Rabu, 20 Julai 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Contohi Kg. Fikri perangi denggi

Posted:

Contohi Kg. Fikri perangi denggi

Contohi Kg. Fikri perangi denggi

Oleh SAPEE MAT JUNUS
utusanterengganu@utusan.com.my


Mohamed Awang Tera (kiri) membuang tayar-tayar buruk ke dalam tong sampah semasa merasmikan Sambutan Hari Denggi ASEAN 2011 peringkat daerah di Kemaman, kelmarin.


KEMAMAN 19 Julai - Kejayaan Kampung Fikri dalam memerangi wabak denggi sehingga menerima anugerah Komunikasi Untuk Perubahan Tingkat Laku (COMBI) Terbaik peringkat kebangsaan bulan lalu perlu dicontohi penduduk di kawasan lain di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, penduduk kampung itu menunjukkan kesedaran yang tinggi dalam bersama-sama menjayakan usaha menangani penularan penyakit bawaan vektor itu.

Katanya, mereka memberi komitmen padu ke arah kesejahteraan hidup bersama dan membanteras denggi yang boleh membawa maut kerana ia tidak boleh dilakukan bersendirian atau mengharapkan Jabatan Kesihatan semata-mata.

"Jika longkang di kawasan rumah kita tersumbat seterusnya nyamuk membiak, jiran dan masyarakat sekitar juga berisiko untuk diserang demam denggi, bukan hanya kita sahaja yang kena, jadi masalah ini melibatkan semua orang.

"Jadi, untuk mencegah denggi daripada membiak, salah satu cara yang paling berkesan ialah dengan mengadakan gotong-royong yang memerlukan kerjasama daripada semua lapisan masyarakat," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Cukai berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Denggi ASEAN 2011 peringkat Daerah Kemaman yang diadakan di sini kelmarin.

Turut hadir Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Masran Mohamad; Penghulu Tertinggi Daerah, Zabli Abd. Ghani dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Fikri, Mohamad Ali.

Serentak dengan majlis yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran Kemaman, Pejabat Kesihatan Daerah serta JKKK Kampung Fikri itu, Mohamed turut melancarkan sekali lagi program COMBI peringkat daerah.

Mohamed berkata, program COMBI mendidik masyarakat untuk mengubah perlakuan agar wujud kesedaran dan tanggungjawab menjaga kebersihan sekitar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

20,000 rakyat perlu rumah mampu milik

Posted:

20,000 rakyat perlu rumah mampu milik

20,000 rakyat perlu rumah mampu milik

KOTA BHARU 19 Julai - Kegagalan kerajaan Pas Kelantan menyediakan rumah mampu milik menyaksikan kira-kira 20,000 penduduk dikatakan terpaksa tinggal di rumah sewa.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh berkata, mengikut kajian pihaknya, daripada jumlah itu, sebanyak 12,000 terpaksa tinggal dalam rumah yang sesak disebabkan bilangan anggota keluarga yang ramai.

Katanya, keadaan tersebut sudah semestinya menuntut kepada sebuah kediaman yang selesa dan mampu dimiliki, namun, senario itu tidak mampu diubah berikutan kegagalan kerajaan Pas negeri menyediakan kemudahan berkenaan.

"Cuba bayangkan jika satu keluarga mempunyai lima hingga 11 orang anggota, sedangkan rumah yang mereka tinggal itu hanya mempunyai satu atau dua bilik sahaja.

"Keadaan itu tidak dapat menampung bilangan yang ada. Jadi mereka terpaksa tinggal dalam kesesakan. Dan kebanyakan mereka itu hanya mampu menyewa kerana tidak mampu memiliki rumah disebabkan harga rumah di bandar terlalu tinggi mencecah RM200,000," katanya semasa ditemui selepas Majlis Penyampaian Bakul Makanan Parlimen Kota Bharu di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 500 golongan miskin menerima bantuan berupa barangan keperluan harian bernilai RM50,000 sumbangan ahli perniagaan, Datuk Azmi Abdul Aziz.

Mohd. Fatmi yang juga Ketua UMNO bahagian berkata, rumah mampu milik untuk rakyat yang ada sekarang adalah hasil pembangunan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah Kelantan pada 1980-an dan kini semuanya dipenuhi penghuni.

Beliau percaya, kesulitan itu dapat diatasi sekiranya BN dan UMNO diberi mandat memerintah Kelantan pada pilihan raya umum akan datang kerana itu adalah sebahagian daripada agenda Kerajaan Pusat dalam membela nasib rakyat.

Jelasnya, Kerajaan Pusat sememangnya mencuba sedaya upaya untuk membantu rakyat dalam pemilikan rumah mampu milik, tetapi ia dibatasi kuasa kerajaan negeri yang memerintah.

"Terutama sekali dalam urusan pengambilan tanah. Ia sepenuhnya di bawah kuasa kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata, sejak memerintah pada 1990 kerajaan Pas tidak pernah membina rumah rakyat, justeru dengan kebangkitan UMNO di Kelantan, BN berjanji akan menjadi juara kepada rakyat sekali gus memperjuangkan kehendak mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Dalam pelancongan, kita tidak boleh makan seorang'

Posted:

'Dalam pelancongan, kita tidak boleh makan seorang'

'Dalam pelancongan, kita tidak boleh makan seorang'

KOTA BHARU 19 Julai - Wilayah-wilayah Selatan Thailand dan negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia perlu bekerjasama bagi menyuburkan industri pelancongan di kedua-dua kawasan.

Timbalan Gabenor Narathiwat, Samat Warachi Sai berkata, kedua-dua wilayah bersempadan itu mempunyai potensi yang amat luas untuk dibangunkan bagi menarik pelancong, sekali gus memberi pendapatan tambahan kepada penduduk setempat.

"Dalam pelancongan, kita tidak boleh 'makan' seorang, kita perlu 'makan' bersama agar dapat mengecapi kebahagiaan dan kejayaan.

"Selatan Thailand dan utara Malaysia perlu bekerjasama untuk menarik lebih ramai pelancong," katanya pada Majlis Makan Malam Pelancongan Bersama Malaysia - Thailand, Kota Bharu - Kuala Terengganu, di Hotel Grand Riverview di sini, malam tadi.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand dengan kerjasama Kementerian Pelancongan.

Turut hadir, agensi-agensi pelancongan dari Narathiwat, Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu, Samat berkata, wilayah Narathiwat menyediakan pelbagai produk pelancongan untuk dinikmati oleh pelancong termasuk dari negara ini.

"Kami amat mengalu-alukan kedatangan pelancong terutama dari Kelantan dan Terengganu ke wilayah ini dan ia bukan hanya sekadar Golok, ada banyak lagi kawasan yang boleh dilawati.

"Memang faktor keselamatan menjadi igauan pelancong untuk datang ke sini tetapi jangan bimbang apa yang berlaku hanya kes terpencil dan kami akan memberikan perlindungan yang terbaik kepada pelancong," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved