Isnin, 9 Disember 2013

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Bicara kes Nik Nazmi 17, 18 Februari depan

Posted: 09 Dec 2013 06:42 PM PST

PETALING JAYA 10 Dis. - Makhamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 17 dan 18 Februari depan untuk perbicaraan kes bekas Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa menganjurkan perhimpunan Blackout 505, Mei lalu.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan mahkamah bahawa semua dokumen berkaitan kes itu telah lengkap dan sedia untuk perbicaraan. - UTUSAN

Pengurusan kes warga Indonesia bunuh pegawai AmBank 24 Januari

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

LA Ode Ardi Rasila dikawal anggota polis di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, semalam.

SHAH ALAM 9 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Januari tahun depan tarikh pengurusan kes terhadap seorang pengawal keselamatan warga Indonesia yang dituduh membunuh dan melepaskan tembakan terhadap seorang pegawai AmBank di Subang Jaya, dalam satu kejadian rompakan, dua bulan lalu.

Pendaftar Mahkamah Tinggi, Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli memutuskan demikian terhadap La Ode Ardi Rasila, 36, semasa pengurusan kes buat pertama kali di hadapan beliau hari ini.

Tertuduh diwakili peguam bela yang dilantik Kedutaan Indonesia, S. Selvi manakala pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, N. Parimalaah.

La Ode yang berasal dari Sulawesi, Indonesia, hadir di mahkamah berkenaan dan dilihat bertanya sesuatu kepada Selvi selepas selesai prosiding kes itu.

Sementara itu, di luar mahkamah, Selvi memberitahu pemberita, tarikh berkenaan ditetapkan untuk pihaknya menerima dokumen berhubung kes tersebut yang telah dipindahkan untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini.

Pada 19 November lalu, La Ode didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan melakukan perbuatan tersebut terhadap Norazita Abu Talib, 37, di dalam bangunan AmBank No. 5 dan 7, Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya dekat sini antara pukul 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan membunuh mangsa, lelaki yang bertubuh sederhana itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa melakukan rompakan dan melepaskan tembakan menggunakan pump gun dengan niat untuk menyebabkan kematian ke atas mangsa.

Pertuduhan kedua itu dikemukakan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati.

Memetik laporan akhbar sebelum ini, dalam kejadian pada 23 Oktober lalu, Norazita maut ditembak oleh suspek ketika membuka peti besi di dalam bilik kebal bank itu, sebelum suspek melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000.

Pada 10 November lalu, pasukan Op Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berjaya memberkas La Ode kira-kira pukul 7 pagi di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

Tertuduh yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di beberapa buah bank berdekatan dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu ketika memohon kerja di sebuah syarikat keselamatan.

Polis turut menemui senjata api jenis pump gun yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu, beberapa hari selepas penangkapan lelaki itu.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved