Jumaat, 20 September 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Bukan kehilangan besar'

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Tengku Mahaleel Tengku Ariff (kanan) dan Tan Aik Mong menjelaskan kepada media mengenai peletakan jawatan jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek pada sidang akhbar di pejabat BAM, Bukit Kiara semalam. - UTUSAN/Ghazali Basri

KUALA LUMPUR - Biarpun sudah 10 tahun Rashid Sidek membimbing skuad kebangsaan, namun Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff tidak menganggap tindakan jurulatih itu meletak jawatan sebagai satu kehilangan besar.

Malah, Mahaleel dalam sidang akhbar semalam turut mengeluarkan semua statistik pencapaian pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1996 itu sepanjang menjadi jurulatih kebangsaan dengan menganggap ia tidaklah sebagus mana.

"Ia bukan kehilangan besar. Data telah membuktikan prestasi jurulatih, hanya mereka yang boleh diharap sahaja mampu mencapai sasaran baharu yang kami tetapkan. Kalau pemain yang dilatihnya hanya menang 30 ke 40 peratus perlawanan mana boleh jadi juara," katanya dalam sidang media di pejabat BAM semalam.

Katanya lagi, badan badminton negara itu kini menekankan tentang prestasi jurulatih, dan selepas mengkaji data yang dikeluarkan oleh BAM, beliau mendapati pemain yang berada di bawah jagaan Rashid, kecuali Datuk Lee Chong Wei hanya menang ke atas pemain dari negara bukan hebat dalam sukan badminton.

"Apa yang mustahak sekarang ini bukan individu, ia adalah untuk negara dan pasukan kita. Jika dia (Rashid) dakwa tidak boleh bekerja dengan orang lain, sekarang saya pula hendak menjawab saya tidak kenal dia, saya tidak pernah jumpa dia. Dia seolah seperti tidak ada masa untuk bercakap dengan saya.

"Ada sekali dia bertembung dengan saya, itupun dia hanya mengucapkan 'helo' sambil berlalu begitu sahaja.

"Memang ia bukan satu kehilangan besar kepada BAM kerana kami juga telah bawa masuk Razif Sidek. Memang dia (Razif) bukan jurulatih tetapi dia akan bantu jurulatih dengan menekankan corak yang berbeza," katanya.

Rashid, wira yang membantu Malaysia menjulang Piala Thomas 1992 mula menyertai BAM pada 2003 dengan bertindak sebagai pembantu abangnya, Datuk Misbun Sidek.

Dia menghantar surat perletakan jawatan kelmarin dengan alasan tidak boleh bekerjasama di bawah pengurusan baharu.

Dalam pada masa, Tengku Mahaleel turut mempersoalkan tindakan Rashid menandatangani kontrak bersama kelab Liga Badminton India, Delhi Smashers selama setahun sedangkan dia mempunyai kontrak bersama BAM dari Januari 2013 hingga Disember 2014.

"Sama ada perkara ini benar atau tidak tetapi ia keluar dalam satu kenyataan oleh media India pada tarikh 19 Julai iaitu sebelum saya menjadi presiden lagi.

"Artikel tersebut menyatakan bahawa Rashid telah menandatangani kontrak selama setahun bersama Delhi Smashers. Adakah anda (media) terkejut? Sekarang ini kita ludah ke muka dia, atau dia ludah ke muka kita?

"Macam mana seseorang itu mempunyai kontrak dengan Malaysia tetapi menandatangani kontrak lain dengan pasukan di luar negara.

"Adakah perkara ini masuk akal, jika dia menandatangani kontrak dengan pasukan lain habis itu pemain yang di sini (Malaysia) macam mana pula? Kalau dalam undang-undang ia seperti melanggar kontrak," katanya.

Tengku Mahaleel bagaimanapun gagal memberi jawapan yang jelas ketika ditanya mengapa beliau hanya menimbulkan isu penyertaan Rashid dengan kelab India tersebut sekarang, iaitu sehari selepas jurulatih itu meletakkan jawatan, sedangkan berita tersebut telah disiarkan lebih dua bulan lalu.

Beliau sebaliknya cuma menjelaskan, Rashid masih mempunyai kontrak dengan BAM dan telah melanggarinya.

"Tahun depan kita akan menghadapi Piala Thomas, Kejohanan Dunia, Sukan Asia dan Sukan Komanwel tetapi jika kita melatih pasukan lawan, segala rahsia akan terbongkar.

"Jika berada dalam syarikat perkara ini memang satu isu yang serius," katanya sambil turut menegaskan, semua kenyataan yang dikeluarkan Rashid dalam akhbar kelmarin adalah tidak benar.

Kelmarin, Rashid mendedahkan bahawa kesukaran untuk menerima cara kerja pengurusan baharu BAM menjadi punca utama dia meninggalkan skuad kebangsaan.

Katanya, semua jurulatih berasa seperti diperlekehkan dan tidak dihormati oleh beberapa orang kepercayaan Presiden yang diberi terlalu banyak kuasa untuk mencampuri urusan latihan.

Akhirnya kita jadi juara

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Skuad elit negara menunjukkan kebangkitan luar biasa untuk menebus tiga kekalahan berturut-turut kepada Korea Selatan, malah membenam lawan, dua kali dalam tempoh sehari pada perlawanan akhir antara regu dan Kumpulan B berpasukan Kejohanan Dunia Sepaktakraw Piala Raja Thai Ke-28, semalam.

Paling membanggakan ialah kejayaan Sahidan Md. Ali, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam membalas dendam terhadap juara Siri Super 1 Istaf, Park Hyun Geun, Kim Young Man dan Jeong Won Deok 3-0 (15-10, 17-16, 15-12) untuk meraih gelaran regu di Plaza Central, Udonthani, Thailand.

Kekalahan Malaysia di New Delhi, 1 September lalu selain acara beregu dan antara regu Kumpulan A di Udonthani, Isnin lalu turut ditebus dalam acara berpasukan untuk menang 2-1, sekali gus mara ke separuh akhir hari ini, menentang Indonesia.

Regu A kita, Ahmad Aizat Mohd. Nor Azmi (Sahidan), Norshahruddin dan Mohd. Syazreen Qamar Salehan mengorak langkah kanan dengan 15-9, 17-15 sebelum mata kemenangan dipastikan Tunku Noor Azwari Tunku Ishak (Mohamad Fazil Mohd. Asri), Mohd. Kamal Alfiza Shafie dan Farhan Adam, 10-15, 16-14, 16-14.

Namun regu terakhir yang membariskan Muhammad Syahmi Husin, Mohd. Hanafiah Dolah (Nazirul Akmal Abd. Rahman) dan Amirul Zazwan Amir kalah 11-15, 13-15.

Hanya Malaysia dan Korea Selatan yang tinggal dalam Kumpulan B berpasukan manakala Myanmar dan Iran dikatakan menarik diri.

Kekalahan Korea sebaliknya membawa mereka menempah satu lagi pertemuan separuh akhir hari ini dengan juara bertahan, Thailand yang menewaskan mereka 2-1 pada final tahun lalu.

Kali terakhir Malaysia menjulang Piala Raja Thai (berpasukan) ialah pada 1988 di bawah bimbingan Haris Abdul Rahman dengan menewaskan tuan rumah 2-0.

Keempat-empat pasukan terbaik dunia daripada Divisyen Perdana ini, turut menjadikan Piala Raja Thai pemanas badan mereka menjelang Siri Super 2 Istaf di Pusat Beli-belah Fashion Island, Bangkok, Thailand dari 26 hingga 29 September ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Ibu tunggal tiga anak maut

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

Oleh Safee Mat Junus
utusanterengganu@utusan.com.my

KERETA yang dipandu oleh Asbalela Kamarudin remuk selepas merempuh treler di Kilometer 153.7, Jalan Jerangau-Jabur, Kemaman, Terengganu, malam semalam.

KEMAMAN 20 Sept. - Seorang jurujual kosmetik yang juga ibu tunggal kepada tiga orang anak maut dalam satu kemalangan di Kilometer 153.7, Jalan Jerangau Jabur berhampiran Balai Pemeriksaan Hutan Cheneh Baru, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa, Asbalela Kamarudin, 34, berasal dari Bachok, Kelantan, maut apabila kereta Perodua Kancil dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori treler membawa muatan bijih besi yang diletakkan di bahu jalan.

Ketika kejadian, mangsa bersama seorang rakannya, Normasliza Makhtar, 33, berasal dari Kota Baru, Kelantan dalam perjalanan menuju ke Kuantan, Pahang.

Difahamkan, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya yang cedera parah dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Menurut majikannya yang enggan dikenali, kali terakhir dia berjumpa mangsa pada Ahad lalu tetapi sempat menghubungi mangsa 30 minit sebelum kejadian.

"Ketika itu mangsa memaklumkan dia berada di Air Putih dekat sini, namun tidak lama selepas itu saya terima panggilan orang awam mengatakan mangsa terlibat dengan kemalangan," jelasnya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Cheneh Baru yang datang ke lokasi kejadian mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Wanita mengandung cedera ditembak

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
fairuz.yusof@utusan.com.my

KUANTAN 20 Sept. - Seorang wanita yang mengandung empat bulan cedera di kaki kiri dipercayai terkena tembakan di Seberang Sungai Ular di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Aziz Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam ketika mangsa berusia 37 tahun sedang tidur bersama anak lelakinya berusia sembilan tahun manakala tiga anaknya lagi di bilik lain.

Tambahnya, semasa bangun daripada tidur, wanita yang bekerja sebagai tukang cuci itu merasa kakinya sakit dan berdarah.

Menurut beliau, mangsa kemudian menghubungi suaminya berusia 47 tahun yang tiada di rumah kerana bekerja sendiri dan terus dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapatkan rawatan.

"Hasil pemeriksaan, pegawai perubatan di hospital itu mengesahkan tapak kaki mangsa cedera akibat ditembak dengan senjata api lalu suami mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuantan pagi ini," katanya di sini hari ini.

Susulan laporan itu katanya, sepasukan anggota polis ke rumah tersebut dan mendapati terdapat percikan serbuk belerang timah serta kesan tembakan menembusi lantai papan di bilik mangsa.

Katanya, polis kini masih lagi menyiasat motif kejadian terbabit sama ada cubaan membunuh atau menyamun mangsa dan kes disiasat di bawah 307 Kanun Keseksaan.

Kakak ipar mangsa yang tinggal berdekatan berkata, ketika kejadian dia sedang bersiap untuk tidur lalu terdengar bunyi meletup seperti mercun tetapi tidak menghiraukannya.

"Keesokannya saya pergi ke rumah mangsa dan terkejut apabila mengetahui dia cedera di kaki lalu dibawa ke hospital oleh suaminya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Gempa 5.7 pada skala Richter gegar Myanmar

Posted: 20 Sep 2013 10:37 AM PDT

YANGON 21 Sept. - Satu gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter menggegarkan bandar kedua terbesar Myanmar, petang semalam.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berlaku kira-kira pukul 6.54 petang waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer iaitu 110 kilometer daripada utara bandar Mandalay.

Menurut agensi itu, gempa itu mengakibatkan gegaran kuat dan isyarat kuning turut dikeluarkan, iaitu risiko kematian peringkat pertengahan. - AFP

Kereta mewah antara yang dirampas dari sami Thailand

Posted: 20 Sep 2013 10:35 AM PDT

BANGKOK 21 Sept. - Pihak berkuasa Thailand semalam merampas aset bernilai kira-kira AS$771,625 (RM2.4 juta) termasuk sebuah kereta mewah Porsche dan Mercedes-Benz, daripada seorang sami selepas dia terbabit dalam satu lawatan kontroversi dengan menggunakan jet peribadi.

Setiausaha Pejabat Anti Penggubahan Wang Haram Thailand (AMLO), Kolonel Polis, Seehanat Prayoonrat berkata, Wiraphon Sukphon dipercayai menipu orang ramai supaya memberikannya derma.

"Sami boleh menerima derma dan mesti menggunakannya untuk manfaat orang ramai bukannya untuk kegunaan dan kepentingan peribadi, katanya. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


'Pembunuh upahan', rakan berdepan hukuman mati

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

LEE Meng Boon yang dituduh membunuh dibawa keluar oleh polis dari Mahkamah Majistret di Ipoh, Perak, semalam. - BERNAMA

IPOH 20 Sept - Seorang lelaki dipercayai 'pembunuh upahan' berdepan hukuman mati di tali gantung setelah dihadapkan ke tiga buah mahkamah di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk membunuh seorang lelaki di sebuah restoran di Lebuh 5, Kampung Simee di sini pada Julai lalu.

Tiga pertuduhan lain yang dihadapi tertuduh, Lee Meng Boon, 35, yang berasal dari Bukit Baru, Melaka ialah cuba membunuh dua lagi lelaki di tempat yang sama serta mengedar dadah jenis Eramin 5 bersama tiga rakannya.

Meng Boon yang memakai baju T hitam dan berseluar pendek kelabu didakwa di Mahkamah Majistret bagi pertuduhan bunuh dan mengedar dadah sementara pertuduhan cuba membunuh, dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen.

Mengikut pertuduhan utama, Meng Boon didakwa membunuh Jasrafveendeerjeet Singh, 25, di hadapan Kedai Makanan dan Minuman Sun Heng di No 350, Lebuh 5, Kampung Simee di sini kira-kira pukul 10.15 malam, 28 Julai lalu.

Bagi pertuduhan yang dikemukakan di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Meng Boon dilihat hanya mengangguk kepala selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Kantonis. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Di Mahkamah Sesyen, Meng Boon didakwa cuba membunuh Sarbjit Singh Harder Singh, 28, dan Kok Loo Long, 55, pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda.

Hakim Madihah Harullah tidak membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin.

Sementara di sebuah lagi Mahkamah Majistret, Meng Boon bersama tiga rakannya, Quek Kar Loong, 34; Aw Chee Seng, 45, dan Rusli Deraman, 52, didakwa mengedar dadah jenis Eramin 5 seberat 2,973 gram.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di No. 27, Medan Bercham Selatan 4, Taman Syukor di sini kira-kira pukul 12.35 tengah malam, 24 Ogos lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md. Yusof mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang turut memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan oleh Majistret Suhaima Mohd. Nor daripada keempat-empat tertuduh terbabit.

Ketiga-tiga mahkamah menetapkan tarikh yang sama iaitu 20 November ini untuk sebutan semula semua kes tersebut.

Dalam kejadian pada 28 Julai lalu, seorang lelaki berusia 25 tahun maut akibat ditembak di leher manakala dua rakannya cedera parah selepas ditembak di sebuah restoran di Lebuh 5, Kampung Simee di sini.

Dalam insiden pukul 10.15 malam itu, kesemua mangsa sedang minum di luar restoran bersama dua rakan yang lain sebelum muncul dua suspek berkereta lalu melepaskan tembakan dalam jarak dekat.

Hukuman penjara tiga lelaki kekal

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap tiga lelaki yang didapati bersalah menyebabkan kematian seorang peniaga di sebuah stesen transit aliran ringan (LRT), empat tahun lalu.

Hakim Kamardin Hashim memutuskan demikian selepas menolak rayuan Saiful Fadullah Kamal, 31, Roslee Abdul Razak, 47, dan Muhammad Hafis Ahmad Rosdi, 21, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 18 Januari 2011.

Hakim Kamardin dalam keputusannya berkata, tiada merit dalam rayuan perayu-perayu dan mahkamah tiada alasan menganggu keputusan hakim Mahkamah Sesyen yang membuat dapatan fakta yang betul berasaskan keterangan di mahkamah.

Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Saiful Fadullah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan di Mahkamah Rayuan selesai.

Menurut Mohamed Haniff, anak guamnya yang bebas dengan jaminan RM20,000 itu baru mendapat pekerjaan di sektor swasta selain baru mendirikan rumah tangga dan kini memiliki seorang cahaya mata.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


400 murid diancam bahaya

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

KUANTAN 20 Sept. - Ibu bapa murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Indera Mahkota di sini, bimbang dengan keselamatan anak mereka berikutan banyak kenderaan menggunakan laluan di hadapan sekolah tersebut sejak kebelakangan ini.

Mereka mendakwa laluan itu bukan sahaja digunakan teksi dan lori, bahkan bas ekspres yang mahu menghantar penumpang ke Terminal Sentral Kuantan (TSK).

Penduduk, V. Chandran, 42, berkata, situasi itu menjadi lebih buruk ketika waktu mengambil dan menghantar anak-anak ke sekolah.

"Pernah terdapat dua buah bas ekspres rosak di tengah jalan ke sekolah ini semasa ibu bapa sibuk mahu menghantar anak-anak ke sekolah pada waktu pagi menyebabkan kesesakan teruk.

"Bas ekspres itu juga menggunakan laluan ini ketika ramai murid sekolah berada berdekatan jalan dan ini amat merisaukan kami kerana risiko berlaku kemalangan amat tinggi," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambah Chandran, keadaan itu berpunca ekoran kebanyakan pengangkutan awam menjadikan laluan kecil tersebut sebagai jalan pintas dan mereka enggan menggunakan Persimpangan Bunga Cengkih yang terletak agak jauh ke TSK.

"Saya sudah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 4 September lalu tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.

"Oleh itu, saya amat berharap pihak berkaitan lebih prihatin dalam menyelesaikan masalah kami apatah lagi terdapat lebih 400 murid yang belajar di sekolah ini," katanya.

Sementara itu, M. Jegathesan berkata, dia mendapati pemandu yang menggunakan laluan di hadapan sekolah tersebut memandu dengan laju tanpa memikirkan keselamatan murid-murid.

"Saya berharap pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dapat menyediakan lebih banyak bonggol di sepanjang laluan ini sebagai salah satu usaha memperlahankan kenderaan yang lalu-lalang di hadapan sekolah dan saya berharap dibina segera sebelum kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Mohd. Yusni tetap tanding Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

KUANTAN 20 Sept. - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan, Mohd. Yusni Ngah tetap dengan pendirian bertanding bagi merebut jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian itu biarpun dinasihatkan tidak berbuat demikian.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Latihan UMNO Bahagian Pekan berkata, persaingan yang baik dalam suasana kekeluargaan adalah manifestasi kejayaan UMNO melahirkan pemimpin pelapis di peringkat bahagian.

"Perwakilan yang akan membuat penilaian sama ada seseorang itu layak atau sebaliknya untuk diangkat sebagai pemimpin.

"Ini merupakan salah satu transformasi politik yang dibawa Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi ruang seluas-luasnya kepada ahli tanpa ada sekatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, proses peremajaan mesti berlangsung dalam suasana UMNO menuntut perubahan demi kelangsungan parti terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang pasti lebih mencabar.

"Pengalaman saya sebagai bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan biro latihan adalah proses kaderisasi yang biasa dilalui dalam mana-mana organisasi.

"Saya ingin dan akan terus menyumbang bakti bagi memantapkan parti terutama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.

Pacu korporat orang Melayu

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

KUALA LIPIS 20 Sept. - Strategi menerusi Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan suntikan modal dan perangsang kelangsungan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang masih relevan untuk memacu sektor korporat orang Melayu mencapai Wawasan 2020.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, pengusaha Melayu sewajarnya merebut peluang hasil keseriusan dan iltizam kerajaan memperhebat bidang perniagaan sekali gus mampu bersaing dengan kaum lain serta di peringkat global.

"Para belia dan siswazah menganggur juga perlu menghayati iktibar menerusi pelancaran strategi berkenaan untuk menceburi latihan dan kemahiran usahawan dalam memenuhi keperluan pengeluaran dan pasaran menerusi kedudukan ekonomi negara yang kukuh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, usaha kerajaan itu untuk mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pengusaha bumiputera khususnya di luar bandar termasuk Orang Asli berasaskan manipulasi sumber tempatan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Memilih tiga calon terbaik

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

Sudah sah kini perebutan kerusi Naib Presiden UMNO bakal menyaksikan pertarungan enam calon yang dianggap peluang terbaik untuk ahli-ahli UMNO memilih yang terbaik dalam kalangan baik-baik.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir merupakan pemimpin terbaharu yang menempatkan diri beliau bersama-sama dua lagi pencabar iaitu bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd.Isa Abdul Samad.

Ketiga-tiga mereka akan cuba menembusi kubu Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal yang sudah mengesahkan akan mempertahankan kerusi Naib Presiden yang mereka sandang sejak Mac 2009.

Kehadiran Mukhriz dalam gelanggang persaingan tersebut menarik perhatian ramai kerana beliau merupakan calon termuda (49 tahun) dan baharu sahaja mencatat kejayaan cemerlang apabila memastikan Kedah kembali ke dalam genggaman Barisan Nasional (BN).

Sementara nama bapanya Tun Dr. Mahathir Mohamad terus dilihat berpengaruh dan kekal sebagai pemimpin yang disanjungi di negara ini.

Bagi penulis, keputusan Mukhriz sebenarnya bukanlah satu kejutan kerana sejak awal lagi sudah ada ura-ura bahawa beliau akan bertanding jawatan tersebut.

Tambahan pula, menurut satu sumber yang rapat dengan pemimpin itu, dari semasa ke semasa Mukhriz dikatakan dikunjungi oleh pelbagai pihak dalam UMNO yang mahu beliau bertanding.

''Bagaimanapun Mukhriz tidak mahu terburu-buru sebab itulah beliau menunggu hingga kelmarin (Khamis) untuk membuat keputusan.

''Mukhriz mahu menyahut seruan untuk meremajakan UMNO dan seterusnya memperkasakan parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

''Sama ada beliau layak atau tidak, Mukhriz serahkan kepada perwakilan untuk membuat penilaian,'' kata sumber berkenaan kepada penulis.

Mukhriz akan turut bertarung dengan seorang lagi anak bekas Perdana Menteri iaitu Hishammudin yang dua tahun lebih tua daripada beliau. Hishammuddin yang berusia 51 tahun memasuki gelanggang untuk mempertahankan kedudukan dengan pelbagai persepsi ahli-ahli UMNO terhadap beliau.

Namun Hishammuddin tidak menghiraukan itu semua kerana beliau percaya kepada kebijaksanaan ahli-ahli UMNO untuk membuat keputusan.

Zahid yang berusia 60 tahun pula dilihat menteri paling popular berikutan ketegasan beliau mengendalikan Kementerian Dalam Negeri.

Walaupun bukanlah populariti yang dicari tetapi Zahid dilihat memenuhi harapan ramai orang sama ada di peringkat kementerian mahupun parti, manakala Shafie yang akan menyambut hari jadi ke-56 sehari selepas pengundian dijalankan pada 19 Oktober ini dilihat cemerlang dalam membangunkan masyarakat luar bandar.

Sudah pastilah kalau beliau kekal sebagai Naib Presiden, ia akan dianggap hadiah hari jadi paling bermakna bagi menteri yang berasal dari Sabah itu.

Kesemua mereka akan berhadapan pula dengan Mohd. Ali dan Isa - dua pemimpin yang dilihat disukai di peringkat akar umbi. Kedua-dua berusia 64 tahun dan pernah menang dalam perebutan jawatan Naib Presiden.

Mohd. Ali yang dianggap pemimpin mudah mesra, tewas dalam pilihan raya umum lalu dan kini dilantik menjadi Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) manakala Isa pula yang menang kerusi Parlimen Jempol menewaskan penyanyi Aishah kini Pengerusi Felda.

Sememangnya dari segi latar belakang politik dan pengalaman, kesemua calon mempunyai kehebatan masing-masing. Malah latar belakang usia juga akan memberikan ruang kepada ahli-ahli UMNO untuk memilih siapa yang terbaik di antara mereka untuk menduduki kerusi Naib Presiden.

Dalam soal ini, adalah penting ahli-ahli UMNO membuat keputusan yang benar-benar bijak dan bukan bersandarkan kepada persepsi, tohmahan apatah lagi fitnah terhadap calon.

Biar pun sekarang sudah ada andaian bahawa ada penyandang yang akan tewas berikutan kehadiran Mukhriz, namun ahli-ahli UMNO tidak boleh membuat keputusan berdasarkan kepada andaian.

Sebaliknya, mereka perlu melihat secara teliti rekod prestasi setiap calon dan apakah tiga Naib Presiden yang bakal mereka pilih nanti benar-benar mampu menggalas tanggungjawab besar bagi meraih sokongan lebih besar orang Melayu dan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Hal ini memandangkan pemilihan kali ini bukanlah demi menyelamatkan survival politik sesiapa tetapi bagi memilih barisan pejuang untuk terus menegakkan panji-panji perjuangan UMNO demi bangsa, agama dan negara.

Oleh itu seramai hampir 150,000 ahli UMNO yang diberi amanah mengundi tidak seharusnya membuat keputusan berdasarkan apa-apa sentimen, sebaliknya berasaskan kepada kemampuan seseorang calon itu dan sejauh manakah keputusan yang mereka buat boleh diterima oleh rakyat.

Tiada gunanya jika ahli UMNO hanya berseronok dan bergembira sendirian berikutan calon-calon yang mereka pilih menang sedangkan keputusan mereka dicemuh oleh rakyat dan seterusnya UMNO ditolak dalam pilihan raya.

Sebab itulah pelbagai faktor perlu diambil kira dan penilaian teliti perlu dibuat supaya ahli UMNO tidak tersilap langkah dalam membuat penentuan. Kedudukan kerusi Naib Presiden bukan sebarangan jawatan, ia bayangan kepada pemimpin pelapis UMNO pusat.

Sebab itulah setiap calon harus dikaji berdasarkan kepada kekuatan dan kelemahannya serta paling penting jangan sampai apabila calon itu dipilih, keputusan itu mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat.

Berdasarkan hakikat itu juga kempen yang dijalankan oleh ejen-ejen calon mestilah berhemah. Janganlah cuba menjatuhkan apatah lagi memperlekehkan sesama sendiri kerana ini pertandingan dalam keluarga bagi mencari pemimpin yang terbaik.

Perbuatan memperlekehkan sesama calon biar pun secara tersurat mahupun tersirat hanya akan merugikan parti kerana kesemua calon yang bertanding itu boleh dianggap aset kepada parti berdasarkan pada latar belakang perjuangan mereka dalam UMNO.

Oleh itu adalah sesuatu yang tidak bijak apabila perebutan untuk meraih sokongan dalam pemilihan dijadikan gelanggang untuk menjatuhkan satu sama lain.

Pemilihan kali ini biarlah dijalankan secara bersih tanpa sebarang unsur-unsur negatif termasuklah politik wang kerana ia akan merosakkan imej UMNO.

Cukup-cukuplah maruah UMNO diperlekehkan dalam pemilihan-pemilihan sebelum ini, biarlah kali ini ahli UMNO membuktikan bahawa mereka juga ada maruah dan mahu mempertahankan maruah parti.

Berkempenlah dalam semangat kekeluargaan dengan memilih yang terbaik dalam kalangan yang baik-baik dan berusahalah supaya jangan dicipta musuh yang tiada, jangan takut kepada bayang-bayang.

Perbezaan antara Sinar Harian dengan The Star

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

ARTIKEL ini dipetik daripada blog TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN - Zamkata.blogspot.com

SAYA ucapkan syabas kepada akhbar Sinar Harian yang merasa bertanggungjawab untuk membersihkan nama Sekolah Kebangsaan Seri Pristana di Sungai Buloh, Selangor daripada cemuhan terhadapnya sebagai rasis hanya berasaskan kepada penyebaran gambar palsu mengatakan anak-anak bukan Melayu diberi makan di tandas sekolah itu pada bulan puasa lepas, sebaliknya yang sebenar adalah di bilik persalinan.

Sekali pun penjelasan telah diberikan berkali-kali, tetapi kita dapat melihat bagaimana sebuah akhbar Inggeris telah cuba menghidupkan terus isu ini untuk mengapi-apikan perasaan kebencian orang India terhadap orang Melayu.

Yang terakhir dengan menyiarkan berita dakwaan bapa yang disyaki terlibat menyebarkan fitnah itu mengapi-apikan pula dengan cerita ramai murid India telah dipindahkan dari sekolah itu, walhal sebenarnya daripada 27 orang, hanya seorang sahaja yang berpindah. The Star menyiarkan berita ini seolah-olah benar belaka.

Hari ini akhbar Sinar Harian menyiarkan wawancara wartawan-wartawannya dengan Guru Besar sekolah itu Muhamad Nasir Mohd. Nor untuk memberikan penjelasan yang sebenarnya.

Hal ini menunjukkan pengendali Sinar Harian dapat merasakan bahaya api sekam yang telah dibakar oleh media yang tidak bertanggungjawab dalam soal ini.

Kementerian Dalam Negeri tidak seharusnya membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja tetapi siasatan mengenainya mestilah didedahkan dan tindakan keras mesti diambil kepada mereka yang mengiklankan hasutan perkauman.

Walaupun akhbar-akhbar Tamil atau Cina juga memainkan perkara ini, tetapi kesannya tidak sama dengan akhbar yang dibaca oleh semua kaum.

Di bawah ini adalah pandangan Zamkata dan juga penjelasan guru besar sekolah berkenaan:

Tidak dapat dinafikan The Star merupakan sebuah akhbar yang terbaik dalam memenuhi kualiti kewartawanan; terkini dengan berita, ekoran berita yang pantas, rencana yang menarik, bermutu dan sebagainya yang menggambarkan wartawan-wartawannya senantiasa aktif, cekap dan berinisiatif.

Dalam pada itu The Star juga akhbar yang paling bijak dan halus dalam memainkan isu-isu sentimen Cina. Ini dapat dilihat dalam isu untuk membawa pulang abu ketua pengganas Komunis, Chin Peng yang sesiapa pun dapat menciumi kecenderungannya atau biasnya.

Isu SK Seri Pristana, Sungai Buloh, Selangor sudah berbulan dihidupkan dalam nada perkauman dengan berselindung di sebalik human right.

Isu ini berpunca dengan memberikan gambaran sekolah itu meletakan tempat makan murid bukan Islam di kawasan tandas pada bulan puasa seolah-olah untuk melindungi murid Islam daripada dilihat murid bukan Islam sedang makan. Ia memberikan gambaran sekolah itu memperkecilkan bukan Islam.

Bagaimanapun, siasatan dan penjelasan telah diberikan oleh Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah berkenaan bahawa hal itu telah lama berlaku kerana ketidakcukupan ruang. Sebenarnya, bukannya bilik tandas tetapi bilik persalinan digunakan untuk sementara.

Berita ini disiarkan tanpa penjelasan pihak sekolah terlebih dahulu yang sewajarnya dilakukan dalam berita-berita yang bersifat sensitif.

Apakah tujuannya? Ini semestinya didorongkan oleh orang-orang yang bersifat perkauman India di dalam The Star.

Peluang terbuka lagi bagi akhbar ini untuk mengapi-apikan isu berkenaan apabila seorang India yang ditahan dalam siasatan kerana membuat fitnah mendakwa murid-murid bukan Melayu dicemuh oleh guru-guru sekolah sehingga memaksa beberapa murid India berpindah, tetapi sebenarnya hanya seorang murid India sahaja yang pindah.

Tidakkah orang yang berusaha untuk menjadikan isu ini sebagai isu perkauman yang panas merupakan anasir subversif, anti sosial dan anti nasional?

Fahamkah The Star bagaimana perasaan guru-guru Melayu yang telah beberapa tahun mengajar murid-murid India di sekolah itu dengan penuh dedikasi dan jujur?

Tidak cukup setakat itu sahaja, The Star menimbulkan pula soal murid-murid di bawah umur 18 tahun tidak berhak untuk disiasat oleh polis tanpa ditemani oleh ibu bapa mereka bila polis menjalankan siasatan di sekolah itu.

Siapakah yang berada di belakang The Star untuk terus mendesak (pursue) isu ini dari berbagai-bagai sudut?

Peguam, polis, orang awam dan lain-lain telah dicari untuk laporan susulan bagi menghidupkan terus isu ini dan tentunya ada pemula (instigator) dari luar memberikan tunjuk ajar kepada pemberita, pengarang berita atau ketua pemberita yang senantiasa bersemangat untuk menghidupkan isu-isu demi kepentingan politik mereka.

Sesiapa pun yang mengikuti berita ini dari awal hingga sekarang akan sedar bahawa puncanya adalah prejudis perkauman yang boleh menimbulkan prasangka, prejudis dan kebencian kepada sekolah Melayu (Sekolah Kebangsaan) dan kepada orang Melayu. Berita seumpama ini sama sekali tidak menyumbang kepada usaha untuk menghidupkan perasaan keharmonian antara kaum terutama di peringkat murid-murid sekolah.

Apakah Ketua Pengarang akhbar The Star tidak dapat mencium kecenderungan pengarang beritanya, ketua pemberita atau penghasut-penghasut dalam The Star untuk pursue isu ini di atas landasan yang bahaya?

Bila ditunjukkan permainan perkauman The Star, maka orang akan bertanya bagaimana dengan Utusan Malaysia?

Jawapannya cukup mudah. Apa yang dilakukan oleh Utusan Malaysia tidak pernah terkeluar daripada tanggungjawabnya untuk mempertahankan ciri-ciri Perlembagaan Malaysia. Tetapi Utusan tidak pandai 'pepat di luar rencong di dalam'. Utusan hanya pakai satu muka tetapi The Star bermuka-muka.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tun Dr. Ismail telah menjelaskan tujuan Akta Hasutan dipinda selepas 13 Mei 1969 (Lihat bukunya The Reluctant Politician) adalah untuk melindungi MCA dan MIC yang terikat dengan Perlembagaan Persekutuan dan Kontrak Sosial daripada menjadi mangsa serangan parti pembangkang tetapi MCA telah membiarkan duri dalam dagingnya sehingga menghakiskan pengaruhnya.

Ingatlah! The Star telah tercatat memperjuangkan untuk dikembalikan sekolah Inggeris. Dalam kata-kata lain sebagai jalan penyelesaian memuaskan hati semua kaum iaitu dengan mengikuti langkah Singapura: Singaporean Singapore - Malaysian Malaysia.

Jangan lupa di sebalik cemuhan terhadap aliran Melayu, ribuan anak-anak daripada asas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekarang menguasai universiti-universiti, menjadi orang profesional, doktor, jurutera termasuk mereka yang diambil bekerja sebagai doktor di Singapura dan di lain-lain negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Nana hamil lagi

Posted: 20 Sep 2013 01:41 AM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
Gambar ABDUL RAZAK LATIF

NAMPAKNYA bertambah besar lagi keluarga Nor Hana Che Mahazan, atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan bersama suaminya Mohamed Raqeem Brian Abdullah.

Nana tidak sabar untuk menimang cahaya mata kedua

Masakan tidak, Nana sendiri baru sahaja mengumumkan berita anggota keluarganya akan bertambah lagi seorang.

Bertemu dengannya di sebuah majlis anjuran Samsung di ibu kota baru-baru ini, Nana nampak comel dengan tubuhnya yang sudah mula menampakkan kandungannya.

Tapi, kenapa berita yang menggembirakan itu disimpan hingga tiga bulan?. Kenapa tidak diumumkan sejak awal kehamilan lagi?

Bagi Nana sendiri, dia sebenarnya sangat menantikan kelahiran kedua ini selepas anak pertamanya Althea Raqeem Brian.

"Selama empat tahun saya menanti perkhabaran ini. Saya sentiasa berdoa supaya Althea akan mendapat adik.

"Akhirnya, baru kini saya mendapat khabar ini. Orang pertama yang saya beritahu ketika itu adalah suami saya.

"Kandungan ketika itu baru sahaja memasuki beberapa minggu. Saya tidak berani hendak menghebahkan secara awal kerana khuatir jika terjadi apa-apa.

"Bila semuanya tampak baik, pemeriksaan doktor pun sudah dilakukan baru saya beritahu. Tiada niat nak sorok pun," jelasnya jujur.

Berkongsi mengenai keterujaanya lagi, persiapan untuk kandungan kedua ini lebih sederhana kerana bersebab.

Bagi Nana, dia tidak mahu sebarang pembaziran apatah lagi banyak perkakasan anak pertamanya yang masih boleh digunakan.

"Banyak benda yang boleh dipakai lagi. Cuma pakaianlah yang selalu kami cari untuk kelahiran kali ini," jelas Nana yang kini sudah sudah memasuki bulan ke enam kandungan.

Terdapat sesuatu yang menarik untuk kandungan kali ini kerana menurut Nana, dia banyak memilih warna putih untuk pakaian yang dibeli bagi anak keduanya.

Bagi Nana, untuk kelahiran kali ini, dia tidak mahu melakukan imbasan untuk mengetahui jantina anaknya itu, sebaliknya mahu dibiarkan rahsia sehingga hari kelahirannya.

"Saya tidak mahu buat imbasan untuk mengetahui jantina bayi saya. Saya mahu ia jadi satu kejutan buat saya dan suami.

"Sebab itu pakaian kebanyakannya kami beli warna putih, sebab ia sesuai dipakai jika bayi saya lelaki atau perempuan.

"Malah, pakaian pun kebanyakannya saya beli pakaian yang boleh dipakai untuk bayi lelaki atau perempuan," katanya.

Namun, dalam perasaan yang mahukan kejutan itu, Nana sempat berbisik dalam hatinya jika boleh mahukan seorang bayi lelaki.

"Sebelum ini saya sudah dikurniakan Althea dan kalau boleh, saya berharap bayi kali ini ialah lelaki.

"Semuanya ketentuan tuhan dan hakikatnya, walau apapun jantina bayi saya nanti, saya akan tetap menyambutnya dengan rasa penuh kesyukuran," jelasnya.

Mahu ramai anak

Mengulas lanjut mengenai keluarganya, jelas Nana, dia tidak berhajat untuk merancang bilangan ahli keluarganya.

Sebaliknya, bagi wanita ini, dia sebolehnya mahukan anak ramai kerana ia memeriahkan keluarga.

"Saya sendiri mempunyai empat orang adik-beradik. Bila sudah besar, baru kita sedar betapa seronoknya mempunyai sebuah keluarga yang besar," jelasnya.

Tetapi, menurut Nana, dia tidaklah berhajat untuk memiliki sebuah keluarga yang sangat besar kerana apa yang penting kebahagiaan buat anak-anaknya.

"Sekarang ini taraf hidup makin tinggi. Jadi saya memang mahu anak-anak saya hidup selesa.

"Maksudnya memiliki sebuah keluarga besar tetapi dalam lingkungan kemampuan diri. Itu lebih membahagiakan," katanya.

Ditanya mengenai kerjaya, apatah lagi dengan kelahiran bakal anak kedua, jelas Nana, apa yang sentiasa diutamakan adalah keluarganya dahulu.

"Bagi saya, meluangkan masa untuk tumbesaran anak-anak adalah sangat penting.

"Malah, keputusan untuk melepaskan kerjaya saya demi keluarga juga adalah keputusan yang paling bijak yang pernah saya lakukan," jelasnya.

Dia yang kini berkhidmat sebagai juruhebah sambilan di stesen radio Sinar FM, berkata, kerjaya seninya akan ditentukan mengikut situasi.

"Jika selepas ini saya merasakan tidak mampu untuk meneruskan kerjaya, saya akan beri fokus utama pada keluarga," katanya yang juga sibuk dengan perniagaannya.

Penjual kelapa kering jadi pelawak

Posted: 20 Sep 2013 01:41 AM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my

BERSAMA datuk Aziz Sattar (kanan) dalam suatu persembahan pentas.

ANTARA seorang penjual kelapa kering dan pelawak memang langsung tidak ada kena mengena. Malah, dua kerjaya itu juga saling berbeza tetapi mempunyai daya kreativiti serta tarikannya yang tersendiri.

Namun, bagi pelawak veteran, Wahid Satay, dia yang pernah bekerja sebagai penjual kelapa kering kira-kira 60 tahun lalu tidak menduga pula akan bertukar kerjaya dan menjadi anak seni sehinggalah ke hari ini.

Sungguhpun begitu, menurut Wahid dia bersyukur apabila terjebak ke dunia lakonan kerana katanya, daripada situlah namanya dikenali ramai peminat filem Melayu selama lebih separuh abad lamanya.

Jelas pelakon berusia 81 tahun ini, dia telah memulakan kerjaya pada usia remaja sebagai penjual kelapa kering di tanah kelahirannya di Sumatera, Indonesia sebelum diambil bekerja sebagai pelukis set di studio Cathay Keris, Jalan East Coast, Singapura pada 1956.

"Saya memulakan kerjaya dalam bidang seni pada 1956 sebagai pelukis set di Cathay Keris sebelum diambil berlakon dalam filem pertama lakonan saya bertajuk Pontianak arahan B.N. Rao dari India.

"Dalam filem itu, saya melakonkan watak sebagai seorang penjual sate dan mulai saat itu jugalah gelaran Wahid Satay terus melekat sampailah sekarang," katanya kepada Hits semasa ditemui di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sungguhpun telah mencipta nama sebagai pelakon dan pelawak sejak lebih 50 tahun lalu, Wahid tetap tidak dapat melupakan kerjaya awalnya sebagai penjual kelapa kering. Tambahnya kerjaya itu telah banyak membawanya merantau ke merata-rata tempat di rantau ini.

Malah, disebabkan kerjayanya itulah Wahid menimba pelbagai pengalaman sebelum dia mengembangkan bakatnya dalam bidang seni yang lebih serasi dengan dirinya.

"Semasa menjadi penjual kelapa kering saya merantau ke banyak tempat seperti Jambi dan Palembang di Sumatera, Indonesia. Selepas itu, saya dan keluarga telah berhijrah ke Singapura dan di sana saya juga telah mencuba melakukan kerja lain pula.

"Antaranya saya pernah menjadi kelasi kapal dan belayar ke banyak tempat seperti New York, Amerika Syarikat. Tetapi kerja itu tidak lama iaitu cuma beberapa tahun sahaja sebelum saya terbabit dalam bidang seni," ujarnya mengimbau kenangan lalu.

Ternyata bidang lakonan terutamanya lawak jenaka kekal buat Wahid sehinggalah ke hari ini. Malah, pada usia emas dia masih sihat dan mampu mengadakan lawak jenaka di persembahan pentas sekitar Singapura dan Malaysia.

Digelar Jerry Lewis

Pontianak merupakan judul filem yang telah mempopularkan nama Wahid dalam dunia lakonan. Selepas itu, pelakon veteran ini semakin mendapat kepercayaan ramai pengarah yang menawarkannya berlakon dalam banyak filem.

Namun, kebanyakan filem yang ditawarkan kepadanya adalah dalam genre komedi. Kecenderungan itu menyebabkan Wahid lebih serasi dengan filem-filem komedi yang mana ketika era tahun 1950-an dia antara pelakon komedi yang popular di Singapura.

Lantaran gaya lawaknya yang selamba itu, dia pernah mendapat gelaran Jerry Lewis Melayu. Gelaran yang menyamakannya dengan pelawak terkenal dari Barat itu sekali gus menggambarkan populariti yang dimilikinya pada ketika itu.

"Selain berlawak saya juga pernah menyanyikan lagu-lagu komedi dalam pelbagai irama seperti asli dan keroncong. Saya juga menyanyikan lagu-lagu itu dalam pelbagai dialek seperti Cina, India, Inggeris dan Sepanyol.

"Ramai peminat lebih mengenali saya sebagai pelakon dan pelawak tetapi saya juga sebenarnya seorang penyanyi dan pengacara pentas. Selepas lebih separuh abad melawak, saya puas dengan kerjaya dalam bidang ini.

"Saya pernah mendapat anugerah Pelakon Komedi Terbaik pada Festival Filem Asia menerusi filem Che Mamat Parang Tumpul arahan L. Krishnan pada 1960. Itu antara pengalaman manis saya sebagai anak seni," imbasnya.

Tambah Wahid, di antara lebih 20 filem lakonannya, dia menganggap filem pertama lakonanya bertajuk Pontianak paling meninggalkan kesan dalam hidupnya.

Filem itu bukan sahaja mengubah nama Wahid, malah ia menjadi antara filem yang paling popular pada era tahun 1950-an di Singapura. Filem yang dilakonkannya bersama Maria Menado, Mustapha Maarof dan Salmah Ahmad itu mencatat kutipan tiket ratusan ribu ringgit yang mana ia antara yang tertinggi ketika itu.

"Disebabkan filem itulah juga saya telah ditawarkan sebagai pelakon sepenuh masa dengan kontrak selama tiga tahun di bawah studio Cathay Keris yang mana sebelum itu saya hanya bekerja sebagai pelukis set sahaja," katanya lagi.

Kini biarpun Wahid tidak aktif berlakon dan berlawak seperti pada zaman mudanya, nama anak seni ini tidak pernah luput ditelan zaman. Filem-filem lakonannya masih terus ditayangkan di saluran-saluran televisyen RTM dan Astro sehingga ke hari ini.

Dia yang kini menetap di Eunos Cresent, Singapura juga sering berkunjung ke Kuala Lumpur dalam majlis-majlis yang menghimpunkan artis-artis veteran dari Malaysia dan Singapura anjuran persatuan seperti Persatuan Seniman Malaysia dan Saloma Bistro.

Malah, Wahid turut tidak akan menolak tawaran berlakon drama dan filem selagi kesihatan masih mengizinkannya. mengizinkannya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Sekaki payung satukan dua hati

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR

Memori ketika Muhammad Aizat dan Rabiatul Adawiyah disatukan Mei lalu.

SIAPA sangka satu pertengkaran di kedai mamak gara-gara sekaki payung berakhir dengan ikatan perkahwinan pemilik Qamraa Boutique Alor Setar, Rabiatul Adawiyah Mohd. Saad dan suami, Muhammad Aizat Jawari.

Tidak terhenti di situ pasangan berusia 25 tahun itu bertemu semula di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor tahun lepas tanpa disedari kedua-duanya merupakan rakan sekampus.

Dari situlah bermulanya bibit perkenalan pasangan muda yang mengikat tali pertunangan selama tiga bulan sebelum melangsungkan perkahwinan pada 25 Mei lalu.

Kata Rabiatul Adawiyah, biarpun berkenalan dalam tempoh singkat, tidak menghalang mereka untuk mendirikan perkahwinan setelah mendapat persetujuan daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Dalam tempoh perkenalan kami telah menjalankan perniagaan busana muslimah secara online bersama, jadi kami banyak masa bersama seperti menjahit, membeli kain dan berbincang mengenai fesyen terbaharu.

Untuk mengelakkan daripada difitnah atau tidak elok dipandang masyarakat kami mengambil keputusan untuk berkahwin setelah tamat belajar.

Lagi pula kami juga tidak mahu berkawan lama-lama kerana masing-masing sebelum ini pernah berdepan dengan pengalaman putus cinta," ujar Rabiatul Adawiyah graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Matematik.

Mengimbas detik pertemuan kali pertama mereka, kata wanita ini, beliau dan suami bertengkar kerana tidak berpuas hati dengan sikap masing-masing.

Semuanya kerana sekaki payung di sebuah kedai mamak apabila saya tiba-tiba membuka payung dan mengenainya di belakang. Berlaku sedikit pertengkaran namun kami tidak menyangka bertemu semula di kampus dan rupa-rupanya pelajar sekampus. Itu namanya jodoh," katanya.

Bercerita tentang keunikan pasangan masing-masing, wanita bertubuh kecil itu memberitahu, sifat kelembutan yang ada pada Muhammad Aizat menambat mata hatinya.

Kata anak kedua daripada empat beradik itu, sifatnya berlawan dengan Muhammad Aizat yang sentiasa menjernihkan keadaan apabila berlaku salah faham antara mereka.

Biasalah dalam rumah tangga ada pasang surut, saya pula jenis yang keras dan suka merajuk jadi dia yang akan pujuk dengan lawak-lawak yang buatkan saya ketawa semula. Selain itu Muhammad Aizat bijak dalam bab memujuk, dia juga akan puji saya sampailah saya ketawa.

Walaupun Aizat lembut namun dia tegas orangnya mungkin disebabkan itu juga saya tahu Aizat boleh menjadi ketua dalam rumah tangga kami," katanya.

Pasangan yang mengusahakan butik di Taman Perindustrian Jalan Bandar Baru Mergong, Alor Setar dan menerusi laman Facebook Qamraa Boutique banyak menghabiskan masa bersama di kedai mereka.

Menurut Rabiatul Adawiyah, atas kekangan masa mereka masih belum pergi berbulan madu namun bercadang untuk melakukan pengembaraan bersama kelak.

Beliau memberitahu, mereka yang kini masih dilamun cinta bertuah kerana bekerja di bawah satu bumbung dan berkongsi minat yang sama untuk mengembangkan bakat serta perniagaan yang diusahakan sejak setahun lalu.

Kami jarang keluar dating seperti pasangan lain sebab sibuk dengan perniagaan tetapi masa yang ada di kedai kami gunakan sebaiknya," katanya.

Ujarnya, biarpun kadangkala terdapat perbezaan idea dalam menghasilkan rekaan terbaharu namun semua itu dijadikan memori terindah sebagai proses mengenali hati budi pasangan.

Berkongsi rahsia kebahagiaan, Muhammad Aizat pula memberitahu, tidak mementingkan diri dan sentiasa beralah diutamakan dalam rumah tangga yang telah menjangkau usia empat bulan.

Usia perkahwinan ini masih baru, banyak lagi yang perlu belajar sebab itu kami sentiasa bertanyakan kepada pasangan berpengalaman terutama ibu bapa untuk mengukuhkan masjid yang kami bina.

Saya juga akan tegur dia jika ada yang tidak kena dan tidak pendam lama-lama yang boleh merosakkan hubungan kami," katanya.

Rupanya bunga yang dipuja isteri orang...

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

SALAH satu sifat manusia yang baik dan disukai oleh Allah adalah berterus terang tidak kira dalam apa juga keadaan. Namun tidak seorang pun di antara kita yang mampu melakukannya jika tidak ada kekuatan dan semangat yang tebal.

Pun begitu, jika sikap ini tidak disertakan dalam diri, banyak masalah tidak akan selesai dan akan terus menghantui diri sampai bila-bila.

Itulah yang berlaku kepada Zaid (bukan nama sebenar) yang menyimpan perasaan terhadap seseorang tetapi tidak meluahkannya kepada orang berkenaan sehingga membawa kesan kepada dirinya.

Kita ikuti kisah Zaid untuk iktibar bersama dalam mengharungi hidup yang penuh ujian dan dugaan ini.

Ini cerita Zaid.

"Saya berusia awal 30-an, belum berkahwin dan anak sulung dalam keluarga seramai lima orang. Ayah dan ibu mengusahakan ladang di kampung.

"Saya ingin berkongsi kisah yang berlaku kepada diri saya baru-baru ini yang mana sama sekali tidak pernah saya fikir akan terjadi.

"Tugas saya sebagai seorang jurutera menjadikan kehidupan saya tidak menentu, sibuk dengan kerja sehinggakan saya melupakan seketika tentang hidup saya.

"Masa banyak dihabiskan di tempat kerja sehingga pada hujung minggu pun saya datang bertugas. Semuanya adalah untuk mencari rezeki halal bagi meneruskan kehidupan dan membantu keluarga.

"Yang jelasnya segala perkara berkaitan hidup ini memerlukan wang, tanpa wang hidup sukar untuk diuruskan.

"Terkadang kita tidak kenal siapa kawan kita dan jiran sebab terlampau sibuk. Sehinggakan ada masa dikatakan kita sombong dan tidak bermasyarakat.

"Pulang ke kampung emak dan ayah tak putus-putus bersuara, 'umur dah bertambah, jangan jadi bujang terlajak!' Nasihat orang tua itu baik tetapi saya masih belum bertemu yang berkenan di hati dan serasi.

"Walaupun terdapat berbagai medium yang mudah untuk mendapat kenalan, saya tidak berminat untuk melayarinya. Pada pandangan saya, biarlah jodoh itu datang sendiri.

"Memang menjadi lumrah hidup orang bujang, selalu makan di luar, sebab tidak ada waktu untuk memasak berbanding mereka yang sudah berumah tangga.

"Itu perkara biasa. Jadi setiap hari jika terasa lapar saya akan keluar untuk makan. Suatu hari ketika hendak membayar makanan di kaunter saya panik kerana dompet saya tertinggal.

"Di belakang saya ada beberapa orang pelanggan sedang menunggu giliran untuk membayar. Paling hampir di belakang saya, seorang gadis yang boleh tahan juga cantiknya.

"Encik, saya boleh tolong bayarkan .. berapa harganya? lembut dia menawarkan diri. Saya berpaling ke arahnya. 'Jangan segan saya ikhlas katanya…' Saya dapat merasakan muka saya merah dan tentunya saya juga merasa malu.

"Disebabkan dia menawarkan diri saya terima juga dan berjanji akan membayar wangnya balik secepat mungkin. Kami bertukar nombor telefon dengan harapan akan berjumpa lagi untuk membayar wang yang saya pinjam.

"Selesai berbual seketika saya pulang ke pejabat. Setengah jam kemudian saya menghubungi gadis itu yang bernama Diana (bukan nama sebenar) untuk membayar hutangnya.

"Saya halalkannya En. Zaid.., bukannya mahal sangat harga itu… Lembut tutur katanya menyebabkan saya hilang kata-kata. Setelah mengucapkan terima kasih saya meletakkan telefon.

"Mungkinkah gadis ini yang ditakdirkan untuk saya? Masih terlalu awal untuk saya membuat sebarang andaian. Mulai saat itu kami sering berhubungan di talian. Saya mengaku terasa rindu jika tidak bercakap dengannya.

"Buat sementara saya rahsiakan perkenalan daripada kawan-kawan dengan maksud untuk membuat kejutan kepada mereka.

"Dua tahun berlalu, hubungan persahabatan kami berjalan lancar. Saya tidak pernah meluahkan perasaan untuk serius dengannya, begitu juga dia.

"Entah mengapa lidah saya kelu untuk berkata atau mungkin saya hanya bertepuk sebelah tangan? Itu yang membimbangkan saya.

"Pernah saya kirimkan pesanan ringkas yang ayatnya berbunga-bunga tetapi tiada respons seperti yang saya harapkan daripada Diana.

"Sehinggalah pada hari raya lalu Diana mengadakan rumah terbuka dan menjemput saya untuk datang. Memikirkan hubungan kami yang masih terjalin mesra saya setuju untuk hadir.

"Saya ajak rakan saya Salman (bukan nama sebenar ) untuk turut sama. Tiba di alamat yang diberikan kami memberi salam dan disambut oleh ayahnya yang kebetulan berada di luar pekarangan rumah.

"Setelah memperkenalkan diri dan berjabat salam kami dipelawa masuk. Ramai juga tetamu yang sedang menjamu selera dan kami sempat berbual dan berkenalan sesama sendiri.

"Saya tercari-cari Diana, namun kelibatnya pun tidak nampak. Mungkin sibuk di dapur agaknya menyediakan juadah untuk tetamu, itu yang saya fikirkan.

"Ketika leka menjamu selera, kelihatan sebuah kereta berhenti di halaman rumah. Mata saya terpaku ke arah kereta itu apabila melihat Diana sedang keluar dari kereta mendukung seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia tiga tahun.

"Seorang lelaki juga keluar dari kereta tersebut. Dada saya menjadi kencang, peluh jantan menitis di dahi walaupun di luar rumah hujan renyai-renyai mula turun. Saya dan Salman berpandangan di antara satu dengan lain.

"Pelbagai persoalan bermain di fikiran. Diana isteri orang! Itu yang dibisikkan oleh Salman dan saya terdiam ketika itu. Saya mula gelisah tetapi Salman meminta saya mengawal perasaan dan berbuat macam tidak ada apa yang berlaku.

"Encik Zaid, terima kasih sudi bertandang ke rumah saya dan kenalkan ini suami saya yang baru pulang dari luar negara. Saya menyambut salam suami Diana, begitu juga dengan Salman.

"Dada saya semakin kencang, entah kenapa saya begitu cemburu dengan lelaki yang diperkenalkan sebagai suami Diana. Adakah itu tandanya saya jatuh cinta dengan dia?

"Kami berkenalan sambil menikmati juadah. Perut saya tiba-tiba terasa kenyang dan sukar untuk menjamah beraneka makanan yang terhidang. Saya mula merasakan diri dipermainkan.

"Malas untuk melihat sandiwara ini berterusan saya segera mengajak Salman pulang. Kami meninggalkan perkarangan rumah yang telah mengguris perasaan saya.

"Sepanjang perjalanan fikiran saya tidak menentu. Tidak saya duga sama sekali, Diana adalah isteri orang kerana mati-mati saya fikirkan dia masih anak dara dan belum berpunya.

"Perasaan marah, malu dan rasa tertipu semuanya berlegar di fikiran saya. Salman cuba untuk menenangkan emosi saya yang keliru. Dia meminta saya menerima hakikat yang telah tersurat .

"Mungkin ada hikmahnya di sebalik semua perkara ini, kata Salman memujuk. Walaupun saya mengaku ada hati dengan Diana, tidak mungkin untuk saya miliki dia dengan statusnya sebagai isteri orang.

"Adalah lebih baik untuk saya lupakan sahaja segalanya. Buat macam kami tidak pernah kenal sebelum ini. Semalaman saya tidak dapat melelapkan mata memikirkan apa yang berlaku.

"Untuk menghilangkan tekanan saya balik bercuti ke kampung. Dua hari di kampung saya menerima pesanan ringkas daripada Diana yang ingin berjumpa saya segera.

"Pada mulanya saya menolak pelawaannya tetapi setelah berpuluh-puluh kali mesej yang sama tertera pada telefon bimbit saya, akhirnya saya mengalah dan bersetuju untuk berjumpa dengannya.

'Tidak lupa saya mengajak Salman bersama ke tempat yang telah kami janjikan kerana tidak mahu disalah anggap oleh suaminya dan sesiapa sahaja yang nampak kami nanti.

"Tepat pada masanya Diana muncul bersama anaknya yang sangat comel. Dia tidak ceria seperti selalu tetapi pada wajahnya saya nampak ada rasa kecewa.

"Setelah berbual-bual sambil bermesra dengan si kecil, Diana mencurahkan segala yang terbuku di hatinya. Katanya, memang betul lelaki itu adalah suaminya dan dia bekerja di luar negara. Sudah tiga tahun dia bekerja di sana.

"Sayangnya kata Diana suaminya itu telah telah bernikah lagi tanpa pengetahuannya. Sebagai isteri Diana tidak mahu dimadukan dan minta dilepaskan. Itu sebab suaminya pulang untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka. Sekarang mereka telah sah bercerai.

"Mendengar penjelasan Diana, saya tidak dapat memberi sebarang komen cuma bersimpati di atas nasibnya. Saya tidak mahu memberi harapan tinggi kepadanya kerana bimbang dia akan mengharap.

"Sehingga kini kami masih berkawan dan segalanya saya serahkan kepada suratan jodoh sambil memohon petunjuk daripada Allah. Keluarga juga tidak membantah siapa yang saya pilih sebagai calon isteri.

"Ini soal jodoh hingga ke akhir hayat bukan untuk hidup sehari dua. Moga Allah beri petunjuk dan hidayahNya untuk masa depan saya yang diberkati di dunia dan akhirat. Amin." Zaid menamatkan cerita dengan penuh harapan.

Selepas berkongsi cerita Zaid saya merasa lega kerana Zaid telah bertindak wajar dengan mengehadkan batas pergaulannya dengan Diana setelah mendapat tahu wanita itu adalah isteri orang.

Juga, di sebalik rasa kecewa kerana masing-masing tidak berterus terang di peringkat awal. Apa pun, Diana dan Zaid telah melakukan yang terbaik untuk diri mereka dan keluarga.

Saya mendoakan agar Zaid dan Diana akan terus menjadi sahabat seandainya antara mereka tidak ada jodoh.

Menutup catatan, sepatah kata untuk pembaca semua, " berterus terang itu adalah jalan terbaik untuk merungkai permasalahan daripada membiarkan ia terbuku di dalam hati dan akhirnya memakan diri."

Salam

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


PPR Muhibbah terbiar kosong, usang

Posted: 19 Sep 2013 11:40 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Pemohon-PEMOHON yang masih belum mendapat rumah PPR walaupun selepas beberapa lama menghantar permohonan berkumpul di hadapan PPT Kampung Muhibbah di Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk menyuarakan masalah mereka. - UTUSAN/ NURAIN AZEMI

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Lebih 400 unit rumah yang tidak berpenghuni di Projek Perumahan Rakyat (PPR) PPR Kampung Muhibbah di Bukit Jalil didakwa berada dalam keadaan terbiar dan usang.

Penduduk berkata, terdapat lima buah blok di PPR itu tetapi ketika ini Blok F tiada langsung penghuni manakala Blok E, H, G dan J terdapat kira-kira 150 kekosongan.

Ketika tinjauan dibuat oleh Utusan Malaysia bersama beberapa penduduk, Blok F tidak boleh dimasuki kerana tangganya berpagar dan berkunci. Namun dari bawah boleh dilihat kaca tingkap dan pintunya telah rosak atau hilang.

Walaupun di luar kelihatan bersih dan terjaga, namun seperti kata orang 'jangan menilai buku daripada kulitnya' kerana di dalamnya juga didapati mengalami pelbagai kerosakan.

Difahamkan, unit-unit kosong tersebut tidak berpenghuni sejak tujuh tahun lalu hingga sekarang dan didakwa menjadi sarang penagih dadah dan lokasi pasangan remaja memadu asmara.

Tinjauan Utusan Malaysia di dalam unit-unit rumah kosong di blok-blok terbabit mendapati, tingkap, pintu, dan sink di unit-unit berkenaan telah dipecahkan manakala paip air dikatakan menjadi mangsa pencuri.

Didapati juga, kabel elektrik, telekomunikasi, dan sebagainya turut hilang manakala sesetengah unit yang kosong itu berbau busuk kerana dicemari sampah sarap.

Yang menjadi persoalan, mengapakah pihak bertanggungjawab membiarkan unit-unit terbabit terus tidak berpenghuni hingga sekarang?

Difahamkan, lebih 100 keluarga yang layak memohon unit-unit itu masih menunggu maklum balas terhadap permohonan mereka daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Seorang pemohon, Abdul Rashid Seruji, 51, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) berkata, dia telah memohon untuk tinggal di PPR sejak 2008.

"Malangnya, pihak DBKL menyatakan kepada saya bahawa permohonan masih di proses. Sehingga kini saya menyewa di sebuah rumah di Rawang dengan bayaran RM500 sebulan," katanya.

Seorang lagi pemohon, Thong Kim Seong, 71, berharap supaya pihak DBKL mempercepatkan proses permohonan mereka kerana tawaran penempatan PPR telah dikeluarkan kepadanya sejak 2010.

"Saya sekarang tinggal di rumah panjang di Jinjang Utara bersama-sama ibu yang sedang sakit dan isteri serta empat orang anak.

"Rumah itu akan dirobohkan tidak lama lagi untuk sebuah projek pembangunan, jadi di mana kami akan tinggal selepas itu jika permohonan kami masih lagi tertangguh?," soalnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan & Pembangunan Komuniti DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor apabila dihubungi berkata, pihaknya akan memberikan maklum balas mengenai isu itu dalam masa terdekat.

DBKL diminta kaji semula sistem merit

Posted: 19 Sep 2013 11:40 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta supaya mengkaji semula sistem merit yang melibatkan permohonan untuk menyewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu kota.

Difahamkan, lebih 40,000 permohonan daripada golongan miskin tegar dan rendah masih lagi tertangguh sehingga kini.

Selain itu juga, sejumlah 324 unit rumah PPR turut terbiar tanpa penghuni di PPR Kampung Muhibbah, Jalan Puchong dekat sini sejak tujuh tahun lalu hingga sekarang.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Kampung Muhibbah Fasa Dua, Mohd. Zairi Rasidi Abd. Hadi berkata, beliau mendapati sistem merit itu tidak relevan dan perlu dimansuhkan kerana menyukarkan proses permohonan, khususnya bagi golongan bumiputera yang layak.

"Ramai yang memohon unit rumah PPR daripada Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL tetapi alasan pihak terbabit mengatakan tiada kekosongan unit sedangkan masih ada banyak lagi kekosongan di sini.

"Golongan susah yang sepatutnya dapat unit PPR tetapi tidak dapat. Ini amat menghairankan kami. Sayang rumah-rumah ini dibiarkan kosong dan usang selain turut menjadi sarang penagihan dadah.

"Difahamkan, ramai yang memohon menduduki PPR di sini tetapi mereka sukar untuk mendapatkan unit terbabit," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak DBKL dapat membaiki unit-unit tersebut selain memohon menyegerakan pembinaan medan selera, gelanggang seni silat gayung, surau, dewan dan premis perniagaan di situ seperti mana yang dijanjikan untuk kemudahan penduduk.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mencadangkan supaya DBKL menyediakan kuota bagi penempatan kepada petugas keselamatan seperti polis dan bomba di setiap PPR.

Katanya, ini kerana kehadiran anggota polis yang tinggal di PPR secara tidak langsung akan membuatkan faktor keselamatan menjadi lebih baik, termasuk daripada perbuatan vandalisme.

"Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kejadian seorang kanak-kanak maut akibat tersepit di pintu lif. Selain itu, kejadian kecurian sering berlaku membabitkan kabel elektrik dan telekomunikasi telah rosak serta dicuri.

"Sehubungan itu, kami mencadangkan perkara tersebut diambil perhatian serius kerana jika ada pihak bomba, polis atau anggota keselamatan lain yang menetap di PPR, bantuan kecemasan akan tiba dengan cepat," ujarnya.

Beliau menambah, jika perkara tersebut menjadi kenyataan, ia akan menjadikan penduduk hidup dengan selesa, aman dan harmoni.

Pengusaha landskap curi air

Posted: 19 Sep 2013 11:40 AM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Sebuah kawasan landskap dan nurseri di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini diserbu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) selepas disyaki mencuri bekalan air terawat sejak tahun lalu menerusi sambungan paip yang dilakukan secara haram.

Kegiatan itu disyaki telah mengakibatkan Syabas mengalami kerugian bernilai RM145,200.

Serbuan dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Syabas bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kira-kira pukul 2.30 tengah hari ini.

Pengarah Eksekutif Syabas, Yusof Badawi berkata, siasatan mendapati premis berkenaan mendapat sumber bekalan air dari paip utama Syabas dengan membuat tiga sambungan haram.

"Melalui semakan data akaun pelanggan Syabas, premis ini mempunyai akaun yang sah dan aktif dan dipercayai digunakan untuk kegunaan harian seperti untuk kegunaan tandas.

"Sambungan bekalan air secara haram itu pula digunakan untuk menjalankan operasi harian landskap dan nurseri," katanya kepada pemberita selepas mengetuai Operasi Cegah Curi Air di sini hari ini.

Menurutnya, pada serbuan yang dijalankan hari ini, pihaknya telah mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan dan Tindakan Penguatkuasaan membuat tuntutan ganti rugi kehilangan air kepada pihak yang didapati menggunakan bekalan air terawat secara tidak sah.

"Jika sabit kesalahan, pemilik premis tersebut boleh dikenakan penalti di bawah Seksyen 123 (3) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan boleh didenda tidak melebihi RM100,00 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-dua sekali," katanya.

Dalam perkembangan lain, Yusof berkata, dari 1 Januari hingga 10 September sebanyak 2,260 aduan berhubung kes curi air diterima oleh Syabas.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 315 kes telah diklasifikasikan sebagai kes sahih dan kerugian dianggarkan berjumlah RM3.6 juta.

"Jumlah kes yang diterima menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu iaitu 730 kes sahih," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved