Khamis, 19 Disember 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Selewang baja subsidi: Petani diminta lapor SPRM

Posted: 19 Dec 2013 11:27 PM PST

PASIR PUTEH 20 Dis. - Petani yang mempunyai maklumat mengenai penyelewengan agihan baja subsidi padi diminta menyalurkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Zawawi Othman berkata, langkah itu perlu bagi memastikan peruntukan subsidi disediakan oleh kerajaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh petani yang mengusahakan tanaman padi.

Menurutnya, agihan baja subsidi disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menguruskan pengagihan untuk diberikan kepada petani yang layak.

"Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) atau agensi pertanian terbabit diberi tanggungjawab mengagihkan subsidi berkenaan kepada petani yang disenaraikan. Manakala sebahagian lagi peruntukan disalurkan secara terus kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk pembiayaan subsidi," katanya di sini. - UTUSAN ONLINE

Polis tumpas sidiket curi motosikal, tahan 7 suspek

Posted: 19 Dec 2013 10:57 PM PST

Oleh YATIMIN ABDULLAH

TUMPAT 20 Dis. - Polis menumpaskan satu sindiket curi motosikal yang aktif di sekitar jajahan ini selepas menahan tujuh lelaki dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar kawasan Chabang Empat dan Wakaf Bharu dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Zaharudin Rasip berkata, mondus operandi sindiket ini adalah mencuri motosikal ketika jemaah menunaikan solat Maghrib dan Subuh di beberapa masjid di sekitar Chabang Empat, Kuala Jambu dan Wakaf Bharu.

Menurutnya, berikutan penangkapan itu polis berjaya menyelesaikan tiga kes curi motosikal di kawasan berkenaan.

Tujuh lelaki tersebut yang berusia antara 16 tahun hingga 31 tahun ditangkap pada Selasa dan kelmarin, mereka ditahan reman selama empat hari. Mereka disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Malaysia ranking 154 dunia tetapi di belakang Laos

Posted: 19 Dec 2013 10:51 PM PST

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Skuad bola sepak negara menutup kalendar 2013 dengan peningkatan dalam kedudukan ranking bola sepak dunia selepas apabila menghuni tangga ke-154.

Ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) hari ini menunjukkan skuad negara naik empat anak tangga berbanding kedudukan ke-158 bulan lepas.

Pada Januari, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158 disusuli 159 pada Februari, 164 (Mac), 163 (April), 161 (Mei) selain kekal pada kedudukan ke-159 dunia pada Jun dan Julai, Ogos (162), September (161) dan Oktober (160).

Kedudukan terbaru itu menyaksikan Malaysia berkongsi tempat bersama tiga negara lain iaitu Liechtenstein, Puerto Rico dan India.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia bagaimanapun turun dua anak tangga ke kedudukan ketujuh di belakang Filipina (127), Myanmar (130), Vietnam (144), Thailand (146), Singapura (150) dan Laos (152).

Di peringkat Asia, Malaysia naik satu anak tangga ke kedudukan ke-30 daripada 46 negara.

Sementara itu, naib juara Piala Konfederasi 2013, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,507 mata manakala Jerman dan Argentina masingmasing mengekalkan kedudukan kedua dan ketiga terbaik dunia.

Jerman dan Agentina masing-masing mengumpul 1,318 mata dan 1,251 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu melibatkan 209 negara. - BERNAMA

Berakhir sudah perjuangan

Posted: 19 Dec 2013 11:25 AM PST

Pemain Harimau Muda, Nazirul Naim Che Hashim dihalang oleh pemain Indonesia, Rizky Pellu dalam perlawanan separuh akhir bolasepak Sukan Sea Myanmar Ke-27 di Stadium Zayar Thiri, Nay Pyi Taw, semalam.

NAY PYI TAW - Impian untuk melakar misi pingat emas hatrik Sukan SEA di Myanmar berkubur akhirnya apabila Harimau Muda kalah melalui sepakan penalti 4-3 kepada musuh tradisi, Indonesia selepas terikat 1-1 sehingga masa tambahan di Stadium Zeyar Thiri.

Keputusan itu seolah-olah seperti satu persamaan semasa Malaysia menjuarai Sukan SEA 2011 melalui sepakan penalti 4-3 ke atas Indonesia selepas seri 1-1. Cuma kali ini ia memihak pula kepada lawan yang menyambut kemenangan itu bagi memastikan tempat ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut.

Bagaikan nasib seperti tidak memihak kepada skuad negara, Harimau Muda sebenarnya mempamerkan aksi semangat juang yang tinggi selepas berjaya menyamakan kedudukan melalui A. Thamil Arasu pada minit ke-84 selepas lawan mendahului menerusi Bayu Gatra Sanggiawan pada minit ke-30.

Segala-galanya sudah nampak kekalahan akan memihak kepada skuad negara apabila Thamil dan Shahrul Saad gagal dalam dua sepakan pertama.

Tekanan reda seketika apabila skuad Harimau Muda menyamakan kedudukan kepada 3-3 sebelum sepakan penalti terakhir yang diambil Yohanes Ferinando Pahabol memberikan kekecewaan bukan kepalang kepada seluruh penyokong bola sepak negara.

Hanya perlawanan penentuan pingat gangsa sahaja pada hari esok mampu menjadi pengubat kepada kekecewaan skuad negara agar tidak pulang tangan kosong seperti mana di Sukan SEA Korat, Thailand 2007.

Pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee, yang ditemui semasa sidang akhbar berkata, dia mengambil sepenuhnya tanggungjawab atas kekalahan itu dan tidak mahu mana-mana pihak menyalahkan para pemainnya.

''Tanpa tujuh pemain utama sebelum ke sini, satu situasi yang tidak mungkin dirasai oleh pasukan-pasukan lain, kami menunjukkan yang pasukan ini tidak mudah dikalahkan dan mara ke separuh akhir.

''Suasana di bilik persalinan bagaikan ada kematian kerana semua pemain saya telah memberikan segalanya dalam perlawanan ini dan tiada siapa patut dipersalahkan terutama kita kalah melalui sepakan penalti.

''Letakkan kekalahan ini sepenuhnya di atas bahu saya dan mengulas mengenai sepakan penalti, Thamil dan Shahrul memang menjadi dua pilihan pertama saya apabila Saarvindran dikeluarkan.

''Begitu juga dengan Izham Tarmizi, jika dia bukan penjaga gol yang baik hanya kerana dia gagal dalam situasi sepakan penalti, sudah tentu kami tidak akan mara ke perlawanan separuh akhir," katanya.

Dalam masa sama, Kim Swee menjelaskan, dia sudah tiada lagi pemain sayap di bahagian kiri selepas Ashri Chuchu mengalami kecederaan dan terpaksa menggunakan Nazirul Naim Che Hashim.

''Ketiadaan pemain sayap sebelum saya ke sini memang merencatkan banyak perancangan saya bagi menghadapi Sukan SEA Myanmar.

''Ditambah dengan kecederaan yang menimpa Ashri Chuchu, saya terpaksa meletakkan Nazirul Naim mengisi posisi itu yang tidak pernah beraksi sebagai sayap kiri," katanya.

Sementara itu, jurulatih Indonesia, Rahmad Darmawan, berkata, pasukannya bernasib baik menang melalui sepakan penalti, namun menjelaskan dia memang bersedia untuk menghadapi situasi berkenaan.

''Pengalaman dua tahun lalu membuatkan semua pemain telah bersedia untuk menghadapi situasi ini. Penjaga gol, Kurnia Meiga Hermansyah, membuktikan kecemerlangannya apabila menjadi penentu semasa penentuan sepakan penalti," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Akuan berkanun Mat Zain diragui

Posted: 19 Dec 2013 11:25 AM PST

Oleh NORLIZAH ABAS
utusanputrajaya@utusan.com.my

PUTRAJAYA 19 Dis. - Permohonan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah selaku pendakwa raya dalam rayuan kes liwatnya wajar ditolak kerana permohonan itu dibuat berasaskan kepada akuan berkanun (SD) yang bersifat dengar cakap dan penuh keraguan.

Muhammad Shafee yang mengetuai pasukan pendakwaan berhujah di Mahkamah Rayuan, permohonan Anwar yang berpandukan kepada akuan berkanun yang diikrarkan oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mengandungi banyak pertikaian dan tidak sepatutnya dilayan.

Hujah peguam tersebut, akuan bersumpah bekas pegawai polis itu yang mengaitkan beliau dengan pelbagai pihak berhubung beberapa isu sensitif melibatkan Peguam Negara, tidak wajar dipercayai kerana kesahihannya tidak dapat dibuktikan di mahkamah.

Bolehkah panel ini menerima afidavit Anwar dan membenarkan permohonannya berdasarkan kepada akuan berkanun Mat Zain sedangkan kredibiliti bekas pegawai polis itu penuh keraguan? hujah beliau.

Muhammad Shafee selanjutnya menghujahkan, beberapa semakan yang dibuat terhadap status Mat Zain menunjukkan dia seorang muflis kerana gagal membayar hutang bernilai ratusan ribu ringgit yang dipinjam daripada seorang ahli perniagaan.

Menurut beliau, semakan dengan Jabatan Insolvensi berhubung status itu pada mulanya menghadapi kesukaran kerana Mat Zain didapati menggunakan beberapa kad pengenalan dengan pelbagai nombor yang berbeza.

Hujahnya, Mat Zain malah bersikap tidak jujur kerana tidak menggunakan nombor kad pengenalannya yang betul ketika mengikrarkan akuan berkanun yang kemudian digunakan oleh Ketua Pembangkang itu sebagai asas dalam permohonan hari ini.

Sehubungan itu, Muhammad Shafee meminta agar permohonan baharu untuk menggugurkannya daripada mengetuai rayuan kes liwat Anwar ditolak atas alasan tindakan itu hanya melengahkan-lengahkan pendengaran rayuan tersebut.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Aziah Ali yang bersidang bersama-sama Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh menetapkan esok bagi keputusan permohonan tersebut.

Sebelum permohonan itu didengar, mahkamah turut menetapkan 12 dan 13 Februari tahun depan bagi mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Pendakwa raya tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 9 Januari tahun lalu yang melepas dan membebaskan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada tuduhan liwat.

Anwar, 66, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Sebelum itu, peguam Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pembelaan dalam permohonan itu menghujahkan, Muhammad Shafee wajar digugurkan sepenuhnya daripada pasukan pendakwaan kerana kehadiran beliau akan menimbulkan persepsi yang tidak menyenangkan bahawa Anwar tidak akan diadili dengan betul.

Dua wanita mengaku tidak salah culik bayi

Posted: 19 Dec 2013 11:25 AM PST

Zuzita Ahmad (kiri) dan Ooi Hooi Ling mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menculik bayi ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, semalam. - Bernama

PULAU PINANG 19 Dis. - Dua wanita masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menculik dan memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan pada Khamis lalu.

Zuzita Ahmad, 43, dan Ooi Hooi Ling, 37, didakwa menculik bayi tersebut daripada jagaan neneknya di Blok 2-3-1 Lorong Lembah Ria 1, Taman Happy Valley, Air Itam pada pukul 3.30 petang, 12 Disember lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 363 kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kedua-dua wanita itu turut didakwa telah memperdagangkan bayi itu bagi maksud eksploitasi untuk mendapatkan wang di Surau Rumah Panjang Tanjung Tokong pada pukul 5 petang, hari yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 yang membawa hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 20 tahun serta denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lim Cheah Yit manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Cheah Yit juga tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh-tertuduh amat serius serta mereka berisiko mengganggu keluarga mangsa kerana mengenali mangsa dan neneknya.

Zuzita bagaimanapun memohon dibenarkan diikat jamin dengan alasan ingin menjaga ibunya yang sakit serta anak yang masih bersekolah.

Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad bagaimanapun memutuskan untuk tidak membenarkan kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan dan mengarahkan mereka dihantar ke penjara sementara menunggu sebutan semula kes pada 22 Januari depan.

Memetik laporan akhbar pada 13 Disember lalu, pihak polis dalam tempoh tidak sampai 24 jam telah berjaya menyelamatkan seorang bayi perempuan yang diculik dari rumah neneknya selepas menahan seorang warga emas yang membeli bayi itu dengan harga RM3,000.

Sebaik sahaja menerima laporan daripada nenek bayi itu, polis menjalankan gerakan mencari dua wanita yang yang menculik bayi berkenaan sebelum memberkas lelaki warga emas berusia 60 tahun di Balik Pulau.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika itu berkata, bayi berkenaan sebelum itu diculik oleh dua wanita kira-kira pukul 3.30 petang yang mengunjungi rumah nenek bayi itu dengan alasan hendak membawa bayi itu bermain.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


9 projek bekalan air di Lipis

Posted: 19 Dec 2013 11:25 AM PST

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

Abdul Rahman Mohamad (duduk) membasuh tangan sambil disaksikan Rahimi Hasan sebagai gimik pelancaran Projek Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Matuk, Kuala Lipis, kelmarin. - Utusan/Haris Fadilah Ahmad

KUALA LIPIS 19 Dis. - Kerajaan memperuntukkan RM360,000 untuk melaksanakan sembilan projek bekalan air luar bandar menerusi Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan Tiga bagi daerah Lipis, tahun ini.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, tujuh projek berkenaan dilaksanakan di pos penempatan Orang Asli yang melibatkan pembinaan empangan kecil di punca air, pemasangan paip dan kerja pengurusan lain.

Beliau berkata, projek berkenaan diselenggarakan oleh Jabatan Kesihatan Lipis yang dilaksanakan secara gotong-royong oleh anggota tentera dari 11 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (Mekanise), Kem Batu 3 Temerloh dan penduduk.

"Projek ini membuktikan kerajaan menggunakan pelbagai pendekatan untuk melaksanakan transformasi pembangunan berasaskan bidang kesihatan, sosial dan ekonomi, malahan tidak pernah sesekali menyisihkan penduduk di pedalaman termasuk Orang Asli," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Projek Bekalan Air Luar Bandar menerusi Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan Tiga di Kampung Matuk, dekat sini semalam.

Yang hadir sama, Pegawai Kesihatan Lipis, Dr. Rahimi Hasan; Ketua Kampung Jeram Bungor, Mohamad Ramli dan Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Lipis, Amir Marwan Abu Kassim.

Menurut Abdul Rahman, agenda pembangunan kawasan luar bandar terus diberi keutamaan oleh kerajaan Barisan Nasional walaupun negara turut menerima tempias dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu pada masa ini.

Sehubungan itu, katanya, projek yang menjurus kepada meningkatkan kemudahan dalam sektor pertanian, pendidikan, keusahawanan di samping membangunkan taraf kesihatan penduduk termasuk di pedalaman akan terus dilaksanakan.

"Misalnya, projek bekalan air ini yang dapat memberi keselesaan kepada penduduk sekali gus menjamin taraf kesihatan yang sempurna," ujarnya.

Sementara itu, Dr. Rahimi berkata, kemudahan bekalan air bersih di Kampung Matuk bernilai RM30,000 untuk membina empangan kecil di punca air dan memasang paip sejauh empat kilometer ke kediaman antara projek yang kesembilan dilaksanakan di Lipis tahun ini.

"Projek bekalan air di kampung ini merupakan penyelenggaraan kali kedua bagi menggantikan paip lama dan menaik taraf kemudahan ini ke setiap 15 buah rumah yang boleh memberi manfaat sebanyak 300 orang penduduk kawasan ini," katanya.

Rahimi mengingatkan penduduk di situ supaya memasak air terlebih dahulu untuk keperluan minuman dan masakan bagi menghindarkan daripada komplikasi akibat jangkitan kuman.

Lanchang akan dibangunkan - Sharkar

Posted: 19 Dec 2013 11:25 AM PST

Pekan Lanchang antara pekan tertua di Pahang ketinggalan dalam pembangunan walaupun berada di lokasi utama Jalan Kuantan-Kuala Lumpur memerlukan pembangunan moden dan lebih tersusun.

TEMERLOH 19 Dis. - Kerajaan negeri akan membangunkan pekan lama Lanchang di sini dengan bangunan komersial yang lebih moden dan tersusun, sejajar dengan kepesatan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, sebenarnya kerajaan mempunyai perancangan untuk berbuat demikian sejak 15 tahun lalu, namun berdepan kekangan apabila penduduk terlibat enggan berpindah.

Katanya, ini menyebabkan pelaksanaannya tidak dapat dilakukan sekali gus landskap di pekan itu yang terdiri daripada bangunan kayu kekal dalam keadaan asal.

''Kini sudah sampai masa pekan Lanchang yang terletak di laluan utama Kuantan-Kuala Lumpur dibangunkan supaya pekan pahlawan Semantan itu tidak terus ketinggalan dengan bandar lain di negeri ini.

''Sedangkan kawasan Lanchang kini semakin dikenali kerana di sini banyak produk pertanian dan pelancongan seperti Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah selain turut terdapat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan banyak lagi tetapi kawasan sekitar pekan Lanchang masih tidak berubah," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sehubungan itu, Mohd. Sharkar mengalu-alukan cadangan penduduk tempatan yang mahukan Lanchang berwajah baru memandangkan pekan lain seperti Triang dan Kerayong di Bera serta Karak di Bentong sudah jauh berubah.

Bagaimanapun, Mohd. Sharkar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang berkata, kawasan yang dirancang pembangunan di pekan Lanchang itu sebahagiannya adalah tanah hak milik dan sebahagian lagi adalah tanah yang diduduki atas lesen pendudukan sementara (TOL).

Menurutnya, kerajaan juga mempunyai rancangan untuk melebarkan jalan di kawasan itu memandangkan kawasan sekitarnya pesat membangun khususnya dari segi sektor pelancongan.

Beliau berkata, bagi melaksanakannya, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu mengeluarkan notis kepada penduduk di kawasan itu untuk mengosongkan bangunan tersebut bagi membangunkannya.

Katanya, notis itu perlulah dalam tempoh yang bersesuaian supaya pemilik tanah yang tinggal di situ mempunyai masa untuk mencari penempatan baru.

''Saya merayu kepada penduduk di situ supaya bekerjasama untuk membangunkan Lanchang, saya sendiri menerima tekanan daripada masyarakat dan tekanan daripada agensi dan jabatan kerajaan yang mahu Lanchang dibangunkan," katanya.

Anak penjual ikan dapat 8A PMR

Posted: 19 Dec 2013 11:25 AM PST

Mohd. Aiman Ajwad Mohd. Anuar menunjukkan slip peperiksaan PMR dengan keputusan 8A di SMK Bukit Rangin, Kuantan, semalam.

KUANTAN 19 Dis. - Menjalani kehidupan serba kekurangan tidak menghalang seorang anak peniaga ikan di sini untuk mendapat keputusan cemerlang pada Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.

Walaupun ada kalanya masa terluang digunakan untuk membantu bapanya menjual ikan di pasar, namun Mohd. Aiman Ajwad Mohd. Anuar, 15, tetap bijak mencuri ruang untuk mengulang kaji pelajaran dan hasilnya, dia memperoleh 8A.

Mohd. Aiman Ajwad berkata, pendapatan bapanya yang tidak seberapa sebagai peniaga ikan telah membakar semangatnya untuk belajar bersungguh-sungguh demi mengubah nasib keluarga.

"Meskipun ibu tidak bekerja demi menjaga adik-adik, saya tidak menganggap kehidupan kami susah kerana reda dengan rezeki yang diperoleh keluarga," katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin di sini hari ini.

SMK Bukit Rangin Kuantan berjaya muncul sebagai sekolah harian terbaik daripada 147 sekolah harian di seluruh negeri ini dengan mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 1.91.

Mohd. Aiman Ajwad yang mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil itu berkata, rumahnya di Permatang Badak di sini turut terjejas banjir ketika bencana itu melanda sebelum ini dan banyak peralat sekolah miliknya musnah.

''Ada yang boleh dibaiki dan dicuci yang akan dipakai semula untuk sesi persekolahan tahun 2014," ujarnya.

Sementara itu, seorang pelajar cemerlang SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Emir Addney Zaidi, 15, berkata, dia tidak menyangka mendapat keputusan 9A walaupun ketika percubaan hanya mendapat 2A.

"Masa dapat keputusan percubaan itu saya tidak kecewa sebaliknya terus berusaha dan akhirnya saya dapat keputusan yang cemerlang pada hari ini," katanya.

Menurutnya, dia ingin mengikut jejak abangnya sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan awam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Kerry berjanji salurkan dana tambahan kepada Filipina

Posted: 19 Dec 2013 09:41 AM PST

TACLOBAN, Filipina 20 Dis. - Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry berjanji akan menyalurkan dana tambahan sebanyak AS$25 juta (RM81.85 juta) kepada Filipina bagi membangunkan semula kawasan yang teruk terjejas akibat Taufan Haiyan yang melanda negara tersebut bulan lalu.

"Ini merupakan satu bencana yang tidak diingini dan saya tidak pernah melihat kejadian buruk seperti ini, kata Kerry ketika melakukan lawatan ke Tacloban.

Agensi Perancangan Ekonomi Filipina semalam, menganggarkan kos keseluruhan bagi membina semula bandar berkenaan mungkin menelan belanja AS$8.2 billion (RM26.85 billion). - AGENSI

Lebih 100 orang penunjuk perasaan ditahan di Bangladesh

Posted: 19 Dec 2013 09:40 AM PST

DHAKA 20 Dis. - Pasukan keselamatan Bangladesh semalam menahan lebih daripada 100 orang penunjuk perasaan, selepas mereka melancarkan bantahan besar-besaran di seluruh negara menjelang pilihan raya umum yang akan dijalankan pada 5 Januari ini.

Pegawai berkata, penunjuk perasaan tersebut ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh dua pasukan keselamatan iaitu Batalion Rapid Action (RAB) dan pengawal sempadan separa tentera, selepas berlakunya sekatan jalan raya menggunakan kenderaan oleh pembangkang bagi memulau pilihan raya berkenaan.

Gabungan dua pasukan keselamatan itu menahan 118 orang, dengan kebanyakan daripada mereka merupakan aktivis Parti Kebangsaan Bangladesh (BNP) yang merupakan sekutu kuat Jamaat-e-Islami.

BNP bersama-sama dengan Jamaat-e-Islami sering menganjurkan bantahan sejak akhir Oktober lalu untuk cuba memaksa Perdana Menteri Sheikh Hasina meletak jawatan, supaya pemerintah sementara mengambil alih bidang kuasa pilihan raya akan datang. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Mengaku kurang popular

Posted: 18 Dec 2013 09:56 PM PST

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar SHIDDIEQIIN ZON

Iedil dan Faralyna teruja dapat berganding bersama melalui drama Ryujin Juwara.

Lima tahun bukan suatu tempoh masa yang lama, namun dalam industri seni, seseorang individu itu sepatutnya mampu membina nama untuk menjadi salah seorang artis popular tanah air dalam jangka waktu tersebut.

Tetapi realiti tidak sedemikian, walaupun sudah berlakon dalam beberapa drama dan filem, individu ini masih kurang dikenali sehingga menjadikan mereka kelihatan tenggelam dalam puluhan artis baharu yang meraih populariti tersendiri.

Iedil Putra yang mengakui sudah bergiat secara serius sebagai pelakon selama kira-kira lima tahun berkata, bukan mudah sebenarnya bagi seseorang itu membina karier apatah lagi dengan lambakan pendatang baharu yang muncul hampir setiap bulan.

"Sejujurnya saya tidak terlalu melihat kepada populariti kerana bagi saya, penglibatan dalam industri ini adalah kerana minat mendalam terhadap bidang seni secara keseluruhan.

"Keseluruhan bermaksud penglibatan dalam penulisan skrip, penerbitan dan juga pengarahan dan bukan hanya tertumpu kepada aspek lakonan sahaja.

"Disebabkan itu, saya tidak terlalu memikirkan populariti sebagai pelakon kerana bagi saya, bidang seni itu meluas cabangnya dan apa yang penting adalah saya dapat melakukan perkara yang disukai," ujarnya.

Iedil ditemui sewaktu majlis pelancaran drama adiwira terbaru hasil kerjasama antara produksi tempatan dan Jepun iaitu Ryujin Juwara.

Tambah Iedil yang kini turut mengusahakan sebuah syarikat produksi iaitu Playground Productions, dia merasakan popularitinya tidak berada di tahap kemuncak disebabkan kurangnya peluang yang diperoleh.

"Sewaktu saya mula bertapak dalam industri, saya akui peluang untuk mencipta nama itu tidak mudah diperolehi dan ini membuatkan saya dan beberapa rakan menubuhkan syarikat produksi kami sendiri.

"Dengan cara ini, kami mempunyai medium untuk terlibat dengan industri seni secara lebih meluas dan bukan hanya di hadapan kamera.

"Selain itu juga, melalui penubuhan syarikat produksi sendiri, kami dapat memberi peluang kepada rakan-rakan artis muda untuk lebih terlibat dan bersaing secara sihat dalam memajukan industri," ujarnya lanjut.

Jelas Iedil, dia tidak melihat industri hiburan sebagai suatu platform mencipta nama dan meraih kemasyhuran namun sebaliknya ia adalah platform buat dirinya meluahkan bakat seni yang dimiliki selain untuk berkongsi dengan masyarakat umum.

Berlakon demi keluarga

Setiap individu pastinya mempunyai alasan dan sebab tersendiri mengapa mereka melibatkan diri dengan sesuatu bidang tersebut. Tidak dinafikan aspek paling utama adalah untuk mencari rezeki yang halal.

Jelas pelakon muda berusia 22 tahun iaitu Faralyna Idris yang turut membintangi drama Ryujin Juwara, lakonan adalah sebagai punca pendapatan dan bukan meraih populariti.

"Tidak dinafikan ramai orang menyertai bidang ini untuk popular. Namun saya melihat ia sebagai suatu peluang mencari rezeki dengan kemampuan yang dimiliki.

"Lima tahun lalu saya terlibat sebagai pelakon secara tidak sengaja. Hanya menjadi pengganti buat satu produksi dan bermula dari situ, saya sedar ini peluang untuk saya bekerja dan membantu keluarga.

"Bukan tidak menerima tawaran menjadi pelakon utama dalam drama mahupun filem, namun saya terpaksa menolaknya kerana bayaran yang diberi tidak setimpal sedangkan saya punyai tanggungjawab sendiri," ujarnya.

Faralyna mengakui jika dia tidak memikul tanggungjawab menyara bapa dan adiknya, mungkin jalan hidupnya berbeza. Namun dia bersyukur dengan peluang dimiliki selain berbakti buat keluarga tercinta.

Wanita yang sebelum ini merupakan kekasih kepada Hairul Azreen juga gembira dengan kehidupan dilalui kini. Apatah lagi hatinya yang kosong sebelum ini sudah kembali terisi dengan kehadiran insan yang juga seorang rakannya sebelum ini.

"Saya bukanlah seorang yang suka mendedahkan kisah peribadi namun saya juga merupakan seorang yang jujur apabila menjalinkan hubungan. Rasanya ramai peminat sudah ahu saya kini sedang rapat dengan seseorang.

"Buat waktu ini saya boleh katakan hubungan antara kami serius. Namun disebabkan usia yang masih muda, kami tidak mahu memberi sebarang tekanan dan membiarkan hubungan ini berjalan secara semula jadi," ujarnya.

Iedil Putra semakin dikenali sejak melibatkan diri dengan drama Projek Pop dan filem pendek Pasport Ekspres bersama rakan pelakon, Josiah Hogan.

Kongsi ilmu dengan orang ramai

Posted: 18 Dec 2013 09:56 PM PST

Peserta Pencetus Ummah (dari kanan) Thowi, Shahul dan Fakhrul punya misi tersendiri untuk terus kekal.

Program realiti terbaharu terbitan Astro iaitu Pencetus Ummah sudahpun bersiaran selama empat minggu dan pastinya, program realiti Islamik ini mempunyai pengikut dan peminat yang tersendiri.

Pastinya setiap daripada peserta mempunyai sebab tersendiri untuk meneruskan perjuangan mereka dan menurut Fakhrul atau nama penuhnya Muhammad Fakhrul Islam Md. Zarin, 24, dia mahu menimba ilmu sebanyak mungkin.

Ujarnya, bukan mudah untuk seseorang itu belajar secara langsung daripada individu-individu yang terlibat sebagai tenaga pengajar menerusi program ini, jadi ini adalah peluang utama buat dirinya.

"Sebelum menyertai program ini, saya memang sudah aktif memberi ceramah dan motivasi keagamaan, tetapi pencarian terhadap ilmu itu perlu diteruskan dan setiap peluang dimiliki harus direbut.

"Saya mahu membawa suatu perubahan kepada generasi muda iaitu dengan mengajak individu-individu seusia dengan saya untuk lebih mendalami ilmu agama dan bukan hanya mengejar duniawi, jelasnya yang berasal dari Melaka.

Sementara itu, menurut Attanthowi Yusof, 31, atau lebih mesra dengan panggilan Thowi, tugas sebagai seorang pendidik sudah sebati dengan dirinya kerana sebelum ini dia juga merupakan seorang pensyarah.

"Banyak ilmu yang telah saya perolehi melalui program ini, antaranya adalah berhubung kemahiran berkomunikasi dan pertuturan secara formal dan tidak formal.

"Sebagai seorang pensyarah, mungkin komunikasi saya lebih banyak berbentuk formal namun tugas sebagai pendakwah memerlukan kita mengaplikasi pelbagai cara dan program ini banyak membantu memperbaiki kemahiran tersebut," jelasnya pula.

Seorang lagi peserta yang mendapat undian tiga terbawah dan berkemungkinan terkeluar pada minggu kelima program tersebut adalah seorang yang sudah berada dalam bidang dakwah kira-kira 23 tahun lamanya iaitu Shahul Hamid Seeni Mohd., 38.

Shahul yang juga merupakan seorang pengetua sebuah Sekolah Agama Maahad di Pulau Pinang menjelaskan bukan sesuatu yang mudah buat dirinya belajar sesuatu yang baharu apabila sudah terbiasa dengan cara-cara tersendiri dalam menyampaikan tugas dakwah.

"Antara cabaran utama buat diri saya adalah untuk mempelajari teknik penyampaian dakwah yang berbeza dengan cara yang sudah biasa saya lakukan.

"Namun proses pembelajaran adalah sepanjang hayat dan penyertaan dalam program ini membuka peluang saya untuk menyampaikan tugas-tugas dakwah dalam cara yang lebih besar berbanding sebelum ini," jelasnya yang mengimpikan untuk membangunkan sebuah perkampungan Islam di kawasan Pulau Mutiara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Dana zakat dan Melayu Islam muflis

Posted: 19 Dec 2013 11:25 AM PST

Oleh RAM AL JAFFRI SAAD
PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan Islam dan Penyelidik Utama Institut Penyelidikan dan Pengurusan, Universiti Utara Malaysia.

Umum mengetahui bahawa kutipan zakat telah meningkat dari setahun ke setahun. Peningkatan jumlah zakat yang begitu banyak telah menyebabkan ketidakseimbangan antara jumlah yang dikutip dan jumlah yang diagih kepada asnaf. - GAMBAR HIASAN

Pada 13 Disember lalu, akhbar ini (Utusan Malaysia) ada melaporkan mengenai program bantuan perkahwinan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mana pada tahun ini seramai 1,310 orang asnaf dengan jumlah RM1,624,300 telah menerima bantuan tersebut.

Tujuan inisiatif ini adalah bagi membantu meringankan bebanan golongan asnaf terutamanya golongan fakir, miskin dan mualaf yang ingin mendirikan rumah tangga.

Usaha dan kreativiti dalam mengagihkan bantuan zakat seperti ini adalah amat baik terutamanya bagi mengurangkan masalah peningkatan kes pembuangan bayi yang disebabkan oleh pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita. Justeru, ia wajar diteruskan pada masa hadapan dan dikembangkan lagi dalam aspek yang lain pula.

Atas dasar tersebut, penulis ingin mencadangkan bahawa transformasi agihan dana boleh dilakukan bagi tujuan membayar hutang bagi pihak penghutang-penghutang Melayu Islam yang telah diisytihar sebagai muflis untuk membantu mereka keluar daripada masalah tersebut.

Asas kepada cadangan ini ialah masalah muflis di kalangan Melayu Islam semakin membimbangkan mutakhir ini. Mengikut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), seramai 9,471 orang telah diisytiharkan muflis sehingga suku ketiga tahun 2012. Satu laporan menunjukkan bahawa setiap hari seramai 41 belia diisytihar muflis.

Dalam kes peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membayar balik pinjaman pelajaran dan berdepan dengan tindakan disenarai hitamkan, kaum Melayu Islam mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu seramai 328,550 diikuti Cina (55,445) dan India (28,250). Mereka ini akan berdepan dengan risiko muflis jika masih gagal menjelaskan hutang pada masa hadapan. Masalah muflis ini akan berlarutan jika tiada penyelesaian holistik dicari.

Umum mengetahui bahawa kutipan zakat telah meningkat dari setahun ke setahun. Peningkatan jumlah zakat yang begitu banyak telah menyebabkan ketidakseimbangan antara jumlah yang dikutip dan jumlah yang diagih kepada asnaf. Natijahnya, berlaku lebihan dana yang tidak diagihkan.

Dana zakat boleh digunakan bagi penyelesaian masalah ini berdasarkan kepada dua asas, iaitu orang yang berhutang adalah asnaf zakat dan objektif sebenar zakat adalah untuk pembangunan ekonomi ummah.

Pertama, di dalam al-Quran, Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 60 yang bermaksud: "Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan".

Seperti yang terkandung di dalam ayat di atas, satu daripada golongan masyarakat yang layak menerima duit zakat ialah orang-orang yang berhutang atau al-gharimin. Siapakah yang termasuk di dalam golongan ini?

Maklumat yang diperolehi daripada Portal Rasmi Fatwa Malaysia yang dikelola oleh Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui laman sesawang www.e-fatwa.gov.my, al-Gharimin merupakan orang-orang berhutang yang layak menerima zakat, iaitu orang yang berhutang untuk faedah awam seperti untuk menghapuskan persengketaan antara dua pihak dan sebagainya.

Menurut fatwa itu lagi, bagi individu yang berhutang untuk tujuan peribadi, mereka hanya boleh dimasukkan ke dalam asnaf ini dengan syarat seseorang individu mestilah tidak memiliki harta dalam kadar yang mencukupi (haddul kifayah).

Maksud golongan yang berhutang ini jika diaplikasikan dalam konteks semasa adalah meliputi golongan masyarakat yang membuat pinjaman yang tidak bercanggah dengan syarak. Tujuan sesuatu hutang yang dibuat akan menjadi penentu sama ada orang yang berhutang tersebut layak atau tidak menerima dana zakat bagi membayar hutangnya.

Sebagai contoh, peminjam PTPTN yang tidak mempunyai sumber dana bagi menjelaskan pinjaman pelajaran boleh tergolong sebagai al-gharimin. Peminjam yang menggunakan kad kredit untuk membeli barang keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang bukan bertujuan untuk bermegah-megah juga tergolong dalam golongan asnaf ini.

Maksud golongan ini boleh juga dikembangkan kepada orang-orang yang berhutang dengan 'ah long'. Umum mengetahui betapa kejamnya 'ah long' menyeksa mereka yang tidak mampu membayar hutang. Seksaan dan ancaman yang diberikan amat dahsyat dan tidak berperikemanusiaan.

Golongan ini wajar dibantu di bawah asnaf al-gharimin dengan syarat hutang yang dibuat mestilah untuk tujuan baik bukannya untuk berjudi atau melakukan maksiat.

Kedua, membantu golongan asnaf al-gharimin akan mencapai objektif sebenar zakat. Satu daripada objektif zakat ialah untuk pembangunan ummah. Ummah akan membangun apabila ekonomi dijana dengan baik dan pendapatan orang-orang Islam meningkat.

Jika ramai orang Islam muflis, bagaimana ekonomi ummah dapat diperkasakan? Penulis bersetuju dengan pandangan bahawa "orang muflis umpama hidup dalam 'koma', masih 'bernyawa' tapi tak mampu berbuat apa-apa".

Dalam konteks ini, semakin banyak orang Melayu Islam yang muflis, semakin sukar untuk ummah membangun. Justeru, membebaskan orang Islam daripada muflis merupakan antara jalan bagi terus memperkasa ekonomi bumiputera.

Institusi zakat negeri-negeri boleh mengambil contoh daripada tindakan yang dilakukan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam. Penulis dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa dana zakat di sana digunakan untuk membantu penghutang kad kredit membayar hutang bagi mengelak masalah muflis.

Pembiayaan dilakukan hanya sekali sahaja bagi setiap penghutang. Langkah yang diambil tersebut mungkin boleh dipelajari dan dikaji dengan lebih menyeluruh jika ingin dilaksanakan di negara kita.

Justeru, penulis merasakan sudah tiba masanya dana zakat diperluaskan penggunaannya bagi membantu orang Islam yang muflis untuk keluar daripada masalah tersebut.

Membebaskan mereka daripada muflis bererti pembangunan ekonomi Melayu Islam akan bertambah baik. Walaupun inisiatif ini mungkin bakal mengundang pelbagai kontroversi, namun setidak-tidaknya tulisan ini diharap mampu membuka jalan kepada pihak berwajib untuk merencana satu kaedah efektif bagi menyalurkan dana zakat kepada Muslim muflis.

Fahaman ASWJ harus diperkukuh dalam sistem pendidikan

Posted: 19 Dec 2013 11:25 AM PST

TERLALU banyak isu mengenai aliran fahaman keagamaan yang berbangkit di Malaysia. Terdapat puluhan ajaran sesat yang berkembang mempengaruhi dan menyimpang daripada akidah Islam yang sebenar.

Dari Qadiani, al-Arqam, Tuhan Harun dan terkini Syiah, timbul pertanyaan apakah kurikulum agama Islam yang diajar dalam sistem pendidikan kita asasnya tidak kuat menyebabkan para pelajar yang tamat pengajian masih tidak mempunyai pegangan yang kukuh dan mudah terpengaruh dengan fahaman dan aliran yang menyimpang.

Lazimnya pendekatan Ahli Sunnah Waljamaah (ASWJ) dijadikan asas mendidik para pelajar sama ada dalam sistem pendidikan formal dan swasta di Malaysia. Isu pokok yang ditanamkan adalah isu akidah. Apakah isu akidah meletakkan ikatan dengan Allah SWT sebagai sesuatu yang paling utama, hubungan dengan Rasul sebagai lanjutan, hubungan dengan para sahabat, tabi'e at tabieen serta ulama muktabar sebagai landasan membangun tasawwur Islami.

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam tradisi pendidikan harus mampu membentuk asas ini supaya aliran fahaman yang bercanggah dapat ditolak sejak awal lagi. Ia menuntut maklumat berbanding dari para pendidik supaya tasawwur ASWJ difahami benar dan ia menjadi benteng yang teguh dari dirempuh oleh fahaman yang lain.

Binaan asas ini sangat penting supaya landasan tauhid para pelajar jelas dengan segala implikasinya. Faktor syariah dan fikah merujuk kepada sumber nas iaitu dari al-Quran dan sunnah. Kalau berlaku ijtihad ia terbina dari tradisi ulama yang muktabar.

Perbezaan akidah ASWJ dan Syiah umpamanya harus diperkenalkan secara ilmu supaya para pelajar faham dan para pelajar memiliki kekebalan dari pengaruh Syiah itu sendiri.

Harus dididik dalam kalangan para pelajar bahawa al-Quran adalah terpelihara dan bebas daripada kekurangan mahupun penyelewengan. Fahaman Syiah berpendapat al-Quran yang ada sekarang ada kekurangannya dan perlukan penambahan.

Fahaman ASWJ beriktikad bahawa penafsiran al- Quran hendaklah berpandukan apa yang datang daripada Nabi SAW dan para sahabat serta ahli Bayt Rasulullah SAW. Penganut faham Syiah berpendapat al-Quran hendaklah berpandukan daripada apa yang telah diriwayatkan Ahli Bayt dengan riwayat-riwayat yang mencela para sahabat dan mendakwa Imam Ali sebagai Tuhan serta iman selepasnya.

ASWJ meyakini al-Quran diturunkan sepenuhnya ke atas Rasulullah SAW, tiada kekurangan padanya dan tiada kitab lain selepasnya. Sebaliknya mereka yang berpegang kepada fahaman Syiah beriktikad bahawa mereka memiliki mashaf Fatimah binti Rasulullah SAW dan kononnya mengandungi 40 juzuk.

Sunnah Nabi adalah apa sahaja yang datang daripada Nabi amal perbuatan, percakapan mahupun perakuan. Sedangkan Syiah mendakwa kenyataan Imam 12 setaraf firman Allah dan Sabda Rasulullah SAW. Meriwayatkan daripada mereka sama seperti meriwayatkan hadis daripada Nabi kerana mereka juga maskum.

Menerima semua hadis yang diriwayatkan oleh ulama ASWJ seperti Imam Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasaie dan lain-lain. Sebaliknya pihak Syiah tidak menerima periwayatan ASWJ kecuali dari Ali Bayt Rasulullah SAW sahaja.

ASWJ berpegang dengan al-Quran dan As-Sunnah dan ijmak sebagai prinsip asas kepada syariat Islam dengan Syiah menolak ijmak dan Qias dalam penentuan hukum syarak.

Tradisi ASWJ berpendirian tiada yang maksum melainkan Rasulullah SAW, para anbia dan rasul-rasul terdahulu. Syiah berpendirian para imam mereka dianggap maksum dan kemaksuman mereka adalah perkara dasar dalam prinsip imamah.

Tiada yang mengetahui perkara-perkara ghaib melainkan Allah SWT sedangkan Syiah berpendirian imam memiliki keistimewaan untuk mengetahui perkara-perkara ghaib.

Yang disebutkan di atas adalah sedikit contoh dari banyak contoh lain dari sudut akidah percanggahan yang sangat nyata antara fahaman ASWJ dan juga Syiah.

Hal ini harus dinyatakan dengan jelas secara berbanding kepada para pelajar supaya mereka dilatih memahami akidah secara ilmu dengan merujuk nas atau al-Quran dan As Sunnah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Keganasan jantina rentas sempadan

Posted: 18 Dec 2013 09:56 PM PST

Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak, isu yang tiada batas sempadan negara, bangsa, agama mahupun warna kulit. Hampir semua bangsa atau negara berdepan dengan kemelut ini yang umpama tiada titik noktah biarpun pelbagai usaha dilakukan bagi memartabatkan golongan tersebut.

Negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) juga tidak terlepas daripada belenggu ini, sehingga negara itu menjadikan tarikh 25 November sebagai sambutan Hari Penghapusan Keganasan Antarabangsa yang didedikasikan sebagai langkah menentang keganasan berteras jantina.

Sambutan itu sebagai mengesahkan komitmen AS untuk mencegah dan bertindak balas kepada keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak di peringkat global.

Tahun ini Keganasan Pasangan Intim dipilih sebagai tema sambutan kerana merasakan ia bentuk keganasan paling lazim yang dialami oleh wanita di seluruh dunia.

Duta Khas AS bagi Hal Ehwal Wanita Global, Catherine M. Russel, berkata, keganasan berteras jantina ini merentasi garisan etnik, kaum, sosio-ekonomi, dan agama, serta tidak mengenal sempadan.

Katanya, di peringkat global, 35 peratus daripada wanita telah dirogol atau didera secara fizikal, Jika keganasan ini berlaku di rumah, 80 peratus daripadanya dilakukan oleh suami atau pasangan.

Beliau berkata, sebahagian besar femisid iaitu pembunuhan sengaja ke atas wanita kerana jantina mereka, berlaku dalam kalangan wanita yang mempunyai hubungan rapat, dan dilakukan oleh pasangan atau bekas pasangan mereka.

"Keganasan oleh pasangan intim telah dikaitkan dengan pelbagai kesan kesihatan serta-merta dan jangka panjang, termasuk kecederaan fizikal, gangguan ginekologi, kehamilan yang tidak diingini, keguguran, penyakit kelamin, kemurungan, dan tingkah laku membunuh diri.

"Kira-kiara 42 peratus daripada wanita yang telah mengalami keganasan pasangan intim melaporkan mereka dicederakan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Menurut Russel, analisis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun ini mendapati bahawa wanita yang telah didera secara fizikal atau seksual adalah 1.5 kali lebih berkemungkinan mendapat jangkitan penyakit kelamin berbanding wanita yang tidak mengalami keganasan pasangan.

Kajian juga menunjukkan bahawa risiko HIV dalam kalangan wanita yang mengalami keganasan mungkin sehingga tiga kali lebih tinggi daripada kalangan mereka yang tidak pernah mengalaminya.

Keganasan juga menjejaskan kesihatan fizikal dan mental secara serius bagi wanita dan kanak-kanak perempuan, termasuk kebanyakannya terhadap kesihatan reproduktif mereka.

"Angka-angka ini patut merisaukan kita semua. Sama ada ia berlaku di kawasan kejiranan kita sendiri, atau di negara asing. Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan memudaratkan kita semua tidak kira lelaki atau perempuan.

"Pada asasnya keganasan merupakan satu manifestasi terhadap status rendah yang diberikan kepada wanita dan kanak-kanak perempuan di seluruh dunia.

"Mengakhiri keganasan memerlukan kita mengangkat status wanita dan kanak-kanak perempuan dan membebaskan mereka untuk mencapai potensi menjadi ejen perubahan dalam komuniti mereka," katanya.

Menurut Russel lagi, mencegah dan menghukum mereka yang melakukan keganasan terhadap wanita akan memberi faedah jangka masa panjang dan masyarakat dunia tidak boleh terus membiarkan keganasan ini berterusan.

Beliau berpendapat, dengan membiarkan isu ini tanpa ditangani sewajarnya hanya akan membuatkan sesebuah negara itu kehilangan sumber pendapatan dan produktiviti, perniagaan kehilangan pekerja dan keluarga kehilangan pencari nafkah utama.

Malah, berdasarkan pengalaman negaranya, Akta Keganasan Terhadap Wanita AS, yang mengukuhkan langkah untuk menyiasat dan mendakwa jenayah tersebut, dianggarkan telah menjimatkan lebih RM52.8 bilion (AS$16 bilion) sejak diluluskan pada tahun 1994.

"Masyarakat antarabangsa, kerajaan, organisasi pelbagai hala, syarikat sektor swasta, dan pejuang peringkat akar umbi perlu berganding bahu menangani dan mencegah keganasan ini daripada berlaku.

"Kita perlu meningkatkan sokongan dan interaksi antara pembuat dasar dan mereka yang bekerja di lapangan. Kita juga perlu menguatkuasakan undang-undang untuk menghukum perbuatan jenayah ini.

" Bagi saya, undang-undang ini perlu dikuatkuasakan kerana sikap sambil lewa seringkali membantu menggalakkan keganasan.

"Selain itu, kita juga perlu menggalakkan kanak-kanak perempuan bersuara untuk diri mereka sendiri, dan mendidik kanak-kanak lelaki bersuara untuk adik perempuan dan kakak mereka.

"Kita perlu menyokong penglibatan lelaki dewasa, kanak-kanak, dan golongan penting dalam masyarakat, seperti pemimpin agama, dalam menangani dan mencegah keganasan serta mengubah norma dan sikap terhadap jantina," kata Russel.

Dalam pada itu kata Russel, AS turut berkongsi kepakaran dan pengalamannya dalam menangani keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak ini dengan negara-negara lain di dunia.

Ini termasuk membawa pakar bidang keganasan jantina ke Malaysia untuk bertemu dengan polis, badan kehakiman dan masyarakat awam untuk membincangkan amalan terbaik bagi menangani keganasan rumah tangga.

"Pemerkasaan wanita sangat penting untuk membina masyarakat demokrasi yang stabil, bertanggungjawab memajukan keamanan dan keselamatan.

"Apabila wanita dan kanak-kanak perempuan hidup bebas daripada keganasan dan mempunyai peluang yang sama dalam pendidikan, penjagaan kesihatan, pekerjaan dan penyertaan politik, mereka sebenarnya meningkatkan taraf keluarga mereka, komuniti dan negara," katanya.

Evolusi 67 tahun JKM

Posted: 18 Dec 2013 09:56 PM PST

Berpandukan kepada lima teras utama dalam penyampaian perkhidmatan iaitu pencegahan, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan pengintegrasian, bidang tugas dan peranan JKM amat luas skopnya kepada kumpulan sasar seperti kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), warga emas, mangsa bencana, keluarga, orang papa dan pertubuhan sukarela kebajikan.

Exit policy, perkasa program kebajikan produktif

Menurut Norani, pelanggan JKM terbahagi kepada dua kategori iaitu yang tidak produktif seperti warga emas dan OKU yang tidak berupaya bekerja dan yang produktif iaitu mereka yang masih sihat dan berkeupayaan untuk menjana pendapatan sendiri.

Oleh itu, bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kewangan kerajaan, maka pada tahun hadapan, JKM akan melaksanakan exit policy kepada yang masih produktif.

Mereka akan dibantu menjana pendapatan sendiri dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan melalui program kebajikan produktif (productive welfare). Bagi tujuan ini, JKM menyediakan bantuan geran pelancaran sebagai modal permulaan untuk menjalankan perniagaan sebanyak RM2,700 serta menyediakan latihan sewajarnya.

JKM bukanlah satu-satunya agensi yang memberikan bantuan kewangan seperti itu kerana terdapat pelbagai lagi agensi kerajaan yang menyediakan dana dan bantuan kewangan kepada usahawan kecil.

Malah, pelanggan JKM juga boleh mendapatkan barangan untuk memulakan perniagaan melalui program 1AZAM.

Namun ini bukan bermakna JKM akan menghentikan bantuan kewangan bulanan mereka serta merta. Ia akan tetap diteruskan sehingga mereka berjaya memperoleh pendapatan tetap dan telah melebihi daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK) semasa yang ditetapkan.

"Apa yang JKM mahu perjelaskan di sini ialah kami mahukan masyarakat agar tidak terlalu bergantung kepada bantuan kewangan JKM semata-mata. Inilah masanya untuk mengubah sikap dan corak pemikiran mereka agar seiring dengan kepesatan pembangunan negara yang bakal menjadi negara maju tidak lama lagi," jelas Norani.

Sukarelawan Kebajikan Dimobilisasi

Tugas sebagai Pegawai Pembangunan Masyarakat sudah semestinya memerlukan JKM sentiasa turun padang bertemu dengan rakyat miskin dan berkeperluan supaya mereka tidak tercicir daripada menikmati bantuan-bantuan kerajaan.

Walau bagaimanapun, dengan jumlah kakitangan yang ada sekarang sudah pastinya menyukarkan JKM untuk memastikan khidmatnya sampai kepada keseluruhan masyarakat.

Oleh itu, JKM bekerjasama dengan sukarelawan kebajikan yang berdaftar dengannya untuk turut sama membantu kumpulan sasar selain meningkatkan semangat kesukarelaan dan ambil berat antara satu sama lain dalam komuniti di tempat mereka menetap.

"Kita tidak mahu menjadi negara maju yang rakyatnya semakin bersikap individualistik. Kita mahu semakin maju sesuatu negara semakin berkualiti rakyatnya. Paling kita takutkan rakyat negara ini hilang nilai-nilai murni dan mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kebajikan orang lain.

"Ini antara usaha JKM untuk melahirkan sukarelawan yang ikhlas dari hati nurani masing-masing," ujar beliau.

Pendekatan yang yang digunakan JKM demi memastikan nilai murni dan semangat kesukarelaan kekal dalam kalangan masyarakat ialah melaksanakan program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help), iaitu sukarelawan kebajikan membantu kumpulan sasar jabatan khususnya warga emas yang tinggal sebatang kara dan juga OKU.

Dalam program ini, sukarelawan akan memberi khidmat di rumah-rumah pelanggan yang dikenalpasti dua kali seminggu.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah membantu membersihkan rumah, memandikan, memasak, berbual dan menemani mereka bersiar-siar.

Salah satu objektif program Home Help ini ialah memastikan warga emas dapat hidup dalam persekitaran kediaman sendiri tanpa perlu menghabiskan sisa usia di rumah orang tua serta meringankan beban keluarga menguruskan anak-anak OKU.

Wellmart pasarkan produk institusi

Sebutannya ialah wellmart yang boleh membawa dua maksud pasar kebajikan atau pasar sihat.

Kata Norani, beliau merancang menubuhkan sebuah kedai bagi memasarkan produk-produk kraftangan yang dihasilkan oleh warga emas dan OKU yang tinggal di institusi JKM.

Sehingga kini JKM mempunyai sebanyak 65 institusi yang untuk kanak-kanak, OKU dan warga emas. Pelbagai jenis kraftangan dihasilkan oleh para penghuni dan yang sangat berkualiti dan sesuai untuk dipasarkan.

"Projek Wellmart ini kami akan mulakan pada tahun hadapan. Ia akan menjadi lokasi untuk memasarkan kraftangan yang dihasilkan oleh OKU dan warga emas. Sudah tentu pulangannya akan mereka terima dan bagi kami di JKM pula akan memastikan Wellmart bukan sekadar menjual barangan untuk mendapat simpati pembeli daripada mereka yang kurang bernasib baik, tapi membeli kerana kualiti produk yang dijual," jelasnya.

Kanak-kanak dibela

Sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab terhadap isu yang melibatkan kanak-kanak, sudah pastinya JKM amat peka akan keperluan sokongan emosi kepada mereka khususnya kepada kanak-kanak yang terlibat dengan konflik undang-undang.

Oleh itu, JKM dalam usaha melaksanakan sistem keadilan juvenil (juvenile justice system) melalui Program Alihan (Diversion Programme) supaya dapat mengalihkan kanak-kanak yang terlibat dengan konflik undang-undang daripada menghadapi prosiding sistem perundangan yang membawa impak negatif kepada psikologi kanak-kanak khususnya stigma masyarakat terhadap mereka.

"Satu keunikan dalam Program Alihan ini ialah memberi hak kepada kanak-kanak yang terlibat dengan konflik undang-undang membuat pilihan sama ada untuk mengikut program ini atau melalui sistem perundangan sedia ada.

"Program ini juga tepat pada masanya dengan keperluan dan hak kanak-kanak seperti termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) ," kata Norani.

Satu lagi projek yang sedang dilaksanakan oleh JKM bagi memastikan hak kanak-kanak terbela adalah melalui Projek Perintis Perlindungan Kanak-Kanak.

Projek ini adalah usahasama JKM dan UNICEF yang dibantu oleh pakar perunding dari Australia.

Projek perintis ini bertujuan melatih Pegawai Pelindung JKM untuk mengendalikan kes penderaan kanak-kanak secara sistematik dan profesional selaras dengan prosedur antarabangsa yang digunapakai.

Projek perintis ini dijalankan di dua buah lokasi iaitu Petaling Jaya untuk kawasan bandar manakala Kuala Langat pula untuk kawasan pinggir bandar.

"Projek ini akan dilaksanakan selama dua tahun hingga 2015 untuk melihat keberkesanannya sebelum diperluaskan ke seluruh negara," jelas beliau.

Aksesibiliti kepada OKU

Fokus JKM dalam pembangunan dan mengintegrasikan OKU ke dalam masyarakat adalah dengan memperjuangkan aksesibiliti dan juga pekerjaan kepada OKU. JKM akan bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan yang lain yang perlu menyediakan aksesibiliti ini.

Melalui Majlis Kebangsaan Bagi OKU (MKBOKU), pelbagai isu mengenai OKU dibincangkan. Majlis itu adalah platform tertinggi yang boleh digunakan untuk memperjuangkan hak dan kesaksamaan OKU untuk diangkat kepada pembuat keputusan dalam kerajaan.

"JKM akan sentiasa berusaha melalui MKBOKU untuk mengenegahkan isu-isu OKU ini agar mendapat perhatian khusus kepada semua pihak. Antara perkara yang menjadi rungutan daripada OKU adalah pemberian peluang pekerjaan kepada mereka, pengangkutan, reka bentuk bangunan serta informasi yang mesra OKU yang masih kurang diberi perhatian oleh penyedia perkhidmatan," katanya.

Perkhidmatan Respite Care

Atas permintaan ramai, JKM bakal memperkenalkan perkhidmatan Respite Care di Rumah Seri Kenangan Cheras. Program ini menawarkan perkhidmatan jagaan secara harian untuk warga emas yang mana pada waktu-waktu tertentu tidak dapat diberi perhatian oleh anak-anak mungkin atas urusan tugasan luar daerah atau pun urusan lain.

"Program ini dilihat dapat memudahkan ahli keluarga yang mungkin ingin bercuti tanpa perlu bimbang untuk meninggalkan ibu bapa yang uzur tanpa penjagaan yang sempurna. Mereka boleh mendapatkan perkhidmatan Respite Care ini dan ia adalah perkhidmatan yang berbayar. Ibu bapa yang dihantar akan dijaga dengan baik oleh petugas terlatih sepanjang di Respite Care. Malah melalui program ini juga dapat membantu JKM untuk menjana pendapatan," ujar beliau.

Manfaatkan ICT dalam perkhidmatan

Sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) JKM telah mewujudkan pelbagai sistem atas talian bagi memudahkan penyampaian perkhidmatan antaranya perlaksanaan sistem e-JKM yang menguruskan semua perkhidmatan JKM secara atas talian.

Manakala sistem e-Bantuan pula menguruskan semua perkara berkaitan bantuan dan penerima bantuan jabatan. Sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab mengumpul data-data OKU di Malaysia, JKM mewujudkan Sistem Pengurusan Maklumat OKU (SMOKU) bagi memudahkan OKU mengakses dan seterusnya berdaftar dengan JKM.

Sekiranya terdapat orang awam atau syarikat swasta yang mahu melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan JKM, mereka juga boleh mendapatkan maklumat menerusi sistem My corporatecare.

Untuk pengurus dan pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) pula, mereka boleh menggunakan sistem ezi2care bagi mendapatkan informasi mengenai penubuhan Taska, cara pendaftaran dan mendaftar bagi mengikuti kursus pengasuhan kanak-kanak. Aplikasi MyResearch pula memberikan kemudahan kepada para pelajar atau mana-mana pihak untuk membuat kajian di institusi JKM.

Wujud akta ke arah profesionalisme

"Insya-Allah tahun depan JKM akan mewujudkan Akta Pekerja Sosial dan apabila lulus kelak, semua Pekerja Sosial perlu berdaftar sebagaimana yang dilaksanakan oleh Kaunselor. Ini bagi memastikan mereka yang ingin melaksanakan kerja-kerja kebajikan ini adalah dalam kalangan orang yang profesional. Tujuan mewujudkan akta ini adalah untuk memastikan perkhidmatan sosial dan kebajikan tidak dilaksanakan oleh sebarangan orang tetapi mereka yang benar-benar profesional dalam bidang ini.

"Selain itu, saya akan perkenalkan semula Akta Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Diperbadankan 1948. Akta ini membolehkan JKM untuk menjana pendapatan bagi mendapatkan modal. Oleh itu, saya akan meneliti semula akta ini untuk melihat bagaimana JKM boleh mengumpul dana sekaligus menjana pendapatan untuk kegunaan jabatan," jelas beliau.

Kerjasama dengan syarikat korporat

JKM sentiasa menyemarakkan lagi segala usaha kebajikan di negara ini dan kini sudah sampai masanya untuk sektor korporat dan swasta turut melibatkan diri dalam membantu masyarakat yang kurang bernasib baik. JKM juga mahu pastikan dalam Malaysia menuju negara maju, kadar kemiskinan mesti dikurangkan.

Oleh itu, JKM akan meningkatkan jaringan dan kolaborasi dengan syarikat-syarikat korporat dan swasta untuk bersama-sama berganding bahu demi menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat kumpulan sasar jabatan.

Penambahan kakitangan tingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan

"Saya amat bersyukur dengan penstrukturan semula kakitangan yang dibuat, JPA telah memberi tambahan kakitangan kepada JKM," katanya.

Jumlah kakitangan JKM sedia ada adalah seramai 6,338 dan angka tersebut dijangka bertambah sehingga 9,034 menjelang 2015 bagi menampung beban tugas yang digalas oleh jabatan.

"Hasrat saya adalah menjenamakan semula JKM dengan menukar nama Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada Jabatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat agar lebih relevan dengan situasi semasa dan sejajar dengan perkhidmatan yang dilaksanakan," ujar Norani.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


6,480 dapat semua A

Posted: 19 Dec 2013 11:25 AM PST

Oleh FAZRINA AYU RADUIAN
kota@utusanroup.com.my

SHAH ALAM 19 Dis. - Seramai 6,480 daripada 80,579 calon di Selangor memperolehi gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.

Pengarah Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata, pencapaian calon yang mendapat gred A menurun sebanyak 259 orang (0.04 peratus) iaitu daripada 6,739 orang (8.57 peratus) pada tahun 2012 kepada 6,480 orang (8.53 peratus) pada tahun 2013.

"Gred Purata Negeri (GPN) menunjukkan peningkatan kualiti sebanyak 0.02 mata dari 2.59 pada 2012 kepada 2.57 pada 2013, manakala peratus lulus (ABCD) pada tahun ini meningkat sebanyak 1.27 peratus iaitu daripada 73.81 peratus pada tahun 2012 kepada 75.08 peratus pada 2013.

"Malah, pencapaian bagi calon Berkeperluan Khas bagi tahun ini yang melepasi tahap penguasaan minimum (tidak termasuk semua A, AB dan ABC) tahun ini meningkat daripada 13 orang pada tahun 2012 kepada 53 orang pada tahun 2012," katanya ketika mengumumkan keputusan PMR 2013 di Pejabat Pelajaran Selangor di sini.

Tambah Mahmud, bagi calon bandar dan luar bandar pula secara keseluruhannya menunjukkan pencapaian yang semakin baik di mana bilangan calon luar bandar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran meningkat daripada 926 orang pada tahun 2012 kepada 1,045 pada tahun 2013.

"Jurang perbezaan pelajar lulus (A, B, C, D) di antara bandar dan luar bandar semakin mengecil apabila perbezaan peratus lulus pada 2012 dan 2013 semakin berkurangan daripada 7.06 peratus kepada 6.30 peratus," katanya.

Ketika ditanya mengenai peratusan lulus antara calon bandar dan luar bandar semakin mengecil, beliau berkata, kejayaan melaksanakan program 'dialog prestasi' kepada sekolah luar bandar pada tahun lalu membuahkan hasil apabila jurang semakin rendah.

"Melalui dialog tersebut, kami telah mengenal pasti kelemahan dan memberi fokus kepada pelajar dan sekolah tersebut. Kami akan meneruskan program ini pada tahun depan dalam memastikan kualiti dan prestasi pelajar terus meningkat dari tahun ke tahun," katanya.

Khairul Afhan hadiah kejayaan kepada ibu

Posted: 19 Dec 2013 11:25 AM PST

PUTRAJAYA 19 Dis. - Kehilangan ayah tersayang dan kemudian terpaksa memasuki kelas pemulihan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tidak mematahkan semangat seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, Khairul Afhan Zawawi memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Khairul Afhan, 15, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan berkata, pada mulanya dia tidak berkeyakinan untuk memperoleh keputusan cemerlang apabila mendapat keputusan kurang memberangsangkan dalam peperiksaan percubaan.

Namun, katanya, berkat doa keluarga dan usaha berterusan tanpa jemu akhirnya berjaya membuahkan hasil.

"Saya bersyukur dengan keputusan ini kerana dapat menghadiahkan kejayaan kepada ibu yang bersusah-payah membesarkan saya menerusi pendapatan menjahit sejak ayah sakit dan meninggal dunia akibat kanser usus pada tahun lepas.

"Kehilangan ayah memberikan sumber kekuatan kepada saya untuk berjaya kerana ketika di akhir hayat arwah, dia sudah tidak mampu bercakap dan hanya terbaring menyebabkan saya menanam tekad untuk berjaya dan menjadi doktor," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, seorang lagi calon cemerlang sekolah itu, Mohamad Izzuddin Abd. Ghafar, 15, mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua, terutama keluarga dan guru yang memberikan tunjuk ajar tanpa jemu.

Anak bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud itu berkata, dia agak terkejut dengan keputusan cemerlang tersebut kerana ketika peperiksaan percubaan hanya memperoleh 1A sahaja.

"Tekanan sebagai anak kepada Ketua Pengarah Pelajaran di samping perlu mendapat keputusan yang cemerlang memang memberi kesan kepada saya sehingga terpaksa berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan nasihat.

"Mujur saya mempunyai ibu bapa yang memahami, di samping mendapat tunjuk ajar daripada guru yang tidak memberikan sebarang tekanan untuk mencatatkan keputusan cemerlang," katanya.

Sementara itu, pengetua sekolah itu, Haidzir Hussin berkata, prestasi sekolah tersebut meningkat tahun ini di mana sebanyak 85 peratus daripada 160 calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

"Seramai 133 calon berjaya memperoleh gred A dalam semua subjek berbanding hanya 109 calon yang mendapat keputusan sama pada tahun lalu. Kami juga berjaya mencatatkan keputusan tiada pelajar yang mendapat gred C atau D dalam mana-mana mata pelajaran.

"Di samping itu, sekolah ini juga berjaya mendapat Gred Purata Nasional (GPN) 1.027 dan berjaya menempatkan diri dalam lingkungan lima buah sekolah berasrama penuh cemerlang di seluruh negara," katanya.

Warga asing sewa PPR, PA diusir

Posted: 19 Dec 2013 11:25 AM PST

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

ANGGOTA Penguat Kuasa DBKL terpaksa memotong kunci jeriji sebuah unit PPR selepas warga asing yang menghuninya enggan membuka pintu semasa operasi penguatkuasaan di Kuala Lumpur, malam semalam. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Ketika masih ramai pemohon belum mendapat rumah, segelintir penyewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) mengkhianati negara ini apabila mengaut untung dengan menyewakan rumah mereka, malah kepada warga asing.

Perbuatan khianat mereka membawa padah malam tadi apabila unit-unit terlibat diserbu oleh Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, selaku penyelia rumah jenis itu di ibu negara, dalam operasi malam tadi.

Dalam operasi itu, 11 warga asing diusir dari dua PPR dan dua PA. Tiga unit rumah di PA Sri Kelantan, masing-masing sebuah di PA Sri Negeri Sembilan, PPR Taman Wahyu dan PPR Batu Muda turut disita pihak berkuasa tempatan itu.

Timbalan Pengarah Kanan Unit Penguatkuasaan dan Pembangunan Komuniti, Jabatan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Shaari Yusof berkata, empat warga asing itu turut ditahan kerana tidak memiliki permit perjalanan yang sah.

Menurutnya, tiga lelaki Bangladesh yang menyewa di PPR Taman Wahyu dan seorang wanita Indonesia yang tinggal di PA Sri Negeri Sembilan diserahkan kepada Jabatan Imigresen selepas gagal mengemukakan dokumen perjalanan masing-masing.

Warga asing yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah pula dibenarkan membawa keluar barang masing-masing dari rumah yang didiami sebelum disita DBKL.

"DBKL juga sudah menyenarai hitam penyewa asal yang terdiri daripada warga tempatan kerana menyewakan kediaman mereka kepada warga asing.

"Mereka juga tidak dibenarkan merayu untuk mendapatkan kembali unit masing-masing ataupun bagi membuat permohonan baharu," katanya dalam sidang akhbar selepas operasi itu malam tadi.

Seramai 50 kakitangan DBKL, 11 anggota Jabatan Imigresen dan sepuluh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam operasi yang bermula pukul 10 malam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Yang turut hadir dalam operasi itu, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz dan Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor.

Tambah Shaari, terdapat penyewa tempatan dikesan mengaut untung berlipat kali ganda apabila mengenakan sewa kepada warga asing sehingga RM600 sebulan berbanding kadar RM124 yang ditetapkan DBKL.

"Malah, ada yang mengenakan bayaran mengikut kepala iaitu RM120 seorang dan menyebabkan rumah tersebut seperti 'tin sardin' kerana didiami hampir sepuluh warga asing," katanya.

Tegas beliau, operasi tersebut akan diteruskan pihaknya dalam tempoh terdekat bagi memastikan kegiatan terbabit dibendung.

Sementara itu, dalam operasi malam tadi, ada warga asing yang enggan membuka pintu rumah sehingga menyebabkan kakitangan DBKL terpaksa memecah masuk.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved