Jumaat, 6 Disember 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lelaki mati ditembak

Posted: 06 Dec 2013 11:36 PM PST

NIBONG TEBAL 7 Dis. - Seorang lelaki yang terselamat daripada maut enam bulan lalu menemui ajal selepas ditembak kali kedua di kawasan taman permainan di Taman Puteri Gunung, Tasek di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu mangsa, M. Partiban, 29, mati di tempat kejadian setelah terkena enam das tembakan.

Mangsa pernah ditembak pada 20 Jun lalu di kawasan yang sama dipercayai oleh suspek yang sama tetapi hanya mengalami kecederaan di tangan dan perut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten komisioner, Mazlan Kesah berkata, mangsa telah dihampiri sebuah kereta Perodua Myvi hitam dinaiki dua lelaki yang kemudiannya melepaskan enam das tembakan ke arahnya.

Beliau berkata, salah satu daripada tembakan itu mengenai rusuk Partiban.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami pendarahan teruk dan mayatnya dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian malam tadi.

Susulan kejadian itu Mazlan berkata, polis berjaya menahan dua suspek lelaki berusia 21 dan 35 tahun di sekitar kawasan itu beberapa jam selepas kejadian. - UTUSAN ONLINE

Lelaki mati ditembak ketika berjalan di Tasek Mutiara

Posted: 06 Dec 2013 07:41 PM PST

NIBONG TEBAL 7 Dis. - Seorang lelaki maut ditembak dua lelaki ketika sedang berjalan seorang diri di Taman Puteri Gunong, Tasek Mutiara di sini malam tadi.

Mangsa M. Parttippan, 29, mati di tempat kejadian setelah terkena enam das tembakan dalam kejadian pukul 9 malam. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Malaysia raih emas pertama di Myanmar

Posted: 06 Dec 2013 10:55 PM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Sukan SEA: Diana Bong sumbang emas pertama

Posted: 06 Dec 2013 10:41 PM PST

NAY PYI TAW, Myanmar 7 Dis. - Malaysia meraih emas pertama di Sukan SEA Myanmar ke-27 melalui atlet wusyu Diana Bong Siong Lin dalam acara nanquan wanita.

Malaysia juga turut memenangi gangsa dalam acara ini menerusi Tau Cheau Xuen menjadikan keseluruhan kutipan pingat negara ialah satu emas dan lima gangsa. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Jenice Lee saman DAP

Posted: 06 Dec 2013 11:03 AM PST

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my

Jenice Lee hadir bersama Harjit Sandhu (kanan) ketika memfailkan satu injuksi bagi mengekalkan keahlian dalam DAP di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ Safiyana Salim

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee hari ini memfailkan saman terhadap DAP bagi memohon pengisytiharan supaya keahliannya dalam parti itu dikekalkan.

Jenice atau nama sebenarnya Lee Ying Ha, 33, memfailkan writ saman itu melalui firma guaman, Tetuan Harjit Sandhu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau menamakan DAP melalui Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng sebagai defendan.

Selain menuntut pengisytiharan keahliannya dikekalkan, beliau memohon perintah injunksi menghalang DAP daripada melucutkan keahliannya.

Ketika ditemui pihak media di lobi mahkamah, Jenice selaku plaintif menyatakan, saman itu difailkan bertujuan membolehkan beliau bertanding pada pemilihan DAP Selangor pada 15 Disember ini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Jenice mendakwa, pada 20 April lalu beliau mendapati melalui media, keahliannya dilucutkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mendapati pemilihan CEC tidak dijalankan mengikut perlembagaan parti.

Jenice kemudian memfailkan writ saman terhadap DAP supaya keahliannya dikembalikan bagaimanapun menarik balik saman itu selepas disahkan melalui panggilan telefon antara defendan dan peguamnya bahawa beliau masih ahli DAP yang sah.

Pada 7 Oktober lalu Jenice berkata, beliau menerima surat daripada DAP yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti, Tan Kok Wai yang memberikannya tempoh 14 hari bagi mendapatkan penjelasannya mengenai tuduhan melanggar perlembagaan parti.

Plaintif mendakwa, surat itu tidak sah kerana Kok Wai telah berlepas ke Korea sehari sebelumnya dan tidak mungkin menandatangani surat berkenaan.

Jenice berkata, beliau membalas surat itu melalui surat tunjuk sebab bertarikh 15 Oktober yang diserahkan kepada defendan pada 21 Oktober lalu.

Bagaimanapun, menurutnya, DAP melalui surat bertarikh 30 Oktober lalu telah melucutkan keahliannya.

Plaintif mendakwa, pelucutan keahliannya tidak sah kerana tidak mengikut proses dan prosedur yang betul antaranya surat balasannya tidak dibalas langsung oleh defendan dan beliau hanya menerima surat tunjuk sebab dan bukannya surat perlucutan jawatan.

Menurut Jenice, secara tidak langsung beliau diberi peluang terakhir untuk merayu kepada CEC dalam masa 14 hari.

Menurutnya, beliau hanya mengetahui keahliannya dilucutkan melalui satu artikel bertarikh 23 November lalu di sebuah portal berita tetapi tiada surat diberikan kepadanya mengenai perlucutan keahliannya.

Plaintif juga mendakwa, ROS masih belum mengesahkan pemilihan semula CEC pada 29 September lalu dan proses perlucutan keahliannya tidak sah dan pramatang.

Utusan, TV3 mohon N. Surendran tarik diri kes fitnah

Posted: 06 Dec 2013 11:03 AM PST

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB), dan Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) akan memfailkan permohonan supaya peguam N. Surendran menarik diri daripada mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah berhubung pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu, Sabah.

Kedua-dua syarikat itu selaku pihak defendan mengemukakan permohonan itu atas alasan Surendran merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar selepas menghadiri pengurusan kes tersebut hari ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop di kamar hakim di sini.

Latheefa memberitahu, Rosilah menetapkan 25 Februari ini untuk mendengar permohonan tersebut.

Menurut beliau lagi, kes itu sepatutnya dibicarakan pada 9 Disember ini namun ditangguhkan berikutan peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili UMMB menghadiri kes petisyen pilihan raya di Mahkamah Persekutuan pada tarikh berkenaan.

Menurut beliau, mahkamah kemudian menetapkan perbicaraan pada 14, 15, 22, dan 25 April tahun hadapan.

UMMB turut diwakili oleh peguam Choo Joo Jin manakala TV3 oleh Lim Qi Si.

Pada 8 Mac lalu, Anwar, 66, selaku plaintif memfailkan saman tersebut dengan menamakan UMMB defendan pertama dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak defendan kedua.

Beliau turut menamakan TV3; Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio, Media Prima Bhd., Datuk Shaharudin Abd. Latif; dan Pengarang Berita Buletin Utama, Ing Boon Seng, sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar menyatakan, Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac lalu di muka hadapannya, menyiarkan artikel bertajuk Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan? dan di muka surat sembilan pula bertajuk, Tiga kumpulan jadi dalang.

Anwar menyatakan, defendan ketiga hingga kelima, antara pukul 8 dan 9 malam, hari yang sama dalam Buletin Utama, TV3 turut menyiarkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa berita di rangkaian televisyen swasta itu adalah berdasarkan laporan berita yang dikeluarkan oleh defendan pertama dan kedua.

Anwar mendakwa, perkataan yang disiarkan itu berunsur fitnah dan membawa maksud antaranya beliau seorang yang mengancam keselamatan negara dan bersekongkol dengan musuh negara dan berperang dengan negara.

Dakwanya lagi, perkataan tersebut difahamkan membawa maksud beliau pembelot negara, melibatkan diri dalam aktiviti keganasan dan pemimpin yang tidak bertanggungjawab serta tidak boleh dipercayai.

Plaintif selain itu mendakwa perkataan tersebut tidak berasas dan berniat jahat telah merosakkan reputasinya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sehubungan itu menuntut ganti rugi am RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan selain memohon perintah injunksi.

Pada 12 Februari lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu menerima laporan pada pukul 8 pagi mengenai pencerobohan 32 lelaki berpakaian celoreng di Kampung Tanduo.

Agensi berita antarabangsa, The Reuters sebelum ini melaporkan dengan memetik sumber tentera Filipina mendedahkan kumpulan bersenjata tersebut menceroboh Sabah selepas diundang parti pembangkang Malaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Solat hajat hindari bencana

Posted: 06 Dec 2013 11:04 AM PST

Oleh FANSURINA ABDULLAH
utusanpahang@utusan.com.my

Para jemaah mengaminkan doa selamat yang dibacakan oleh Ustaz Mohd. Khalil Mohd. Zari Alhafiz selepas menunaikan solat hajat memohon dihindarkan daripada bencana lebih buruk sebaik selesai sembahyang Jumaat di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Kuantan, semalam. - BERNAMA

KUANTAN 6 Dis. - Semua masjid di negeri ini diminta mengadakan solat hajat bagi menghindari bencana yang lebih buruk ekoran banjir yang melanda negeri ini ketika ini.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, perkara itu dititahkan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berikutan banjir di negeri ini khususnya di Kuantan menyebabkan ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan.

Menurut beliau, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menyebarkan perkara itu kepada pentadbir masjid di semua daerah bagi tujuan tersebut.

"Musibah banjir yang menimpa Pahang menunjukkan kita tidak terlepas ujian daripada Allah," katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat hajat di Masjid Negeri di sini hari ini.

Abdul Rahman yang juga mangsa banjir selepas rumahnya di Taman Sungai Isap di sini turut dinaiki air meminta mangsa terlibat supaya bersabar dengan bencana dihadapi itu.

"Saya berharap supaya solat hajat yang dilakukan nanti akan dimakbulkan Allah bagi meringankan dugaan dilalui oleh semua mangsa banjir," ujarnya.

Dalam pada itu, kira-kira 2,000 jemaah mengadakan solat hajat di Masjid Sultan Ahmad Shah di sini selepas solat Jumaat yang diketuai Imam Besar, Mohd. Khalil Mohd. Zari.

NGO digesa bantu mangsa banjir

Posted: 06 Dec 2013 11:04 AM PST

JERANTUT 6 Dis. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan sukarela di daerah ini diminta membantu mangsa banjir, khususnya memindahkan mereka ke pusat pemindahan yang telah disediakan.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, selain itu, mereka juga boleh membersihkan rumah mangsa daripada kekotoran yang disebabkan oleh bencana itu.

Menurutnya, ketua kampung dan ahli Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu lebih aktif memantau kebajikan, khususnya keperluan makanan, selimut, bantal dan peralatan lain untuk mangsa di tempat pemindahan.

"Ada sedikit laporan dan rungutan daripada mangsa tentang kelewatan bantuan makanan serta peralatan di pusat pemindahan sejak tiga hari banjir di sini yang memerlukan kepantasan JKKK menguruskan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Bilik Gerakan Banjir di sini," katanya ketika melawat pusat pemindahan di Kampung Bukit Genting di sini hari ini.

Katanya, kelewatan menyediakan bekalan makanan merupakan masalah teknikal sambil berharap JKKK dan agensi Jawatankuasa Bencana Alam (Banjir) daerah sudah mengenal pasti semua mangsa untuk disalurkan bantuan.

"Kita juga berharap UMNO cawangan, NGO, persatuan belia dan JKKK berperanan membantu pihak berkuasa serta agensi kerajaan mengatur pemindahan dengan menyalurkan bekalan makanan.

"Persiapan rapi dan pantas perlu kerana keadaan cuaca tidak menentu dan paras air di Sungai Tembeling serta Sungai Pahang di daerah ini masih di paras bahaya, dikhuatiri mencetuskan gelombang kedua," ujarnya.

Ahmad Nazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerantut meminta pengusaha pelancong di Lembah Klang dan bandar ini supaya mengutamakan keselamatan pelancong di Taman Negara Kuala Tahan serta jeti Kuala Tembeling.

"Jika boleh, mereka perlu menghentikan buat sementara waktu pemunggahan pelawat berkenaan ke destinasi dengan menggunakan bot penambang ketika air sungai melebihi paras bahaya, di samping mematuhi peraturan keselamatan dan arahan pihak berkuasa," katanya.

Tidak sangka pondok dinaiki air

Posted: 06 Dec 2013 11:04 AM PST

DUA penghuni Pondok Al-Imaniah di Kampung Jerantut Feri, Jerantut melihat keadaan pondok pengajian mereka yang ditenggelami air, semalam.

JERANTUT 6 Dis. - Lebih 100 penghuni Pondok al-Imaniah di Kampung Jerantut Feri di sini tidak menyangka kediaman mereka ditenggelami air apabila banjir melanda daerah ini sejak dua hari lalu.

Seorang penghuni, Zainab Jusoh, 76, berkata, air mula naik kira-kira pukul 4 pagi kerana pondok tersebut berada berhampiran sungai.

"Ketika itu, kami mula membuat persiapan memindahkan barangan penting kerana kebanyakan penghuni di sini warga emas.

"Saya hanya sempat menyelamatkan pakaian dan periuk elektrik sahaja manakala barangan lain semuanya ditenggelami air," ujarnya yang telah menetap di situ sejak tiga tahun lalu di sini semalam.

Bagi Wan Bidah Wan Bakar, 80, dia hanya sempat menyelamatkan diri dan pakaian sahaja kerana sudah uzur.

"Saya sendiri dipimpin oleh orang lain untuk menyelamatkan diri kerana sudah tidak larat dan tidak sempat mengeluarkan barangan lain termasuk peralatan elektrik yang digunakan seharian," ujarnya.

Wan Bidah memberitahu, dia menghubungi anaknya di Kampung Paya Garuk di sini supaya datang membantunya, namun gagal kerana kampung tersebut terputus hubungan.

Dalam pada itu, Mudir pondok berkenaan, Ahmad Mohamad berkata, kejadian tersebut adalah kali pertama sejak dibina pada 2008.

"Pondok ini menempatkan lebih 100 orang termasuk 25 pelajar tahfiz dan mula beroperasi pada 2010 tetapi tidak pernah berdepan masalah banjir.

"Hampir semua kediaman ditenggelami air dan kami tidak ada pengalaman menyebabkan banyak barang-barang milik penghuni di sini tidak sempat diselamatkan," jelasnya.

Menurutnya, kebanyakan penghuni telah pulang ke rumah mereka dan pelajar tahfiz serta warga emas yang masih tinggal ditempatkan di kawasan lebih tinggi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pemimpin Sunah dibunuh

Posted: 06 Dec 2013 12:21 PM PST

LAHORE, Pakistan 7 Dis. - Seorang lelaki bersenjata membunuh seorang pemimpin wilayah kumpulan Sunah di sini hari ini, dengan pihak polis cuba untuk mengurangkan keganasan selepas puak anti Syiah dipanggil untuk melakukan tunjuk perasaan.

Seorang pegawai polis, Mahmmed Rafiq berkata, pemimpin Punjab Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Maulana Shamsur Rehman telah ditembak ketika sedang berjalan meninggalkan masjid.

Sementara itu, Pemimpin kumpulan Ahli Sunnah Wal Jamaah, Maulana Ahmed Ludhianvi dalam Twitternya berkata, pembunuhan Maulana Shamsur merupakan satu kehilangan besar dan keadaan semasa di sini sudah tidak lagi terkawal. - REUTERS

Nelson Mandela meninggal dunia

Posted: 06 Dec 2013 11:03 AM PST

Gambar fail bertarikh 11 Februari 1990, menunjukkan Nelson Mandela (kiri) yang ditemani isterinya ketika itu, Winnie, menyambut sorakan para pengikutnya selepas dibebaskan daripada tahanan penjara selama 27 tahun di Cape Town, Afrika Selatan. - REUTERS

JOHANNESBURG 6 Dis. - Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, 95, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya semalam, selepas sekian lama menghidap jangkitan paru-paru.

Berita pemergian Mandela diumumkan Presiden, Jacob Zuma dalam ucapannya menerusi stesen televisyen negara itu yang meminta semua pihak mengibarkan bendera kebangsaan separuh tiang sempena pemergian tokoh demokrasi tersebut.

"Pengasas negara demokrasi Afrika Selatan, Nelson Rohlihla Mandela telah pergi meninggalkan kita dan beliau meninggal dunia dengan aman di kediamannya," kata Zuma.

Zuma turut memaklumkan Mandela akan disemadikan dalam satu upacara pengebumian penuh istiadat.

Jelas beliau, majlis pengebumian pemimpin tersebut akan diadakan pada 15 Disember ini di Qunu, wilayah Cape Timur, Afrika Selatan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), Gwede Mantashe berkata, pihak berkuasa akan memastikan majlis pengebumian Mandela di Qunu akan kekal sebagai acara keluarga dan tidak akan diadakan secara besar-besaran.

"Kita bimbang kerana kawasan ini tidak mempunyai kemudahan infrasturuktur yang baik. Kita tidak mahu berlaku insiden bersesak-sesak," katanya.

Menurut Mantashe, Afrika akan berkabung selama 10 hari, dan pada hari kesembilan, dijangkakan ribuan orang dari seluruh Afrika Selatan dan negara jiran akan hadir ke rumah Mandela untuk memberi penghormatan terakhir.

Mandela merupakan pemimpin yang paling dihormati kerana keberaniannya mencabar dasar aparteid yang dilaksanakan oleh minoriti kulit putih ke atas golongan berkulit hitam.

Sementara itu, dua anak perempuan Mandela mengetahui berita kematian bapa mereka ketika hadir untuk tayangan perdana filem Mandela: Long Walk to Freedom di London semalam.

Zindzi dan Zenani dilaporkan baru sahaja bertemu dengan beberapa orang kenamaan termasuk Putera William dan isterinya, Catherine sebelum bergegas keluar daripada panggung wayang sejurus menerima satu panggilan telefon yang memaklumkan berita sedih itu. - REUTERS/BERNAMA/AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Memperkasa Melayu-UMNO

Posted: 06 Dec 2013 11:03 AM PST

Datuk Zulkifli Noordin
Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa.

Ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Kota Bharu mengadakan bantahan secara aman selepas membuat laporan polis terhadap penghinaan terhadap Islam di Kota Bharu, November lalu. - UTUSAN/ Zuharman Mohamad Nor

UCAPAN Dasar yang panjang lebar telah diberikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebagaimana biasa, ucapannya memberikan gambaran global mengapa UMNO masih relevan dan menjadi tunggak kepada survival bangsa Melayu, dan apa yang harus dilakukan oleh UMNO untuk terus survive dan menjadi teras perjuangan Melayu. Antaranya memberikan tanda aras KPI kepada seluruh jentera UMNO berdasarkan 5 teras transformasi perjuangan yang telah digariskan.

Saya cukup yakin ahli UMNO sudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh Presiden, hanya tinggal soal melaksanakannya sahaja.

Adakah survival dan kesinambungan perjuangan memperkasa bangsa Melayu-Islam sedang terancam? Apa ancaman itu dan siapa pengancamnya?

Saya gariskan 7 faktor utama ancaman terhadap survival dan kesinambungan perjuangan bangsa Melayu-Islam di Malaysia.

1. DAP - DAP adalah ancaman utama bagi bangsa Melayu-Islam. Sikap cauvinis, rasis, ekstremis dan anti Melayu-Islam yang begitu menebal dalam DAP sudah terserlah - sudah terang bersuloh pula.

Sikap perwakilan DAP mengejek dan menjerit "boo" kepada Jeff Ooi apabila beliau dalam keadaan terpaksa meminta maaf atas keceluparan memanggil kakitangan MPPP yang kebanyakannya bangsa Melayu dengan gelaran 'kucing kurap' membuktikan betapa cauvinis dan rasisnya mereka ini. Meminta maaf kepada orang Melayu seperti sesuatu yang hina untuk dilakukan!

Ingat balik kenyataan Ketua Publisiti DAP Tony Pua yang melabel pegawai dan kakitangan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai 'anjing UMNO' sekadar membuktikan sikap cauvinis, ekstremis dan pelampau perkauman mereka. Sehingga hari ini Tony Pua enggan meminta maaf kepada kakitangan ROS.

Sikap cauvinis, ekstremis dan anti-Melayu DAP ini sudah lama membiak. Contohnya dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Cuba baca semula Laporan Mageran 6 Oktober 1969 yang dibentangkan di Parlimen dan buku tulisan Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman 13 Mei: Sesudah & Sebelum.

Janganlah kita bangsa Melayu-Islam terbuai dan terleka dengan mainan politik kotor ini. DAP tidak pernah berubah. Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

2. PKR & Anwar Ibrahim - Parti picisan yang ditubuhkan oleh mereka yang dikutip untuk survival politik Anwar Ibrahim. Nafsu besar mereka untuk bertakhta di Putrajaya telah menyebabkan perpecahan bangsa Melayu-Islam. Anwar dan PKR telah memberi talian hayat politik kepada DAP untuk menembus masuk ke kawasan yang mereka tidak pernah impikan pun sebelum ini.

Inilah parti yang dipimpin oleh manusia yang telah dua kali diheret ke Mahkamah atas pertuduhan moral melibatkan dua orang kakitangannya sendiri Azizan dan Saiful Bukhori.

Inilah parti yang bersetuju Kristian dibenarkan mengguna pakai kalimah Allah walaupun dalam bentuk Triniti yang jelas mensyirikkan Allah.

Inilah parti yang dipimpin oleh pemimpin yang pembohongan dan putar belit menjadi alat perkakas mereka. Masih ingat pembohongan 16 September 2008? Masih ingat pembohongan Kg. Buah Pala? Masih ingat pembohongan jam Omega? Masih ingat pembohongan Lynas? Masih ingat pembohongan pengundi Bangladesh? Masih ingat lagi beberapa siri pembohongan dan putar belit mereka? Terbaru kenaikan elaun dan gaji MB, Speaker dan ADUN di Selangor; sedangkan di Parlimen mereka bermain wayang menentang semasa PM mencadangkan kenaikan elaun Ahli Parlimen? Dan jangan lupa dalang-dalang di sebalik mereka; termasuk dalang-dalang asing!

Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

3. Pas - Inilah parti yang menjadi tunggangan kepada DAP dan Anwar. Inilah parti yang bersekongkol dengan Anwar dan Lim Kit Siang untuk membenarkan Kristian mengguna pakai kalimah Allah.

Inilah parti yang sanggup memecat tanpa memberi notis dan hak bela diri ke atas Datuk Dr. Hasan Ali yang cuba menyelamatkan akidah umat Islam dan syariat Islam!

Inilah parti yang sanggup memecat Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura tanpa memberi notis atau hak bela diri kerana dilihat terlalu mesra UMNO!

Inilah parti yang sanggup memecat Ustaz Kazim Elias yang ditawarkan tempat untuk menduduki Majlis Tertinggi UMNO. Lihat bagaimana ahli-ahli termasuk segelintir kepimpinan mereka memaki hamun dan memberi pelbagai gelaran menghina Ustaz Kazim.

Inilah parti yang sanggup mendoakan kehancuran orang Melayu yang tidak sehaluan dan sealiran politik dengan mereka; sehingga sanggup mendoakan supaya pemimpin Melayu pecah perut!

Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

4. Singapura - Jangan lupa setelah pakatan pembangkang DAP-PKR-Pas mendapat sedikit kemenangan dalam PRU-12 dengan menumbangkan majoriti 2/3 Barisan Nasional (BN) dan merampas Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor; pemimpin kanan dan bekas PM Singapura Lee Kuan Yew membuat kenyataan "bukan sesuatu yang mustahil untuk Singapura menyertai semula Malaysia".

Sekiranya pakatan pembangkang DAP-PKR -Pas memenangi kerusi Parlimen dan membentuk kerajaan, mereka boleh membawa usul ke Parlimen menurut Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan untuk menjemput Singapura menyertai Malaysia. Usul ini hanya memerlukan majoriti mudah 112 kerusi untuk diluluskan.

Jika itu berlaku, dan usul itu diterima oleh Parlimen Singapura, apakah akan terjadi? Parlimen Singapura dan Parlimen Malaysia akan bergabung. Dengan Parlimen Singapura mempunyai 89 kerusi; dan kita pun tahu siapa yang menguasai kerusi ini. Apa akan terjadi?

Mereka akan dapat menguasai Parlimen Malaysia dengan majoriti besar, malah kemungkinan 2/3!

Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

5. NGO-NGO Liberal - Baru-baru ini dalam sidang Universal Periodic Review of United Nations Human Rights Council (UPR- UNHRC) di Geneva, Switzerland, beberapa pertubuhan NGO dari Malaysia dengan kerjasama beberapa NGO asing dan antarabangsa telah mendesak badan antarabangsa itu supaya menekan Malaysia menerima beberapa tuntutan mereka.

Antaranya membenarkan Kristian mengguna pakai kalimah Allah, membenarkan orang Islam murtad, menghalalkan amalan seks bebas dan luar tabii lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) termasuk kahwin sesama jenis; membenarkan ajaran seperti Syiah dibenarkan dalam negara ini, termasuk menghapuskan Artikel 153 Hak Keistimewaan Melayu dan lain-lain.

Dan kita tahu NGO-NGO ini kebanyakannya adalah propembangkang termasuk pakatan DAP-PKR-Pas.

Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

6. Gerakan Kristianisasi - Akhir-akhir ini gerakan Kristianisasi nampaknya semakin menjadi-jadi di negara kita. Peristiwa dakyah dan cubaan murtad di Gereja DUMC masih segar dalam ingatan kita. Peristiwa yang menyebabkan Tuanku Sultan Selangor terpaksa campur tangan tetapi disanggah oleh golongan yang kurang ajar dan biadap.

Cubaan mereka mengheret isu kalimah Allah sehingga ke mahkamah adalah satu tindakan provokatif dan sangat menghina umat Melayu-Islam. Kegagalan mereka di Mahkamah tidak berhenti di situ. Mereka mengheret isu ini ke peringkat antarabangsa menggunakan platform PBB!

Yang paling malang, mereka menerima sokongan daripada segelintir bangsa Melayu yang sudah terlalu kemaruk untuk menduduki takhta Putrajaya!

Kalau PRU-12 diberi label sebagai 'Tsunami Cina', saya tidak terkejut sekiranya PRU-14 kelak akan menjadi 'Tsunami Kristianisasi'.

Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

7. Neo-Melayu Liberal - Satu ancaman yang mungkin kurang disedari oleh umat Melayu-Islam ialah kemunculan generasi neo- Melayu liberal yang langsung tidak menghargai sejarah perjuangan Melayu-Islam di negara ini, yang asas keagamaan mereka sangat longgar, sifat patriotisme dan kenegaraan mereka sangat cetek, kesetiaan mereka sangat diragukan, dan sikap mereka yang terlalu mementingkan diri sendiri dengan fahaman what my country can do for me!

Mereka ini terlalu mempertuhankan Barat, dan berselindung di sebalik sistem demokrasi, hak asasi tanpa batas dan kebebasan bersuara. Dan mereka merasakan bahawa agama Islam itu menyusahkan, dan bangsa Melayu ini lekeh dan mundur.

Mereka merasakan Islam fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah jumud dan mundur, sebab itu ada antara mereka mudah terpikat dengan ajaran Syiah yang lebih menyeronokkan. Yang paling teruk, ada antara mereka malu mengaku bangsa Melayu!

Malangnya ramai antara mereka ini golongan yang berjaya hasil usaha UMNO dan dasar afirmatif yang membolehkan mereka mencapai kejayaan akademik dengan bantuan dan biaya kerajaan; malah menjadi kaya raya hasil daripada kontrak atau peluang perniagaan dan pekerjaan yang diberikan oleh kerajaan UMNO.

Dan ada antara mereka duduk dalam UMNO, bukan untuk perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara, tetapi untuk mengisi tembolok dan memenuhkan kantung mereka!

Mereka ini sekarang sedang melata di bumi Melayu ini. Mereka ada dalam UMNO, dalam Pas, dalam NGO-NGO, di GLC dan GCE, di syarikat-syarikat multinasional dan lain-lain. Mereka ini umpama duri dalam daging, api dalam sekam yang boleh menghancurkan agama, bangsa dan tanah air bila-bila masa!

Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

RUMUSAN

UMNO mungkin tidak sesempurna yang kita inginkan; pimpinan UMNO mungkin tidak sebaik yang kita cita-citakan; tetapi itu sahaja pilihan yang kita ada buat masa ini.

Jadi tugas dan kerja kita ialah membantu memulihkan UMNO, memperkasa UMNO untuk menjadi parti siasah yang mana bangsa Melayu-Islam boleh terus meletakkan harapan untuk memastikan survival dan kesinambungan kita terus berkekalan.

UMNO memerlukan bangsa Melayu - dan Melayu memerlukan Islam. Tanpa Islam tiada Melayu!

Kepimpinan UMNO perlu disedarkan bahawa UMNO bukan lubuk emas untuk mereka membuat harta, memperkayakan diri dan keluarga, mengisi kantung dan tembolok kroni.

Persepsi bahawa UMNO terlalu takut kehilangan undi bukan Melayu mesti diperbetulkan segera. Keghairahan segelintir pemimpin UMNO menagih undi bukan Melayu perlu dihentikan segera.

Ketakutan sesetengah pemimpin UMNO untuk dikaitkan dengan perjuangan Melayu-Islam mesti dihapuskan. Hanya dengan keberanian melakukan perubahan substantif inilah baru kepercayaan dan harapan orang Melayu-Islam dapat dikembalikan.

UMNO adalah Melayu - Melayu adalah Islam! Semoga Allah memberkati perjuangan kita semua insya-Allah.

Beza pendekatan UMNO-Pas

Posted: 06 Dec 2013 11:03 AM PST

Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my

SALAH satu isu yang turut mendapat perhatian pemimpin dan perwakilan UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO 2013 ialah berkaitan pendekatan politik Pas yang kini seolah-olah terperangkap dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.

UMNO membangkitkan persoalan mengenai sikap Pas sepanjang perhimpunan berlangsung bukanlah kerana parti itu adalah musuh politik UMNO, tetapi UMNO membuat peringatan itu demi masa depan orang Melayu dan umat Islam.

UMNO tidak mahu orang Melayu terperangkap dengan mainan politik Pas yang hakikatnya sedang diperalatkan oleh PKR dan DAP untuk mendapat kuasa.

Bagaimanapun kita percaya Pas tidak akan mempedulikan apa juga kata UMNO kerana bagi Pas apa yang penting ialah meranapkan kuasa politik UMNO dan menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) melalui kesepakatan dengan PKR dan DAP.

Sebab itulah, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO adalah sandaran orang Melayu dan umat Islam. Sudah terlalu banyak jasa UMNO dalam usaha meningkatkan taraf hidup orang Melayu dan memartabatkan Islam.

Apa yang UMNO katakan dalam soal itu bukan untuk mendabik dada tetapi ia adalah realiti. Untuk memberikan gambaran lebih jelas berikutan penulis paparkan perbezaan antara UMNO dan Pas yang seharusnya menjadi sandaran kepada orang Melayu kenapa mereka harus menjadikan UMNO sebagai harapan untuk melakar masa depan lebih jelas.

l Memartabatkan Islam

- UMNO yang mengemudi kerajaan melalui kerjasama dalam BN telah berjaya membawa negara ini menjadi negara Islam contoh. Di mana-mana juga pemimpin-pemimpin Islam memuji usaha UMNO memartabatkan Islam.

- Pas pula lebih banyak bercakap soal Islam tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Malah di negeri yang mereka perintah pun, pelaksanaan Islam tidak ke mana, ia lebih banyak berkisar kepada slogan dan laungan sahaja.

l Membina Masjid Dan Mewujudkan Institusi Islam

- UMNO bertanggungjawab memastikan peruntukan khas disediakan untuk membina masjid di seluruh negara. Masjid dijadikan tempat untuk memperkembangkan syiar Islam dan mengukuhkan perpaduan ummah.

- Pas tidak membina masjid tetapi menjadikan masjid sebagai medan untuk memecah belahkan ummah melalui khutbah, kuliah dan tazkirah yang berbaur politik.

l Menyatukan Umat Islam

- UMNO seperti mana kata Najib sentiasa bersedia untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik, demi melihat umat Islam kembali bersatu.

- Pas bersedia bersahabat dan berpeluk mesra dengan pemimpin-pemimpin DAP, tetapi memandang sinis salam persaudaraan yang dihulurkan oleh UMNO. Malah ada pemimpin Pas pernah berkata, lebih rela makan babi bersama pemimpin DAP daripada minum kopi bersama Perdana Menteri.

l Menghormati Ulama

- UMNO menghormati apa juga pandangan alim ulama tanpa mengira apa juga latar belakang politiknya. Asalkan apa yang diusahakan oleh ulama itu boleh membawa kebaikan kepada umat Islam, UMNO akan patuh.

- Pas hanya mendengar apa kata ulama mereka. Ulama di luar parti itu biar pun memberi pandangan yang betul akan dianggap 'suara UMNO' dan 'suara kerajaan'. Malah mana-mana ulama yang berada dalam UMNO akan dicemuh, diejek dan ditohmah dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan.

l Berhujah Atas Dasar Kebenaran

- UMNO biar pun bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu dan Islam, sentiasa berhujah dan bercakap atas dasar kebenaran. Dalam apa keadaan pun, UMNO tetap tegas mempertahankan kepentingan Melayu dan umat Islam.

- Pas pula dilihat terlalu takut dengan PKR dan DAP. Apa sahaja yang mereka hendak lakukan hatta berkaitan dengan Islam sekali pun mereka seolah-olah perlu mendapat persetujuan PKR dan memperoleh restu DAP.

l Tegas Dalam Menjaga Agama

- UMNO sentiasa tegas mempertahankan akidah umat Islam termasuklah dalam memastikan umat Islam berpegang teguh kepada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. UMNO juga secara lantang menolak segala kesesatan termasuk usaha mengembangkan fahaman Syiah. Sebab itulah dalam perhimpunan agungnya kali ini UMNO mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan agama rasmi Persekutuan adalah Islam berlandaskan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

- Pas pula dilihat teragak-agak dalam soal ini khususnya untuk memberi penegasan terhadap penyebaran fahaman Syiah.

l Mengajar Rakyat Erti Berterima Kasih

- UMNO sentiasa mengajar rakyat negara ini khususnya umat Islam bersyukur dengan nikmat yang diperolehi dan tahu berterima kasih kepada mereka yang berbudi.

- Pas bersekongkol dengan PKR dan DAP 'mendidik' rakyat untuk menolak segala kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan. Mereka menguar-uarkan segala bantuan oleh kerajaan adalah tanggungjawab kerajaan justeru tidak perlu berterima kasih atau mengenang budi yang ditabur.

l 'Menjatuhkan' Hukum

- UMNO dan BN sama sekali tidak akan mengamalkan sikap menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya kepada musuh politiknya.

- Pas pula begitu mudah menghukum pemimpin-pemimpin UMNO. Malah tanpa mengkaji kebaikan kerjasama mereka dengan DAP dan PKR. Pas menuduh kerjasama UMNO dalam BN adalah haram.

l Pentas Ceramah

- UMNO menggunakan pentas ceramah untuk menyampaikan dasar kerajaan dan membuat penjelasan.

- Pas pula menggunakan pentas yang sama untuk memaki hamun pemimpin UMNO dan kerajaan serta menyebarkan dakyah dan fitnah.

l Dominan Dalam Kerjasama

- UMNO adalah parti dominan dalam BN, namun kedudukan itu tidak pernah disalah gunakan untuk menunjukkan siapa lebih kuat. Sebaliknya kelebihan itu digunakan oleh UMNO untuk tegas memperjuangkan orang Melayu dan memartabatkan Islam, di samping membela nasib kaum lain.

- Pas tidak dominan dalam pakatan pembangkang. Parti itu dilihat sekadar 'pak turut' dan tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk membantah kehendak PKR dan DAP.

Demikianlah serba sedikit perbezaan antara dua parti Melayu itu. Sebenarnya, banyak lagi yang membezakan antara UMNO dan Pas. Sebab itulah, orang Melayu perlu mengkaji, meneliti dan menimbang kenyataan Najib bahawa UMNO menjadi sandaran golongan itu.

Apatah lagi, Presiden UMNO itu juga secara tegas sudah menyatakan dalam ucapan dasarnya bahawa, ''Kita (UMNO) tak boleh bersegan silu lagi dalam terus memperjuangkan nasib bangsa.

Dan Najib juga sudah memberi jaminan bahawa, ''...Selagi hayat dikandung jasa, bercerai nyawa dari badan! Islam akan terus UMNO junjung.''

Oleh itu, sudah jelas kini orang Melayu tidak perlu lagi berasa gusar atau bimbang, tidak perlu lagi gusar untuk memilih dan tidak perlu takut untuk menentukan parti mana yang harus diberikan amanah bagi membela untung nasib mereka.

Ia memandangkan sejarah perjuangan UMNO telah membuktikan bahawa parti itulah perjuang Melayu, pembela Islam dan pelindung rakyat Malaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Konsert OTM Bersama Bintang di IB Januari depan

Posted: 06 Dec 2013 04:02 AM PST

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Konsert Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) Bersama Bintang bakal diadakan bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) bermula pada 24 hingga 26 Januari tahun hadapan.

Konsert tersebut bakal menampilkan empat penyanyi popular pada era kegemilangan Pop Yeh Yeh iaitu Datuk A. Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin, Datuk L. Ramli dan A. Halim.

Konsert yang diarahkan oleh Lokman Ghani tersebut bakal menyaksikan penonton dihiburkan dengan sejumlah 30 buah lagu popular pada sekitar tahun 1960-an.

Tiket berharga RM250, RM200, RM150, RM120, RM100, RM70, RM50 dan RM30 boleh didapati dengan melayari laman web di http://redtix.airasia.com atau hubungi talian 03-87754666 atau 03-40265520. - UTUSAN ONLINE

Saling membantu

Posted: 05 Dec 2013 10:55 PM PST

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR

PASANGAN Azri Iskandar dan Ellie Suriaty menganggap tolak ansur dan sabar sebagai 'perencah' kebahagian rumah tangga.

LAMA sudah tidak mendengar kisah keluarga pasangan pelakon Azri Iskandar dan Ellie Suriaty Omar. Kehidupan bahagia mereka yang kekal sehingga hari ini pasti ingin diketahui oleh ramai orang.

Gerbang perkahwinan yang dibina hampir sepuluh tahun itu kukuh sehingga dikurniakan empat orang anak pasti menguatkan lagi tiang seri keluarga Azri dan Ellie. Namun, nasib mereka tidaklah sebagus pasangan selebriti yang lain kerana telah kehilangan dua orang cahaya mata kesayangan.

Yang pasti, Azri dan Ellie tidak menjadikan kehilangan itu sebagai bebanan untuk mereka. Jika dilihat, mereka masih bertahan menjadi pelakon hingga ke hari ini. Malah Ellie berani membuka langkah sebagai seorang pengarah.

Membuka bicara ketika sesi fotografi yang diatur dalam rangka mempromosikan filem Penanggal arahan Ellie yang ditayangkan sejak 28 November lalu, menitis air mata Ellie berkongsi cerita mengenai kisah kehilangan anak bongsunya, Ahmad Muhammad Iskandar ketika dalam kandungan lima bulan. Kejadian itu benar-benar menikam kalbu, katanya.

"Arwah anak saya dikebumikan di Kuala Kangsar. Semangat dia masih bersama dengan saya dan saya tidak mahu kehilangannya menjadi sia-sia. Saya menjadi kuat untuk dia. Syurga Allah itu luas dan syukur Alhamdulillah, anak bongsu kami ditempatkan di syurga.

"Menjalani kehidupan sebagai seorang ibu, ia merupakan satu pengalaman yang cukup manis dan indah," katanya penuh syahdu.

Menyeka air mata yang terus mengalir, si suami, Azri Iskandar pula mula membuka topik lain untuk dibicarakan. Bercerita mengenai resipi kebahagian rumah tangga, Azri memberitahu, sikap tolak ansur dan bersabar adalah dua perisa yang terus membuatkan kasih sayang antara suami, isteri dan anak-anak menjadi kuat.

"Rumah tangga tidak akan pernah rosak sekiranya kesilapan yang dibuat dibincang bersama. Pasti ada jalan penyelesaian. Begitulah yang diaplikasikan oleh saya dan Ellie.

"Ada masalah, pasti kami akan bincang bersama. Kami akan cuba dapatkan nasihat dari orang yang betul," katanya yakin.

Tambah Azri, sepanjang bergelar ibu dan ayah, mereka tidak pernah mengambil orang gaji untuk menjaga anak-anak. Hanya ada mengambil untuk membantu membuat kerja di rumah seperti membersih kawasan rumah.

"Sebab itu, saya dan Ellie kadang-kadang membawa anak ke lokasi penggambaran. Kami akan menjaga mereka dengan baik," katanya.

Seronok mendengar kisah hidup mereka. Ellie teruskan perbualan dengan keistimewaan yang dimiliki anak sulungnya, Azrell Omar Iskandar yang berusia sembilan tahun. Katanya, Azrell kini sudah pandai menulis.

"Tidak menyangka anak saya mempunyai kemahiran itu. Dia ada menulis senaskah skrip berjudul Seminggu Ku Menghilang Di Tasik Biru. Memang saya akan membimbing anak saya hingga dia berjaya suatu hari nanti," ujarnya walaupun mempunyai perbezaan pendapat dengan Azri yang tidak mahu anaknya terlibat di dalam bidang seni.

Azri banyak membantu

Kesibukan juga tidak menghalang Ellie dan Azri terus menjaga anak masing-masing. Sikap saling membantu itu terus ditanam dalam diri mereka. Azri juga mengakui mengorbankan seketika kerjaya lakonannya untuk menjaga anak di rumah. Apatah lagi ketika itu mereka berdepan masalah pembantu rumah yang kritikal.

"Pada tahun 2009 saya ada terima tawaran berlakon, manakala tahun 2010 langsung tiada. Bermula dari April 2009 saya mula jaga anak di rumah. Pada 14 September tahun sama, Ellie melahirkan anak kedua. Memandangkan karier dia semakin bagus, saya setuju jaga sendiri anak.

"Tak dinafikan perasaan rindu untuk berlakon memang ada masa itu kerana sudah jadi rutin hidup saya tapi terpaksalah sabar seketika kerana memang susah untuk mencari pembantu rumah waktu itu.

"Bagaimanapun, itu tak bermakna saya memencilkan diri kerana tetap mengikuti perkembangan yang berlaku dalam dunia seni.

"Maklumlah ia masih lagi jadi kerjaya saya. Kalau tak nak pun, seni sudah menjadi sebahagian hidup saya," katanya sambil mengakui kadangkala tercabar berada di rumah kerana sifat seorang ketua keluarga sepatutnya mencari rezeki.

Bercerita mengenai projek filem pertama Ellie iaitu Penanggal, Azri banyak membantu mencari fakta yang diperlukan.

"Sambil jaga anak, saya bekerja keras cari fakta untuk watak Yusof dalam filem itu. Saya juga dapatkan info tahun 1930-an yang menjadi latar filem ini.

"Kami sama-sama berkongsi idea untuk filem ini agar menimbulkan kesan kepada peminat.

"Apatah lagi ia menjadi pertaruhan besar Ellie untuk bergelar pengarah filem," katanya yang berharap masyarakat menyokong filem itu.

Menjelaskan perasaannya bekerja di bawah arahan isteri sendiri, Azri berkata ia bukanlah satu masalah besar. Baginya soal perasaan ditolak tepi seketika kerana yang penting ialah kerja mereka berjalan lancar.

UNTUK menyiapkan praproduksi filem Penanggal, masa dua tahun telah diambil dan akhirnya naskhah yang diberi judul The Curse of the Malayan Vampire dalam bahasa Inggeris itu menelan belanja bernilai kira-kira RM2.8 juta. Penanggal mula menjalani penggambaran pada bulan Disember 2011 sehingga Januari 2012.

"Musim hujan sering terjadi di bulan Disember. Semasa menjalani penggambaran, Alhamdulillah, cuaca sangat baik. Tapi apabila kami selesai, hujan baru hendak mula turun," cerita Ellie tentang filem yang membariskan pelakon-pelakon berbakat seperti Ummi Nazeera, Azri Iskandar, Zul Ariffin, Fasha Sandha dan ramai lagi.

Sedikit kekesalan terus diluahkan Ellie yang baru pertama kali mengarah filem apabila terlalu banyak potongan babak terpaksa dilakukan untuk memenuhi klasifikasi P13. Siapa sahaja yang bergelar pengarah, jika ada babak yang dipotong dalam filemnya, mereka pasti akan sedih. Begitu juga dengan Ellie.

"Memang sedih apabila babak demi babak terpaksa dipotong untuk memenuhi kehendak P13 yang ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) selain untuk memenuhi tempoh filem dan produser perlukan klasifikasi tersebut untuk mendapatkan kutipan.

"Tetapi saya tidak mahu menyalahkan pada mana-mana pihak. Apabila sesetengah babak dipotong, pastinya jalan cerita akan berubah. Sesungguhnya, soal kepuasan peribadi saya letak ke tepi," ujarnya yang menganggap tiada cabaran untuk menyudahkan filem itu kerana tenaga produksi telah memberikan usaha sebanyak 500 peratus.

"Saya tidak boleh berdiri seorang dan filem ini tidak akan berjaya tanpa adanya penerbit, tenaga produksi, barisan pelakon dan semua yang terlibat dalam usaha menjadikan filem ini realiti. Terima kasih saya ucapkan," tutur Ellie sambil menyangkal kenyataan sesetengah pengkritik filem yang menyifatkan Penanggal sebuah karya yang kacau-bilau, bercelaru dan tidak disunting sempurna atas dasar potongan babak.

"Ini sebuah filem mistik dan adalah wajar untuk meletakkan unsur semiotik (hubungan antara tanda dan lambang dengan benda atau idea yang dimaksudkan) dan Penanggal juga sebuah filem konseptual yang tidak bermaksud untuk membuatkan penonton keliru.

"Oleh itu, teknik suntingan tertentu perlu dilakukan terhadap sebuah filem konseptual seperti ini," jelasnya.

Sementara itu, Ellie turut mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak yang menyifatkan Penanggal memuatkan terlalu banyak elemen terutama latar masyarakat Melayu, Jawa dan Arab.

"Latar masa filem ini adalah di sekitar tahun 1930-an. Orang Arab sudah lama bertapak di sini, begitu juga orang Jawa yang datang ke Tanah Melayu. Menarik untuk saya selami dan meneroka budaya-budaya tersebut dalam filem ini," ulas Ellie.

Memandangkan Penanggal sebuah filem seram, tidak salah jika Ellie turut berkongsi pengalaman mistik sepanjang penggambaran.

Katanya, kru produksi berdepan detik cemas apabila sebatang pokok berhampiran tempat jurusolek kesan khas melakukan kerja, tumbang sejurus salah seorang pelakon siap ditatarias.

"Sudah tentu setiap kali sebelum penggambaran, tenaga produksi akan memastikan aspek keselamatan dan memasang 'pendinding' daripada gangguan makhluk halus terutama ketika berada di hutan," kata Ellie.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Saya pilih anak daripada isteri

Posted: 06 Dec 2013 11:03 AM PST

BUKAN senang bagi seorang lelaki yang bergelar duda dan bapa tunggal berkongsi cerita dengan masyarakat. Lagipun kebanyakan cerita rumah tangga yang sering didengar hanya diluahkan oleh wanita.

Berbeza dengan lelaki ini yang menamakan dirinya sebagai Rizal (bukan nama sebenar). Seperti kata Rizal, ceritanya bukanlah sebuah kisah hebat tetapi ia ada hikmah tersendiri yang boleh dijadikan iktibar oleh masyarakat.

Ingin tahu kisah Rizal seterusnya, kita ikuti ceritanya seperti di bawah ini:

"Saya berusia lewat 40-an, mempunyai lima orang anak, kesemuanya lelaki. Saya telah berkahwin tiga kali. Isteri pertama saya orang selatan, kami berkahwin tahun 1988 dan dikurniakan lima anak lelaki. Isteri tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Sedihnya saya apabila isteri tersayang meninggal dunia pada 2004 akibat penyakit kanser.

"Setelah pemergian isteri, saya mengambil alih tanggungjawab menjaga lima orang anak berusia dari dua tahun hingga 15 tahun. Lelaki pula semuanya, bayangkan bagaimana susahnya saya hendak melayan kerenah mereka.

"Tapi saya kuatkan semangat kerana mereka adalah amanah Allah yang perlu saya jaga sampai ke akhir hayat, lagipun saya teringat pesanan arwah isteri supaya menjaga anak-anak dengan sebaik-baiknya walau apa juga keadaan sekalipun.

"Bulan pertama memanglah perit, semua saya kena buat. Kejutkan anak ke sekolah, menyiapkan sarapan dan bekalan mereka, kemudian menghantar mereka ke sekolah dan yang kecil ke rumah pengasuh.

"Selesai semua itu, barulah saya ke tempat kerja, hinggalah petang, saya akan pulang, mengambil anak-anak dan menyediakan makan malam mereka. Selepas itu hantar pula mereka mengaji.

"Sebelum tidur, saya akan memeriksa semua kerja sekolah anak-anak terlebih dahulu, buku dan beg sekolah tersusun di tempatnya hinggakan kadang kala saya tertidur di meja atau di sofa kerana terlalu letih.

"Begitulah rutin hidup yang saya lalui semasa bergelar duda anak lima. Masuk bulan kedua, beban kerja di rumah kurang sikit sebab anak-anak sudah boleh kemas rumah, basuh pakaian mereka sendiri dan masak makanan yang ringkas-ringkas untuk mereka makan.

"Masuk setengah tahun, kehidupan saya kembali pulih. Anak-anak sudah pandai mengurus rumah dan mengatur persekolahan mereka. Saya ada masa untuk keluar berjumpa kawan-kawan dan melepaskan tekanan kerja di luar.

"Hidup sebagai duda ini, banyak dugaannya, bila kita keluar dengan berpakaian kemas dan berbau wangi, jiran-jiran mula buka mulut, perli konon kita nak cari pengganti, nak pergi dating lah.

"Genap setahun isteri meninggal, terasa hidup saya sunyi. Memandangkan umur masih muda dan masih kuat serta mampu, teringin pula mencari teman hidup baru.

"Akhirnya saya kenal dengan seorang gadis berumur 27 tahun berasal dari Pantai Timur dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pembantu peribadi di sebuah syarikat swasta. Penghujung tahun 2006, rasmilah kami menjadi suami isteri yang sah, majlis perkahwinan dibuat secara meriah di kampungnya dan di tempat saya, siap bersanding dan berkompang.

"Di awal perkahwinan kami cukup bahagia, walaupun penat bekerja, dia sempat menguruskan rumah tangga dengan baik sekali. Pertengahan tahun 2007, bermula keretakan rumah tangga kami disebabkan kehidupan isteri saya bertambah mewah secara mendadak.

"Saya mula diabaikan dan pada Ogos 2007, dengan tidak semena-mena isteri minta cerai. Kami tidak bergaduh, tidak bertengkar dan tidak ada selisih faham. Cuma dia ada kata, "bang saya bukan orang yang terbaik untuk jadi isteri dan ibu kepada anak-anak abang, abang nak berapa saya bayar, ceraikan saya."

"Saya hampir pitam mendengar permintaannya itu. Esok pagi dia keluar kerja seperti biasa, salam dan cium pipi saya, rupa-rupanya itulah ciuman yang terakhir buat saya. Sejak itu, dia tidak balik ke rumah, talian telefon dimatikan.

"Cukup seminggu, saya dapat surat dari Mahkamah Syariah, isteri menuntut cerai. Sebulan selepas itu, saya hadir di mahkamah kerana perbicaraan isteri tuntut cerai. Dia guna peguam yang hebat, sedangkan saya guna kudrat yang ada. Apabila hakim tanya, saya kata tidak setuju cerai.

"Saya ingat lagi kata-kata hakim kepada isteri saya , "kamu nak bercerai, mana report dera, mana report nafkah, mana report curang, mana report kaunseling. Senang betul kamu nak minta cerai, kalau macam ini, beribu orang nak bercerai. Lalu terus hakim arahkan jumpa kaunseling di pejabat agama.

"Selepas itu, maka bermula episod hidup saya turun naik ke pejabat agama dan Mahkamah Syariah. Selama dua tahun saya pertahankan perkahwinan ini, akhirnya saya jatuh sakit.

"Emak saya masuk campur apabila tengok hidup saya sudah tidak serupa orang, tidak terurus. Emak kata 'buat apa kau tahan-tahan orang yang dah tak hendak pada kamu. Selagi dia menjadi isteri kamu, dosa pahala kamu kena tanggung. Jaga anak-anak kamu lebih baik daripada ingat orang yang tak suka kita.

"Mendengar kata-kata mak, saya jadi insaf dan sedar. Saya kumpul kekuatan dan pada September 2007, saya ceraikan isteri di depan hakim. Ucapan cerai itu pun terpaksa diulang dua kali sebab yang pertama hakim tolak, tak jelas kerana terlampau sebak. Ucapan cerai kali kedua baru diterima kerana saya mampu melafaznya dalam keadaan tenang.

"Pesan mak, setelah lafaz cerai jangan toleh belakang lagi. Jangan jumpa bekas isteri tetapi terus balik, bukan apa takut nanti teringat-ingat. Saya ikut cakap mak, Alhamdulillah, sampai rumah saya merasa lega dan lapang dada berbanding sebelumnya gelisah dan serabut.

"Maka bermula lagi status hidup duda kali kedua untuk saya. Seperti biasa, saya uruskan anak dan kerja, kerana itulah rutin harian saya. Saya selalu juga berdoa agar bekas isteri akan balik semula kepada saya, namun harapan saya tipis.

"Saya teruskan hidup dan akhir tahun 2010 saya bertemu jodoh dengan seorang gadis berumur 29 tahun, bertugas sebagai seorang pendidik.

"Diringkaskan cerita, isteri ketiga saya memanglah baik tapi pemalas, mulut laser. Kalau maki tak kira siapa, babi, sial perkara biasa. Di depan anak-anak dia bentak saya macam tak ada salah, malah langsung tidak ada rasa hormat kepada saya sebagai suami. Sikapnya menyebabkan anak-anak tertekan dan meluahkan perasaan mereka melalui Facebook.

"Akhirnya pada pertengahan tahun 2013, isteri keluar rumah tanpa izin hingga sekarang dan tinggal menyewa rumah sendiri sehingga kini. Anak kami dibawa bersama. Alasannya dia tidak boleh tinggal dengan anak-anak saya. Tidak cukup dengan itu, isteri telah buat aduan di pejabat agama.

"Dalam keadaan serabut ini, saya bersyukur kerana tiga daripada anak-anak saya berjaya ke menara gading dan dua daripadanya sudah tamat belajar.

"Dua minggu lalu, saya menghadiri majlis konvokesyen dua orang anak saya. Semasa majlis berlangsung, air mata saya menitis, hati saya berkata-kata, "emak kamu ada tiga orang, tetapi tidak seorang yang hadir untuk menyaksikan majlis bersejarah ini.

"Kepada anak-anak, abah minta maaf banyak-banyak sebab hidup kamu tidak seperti anak-anak yang lain. Dari kecil, kamu semua terpaksa hidup tanpa kasih sayang seorang ibu.

"Saya berdoa moga Allah lindungi keluarga saya daripada sebarang perkara yang buruk dan sentiasa memberkati hidup mereka di dunia dan akhirat," Rizal menamatkan ceritanya.

Seperti saya duga, kisah Rizal memang hebat. Banyak pengajaran yang boleh diperoleh oleh mereka yang membacanya terutama kaum Adam.

Saya doakan segala kemelut yang dihadapi Rizal akan segera berlalu. Bersikap positif dan jangan peduli apa orang nak kata, yang penting, apa yang kita rasa terbaik untuk diri kita dan keluarga, lakukan!

Menamatkan catatan, pesanan saya, hidup ini walaupun tidak selalu indah akan nampak cantik dengan warna-warna perjalanan yang berliku dan penuh ranjau, semuanya kerana Dia yang mengatur hidup manusia ke arah kebaikan di dunia dan akhirat.

Salam.

Hiasan barangan lama

Posted: 05 Dec 2013 10:55 PM PST

Mohd. Yusof Abdul Wahid di samping tikar mengkuang yang dibingkaikan dan barangan lain yang menghiasi sudut ruang tamu rumahnya.

Orang kata barang lama dilupa jangan, mungkin ada nilai yang sepadan boleh dilakukan dalam usaha untuk meletakkannya di tempat yang betul sebagai hiasan.

Agak unik pada pandangan mata kasar apatah lagi apabila kreativiti mengatasi segalanya. Bijak menyusun, barangan yang lama akan menyerlahkan sudut di mana-mana sahaja yang sesuai.

Itu yang cuba dikongsi oleh pemilik rumah dua tingkat ini, Mohd. Yusof Abdul Wahid yang mempunyai pandangan tersendiri terhadap barangan lama terutamanya peninggalan daripada arwah ibu, ayah dan mertuanya.

Menurut Mohd. Yusof, barangan lama seperti ini mempunyai nilai estetika dan sentimental yang tersendiri.

Barangan lama yang dikumpul dan kemudian diletakkan di sudut-sudut tertentu sebagai hiasan yang sedikit sebanyak memberi nilai tampak kepada ruang berkenaan.

Antara barangan lama yang masih disimpan elok oleh Mohd. Yusof dan dijadikan barang hiasan, sepasang songket yang mungkin berusia lebih seratus tahun yang dipakai oleh pasangan arwah ayah dan ibu mertuanya ketika mereka bersanding dahulu.

Bukan itu sahaja, pengisar tepung, batu tumbuk, penggiling cili, lesung batu diperbuat daripada kayu, dulang tembaga, tembikar, tubir katil dan meja yang berukir, tempayan lama, dan sebagainya turut disimpan oleh Mohd. Yusof.

Setiap barang tersebut diletakkan di suatu ruang yang sesuai.

Selain kelihatan unik dan cantik, sebenarnya semua barangan lama ini mempunyai cerita tersendiri. Sudah tentu kisah yang sudah lama tersimpan itu akan hilang begitu sahaja sekiranya dibuang.

"Saya mengambil barangan peninggalan orang-orang tua dahulu yang dipinggirkan atau sudah tidak boleh dipakai lagi dan bakal dibuang ini daripada adik-beradik atau saudara mara untuk saya simpan.

"Sesampainya di rumah saya akan mula memikirkan apa yang patut saya lakukan dengan barangan berkenaan. Ada antaranya yang saya bingkaikan, dicat semula atau apa sahaja, sehinggakan ada bingkai cermin yang berukir reka bentuk lama saya ambil biarpun tiada lagi cerminnya kerana boleh disuai padan dengan barangan lain.

"Hasilnya memang menakjubkan kerana sentuhan kreativiti seperti ini boleh memberi nilai seni yang artistik kepada sesuatu ruang," jelasnya yang ditemui di kediamannya di Taman Putra, Ampang, Selangor.

Mohd. Yusof yang juga seorang pelukis dan telah melukis hampir 400 buah lukisan dan bakal melakukan pameran tunggalnya di Galeri Artiseri, Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur, bermula 16 Disember ini, juga mendapatkan ilhamnya daripada melihat barangan lama berkenaan.

"Seni yang terukir pada barangan lama susah untuk kita lihat pada hari ini lebih-lebih ukiran-ukiran yang dihasilkan dengan tangan dan mengambil masa berhari-hari untuk disiapkan.

"Bersandarkan ini saya merasakan amat rugi sekiranya barangan lama hanya dibuang begitu sahaja. Perlu diingat, lagi lama sesuatu barangan itu lagi tinggi nilai antiknya," jelasnya tersenyum.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penduduk bimbang kesan sosial

Posted: 06 Dec 2013 11:04 AM PST

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

PENDUDUK berdekatan bimbang pembangunan komersial di sebelah Masjid Wilayah Persekutuan akan menimbulkan kesan negatif kepada mereka selain terpaksa berhadapan dengan kesesakan jalan raya.

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Penduduk Hartamas Heights mendakwa bantahan mereka terhadap cadangan projek pembangunan komersial bersebelahan dengan Masjid Wilayah Persekutuan bukan hanya dilakukan oleh orang Islam di kawasan itu sahaja tetapi melibatkan semua kaum dan penganut.

Menurut mereka, ini kerana mereka mahukan supaya kawasan kediaman itu kekal dalam suasana tenang, yang pasti tergugat dengan pelbagai kesan negatif sosial jika pembangunan komersial dan bercampur yang dikenali sebagai Solaris 3 itu diteruskan.

Wakil penduduk Hartamas Heights, Azim A. Aziz berkata, bantahan penduduk terhadap projek di kawasan seluas kira-kira 20 hektar itu turut melibatkan semua kaum, tidak terhad kepada mereka yang beragama Islam sahaja.

"Penduduk tanpa mengira latar belakang dan agama bakal menerima kesan tidak baik dari projek tersebut. Jadi kami sangat berharap agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membantu penduduk supaya kami dapat terus tinggal di situ tanpa sebarang gangguan.

"DBKL pernah tidak meluluskan projek pembinaan sebuah kolej swasta di tapak yang sama pada tahun 2003 dengan alasan pembinaan kolej itu boleh menjejaskan aliran lalu lintas serta menimbulkan masalah kekurangan tempat letak kereta di kawasan persekitaran.

"Jika dahulu cadangan mendirikan sebuah kolej telah ditolak oleh DBKL, jadi jawapan yang sama perlu DBKL berikan jika ada mana-mana pihak ingin memajukan tanah tersebut untuk tujuan komersial.

"Sedangkan cadangan pembinaan kolej tersebut hanya membabitkan bangunan setinggi sembilan tingkat sahaja dan ditolak, jadi adakah DBKL perlu menerima projek ini yang bakal mengatasi ketinggian menara Masjid Wilayah dengan bangunan setinggi sehingga 49 tingkat?," Azim mempertikaikan.

Azim berkata demikian dalam sidang akhbar selepas beliau dan sembilan lagi penduduk yang mewakili kawasan perumahan Hartamas Heights menghadiri sesi pendengaran awam di Menara DBKL 1 di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Pengurus (Teknikal) Bahagian Pembangunan dan Pelaburan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ir. Abdul Karim Mohamed dan Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa. DBKL pula diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah Perancangan DBKL, Datuk Zulkifli Ibrahim.

Ini merupakan sesi pendengaran awam pertama berhubung bantahan pihak berkaitan terhadap cadangan projek pembangunan di sebelah masjid itu, setelah pihak pemaju memohon kepada DBKL untuk menukarkan status tanah berkenaan daripada kediaman kepada perdagangan.

Menurut Azim, projek tersebut yang dijangka bakal menyediakan kemudahan sehingga 5,000 petak letak kereta akan menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk di kawasan itu.

"Jadi bayangkan jumlah kenderaan yang akan melalui Jalan Changkat Kiara Hartamas. Pasti akan berlaku kesesakan jalan raya yang paling teruk, ini tidak termasuk jemaah yang hendak ke masjid.

"Kesesakan pasti (akan melarat) hingga ke Jalan Duta yang terkenal antara jalan yang paling sesak di Kuala Lumpur," tegasnya.

Menurutnya, beliau telah meminta kepada DBKL untuk mengatur pertemuan antara penduduk dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berhubung bantahan ini.

"Walaupun menteri telah memberikan kenyataan berhubung cadangan projek ini namun diharap dengan pertemuan dengan penduduk, kesemua pihak akan lebih memahami projek ini dan masalah-masalahnya kepada penduduk sekitar dan orang ramai jika tetap diteruskan," katanya.

Penduduk minta Saari Sungib tunaikan janji bela padang UKRC

Posted: 06 Dec 2013 11:04 AM PST

SEBAHAGAIAN penduduk Hulu Klang membuat tunjuk perasaan terhadap Saari Sungib yang didakwa gagal menunaikan janji untuk mempertahankan agar padang UKRC tidak diambil alih oleh MPAJ, di Taman Seri Keramat, Ampang, Selangor semalam.

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Penduduk Hulu Klang, dekat sini, meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib dari Pas supaya menunaikan janjinya untuk terus menyokong ahli Kelab Rekreasi Ulu Klang (UKRC) menguruskan padang tersebut.

Menurut penduduk, apa yang terjadi kini Saari dilihat mengambil sikap lepas tangan apabila Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengambil alih padang tersebut pada 1 Oktober lalu.

Menurut seorang ahli UKRC, N. Werasinggam, 62, pada 2008, Saari berjanji kepada penduduk jika dicalonkan menjadi ADUN beliau akan memastikan padang tersebut akan terus diuruskan oleh UKRC.

"Padang itu diurus oleh kami (UKRC) sejak 1958 lagi, dan MPAJ sewenang-wenangnya mengambil alih padang itu. Di mana janji Saari untuk membela kami?," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tunjuk perasaan secara aman bersama-sama penduduk Hulu Klang di hadapan pejabat Saari yang didakwa gagal menunaikan janjinya untuk mempertahankan padang UKRC daripada diambil oleh MPAJ di Taman Seri Keramat, dekat sini hari ini.

Sementara itu, Rizal Abdullah, 50, berkata, sebagai penduduk di situ dia kesal kerana sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat, Saari langsung tidak menunaikan janji-janji yang dibuat sebelum dipilih menjadi ADUN.

"Biarpun kami telah menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai pengambilalihan padang tersebut, namun sehingga kini tiada apa-apa tindakan diambil oleh beliau.

"Saari seolah-olah sengaja melepaskan padang UKRC kepada MPAJ," katanya.

Yong Cheng Soon, 46, pula berkata, MPAJ mengambil tanah tersebut tanpa mematuhi syarat yang sepatutnya iaitu mereka harus memberi tempoh 14 hari dan bukannya empat hari seperti yang dilakukan baru-baru ini.

"Malah tindakan MPAJ yang menutup padang tersebut selama dua bulan (selepas mengambil alih) menyebabkan banyak pasukan bola sepak terpaksa membatalkan perlawanan mereka pada saat-saat akhir," ujarnya.

Saari yang ditemui berkata, beliau masih menunggu keputusan MPAJ berkenaan pengambilalihan padang tersebut.

"Namun jika ada penduduk atau ahli UKRC yang masih tidak berpuas hati dengan saya mereka boleh mengambil tindakan undang-undang," katanya.

150 pengarah syarikat pelancongan domestik, luar negara dibawa melawat I-City

Posted: 06 Dec 2013 11:04 AM PST

NG Yen Yen (depan, lima dari kanan) bersama delegasi syarikat pelancongan dalam dan luar negara yang dibawa melawat I-City di Shah Alam, Selangor, semalam.

SHAH ALAM 6 Dis. - Seramai 150 pengarah syarikat pelancongan dari dalam dan luar negara telah dibawa melawat ke negara ini dengan salah satu lokasi dipilih ialah taman tema I-City di sini hari ini.

Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, program yang diadakan sempena menyambut Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 itu sebagai lokasi-lokasi menarik di negara ini termasuk taman tema tersebut bagi meningkatkan jumlah pelancong datang bercuti di negara ini.

Beliau berkata, melalui lawatan 150 pengarah itu dijangka dapat membawa kemasukan 36 juta pelancong pada tahun depan.

"Kami sangat berbangga dapat membawa pengarah-pengarah syarikat pelancongan dari dalam dan luar negara ini untuk menjadi duta kepada Malaysia bagi mempromosikan produk pelancongan di negara ini," katanya kepada pemberita ketika mengiringi lawatan pengarah-pengarah pelancongan tersebut di I-City semalam.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mirza Mohammad Taiyab dan Pengerusi I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong.

Dalam program itu, pelawat dibawa melawat tarikan-tarikan di I-City, antaranya ke Red Carpet iaitu muzium lilin pertama di negara ini.

Antara negara yang terlibat dalam program itu ialah Jepun, Amerika Syarikat, Switzerland, Laos, Indonesia, Britain dan Itali.

Sementara itu, Mirza berkata, Kementerian Pelancongan telah mengubah format dan kandung struktur pentadbiran mereka untuk menarik lebih ramai pelancong ke negara ini.

"Kementerian kini memberi penekanan kepada pengiklanan dan berhubung terus kepada industri pelancongan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved