Khamis, 19 Disember 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kementerian Luar sahkan kematian kanak-kanak Malaysia

Posted: 19 Dec 2013 02:05 AM PST

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Kementerian Luar hari ini mengesahkan kematian seorang kanak-kanak Malaysia di perkarangan luar Sekolah Carlingford di wilayah barat laut Sydney semalam.

Mangsa dikenal pasti sebagai Akshar Balakrishnan, 6, dan berasal dari Ipoh, Perak.

Kanak-kanak itu dan ibunya Fung Ying Ong menziarahi saudara mereka di Sydney, Australia ketika kejadian berlaku, menurut kenyataan kementerian itu di sini.

Berdasarkan maklumat polis tempatan, mangsa dan ibunya dikatakan sedang berjalan untuk menghantar dua sepupunya ke sekolah apabila dilanggar sebuah kereta yang merempuh laluan pejalan kaki.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu dan sepupunya mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Westmead, Sydney. Keadaan mereka dilaporkan stabil.

Menurut kenyataan itu, polis New South Wales (NSW) sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia telah menghubungi keluarga mangsa bagi menghulurkan bantuan sewajarnya. - BERNAMA

Rakyat diminta bertenang, kenaikan tol belum diputuskan

Posted: 19 Dec 2013 01:16 AM PST

KOTA BHARU 19 Dis. - Pergerakan Wanita UMNO meminta rakyat supaya bertenang dan tidak terpengaruh dengan pihak tertentu terutama pembangkang yang menggembar-gemburkan isu kenaikan tol.

Naib Ketuanya, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, pihak terbabit sengaja mencipta cerita lebih awal biarpun tidak ada sebarang kepastian mengenai kenaikan kadar tol tersebut, semata-mata untuk membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat berkata, Wanita UMNO yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan berpegang pada janji untuk tidak menaikkan tol sepertimana dalam aku janji Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

"Rakyat lebih faham sebab kerajaan kita mendahulukan rakyat, itu yang penting

kalau kita sudah berjanji dalam pilihan raya macam ini (tidak menaikkan tol), ia janji yang ditepati.

"Itulah yang menjadi dasar kepada kerajaan kita masa ini terutama di bawah Najib, rakyat didahulukan, janji ditepati, mesti ada saja pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri supaya rakyat tidak merasa keperitan.

"Saya percaya Perdana Menteri ingat, dia tahu apa manifesto BN kerana dengan manifesto itu rakyat telah memberi mandat kepada kita walapun tidak menang dua per tiga rakyat tetap berikan mandat kepada kita untuk meneruskan pemerintahan negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Komuniti Perwani Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Sri Nilam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Keputusan PMR: Kelantan terbaik dalam tempoh 6 tahun

Posted: 19 Dec 2013 01:13 AM PST

KOTA BHARU 19 Dis. - Kelantan mencatatkan kejayaan paling cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 dalam tempoh enam tahun sama ada dari sudut pencapaian Gred Purata Negeri (GPN), peratus lulus am, Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dan peratus kelulusan mata pelajaran.

Pengarah Pendidikan Kelantan, Hussain Awang berkata, negeri ini mencatat GPN 2.58 iaitu meningkat 0.04 daripada 2.62 tahun lalu dengan 99 buah sekolah menunjukkan peningkatan melebihi atau sekurang-kurangnya mengekalkan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) tahun sebelumnya.

Beliau berkata, sebanyak 34,000 calon negeri ini telah mendaftar untuk menduduki PMR terdiri daripada 27,760 calon (81.65 peratus) dari sekolah Kementerian Pendidikan; 522 calon (1.53 peratus) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM); 82 calon (0.24 peratus) swasta/persendirian dan 5,636 calon (16.57 peratus) sekolah kerajaan negeri.

Menurutnya, seramai 67.89 peratus atau 18,449 calon sekolah Kementerian Pendidikan lulus sekurang-kurangnya minimum D dalam semua mata pelajaran berbanding 65.80 peratus tahun lalu dengan jumlah calon yang memperoleh semua A adalah 6.78 peratus atau seramai 1,839 orang berbanding 5.79 peratus pada 2012.

Dalam masa sama, beliau turut memuji pencapaian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra, Kuala Krai iaitu sebuah sekolah harian biasa yang mencatat keputusan setanding sekolah elit lain dengan kelulusan 100 peratus dan 81 calonnya mencatat semua A sehingga melayakkan sekolah tersebut memperoleh GPS 1.12 iaitu pada kedudukan keempat terbaik di negeri ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved