Rabu, 20 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Hanya USM tanpa UPU

Posted:

Hanya USM tanpa UPU

Hanya USM tanpa UPU

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Julai – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak bercadang membenarkan mana-mana institut pengajian tinggi awam (IPTA) selain Universiti Sains Malaysia (USM) membuat pengambilan terus pelajar tanpa melalui Unit Pusat Universiti (UPU).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, buat masa ini hanya USM dibenarkan berbuat demikian memandangkan universiti terbabit telah pun mendapat pengiktirafan sebagai Universiti Apex.

Katanya, kementerian juga belum menetapkan sebarang kriteria bagi melayakkan sesebuah universiti untuk memohon dikecualikan proses UPU tersebut.

"Setakat ini semua kemasukan universiti perlu melalui UPU. Pihak kementerian belum lagi membuat keputusan untuk membenarkan semua universiti berbuat demikian.

"Pengambilan pelajar seterusnya adalah pada September 2012. Ada setahun lagi, jadi tidak perlu terburu-buru untuk membuat keputusan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Universiti Malaya (UM) semalam menjangkakan akan mengikuti langkah USM untuk membuat pengambilan terus pelajar tanpa melalui UPU.

UM kini sedang menunggu lampu hijau daripada kementerian berkenaan manakala USM pula telah memansuhkan penggunaan sistem UPU setelah mendapat pengiktirafan sebagai Universiti Apex.

Bagaimanapun beberapa universiti awam lain seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menganggap sistem UPU masih relevan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bot karam: 46 PATI nyaris maut

Posted:

Bot karam: 46 PATI nyaris maut

Bot karam: 46 PATI nyaris maut



JOHOR BAHRU 19 Julai – Sekumpulan 46 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba menyusup keluar dari negeri ini bernasib malang apabila bot yang mereka naiki karam di perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi, awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 3.50 pagi itu, kesemua PATI itu turut mengalami detik-detik mencemaskan apabila enjin bot tersebut rosak, lantainya bocor menyebabkan ia tersadai dalam keadaan cuaca buruk.

Bagaimanapun, kesemua PATI berumur 18 hingga 49 tahun itu berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sebelum bot itu karam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata, bot itu ditemui kira-kira 16.4 batu nautika (30.3 kilometer) dari timur Tanjung Sedili.

"Kesemua mereka ditemui dalam keadaan lemah dan panik. Sebaik sahaja diselamatkan, bot itu mula karam dan mangsa kemudian dibawa ke Jeti Stulang Laut untuk siasatan lanjut.

"Siasatan mendapati, kesemua 46 PATI lelaki itu dalam perjalanan keluar dari negeri ini ke Batam, Indonesia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, tekong bot itu terjun ke laut dan berenang ke pantai berhampiran setelah menyedari bot tersebut akan karam iaitu beberapa jam sebelum PATI berkenaan diselamatkan.

Menurut Zulkifili, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian menimpa bot itu pukul 5.30 petang semalam, tetapi gagal mengesannya kerana cuaca buruk dan hari semakin gelap.

Usaha menyelamat, katanya, disambung awal pagi ini selepas cuaca kembali baik dan berjaya menemui bot tersebut dalam keadaan hampir karam.

Beliau memberitahu, bot yang membawa mereka adalah jenis bot pancung kayu berukuran kira-kira lima meter panjang dan tiga meter lebar dengan menggunakan tiga enjin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Reaksi berbeza terhadap sistem UPU

Posted:

Reaksi berbeza terhadap sistem UPU

Reaksi berbeza terhadap sistem UPU

KUALA LUMPUR 19 Julai - Sistem pengambilan terus pelajar tanpa melalui Unit Pusat Universiti (UPU) yang dirancang oleh beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mendapat pelbagai reaksi daripada tokoh akademik dan pendidikan.

Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, beliau menganggap sistem UPU masih relevan dan sesuai untuk digunakan sebagai kaedah pemilihan pelajar ke universiti.

"Sistem UPU ini sebenarnya memberikan kemudahan kepada pelajar kerana tidak perlu mengisi borang permohonan yang banyak kepada setiap universiti tetapi hanya menggunakan satu borang menerusi sistem itu.

"Misalnya seorang pelajar hanya membuat permohonan kepada dua universiti tetapi bagaimana kalau kedua-duanya tidak dapat?

"Namun dengan sistem UPU, pelajar mempunyai lapan pilihan IPTA dan peluangnya adalah lebih cerah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr. Ishak Thambi Kechik berkata, sistem itu masih sesuai dan perlu diteruskan selagi semua IPTA masih di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

"Sistem ini penting dalam mengimbangi pembahagian pelajar terutamanya pelajar cemerlang kepada semua universiti dan tidak hanya tertumpu kepada IPTA tertentu sahaja.

"IPTA baru juga bakal berhadapan dengan masalah kekurangan pelajar jika kuasa pemilihan pelajar diberikan kepada pihak universiti kerana semua pelajar akan memilih IPTA yang mempunyai darjah tertentu," ujarnya.

Bagi tokoh akademik, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, sistem UPU masih bagus dan bertujuan menyelaraskan kaedah pengambilan pelajar supaya tidak timbul masalah sistem yang berbeza.

"Menerusi sistem ini pihak kementerian dapat menentukan satu standard dan kualiti yang sama untuk pengambilan pelajar bagi semua IPTA.

"Kita bimbang dengan sistem pengambilan terus pelajar itu akan menjadi tidak terkawal dan bercanggah dengan dasar kerajaan apabila IPTA terlalu bebas dalam soal pemilihan pelajar," jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim pula berkata, setiap IPTA seharusnya diberikan kuasa autonomi dalam soal pemilihan pelajar tetapi perlu dipantau oleh kementerian.

"Sistem pengambilan terus dilihat dapat membantu pihak universiti dalam menentukan kelayakan pelajar berdasarkan kursus pengajian yang dipilih oleh mereka menerusi sesi temuduga," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved