi Perhubungan MIC Kedah S.Ananthan berkata, ada pula pihak yang kononnya telah menemui Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda di Sungai Petani menyerahkan protes dan memorandum mereka.

"Tiada sebuah pun sekolah Tamil yang telah ditutup malahan yang sedia ada pula kini mendapat peruntukan untuk membina bangunan tambahan yang baru selain beberapa sekolah pula mendapat biaya untuk kerja-kerja penyenggaraan dan baik pulih lagi", katanya kepada Bernama di sini semalam.

Ananthan bersama Penyelaras Barisan Nasonal (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kulim, Chua Teong Ghee melawat ke tapak pembinaan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Ular di sini hari ini.

Beliau berkata, sejak 2009 sehingga kini, sebanyak 18 buah sekolah jenis kebangsaan Tamil di Kedah mendapat bantuan kerajaan sebanyak RM31.49 juta untuk pembinaan bangunan baru menggantikan bangunan lama yang tidak sesuai lagi untuk menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat.

Menurut Ananthan di daerah Kulim sahaja, tujuh buah sekolah mendapat bangunan baru iaitu SJKT Kulim, SJKT Padang Meha, SJKT Victoria, SJKT Ladang Sungai Ular, SJKT Ladang Wellesly, SJKT Henrietta dan SJKT Paya Besar.

Katanya, kerajaan juga mengeluarkan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk 22 buah sekolah Tamil di negeri ini untuk kerja-kerja menaik taraf selain daripada pembinaan bangunan baru itu.

"Di samping itu juga kerajaan persekutuan turut mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2.2juta bagi pembelian perabot baru serta peralatan di 13 buah sekolah sama di Kedah.

Sementara itu, pembinaan SJKT Ladang Sungai Ular setinggi tiga tingkat berharga RM2 juta dijangka siap pada April 2012.

"Sekolah ini merupakan yang kedua besar di daerah ini yang mempunyai pelajar seramai 210 orang dan dengan adanya bangunan baru ini ia akan memberi keselesaan kepada pelajar untuk menuntut ilmu," katanya.

Ananthan memberitahu, SJKT Paya Besar adalah sebuah sekolah baru yang di bina di kawasan Paya Besar, Lunas dengan kos RM8.61 juta dan kedudukannya berhampiran sebuah sekolah menengah dan sekolah kebangsaan di situ.

— BERNAMA

7 premis musnah dalam kebakaran

Posted:

7 premis musnah dalam kebakaran

7 premis musnah dalam kebakaran


TUJUH deretan rumah kedai termasuk tiga rumah kediaman musnah terbakar di Kampung Pisang, Air Itam, Pulau Pinang, kelmarin.


PULAU PINANG 2 Okt. - Empat buah rumah kedai dan tiga rumah kediaman di Kampung Pisang, Air Itam musnah dalam kebakaran yang berlaku malam semalam.

Kebakaran dipercayai berlaku kira-kira pukul 11 malam itu menyebabkan kerugian hampir ratusan ribu ringgit.

Difahamkan, api dipercayai berpunca dari bahagian tengah sebuah rumah sebelum merebak ke rumah bersebelahan yang diperbuat daripada kayu.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Penguasa Bomba Izuan Ariff Mat Nor berkata, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian itu.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.01 minit dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

"Sebanyak empat buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak serta lima pasukan bomba sukarela melibatkan keseluruhannya 60 anggota bomba termasuk St. John's Ambulance dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia turut membantu.

"Kesemua penghuni berjaya keluar sebelum bomba tiba," katanya kepada pemberita di sini malam semalam.

Kebakaran berjaya dikawal setengah jam kemudian dan punca kejadian masih disiasat.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved