Isnin, 9 Disember 2013

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


12 termasuk 7 wanita ditangkap, sindiket curi susu tumpas

Posted: 08 Dec 2013 11:55 PM PST

Oleh FAZRINA AYU RADUIAN

SHAH ALAM 9 Dis. - Polis menumpaskan satu sindiket yang aktif mencuri susu di sekitar Lembah Klang dan beberapa negeri sejak awal tahun ini dengan tertangkapnya 12 suspek termasuk tujuh wanita.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, polis turut merampas semula barangan yang dicuri seperti susu bayi dan pelbagai barangan lain seperti syampu dan minuman keras.

"Modus operandi sindiket ini adalah mencuri di pasar raya dan menyorokkan barangan curi itu di celah kelangkang untuk mengelak daripada dikesan.

"Sindiket ini kemudian menjual barangan tersebut dengan harga lebih murah kira-kira 20 peratus daripada harga asal," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Ketua Polis di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Suspek kes tembak pegawai JAIP akan didakwa - KPN

Posted: 08 Dec 2013 11:34 PM PST

SHAH ALAM 9 Dis. - Suspek yang menembak Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik pada awal November lalu telah dikenal pasti dan akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek adalah antara individu yang ditahan oleh polis sebelum ini.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti suspek berkenaan dan hanya menyatakan individu berkenaan adalah dalam kalangan dua yang ditahan baru-baru ini.

Khalid berkata, hasil ujian balistik turut mendapati pistol semi-automatik yang ditemui bersama seorang suspek yang ditangkap di Taman Setiawangsa pada 29 November lalu adalah senjata yang digunakan oleh penembak itu.

"Setakat ini, tangkapan terbaharu masih belum ada dan operasi untuk memburu lapan lagi suspek sedang giat dijalankan,'' katanya ketika kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Tahunan Polis Bantuan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 10 November lalu, Ahmad Raffli maut akibat ditembak dari jarak dekat oleh seorang daripada tiga lelaki berjubah hitam dan berkopiah di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan.

Laporan media sebelum ini menyatakan, seorang suspek berusia 39 tahun yang ditahan dan merupakan bekas anggota polis dipercayai penembak dalam kes tersebut.

Ketika ditanya berhubung kes kematian tiga beradik perempuan yang ditemui mati di tepi sawah dan terusan di Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, pada hujung bulan lalu, Khalid berkata, polis memerlukan masa untuk menyelesaikan kes tersebut kerana setakat ini belum ada saksi kejadian. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved