Jumaat, 11 November 2011

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Great Eastern sumbang beg sekolah

Posted:

Great Eastern sumbang beg sekolah

Great Eastern sumbang beg sekolah

SANDAKAN 11 Nov. - Great Eastern Life Assurance (M) Berhad hari ini menyumbang beg sekolah kepada 1,000 pelajar dari 21 sekolah rendah di Parlimen Batu Sapi sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.

Majlis penyampaian itu disempurnakan oleh Anggota Parlimen Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin dan Pengurus Komunikasi Korporat Great Eastern Life Assurance (M) Berhad Leong Pei Yee, di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib III, di sini.

Berucap pada majlis itu, Leong berkata, sumbangan beg sekolah itu merupakan antara komitmen pihaknya dalam membantu masyarakat tempatan melalui aspek pendidikan.

"Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan beban ibu bapa dalam membuat persediaan awal anak-anak masing-masing mengikuti sesi persekolahan akan datang serta memberi motivasi kepada pelajar," katanya.

Menurutnya, sebagai sebuah syarikat insurans terbesar di negara ini, Great Eastern komited untuk membantu usaha kerajaan memperbaiki kualiti kehidupan kanak-kanak yang tidak bernasib baik.

Katanya, menerusi projek prihatin jangka panjang syarikat itu, ChildrenCare, berjaya memberi sumbangan lebih RM1.7 juta kepada 170 rumah kebajikan kanak-kanak di seluruh negara.

Leong berkata, Great Eastern kini mempunyai 21 pejabat cawangan di seluruh negara, termasuk di Sandakan yang dibuka sejak Mac lepas untuk kemudahan pelanggan.

Bersempena pembukaan cawangan pejabat syarikat itu di daerah ini, pihaknya menyumbang RM10,000 kepada Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sandakan, katanya.

Dalam pada itu, Tsen berkata, inisiatif Great Eastern memberi sumbangan beg sekolah itu harus dicontohi syarikat swasta berstatus besar yang lain.

Katanya, syarikat insurans itu telah menunjukkan komitmen dalam menggalakkan rakyat negara ini menjalani hidup lebih baik dengan menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan, mempromosi gaya hidup sihat dan menjalin hubungan dengan masyarakat.

Menurutnya, Great Eastern juga secara konsisten membantu kanak-kanak kurang bernasib baik melalui pelaksanaan projek kemasyarakatan. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

SK Teruntum korban dua ekor lembu

Posted:

SK Teruntum korban dua ekor lembu

SK Teruntum korban dua ekor lembu


TAJUDIN Awang Merah (dua kanan) memberi penerangan kepada pelajar sekolah mengenai ibadah korban selepas menyembelih seekor lembu sempena ibadah itu di Sekolah Kebangsaan Teruntum, Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 11 Nov. - Sekolah Kebangsaan Teruntum di sini mengorbankan dua ekor lembu bagi meneruskan penghayatan erti korban serta melaksanakan ibadah amaliah yang dilakukan pada Hari Raya Aidiladha setiap tahun.

Guru sekolah tersebut, Tajudin Awang Merah berkata, ibadah itu juga dibuat bagi meneruskan amalan tradisi para nabi sehingga Nabi Muhammad SAW.

"Alhamdulillah, untuk Hari Raya Aidiladha tahun ini, seramai 14 guru bersepakat untuk melaksanakan ibadah korban dan akikah di sekolah ini.

"Daging dua ekor lembu yang dikorbankan dimasak untuk dihidangkan pada majlis yang kita adakan di sekolah ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas selesai menyembelih dua ekor lembu korban tersebut di sini baru-baru ini.

Tajudin berkata, selain memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail, ibadah tersebut juga dilaksanakan bagi melahirkan tanda syukur kepada Allah terhadap nikmat-Nya.

"Ibadah korban ini adalah kali kedua diadakan selepas kali pertama pada 2009 dan insya-Allah kita akan teruskan ibadah itu pada masa depan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


BN letak calon pilihan rakyat

Posted:

BN letak calon pilihan rakyat

BN letak calon pilihan rakyat

PUTRAJAYA 11 Nov. – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, BN mahu calonnya yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang bukan sahaja boleh menang tetapi juga merupakan pilihan rakyat.

Beliau berkata, pengumuman Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang tidak meletakkan had umur atau jumlah pernah menjadi wakil rakyat untuk menjadi calon, bertujuan memastikan calon yang bertanding nanti adalah mereka yang dikehendaki rakyat.

Menurutnya, perkara itu penting bagi memastikan bakal-bakal calon BN nanti tidak hanya berusaha memenuhi kehendak ahli parti tetapi juga permintaan rakyat di kawasan masing-masing.

"Saya juga berkeyakinan pengumuman Perdana Menteri mengenai kriteria calon BN semalam telah melenyapkan persepsi sebelum ini yang mengatakan yang tua tidak boleh menjadi calon.

"Oleh itu, saya berkeyakinan bahawa calon yang akan diketengahkan oleh BN untuk pilihan raya umum nanti adalah calon yang dikehendaki oleh rakyat," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Faktor logistik sukarkan undi di luar negara

Posted:

Faktor logistik sukarkan undi di luar negara

Faktor logistik sukarkan undi di luar negara

KUALA LUMPUR 11 Nov.- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, proses pengundian di kalangan rakyat Malaysia di luar negara sukar untuk dilaksanakan kerana kekangan dari sudut logistik.

Kata Perdana Menteri, ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menyediakan kemudahan pengundian melibatkan lebih 800 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dipertandingkan.

"Begitu pun kita tidak pernah menentang mengenai kemungkinan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia di luar negara mengundi.

"Cuma apa yang menjadi perhatian kita adalah kesukaran dalam proses perlaksanaannya," kata beliau selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada isu kebenaran mengundi di kalangan rakyat Malaysia di luar negara yang dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya hari ini.

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek ketika ditemui bagi mengulas perkara tersebut berkata, selain perlu menyediakan kemudahan mengundi untuk kira-kira 800 kerusi, kerajaan juga perlu memastikan wakil-wakil parti bertanding serta pemantau bebas berada di tempat membuang undi di luar negara.

Jika perkara itu gagal dilaksanakan kata beliau, tidak mustahil akan timbul isu baru daripada sudut kesahihan dan ketelusan proses pengundian tersebut.

"Kita juga tidak mahu isu ini nanti akan menimbulkan tohmahan kepada BN," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Mangsa dera ditemui 4 bulan selepas ditanam

Posted:

Mangsa dera ditemui 4 bulan selepas ditanam

Mangsa dera ditemui 4 bulan selepas ditanam

SEREMBAN 11 Nov. - Perbuatan kejam seorang lelaki mendera anak teman wanitanya berusia dua tahun sehingga mati sebelum menanam mayatnya di belakang rumah sewa mereka, empat bulan lalu, terbongkar apabila wanita itu melaporkannya kepada polis.

Dalam kejadian di Taman Kuang Tong di sini, Julai lalu, suspek bertindak demikian bertujuan menghapuskan bukti kekejaman yang dilakukan terhadap mangsa.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, rangka kanak-kanak malang itu ditemui pada Sabtu lalu iaitu kira-kira empat bulan selepas mayatnya ditanam.

Katanya, ibu mangsa tidak mampu menghalang perlakuan teman lelakinya selepas diugut malah dia juga dikurung di dalam rumah berkenaan.

"Namun segalanya terbongkar selepas wanita itu berjaya melarikan diri dari rumah tersebut, Jumaat lalu, sebelum membuat laporan polis.

"Bertindak hasil laporan itu, polis menyerbu rumah terbabit sebelum menemui rangka kanak-kanak di dalam lubang sedalam dua kaki (0.6 meter) di belakang rumah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Osman memberitahu namun ketika serbuan, suspek Khalid Redza Shuaib, 30, yang beralamat terakhir di No. 98, Taman Kwang Tong Off Jalan Cambell, telah melarikan diri.

Menurutnya, pasangan berkenaan menyewa di rumah itu sejak beberapa bulan lalu dan wanita itu mendakwa anaknya sering didera lelaki terbabit.

"Pada 3 Julai lalu, wanita itu mendakwa anaknya tiba-tiba nazak selepas didera sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

"Panik dengan keadaan itu, suspek menanam mayat kanak-kanak tersebut di belakang rumah yang disewa mereka pada waktu tengah malam hari yang sama," jelasnya.

Difahamkan, wanita itu tidak dapat meminta bantuan kerana dikurung di dalam rumah malah telefon bimbitnya juga dirampas oleh lelaki terbabit.

"Rangka kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk bedah siasat dan kita menunggu laporan bedah siasat berkenaan.

"Kita juga sedang mengesan teman lelaki wanita itu yang disyaki terlibat dalam kejadian ini," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan dan mengesan di mana suspek berada diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran untuk tujuan siasatan.

Full content generated by Get Full RSS.

Wanita bersuami jutawan Jepun ketakutan diugut bekas kekasih

Posted:

Wanita bersuami jutawan Jepun ketakutan diugut bekas kekasih

Wanita bersuami jutawan Jepun ketakutan diugut bekas kekasih

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Disebabkan selesa menetap di tanah air sendiri, seorang surirumah, Ooi Choon Yean, 45, enggan berhijrah ke Jepun setelah berkahwin dengan suami yang berasal dari negara matahari terbit itu sejak 16 tahun lalu.

Dalam tempoh tersebut, pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan cahaya mata itu sepakat untuk bergilir-gilir berulang-alik antara Malaysia dan Jepun sekurang-kurangnya sekali setahun bagi melepaskan rindu.

Pada mulanya, Choon Yean tiada masalah untuk setia terhadap suami yang merupakan bekas seorang pemaju hartanah yang kaya raya kerana lelaki itu memenuhi semua permintaan dan memanjakannya dengan wang ringgit.

Di kampung halamannya di Kulim, Kedah, Choon Yean tinggal bersama tiga anak hasil perkahwinan dengan suami pertama iaitu dua perempuan dan seorang lelaki masing-masing berusia 21, 25, dan 26 tahun.

Namun pada 2000, akibat sering berjauhan dengan suami, dia yang kesunyian akhirnya jatuh cinta dengan seorang lelaki sudah beristeri dua juga berasal dari Kulim.

Hubungan sulit terjalin selama 10 tahun itu membawa padah kepada Choon Yean kerana lelaki dicintai rupa-rupanya adalah seorang kasanova yang hanya mahu mengikis wangnya menyebabkan mangsa kerugian kira-kira RM700,000 termasuk kehilangan rumah apabila terpaksa digadaikan untuk mendapatkan wang bagi diserahkan kepada kekasihnya.

Lebih malang lagi, Choon Yean kini hidup dalam ketakutan kerana teman lelaki yang terkenal dengan gelaran '48' iaitu bermaksud penipu dalam bahasa Cina merupakan seorang ahli sindiket judi atau bookie mengugut mahu mencederakannya dan mendedahkan hubungan sulit mereka kepada suami jika enggan menyerahkan wang selepas dia bertindak memutuskan hubungan sejak empat bulan lalu.

Menurut Choon Yean, dia terjebak menjalin hubungan terlarang dengan lelaki terbabit kerana sikapnya yang pandai mengambil hati dan bermulut manis.

"Bekas teman lelaki mengambil kesempatan memikat saya apabila mendapat tahu saya bersuamikan lelaki kaya tetapi kesunyian kerana tinggal berjauhan dengan suami.

"Sepanjang 10 tahun bercinta, saya selalu memberi wang kepadanya, malah dia tanpa segan silu mencari rakan-rakan yang ada berhutang dengan saya dan menagih hutang tersebut untuk mendapatkan wang bagi kegunaannya sendiri," katanya pada sidang akhbar di pejabat Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Gerakan di Menara PGRM di sini hari ini.

Choon Yean berkata, dia mula menyedari tembelang kekasihnya itu pada tahun lalu apabila lelaki terbabit memintanya menjalani rawatan permanian beradas bersamanya untuk mendapatkan seorang anak bagi membolehkan mereka membolot harta suaminya.

"Dia tahu suami saya adalah orang kaya, manakala seorang abang dan adik lelaki suami yang tidak berkahwin juga mempunyai banyak harta.

"Jika mempunyai anak bersamanya, semua harta mereka akan diwariskan kepada anak tersebut yang kononnya hasil hubungan dengan suami," katanya sambil memberitahu dia menolak cadangan itu kerana menyedari ia berniat jahat.

Menurut Choon Yean, dia akhirnya hilang kepercayaan lalu bertindak memutuskan hubungan apabila lelaki terbabit sekali lagi menipu wangnya sebanyak RM38,000 pada empat bulan lalu apabila berjanji mahu membantu membebaskan anak perempuan bongsunya yang ditangkap polis kerana didakwa mengedar dadah.

Katanya, dia sudah empat kali membuat laporan polis meminta perlindungan dan siasatan dijalankan terhadap bekas teman lelakinya tetapi suspek masih lagi bebas dan mengugutnya sehingga kini.

"Sehubungan itu, saya minta pihak polis segera bertindak menyiasat laporan saya dan mengambil tindakan terhadap bekas teman lelaki yang mendakwa dirinya mempunyai rakan-rakan kongsi gelap dan kenal beberapa pegawai polis'," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Gerakan, Wilson Lau Hoi Keong berkata, pihaknya akan menulis surat kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Kulim dan Bukit Aman untuk memaklum serta mendapatkan perkembangan lanjut siasatan kes tersebut.

Beliau turut menasihatkan golongan wanita yang kesunyian agar jangan mudah terpedaya dengan lelaki kasanova seperti '48' kerana kes menimpa Choon Yean sudah banyak kali dilaporkan kepada biro tersebut sejak kebelakangan ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Peratus ponteng sekolah turun

Posted:

Peratus ponteng sekolah turun

Peratus ponteng sekolah turun

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
nahar.latib@utusan.com.my


Yahya Zainal Abidin (empat dari kanan) beramah mesra dengan sebahagian penerima hadiah Inovasi selepas Majlis Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pelajaran Pahang di Kuantan, kelmarin. - utusan/Mahathir Ali


KUANTAN 11 Nov. - Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) memandang serius masalah ponteng di kalangan pelajar sekolah negeri ini walaupun statistik menunjukkan gejala itu menurun setiap tahun.

Pengarahnya, Yahaya Zainal Abidin berkata, berdasarkan laporan statistik tahun lalu, sebanyak 0.59 peratus daripada kira-kira 250,000 orang pelajar didapati ponteng sekolah.

"Manakala bagi tahun ini pula ia menunjukkan penurunan iaitu 0.46 peratus sahaja ponteng. Ini jelas menunjukkan gejala ini setiap tahun menurun dan tidak serius," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pelajaran Pahang di sini semalam.

Katanya, walaupun masalah itu menunjukkan penurunan pada setiap tahun, pihaknya masih memandang serius dan mengambil pendekatan berkesan bagi mengurangkan kepada sifar ponteng.

"Antara pendekatan dilakukan adalah mengadakan pelbagai aktiviti serta program menarik minat mereka ke sekolah seperti inovasi terhadap kaedah pembelajaran di dalam kelas.

"Selain itu, JPNP mewujudkan Skuad Anti Ponteng yang disertai oleh polis, guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, punca utama masalah tersebut mempunyai kaitan dengan keseronokan pembelajaran di dalam kelas.

"Sebab itu, pentingnya inovasi kerana ia boleh menarik minat pelajar masuk ke kelas. Ramai di kalangan mereka yang ponteng dipercayai ada kena mengena dengan masalah pembelajaran," katanya.

Selain itu, katanya, punca lain yang turut menyumbang masalah tersebut mungkin disebabkan golongan itu kurang mendapat perhatian daripada keluarga terutamanya ibu bapa.

Full content generated by Get Full RSS.

Bekalan ubat mencukupi hadapi banjir

Posted:

Bekalan ubat mencukupi hadapi banjir

Bekalan ubat mencukupi hadapi banjir

KUANTAN 11 Nov. - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) melakukan persiapan rapi dan memberi jaminan, bekalan ubat dan darah mencukupi, sebagai persediaan menghadapi banjir yang dijangka melanda akhir tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Dr. Nooraini Baba berkata, sehingga kini, bekalan ubat mencukupi dan tidak pernah mengalami sebarang masalah.

"Pengurusan hospital juga bersiap sedia menyimpan stok darah dan bekalan ubat bagi menghadapi kemungkinan banjir," katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan JKNP, di sini semalam.

Menurutnya, seramai 849 petugas termasuk 91 pasukan dari 10 hospital dan 49 pasukan dari pejabat kesihatan daerah bersiap sedia membantu mangsa banjir.

Katanya, sebuah unit khas turut disediakan yang akan ditempatkan di klinik desa bagi mendapatkan rawatan awal dalam membantu mangsa banjir terbabit.

"Kita yakin, kerjasama petugas yang berpengalaman termasuk polis, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) membolehkan urusan semasa banjir berjalan lancar," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya menyenaraikan kes khas dari bulan ini sehingga Mac tahun depan bagi membolehkan pihaknya memantau golongan itu.

"Antara yang akan diberi perhatian ialah ibu mengandung, pesakit berisiko tinggi termasuk yang menghidap darah tinggi, kencing manis dan jantung," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Bukan tapak harimau di Kg. Temin - Perhilitan

Posted:

Bukan tapak harimau di Kg. Temin - Perhilitan

Bukan tapak harimau di Kg. Temin - Perhilitan

KUANTAN 11 Nov. - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang menafikan penemuan tapak kaki haiwan di Kampung Temin, Jerantut yang didedahkan penduduk di situ merupakan kesan tapak kaki harimau.

Pengarahnya, Khairiah Mohd. Shariff berkata, maklumat itu diperoleh selepas beberapa kakitangan Perhilitan Temerloh melakukan siasatan ke lokasi tersebut bagi mengenalpasti sama ada kesan tapak itu adalah harimau atau tidak.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatian dan tinjauan dilakukan oleh anggota Perhilitan, kesan tersebut bukan harimau, tetapi tapak kaki anjing.

"Kami tidak pasti sama ada ia anjing biasa atau liar. Bagaimanapun yang pasti ia bukan milik haiwan liar itu," katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan keselamatan 200 penduduk kampung itu ekoran penemuan kesan tapak binatang buas dipercayai harimau di kawasan kebun serta kolam ikan di kawasan tersebut.

Khairiah menjelaskan, pihaknya percaya kesan tapak kaki anjing itu kelihatan besar seperti tapak kaki harimau berikutan kawasan di situ becak selepas hujan.

"Kesan Tapak kaki haiwan itu pada mulanya mungkin kecil, tetapi akibat becak ia membesar dan kelihatan macam kesan tapak kaki harimau," katanya.

Justeru, beliau meminta para penduduk kampung terbabit supaya bertenang dan tidak panik kerana ia bukan harimau sebagaimana dibimbangi oleh mereka sebelum ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Peguam tidak puas hati jawapan pegawai perubatan

Posted:

Peguam tidak puas hati jawapan pegawai perubatan

Peguam tidak puas hati jawapan pegawai perubatan

SHAH ALAM 11 Nov. – Jawapan tidak ingat dan tidak pasti yang kerap diberikan oleh seorang pegawai perubatan semasa disoal balas dalam perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi telah menimbulkan rasa tidak puas hati seorang peguam bela dalam kes itu.

Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N. Pathmanabhan mempersoalkan jawapan Dr. Ahmad Hafizam Hasmi semasa saksi itu ditanya tentang apa yang berlaku ketika beliau membantu pasukan forensik polis membuat pencarian di Ladang Gadong pada 14 September 2010.

Sedangkan semasa disoal oleh pihak pendakwaan, saksi dapat mengingati semua perkara yang dilakukan semasa beliau ke Batu Pahat, Johor dan Seremban, Negeri Sembilan bagi mengambil contoh darah ibu Sosilawati dan ibu bapa seorang lagi mangsa sehari selepas itu.

Beliau yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini juga sebelum itu menceritakan apa yang dilakukan pada 21 dan 22 September 2010 apabila X-ray yang dibuat ke atas spesimen-spesimen kemungkinan besar tulang manusia di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

''Awak boleh ingat semasa pergi ke Batu Pahat dan Seremban pada 15 September tahun lepas dan mengenai pemeriksaan X-ray pada 21 dan 22 September, tetapi bila tanya tentang 14 September awak lupa. Ada orang suruh awak jangan beritahu apa berlaku pada 14 September?'' soal Manjeet.

Ahmad Hafizam, 32, yang merupakan saksi pendakwaan ke-70 bagaimanapun memberitahu, beliau tidak dapat mengingati semula apa yang berlaku pada hari tersebut dan bukannya diarah oleh sesiapa untuk tidak menceritakannya.

Semasa ditanya, katanya, beliau tidak ingat sama ada pihak polis memberi taklimat sebelum pencarian dibuat, siapa yang menjumpai sebarang objek serta berapa jam mereka berada di ladang itu.

''Tidak, memang saya tidak ingat, tidak boleh recall (mengingati) apa yang dijumpai di Ladang Gadong. Ada orang yang jumpa sesuatu tetapi saya tidak pasti apa (yang dijumpai),'' kata beliau.

Saksi itu turut menjelaskan, beliau mampu mengingati apa yang berlaku di Batu Pahat dan Seremban kerana beliau sendiri memantau pengambilan sampel darah, sedangkan peranan di Ladang Gadong, beliau hanya sekadar membantu.

Dalam kes ini, bekas peguam, Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Full content generated by Get Full RSS.

Saman Malay Mail RM50j

Posted:

Saman Malay Mail RM50j

Saman Malay Mail RM50j

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra hari ini menyaman akhbar Malay Mail dan pencetak akhbar tersebut serta dua yang lain untuk menuntut ganti rugi RM50 juta atas dakwaan memfitnah sehingga menjatuhkan reputasinya, tahun lalu.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan menerusi firma guaman Tetuan AS Dhaliwal di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

Saman tersebut berhubung artikel yang diterbitkan menerusi akhbar dalam talian di Malay Mail Online News Portal pada 5 Mei tahun lalu yang didakwa mengandungi tuduhan bermaksud sindiran beliau seorang yang tidak boleh dipercayai, penjenayah, pengkhianat dan tiada integriti.

Dalam pernyataan tuntutannya, Tengku Muhammad Fakhry menyatakan, ayat-ayat yang diterbitkan dalam artikel itu tidak benar, tidak berdasarkan sebarang bukti, merupakan makna yang direka ataupun khabar angin.

Menurut plaintif, ia antara lain membawa maksud beliau telah ditahan oleh polis untuk siasatan kes tembakan ke atas pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad.

Akibatnya, dakwa plaintif, artikel itu telah menyebabkan dirinya dibenci, dihina dalam kalangan kaum kerabat dan orang ramai sehingga membuatkan dirinya mengalami kegelisahan, tekanan mental dan jiwa.

Tengku Muhammad Fakhry menyatakan, beliau tidak mengambil sebarang tindakan sebelum ini kerana mahu mendapatkan keputusan Mahkamah Koroner yang ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Ramli.

Ramli, 51, meninggal dunia selepas 19 hari koma akibat ditembak di Palekbang, Tumpat ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bertugas di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan pada 1 Mei 2010.

Plaintif menyatakan, beliau tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah seperti yang didakwa dalam artikel yang disiarkan dan tidak pernah didakwa oleh polis dalam kes tersebut.

Sebelum tuntutan undang-undang itu difailkan, plaintif melalui peguamnya telah menghantar surat tuntutan bertarikh 22 Julai lalu untuk menuntut permohonan maaf dan ganti rugi RM50 juta akibat kerugian yang dialami.

Namun sehingga kini, dakwa plaintif, pihak defendan enggan menjawab surat tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Penduduk tunjuk perasaan

Posted:

Penduduk tunjuk perasaan

Penduduk tunjuk perasaan


SEBAHAGIAN petugas mencari dan menyelamat berusaha mencari mangsa-mangsa terperangkap dalam runtuhan bangunan akibat gempa bumi di Van, timur Turki semalam. - AP


VAN 11 Nov. - Polis antirusuhan melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan belantan untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang marah dengan kegagalan pihak berkuasa menyalurkan bantuan selepas gempa bumi kedua melanda timur Turki dalam tempoh tiga minggu, malam semalam dan mengorbankan 22 orang di bandar ini.

Dalam pada itu, pasukan penyelamat bertungkus-lumus mengesan mangsa gempa bumi sekuat 5.7 pada skala itu yang memburukkan penderitaan di wilayah yang majoriti penduduknya adalah etnik Kurdis, di mana lebih 600 orang terbunuh ketika gempa bumi kuat pada 23 Oktober lalu.

''Patutkah mereka melepaskan gas pemedih mata ke arah penduduk yang menanggung begitu banyak kesengsaraan?'' soal seorang penduduk, Abdulrahim Kaplan, 32, yang pergi ke sebuah pusat krisis bagi mendapatkan khemah apabila polis mula melepaskan gas pemedih mata.

Katanya, penduduk kini kesejukan dan terpaksa tidur di luar termasuk tujuh anggota keluarganya.

''Sesetengah orang mengambil lima khemah, ada yang mengambil 10 khemah dan yang lain tidak mendapat apa-apa. Ini salah," kata Kaplan.

Beribu-ribu keluarga berlindung di kem-kem sementara dalam keadaan suhu menurun ke bawah paras beku dengan ketibaan musim sejuk, tetapi kerajaan mendakwa bekalan khemah tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan mangsa.

Kira-kira 200 penunjuk perasaan menuntut gabenor wilayah meletak jawatan semasa protes berdekatan dua buah hotel di pusat bandar yang runtuh dalam gempa bumi terbaru itu.

Pasukan penyelamat terpaksa bekerja sepanjang malam bagi menyelamatkan 28 orang dari bawah runtuhan hotel-hotel itu, menurut satu kenyataan Pentadbiran Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD).

Dua daripada mangsa yang dibawa keluar, termasuk seorang kanak-kanak berusia 16 bulan, diterbangkan dengan ambulans udara ke sebuah hospital di ibu negara, Ankara.

Penyelamat menarik keluar dua anggota pasukan penyelamat dan bantuan Jepun dari bawah runtuhan Hotel Bayram hampir enam jam selepas gempa bumi itu berlaku.

Namun seorang daripadanya, Atsushi Miyazaki meninggal dunia kemudian di hospital manakala rakannya, Miyuki Konnai, yang dilaporkan terbunuh sebelum ini, terselamat dengan hanya mengalami kecederaan ringan. - REUTERS

Full content generated by Get Full RSS.

Wartawan Indonesia siar laporan palsu

Posted:

Wartawan Indonesia siar laporan palsu

Wartawan Indonesia siar laporan palsu

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

JAKARTA 11 Nov. - Demi ganjaran wang berjuta-juta rupiah, segelintir wartawan Indonesia didakwa sanggup menyiarkan laporan tidak tepat atau berat sebelah.

Bertambah parah, sebagai menjaga kepentingan pihak yang menawarkan suapan itu, wartawan-wartawan terbabit sanggup 'mereka cerita' termasuk isu-isu yang melibatkan politik, undang-undang dan ekonomi.

Amalan buruk itu didedahkan seorang wartawan yang hanya mahu dikenali sebagai Danu Pratama (bukan nama sebenar) kepada akhbar Jakarta Globe hari ini.

Danu yang sudah tujuh tahun bekerja sebagai wartawan berkata, dengan melakukan pekerjaan terkutuk itu, dia mampu mengaut upah antara 7.5 juta rupiah (RM2,623) sehingga ratusan juta rupiah.

Jelasnya, upah suapan tersebut mengambil kira sejauh mana kepentingan sesuatu isu itu didedahkan, sumber yang membiaya dan sebesar mana dakwaan mahu diperbesar atau dimanipulasi sama ada di media cetak atau elektronik serta media baru.

''Saya tidak melakukannya (menerima suapan) sendirian kerana jika hanya saya seorang, ia nampak terlalu ketara.

''Kebiasaannya, saya akan melakukannya bersama rakan-rakan lain. Semuanya lima wartawan dan saya bertindak sebagai koordinator dan berurusan dengan sumber yang memerlukan khidmat kami,'' katanya Danu sambil mendakwa kerja terkutuk itu turut diamalkan oleh wartawan organisasi media yang kononnya dianggap 'bersih' dan memiliki kredibiliti.

Sementara itu, pendedahan Danu turut menarik perhatian seorang wartawan kanan tempatan yang mengakui budaya 'menyogok' wartawan menjadi sebahagian daripada amalan dalam kerjaya kewartawanan di Indonesia.

''Bahkan, sesetengah pejabat kerajaan dan syarikat swasta menyediakan peruntukan kepada pihak media yang kononnya disebut sebagai 'elaun kenderaan'," kata Pengerusi Gerakan Wartawan Bebas Indonesia (AJI), Nezar Patria (gambar).

Dakwanya, pihak-pihak yang menyokong budaya negatif itu lazimnya memiliki senarai nama wartawan yang selalu membuat liputan acara mereka dan kumpulan wartawan terbabit dibayar antara 250,000 rupiah (RM87) hingga 1 juta rupiah (RM350).

''Kebiasaannya yang menerima wang itu terdiri daripada wartawan yang bekerja di organisasi media yang tidak memiliki kredibiliti atau syarikat yang menawarkan gaji kecil," dakwa Nezar. - Utusan

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Meneruskan momentum ETP

Posted:

Meneruskan momentum ETP

Meneruskan momentum ETP

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my

PENGUMUMAN sembilan projek baru di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bernilai RM2.5 bilion termasuk 12,027 peluang pekerjaan baru di pelbagai sektor oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin membuktikan inisiatif transformasi itu semakin berjaya.

Ditambah dengan empat projek yang diumumkan sebelum ini, 13 projek tersebut berjaya membawa masuk pelaburan bernilai RM5.85 bilion ke Malaysia.

Dengan perangkaan akan menjana RM8.68 bilion pendapatan negara kasar (GNI), perkembangan terbaru ETP itu juga bakal mewujudkan 16,092 peluang pekerjaan baru menjelang 2020.

Perdana Menteri juga mengumumkan tiga syarikat baru turut serta dalam pelaburan ETP negara iaitu IBM Corp., Toshiba dan Akamai Technologies.

IBM akan melabur sebanyak RM1 bilion bagi membangunkan pusat penyampaian global yang baru di Cyberjaya, Toshiba melabur RM268 juta bagi ibu pejabat operasi serantau dan Akamai Technologies akan bekerjasama dengan Telekom Malaysia bagi projek Netstorage bernilai RM390,000.

Projek-projek baru itu juga akan melibatkan sektor penjagaan kesihatan, perindustrian kimia-oleo, kandungan dan infrastruktur komunikasi, pertanian serta pembangunan teknologi sementara empat projek yang diumumkan sebelum ini melibatkan sektor minyak dan gas, kelapa sawit serta aero angkasa telah memasuki peringkat pelaksanaan.

Najib menjelaskan, sesetengah projek permulaan (EPP) mempunyai lebih daripada satu projek dengan keseluruhan 97 projek sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan di bawah ETP.

Pengumuman inisiatif terbaru di bawah ETP itu juga telah beberapa kali dibuat dengan setiap satu membawa perkembangan positif pelaburan, sumbangan GNI dan peluang pekerjaan baharu yang semakin meningkat sejak program transformasi tersebut mula diumumkan.

Sejak mula diperkenalkan pada Oktober 2010, ETP merekodkan sejumlah RM177.1 bilion nilai pelaburan dengan unjuran RM237.23 bilion pulangan GNI serta 389,263 peluang pekerjaan baru seterusnya menyangkal pendapat golongan tertentu bahawa inisiatif kerajaan itu tidak realistik dan mustahil untuk dicapai.

Semua ini merupakan perkembangan positif bagi mencapai sasaran mengubah Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dengan 97 projek dalam fasa pelaksanaan melibatkan pelaburan bernilai RM10 bilion telah dilaksanakan setakat ini.

Jumlah pelaburan itu merangkumi 64 peratus daripada sasaran pelaburan berjumlah RM15 bilion untuk tahun ini.

Perdana Menteri juga gembira dengan perkembangan positif selepas hanya 12 bulan pelancaran ETP di samping peningkatan keyakinan sektor swasta terhadap ekonomi negara yang semakin meningkat hasil tumpuan kerajaan kepada 12 bidang pertumbuhan utama.

Pelaburan sektor swasta pada separuh pertama 2011 dilaporkan meningkat sebanyak 23.4 peratus kepada RM51.2 bilion dan mengatasi pelaburan awam bagi tempoh yang sama.

Bagi pemerhati veteran hal ehwal ekonomi negara, Profesor Dr. Amir Baharuddin, inisiatif kerajaan melalui ETP sewajarnya disokong kerana nyata sekali semuanya demi kebaikan rakyat dan negara.

Walaupun kerajaan telah berjaya membawa masuk pelaburan besar dan peluang pekerjaan yang banyak, beliau menegaskan aspek persediaan menghadapi pelbagai kemungkinan tidak boleh diabaikan terutamanya jika boleh menjejaskan hasil dan pelaksanaan ETP.

"Lihat sahaja banjir di Thailand dan tsunami di Jepun. Kesannya telah 'melimpah' ke dalam ekonomi Malaysia.

"Kini harga emas terus naik serta masalah dihadapi matawang Euro dan Dollar Amerika juga mungkin memberi kesan negatif kepada perancangan ekonomi kita," ujarnya.

Beliau juga mengingatkan pihak yang terlibat dalam menasihatkan Perdana Menteri menyampaikan maklumat sebenar tanpa sebarang agenda agar keputusan kerajaan adalah yang terbaik untuk rakyat dan negara.

"Ekonomi kita terbuka kepada perubahan luar, lebih daripada ekonomi Jepun dan kerana itu kerajaan perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Gunakan pengalaman untuk menyesuaikan perancangan dan tindakan dengan keadaan semasa dan sudah pasti objektif ETP mampu dicapai dengan jayanya kelak," katanya.

Oleh itu, Amir menyarankan beberapa siri perancangan jangka pendek disediakan bagi menghadapi kebarangkalian perubahan peringkat global yang kini dilihat tidak stabil dan boleh memberi kesan negatif kepada ETP.

"Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai kebarangkalian yang berlaku di seluruh dunia?

"Pelaksanaan perancangan perlu disesuaikan dengan keadaan semasa dunia dan dalam perancangan jangka panjang sebegini kita perlu sentiasa bersedia," tegasnya.

Beliau juga berharap semua pihak mengambil kira apa yang difikirkan rakyat di peringkat akar umbi dan persoalan yang timbul di minda mereka.

"Siapa yang mendapat habuannya? Macam mana orang kecil mendapat manfaatnya? Bagaimana kesannya ke atas hutang negara?

"Apa jaminan perancangan tersebut tidak merosakkan ekonomi negara? Ini antara apa yang rakyat fikirkan bila menyebut tentang ekonomi negara, ekonomi rakyat jelata," katanya.

Sesungguhnya kerajaan terbukti mampu mencapai sasaran membawa masuk pelaburan dari dalam dan luar negara demi mengejar ekonomi negara maju menjelang 2020.

Namun, usaha untuk menjaga pelaburan dan peluang pekerjaan yang berjaya diperolehi kerajaan itu adalah lebih sukar terutama sekali jika berlaku perubahan mendadak di peringkat global.

Justeru, momentum dalam pelaksanaan ETP perlu dijaga rapi bukan sahaja dari sudut perolehan malahan dari sudut persediaan negara menghadapi sebarang kemungkinan dan pelaksanaan mengikut kesesuaian keadaan semasa.

Full content generated by Get Full RSS.

Apabila bersandarkan maklumat basi...

Posted:

Apabila bersandarkan maklumat basi...

Apabila bersandarkan maklumat basi...

Oleh Saranan Salleh

HARI ini Bank Dunia menerbitkan Laporan Pantauan Ekonomi untuk November 2011 yang menyentuh tentang kunci kepada kejayaan ekonomi Malaysia adalah keterangkuman (inclusiveness).

Tidak ada perkara-perkara baru yang dibentangkan dalam laporan itu. Misalnya untuk memperbaiki kemiskinan dan ketidaksamaan, kita kena mengamalkan dasar-dasar yang memperbaiki modal insan.

Ini termasuklah memberi peluang dengan menggalakkan penghijrahan pekerja ke tempat-tempat yang wujudnya peluang pekerjaan dan memberikan kelonggaran perkara berkaitan buruh, menggalakkan pendidikan di kawasan-kawasan yang kurang diberikan perhatian dan memperbaiki sistem latihan vokasional dan memperkukuhkan pembangunan kemahiran yang dipandukan oleh industri dan majikan.

Langkah seterusnya disebut adalah memperkukuhkan program keselamatan sosial supaya sampai kepada yang memerlukan.

Tidak ada apa yang baru hendak diketengahkan dan di kalangan perkara yang telah dibangkitkan, langkah-langkah sedang diambil untuk melaksanakannya. Bukan boleh dipetik untuk jadi begitu sahaja.

Memang tidak hairan kalau badan-badan seperti Bank Dunia ini gemar menerbitkan laporan-laporan yang sedikit sebanyak menanam bibit-bibit keraguan atas apa jua usaha yang ingin kita lakukan.

Laporan mereka selalunya disokong dengan butir-butir yang seolah-olah meneropong setiap helai dan lapisan dalam fabrik ekonomi kita. Di sinilah pihak penggubal dan pelaksana dasar-dasar kita tidak wajar tergugat dengan usaha mereka yang mungkin mempersoalkan satu persatu daripada usaha-usaha yang ingin kita lakukan.

Kita semua tahu tentang pelbagai program transformasi kerajaan yang sedang dirancang dan dilaksanakan serta kejayaan yang telah tercapai dan apa yang baik kita lakukan. Badan-badan dunia memang cepat mencari kelemahan-kelemahan untuk dihebahkan.

Mereka yang kurang memberikan perhatian teliti tentang apa yang berlaku boleh menghindarkan diri daripada melabur di negara kita ini malahan sektor swasta kita sendiri kalau bergantung kepada laporan-laporan yang melemahkan juga akan terpengaruh.

Kita wajar mempunyai suatu jabatan perhubungan awam (public relation) yang mampu menangkis laporan-laporan yang hanya untuk menimbulkan keraguan, misalnya walaupun kita mencapai 7.4 peratus (%) tetapi itu bersandarkan kepada asas yang lebih rendah dan sebagainya.

Jabatan ini wajar bersifat antarabangsa supaya mengumpul maklumat tentang negara kita dan bertindak menangkis perkara yang negatif secepat mungkin.

Kita juga wajar memantau ahli politik kita yang gemar menabur fitnah tentang negara kita supaya dapat menangkis fitnah mereka secepat mungkin. Kita mesti sedar tujuan pembangkang adalah menimbulkan keraguan atas setiap usaha yang dilakukan oleh kerajaan, semuanya tak ada yang baik kerana moto mereka pecah dan perintah dan segala institusi yang boleh ditimbulkan keraguan wajar diberikan tentangan. Lihat saja apa yang berlaku sekarang.

Justeru jabatan atau badan ini wajar bertindak seperti satu badan perisik supaya pihak tertentu tidak menggunakan maklumat yang sudah basi.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa

Malaysia).

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Memancing buat Qi tenang

Posted:

Memancing buat Qi tenang

Memancing buat Qi tenang

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar JEFFRI IRAN
Tajaan lokasi rotikaya.com


SAIZ sama ada besar atau kecil tidak penting buat Qi, sebaliknya kepuasan apabila umpan mengena dan ikan berjaya dinaikkan.


DAPAT ikan kecil pun jadilah," kata Qi Razali sambil ketawa semasa melihat hasil tangkapan setelah bersabar menunggu mata kailnya disentap ikan dalam hujan gerimis.

Tidak dinafikan, jejaka kelahiran Pulau Pinang ini mempunyai minat yang mendalam terhadap aktiviti memancing, lebih-lebih lagi jika banyak masa yang terluang.

Baginya, aktiviti tersebut sedikit sebanyak menenangkan jiwa.

"Kalau memancing ini, sekurang-kurangnya dapat juga melarikan diri daripada kesibukan dan hiruk-pikuk di kota. Bagi saya, setakat untuk bersantai, kalau datang ke tempat sebegini pun sudah cukup.

"Asalkan tempatnya tenang dan tidak ada perkara lain yang mengganggu," ujarnya ketika ditemui S3 di kolam memancing di Batu 9, Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Bagi pemegang watak Budi dalam drama rantaian Blogger Boy ini, kepuasan memancing bukanlah terletak pada hasil pancingan semata-mata.

"Kalau nak diikutkan, kepuasan memancing hanya dapat dirasai oleh pemancing itu sendiri.

"Kecil atau besar bukan ukuran sebab thrill memancing ini terasa apabila batang pancing kita disentap ikan.

"Masa itu, perasaan cemas timbul dan dalam masa yang sama, otot-otot yang lain akan turut tertumpu pada mata kail," jelas Qi sambil menyelak helaian novel yang dibacanya sambil menunggu umpannya mengena buat kali kedua.

Apabila memperkatakan tentang aktiviti masa lapangnya itu, Qi tidak dapat melupakan pengalaman ketika memancing ikan jenis layaran di Endau Rompin, Pahang, beberapa bulan lalu.

"Semasa itu, saya terpaksa bergelut untuk menaikkan ikan tersebut dalam tempoh lebih kurang 20 minit. Habis satu bot yang saya naiki itu terpaksa saya kelilingi bagi menjinakkan ikan layaran itu.

"Alhamdulillah, setelah beberapa rakan membantu, akhirnya dapat juga saya naikkan ikan seberat 26 kilogram itu," cerita pemilik nama penuh Qushairi Mohammed Razali ini penuh bersungguh.

Tambahnya, jika betul-betul ingin merasakan adrenalin pertarungan menaikkan ikan, bolehlah mencuba memancing di laut.

Selain itu, di kolam memancing yang dikunjungi Qi bersama S3 , terdapat juga satu kawasan yang menempatkan beberapa ekor rusa.

Kata jejaka berusia 34 tahun ini lagi, kebiasaannya jika sudah puas memancing dan mempunyai kesempatan, dia akan memberi makanan kepada rusa-rusa di situ.

"Kadang-kadang apabila dapat luangkan masa buat perkara sebegini, tenang rasanya. Kalau keadaan tenang dan nyaman macam ini, hilang segala masalah dalam kepala," ujar Qi sambil menghulurkan makanan kepada rusa yang menghampirinya.

Hos program baru

SELARI dengan minatnya terhadap aktiviti memancing, akhirnya Qi terpilih untuk menjadi pengacara sebuah rancangan memancing terbitan Homegrown yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Menurut Qi, dalam rancangan tersebut, dia bakal membawa penonton meneroka tempat-tempat memancing yang mampu menarik deria kaki-kaki pancing.

Namun dalam kesibukan Qi menjadi pengacara, dia mengakui 2011 merupakan tahun yang memenatkannya.

Tidak dinafikan, sejak memulakan langkah pertama menjadi pengacara untuk Destinasi Bajet pada tahun 2004, kini rezeki jejaka ini mencurah-curah.

"Kesilapan saya adalah tidak menyusun jadual dengan cekap menyebabkan saya tidak ada masa yang cukup untuk berehat.

"Insya-Allah, tahun hadapan saya akan pastikan pembahagian dan pengurusan masa saya lebih tersusun dan tidak terlalu padat.

"Sekurang-kurangnya dapat juga saya berehat. Risau juga sekiranya saya terlalu penat, nanti hilang pula momentum untuk muncul ceria ketika mengacara," jelasnya yang juga pengacara program Art Attack! di saluran Disney.

Full content generated by Get Full RSS.

Boling pilihan Najman sekeluarga

Posted:

Boling pilihan Najman sekeluarga

Boling pilihan Najman sekeluarga

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar AMIN FARIJ HASAN


NAJMAN bersama isterinya, Hawa dan anak, Amirul Akid sering meluangkan masa bermain boling bersama.


BAGI pendengar setia stesen radio Sinar FM, nama Najman Mohamed pasti membuatkan mereka teringat segmen Sinar Petang dan Seleksi.

Dalam kesibukannya sebagai seorang penyampai radio, Najman yang memiliki suara memukau ini tetap tidak melupakan masa lapangnya dengan memilih sukan boling.

Bertempat di Superbowl Ampang Point, Ampang, Selangor baru-baru ini, S3 berkesempatan meluangkan masa bersama Najman yang rupa-rupanya mempunyai pengalaman bermain boling selama 21 tahun.

Maka itu, tidak hairanlah apabila Najman yang berusia 41 tahun ini tetap hebat di gelanggang boling dan berjaya mencipta strike dalam setiap permainannya.

Apa yang mengagumkan tentang family man ini ialah apabila dia turut meluangkan masa di pusat boling itu bersama keluarga tercinta.

Mula meminati sukan boling seawal usia 17 tahun, dia mengakui sukan tersebut bukan sahaja menyihatkan badan, malah turut merapatkan hubungannya anak-beranak.

"Memandangkan isteri saya (Hawa Atan) dan anak-anak tinggal di Johor Bahru maka aktiviti sebegini sememangnya menjadi pilihan kerana ia dapat merapatkan lagi hubungan kami sekeluarga.

"Lagi pun aktiviti riadah yang dilakukan ini memang menyihatkan. Sekurang-kurangnya, keluar jugalah peluh," katanya lagi.

Selain itu, bagi anak kelahiran Johor Bahru ini, bermain boling memerlukan persediaan rapi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.

"Biasanya sebelum saya bermain boling, saya akan membuat senaman pemanas badan. Ini bagi memastikan badan kita bersedia sebelum membuat balingan.

"Selain itu, kalau mahu main boling, kita memerlukan ketenangan kerana senang untuk fokus kepada permainan. Barulah boleh mencipta strike nanti," ujarnya sambil menunjukkan cara balingan kepada anak lelakinya, Amirul Akid, yang turut sama bermain boling pada hari tersebut.

Menurut Najman, jika ada antara anak-anaknya yang mempunyai bakat dalam sukan boling, dia akan menggalakkan dan mahu bakat mereka digilap sebaiknya.

"Saya percaya dengan fokus, dedikasi dan disiplin, tidak mustahil kita dapat melahirkan bintang baru dalam sukan boling tanah air," katanya bersemangat sebelum meneruskan permainan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Ali adaptasi watak sekeliling

Posted:

Ali adaptasi watak sekeliling

Ali adaptasi watak sekeliling

rekreasi@utusan.com.my
Gambar AHMAD ZAKKI JILAN

Namun jika disebut nama Ali Nurazmal Md. Yusoff sebagai salah seorang komposer seni, pastinya ramai yang tertanya-tanya lagu dan melodi apakah yang beliau hasilkan.

Sebenarnya walaupun nama tugasan mereka sama, namun bidang seni yang mereka perjuangkan berbeza.

Ini kerana, bagi anak muda yang lebih mesra dipanggil Ali ini, beliau memperjuangkan genre figuratif dalam setiap karya yang dihasilkan.

Bezanya, karya beliau dihasilkan di atas kanvas dengan memaparkan pelbagai subjek yang berada di sekelilingnya.

Antara yang menjadi kegemaran beliau adalah wajah kanak-kanak yang kini menjadi sumber inspirasi utama untuknya berkarya.

Ali berkata, tingkah laku kanak-kanak yang comel menarik untuk diperhatikan, apatah lagi jika ia direkodkan dalam sesebuah lukisan.

"Menghasilkan sesebuah lukisan memerlukan kesabaran dan proses pemerhatian di sekeliling kita.

"Apa jua benda yang berada di sekeliling kita boleh digunakan sebagai subjek bagi sesebuah karya dan saya ambil setiap satu daripadanya untuk disusun bersama gambaran lain agar ia lebih menarik untuk diperhatikan," katanya kepada S3.

Kebanyakan karya Ali menceritakan mengenai perjalanan kehidupannya serta pengalamannya selama tiga tahun terbabit dalam kerja-kerja sebagai komposer seni muzik.

"Bagi saya, melukis ada irama yang tersendiri, malah melodinya juga perlu disesuaikan mengikut situasi masa kini supaya ia mudah untuk dinikmati ramai.

"Sebab itu, saya cuba gabungkan pelbagai kombinasi dalam menghasilkan karya," jelas Ali.

Beliau berkata, daya imaginasinya itu mampu menghasilkan karakter yang diadaptasi berdasarkan watak yang berada di sekelilingnya.

"Selain berkarya, saya suka hasilkan watak yang tersendiri dan saya berharap agar watak ini mampu menembusi pasaran luar negara suatu hari nanti.

"Saya juga berminat dengan bidang animasi, tetapi ilmu yang ada pada saya masih tidak mencukupi. Sebab itu, saya lebih berikan tumpuan kepada penghasilan karya berbentuk lukisan.

"Dari segi pemilihan subjek, seorang pelukis itu boleh menggunakan model yang berada di sekelilingnya, contohnya seperti juara lumba lari, Usin Bolt.

"Bagi saya watak beliau memberikan sumber imaginasi kepada saya sebab ia dipenuhi dengan tenaga positif," ujar Ali.

Daripada kanvas kosong, tidak ramai yang boleh menghasilkan karya yang cantik dan menarik untuk diperhatikan walaupun ramai di antara kita boleh melukis.

Begitu juga dengan Ali yang beranggapan tidak semua pelukis mudah dikenali kerana bidang seni yang diceburinya itu memerlukan ketekunan, kesabaran dan daya kreativiti yang tinggi, selain teknik dan pengetahuan dari segi bancuhan warna yang pekat.

"Setiap pelukis memerlukan latihan, disiplin dan strategi untuk melengkapkan pakej sebagai seorang pelukis.

"Saya ambil masa lebih 10 tahun untuk mencuba. Dari satu percubaan hingga ke ratusan percubaan dan ada yang saya gagal tetapi saya tidak pernah putus asa.

"Insya-Allah, saya akan kekalkan idea sedia ada dengan konsep yang saya hasilkan tetapi mungkin pengelolaan saya akan berubah mengikut keadaan dan perkembangan yang lebih dramatik," jelas Ali.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pusat kecemerlangan umat

Posted:

Pusat kecemerlangan umat

Pusat kecemerlangan umat

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@johor.com.my


DEWAN Pusat Tahfiz Darul Faqeh merupakan bangunan utama pusat tahfiz itu walaupun keadaan sekelilingnya masih belum siap.


SEGAMAT 10 Nov. - Pusat Tahfiz Darul Faqeh yang dibina dengan kos kira-kira RM2.5 juta dan dijadual beroperasi tahun depan bakal menjadi kebanggaan penduduk daerah ini.

Pembinaannya bermula pertengahan 2009 di kawasan seluas kira-kira 3.2 hektar di Bandar Segamat Baru mampu menempatkan 200 pelajar serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan prasarana.

Pusat itu merupakan pusat tahfiz pertama diilhamkan Hassan Mohd. Jadi iaitu anak kelahiran Paya Pulai, yang merupakan tokoh korporat berjaya di daerah ini.

Pusat tersebut diterajui Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Baharom Mohamad sebagai Penaung, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadot (Penasihat), bekas Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSM) negeri, Ayob Jantan (Pengerusi) dan Hassan sebagai ahli jawatankuasanya.

Walaupun Darul Faqeh belum siap sepenuhnya tetapi dewan utamanya telah digunakan untuk beberapa program, kelas dan kursus sejak 10 Ogos tahun lalu dan ia dirasmikan Mufti Johor, Datuk Mohamad Tahrir Shamsudin.

Antara program yang diadakan adalah majlis muzakarah tokoh-tokoh ulama, maulid dan qasidah dan ceramah agama yang disampaikan Habib Thohir Mohammad Al-Haddad dari Yaman dan Noh Gadot.

Menurut Ayob, visi mereka untuk melahirkan generasi al-Quran sebagai teras pembangunan dan kesejahteraan ummah dalam era globalisasi yang serba mencabar, manakala misi pula ialah menyusun usaha strategik bagi mewujudkan pelajar yang menguasai kemahiran ilmu al-Quran dan berketerampilan akhlak terpuji.

Beliau berkata, objektif penubuhan Darul Faqeh untuk melahirkan tahfiz al-Quran yang berkualiti sebagai teras kepada ulama yang muktabar.

"Mata pelajaran bersepadu dilaksanakan iaitu Kurikulum Dinniyah dan Kurikulum Akademik. Kurikulum Dinniyah meliputi 13 mata pelajaran antaranya Tahfiz, Tajwid, Adab al-Quran, Tarannum, Dhabatul Quran dan Bahasa Arab.

"Kurikulum Akademik pula mempunyai tujuh mata pelajaran antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan komputer," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau memberitahu, konsep atau asas pengajian di pusat tersebut menggunakan tiga bahasa pengantar iaitu Arab, Melayu dan Inggeris melibatkan tiga bidang utama iaitu akademik, al-Quran dan kemahiran.

"Bidang akademik dan al-Quran berteraskan Sunah Waljamaah, manakala kemahiran pula berasaskan kepada kemahiran tani, bengkel, pertukangan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"Bidang kokurikulum pula berasaskan kemahiran komunikasi dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti masyarakat melibatkan fardu kifayah seperti kematian, perkahwinan dan majlis-majlis keagamaan," katanya.

Menurutnya, terdapat juga kelas pengajian umum bagi penduduk setempat yang ingin mendalami Islam dan pengajian bersandarkan kitab tertentu diadakan setiap Sabtu dan Ahad.

Kursus-kursus kemahiran membaca al-Quran juga akan diadakan setiap cuti penggal persekolahan khusus disasarkan untuk pelajar sekolah.

"Darul Faqeh juga menyediakan ruang dan kemudahan kepada individu, golongan dewasa dan warga emas menghafal al-Quran atau memahami ilmu berkaitan dengannya," katanya.

Beliau percaya pusat itu akan menjadikan Segamat sebagai hab pendidikan bercirikan Islam dan melahirkan pelajar Islam yang progresif sesuai dengan tuntutan semasa.

Full content generated by Get Full RSS.

Perlu RM1.5 juta siapkan pusat tahfiz

Posted:

Perlu RM1.5 juta siapkan pusat tahfiz

Perlu RM1.5 juta siapkan pusat tahfiz

SEGAMAT 10 Nov. - Pusat Tahfiz Darul Faqeh yang kini siap 40 peratus masih memerlukan dana kira-kira RM1.5 juta untuk menyiapkan keseluruhan pembinaannya.

Pengerusinya, Ayob Jantan berkata, dana itu amat diperlukan bagi menyediakan kemudahan dan prasarana untuk kegunaan serta keselesaan pelajar.

"Kos keseluruhan Darul Faqeh ialah RM2.5 juta dan ketika ini kita hanya mempunyai RM1 juta dan ia sudah digunakan untuk pembinaan dewan utamanya yang siap pertengahan tahun lalu.

"Sebanyak RM1.5 juta lagi diperlukan antaranya untuk kerja-kerja menurap jalan masuk dan jalan dalam pusat ini dengan kos RM180,000, pembinaan padang permainan dan pusat rekreasi (RM160,000) dan tiga blok kuarters guru (RM300,000)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Selain itu, kantin dan dewan makan memerlukan RM150,000, landskap dan perparitan (RM40,000) serta perabot, peralatan dan kelengkapan pejabat (RM80,000), katanya.

Ketika ini Darul Faqeh juga masih tidak mempunyai bekalan elektrik dan hanya menggunakan janakuasa untuk mendapatkan bekalan elektrik.

Beliau memberitahu, kira-kira RM40,000 diperlukan untuk kos pemasangan tiang serta kabel elektrik dan permohonan bagi tujuan itu sudah diluluskan Tanaga Nasional Berhad (TNB).

"Darul Faqeh juga masih tidak memiliki bekalan air daripada Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH) dan apa yang kami gunakan ialah tangki air sementara dengan kos RM7,000," ujarnya.

Ayob berkata, adalah menyedihkan kerana pusat tersebut masih tidak mempunyai pagar, jalan tidak berturap dan dewan utama itu kini telah mula digunakan untuk pelbagai aktiviti.

Pusat itu juga memerlukan kemudahan pengangkutan kerana lokasinya yang agak terpencil dari kawasan bandar dan yang ada hanya sebuah van terpakai.

Beliau berharap mana-mana individu dan badan korporat khususnya umat Islam agar dapat memberi sumbangan dan bantuan untuk meningkatkan kemudahan di Darul Faqeh.

Bagi mereka yang berhasrat menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam atas nama Pusat Tahfiz Darul Faqeh dengan nombor akaun 010780018991.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Ayob 012-7162990 atau bendahari pusat tersebut, Samsi Ujir di 013-7513020.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved