Isnin, 9 Disember 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Pingat emas ke-1,000

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

Phoon Eyin begitu yakin ketika memperagakan langkah pendekar dalam acara qiangshu di Stadium Tertutup Wunna Theikdi, Nay Pyi Taw, semalam.

NAY PYI TAW - Namanya tidak pernah disebut sebagai salah seorang prospek untuk meraih emas, namun tanpa disangka, atlet pelapis wusyu muda negara, Phoon Eyin yang berjaya menghadiahkan pingat emas ke-1,000 Sukan SEA buat Malaysia dalam acara qiangshu wanita.

Kejayaan Phoon Eyin memberikan kelegaan kepada kontinjen negara selepas harapan yang diletakkan kepada Huo Mun Hua dan Diana Bong Siong Lin terkulai apabila kedua-duanya gagal mengaut emas dalam acara masing-masing.

Beraksi dalam acara terakhir wusyu pada hari ketiga, atlet yang baru sahaja selesai mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu membuat kejutan apabila berjaya mengalahkan beberapa peserta pilihan dari Vietnam dan Indonesia.

Turun sebagai peserta pertama membuat persembahan bersenjatakan tombak ini, pungutan 9.67 mata yang dilakukan oleh gadis manis dari Seremban ini gagal dipintas oleh Duong Thuy Vi dari Vietnam yang sekadar mengutip 9.59 mata.

Seorang lagi pencabarnya, Lovita Thalia Sosrodjojo dari Indonesia hanya mampu melakukan 9.40 mata sekali gus memberikan emas menjadi milik Malaysia.

Phoon Eyin yang ditemui berkata, dia sebenarnya hanya mahu mendapatkan pengalaman kerana ini merupakan kali pertama dia menyertai Sukan SEA.

''Tujuan saya sertai Sukan SEA bukan mahu dapatkan apa-apa, sekadar mahu dapatkan pengalaman kerana saya masih baru lagi bersaing di peringkat tertinggi.

''Sebelum saya membuat persembahan tadi, tiada tekanan dirasai oleh saya walaupun tahu (Diana dan Mun Hua) gagal mendapatkan emas.

''Cuma apabila sudah selesai semua atlet membuat persembahan, saya memang terkejut apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang dan catatan 9.67 memang tertinggi yang saya pernah lakukan," katanya di Stadium Tertutup Wunna Theikdi di sini, semalam.

Pada masa sama, dia sendiri berasa terharu kerana namanya pasti akan kekal dalam lipatan sejarah sukan negara kerana menjadi atlet yang menjadi pemenang pingat emas ke-1000 Sukan SEA.

''Pingat emas ini adalah untuk seluruh rakyat Malaysia dan memang rasa teruja kerana selain memenangi emas, ini juga menjadi pingat ke-1,000, ia bagaikan satu bonus," katanya yang juga pemenang pingat gangsa pada Kejohanan Dunia Kuala Lumpur, bulan lalu.

Sementara itu, jurulatih wusyu negara, Yoong Thong Foong, mengakui, emas yang hadir memang satu kejayaan yang tidak diduga oleh dirinya sendiri.

''Saya tahu acara ini menjadi kekuatannya tetapi apabila melihat dia melakukan catatan 9.67 mata dan peserta Vietnam ada melakukan kesilapan, tiba-tiba perasaan saya sudah kuat mengatakan, emas ini akan menjadi Malaysia.

''Sekurang-kurangnya emas menjadi penebus kepada kegagalan Diana dan Mun Hua hari ini, saya berasa lega kerana sasaran kami untuk mendapatkan tiga pingat emas telah tercapai," katanya. - Utusan

Buru tiga mata

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

Ong Kim Swee mengendalikan latihan skuad Harimau Muda di Stadium Zayar Thiri, Nay Pyi Taw, semalam. Skuad negara akan menentang Brunei dalam perlawanan sulung mereka, hari ini.

NAY PYI TAW - Tidak ada sebarang perasaan ghairah buat pengendali Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee untuk menyasarkan angka jaringan besar apabila bertemu Brunei pada perlawanan sulung skuad bola sepak negara dalam Kumpulan B, hari ini.

Walaupun baru sahaja melihat pesaing utama, Vietnam kenduri gol membelasah Brunei 7-0 pada perlawanan sulung Kumpulan B, Ahad lalu, fokus Kim Swee hanya satu iaitu mahu mengutip tiga mata.

Jelasnya, sebaik sahaja wisel permainan dimulakan, mereka akan terus memburu jaringan bagi memastikan kemenangan tanpa memberikan sebarang belas kasihan terhadap Brunei.

"Permulaan yang baik cukup penting dalam mana-mana kejohanan, namun saya tidak fikirkan mengenai soal menang besar atau tidak.

"Apa yang penting, tiga mata menjadi milik kita sebagai pencetus keyakinan dalam menghadapi perlawanan seterusnya," katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad bola sepak di Stadium Zeyar Thiri di sini, semalam.

Mengulas aksi Brunei bertemu Vietnam, kelmarin, Kim Swee mengingatkan pasukan itu kekurangan pengalaman ekoran pernah digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) selama dua tahun sebelum ini.

"Dalam situasi ini, kita kena faham yang Brunei sudah lama tidak bermain di peringkat antarabangsa dan masih mencari-cari rentak.

"Sedangkan Vietnam saya lihat menggunakan pemain yang sama dalam tempoh tiga tahun lalu iaitu di peringkat AFC Bawah 19, Bawah 22 dan AFF Bawah 19.

"Namun, Brunei dapat bertahan dengan baik sehingga minit ke-25 sebelum Vietnam mendapatkan gol pertama.

"Jika itu terjadi kepada kita iaitu sukar bagi mendapatkan gol awal malahan sehingga berakhir babak pertama, kita kena cuba dapatkan sehingga berakhir permainan," katanya.

Berpuas hati dengan mutu padang di Zeyar Thiri, Kim Swee masih berahsia siapa pilihan penyerang yang akan digunakan untuk menggempur kubu Brunei.

"Saya ada tiga penyerang yang boleh digunakan sama ada Izzaq Faris (Ramlan) yang boleh digunakan jika kita mahu menggunakan hantaran tinggi.

"Dua lagi penyerang, Ahmad Hazwan Bakri dan Rozaimi (Abd. Rahman) pula mempunyai kelebihan tersendiri dan semua bergantung kepada corak permainan yang saya akan gunakan nanti," katanya. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Bicara kes Nik Nazmi 17, 18 Februari depan

Posted: 09 Dec 2013 06:42 PM PST

PETALING JAYA 10 Dis. - Makhamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 17 dan 18 Februari depan untuk perbicaraan kes bekas Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa menganjurkan perhimpunan Blackout 505, Mei lalu.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan mahkamah bahawa semua dokumen berkaitan kes itu telah lengkap dan sedia untuk perbicaraan. - UTUSAN

Pengurusan kes warga Indonesia bunuh pegawai AmBank 24 Januari

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

LA Ode Ardi Rasila dikawal anggota polis di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, semalam.

SHAH ALAM 9 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Januari tahun depan tarikh pengurusan kes terhadap seorang pengawal keselamatan warga Indonesia yang dituduh membunuh dan melepaskan tembakan terhadap seorang pegawai AmBank di Subang Jaya, dalam satu kejadian rompakan, dua bulan lalu.

Pendaftar Mahkamah Tinggi, Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli memutuskan demikian terhadap La Ode Ardi Rasila, 36, semasa pengurusan kes buat pertama kali di hadapan beliau hari ini.

Tertuduh diwakili peguam bela yang dilantik Kedutaan Indonesia, S. Selvi manakala pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, N. Parimalaah.

La Ode yang berasal dari Sulawesi, Indonesia, hadir di mahkamah berkenaan dan dilihat bertanya sesuatu kepada Selvi selepas selesai prosiding kes itu.

Sementara itu, di luar mahkamah, Selvi memberitahu pemberita, tarikh berkenaan ditetapkan untuk pihaknya menerima dokumen berhubung kes tersebut yang telah dipindahkan untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini.

Pada 19 November lalu, La Ode didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan melakukan perbuatan tersebut terhadap Norazita Abu Talib, 37, di dalam bangunan AmBank No. 5 dan 7, Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya dekat sini antara pukul 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan membunuh mangsa, lelaki yang bertubuh sederhana itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa melakukan rompakan dan melepaskan tembakan menggunakan pump gun dengan niat untuk menyebabkan kematian ke atas mangsa.

Pertuduhan kedua itu dikemukakan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati.

Memetik laporan akhbar sebelum ini, dalam kejadian pada 23 Oktober lalu, Norazita maut ditembak oleh suspek ketika membuka peti besi di dalam bilik kebal bank itu, sebelum suspek melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000.

Pada 10 November lalu, pasukan Op Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berjaya memberkas La Ode kira-kira pukul 7 pagi di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

Tertuduh yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di beberapa buah bank berdekatan dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu ketika memohon kerja di sebuah syarikat keselamatan.

Polis turut menemui senjata api jenis pump gun yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu, beberapa hari selepas penangkapan lelaki itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


11 terkorban dalam siri serangan bom di Iraq

Posted: 09 Dec 2013 10:04 AM PST

BAQUBA 10 Dis. - Sebuah kereta bom meletup berhampiran sebuah kafeteria semalam, yang mengorbankan 11 penduduk, manakala 22 yang lain cedera, dalam siri serangan bom terbaru di kawasan awam di negara ini.

Letupan tersebut berlaku di Buhruz, sebuah bandar di wilayah Diyalam, timur laut Baghdad.

Sejak kebelakangan ini, kumpulan militan sering menyerang beberapa kafeteria di negara ini yang menyasarkan kawasan sesak seperti pasar dan juga masjid walaupun dikawal ketat pasukan keselamatan. - AFP

Lukisan bernilai RM94j di Muzium Turki hilang

Posted: 09 Dec 2013 10:03 AM PST

ANKARA 10 Dis. - Polis Turki melancarkan siasatan terhadap kehilangan lukisan dan artifak yang bernilai AS$30 juta (RM94 juta), semalam.

Pasukan polis sedang memburu kira-kira 40 lukisan yang dilaporkan hilang di muzium negeri di sini selepas menemukan 30 karya seni dalam satu serbuan di Istanbul pada minggu lalu.

Laporan akhbar menyatakan bahawa sebahagian besar karya seni tersebut dipercayai telah dijual kepada pengumpul seni, termasuk beberapa tokoh. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bekalan ubat mencukupi

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
fairuz.yusof@utusan.com.my

KUANTAN 9 Dis. - Bekalan ubat dan peralatan kesihatan untuk mangsa banjir di pusat pemindahan negeri ini mencukupi bagi memastikan mereka mendapat rawatan dalam situasi yang berlaku ketika ini.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, mangsa banjir tidak perlu bimbang dan semua pesakit yang memerlukan rawatan khas di hospital akan dibekalkan ubat terbabit sepanjang berada di pusat pemindahan.

Menurutnya, jabatan kesihatan negeri menyediakan petugas termasuk pegawai perubatan di pusat pemindahan banjir melebihi 500 mangsa dan ke atas serta pemantauan 24 jam bagi mengelakkan sebarang kes penyakit tertentu.

"Pegawai kesihatan, jururawat dan pembantu perubatan akan sentiasa memastikan keadaan pesakit di pusat pemindahan dengan merawat dan penyediaan perubatan," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan Wisma Belia Indera Mahkota di sini hari ini.

Katanya, bekalan itu juga turut dihantar ke kawasan yang terputus hubungan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Dalam pada itu, beliau menasihatkan mangsa banjir mengelakkan diri daripada terdedah kepada air tercemar ketika membersih rumah dan persekitarannya.

"Ingatan ini penting supaya mereka bebas dari penyakit kencing tikus yang boleh merebak melalui air kotor dan berjangkit jika mempunyai luka-luka kecil yang mengakibatkan tangan atau kaki mengalami kegatalan," katanya.

Pintu air di Kobat bukan punca banjir

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

PINTU air Kobat berfungsi menghalang air masin dari laut memasuki ke kawasan muka sauk Rumah Pam Air Mentah dan tidak menakung air.

KUANTAN 9 Dis. - Tohmahan bahawa Kobat merupakan empangan adalah tidak benar sama sekali kerana binaan yang ada di kawasan tersebut ialah Rumah Pam Air Mentah dan pintu air atau baraj.

Pengurus Besar Operasi Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), Ir. Amir Khan Ayob Mohamed berkata, sehubungan itu, Kobat bukan menjadi punca berlakunya banjir di daerah ini.

Beliau berkata, kemudahan itu berfungsi menghalang air masin dari laut memasuki kawasan muka sauk Rumah Pam Air Mentah dan tidak menakung air.

"Apabila berlakunya banjir, pintu ini telah ditenggelami oleh paras air yang tinggi sehingga melepasinya, oleh itu pintu ini tidak dapat berfungsi ketika banjir.

"Jadi, dakwaan kita (Paip) melepaskan air sehingga menyebabkan banjir adalah tidak benar, jika kita tutup pun, air tetap akan keluar kerana sudah melepasi pintu air ini selain keluar mengikut laluan tepi sebelah kawasan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan ke pintu air itu bagi memberikan gambaran jelas mengenai keadaan sebenar yang berlaku semasa banjir di sini, hari ini.

Amir Khan berharap, orang ramai jelas dan tidak menyalahkan Paip berhubung kejadian banjir besar yang berlaku baru-baru ini terutama di Sungai Isap, Bukit Rangin dan Permatang Badak.

"Kita berharap orang ramai akan mendapatkan penjelasan daripada Paip sekiranya terdapat kemusykilan, hubungi kita dan kita akan beri penjelasan.

"Jangan kita mudah terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan daripada sumber yang tidak boleh dipercayai," katanya.

Mengenai gangguan bekalan air, beliau berkata, semua loji di Kuantan sudah pun beroperasi seperti biasa dan masalah itu telah pun diatasi sejak tiga hari lalu.

"Cuma ketika banjir mula-mula berlaku, Kobat tidak dapat berfungsi menyalurkan air mentah ke loji-loji kerana tiada bekalan elektrik sehingga menjejaskan bekalan air di daerah ini," katanya.

JLKN tempatkan pasukan sukarelawan di Pahang, Johor

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

Rosli Tahir (duduk, tengah) bertanya sesuatu kepada mangsa banjir semasa melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang, Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 9 Dis. - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menempatkan pasukan sukarelawan jabatan itu, Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) di dua negeri terjejas teruk akibat banjir iaitu di Pahang dan Johor.

Pengarah Bahagian Sukarelawan dan Alumni JLKN, Leftenan Kolonel Rosli Tahir berkata, sebanyak 50 anggota briged itu masing-masing ditempatkan di kedua-dua negeri tersebut.

Beliau berkata, pihaknya bersedia menambah jumlah sukarelawan itu sekiranya diperlukan dari semasa ke semasa.

Katanya, pasukan berkenaan akan melakukan kerja-kerja pembersihan di pusat pemindahan banjir selain turut membantu mengangkat barangan bantuan dan menolong penduduk memasak.

"Ini merupakan kali pertama JLKN berada di kawasan perpindahan banjir, apa yang kita lakukan ini adalah untuk mencari pengalaman," katanya ditemui pemberita selepas mengetuai pasukan BSKN membersihkan pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang, di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Pengarah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Pahang, Leftenan Kolonel Zainal Abdul Rahim.

Rosli berkata, buat masa ini, BSKN akan ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir bagi membantu kerja-kerja pembersihan.

"Kita belum mempunyai kepakaran untuk menempatkan pasukan sukarelawan kita di kawasan-kawasan banjir untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.

"Pada masa akan datang, insya-Allah, kita akan bekerjasama dengan pasukan keselamatan khususnya Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan akan menubuhkan skuad kerja kita sendiri," katanya.

Menurutnya, beliau akan memaklumkan cadangan tersebut kepada Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil dalam mesyuarat jabatan itu yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, beliau berkata, pasukan sukarelawan berkenaan sentiasa bersiap sedia untuk digerakkan bagi membantu orang ramai membersihkan rumah dan kawasan sekitar selepas banjir pulih.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Ke manakah ekonomi bumiputera?

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

Oleh Rohami Shafie

Orang ramai meninjau model rumah mampu milik dan hartanah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, baru-baru ini. - Gambar hiasan

Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang berakhir minggu lalu menjadi medan bagi orang Melayu dan kaum bumiputera membahaskan isu-isu orang Melayu dan bumiputera. Antara isu yang paling hangat dibahaskan membabitkan isu ekonomi kaum bumiputera.

Bahkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara berani dan lantang menyuarakan bahawa orang Melayu dan kaum bumiputera tidak boleh sesekali apologetik apabila ingin mempertahankan hak mereka. Sekian lama kaum ini tidak pernah mendiskriminasikan kaum lain, tidak sebagaimana Dasar Apartheid yang pernah dilaksanakan secara kejam di Afrika Selatan.

Bezanya amat jauh sama sekali, di Malaysia golongan majoriti jauh ketinggalan dari sudut ekonomi berbanding kaum bukan bumiputera meskipun kuasa politik di tangan mereka. Di Afrika Selatan pula suatu ketika dahulu, kaum minoriti yang menguasai tampuk pemerintahan menggunakan sepenuhnya kuasa mereka untuk menguasai kekayaan negara.

Di sini adakah perkara yang sama berlaku? Adakah diskriminasi berlaku di sini sebagaimana berlaku di negara Afrika Selatan sebelum era Nelson Mandela sebagai Presiden Afrika Selatan?

Di Malaysia, kaum bukan bumiputera bukan sahaja boleh mencari rezeki dengan mudah, malahan mereka inilah yang menguasai setiap sudut ekonomi Malaysia. Tidak terkecuali dalam urusan kewangan Islam yang sewajarnya dikuasai oleh orang Islam sendiri yang majoritinya adalah kaum Melayu dan bumiputera.

Jadi, usahlah terlalu retorik tanpa merujuk fakta sebenar. Orang Melayu dan kaum bumiputera tidak pernah meminggirkan hak kaum lain. Jika ini berlaku sudah tentu yang menguasai kekayaan Malaysia adalah orang Melayu dan kaum bumiputera.

Hentikan permainan politik berasaskan rasis kerana ia tidak dapat memperkukuhkan perpaduan rakyat. Hanya dengan mengukuhkan ekonomi semua kaum termasuklah mempertingkatkan ekonomi orang Melayu dan kaum bumiputera, perpaduan rakyat dapat dicapai dengan mudah.

Namun demikian, persoalan utamanya bagaimanakah kaedahnya? Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilaksanakan tidak membuahkan hasil yang diinginkan. Kalau ada pun kejayaan yang diperoleh lebih ke arah meningkatkan taraf pendidikan orang Melayu dan kaum bumiputera serta berupaya mengeluarkan kaum ini dari kepompong kemiskinan tegar.

Orang Melayu dan kaum bumiputera tidak boleh sekadar berpuas hati dengan kejayaan kecil DEB, walhal sasaran ekonomi yang lain yang lebih penting gagal dicapai. Justeru, kerajaan bertunjangkan orang Melayu dan kaum bumiputera yang majoritinya menyokong UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) perlu memenuhi suara hati kaum majoriti ini.

Agenda Memperkasakan Ekonomi Bumiputera telah diperkenalkan bulan September yang lalu. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk memastikan orang Melayu dan kaum bumiputera berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama-sama dengan kaum bumiputera dari sudut ekonomi.

Kaedah-kaedah terbaharu sewajarnya dilaksanakan. Kalau mengikut keluh kesah pembahas-pembahas usul ekonomi, mereka menyuarakan mengenai peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam membantu ekonomi bumiputera.

Banyak rungutan dibuat oleh orang Melayu dan kaum bumiputera ke atas pihak pengurusan tertinggi GLC. Mereka ini dilihat meminggirkan kepentingan ekonomi orang Melayu dan kaum bumiputera. Tidaklah diketahui hakikat sebenar kenapa perkara ini berlaku. Namun demikian, penyakit sebegini perlu diatasi segera.

Memperkenalkan petunjuk prestasi utama (KPI) antara yang diketengahkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 13. Bagi saya, KPI ini cukup penting dalam memantau prestasi pihak pengurusan tertinggi GLC. Bagaimanapun pemantauan ini banyak terarah terhadap prestasi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berbanding ahli-ahli lembaga pengarah (ALP) GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Adakah prestasi ahli lembaga pengarah GLC tidak memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan penguasaan ekonomi kaum bumiputera? Sebenarnya, keputusan tertinggi GLC bukan sekadar berada di tangan CEO-CEO GLC sahaja tetapi juga melibatkan ahli lembaga pengarah GLC dan GLIC.

Mereka ini juga perlu dipantau dari segi KPI. Bahkan, jika prestasi mereka ini tidak memenuhi KPI, maka suatu tindakan pembetulan perlu dilaksanakan. Tidak keterlaluan dikatakan ada di antara ALP berkenaan terlalu lama sebagai ahli lembaga pengarah. Adakah prestasi mereka ini sentiasa dapat dipertingkatkan setelah sekian lama menjadi ahli lembaga pengarah GLC dan GLIC?

Bukalah peluang kepada orang lain terutamanya generasi baharu yang berkemungkinan besar mempunyai idea-idea yang lebih inovatif dan kreatif dalam memperkukuhkan ekonomi kaum bumiputera. Transformasi perlu dilakukan secara menyeluruh kerana dengan ini tidaklah Agenda Memperkukuhkan Ekonomi Bumiputera tersekat-sekat dek kerana terdapat halangan yang sebenarnya boleh dilalui dengan mudah.

Selain peranan GLC, transformasi sikap kaum bumiputera itu sendiri dalam memperkukuhkan ekonomi mereka adalah tunjang dalam mengubah sosio-ekonomi bumiputera. Sikap dengki mendengki dan pelbagai fitnah dilontarkan hanya kerana orang lain yang sebangsa dengan mereka berjaya dalam perniagaan adalah satu sikap yang benar-benar merencatkan pengukuhan ekonomi bumiputera.

Yang menghairankan, tiada pula perasaan dengki-mendengki ini dipanjangkan kepada kaum bukan bumiputera bagi tujuan untuk memajukan diri sendiri. Inilah sebenarnya antara dilema moden orang Melayu dan kaum bumiputera selain sikap sentiasa inginkan kejayaan tanpa rasa putus asa, rajin berusaha dengan mentransformasikan cara pemikiran dan cara kerja serta sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan di dada.

Orang Melayu dan bumiputera tiada bezanya dengan kaum bukan bumiputera. Mereka juga mampu berjaya. Cuma ia perlu disulami dengan pendekatan yang lebih ampuh berasaskan sasaran, objektif, misi dan visi, berani dalam menceburi keusahawanan, bantu-membantu, tidak angkuh dengan kejayaan serta membina satu rangkaian dan rantaian nilai dalam perniagaan yang melibatkan semua peringkat orang Melayu dan kaum bumiputera.

Tidak kiralah sama ada mereka itu pimpinan atasan atau bawahan, usahawanan baru dan berjaya tetapi juga sewajarnya inklusif melibatkan keseluruhan orang Melayu dan kaum bumiputera yang jumlahnya 67 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Barulah hala tuju ekonomi kaum bumiputera lebih jelas dalam mencapai sasaran yang diinginkan.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia.

Rasa terhina tak mampu beli rumah sendiri!

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

Pandangan IKIM

BARU-BARU ini Institut Kefahaman Islam (IKIM) telah mengadakan satu Muzakarah Pakar bertajuk: Harga Rumah Melambung: Isu dan Penyelesaian" khas bagi membincangkan isu kenaikan harga rumah yang dikatakan tidak munasabah. Isu ini sudah menjadi isu nasional; yakni isu negara yang menyentuh keseluruhan masyarakat.

Harga rumah yang tinggi pada hari ini memang telah banyak diperkatakan. Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) misalnya telah tampil ke hadapan dengan satu kajian yang mendapati 60 peratus kakitangan awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan tidak mampu memiliki rumah sendiri. Hakikatnya, harga rumah yang tinggi menyukarkan kebanyakan orang untuk membeli sebuah rumah yang merupakan keperluan asas.

Pada hari ini kita dapati rata-rata golongan belia terutama yang baru memasuki alam pekerjaan tidak berpeluang untuk memiliki rumah sendiri kerana harga rumah yang meningkat saban waktu. Pendapatan permulaan mereka selalunya hanya sekadar cukup untuk membiayai kos sara hidup seorang diri dan membayar semula pinjaman pendidikan.

Keadaan akan menjadi bertambah parah apabila mereka mula berkeluarga dengan kos sara hidup yang tinggi maka bertambah jauhlah harapan untuk memiliki kediaman sendiri. Adakah kita ingin melihat ramai warga kita yang duduk di bawah jambatan kerana mereka tidak mampu membeli sebuah rumah? Atau adakah kita ingin melihat warga muda kita menyewa rumah sepanjang hayat mereka?

Perkara ini boleh juga dikaitkan dengan kebahagiaan mental seseorang itu. Adakah seseorang itu boleh dianggap bahagia jika terpaksa duduk di bawah jambatan bersama keluarga kerana tidak mampu untuk memiliki sebuah rumah. Apa akan jadi kepada sebuah negara jika ramai rakyatnya tidak bahagia dalam menjalani kehidupan. Pastinya produktiviti akan berkurangan, negara juga tidak dapat membangun seperti yang sepatutnya.

Justeru isu ini menyentuh psikologi manusia serta kepentingan nasional untuk jangka pendek dan jangka panjang. Ada yang mengatakan masalah harga rumah tinggi yang kita hadapi sekarang berpunca daripada kita yang tidak menguruskan perkara ini dengan betul dari dulu lagi.

Oleh yang demikian kita harus memperbetulkan keadaan ini dari sekarang agar anak cucu kita tidak perlu lagi menghadapi serta membincangkan masalah yang sama di masa hadapan. Masih belum terlambat untuk kita mengambil langkah-langkah yang sepatutnya agar sejarah tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

Kita dapati peranan kerajaan adalah sangat penting untuk memantau perkembangan pasaran rumah. Mengambil contoh di Australia, pembeli pertama diberikan subsidi antara AU$5,000 hingga AU$7,000 untuk rumah pertama.

Kita tidak menafikan kerajaan berusaha untuk menangani masalah harga rumah ini seperti melaksanakan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang membina rumah mampu milik terutama kepada golongan belia yang baru memasuki alam pekerjaan.

Industri perumahan negara begitu rumit kerana ia melibatkan banyak pihak. Kita tidak boleh menuding jari menyalahkan satu pihak sahaja kerana ia adalah tidak adil. Semua pihak harus memainkan peranan agar masalah ini dapat diatasi. Jika puncanya adalah rasuah, maka kita harus terapkan nilai-nilai murni kepada rakyat Malaysia agar tidak berlaku penganiayaan kepada pembeli rumah.

Bagi yang beragama Islam pula, sudah tersedia ada nilai-nilai agama yang perlu diamalkan dan bukan hanya disebut di bibir sahaja. Memang senang untuk memetik ayat-ayat al-Quran serta hadis-hadis Nabi, tetapi apa yang lebih penting adalah setakat mana ia diamalkan.

Jika suapan RM20,000 sudah terbentang di depan mata, mungkinkah segala nilai agama yang sering digembar-gemburkan itu akan melayang begitu sahaja. Maka apa yang tinggal hanyalah kata-kata retorik yang tidak memberi apa-apa makna pun.

Jika umat Islam mengamalkan nilai-nilai agama sepenuhnya, mungkin banyak masalah di negara ini akan dapat diselesaikan, termasuklah isu perumahan ini. Kita dapati agama Islam sentiasa mementingkan keadilan sosial serta perseimbangan ekonomi di antara anggota masyarakat.

Ini adalah supaya setiap individu dapat menikmati taraf hidup yang sempurna sejajar dengan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Bahkan memenuhi keperluan asasi hidup manusia merupakan sebahagian daripada maqasid syariah.

Di dalam Surah al-Hasyr: 7, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: Supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya sahaja di kalangan kamu". Ayat ini menerangkan bahawa tidak harus harta kekayaan itu hanya berlegar dalam satu bilangan kecil tanpa kelompok yang lain.

Apatah lagi jika kekayaan tersebut menghindarkan orang lain daripada memenuhi keperluan asasi hidup mereka seperti memiliki sebuah rumah yang selesa. Keadaan yang tidak adil dan seimbang ini akan terus menerus menindas dan menzalimi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki sebuah rumah.

Bahkan lebih malang lagi apabila sebahagian besar rakyat akan rasa terhina apabila tidak mampu untuk membeli rumah di negara sendiri dan hanya melihat rumah-rumah tersebut dimiliki oleh golongan yang tidak sepatutnya.

PENULIS ialah Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, IKIM.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Wan Maimunah bakal nikah lagi pada usia 60 tahun

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Mencecah usia 60 tahun, selepas sekian lama hidup menjanda, pelakon Wan Maimunah Wan Abdul Aziz bakal bernikah lagi.

Pelakon yang terkenal dengan watak-watak sedih dalam drama itu sendiri mengesahkan bahawa dirinya akan kembali mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Johor, berusia tujuh tahun lebih muda daripada beliau.

Kami mula berkenalan kira-kira dua bulan lalu sebelum bersetuju untuk berkahwin tidak berapa lama selepas perkenalan itu. Saya tidak pernah menjangka akan kembali bergelar isteri apatah lagi pada usia seperti ini, namun kita tidak dapat melawan ketentuan takdir Allah.

Dalam waktu yang sama, saya turut bersyukur dan terharu kerana masih ada individu yang bersedia menjadi tempat berlindung dan menumpang kasih dan sayang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Wanita yang telah berlakon lebih daripada sepuluh buah filem antaranya Wanita Bertudung Hitam, Jimi Asmara, Soalnya Siapa dan KL Gangster ini bakal bernikah pada 13 Disember ini di sebuah hotel di Johor Bahru, selepas maghrib.

Tambah Wan Maimunah, semenjak berita dia bakal kembali berkahwin diketahui umum, tidak kurang ramai pihak yang menghubunginya dan melemparkan kata-kata negatif berhubung perancangannya itu.

Sesungguhnya saya amat sedih apabila ada suara-suara yang melemparkan kata-kata kurang manis seperti saya sudah tua namun masih gatal dan sebagainya.

Sejujurnya saya bersetuju dengan perkahwinan ini bukan disebabkan hawa nafsu atau harta dunia. Tetapi saya mencari teman hidup, sekurang-kurangnya saya mempunyai peneman hidup yang dapat berkongsi waktu susah dan senang. Walau apa tohmahan masyarakat sekeliling, saya berharap mereka di luar sana dan peminat akan mendoakan kebahagiaan saya," ujarnya.

Selain majlis pernikahan, pihak keluarga Wan Maimunah turut merancang untuk mengadakan majlis resepsi ringkas di Pasir Gudang pada keesokan harinya.

Shia LaBeouf buat peminat menangis

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

Shia LaBeouf

LOS ANGELES 9 Dis. - Kelakuan aktor, Shia LaBeouf dilaporkan semakin tidak terkawal ekoran sering terlibat dalam pergaduhan baru-baru ini.

Minggu lalu, bintang Transformers itu dikatakan berbual dengan seorang peminat di sebuah restoran di London dan menyatakan sesuatu sehingga wanita itu menangis, menyebabkan teman lelakinya memarahi LaBeouf.

Menurut laporan akhbar The Sun semalam, LaBeouf membalas dengan mengugut lelaki itu sambil menyatakan: "Saya boleh mengakibatkan anda dibunuh.''

"LaBeouf bergaduh dengan lelaki tersebut selepas menyebabkan teman wanitanya menangis. Situasi itu amat mengejutkan kerana kelakuannya berada di luar kawalan,'' kata sumber laporan tersebut.

Kejadian itu bukan kali pertama LaBeouf dilaporkan bergaduh ketika berada di London.

Awal tahun ini, pelakon tersebut ditumbuk dua kali di muka dan ditendang di kelangkangnya selepas dia bersama adiknya, Isis dan seorang rakan, Ash Nawaz merakam aksi seorang wanita muntah di khalayak ramai. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Kembali dengan skrin lebih besar

Posted: 09 Dec 2013 12:08 AM PST

Oleh NOOR DIANA AZIS
Gambar ABDUL RAZAK LATIF

Gary Chan (kiri) memperkenalkan telefon pintar terbaru Nokia Lumia 1520 untuk pasaran Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini

MENERUSKAN kesinambungan rangkaian peranti Lumia, Nokia sekali lagi menampilkan siri terbaharu dengan memperkenalkan Lumia 1520, telefon bimbit pintar pertama dibina yang memperlihatkan skrin paparan terbesar dalam sirinya.

Dengan saiz skrin seluas 6 inci, teknologi PureView 20 megapiksel turut menjadikan Lumia 1520 lebih istimewa dengan imej yang lebih jelas dan tajam menerusi paparan berdefinisi tinggi (HD) 1080p.

Menurut Ketua Pemasaran Pan Asia Nokia, Gary Chan, peranti ini turut dilengkapi oleh sistem penstabil imej (OIS) untuk menjadikan imej lebih tajam walau dalam suasana cahaya suram.

"Bagi melengkapkan sistem tersebut, Lumia 1520 turut diperhebatkan dengan Rich Recording yang memberikan kefungsian audio yang berterusan sekali gus menjadi bukti baru inovasi telefon pintar.

"Selain itu, fungsi Storyteller yang terdapat pada peranti ini membolehkan imej yang dirakam boleh diintegrasi dengan lokasi bagi memadankan kronologi perjalanan pada peta," katanya ketika majlis memperkenalkan Lumia 1520 di ibu negara baru-baru ini.

Lumia 1520 turut mempunyai ciri-ciri perkhidmatan Nokia seperti HERE yang mempunyai kemudahan perkhidmatan lokasi bersepadu HERE Maps serta LiveSight yang berfungsi sebagai pencarian tempat untuk rakaman gambar dengan mudah dan pantas.

Dijana oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 800 serta platform terbaru sistem operasi Windows Phone 8, telefon bimbit pintar ini turut diperhebat dengan penambahan kolum pada skrin home sekali gus membolehkan pengguna meletakkan aplikasi penting pada butang home.

Menerusi aplikasi awanan SkyDrive pula, pengguna boleh berkongsi gambar media sosial bersama ahli keluarga atau teman rapat.

Lumia 1520 akan berada di pasaran bermula minggu pertama Disember bagi Lembah Klang manakala kawasan lain pada pertengahan bulan dengan harga RM2,159.

Tablet untuk remaja

Posted: 09 Dec 2013 12:08 AM PST

TIDAK mahu ketinggalan dalam penghasilan peranti dalam usaha memenuhi kehendak masyarakat, Huawei baru-baru ini memperkenalkan tablet bersaiz 7 inci khusus untuk golongan remaja yang lengkap dengan ciri hiburan tiada tandingan.

Dikenali sebagai MediaPad 7 Youth, peranti ini dikuasakan oleh pemproses Dual Core 1.6 giga herz beserta sistem operasi Google Android 4.1.

Di samping itu, skrin paparannya disokong oleh keunggulan definisi tinggi (HD) selain mempunyai saiz hanya 9.9 milimeter dengan berat 350 gram.

Mahu dikenali dengan kehebatan dimiliki, MediaPad 7 Youth juga turut mempertingkatkan keupayaan dalam semua aplikasi hiburan termasuk kelajuan, kuasa, web, paparan definisi tinggi serta ketajaman audio.

Sesuai untuk remaja yang mementingkan kesempurnaan, tablet ini juga menyokong permainan video berskala tiga dimensi (3D) di samping sambungan akses tanpa wayar (WiFi) berkelajuan tinggi sehingga High Speed Packet Access (HSPA) 21 Mbps.

MediaPad 7 Youth yang dibina berdasarkan keperluan pengguna khususnya golongan remaja, ia menjanjikan pengalaman berbeza dengan pilihan kepelbagaian rangkaian HSPA dan juga sambungan WiFi.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan MediaPad 7 Youth, boleh mula berkunjung ke pengedar sah Huawei untuk dapatkan harga pengenalan RM 699 seluruh negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Melanggai udang baring di Pantai Puteri Melaka

Posted: 09 Dec 2013 12:08 AM PST

Oleh: ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Pada umumnya langgai dan sungkur lebih dikenali sebagai langgai sahaja, namun di sesetengah negeri seperti di Kedah kaedah menangkap udang geragau (baring) dikenali sebagai sirin.

Berbentuk seperti pukat sorong bersaiz kecil dan dikendali menggunakan tenaga manusia, langgai merupakan peralatan menangkap udang yang dikategorikan sebagai tradisional.

Bagaimanapun, langgai atau sungkur boleh dikategorikan sebagai peralatan menangkap ikan atau udang berasaskan jala.

Oleh yang demikian, peralatan tersebut tidak dilesenkan dan boleh diusahakan oleh sesiapa sahaja.

Di Melaka, aktiviti melanggai dilakukan apabila tiba musim udang geragau rapat ke pantai dengan menggunakan peralatan yang memiliki bentuk dan saiz yang sama begitu juga kawasan serta cara operasinya.

Perbezaan hanyalah pada saiz mata pukat dan sasaran tangkapan yang dibuat.

Langgai diperbuat daripada batang buluh yang panjangnya antara lima hingga enam meter dengan saiz mata pukat 1.5 meter. Manakala pada bahagian keroncong, saiz mata pukat adalah satu sentimeter (sm).

Bagi sungkur pula, bahan binaan serta bentuknya seakan-akan sama seperti langgai, namun yang membezakan adalah saiz mata pukat.

Pada bahagian atas, mata pukat adalah bersaiz tiga sm, manakala bahagian pertengahan hingga ke keroncong saiz mata halus digunakan.

Tangkapan utama sungkur adalah udang baring atau dipanggil udang geragau di Melaka.

Antara kawasan yang sering dikunjungi nelayan udang baring di Melaka adalah sekitar Pantai Puteri dan tangkapan kebiasaannya dilakukan ketika air kecil (air bani) dikawasan yang memiliki kedalaman kurang daripada dua meter (m).

Cara langgai digunakan adalah dengan memasukkannya ke dalam air dan menolaknya ke hadapan oleh pelanggai selama 10 hingga 15 minit kemudian diangkat agar tangkapan masuk ke dalam keroncong dan diulang sehingga selesai.

Manakala, bagi kaedah penggunaan sungkur untuk menangkap udang baring, peralatan tersebut tidak akan diangkat dari mula sehinggalah kerja-kerja melanggai selesai yang memerlukan masa antara dua hinggga empat jam.

Secara lazimnya, seorang pelanggai udang berupaya mendaratkan tangkapan udang kecil antara dua hingga 10 kilogram (kg) mengikut musim-musim tertentu.

Bagi sungkur udang baring, pelanggai berupaya mendaratkan tangkapan udang di antara lima hingga 30 kg dan ketika musim kemuncak mereka mampu memperolehi sehingga 70 kg pada satu-satu masa.

Bubu baharu tingkat tangkapan udang kara

Posted: 09 Dec 2013 12:08 AM PST

Seorang nelayan menunjukan udang kara yang berjaya ditangkap olehnya.

DAHULU nelayan di sekitar Kampung Sungai Musoh, Pengerang, Johor menangkap udang kara hanya menggunakan peralatan yang dikenali sebagai bintoh yang merupakan kaedah tradisional diamalkan oleh nelayan setempat.

Bagaimanapun, kaedah tradisional itu didapati kurang berkesan untuk menangkap udang kara.

Justeru, usaha membina serta menghasilkan sejenis bubu baharu yang lebih berkesan dan mesra sumber telah dihasilkan oleh Jabatan Perikanan.

Bubu baharu yang dibina dengan kos RM80 hingga RM90 seunit dan berupaya memberikan pulangan yang tinggi di samping faedah-faedah lain seperti menjimatkan masa operasi, kawasan operasi yang lebih luas.

Pada masa yang sama nelayan boleh mengusahakan perkakas perikanan yang lain.

Projek membina bubu tersebut telah dimulakan pada tahun 2003 yang merupakan peralatan bubu yang diperbaharui.

Menerusi percubaan yang dijalankan di sekitar Kampung Sungai Musoh mendapati bubu tersebut berupaya menangkap udang karang dengan kuantiti yang lebih tinggi.

Pengenalan inovasi tersebut telah menarik minat seramai 50 vesel yang membabitkan seramai 100 orang nelayan yang berpengkalan di jeti nelayan Sungai Musoh bagi menggunakan teknik tersebut.

Setiap vesel menggunakan sehingga 30 unit bubu di mana kawasan penangkapan ialah di sekitar lima batu nautika.

Terdapat dua tenik penggunaan bubu tersebut iaitu teknik menghanyut di mana bubu diletakkan di lokasi terdapatnya udang kara tanpa menggunakan sauh dan diangkat apabila air laut pasang penuh.

Teknik kedua pula menggunakan sauh di mana bubu diperam dan diangkat setiap kali air laut pasang penuh dan kedua-dua teknik tersebut menggunakan umpan.

Secara amnya, nelayan yang mengusahakan bubu udang tersebut mampu memperolehi pendapatan mencecah RM5,000 hingga RM8,000 sebulan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Nasib pembeli Taman Kenanga

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

Oleh Muhamad Aimy Ahmad
kota@utusangroup.com.my

SEBAHAGIAN daripada sembilan fasa projek Taman Kenanga kini hampir 80 peratus siap setelah kerja pembinaannya terbengkalai 15 tahun lalu.

SEPANG 9 Dis. - Sudah jatuh ditimpa tangga.

Begitulah gambaran yang sesuai terhadap situasi yang terpaksa dihadapi oleh lebih 1,500 pembeli rumah teres dua tingkat di Bandar Baru Salak Tinggi dekat sini yang mendakwa teraniaya dengan sikap pemaju.

Episod malang pembeli rumah tersebut bermula kira-kira 15 tahun lalu apabila pemaju ketika itu Kumpulan Sepang Utama membuka tawaran untuk memiliki rumah di tapak projek Taman Kenanga yang disahut oleh pembeli berkenaan.

Bagaimanapun, keterujaan mereka terhadap tawaran tersebut tidak berpanjangan apabila rumah yang dikatakan akan siap dalam tempoh dua tahun sehingga kini masih belum dapat diduduki.

Kumpulan pembeli itu mendakwa, hanya fasa satu projek tersebut berjaya disiapkan, manakala baki sembilan lagi fasa tergendala atas faktor yang tidak diketahui.

Tambah mereka, selepas beberapa tahun tertangguh, projek tersebut akhirnya diambil alih oleh NCT United Development Sdn. Bhd. pada akhir 2010.

Tinjauan Utusan Malaysia ke perumahan tersebut baru-baru ini mendapati, kerja-kerja pembinaan sedang dilaksanakan dan kelihatan hampir 80 peratus siap.

Nasib malang pembeli tidak berakhir di situ kerana rumah yang bakal diduduki itu bukan lagi milik mereka seperti dalam perjanjian yang dibuat ketika permulaan membeli rumah tersebut pada 1998.

Malah, sepanjang projek tersebut tergendala, pembeli juga terikat dengan pinjaman bank yang perlu dijelaskan namun bayaran tersebut tidak diteruskan disebabkan projek tidak disiapkan menyebabkan ada sebahagian daripada mereka telah disenaraihitamkan.

Lantaran itu, pemaju baharu, NCT Development menggunakan alasan bahawa pembeli yang tidak mendapat rumah mereka itu disebabkan mempunyai masalah dengan pinjaman bank.

Difahamkan, pelbagai aduan dibuat pembeli termasuk kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pihak-pihak berkaitan namun tiada maklum balas yang diterima hingga kini.

Lebih mengejutkan, cukai taksiran daripada Majlis Perbandaran Sepang (MPS) telah dikeluarkan sejak 2002 atas nama pembeli mengikut alamat rumah baharu yang masih tidak didiami mereka itu.

Pembeli kini buntu memikirkan nasib mereka dan dalam persiapan untuk membawa kes tersebut ke mahkamah memandangkan rumah yang sepatutnya milik mereka kini diiklankan dalam internet untuk dijual kepada pembeli baharu.

'Duit bayar, tapi rumah tak dapat' - Pembeli

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

SEPANG 9 Dis. - "Kami hanya mahu rumah idaman kami itu dapat diduduki selepas teraniaya hampir 15 tahun disebabkan pelbagai masalah."

Demikian tegas salah seorang pembeli, Khairul Parman Zakaria, 47, yang menjadi mangsa biarpun telah membuat bayaran hampir 30 peratus daripada harga rumah di Taman Kenanga, Bandar Baru Salak Tinggi yang dibelinya.

"Saya membeli rumah di Fasa 3 dengan harga RM134,000 dan membuat pinjaman bank sebanyak RM100,000 tetapi selepas rumah terbengkalai saya tidak boleh menjelaskan pinjaman kerana sewa rumah juga perlu dilunaskan.

"Saya telah meminta penangguhan bayaran dengan bank kerana projek itu tidak dilaksanakan. Selepas diambil alih pemaju baharu saya teruskan bayaran balik tetapi tidak menyangka akan jadi begini," katanya kepada Utusan Malaysia.

Seorang lagi pembeli, K. Batumalai, 54, berkata, dia sudah membelanjakan berpuluh ribu untuk memiliki rumah tersebut namun kecewa selepas mengetahui impiannya itu hanya tinggal mimpi.

"Kami merayu kepada pihak-pihak berkaitan, bantulah kami kerana sudah 15 tahun kami teraniaya dan tidak memiliki rumah, malah berkemungkinan ada pembeli lain yang sudah meninggal dunia," dia merayu.

Tambah Batumalai, mereka kini dalam perancangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju agar dapat memiliki semula rumah yang sepatutnya sudah boleh diduduki itu.

"Bayangkan kami bersabar selama ini untuk menunggu rumah disiapkan selepas beberapa tahun terbengkalai tetapi akhirnya rumah itu bukan milik kami pula," katanya.

Sementara itu, Bahtiar Afandi Mohamad, 53, berkata, dia kini tidak dapat tidur apabila memikirkan nasib malang yang dihadapinya.

"Sebelum ini saya tidak tahu nak buat apa, selepas berjumpa dengan pembeli lain baharulah berjaya menggerakkan beberapa perkara yang mungkin boleh membantu.

"Kami juga dalam proses untuk mengumpulkan semua pembeli yang teraniaya untuk bersatu agar rumah itu tetap menjadi milik kami," tegasnya.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan pemaju, NCT Development tidak berhasil selepas gagal dihubungi.

PKB diberi mandat penuh bangunkan Kg. Baru

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

Astaman Aziz Abdul Aziz (kanan) menerangkan mengenai pelan pembangunan Kampung Baru kepada Ahmad Phesal Talib (kiri) selepas majlis perasmian Lab Khas Pemerkasaan Senibina Melayu dan Islam dalam Pembangunan Kampung Bharu di Bangi, Selangor semalam.

BANGI 9 Dis. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi mandat sepenuhnya kepada Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) bagi memajukan Kampung Baru mengikut acuan dan cadangan yang telah dirancang oleh PKB.

Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, segala bentuk corak pembangunan yang hendak dibuat terhadap Kampung Baru itu akan mendapat kerjasama sepenuhnya dari DBKL.

"Kami sangat berpuas hati dengan segala persiapan yang dilakukan oleh PKB bagi membangun dan memajukan Kampung Baru yang menyebabkan DBKL tidak mempunyai hak untuk menghalang.

"Malah (DBKL) sedia memberikan laluan kepada segala perancangan supaya menjadi kenyataan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Lab Khas Pemerkasaan Senibina Melayu Islam Dalam Pembangunan Kampung Baru di Hotel Equatorial, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi PKB, Datuk Astaman Aziz Abdul Aziz, Timbalan Pengerusi PKB, Datuk Seri Matshah Safuan dan Ketua Pengarah Eksekutif yang juga Setiausaha PKB, Naharuddin Abdullah.

Sebanyak 140 anggota terdiri dari arkitek profesional, ahli akademik, perancang bandar dan pengurusan bandar menghadiri bengkel selama dua hari itu bermula hari ini bagi memberikan sumbangan dan kepakaran masing-masing dalam mewujudkan satu Garis Panduan Komprehensif Senibina Melayu-Islam yang khas untuk Kampung Baru.

Ahmad Phesal berkata, sebagai antara agensi perancang bagi semua aspek pembangunan di Kuala Lumpur, DBKL bertanggungjawab untuk membantu membangunkan tanah milik orang Melayu itu dengan memberikan kelulusan segera agar PKB mendapat kepercayaan sepenuhnya dari pemilik tanah bagi membangunkan kawasan seluas kira-kira 121.4 hektar itu.

"Selain itu DBKL akan membantu dalam apa juga bentuk kepakaran dalam perancangan pembangunan bandar, reka bentuk, landskap dan sebagainya supaya pembangunan Kampung Baru turut mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak," katanya.

Mengikut perancangan konsep perancangan masa hadapan, pembangunan Kampung Baru akan direka bentuk dengan menetapkan zon-zon pembangunan tertentu selaras dengan fungsi yang akan dimainkan pada masa hadapan.

Pembangunan itu bakal berkonsepkan ruang bandar moden bercirikan Melayu-Islam dengan penekanan kepada aspek kebudayaan dan warisan, pada masa yang sama mampu mengoptimumkan keperluan dan reka bentuk fizikal masa hadapan tanpa berkompromi dengan tanggungjawab pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap alam sekitar.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Ops Warta kutip RM148,520

Posted: 08 Dec 2013 10:33 AM PST

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

Orang ramai tidak melepaskan peluang melihat pameran cegah jenayah di Tesco Tebrau sempena Hari Kesedaran Pencegah Jenayah di Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 8 Dis. - Polis negeri ini berjaya mengutip sebanyak RM148,520 hasil bayaran saman tertunggak pesalah trafik dalam Ops Warta yang dijalankan bermula 25 November lalu sehingga kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dalam tempoh yang sama sebanyak 351 waran dan 286 kompaun telah diselesaikan oleh pesalah trafik terbabit.

Beliau berkata, pemandu warga Singapura juga tidak terkecuali dalam Ops Warta ini apabila sebanyak 10 waran tangkap dikeluarkan dalam tempoh operasi diadakan.

"Ops Warta ini akan diteruskan bagi memburu pesalah trafik lain dan kita juga akan bekerjasama dengan polis Singapura untuk mengesan pesalah trafik warganegara berkenaan supaya melunaskan bayaran saman mereka.

"Selain itu kita akan giat jalankan usaha mengesan pesalah trafik di negeri ini dengan mengadakan sekatan jalan raya bukan sahaja di lebuh raya tetapi jalan-jalan biasa," katanya selepas merasmikan Hari Kesedaran Pencegahan Jenayah di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Kontinjen (Perkep) Johor, Datin Bibi Zakiah Meraslam, ketua-ketua jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Ketua-Ketua Polis Daerah dan pegawai-pegawai polis negeri.

Mengenai program pencegahan jenayah yang dianjurkan bermula pukul 11 pagi itu, Mohd. Mokhtar mengalu-alukan kerjasama berterusan daripada orang ramai dalam memerangi jenayah.

Beliau berkata, masyarakat perlu sentiasa menjadi mata dan telinga polis dan jangan sesekali memberi ruang serta peluang kepada para penjenayah untuk melakukan kesalahan.

"Memerangi jenayah adalah tanggungjawab bersama dan senjata paling canggih dalam menangani jenayah adalah kerjasama erat polis dan masyarakat," katanya.

Kerajaan akan nilai kerugian mangsa banjir di Johor

Posted: 08 Dec 2013 10:33 AM PST

NUSAJAYA 8 Dis. - Kerajaan Johor akan membuat penilaian bagi mengenal pasti jumlah kerugian yang ditanggung semua mangsa banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini sejak seminggu lalu.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Obet Tawil berkata, kaedah berkenaan juga akan digunakan untuk mengenal pasti tindakan susulan bagi menambah baik sistem penyampaian dan perkhidmatan ketika menghadapi bencana itu.

Beliau berkata, penilaian berkenaan juga akan mengambil kira semua aduan mangsa berkaitan bencana berkenaan termasuk mengenai perkhidmatan yang disediakan agensi terbabit.

"Melalui maklumat yang kita dapat, banjir di negeri ini boleh dikatakan semakin pulih, bagaimanapun masih terdapat beberapa kawasan seperti Segamat, Batu Pahat dan Pontian masih dilanda banjir.

"Seperti tahun-tahun lepas, selepas banjir pulih satu siasatan akan dijalankan. Kita akan kenal pasti jumlah kerugian bagi kerosakan rumah, tanaman dan ternakan dan setiap agensi terlibat akan buat tindakan susulan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Iskarnival 2013 anjuran tiga syarikat gergasi tempatan, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) dan Iskandar Investment Berhad (IIB) di Dataran Mahkota, Kota Iskandar di sini, hari ini.

Ujar Obet lagi, kerajaan negeri masih belum mendapat laporan penuh mengenai jumlah kerugian yang ditanggung semua mangsa dan pihaknya kini sedang giat mendapatkan semua maklumat yang diperlukan.

"Sehingga kini, jumlah kerugian itu masih belum ditentukan ekoran masih ada lagi mangsa banjir di pusat penempatan dan sekiranya semua pulih sedia kala, kita akan lakukan postmortem segera," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Anggota tentera hilang masih pelatih, bukan komando

Posted: 09 Dec 2013 03:33 AM PST

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Sebanyak 13 anggota tentera yang hilang ketika menjalani latihan mendayung di perairan Selat Melaka kelmarin bukan anggota komando tetap sebaliknya merupakan pelatih bagi Kursus Asas Komando yang belum disahkan jawatan tersebut.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan memberitahu, kesemua 11 pelatih kursus berkenaan sedang mengikuti latihan mendayung di perairan tersebut sebagai salah satu daripada kaedah menilai keupayaan dan kesesuaian mereka sama ada layak menjadi anggota komando atau sebaliknya.

"Turut bersama 11 pelatih ketika kejadian itu adalah seorang jurulatih dan jurumudi bot.

"Latihan bermula dari Kem Sungai Udang menuju ke Pulau Nangka, Melaka itu keseluruhannya melibatkan seorang pegawai, 10 orang jurulatih dan 35 penuntut Kursus Asas Komando dengan menggunakan empat buah bot sebelum berlaku kejadian ribut berdekatan Pulau Upih yang mengakibatkan ketiga-tiga bot yang dinaiki penuntut berada dalam kesulitan dan hampir karam," kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, tindakan segera telah dilakukan oleh bot keselamatan untuk menyelamatkan ketiga-tiga bot berkenaan.

"Sebuah bot telah diselamatkan dan ditarik ke Pantai Klebang sementara sebuah bot lagi ditarik ke Pulau Upih namun apabila kembali untuk selamatkan bot ketiga, mereka gagal dikesan.

"Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan oleh Markas Tentera Darat dan tumpuan pencarian adalah di sekitar persisiran pantai termasuk melalui penggunaan pesawat udara `Beach Craft dan usaha menyelamat oleh anggota-anggota tentera," katanya lagi.

Jelas kenyataan itu lagi, Pusat Mencari dan Penyelamat Maritim (MSRC) yang beribu pejabat di Johor Bahru juga telah mengarahkan kapal-kapal dagang yang melalui kawasan berkenaan untuk membuat pencarian di kawasan Linggi dan Port Dickson.

"Operasi mencari dan menyelamat ini juga telah dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Namun, kira-kira pukul 12.50 tengah malam tadi, bot yang hilang dijumpai merapati pantai berhampiran Pantai Puteri dan semua anggota ditemui selamat dan tiada peralatan yang hilang," katanya. - UTUSAN ONLINE

Jambatan taktikal di Sg Limbong dibuka petang tadi

Posted: 09 Dec 2013 03:29 AM PST

BEBERAPA anggota tentera membina jambatan taktikal bagi mengantikan jambatan Sungai Limbong yang runtuh akibat banjir di Chukai, Kemaman malam tadi. Jambatan itu kini siap dibina dan boleh digunakan sejak 3 petang ini. - UTUSAN

KEMAMAN 9 Dis. - Laluan di pusat bandar Chukai yang terputus akibat Jambatan Sungai Limbong runtuh pada Khamis lepas, kini dibuka semula selepas satu jambatan taktikal siap dibina oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) pada 3 petang tadi.

Pegawai Pemerintah RAJD Kem Desa Pahlawan, Kelantan Mejar Nik Amir Nik Yaakob berkata pembinaan jambatan sementara sepanjang 20 meter itu mengambil masa hampir tujuh jam selepas dimulakan seawal pukul 3 pagi.

"Jambatan taktikal ini mampu menampung kenderaan seberat 60 tan dalam satu-satu masa melaluinya.

"Ia siap sepenuhnya sekitar pukul 9 pagi tadi dan dibuka enam jam kemudian.

Kita harap jambatan sementara ini mampu memulihkan semula perhubungan di pusat bandar daerah ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pembinaan jambatan itu dilakukan seramai 40 anggota tentera dan seorang pegawai RAJD Kem Desa Pahlawan dengan dibantu Unit Ke-11 RAJD Kem Batu Tiga, Temerloh, Pahang.

Nik Amir berkata jambatan sementara itu mampu memulihkan aliran trafik di kawasan berkenaan.

"Jambatan sementara ini akan digunakan sehingga Jambatan Sungai Limbong yang asal siap dibaiki," katanya. - BERNAMA

Banjir: Bas RapidKuantan kembali beroperasi hari ini

Posted: 09 Dec 2013 03:18 AM PST

KUANTAN 9 Dis. - Perkhidmatan bas RapidKuantan yang dihentikan sementara berikutan bencana banjir di Kuantan sejak Selasa lepas, kembali beroperasi mulai hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi RapidKuantan Zainurul Hakim Mohamad, RapidKuantan yang beroperasi dengan 46 bas di 13 laluan di bandar Kuantan mula beroperasi mulai 6 pagi ini kecuali satu laluan.

"Laluan ke hentian Sungai Lembing belum boleh dibuka kerana ada tempat yang masih ditenggelami air, kami akan terus membuat pemantauan untuk tindakan susulan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika ini semua laluan bas berkenaan dapat mengikuti laluan sebenar kecuali laluan 401 yang terpaksa berakhir di Masjid Cherok Paloh ekoran masalah banjir yang masih belum surut di kawasan berkenaan.

Selain itu katanya, RapidKuantan juga sentiasa berhubung dengan pegawai Majlis Perbandaran Kuantan bagi membantu urusan pemindahan mangsa banjir. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved