Isnin, 9 Disember 2013

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Kembali dengan skrin lebih besar

Posted: 09 Dec 2013 12:08 AM PST

Oleh NOOR DIANA AZIS
Gambar ABDUL RAZAK LATIF

Gary Chan (kiri) memperkenalkan telefon pintar terbaru Nokia Lumia 1520 untuk pasaran Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini

MENERUSKAN kesinambungan rangkaian peranti Lumia, Nokia sekali lagi menampilkan siri terbaharu dengan memperkenalkan Lumia 1520, telefon bimbit pintar pertama dibina yang memperlihatkan skrin paparan terbesar dalam sirinya.

Dengan saiz skrin seluas 6 inci, teknologi PureView 20 megapiksel turut menjadikan Lumia 1520 lebih istimewa dengan imej yang lebih jelas dan tajam menerusi paparan berdefinisi tinggi (HD) 1080p.

Menurut Ketua Pemasaran Pan Asia Nokia, Gary Chan, peranti ini turut dilengkapi oleh sistem penstabil imej (OIS) untuk menjadikan imej lebih tajam walau dalam suasana cahaya suram.

"Bagi melengkapkan sistem tersebut, Lumia 1520 turut diperhebatkan dengan Rich Recording yang memberikan kefungsian audio yang berterusan sekali gus menjadi bukti baru inovasi telefon pintar.

"Selain itu, fungsi Storyteller yang terdapat pada peranti ini membolehkan imej yang dirakam boleh diintegrasi dengan lokasi bagi memadankan kronologi perjalanan pada peta," katanya ketika majlis memperkenalkan Lumia 1520 di ibu negara baru-baru ini.

Lumia 1520 turut mempunyai ciri-ciri perkhidmatan Nokia seperti HERE yang mempunyai kemudahan perkhidmatan lokasi bersepadu HERE Maps serta LiveSight yang berfungsi sebagai pencarian tempat untuk rakaman gambar dengan mudah dan pantas.

Dijana oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 800 serta platform terbaru sistem operasi Windows Phone 8, telefon bimbit pintar ini turut diperhebat dengan penambahan kolum pada skrin home sekali gus membolehkan pengguna meletakkan aplikasi penting pada butang home.

Menerusi aplikasi awanan SkyDrive pula, pengguna boleh berkongsi gambar media sosial bersama ahli keluarga atau teman rapat.

Lumia 1520 akan berada di pasaran bermula minggu pertama Disember bagi Lembah Klang manakala kawasan lain pada pertengahan bulan dengan harga RM2,159.

Tablet untuk remaja

Posted: 09 Dec 2013 12:08 AM PST

TIDAK mahu ketinggalan dalam penghasilan peranti dalam usaha memenuhi kehendak masyarakat, Huawei baru-baru ini memperkenalkan tablet bersaiz 7 inci khusus untuk golongan remaja yang lengkap dengan ciri hiburan tiada tandingan.

Dikenali sebagai MediaPad 7 Youth, peranti ini dikuasakan oleh pemproses Dual Core 1.6 giga herz beserta sistem operasi Google Android 4.1.

Di samping itu, skrin paparannya disokong oleh keunggulan definisi tinggi (HD) selain mempunyai saiz hanya 9.9 milimeter dengan berat 350 gram.

Mahu dikenali dengan kehebatan dimiliki, MediaPad 7 Youth juga turut mempertingkatkan keupayaan dalam semua aplikasi hiburan termasuk kelajuan, kuasa, web, paparan definisi tinggi serta ketajaman audio.

Sesuai untuk remaja yang mementingkan kesempurnaan, tablet ini juga menyokong permainan video berskala tiga dimensi (3D) di samping sambungan akses tanpa wayar (WiFi) berkelajuan tinggi sehingga High Speed Packet Access (HSPA) 21 Mbps.

MediaPad 7 Youth yang dibina berdasarkan keperluan pengguna khususnya golongan remaja, ia menjanjikan pengalaman berbeza dengan pilihan kepelbagaian rangkaian HSPA dan juga sambungan WiFi.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan MediaPad 7 Youth, boleh mula berkunjung ke pengedar sah Huawei untuk dapatkan harga pengenalan RM 699 seluruh negara.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved