Jumaat, 11 November 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Curi air: Bengkel kereta diserbu

Posted:

Curi air: Bengkel kereta diserbu

Curi air: Bengkel kereta diserbu

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my


Seorang kakitangan Sains memotong sambungan haram yang dilakukan oleh sebuah bengkel kereta di Bandar Seremban Selatan di sini, kelmarin.


SEREMBAN 10 Nov. – Sebuah bengkel kereta diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) selepas disyaki menjalankan kegiatan mencuri air di Bandar Seremban Selatan, dekat sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari itu, pengusaha terbabit didapati telah melakukan penyambungan air secara haram untuk kegunaan aktiviti perniagaannya.

Pengurus Khidmat Pelanggan & Hal Ehwal Awam Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, operasi yang disertai sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Penguatkuasaan Sains bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) itu dijalankan hasil risikan serta maklumat yang diterima daripada orang awam.

''Hasil pemeriksaan, kami mendapati premis berkenaan telah menggunakan paip jenis Unplasticized Polyvinyl Chloride (UPVC) bersaiz 15 milimeter yang disambungkan secara haram ke paip utama milik Sains.

''Air yang diperolehi melalui penyambungan tersebut didapati digunakan bagi menjalankan aktiviti perusahaan selain disambungkan ke tandas dan sinki premis terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Azlan, pihaknya juga telah menjalankan ujian klorin dan mendapati air yang dicuri itu sememangnya merupakan air terawat milik Sains.

''Paip yang digunakan untuk membuat penyambungan itu turut disita untuk dijadikan sebagai bahan bukti kes," ujarnya.

Katanya, satu notis pemberitahuan kesalahan telah dikeluarkan terhadap pemilik premis terbabit.

''Pengusaha itu bakal berhadapan dengan tindakan pendakwaan di bawah Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (AIPA) 2006.

''Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sebanyak RM100,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali," tegas beliau.

Tambahnya, Sains akan menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan individu yang terlibat dengan kegiatan haram itu dihadapkan ke muka pengadilan.

''Pihak kami amat menghargai bantuan orang awam dalam membendung kegiatan haram ini yang turut membabitkan bukan sahaja kes komersial, malah dalam kelompok domestik," ujarnya.

Azlan turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan sebarang kes kecurian air dengan menghubungi talian bebas tol Sains iaitu 1-800-88-6982.

Full content generated by Get Full RSS.

ADaP bantu tingkat pencapaian akademik

Posted:

ADaP bantu tingkat pencapaian akademik

ADaP bantu tingkat pencapaian akademik


Para pelajar SK Telok Berembang memegang akhbar Utusan Malaysia serta menunjukkan isyarat 1Malaysia selepas perasmian ADaP di Lubok China, Melaka semalam.


ALOR GAJAH 10 Nov. – Pengisian Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) Utusan Malaysia sesuai dijadikan sebagai sokongan akademik, khususnya kepada murid sekolah rendah menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Berembang, Lubok Cina, Mohtar Abu Bakar berkata, ADaP boleh menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mudah difahami.

Menurutnya, isi kandungan dalam sisipan itu banyak membantu murid-murid sekolah melengkapkan diri mereka sebelum menghadapi UPSR setiap tahun.

Beliau berkata, selain ADaP, beberapa sisipan lain dalam Utusan Malaysia seperti e.Lab, Tutor, Estidotmy serta akhbar Utusan Melayu Jawi Mingguan boleh dijadikan bahan pilihan utama untuk membantu para pelajar menggunakan sisipan pendidikan dengan sebaik mungkin.

''Saya memang menggalakkan ibu bapa untuk membeli akhbar Utusan Malaysia kerana ia bukan sahaja sebagai bacaan santai orang dewasa tetapi sisipan yang terdapat di dalamnya dapat dimanfaatkan oleh anak-anak sebagai tambahan pembelajaran.

''Apabila HSBC Amanah Takaful (Malaysia) memilih SK Telok Berembang untuk menaja akhbar Utusan Malaysia selama setahun, sayalah orang paling gembira," katanya.

Beliau ditemui pada majlis penyerahan penajaan akhbar Utusan Malaysia oleh Pengarah Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif HSBC, Zainuddin Ishak di SK Telok Berembang, Lubok Cina di sini, hari ini.

SK Telok Berembang adalah antara lima buah sekolah di negeri ini menerima penajaan 25 naskhah Utusan Malaysia setiap Isnin, Selasa dan Rabu selama setahun.

Mohtar berkata, melalui penajaan itu, murid-murid sekolah sudah boleh menjadikan sisipan ADaP sebagai bahan rujukan di samping mereka boleh menjadikan Utusan Malaysia sebagai bacaan santai.

''Saya telah meminta guru-guru untuk membantu murid-murid menggunakan sisipan ADaP sebagai bahan bacaan dan rujukan untuk dikongsi sesama mereka," katanya.

Beliau yakin ADaP dapat membantu murid-murid yang akan menghadapi UPSR dan mencapai keputusan yang memberansangkan selain untuk meningkatkan kualiti di kalangan mereka.

Katanya, SK Telok Berembang berada pada kedudukan ke-23 sebagai sekolah rendah terbaik peringkat negeri dari segi pencapaian akademik dan keempat di daerah Alor Gajah.

Full content generated by Get Full RSS.

Kedap sinarkan pendidikan warga dewasa Orang Asli

Posted:

Kedap sinarkan pendidikan warga dewasa Orang Asli

Kedap sinarkan pendidikan warga dewasa Orang Asli


Mohamad Hasan (tengah) bersama sebahagian masyarakat Orang Asli menunjukkan isyarat 1Malaysia selepas majlis penyampaian Sijil Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Pribumi (Kedap) Peringkat Negeri Sembilan 2011 di Jelebu, semalam.


JELEBU 10 Nov. – Sifat malu diketepikan dan usia juga bukan penghalang untuk sekumpulan masyarakat Orang Asli bergelar insan berilmu selepas mereka menamatkan pengajian kelas orang dewasa di sini, hari ini.

Kesungguhan mereka itu mendapat pengiktirafan selepas 568 orang pelajar dewasa masyarakat Orang Asli menerima sijil Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Pribumi (Kedap) daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Sekolah Kebangsaan Putra, di sini.

Menurut seorang penerima, Muzakila Senang, 31, dia berbangga kerana pada usia sebegini, masih ada peluang untuknya belajar membaca, mengeja dan mengira melalui Kedap, sekali gus menolak tanggapan golongan ini terpinggir dalam arus pendidikan negara.

''Hari ini saya mampu membaca dan menulis. Kini orang dewasa seperti kami tidak lagi buta huruf, malah sudah boleh mengajar dan memahami apa yang anak-anak kita belajar di sekolah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, rakannya Milah Asik, 39, pula berbangga kerana dalam tempoh tujuh bulan, dia kini sudah boleh mengeja dan menulis dengan baik.

''Kalau dahulu saya berurusan di bank, perlu meminta bantuan orang lain mengisi borang, tetapi sekarang tidak lagi kerana saya sudah mampu menulis sendiri. Kedap banyak membantu masyarakat kami keluar daripada kepompong buta huruf," ujarnya.

Mohamad dalam pertemuan dengan pemberita selepas itu menjelaskan, program Kedap ini merupakan inisiatif kerajaan untuk memastikan masyarakat Orang Asli mendapat pendidikan berkualiti.

''Apabila Kedap dilaksanakan sejak 2008, kini bilangan buta huruf di kalangan orang dewasa masyarakat Orang Asli kian berkurangan, malah ia menjadi semakin baik apabila sambutan begitu menggalakkan," ujar beliau.

Tegasnya, sehingga kini hanya 10 buah sekolah di negeri ini menawarkan program Kedap dan ia akan ditambah selepas menyaksikan minat dan kejayaan luar biasa di kalangan mereka.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved