Rabu, 20 Julai 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Lawan 'Singa' tanpa kelibat Mat Yo

Posted:

Lawan 'Singa' tanpa kelibat Mat Yo

Lawan 'Singa' tanpa kelibat Mat Yo

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Norshahrul Idlan Talaha (kiri) terlepas peluang mewakili negara menentang Singapura pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, esok.


KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Malaya akan menyeberangi Tambak Johor hari ini tanpa khidmat Norshahrul Idlan Talaha yang digugurkan daripada 24 senarai akhir yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Ketiadaan Norshahrul bukannya kerana masalah prestasi tetapi ekoran kecederaan otot pelipat lutut (hamstring) yang dialaminya semasa beraksi menentang Arsenal pada 13 Julai lalu, belum pulih.

Kehilangan Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo pastinya merencatkan sedikit perancangan Datuk K. Rajagobal yang mahu melihat Safee Sali dan penyerang Kelantan itu kembali bergandingan.

Apa pun, ketiadaan Mat Yo mungkin membuka peluang kepada Abdul Hadi Yahaya atau Ahmad Fakri Saarani untuk diturunkan di barisan serangan di samping beberapa pilihan lain yang ada seperti Izzaq Faris Ramlan, Ismail Faruqi dan Baddrol Bakhtiar mengisi slot penyerang bantuan.

Sebaliknya, berita itu pasti memberikan khabar gembira kepada Singapura memandangkan Mat Yo mempunyai tahap keserasian yang tinggi dengan Safee untuk merobek gawang lawan seperti mana dibuktikan ketika mengalahkan Indonesia di pentas akhir Piala AFF tahun lalu.

Selain Mat Yo, dua lagi rakannya dari Kelantan, S. Chanturu dan Mohd. Shakir Shaari turut menerima nasib yang sama apabila tidak disenaraikan di samping seorang lagi penyerang dari Johor FC, Shahrizal Saad.

Apa yang menarik, Rajagobal membawa masuk begitu ramai pertahanan dengan sembilan pemain disenaraikan, satu jumlah yang dilihat agak besar selepas persembahan barisan belakang negara itu dikritik hebat semasa perlawanan berdepan Arsenal dan Liverpool baru-baru ini kerana melepaskan 10 jaringan kepada lawan.

Bagi posisi pertahanan tengah sahaja, Rajagobal mempunyai banyak pilihan kerana boleh menurunkan Mohamad Aidil Zafuan, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Farisham Ismail atau Mohd. Rizal Fahmi Ab. Rosid.

Pada posisi tengah, tiada sebarang kejutan besar dilihat dengan beberapa muka sama iaitu ketua pasukan, Safiq Rahim, Amar Rohidan, Mohd Amirulhadi Zainal, S. Kunanlan, Mohd. Ashari Samsudin, K. Gurusamy masih mendapat kepercayaan Rajagobal.

Cuma persoalan paling menarik, antara Khairul Fahmi Che Mat atau Sharbinee Allawee, siapakah penjaga gol yang akan menjadi pilihan jurulatih untuk diturunkan di Stadium Jalan Besar?

Persembahan Khairul Fahmi dilihat sedikit menurun pada dua perlawanan terakhir sementara Sharbinee didapati begitu semakin menyerlah jika aksinya ketika bertemu Taiwan pada pusingan pertama dijadikan ukuran.

Sementara itu, peluang penjaga gol ketiga, Nasril Nourdin juga tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana turut mempamerkan aksi yang baik semasa berdepan Arsenal dan Liverpool.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Joseph, Daudsu tidak rela

Posted:

Joseph, Daudsu tidak rela

Joseph, Daudsu tidak rela

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Namanya di kalangan penyokong setia Terengganu tidak perlu diperkenalkan lagi, malah dia dianggap antara arkitek kebangkitan skuad Penyu pada musim ini terutamanya selepas memenangi Piala FA.

Kreativitinya membuka ruang kepada barisan penggempur di samping mempunyai hantaran silang berkualiti menjadi aset buat pemain berusia 24 tahun ini menjadi sebutan di kalangan pengikut bola sepak tempatan.

Namun, pemuda yang berasal dari Sarawak dari suku kaum Kenyah ini ternyata belum dapat menambat hati pengendali skuad negara, Datuk K. Rajagobal untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad Harimau Malaya.

Akhirnya peluang yang amat ditunggu oleh Joseph Kallang menjadi kenyataan walaupun individu yang memanggilnya bukanlah Rajagobal, sebaliknya jurulatih skuad Olimpik dan Harimau Muda, Ong Kim Swee bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan Chelsea.

Sambil menyifatkan ia bagaikan mimpi menjadi kenyataan, dia mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Kim Swee.

''Terus terang saya tidak menyangka mendapat peluang sebegini, sudah lama saya impikan menyarung jersi negara, ia adalah impian buat mana-mana pemain.

''Walaupun ramai yang memberikan sokongan kepada saya untuk beraksi bersama skuad negara tetapi rezeki belum berpihak kepada saya.

''Jadi, apabila mendapat peluang sebegini, sudah tentu saya tidak mahu melepaskan peluang mahu membuktikan apa yang saya boleh lakukan pada perlawanan dengan Chelsea nanti serta membalas sokongan yang diberikan oleh peminat,'' katanya yang ditemui selepas sesi latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Dia merupakan salah seorang daripada sembilan pemain senior yang dipanggil Kim Swee untuk digandingkan dengan 13 pemain skuad Olimpik pada perlawanan dengan The Blues malam ini.

Tambah Joseph, dia sama sekali tidak gentar dengan reputasi besar Chelsea kerana apa yang penting dia mahu memberikan yang terbaik demi menjaga maruah negara.

''Saya mahu bermain baik pada malam esok (hari ini) dan membuka ruang kepada rakan sepasukan mendapatkan gol dan paling penting, kita mampu memberikan saingan," katanya.

Sementara itu, Daudsu Jamaluddin, yang mempunyai pengalaman menentang Chelsea pada tahun 2008, menyifatkan skuad kali ini jauh berbeza dengan sebelum ini.

''Chelsea kini di bawah pengurus baru, Andre Villas-Boas, jadi tidak boleh dibandingkan dengan masa kali terakhir kami berjumpa dahulu.

''Walaupun ada pemain yang masih kekal, gaya permainan mereka sudah tentu berbeza,'' yang mengakui faktor gugup tidak boleh diketepikan semasa berdepan Chelsea nanti memandangkan mereka bakal berhadapan dengan skuad yang mempunyai ramai berkelas dunia.

Pada perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Shah Alam pada tahun 2008, skuad negara tewas 0-2.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Sindiket dadah guna hotel dibanteras

Posted:

Sindiket dadah guna hotel dibanteras

Sindiket dadah guna hotel dibanteras

Oleh RAHANA MOHD DAHARI
utusankelantan@utusan.com.my


MAZLAN Lazim (kiri) bersama pegawainya menunjukkan dadah dan sejumlah wang yang dirampas dalam operasi di sebuah hotel pada sidang media di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 20 Julai - Polis percaya dapat menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini yang turut melibatkan negara jiran dengan penahanan lima suspek di sebuah hotel di sini yang dijadikan lokasi urus niaga mereka, semalam.

Dalam serbuan pukul 11 pagi itu, polis menahan semua suspek termasuk dua kakitangan sebuah hotel dan seorang wanita, kesemuanya berusia 27 hingga 48 tahun.

Menurutnya, seorang lagi suspek maut akibat terjatuh dari tingkat lapan hotel terbabit ketika melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, kesemua suspek yang ditahan direman seminggu untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Katanya, perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rozita Md. Saad.

"Suspek-suspek warga tempatan itu juga positif dadah sementara tiga daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

"Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket jual beli dadah melibatkan dua negara (Malaysia dan Thailand)," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut serbuan tersebut, Mazlan berkata, suspek yang maut itu ialah Tengku Mohd. Habib Tuan Yazid, 24, dari Kemumin, Pengkalan Chepa dekat sini.

Beliau memberitahu, polis turut menemui lima jenis dadah di dalam bilik hotel berkenaan iaitu dua botol heroin, 12 peket syabu, 235 biji ekstasi, 140 biji methamphetamine dan empat biji eramin 5 yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM60,000.

Polis juga, katanya, menemui mata wang ringgit berjumlah RM26,600 dan bath Thailand bernilai 640,000 (RM64,000).

"Kegiatan itu dikesan sejak empat bulan lalu. Selepas intipan dan risikan dilakukan, polis mendapati kegiatan urus niaga dadah itu sering berpindah lokasi sehinggalah mereka mendaftar masuk ke hotel tersebut pada sebelah pagi sebelum serbuan dilakukan," katanya.

Mazlan memberitahu, pihaknya akan turut menjalankan siasatan sama ada kesemua suspek mempunyai rangkaian dengan pengedar dadah di negara jiran.

"Polis tidak akan berhenti setakat ini dan siasatan akan dijalankan termasuk mengesan sekiranya terdapat rakan-rakan suspek yang terlibat dalam sindiket pengedaran dadah itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bimbang rasuah golongan muda

Posted:

Bimbang rasuah golongan muda

Bimbang rasuah golongan muda

BUTTERWORTH 20 Julai — Jumlah golongan muda yang terbabit dalam amalan rasuah semakin membimbangkan berikutan 61 peratus kes tangkapan di Pulau Pinang pada enam bulan pertama tahun ini melibatkan golongan itu.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang, Datuk Latifah Md. Yatim berkata, peratusan tangkapan yang melibatkan golongan itu sepanjang tahun lepas adalah sebanyak 71 peratus.

"Sebanyak 27 daripada 44 tangkapan di negeri ini antara Januari hingga Jun tahun ini melibatkan golongan muda iaitu mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun," katanya kepada pemberita selepas Forum Perdana Ehwal Islam di sini hari ini.

Forum anjuran SPRM Pulau Pinang itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff.

Latifah berkata, bagi tahun 2007, tangkapan yang dibuat oleh SPRM Pulau Pinang yang melibatkan golongan muda adalah sebanyak 62 peratus, 2008 (74 peratus) dan 54 peratus pada 2009.

"Tangkapan di peringkat nasional ke arah itu juga. Daripada 501 tangkapan antara Januari hingga Jun tahun ini, 277 tangkapan melibatkan golongan muda," katanya.

Beliau berkata, golongan muda terutamanya pelajar terbabit dengan rasuah berikutan mahu mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Latifah berkata, golongan pelajar bertindak sebagai pemberi rasuah apabila ditahan polis kerana tidak memakai topi keledar atau tidak ada cukai jalan.

Selain itu, katanya, keinginan untuk hidup mewah juga menjadi punca golongan muda terbabit dengan amalan rasuah.

"Mereka ingin hidup mewah tetapi pendapatan tidak cukup...ini mendorong mereka terbabit dengan rasuah," katanya. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Sekat kegiatan Anwar beri tekanan kepada Malaysia

Posted:

Sekat kegiatan Anwar beri tekanan kepada Malaysia

Sekat kegiatan Anwar beri tekanan kepada Malaysia

KUALA LUMPUR 20 Julai - Kerajaan perlu bertindak menyekat segala kegiatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipercayai giat membina rangkaian dan memperkukuhkan hubungan dengan Indonesia.

Ini kerana kegiatan Ketua Pembangkang itu dalam memberi tekanan antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia sangat berbahaya kepada keselamatan negara.

Pensyarah Geopolitik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, jika benar kegiatan seperti itu berlaku maka ia bukan sahaja akan memporakperandakan hubungan antara kedua-dua negara malah turut menjejaskan imej kerajaan di peringkat global.

"Jika kemungkinan ini berlaku, ia satu petanda yang tidak sihat. Saya lihat tindakan itu tidak sesuai dengan status beliau sebagai ahli politik kanan. Ini kerana kalau masalah negara kita diperjelas, dibentang dan dikritik di luar negara, ia sudah pasti akan memberi gambaran tidak baik.

"Negara umpama sebuah keluarga, buat apa nak bercerita keburukan ahli keluarga kita kepada orang lain. Kenapa mesti meminta pandangan pihak luar untuk menyelesaikan masalah negara sendiri?" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan Ketua Pembangkang itu memperluaskan pengaruh 'Anwarisme' dengan mengadakan siri jelajah dan dialog bersama rakyat di negara jiran tersebut, baru-baru ini.

Mohd. Fuad berkata, tindakan memburukkan nama negara itu juga seakan-akan memberi ruang kepada pihak luar untuk mencabuli urusan dalaman negara.

Ini memandangkan, kata beliau, banyak ruang yang boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah tanpa perlu merujuk kepada pihak luar yang belum tentu memihak kepada negara.

"Mereka (pihak luar) boleh memberi pandangan tetapi penglibatan mereka mesti paling minimum serta tidak boleh mempengaruhi rakyat dan keamanan negara," ujarnya.

Sementara itu Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar beranggapan hanya segelintir pihak sahaja yang masih mempercayai Anwar.

Ini kerana kata beliau, kredibiliti Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sudah jatuh merudum dan tidak lagi dilihat sebagai seorang intelek sebaliknya sebagai pemberontak yang berhadapan dengan keruntuhan moral.

"Itu (membina dan memperkukuhkan rangkaian dengan negara luar) memang taktik Anwar untuk kata dia masih berkuasa. Tetapi keyakinan orang semakin luntur kerana perbuatan memberontak dan tabiat peribadi yang tidak bermoral.

"Sebenarnya yang percaya (dengan Anwar) sedikit, malah boleh dibilang dengan jari. Yang lain diupah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Usaha Anwar bina rangkaian di Indonesia satu

Posted:

Usaha Anwar bina rangkaian di Indonesia satu

Usaha Anwar bina rangkaian di Indonesia satu

KUALA LUMPUR 20 Julai – Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dikatakan giat membina rangkaian dan memperkukuhkan hubungannya dengan Indonesia bagi memberi tekanan antarabangsa terhadap Malaysia disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada negara.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, tindakan itu menunjukkan niat sebenar Ketua Pembangkang itu yang cuba merosakkan imej negara demi kepentingan peribadinya.

"Hubungan Anwar dengan Indonesia ini memang sudah lama sejak beliau berada dalam kerajaan lagi. Namun apa yang digambarkan oleh Anwar kepada Indonesia kini, cara beliau bawa cerita memburukkan Malaysia, ini adalah niat jahat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Anwar yang dipercayai mengadakan siri jelajah dan dialog bersama rakyat di negara jiran itu, baru-baru ini.

Anwar dikatakan turut menjadikan masyarakat terutama dari kalangan rakyat yang bertaraf hidup rendah, mahasiswa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media, menteri-menteri dan bekas ahli politik sebagai kumpulan sasarannya di negara itu.

Zahrain yang merupakan bekas ahli PKR berkata, pengaruh Anwar di negara jiran itu sebenarnya tidak lagi relevan memandangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia semakin pulih.

"Sudah banyak masalah dapat diperbetulkan oleh kerajaan Malaysia kini. Tambahan pula kredibiliti Anwar di sana sudah mula dipersoalkan sesetengah rakyat Indonesia," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Laporan suruhanjaya Beng Hock diumum hari ini

Posted:

Laporan suruhanjaya Beng Hock diumum hari ini

Laporan suruhanjaya Beng Hock diumum hari ini

KUALA LUMPUR 20 Julai - Kabinet bersetuju supaya Laporan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock diumumkan kepada orang ramai, esok.

Menurut sumber, orang ramai boleh membeli laporan tersebut daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dengan harga RM45 senaskhah bermula pukul 10 pagi, Jumaat.

Isnin lalu, Kabinet memutuskan Laporan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 22 Jun lalu didedahkan kepada umum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan itu dicapai setelah beliau membawa memorandum mengenainya ke mesyuarat Kabinet pada 6 Julai lalu.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi pengesahan bila laporan tersebut akan dikeluarkan memandangkan ia kini berada di bawah bidang kuasa Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keputusan kes Benjy 17 Ogos

Posted:

Keputusan kes Benjy 17 Ogos

Keputusan kes Benjy 17 Ogos

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my


Benjy di temani adiknya, Elza ketika hadir di Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 20 Julai - Nasib pelakon Benjy sama ada dibebaskan atau disabitkan atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.24 gram yang ditemui dalam kediamannya di Kondominium Menara Duta 2, tahun lalu akan ditentukan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 17 Ogos ini.

Majistret Hafizza Sauni menetapkan tarikh tersebut selepas peguam bela Amer Hamzah Arshad yang mewakili Benjy dan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abd. Halim selesai mengemukakan hujahan masing-masing hari ini.

Terdahulu, Amer Hamzah dalam hujahnya berkata, Afifi Hamid, 25, selaku bekas pembantu peribadi Benjy, dalam keterangannya mendakwa seorang lelaki yang dikenali sebagai Nor Azizi atau Gi telah datang ke kediaman artis itu sehari sebelum tangkapan berlaku pada 11 Mac 2010.

Tambah beliau, Afifi yang merupakan saksi pembelaan kedua juga memberitahu, Gi adalah rakan Benjy yang telah membawa satu peket plastik berisi syabu dan menghisap dadah itu di ruang tamu serta meninggalkannya di sebuah rak almari sebelum beredar dari unit kondominium tersebut.

''Selain itu, menerusi keterangan tertuduh dan bekas pembantunya, kedua-duanya mendakwa telah pergi memancing ikan di Desa Aman, Kepong pada malam 10 Mac 2010 sehinggalah mereka ditangkap pada hari berikutnya.

''Dakwaan saksi-saksi tersebut tidak dinyatakan melalui keterangan 14 saksi yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, sehubungan itu pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan kes tersebut,'' kata Amer Hamzah.

Noor Mawarni pula menghujahkan bahawa keterangan yang dikemukakan oleh Benjy dan bekas pembantunya merupakan rekaan semata-mata kerana kewujudan Gi tidak pernah dibangkitkan sewaktu Afifi memberi keterangan di peringkat pendakwaan.

Beliau menjelaskan, latar belakang Benjy yang merupakan seorang pelakon sejak kecil lagi, telah 'berlakon' ketika memberikan keterangan membela diri semalam dengan mengada-adakan cerita dalam mahkamah.

''Cerita demi cerita dikemukakan oleh pihak pembelaan dengan tidak memanggil penjaga kolam memancing di Desa Aman serta tidak mengemukakan resit bayaran sebagai bukti tertuduh pergi tempat tersebut.

''Benjy dan Afifi telah berpakat untuk berbuat demikian tetapi mereka sebenarnya telah menjerat diri sendiri dengan mengemukakan keterangan yang tidak konsisten dan berbeza antara satu sama lain.

''Sehubungan itu, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah, kami memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Benjy,'' tegas Noor Mawarni.

Amer Hamzah bagaimanapun menyangkal hujah pendakwa raya itu dengan mengatakan bahawa sekiranya seseorang pelakon di Malaysia dihadapkan ke mahkamah, tentunya sukar untuk mereka membela diri kerana akan didakwa 'berlakon' ketika memberi keterangan.

Benjy, 33, atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim diperintahkan membela diri pada 8 Julai lalu atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di No. A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B melalui Jalan Segambut di sini, pada pukul 4 petang, 11 Mac tahun lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Spratly: ASEAN-China setuju

Posted:

Spratly: ASEAN-China setuju

Spratly: ASEAN-China setuju

NUSA DUA, Indonesia 20 Julai - Pegawai dari ASEAN dan China hari ini mempersetujui satu garis panduan berhubung kerjasama di wilayah maritim yang dituntut di Laut China Selatan.

Diplomat juga mengakui perjanjian itu berjaya meredakan situasi dalam usaha mencapai kompromi semua pihak.

Persetujuan itu dicapai selepas pegawai kanan dua pihak bertemu semasa mesyuarat tahunan ASEAN di pusat peranginan Bali, menjelang pertemuan menteri-menteri esok.

Ketika langkah itu dilihat ramai sebagai 'satu langkah penting' dalam menyelesaikan pertelingkahan wilayah di perairan yang kaya dengan sumber asli tersebut, diplomat secara tersirat mempersoalkan sejauh mana signifikan garis panduan itu kerana ia didakwa kurang spesifik.

Tambahan pula, percanggahan tentang wilayah yang dituntut di perairan itu masih belum jelas selepas China menyatakan tuntutan di seluruh kawasan perairan dan Filipina berkata ia akan mendapatkan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menentukan wilayahnya.

"Melalui perbincangan serta dialog membina dan mendatangkan hasil, kita mampu mencapai satu perjanjian tentang draf garis panduan.

"Ini adalah satu langkah penting dan permulaan yang baik bagi kita untuk bekerjasama dengan satu pandangan untuk terus menggalakkan kestabilan serta keyakinan di rantau ini," kata pegawai kanan Kementerian Luar Vietnam, Pham Quang Vinh.

Dalam perkembangan berkaitan, lima Ahli Parlimen Filipina hari ini melawat pulau Thitu di kepulauan Spratly walaupun mendapat tentangan China yang menyifatkan kunjungan itu boleh memburukkan lagi hubungan rantau.

Ahli Parlimen Walden Bello berkata, kunjungan itu dibuat bagi menggalakkan penyelesaian perebutan wilayah maritim secara baik, namun beliau menegaskan rakyat Filipina yang mengenali pulau itu sebagai 'Pag-asa' bersedia mempertahankan wilayah mereka.

"Kami datang secara baik, kami menyambut baik penyelesaian secara diplomatik. Namun, semua pihak perlu tahu jika mereka merampas Pag-asa dari kami, kami tidak akan berdiam diri," katanya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kemboja mahu pemerhati Indonesia di kuil

Posted:

Kemboja mahu pemerhati Indonesia di kuil

Kemboja mahu pemerhati Indonesia di kuil

PHNOM PENH 20 Julai - Kemboja mahu pemerhati dari Indonesia ditempatkan di kawasan sempadannya dengan Thailand sebelum ia bersedia mematuhi perintah mahkamah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya askarnya diundurkan dari kawasan yang dipertikaikan itu.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague kelmarin memutuskan, kedua-dua negara hendaklah mengundurkan tentera mereka dari kawasan di sekitar kuil purba Preah Vihear yang menjadi medan pertempuran maut awal tahun ini.

Bagaimanapun kedua-dua negara belum mengundurkan askar masing-masing dan Thailand semalam berkata, rundingan antara dua negara jiran itu perlu diadakan sebelum sebarang pengunduran tentera dilaksanakan.

Menteri Luar Kemboja, Hor Namhong berkata, beliau telah meminta Indonesia, selaku Pengerusi ASEAN sekarang, supaya menghantar pemerhati ke kawasan berkenaan secepat mungkin.

"Bagi Kemboja, pemerhati Indonesia mesti dihantar untuk memeriksa kawasan itu terlebih dahulu sebelum kami mengundurkan tentera," katanya kepada wartawan.

Indonesia cuba menjadi perantara bagi menyelesaikan konflik itu bagi pihak ASEAN, tetapi gagal mencapai kemajuan selain perjanjian asas untuk membenarkan pasukan kecil daripada pihak ketiga ditempatkan di kawasan tersebut.

ICJ membuat keputusan itu selepas Kemboja pada akhir April lalu memintanya memberikan tafsiran mengenai keputusannya pada 1962 berhubung kuil Preah Vihear, fokus pertikaian undang-undang yang berlarutan.

Kemboja juga meminta mahkamah mengarahkan Thailand mengundurkan askar dan menghentikan semua aktiviti ketenteraan.

ICJ mungkin mengambil masa beberapa bulan lagi untuk membuat keputusan berhubung permohonan utama Kemboja bagi mendapatkan tafsiran mengenai perintah 1962 itu.

Walaupun Thailand tidak mempertikaikan Kemboja adalah pemilik kuil tersebut mengikut keputusan ICJ 1962, Phnom Penh dan Bangkok menuntut kawasan seluas 4.6 kilometer persegi di sekitar kompleks berusia 900 tahun itu. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


95% terima bekalan elektrik

Posted:

95% terima bekalan elektrik

95% terima bekalan elektrik

Oleh MUSALILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my


Mohd. Sharkar Shamsudin (dua dari kanan) menerima cenderamata yang disampaikan oleh Affendi Abd. Rahman di Temerloh, Pahang, baru-baru ini.


TEMERLOH 20 Julai - Lebih 95 peratus penduduk negeri ini termasuk di kawasan pedalaman dan perkampungan Orang Asli di Pahang telah menikmati kemudahan bekalan elektrik.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, daripada jumlah itu hanya beberapa kawasan masih belum menerima kemudahan itu daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) terutama di perkampungan Orang Asli yang terlalu jauh di pedalaman.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri akan memastikan kawasan terbabit menerima sepenuhnya bekalan elektrik dalam tempoh terdekat ini.

"Setiap rakyat negeri ini boleh menikmati bekalan elektrik dengan selesa tidak seperti 20 tahun lalu apabila banyak kawasan pedalaman yang tidak menerima bekalan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Kesihatan dan Keselamatan Elektrik serta Penerangan Tarif Elektrik Bersama TNB Temerloh dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Kanan Operasi (Wilayah 2) Bahagian Pembahagian TNB, Datuk Roslan Abd. Rahman dan Pengurus TNB Temerloh, Affendi Abd. Rahman.

Mohd. Sharkar berkata, dengan kemudahan yang disediakan TNB itu membuktikan kerajaan sentiasa memastikan rakyat negeri ini menerima kemudahan yang sama tanpa mengambil kira lokasi penempatan masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Sharkar menasihati rakyat supaya berjimat selepas kadar baru tarif elektrik dikuat kuasa 1 Jun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Balai bomba baru bernilai RM8 juta

Posted:

Balai bomba baru bernilai RM8 juta

Balai bomba baru bernilai RM8 juta

TEMERLOH 20 Julai - Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh yang baru bernilai RM8 juta akan siap sepenuhnya akhir tahun depan bakal menjadi balai operasi bagi Zon Timur.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, balai bomba baru itu akan menjadi balai utama yang mengendalikan sembilan balai lain di bawahnya.

Menurutnya, ia yang mula dibina awal tahun ini akan menggantikan balai bomba Temerloh.

"Kita menjangkakan balai bomba baru ini siap sepenuhnya hujung tahun depan dengan kedudukannya yang lebih strategik iaitu di laluan utama Mentakab, Temerloh dan Seberang Temerloh dekat Bukit Angin.

"Kedudukan lebih baik ini akan banyak membantu dalam setiap operasi menyelamat yang dijalankan anggota bomba daerah ini," katanya selepas merasmikan program Teman Pili Bomba anjuran Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab di sini, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Wahab berkata, pihaknya kini mempunyai 34 stesen pasukan bomba sukarela dengan keahlian seramai 1,600 orang.

Beliau memberitahu, pihaknya juga menerima sembilan kereta Proton Arena bagi tujuan kerja-kerja memadam kebakaran yang ditempatkan di beberapa stesen bomba sukarela terpilih di seluruh negeri.

"Salah sebuah kenderaan itu kita tempatkan di Kerdau yang disampaikan semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau baru-baru ini," katanya.

Abdul Wahab berkata, pasukan bomba sukarela terdiri daripada kalangan orang awam yang diberi latihan asas memadam kebakaran sebagai tindakan awal sebelum ketibaan pasukan bomba utama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelanggan cemas pasar raya terbakar

Posted:

Pelanggan cemas pasar raya terbakar

Pelanggan cemas pasar raya terbakar

ROMPIN 20 Julai – Kira-kira 30 pekerja dan pelanggan sebuah pasar raya di Tanjung Gemok di sini bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila premis itu terbakar malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, orang ramai yang berada di luar premis bangunan itu terkejut apabila melihat api tiba-tiba terpercik menerusi kabel elektrik di tingkat tiga premis perniagaan tersebut.

Pengurus Besar pasar raya itu, Lim Teng Lai berkata, ketika kejadian, dia sibuk menyemak stok barangan di premisnya sebelum dikejutkan dengan suara riuh rendah pekerja dan pelanggan yang dalam kecemasan.

"Saya terdengar suara orang menjerit supaya keluar dari premis ini kerana berlaku kebakaran di tingkat atas bangunan.

"Saya terus ke bahagian kaunter menuju pintu utama dan mendapati orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan bagi menyelamatkan diri masing-masing," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Teng Lai memberitahu, kejadian itu menyebabkan dia dan rakan-rakan keluar dari premis tersebut sebelum melihat kepulan asap pada bahagian dinding depan di tingkat tiga bangunan itu.

"Kejadian ini berlaku dalam sekelip mata dan ia dipercayai berpunca daripada masalah pendawaian elektrik atau disebabkan gangguan haiwan seperti burung yang mungkin tersangkut pada kotak elektrik," katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung, Wan Hamidi Hasan, 45, berkata, dia menyedari kejadian tersebut selepas orang ramai menjerit meminta semua pelanggan dan pekerja di pasar raya itu lari menyelamatkan diri.

Menurutnya, sebaik sahaja keluar dari premis itu, dia terkejut kerana mendapati kereta miliknya berada di bawah percikan api elektrik dari tingkat tiga bangunan terbabit sebelum meminta salah seorang penduduk mengalihkan kenderaannya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, Mohd. Affandi Mansor berkata, kejadian pada pukul 8.04 minit malam itu hanya menyebabkan kebakaran pada bahagian papan tanda nama premis terbabit.

Beliau berkata, pihaknya tiba ke tempat kejadian pada pukul 8.23 malam tetapi api berjaya dipadamkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Endau, Johor yang tiba lebih awal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Ujian berat Ujian berat

Posted:

Ujian berat Ujian berat

Ujian berat Ujian berat

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar IRWAN MAJID dan ihsan PESONA PICTURES


KAMARULZAMAN Taib atau lebih dikenali sebagai Che Kem masih lagi menjadi pilihan Shuhaimi Baba untuk membawakan watak Tunku Abdul Rahman dalam filem TANDA Putera.


MESKIPUN memiliki pengalaman luas dalam bidang pengarahan filem, namun bagi pengarah wanita tersohor, Datin Paduka Shuhaimi Baba, mengarahkan filem terbarunya, TANDA Putera (Tanda) cukup mencabar kredibilitinya sebagai seorang pengarah.

Kata Shuhaimi atau lebih mesra disapa Shumi itu, Tanda bukan sebuah filem sembarangan jika hendak dibandingkan dengan lapan filem arahannya sebelum ini termasuk 1957 Hati Malaya.

Apatah lagi, dengan kos penerbitannya yang dianggarkan mencecah RM4 juta, kata Shumi, memang tidak syak lagi, Tanda merupakan filem terbesar yang pernah diarahkan.

"Saya harus akui Tanda menuntut cabaran yang bukan kecil kerana apabila kita berhadapan dengan kos yang begitu besar, maka, kualitinya juga haruslah setaraf dengan bajet yang telah diperuntukkan itu.

"Sudah pasti, saya mahukan yang terbaik untuk Tanda. Atas alasan itu jugalah, filem ini menghimpunkan barisan pelakon yang paling ramai iaitu hampir 30 orang pelakon baik daripada mereka yang sudah mempunyai nama mahupun pelakon baru," jelas Shumi ketika ditemui di lokasi penggambaran Tanda di Masjid Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Barangkali ada yang masih belum tahu Tanda merupakan sebuah naskhah nukilan Shumi yang mengisahkan tentang perjuangan dan persahabatan di antara dua negarawan iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.

Bagi menghidupkan watak bekas Perdana Menteri Kedua itu, tanggungjawab itu digalas oleh aktor terkenal, Rusdi Ramli manakala watak timbalannya pula menjadi milik Zizan Nin.

Selain mereka, Tanda juga dibintangi oleh Kamarulzaman Taib atau Che' Kem sebagai Tunku Abdul Rahman, Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Ton Puan Norashikin Mohd. Seth) dan Norman Hakim (Tun Hanif Omar).

Tidak ketinggalan, Fizz Fairuz yang membawakan watak Tan Sri Arshad Ayub, Nazril Idrus (Tun Dr. Mahathir Mohamad), Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Mohd. Khir Mohd. Noor (Abdul Rahman Hashim), Ngasrizal Ngasri (Datuk Harun Idris) dan Razali Hussain (Ahmad Razali Mohd. Ali).

Tanda turut menyaksikan bekas suami pelakon jelita, Maya Karin iaitu Steven David Shorthose sebagai doktor peribadi Tun Abdul Razak bernama Dr. Macpherson selain dua pelakon baru, Razif Hashim dan Sahee Shamsuddin sebagai Johari dan Najib Tun Razak.

Menyambung bicara, Shumi menjelaskan memandangkan proses penggambaran filem Tanda begitu rumit dan memerlukan masa yang lama, dia memilih barisan pelakon yang mampu memberikan lakonan terbaik tanpa proses latihan yang panjang.

"Ramai juga pelakon teater yang saya ambil untuk berlakon dalam filem ini. Walaupun tiada pengalaman, namun, mereka mempunyai asas lakonan.

"Malah, kami juga telah menghantar Rusdi dan Zizan untuk menghadiri kelas latihan golf selama tiga minggu bagi mempelajari teknik permainan itu dengan betul," ujar Shumi.

Bukan hanya membariskan pelakon yang besar, tetapi kata Shumi, rekaan set untuk filem Tanda juga antara yang cukup mencabar dirinya serta krew produksi.

Untuk filem kesembilan Shumi ini, ia memerlukan 60 set yang berbeza bagi menghidupkan era dari tahun 60-an hingga 80-an yang menjadi tunjang utama kepada penceritaan Tanda.

Ini termasuklah pembinaan lokasi di Setapak, London, Jalan Petaling dan beberapa lokasi penting yang pernah menjadi tumpuan sewaktu era pemerintahan Tun Abdul Razak terutama sewaktu tragedi 13 Mei 1969 yang dibina di Studio Finas, Hulu Kelang serta KRU Studios, Cyberjaya.

"Bukan mudah untuk menghasilkan semua rekaan set ini kerana ia memerlukan penelitian agar benar-benar hidup di layar lebar nanti.

"Bukan itu sahaja, cabaran lain yang dihadapi termasuklah pakaian seragam polis pada era itu. Namun kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia banyak membantu kami," kata Shumi.

Tambahnya, hanya 30 peratus sahaja penggambaran dilakukan di dalam studio, manakala selebihnya adalah di luar. Antara lokasi yang dipilih termasuklah Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara, Kampung Baru, Masjid Negara, Memorial Tun Abdul Razak, Kuang serta Bahau, Negeri Sembilan.

Sementara itu, Tanda yang merupakan projek filem usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan diterbitkan dengan menggunakan Dana Penerbitan Filem Kenegaraan Dan Warisan itu juga akan menjalani penggambaran di London selepas Aidilfitri nanti.

Ia adalah untuk babak sewaktu Tun Abdul Razak mendapatkan rawatan terakhir sebelum meninggal dunia pada 14 Januari 1976 selain mahu mendapatkan suasana pada musim sejuk.

Untuk itu juga, kata Shumi, Tanda akan menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) bagi memberikan kesan khas yang dapat melancarkan lagi proses penggambaran filem ini kelak.

Mengenali Shumi juga, dia cukup menitik beratkan soal lagu tema bagi filem-filemnya dan Tanda juga tidak terkecuali.

Mengakui sudah pun berbincang dengan Sharon Paul selaku komposer lagu tema bagi filem ini, jelas Shumi, Tanda akan mempunyai dua buah lagu tema.

"Pihak kami sudah pun berbincang dengan Yuna untuk sebuah lagu yang akan digunakan bagi menggambarkan era itu.

"Selain itu juga, kami akan menggunakan lagu tema bagi keseluruhan jalan cerita Tanda. Untuk itu, kami sudah pun mencadangkan tiga penyanyi iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Najwa Mahiaddin. Semuanya terpulang kepada Sharon untuk menentukannya," kata Shumi yang kali terakhir muncul dengan filem 1957 Hati Malaya pada tahun 2007.

TANDA Putera dijangka tayangannya sekitar pertengahan tahun 2012.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bubarkan semua persatuan artis

Posted:

Bubarkan semua persatuan artis

Bubarkan semua persatuan artis

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar IRWAN MAJID


SEBAHAGIAN artis yang hadir di Forum Himpunan Bersama Bintang 2011 anjuran akhbar Kosmo! baru-baru ini.


HITS: Apakah alasan Datuk menggesa semua persatuan artis dibubarkan dan hanya bergabung dalam sebuah persatuan sahaja?

Freddie Fernandez: Jawapan saya mudah sahaja iaitu untuk tujuan penyatuan. Selama ini kita ada banyak persatuan seperti Karyawan, Seniman (Persatuan Seniman Malaysia), Papita (Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lirik), Persatuan Artis Cina dan IRIM (Persatuan Industri Rakaman India). Kalau cadangan saya ini diterima, saya juga akan memastikan agar Karyawan juga dibubarkan. Apabila semua persatuan itu dibubarkan, maka kita buka peluang itu untuk semua ahli persatuan tersebut menubuhkan sebuah persatuan baru. Ketika itu mereka boleh pilih siapa pemimpin mereka. Sekarang ini artis-artis berpecah-belah dalam persatuan yang berbeza-beza. Sayangnya, ada persatuan artis yang tidak aktif atau hidup segan mati tidak mahu. Jadi, bagaimana persatuan seperti itu mahu membela kebajikan dan nasib ahli-ahlinya? Sebab itulah, apabila ada hanya sebuah persatuan artis maka barulah kita semua boleh bersatu padu dan kuat. Ia secara tidak langsung akan menjadi kekuatan kita untuk menyuarakan apa-apa juga kepentingan atau masalah yang timbul. Ketika itu, barulah mudah untuk kita menyampaikan semua perkara itu sehingga ke peringkat yang tertinggi termasuklah pihak kerajaan.

Tidakkah idea Datuk itu akan mengundang rasa tidak puas hati kepada persatuan-persatuan lain yang sudah lama ditubuhkan?

Saya rasa isu itu tidak timbul kerana saya yakin semua ahli Karyawan juga bersetuju dengan cadangan saya itu. Begitu juga dengan ahli-ahli persatuan lain, apatah lagi bagi persatuan- persatuan artis yang tidak aktif. Ini kerana, gesaan saya itu bukan sahaja terhadap persatuan-persatuan artis lain tetapi termasuk juga Karyawan. Niat saya satu sahaja iaitu untuk penyatuan. Kalau selama ini Karyawan aktif dengan pelbagai aktiviti kebajikan untuk ahli-ahlinya. Maka, saya yakin apabila semua artis bergabung dalam sebuah persatuan ia akan menjadi lebih aktif dan teratur. Sebab itu, tidak timbul isu rasa tidak puas hati dan sebagainya. Malah, saya juga sanggup meletakkan jawatan saya sebagai Presiden Karyawan serta merta jika saranan saya agar semua persatuan artis dibubarkan. Saya juga tidak mahu bertanding apa-apa jawatan dalam usaha menubuhkan persatuan yang baru itu nanti.

Apa komen Datuk apabila ada artis yang ragu-ragu dalam usaha ini, malah ada yang mencadangkan ditubuhkan sebuah persatuan atau koperasi seperti Koperasi Penggiat Tanah Air atau Kopstar baru-baru ini?

Dalam hal ini, ramai artis yang masih ragu-ragu kerana mereka seperti keliru dengan fungsi persatuan yang mereka sertai. Mereka seperti memandang remeh akan fungsi persatuan yang mereka sertai selama ini apatah lagi selepas mendapati tidak banyak perkara yang dilakukan bagi menjaga hak dan kebajikan mereka. Sebab itulah saya menyarankan agar ditubuhkan sebuah persatuan baru yang dipilih sebulat suara oleh golongan tersebut. Kita mahu buka buku baru. Biarlah kali ini pemimpin yang akan memimpin persatuan itu mereka yang benar-benar layak dan ikhlas memperjuangkan kebajikan ahli-ahlinya. Kita tidak mahu pemimpin yang menggunakan persatuan untuk kepentingan peribadi. Ini kerana, fungsi persatuan ialah bagi membela nasib dan kebajikan ahli-ahlinya. Dalam isu Kopstar yang disuarakan oleh penyanyi Ziana Zain dalam Forum Himpunan Bersama Bintang 2011 anjuran akhbar Kosmo di Kuala Lumpur baru-baru ini ia jelas tidak relevan. Kita harus faham koperasi dan persatuan dua perkara yang berbeza. Kita tidak mahu adanya Kopstar yang dilihat seolah-olah cenderung kepada kepentingan individu semata-mata.

Apakah usaha Datuk bagi merealisasikan penubuhan hanya sebuah persatuan artis di negara ini?

Sebagai permulaan, saya dan ahli-ahli Karyawan akan menjalankan kempen kesedaran buat semua artis akan peri pentingnya bergabung di bawah satu persatuan. Kami bercadang mengadakan beberapa forum dan perjumpaan bagi menjelaskan perkara tersebut. Dalam usaha ini, kami akan meminta kerjasama pihak media massa terutamanya syarikat-syarikat akhbar dan majalah bagi menyokong usaha ini. Apabila sudah ada kefahaman dan kesedaran itu, maka saya yakin ramai artis yang akan menyokong penubuhan satu persatuan ini. Apabila semuanya berjalan lancar, kita akan beri masa dan tetapkan satu tempat dan waktu bagi mengumpulkan semua artis. Ketika itu kita akan buat pemilihan dalam banyak aspek termasuklah siapakah yang akan memimpin persatuan itu. Kita jalankan pemilihan itu secara terbuka dan mengikut sistem demokrasi.

Apa kata jika usaha Datuk ini tidak mendapat sokongan daripada artis-artis?

Dalam hal ini, kita tidak akan memaksa mana-mana artis yang tidak setuju untuk bergabung dalam sebuah persatuan. Ataupun mereka lebih selesa untuk tidak diwakili mana-mana persatuan. Namun, dalam hal ini apabila penubuhan satu persatuan itu direalisasikan saya mahu pihak media massa membantu kita. Kalau boleh keutamaan publisiti yang hendak diberikan itu mestilah kepada artis-artis yang menjadi ahli dalam persatuan baru itu nanti. Mereka (ahli) juga akan diberikan kad keahlian sendiri di mana apabila mahu berurusan dengan media massa termasuklah wartawan mereka haruslah menunjukkan kad tersebut. Cara itu akan menggalakkan mereka menjadi ahli persatuan itu. Cara itu akan menjadi lebih teratur dan kita akan lebih memberi keutamaan kepada golongan terbabit.

Di sini, ia membuktikan berlakunya pertindanan fungsi sesebuah persatuan itu. Sebab itulah perlunya kita ada hanya sebuah persatuan. Di bawahnya nanti kita boleh wujudkan biro-biro sendiri misalnya yang mewakili penyanyi, pelakon, pemuzik dan sebagainya.

Akhir sekali apakah harapan Datuk dalam usaha merealisasikan penubuhan persatuan baru itu nanti?

Saya harap usaha ini akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat ini. Sudah sampailah masanya semua artis tanpa mengira apa juga profesyen agar bersatu dalam sebuah persatuan. Kalau kita bersatu dan mempunyai wakil ia akan memudahkan kita menyalurkan segala masalah kepada pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Tetapi masalahnya sekarang pihak kerajaan pun sukar untuk membantu kerana artis-artis kita tidak bersatu padu dan ada banyak persatuan. Akhir sekali, saya anggap penubuhan persatuan baru itu sebagai langkah awal kita bersatu dan menyelesaikan apa juga isu lama serta baru yang timbul dalam industri hiburan di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Demonstrasi menuntut korban

Posted:

Demonstrasi menuntut korban

Demonstrasi menuntut korban

Oleh AZNAN BAKAR
pengarang@utusan.com.my

SEPANJANG Julai lalu terdapat beratus siri demonstrasi di seluruh dunia. Hampir semuanya mempunyai korban tersendiri.

Sama ada korban dari segi kerosakan harta benda awam, kerugian perniagaan dan yang paling malang ialah kehilangan nyawa. Itu risiko yang berlaku dalam setiap demonstrasi, rusuhan, tunjuk perasaan mahupun perhimpunan haram.

Tindak-tanduk liar para peserta, pertembungan dengan pihak berkuasa dan perbalahan dengan kumpulan yang menentang pasti akan meninggalkan kesan fizikal.

Situasi yang berlaku di seluruh dunia memberi gambaran cukup jelas bahawa apa juga bentuk demonstrasi, perhimpunan, perarakan dan rusuhan tidak pernah meninggalkan kesan yang elok.

Sama ada di negara maju yang kononnya bertamadun, di negara membangun seperti Malaysia mahupun di negara-negara miskin. Demonstrasi sentiasa datang bersama masalah. Yang membezakan sama ada ia kecil atau besar.

Pihak yang bertanggungjawab menganjurkan aktiviti seperti itu sepatutnya sedar akan kesan yang bakal berlaku.

Mengambil contoh di Bahrain misalnya, sejak Februari lalu sebanyak 33 nyawa telah terkorban ekoran demonstrasi oleh puak Syiah yang menentang keluarga diraja Hamad bin Isa al-Khalifa.

Di Syria pada 17 Julai lalu, sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam apabila penentang dan penyokong Presiden Bashar al-Assad bertempur.

Yang paling dekat dengan negara ini ialah pertempuran antara kumpulan baju merah dan baju kuning di Thailand tahun lalu yang menyebabkan aktiviti ekonomi di Bangkok dan industri pelancongan di negara itu lumpuh selain banyak nyawa terkorban.

Pada April tahun lalu, sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh ekoran demonstrasi antikerajaan oleh kumpulan baju merah yang menuntut supaya parlimen di bubar.

Walaupun pada tahun ini Parlimen negara itu dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan baru, namun ia tentunya tidak setimpal dengan nyawa yang melayang.

Bak kata bidalan 'ikut hati mati ikut rasa binasa'. Itu juga yang berlaku di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu. Perhimpunan haram yang diketuai oleh Datuk S. Ambiga menimbulkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Kejayaan tertinggi perhimpunan haram itu ialah kematian Baharuddin Ahmad, 55, yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur setelah dikatakan rebah dekat KLCC.

Ambiga - bekas Presiden Majlis Peguam yang terkenal kerana 'penampilannya' dalam beberapa kes murtad - sebagai ketua perhimpunan haram yang majoritinya disertai oleh orang Melayu beragama Islam itu tentu sedar bahawa akan ada tindak balas daripada pihak berkuasa jika ia diteruskan.

Tetapi kerana memikirkan publisiti yang bakal diperolehi terutama daripada media luar negara, maka hanya pertimbangan peribadi yang diambil kira. Tidak ada pihak berkuasa di mana-mana negara pun di dunia ini yang akan hanya duduk berdiam diri memerhatikan dari jauh apabila ada kumpulan berarak secara besar-besaran menentang kerajaan.

Sedang penonton bola sepak pun di kawal rapi oleh pihak polis, inikan pula perhimpunan haram yang sudah pasti akan mendatangkan lebih banyak masalah daripada kebaikan.

Di United Kingdom (UK) - yang medianya menghentam cara polis Malaysia mengendalikan perhimpunan haram 9 Julai lalu itu - polisnya turut membelasah para penunjuk perasaan antikapitalis yang diadakan di ibu kota London.

Sebahagian besar daripada mereka ditangkap dan dihumban dalam penjara tanpa dibicara pun. Tidak ada pula jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat tindakan polis terhadap penunjuk perasaan di negara itu.

Tetapi situasi di Malaysia berbeza. Pihak yang menyertai perhimpunan haram hingga menyusahkan jutaan penduduk Kuala Lumpur, yang menyebabkan perniagaan di tutup, kenduri dan majlis kahwin terjejas serta kerosakan harta benda awam tidak bersalah.

Yang bersalah ialah polis yang mahu mengekalkan ketenteraman awam. Orang yang mencetus huru-hara, kacau bilau, yang membaling batu, yang berkumpul di tengah-tengah jalan hingga menggugat ketenteraman awam adalah wira yang perlu mendapat pembelaan.

Selepas bertungkus-lumus memastikan ketenteraman dan harta benda awam terpelihara ekoran perhimpunan haram 9 Julai lalu, kini polis dibebankan pula dengan dakwaan kononnya mereka bertindak ganas terhadap kelompok peserta perhimpunan yang melanggar undang-undang tersebut.

Sedangkan berbulan-bulan sebelum perhimpunan itu berlangsung pelbagai amaran telah dikeluarkan supaya orang ramai tidak menyertainya.

Malah polis sejak awal lagi telah melakukan sekatan supaya para penyokong perhimpunan haram itu tidak berkumpul.

Tetapi semua itu tidak diendahkan. Atas nama demokrasi dan hak asasi, mereka melanggar semua amaran dan larangan tersebut. Seolah-olah kumpulan itu sengaja meletakkan diri mereka supaya dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Tindakan-tindakan yang dilakukan oleh para pengikut Ambiga itu seolah-olah disengajakan. Supaya ia boleh dijadikan modal untuk memburuk-burukkan pasukan polis.

Kini nyata kerana yang dipersalahkan ialah polis. Polis bersalah kerana melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan peserta perhimpunan haram itu. Polis bersalah kerana menggunakan meriam air. Yang paling serius kini polis dituduh membunuh salah seorang peserta perhimpunan itu.

Daripada laporan-laporan yang disiarkan di Internet memberi gambaran seolah-olah polis tidak berhak berada di ibu negara pada hari perhimpunan haram itu. Kerana 'kesalahan' yang dilakukan oleh pihak polis itu, maka terpaksa ditubuhkan enam jawatankuasa bagi menyiasat kemungkinan berlakunya keganasan dan tindakan keras.

Penemuan oleh jawatankuasa itu selepas ini kemungkinan akan menyaksikan beberapa anggota polis yang bertugas untuk mengekalkan keamanan pada hari itu dikenakan tindakan atau mungkin kehilangan kerja. Sedangkan mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram itu yang mendakwa dikasari polis enak menikmati hidangan yang disediakan di Pulapol.

Inilah nasib pasukan polis di negara ini. Kerja keras mereka menjaga ketenteraman awam pada 9 Julai lalu langsung tidak dihargai. Sebaliknya mereka dikecam dan dilempar dengan pelbagai tuduhan termasuk membunuh.

Perkara ini tentu tidak berlaku jika tiada perhimpunan haram yang diketuai Ambiga pada 9 Julai lalu. Ambiga dan konco-konconya tentu tersenyum puas kerana matlamat peribadi mereka telah tercapai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zon ‘perang’ di alam maya

Posted:

Zon 'perang' di alam maya

Zon 'perang' di alam maya

BERJALAN dari stesen LRT Dang Wangi ke Puduraya dan kemudiannya dari Puduraya ke KL Sentral merupakan satu pengalaman apatah lagi pada 9 Julai 2011.

Selepas memerhati demonstrasi reformasi 1998; kemudiannya perhimpunan Bersih 2007 dan Hindraf November 2007; suasananya jauh berubah walaupun tujuannya sama.

Kedai ditutup termasuk serbaneka 7 Eleven. Pengangkutan awam lumpuh dan peniaga tidak menjalankan rutin harian mereka. Keresahan dilihat pada wajah bandar raya Kuala Lumpur yang sibuk luar biasa pada hujung minggu tetapi pada 9 Julai ia seolah-olah berkabung.

Selepas berakhir perhimpunan itu, kesemua pihak masih bercakap mengenai 'Bersih' pada 9 Julai. Pasca perhimpunan itu pula melihat bagaimana ia menerokai ruang baru untuk terus berbincang mengenainya.

Namun begitu, kelibat perhimpunan ini menjadi popular di ruang siber terutama melalui facebook, blog dan twitter. Penampilan medium baru ini membolehkan yang benar dimanipulasi dan yang salah boleh diubah mempengaruhi minda dan pemikiran umum. Masing-masing cuba mengurus persepsi dengan segera kerana siapa cepat akan dapat mengubah kepercayaan dan kebergantungan ke atas suasana sebenar.

Walaupun begitu, perhimpunan berakhir sekitar 6 petang menunjukkan bahawa ia tidak mempunyai motivasi sebagaimana berlaku di luar negara di mana peserta demonstrasi tegar sanggup berkampung dan bermalam sehingga mencapai objektifnya. Barangkali, komposisi kaum dan latar belakang negara menyebabkan ia sukar berjaya. Malahan, faktor sosio-ekonomi mendominasi perjuangan di beberapa buah negara sedangkan di negara ini, ia masih menjadi isu terkawal.

Pasca 9 Julai melakar perbincangan dan penulisan berterusan terutama di alam maya. Medan siber menjadi lokasi pertemuan tidak bersemuka untuk meneruskan agenda masing-masing.

Disebabkan tidak ada prasyarat untuk mengawal perbincangan walaupun dinyatakan dengan tegas keterbatasan penulisan komen, ia merupakan ruang 'kebebasan mutlak' untuk menyatakan apa saja sama ada pujian, kritikan, gurauan, maki-hamun ugutan, ancaman, sumpahan dan kemarahan; bergantung kepada mood dan komitmen individu. Soal salah atau benar sudah menjadi terpinggir.

Zon perang 'Bersih' lebih hebat dari apa yang diperdebatkan sewaktu perhimpunan 2007. Kali ini, masing-masing bersedia untuk bergempur di alam maya. Ini bermakna, majoriti yang senyap ini sebenarnya menilai, memerhati dan membuat pelbagai tafsiran tanpa perlu berada di Sogo, Masjid Jamek, Puduraya mahupun KL Sentral ataupun istana. Tetapi adakah mereka mendapat keseluruhan apa yang berlaku atau hanya mengambil cebisan yang dikemukakan pelbagai pihak?

Jika ada yang menyatakan 300,000 orang hadir, barangkali yang taksub akan percaya. Atas faktor keselamatan, Kuala Lumpur tidak melihat komposisi sebenar kaum dan bilangan. Yang dilihat hanyalah mereka yang masih percaya pada reformasi jalanan yang dibawa ke alam maya hari ini. Benarkah yang hadir faham dan mahu memahami tuntutan yang dibawa oleh pihak penganjur.

Ramai menyatakan bahawa kerajaan boleh bertindak lebih baik tetapi kenapa tidak tampil sebelum 9 Julai agar pelbagai pandangan boleh diambil kira kerana ada dalam kalangan yang bersuara mempunyai ikatan langsung dengan kerajaan? Siapa boleh memberi jaminan dalam konteks kerencaman negara ini, perhimpunan yang aman dapat diadakan? Dilemanya, jika diambil tindakan pun salah, tidak diambil tindakan pun salah.

Nilai moral, akhlak, akidah dan karakter menjadi garis pemisah kepada sama ada kita sudah bersedia kepada perhimpunan seperti ini. Siapa yang tidak mahu meraikan demokrasi. Demokrasi ada nilainya; ia tidak boleh dirobek untuk kepentingan sendiri; ia perlu difahami jika mahu matlamat akhir berjaya tanpa ada kepentingan politik mana-mana pihak.

Sudah tiba masanya kesemua pihak mengetepikan kepentingan masing-masing dan mencari titik keseimbangan. Mengapa tidak pembangkang bekerja dengan Perdana Menteri dalam membincang pelan pembaharuan dan reformasi jika mahukan perubahan. Barulah, kita dapat melihat pembangkang yang berfungsi dan bertanggungjawab termasuk di Parlimen.

Pembangkang yang berintegriti dan berhemah sudah pasti akan dihormati dan menjadi pemangkin kepada transformasi kepimpinan hari ini. Jika ini dapat dilakukan, nescaya alam maya akan melihat kehadiran mereka yang lebih responsif secara budiman dengan mengetepikan emosi dari lontaran provokasi kepada pihak yang tidak menyebelahi mereka.

Apakah matlamat perhimpunan itu yang dirancang tercapai sedangkan kronologi menunjukkan bahawa perbincangan dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah diadakan tahun lalu dan tuntutan juga sudah dikurangkan. Daripada 17, ia menjadi 8. Bermakna melalui dialog, ia mampu dihalusi dan perinciannya juga boleh dimanfaat bersama.

Jika gencatan senjata dapat dipersetujui, kita mampu bergerak ke hadapan dan membiarkan PRU menjadi 'zon perang' sebenar. Pelbagai pihak boleh tampil berbincang dengan SPR supaya dialog dan secara bermusyawarah mencari titik noktah. Perwatakan politik perlu ditanggal ketika perbincangan ini yang boleh turut melibatkan rakyat, agensi, badan-badan yang berkepentingan supaya secara rasional dan praktikal, ada hasilnya.

Mengurus persepsi Bersih memerlukan langkah radikal agar tidak menggugat apa yang sudah dibina selama 54 tahun yang barangkali dengan sekelip mata boleh roboh jika masing-masing mempunyai agenda peribadi dan gagal mendengar isyarat rakyat kerana dalam tidak mahu 'menang sorak, kampung tergadai; yang dikejar tidak kesampaian, yang dikendung keciciran'; jangan sewaktu panik dan kecemasan baru mahu bertanya – 'Siapa benar dan Siapa Salah' serta impaknya kepada prestasi pola pengundian di PRU kerana Kedah, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Perak serta Wilayah Persekutuan tumbang dalam PRU ke-12 dan 8 daripada 16 Pilihan Raya Kecil dimenangi oleh pembangkang walaupun sebelumnya secara berterusan menyatakan wujudnya 'pengundi hantu'.

Usaha secara kolektif membawa transformasi komprehensif boleh dilakukan jika pasca Bersih melihat bahawa 'jalanan' mahupun 'medan siber' bukan ruang penyelesaian tetapi akan menambahkan rasa benci, prasangka, pembohongan, helah dan provokasi yang tidak menguntungkan apatah lagi jika dihujani dengan manipulasi yang bersifat ancaman.

PROFESOR MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN

Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Universiti Sains Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved