Isnin, 9 Disember 2013

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Wan Maimunah bakal nikah lagi pada usia 60 tahun

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Mencecah usia 60 tahun, selepas sekian lama hidup menjanda, pelakon Wan Maimunah Wan Abdul Aziz bakal bernikah lagi.

Pelakon yang terkenal dengan watak-watak sedih dalam drama itu sendiri mengesahkan bahawa dirinya akan kembali mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Johor, berusia tujuh tahun lebih muda daripada beliau.

Kami mula berkenalan kira-kira dua bulan lalu sebelum bersetuju untuk berkahwin tidak berapa lama selepas perkenalan itu. Saya tidak pernah menjangka akan kembali bergelar isteri apatah lagi pada usia seperti ini, namun kita tidak dapat melawan ketentuan takdir Allah.

Dalam waktu yang sama, saya turut bersyukur dan terharu kerana masih ada individu yang bersedia menjadi tempat berlindung dan menumpang kasih dan sayang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Wanita yang telah berlakon lebih daripada sepuluh buah filem antaranya Wanita Bertudung Hitam, Jimi Asmara, Soalnya Siapa dan KL Gangster ini bakal bernikah pada 13 Disember ini di sebuah hotel di Johor Bahru, selepas maghrib.

Tambah Wan Maimunah, semenjak berita dia bakal kembali berkahwin diketahui umum, tidak kurang ramai pihak yang menghubunginya dan melemparkan kata-kata negatif berhubung perancangannya itu.

Sesungguhnya saya amat sedih apabila ada suara-suara yang melemparkan kata-kata kurang manis seperti saya sudah tua namun masih gatal dan sebagainya.

Sejujurnya saya bersetuju dengan perkahwinan ini bukan disebabkan hawa nafsu atau harta dunia. Tetapi saya mencari teman hidup, sekurang-kurangnya saya mempunyai peneman hidup yang dapat berkongsi waktu susah dan senang. Walau apa tohmahan masyarakat sekeliling, saya berharap mereka di luar sana dan peminat akan mendoakan kebahagiaan saya," ujarnya.

Selain majlis pernikahan, pihak keluarga Wan Maimunah turut merancang untuk mengadakan majlis resepsi ringkas di Pasir Gudang pada keesokan harinya.

Shia LaBeouf buat peminat menangis

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

Shia LaBeouf

LOS ANGELES 9 Dis. - Kelakuan aktor, Shia LaBeouf dilaporkan semakin tidak terkawal ekoran sering terlibat dalam pergaduhan baru-baru ini.

Minggu lalu, bintang Transformers itu dikatakan berbual dengan seorang peminat di sebuah restoran di London dan menyatakan sesuatu sehingga wanita itu menangis, menyebabkan teman lelakinya memarahi LaBeouf.

Menurut laporan akhbar The Sun semalam, LaBeouf membalas dengan mengugut lelaki itu sambil menyatakan: "Saya boleh mengakibatkan anda dibunuh.''

"LaBeouf bergaduh dengan lelaki tersebut selepas menyebabkan teman wanitanya menangis. Situasi itu amat mengejutkan kerana kelakuannya berada di luar kawalan,'' kata sumber laporan tersebut.

Kejadian itu bukan kali pertama LaBeouf dilaporkan bergaduh ketika berada di London.

Awal tahun ini, pelakon tersebut ditumbuk dua kali di muka dan ditendang di kelangkangnya selepas dia bersama adiknya, Isis dan seorang rakan, Ash Nawaz merakam aksi seorang wanita muntah di khalayak ramai. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved