Jumaat, 11 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Tiga saranan untuk belia tingkatkan integriti diri

Posted:

Tiga saranan untuk belia tingkatkan integriti diri

Tiga saranan untuk belia tingkatkan integriti diri

PUTRAJAYA 10 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan tiga saranan kepada golongan belia untuk meningkatkan integriti diri selaras dengan peranan mereka sebagai pemimpin dan peneraju negara pada masa hadapan.

Saranan pertama beliau ialah golongan belia perlu menjadikan Instiut Integriti Malaysia (IIM) sebagai lokasi dan pusat rujukan dalam isu berkaitan integriti.

Kata beliau, memandangkan Agenda Integriti Nasional merupakan agenda penting kerajaan, ia tentu dapat menjana pelbagai bentuk kerjasama seterusnya memberi sumbangan tenaga, idea dan fikiran ke arah pembudayaan integriti di kalangan rakyat.

''Saranan seterusnya ialah sebagai pemimpin belia dan pemimpin muda, semua inisiatif dan program yang dirancang untuk ahli dan organisasi seharusnya memberi penekanan ke arah pembangunan sahsiah dan jati diri belia kerana negara sentiasa memerlukan generasi muda yang berkredibiliti tinggi, berdaya saing dan mampu menerajui kepimpinan negara.

''Ketiga, kepimpinan belia perlu lebih sensitif dengan naluri, kehendak dan keperluan ahli. Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia mendapati 65 peratus program yang dianjurkan oleh persatuan belia adalah tidak menarik.

"Ia suatu mesej dan sekaligus memberi cabaran kepada mereka untuk melakukan sesuatu anjakan," katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Konvensyen Integriti Nasional bertemakan 'Pelan Integriti Nasional: Peranan Generasi Muda' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.

Dalam pada itu, Muhyiddin mahu organisasi belia di dalam negara sentiasa sensitif terhadap budaya masyarakat Malaysia.

Serentak itu, beliau meminta semua pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta merangka aktiviti belia yang substantif dan bersesuaian dengan acuan budaya masyarakat negara ini.

Full content generated by Get Full RSS.

LIMA 2011 terbesar sejak diperkenal

Posted:

LIMA 2011 terbesar sejak diperkenal

LIMA 2011 terbesar sejak diperkenal

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Lt. Jen. Datuk Ackbal Abdul Samad (TUDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Dr. Ismail Ahmad (kiri) ketika melawat bilik media di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri selepas mempengerusikan mesyuarat kedua bajet LIMA 2011 di Kuah, Langkawi, semalam.


LANGKAWI 10 Nov. – Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 dari 6 hingga 10 Disember ini merupakan yang terbesar sejak pameran dwitahunan itu diperkenalkan pada 1991.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 403 syarikat pempamer dari 35 buah negara menyertai pameran kali ini yang menyaksikan peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding edisi lalu.

Beliau berkata, kehadiran pesawat dari luar negara pada LIMA 2011 pula meningkat lebih dua kali ganda berbanding penganjuran dua tahun lalu dari 11 kepada 26 buah manakala lawatan kapal perang tentera laut luar negara bertambah dari 10 kepada 12 buah kapal.

'Kementerian Pertahanan telah merancang dan mengubah strategi sejak awal lagi untuk memaksimumkan impak LIMA sebagai persada perniagaan yang berkesan.

"LIMA 2011 bakal menjadi edisi terbaik yang pernah dianjurkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat kedua bajet LIMA 2011 di Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) di sini hari ini.

Beliau kemudian meninjau tapak pameran di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini. Hadir sama Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

LIMA yang memasuki edisi ke-11 tahun ini mengekalkan lokasi sama iaitu segmen udara di MIEC dan demonstrasi statik air di Awana Porto Malai di sini.

Ahmad Zahid berkata, seramai 404 delegasi mewakili angkatan tentera dan industri pertahanan dari 57 buah negara telah dijemput untuk menghadiri pameran kali ini.

Kata beliau, sebanyak 86 peratus daripada ruang pameran keseluruhan LIMA 2011 telah ditempah dan dijangka habis sebelum pameran itu bermula.

Menurutnya lagi, lebih 80,000 pengunjung perdagangan dan awam dijangka menghadiri LIMA 2011 yang akan menjana pulangan pelancongan melebihi RM150 juta di samping pemeteraian kontrak dan memorandum persefahaman (MoU) yang besar.

"Apa yang penting bukan nilai perjanjian tetapi penyertaan khususnya dari negara serantau. Kita turut menampilkan kelainan pada edisi kali ini seperti membawa pesawat komersial dan tentera serta persembahan pasukan pertunjukan udara yang dikendalikan oleh juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)'' ujar beliau.

Pameran di MIEC dibuka kepada tetamu kerajaan dan pelawat perdagangan dari 6 hingga 8 Disember manakala bagi pengunjung awam, pameran akan dibuka pada 9 dan 10 Disember dengan caj masuk sebanyak RM10.

Pameran statik, demonstrasi kapal dan bot di Awana Porto Malai dibuka kepada semua pelawat sepanjang LIMA 2011 berlangsung.

Antara pesawat yang bakal dipamerkan ialah pesawat pejuang F-18 Super Hornet, Eurofighter Typhoon, Rafale dan pesawat TUDM Sukhoi SU-30 sementara di bahagian maritim pula termasuk kapal pemusnah USS Curtis Wilbur dari Amerika Syarikat serta ROKS Gang GamChan dari Korea.

Full content generated by Get Full RSS.

Agong lawat Melaka hari ini

Posted:

Agong lawat Melaka hari ini

Agong lawat Melaka hari ini

MELAKA 10 Nov. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah akan berangkat mengadakan lawatan rasmi sehari ke Melaka esok.

Seri Paduka berdua dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam di sini kira-kira pukul 9.45 pagi dan akan disambut oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob serta isteri, Toh Puan Zurina Kassim.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Seri Paduka berdua bersama Yang Dipertua Negeri serta isteri kemudiannya akan berangkat menyempurnakan majlis perasmian Masjid Sayyidina Abu Bakar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal di sini.

''Yang di-Pertuan Agong akan menyampaikan titah ucapan pada majlis tersebut dan menandatangani plak perasmian sebelum menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di masjid tersebut," katanya di Seri Bendahara di sini semalam.

Selepas solat Jumaat, katanya, Seri Paduka dan Permaisuri Agong akan berangkat ke Tanjung Kling bagi menyempurnakan majlis perasmian Hotel Pantai Puteri kira-kira pukul 4.45 petang.

''Pada sebelah malam pula, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah akan berangkat menghadiri majlis Santapan Menjunjung Kasih di Hotel Rennaisance di sini," katanya.

Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan berangkat pulang keesokannya dan berlepas dari LTAM kira-kira pukul 10.30 pagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved