Jumaat, 28 Mac 2014

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


ADUN Langkap taja 14,420 naskhah Tutor untuk 24 sekolah

Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT

Sabri Mohd. Nor (lima dari kiri) menyerahkan penajaan akhbar Tutor kepada wakil pemasaran Kumpulan Utusan di Setiu, Terengganu, semalam.

SETIU 28 Mac - Akhbar Tutor semakin mendapat sambutan dalam kalangan murid sekolah di daerah ini dengan terbaharu, Ahli Dewan Undangan Negeri Langkap, Datuk Sabri Mohd Nor menaja sejumlah 14,420 naskhah Tutor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk diagihkan kepada 24 buah sekolah rendah.

Sebelum itu, akhbar pendidikan keluaran Utusan Malaysia ini dibeli oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Fikri (1,200 naskhah), PIBG SK Pancur Merah (1,400 naskhah) dan PIBG SK Putera Jaya (3,370 naskhah).

Menurut Sabri, beliau mengambil langkah membeli akhbar itu selepas mendapati Tutor amat sesuai untuk dijadikan bahan pelajaran tambahan bagi murid-murid terutamanya mereka yang belajar di sekolah pedalaman di kawasan itu.

"Dengan jumlah pembelian sebanyak itu, saya kira tiada seorang murid tahun enam di DUN (Dewan Undangan Negeri) Langkap akan tercicir tidak mendapat naskhah pendidikan ini.

"Saya berharap para guru serta murid-murid terbabit dapat menggunakan sebaik mungkin akhbar Tutor ini bagi mendapat keputusan yang terbaik dalam UPSR 2014," katanya.

Sabri yang juga Pengerusi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu berkata demikian dalam majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPSR 2013 serta Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 dan Pelancaran Akhbar Tutor UPSR di Merang Suria Resort dekat sini semalam.

Sempena program itu, beliau juga menyampaikan sumbangan RM200 setiap seorang kepada 75 murid dan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PMR tahun lepas.

Turut hadir, Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Mohd. Azmi Nazir dan Penolong Pengurus Pemasaran Wilayah Timur Utusan Melayu (M) Berhad, Munira Adnan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Peniaga mahu MPSP pasang CCTV elak kecurian daging di pasar

Posted: 28 Mar 2014 02:24 AM PDT

BUKIT MERTAJAM 28 Mac - Peniaga di Pasar Awam Sama Gagah di Permatang Pauh di sini berharap Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dapat memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar pasar berkenaan bagi mengatasi masalah kecurian bekalan daging ayam dan lembu yang di simpan dalam peti simpanan di situ.

Wakil peniaga Ahmad Asyraf Sanusi, 26, berkata, lapan peniaga terpaksa menanggung kerugian sehingga RM500 setiap kali bekalan barangan mereka dicuri.

"Boleh dikatakan selang sehari mesti ada peniaga yang bekalan ayam atau daging mereka dicuri dari peti simpanan di pasar dan terbaharu awal pagi semalam peti simpanan milik saya dipecahkan. Ia menyebabkan kira-kira lima kilogram daging yang sepatutnya dijual hilang.

"Kejadian ini kerap kali berlaku sejak kebelakangan ini malah bulan lepas pun mangga besi diumpil bagi membolehkan daging dan ayam yang diletakkan di dalam peti ini dicuri sehingga peniaga kerugian RM500," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, boleh dikatakan semua peniaga di sini pernah terkena dan pencuri itu seperti telah menyasarkan peti simpanan gerai yang mana akan dipecahkan. - BERNAMA

Lori bawa bahan kimia terbabas

Posted: 28 Mar 2014 02:21 AM PDT

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

TEMERLOH 28 Mac - Sebuah lori membawa muatan tong berisi bahan kimia dipercayai dari sebuah kilang di Gebeng terbabas mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga tong cecair itu tumpah di bahu jalan di Batu 8,Lanchang di sini hari ini.

Insiden itu menyebabkan laluan sekitar Mentakab dan Lanchang ditutup untuk semua kenderaan. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Sekolah digesa anjur kelas al-Quran, taranum - Sultan Pahang

Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT

Sultan Ahmad Shah (empat dari kanan) dan Adnan Yaakob (tiga dari kiri) bergambar bersama para pemenang Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kali Ke-57 di Kuantan, Pahang semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 28 Mac - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menyeru semua sekolah di negeri ini mengadakan kelas al-Quran dan taranum sebagai salah satu aktiviti kokurikulum.

Titah baginda, ini adalah tanggungjawab setiap sekolah dalam membentuk generasi muda yang cintakan al-Quran.

"Dengan cara ini akan dapat menarik minat kanak-kanak dan remaja untuk belajar al-Quran dari kecil lagi serta menjadikan ia sebagai budaya hidup mereka," titah Sultan Ahmad Shah.

Baginda bertitah demikian dalam majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kali Ke-57 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, malam tadi.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Pada majlis tilawah tahun ini, Ahmad Naeim Mohd. Mat Isa dari Jerantut muncul johan bagi kategori qari manakala Nur Hafizah Ahmad Tajudin dari Bera menjadi johan kategori qariah.

Kedua-dua mereka membawa pulang wang tunai RM7,000, piala pusingan, hadiah iringan dan sijil penyertaan.

Sultan Ahmad Shah bertitah, al-Quran adalah wahyu dan mukjizat yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW untuk dipelajari oleh umat Islam.

"Oleh yang demikian, sebagai seorang umat Islam yang beriman dengan al-Quran mesti menjadikan kitab suci itu sebagai bacaan dan rujukan utama dalam kehidupan.

"Hayatilah maksud dan ilmu yang terkandung dalam ayat-ayat suci al-Quran untuk dijadikan renungan dan pedoman setiap masa," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah bertitah, umat Islam sewajarnya mempelajari dan memahami sejarah kegemilangan Islam kerana pada masa itu penguasaan ilmu sains yang digabungkan dengan ketakwaan telah meletakkan Islam di tempat yang tertinggi.

13 tong cecair kimia tercampak dari treler

Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT

Sebahagian daripada 13 tong berisi cecair kimia yang tercampak dari sebuah treler di Temerloh, Pahang semalam.

TEMERLOH 28 Mac - Sebanyak 13 tong bahan kimia cecair yang dibawa dari kilang pengeluaran nadir bumi, Lynas tercampak dari sebuah treler ketika dalam perjalanan dari Gebeng, Kuantan ke Pelabuhan Klang hari ini.

Kejadian yang berlaku di Kilometer 149, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Lanchang itu menyebabkan laluan kedua-dua arah ditutup sepenuhnya dari pukul 9.30 pagi hingga pukul 2 petang.

Bagaimanapun, laluan berkenaan dibuka semula kepada semua kenderaan pada pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Menurutnya, pihak Lynas dengan bantuan Jabatan Alam Sekitar dan Bomba telah membersih dan meneutralkan kawasan tumpahan cecair berkenaan.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada pihak Lynas dan Jabatan Alam Sekitar, bahan kimia itu tidak merebak melalui udara atau tertumpah ke dalam parit atau sungai berhampiran.

"Penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan itu tidak perlu bimbang kerana keadaan terkawal dan bahan kimia berkenaan tidak berbahaya kerana hanya menyebabkan kegatalan sekiranya tersentuh," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, kes tersebut disiasat mengikut Peraturan 19 Kaedah Lalu Lintas kerana membawa muatan secara berbahaya dan pemandu treler yang berumur 40 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Rakyat Malaysia antara yang terperangkap kepungan Taliban

Posted: 28 Mar 2014 12:15 PM PDT

KABUL 29 Mac - Seorang rakyat Malaysia bersama tiga rakyat asing terperangkap di dalam sebuah rumah tumpangan di kabul semalam selepas sekumpulan lelaki dari kumpulan militan Taliban bersenjata mengepung bangunan tersebut, kata polis.

Seorang saksi dari agensi berita Reuters yang menyaksikan kejadian mendapati terdapat kira-kira 20 orang individu yang didapati bukan rakyat Afghanistan telah dipindahkan dari rumah tumpangan di dalam sebuah kawasan kediaman mewah di ibu negara, kebanyakan mereka kelihatan takut dan terkejut.

Satu pertembungan bersenjata tercetus selepas seorang pengebum berani mati Taliban telah meletupkan dirinya di luar bangunan dan kumpulan militan itu meluru masuk ke dalam dan pertempuran bersenjata tercetus di dalam kawasan tersebut lebih daripada sejam selepas letupan awal berlaku. - REUTERS

UNGA tolak pungutan suara Crimea

Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT

NEW YORK 28 Mac - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), semalam menerima satu usul resolusi Ukraine yang mengisytiharkan pemisahan Crimea melalui pungutan suara sebagai tidak sah dan tidak mengiktiraf penggabungan wilayah autonomi itu dengan Rusia.

Resolusi yang tidak boleh dilaksanakan sebagai undang-undang itu, diluluskan selepas memperoleh 100 undi sokongan berbanding 11 undi menentang dan lebih 20 negara anggota mengambil pendekatan berkecuali.

Negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan negara-negara Barat menyatakan sokongan terhadap usul itu manakala negara yang menentang adalah Belarus, Bolivia, Cuba, Korea Utara, Rusia, Nicaragua, Sudan, Syria, Venezuela and Zimbabwe.

Kiev yang mengusulkan resolusi itu, mendesak masyarakat antarabangsa memberi sokongan terhadap usul berkenaan bagi menghalang pencerobohan Rusia ke atas wilayah Crimea yang terletak di timur Ukraine.

Rusia semalam dilaporkan menempatkan kira-kira 100,000 askar di sempadan Ukraine dan didakwa bakal melancarkan serangan pada bila-bila masa.

Menteri Luar Ukraine, Andriy Deshchytsya yakin sokongan yang diperoleh akan membantu menyekat sebarang tindakan agresif Moscow.

"Usul terbabit memberi mesej jelas kepada Rusia bahawa masyarakat dunia tidak akan membenarkan krisis yang berlaku di Crimea mencabar undang-undang antarabangsa," katanya di UNGA.

Resolusi itu mengulangi pendirian Ukraine yang tidak mengiktiraf pungutan suara di Crimea pada 16 Mac lalu dan meminta negara anggota lain mengambil pendirian sama.

Diplomat negara Barat yang lain mahu undi majoriti itu memberi tekanan kepada Rusia, namun kebimbangan timbul ekoran kemungkinan jumlah tinggi negara anggota mengambil pendekatan berkecuali.

Usul yang hampir sama pernah dikemukakan oleh Amerika Syarikat (AS) kepada Majlis Keselamatan PBB pada 19 Mac lalu, namun ditolak selepas Rusia menggunakan kuasa veto.

Bagaimanapun, Moscow mengkritik usul terbabit yang tidak mengiktiraf pungutan suara Crimea dan menuduh negara Barat menggunakan ugutan bagi mendapatkan sokongan.

- AFP/REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pasangan Malaysia dipenjara

Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT

Oleh FAIZAH IZZANI
pengarang@utusan.com.my

ZIZUL Raheem Awaludin (belakang, kanan) dan Shalwati Nor Shal (belakang, dua kanan) bergambar bersama anak-anak mereka, Ammar (kiri), Aishah, Arif (depan, tengah) dan Adam semasa di Sweden.

KUALA LUMPUR 28 Mac - Pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awaludin, 38, dan isteri, Shalwati Nor Shal, 46, yang didakwa mendera anak-anak mereka di Stockholm, Sweden pada Februari lalu masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 10 dan 14 bulan oleh Mahkamah Daerah Solna hari ini.

Mahkamah juga memerintahkan Shalwati dan Azizul Raheem masing-masing membayar ganti rugi 67,200 SEK (RM33,900) dan 36,400 SEK (RM18,362) kepada empat anak mereka.

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat mengesahkan keputusan itu berdasarkan kenyataan penghakiman mahkamah berkenaan yang diserahkan kepada wakil misi khas SukaGuam di Stockholm.

Menurut kenyataan penghakiman itu, Azizul Raheem didapati bersalah atas pertuduhan mencabul integriti anak lelaki mereka, Ammar, 13, serta mendera Aishah, 15, dan Adam, 12.

Bagaimanapun Azizul Raheem bebas daripada sebarang pertuduhan melakukan kesalahan terhadap anak bongsu mereka, Arif yang berusia lapan tahun.

Sementara itu, Shalwati pula didapati bersalah kerana mencabul integriti Aishah dan Ammar serta mendera dua lagi anak mereka.

Selain itu, pasangan tersebut diarahkan membayar pampasan kepada kanak-kanak terlibat bagi kesalahan yang diputuskan mahkamah berkenaan.

Menurut hujah penghakiman yang dibentangkan oleh Hakim Mattias Moller, mahkamah mendapati keterangan yang diberikan keempat-empat anak pasangan itu sebelum ini mempunyai kredibiliti.

Jelas Moller dalam keputusan itu, tiada sebarang hujah tepat bagi menyokong idea bahawa kanak-kanak tersebut mahu menjejaskan ibu bapa mereka dengan memberi maklumat tidak benar kepada pihak polis berhubung tindakan pasangan itu.

"Walaupun tiada bukti sokongan melalui bentuk pemerhatian perubatan, butir-butir yang diberi kanak-kanak itu adalah disahkan termasuk dengan keterangan oleh saksi mengenai apa yang dirahsiakan kanak-kanak itu," katanya.

Menurut Moller, walaupun kekasaran yang dilakukan terhadap kanak-kanak itu bersifat kecil, kesalahan tersebut diputuskan mahkamah sebagai satu pencabulan serius terhadap integriti mereka yang melibatkan keganasan berulang dan sistematik.

Agensi berita AFP melaporkan, Moeller memberitahu agensi berita TT: "Kami telah menganalisis beberapa video rakaman temu bual antara pihak polis dengan kanak-kanak itu selama 30 jam. Ia memberikan satu gambaran yang sangat kuat."

Kes itu telah mengejutkan beberapa pakar hak asasi kanak-kanak di Sweden dan mencetuskan kemarahan penduduk di Malaysia yang mana tindakan memukul kanak-kanak bukan satu jenayah.

Sweden merupakan negara pertama di dunia yang mengharamkan tindakan memukul kanak-kanak pada 1979 dan kemudian tindakan itu turut diikuti 36 negara lain.

Sementara itu, Khairul Anwar memaklumkan pasangan tersebut kini dalam rayuan bagi meringankan hukuman.

Kata Khairul Anwar, Shalwati mungkin hanya perlu menjalani hukuman penjara selama tujuh bulan sementara suaminya pula hanya berhadapan dengan penjara selama tiga bulan.

Pada 10 Februari lalu, Azizul Raheem dan Shalwati didakwa atas pelbagai pertuduhan mencabul integriti kanak-kanak dengan cara memukul dan mendera anak-anak mereka.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di kediaman mereka di Spanga, di pinggir bandar Stockholm di antara 15 September 2010 dan 17 Disember tahun lalu.

Perbicaraan di mahkamah itu bermula pada 18 Februari dan berakhir pada 14 Mac lalu.

Berikutan penahanan pasangan itu, empat anak mereka diletakkan di bawah jagaan sementara keluarga angkat bukan Islam di Sweden sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Kini, keempat-empat anak pasangan itu diletakkan di bawah jagaan ibu saudara mereka di Wakaf Tok Wali, Melor, Kelantan.

Keluarga Azizul, Shalwati reda keputusan mahkamah Solna

Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT

KOTA BHARU 28 Mac - Seluruh keluarga Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Nor Shal reda menerima keputusan Mahkamah Daerah Solna, Stockholm memenjarakan pasangan tersebut atas pertuduhan mencabul integriti kanak-kanak dengan memukul dan mendera walaupun pahit untuk diterima mereka.

Shaleena, 43, adik kepada Shalwati berkata, keputusan itu telah dijangka oleh mereka sekeluarga namun sebagai manusia biasa perasaan sedih itu tetap ada apabila dimaklumkan oleh abangnya, Badrul Hisham Mahzan, 55, yang kini berada di Sweden melalui aplikasi WhatApps kira-kira pukul 6.15 petang tadi.

Katanya, hukuman penjara tersebut boleh dikatakan minimum kerana pihak pendakwa raya sebelum itu memohon mahkamah memenjarakan pasangan tersebut untuk tempoh dua tahun enam bulan dan jika berkelakuan baik, hukuman tersebut mungkin boleh dikurangkan lagi.

"Ketika berpeluang bertemu mereka di sana, saya lihat mereka tabah mengharungi dugaan tersebut. Walaupun abang saya belum berpeluang memberitahu tentang keputusan mahkamah tersebut, tetapi saya pasti mereka berdua reda dengan keputusan mahkamah itu. Pun begitu, kami akan tetap membuat rayuan agar hukuman itu dapat dikurangkan lagi.

"Apa yang membimbangkan saya kini, bagaimana mahu memaklumkan kepada keempat-empat anak Azizul dan Shalwati. Saya bimbang mereka tidak boleh terima keputusan ini dan akan menyalahkan diri masing-masing," katanya sambil menahan sebak ketika ditemui pemberita selepas mengetahui keputusan mahkamah di Wakaf Tok Wali, Melor, Kelantan.

Pada 10 Februari lalu, Azizul Raheem dan Shalwati didakwa atas pelbagai pertuduhan mencabul integriti kanak-kanak dengan cara memukul dan mendera anak-anak mereka.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di kediaman mereka di Spanga, di pinggir bandar Stockholm di antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mattias Moller di Mahkamah Daerah Solna, Stockholm bermula pada 18 Februari dan berakhir pada 14 Mac lalu.

Memandangkan Sweden telah mengharamkan hukuman membabitkan fizikal sejak 1979, ini bermakna Azizul Raheem dan Shalwati berhadapan dengan hukuman penjara maksimum enam tahun sekiranya didapati bersalah atas tuduhan memukul anak-anak mereka.

Shaleena berkata, dia bercadang untuk memberitahu keempat-empat anak pasangan itu selepas solat maghrib kerana mengharapkan mereka berada dalam keadaan tenang ketika masih berwuduk.

Walau bagaimanapun ketika media berhasrat untuk bertemu dengan adik-beradik tersebut, Shaleena enggan membenarkan pemberita menemu bual mereka.

Azizul Raheem yang merupakan Pengarah Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Disember tahun lalu untuk membantu siasatan kerana didakwa memukul tangan salah seorang anak mereka yang tidak bersolat.

Berikutan penahanan itu, empat anak mereka diletakkan di bawah jagaan sementara keluarga angkat bukan Islam di Sweden sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Kini keempat-empat anak pasangan itu, Aishah, 15, Ammar, 13, Adam, 12, dan Arif, 8, diletakkan di bawah jagaan ibu saudara mereka di Wakaf Tok Wali.

Pada 9 Februari lalu, Aishah dan Ammar memulakan sesi persekolahan mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Kala, manakala Adam serta Arif di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kala yang terletak berhampiran kediaman penjaga mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Anne Hathaway dipatuk burung

Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT

Anne Hathaway bergambar ketika dipatuk burung kakak tua dalam majlis perasmian Walk of Fame di Miami, Amerika Syarikat, baru-baru ini. - AGENSI

LOS ANGELES - Aktres Hollywood, Anne Hathaway dipatuk burung kakak tua di bahagian kepalanya ketika dia bergambar dengan burung itu dalam sebuah majlis perasmian Walk of Fame di Miami, baru-baru ini.

Menurut laman web, webpronews.com, burung kakak tua berkenaan diletakkan di bahu Hathaway ketika haiwan itu mula mengutil rambut dan kulit kepalanya dengan paruh, namun aktres tersebut bersikap profesional dan terus bergambar dengan burung itu.

Burung kakak tua itu kemudian dibawa pergi dan digantikan dengan tenggiling putih sebelum haiwan itu menyondol telinga aktres itu dan menyebabkan Hathaway berteriak.

Beberapa aktor filem animasi, Rio 2 turut berada di tempat kejadian antaranya Jamie Foxx, Kristen Chenoworth dan Jemaine Clement.

Hathaway turut meminjamkan suaranya untuk filem animasi tersebut untuk watak Jewel yang merupakan burung kakak tua.

Rindu semangat pertandingan

Posted: 27 Mar 2014 11:17 PM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar Wahidin Salim dan NOORADZRENE MOHD. NOOR

MARCELL sangat profesional dalam kerjayanya dan ia membuatkan Dayang serasi dengannya.

STATUS sebagai salah seorang penyanyi lama yang masih bertahan dalam industri muzik tempatan sedikit pun tidak melunturkan semangat Dayang Nurfaizah, 33, untuk terus memberi saingan kepada puluhan artis wanita baharu sedia ada.

Malah, senario tersebut lebih membuatkan semangatnya berkobar-kobar untuk terus bersaing sekalipun di pentas pertandingan seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) yang diterbitkan oleh TV3, mahupun program realiti televisyen.

Berkesempatan bertemu dengan penyanyi bertubuh genit itu ketika dia sibuk menjalani latihan vokal sempena konsert Pesona Cinta baru-baru ini, Dayang berkata, pentas pertandingan menjadikan dirinya lebih matang, sekali gus mampu menimba pelbagai ilmu berkaitan muzik.

Walaupun 15 tahun saya berada dalam industri ini, tidak bermakna saya boleh mendabik dada dengan penyanyi muda. Malah, masih banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari demi meningkatkan kredibiliti sebagai penyanyi.

Tidak semestinya penyanyi lama itu hanya boleh menimba ilmu daripada penyanyi yang lebih berpengalaman, akan tetapi ia juga boleh diperoleh daripada penyanyi baharu.

Ini kerana, setiap orang mempunyai pandangan berbeza terhadap muzik kerana ia bersifat universal. Tambahan pula, dengan kecanggihan teknologi yang sentiasa berubah-ubah dan segala maklumat berada di hujung jari, kadang kala pendapat anak muda lebih informatif berbanding yang tua," katanya.

Menyentuh mengenai tindakan beberapa artis lama yang menarik diri daripada AJL, Dayang tidak mahu mengulas lanjut perkara tersebut dan beranggapan mungkin penyanyi yang dimaksudkan mempunyai alasan mereka yang tersendiri.

Setiap penyanyi mempunyai strategi tersendiri dalam merangka perjalanan seni masing-masing. Mungkin mereka ada sebab tertentu berbuat demikian dan ia haruslah dihormati. Bagi saya, selagi ada pertandingan yang membenarkan saya menyertainya, insya-Allah saya akan cuba," ujarnya yang pernah memenangi kategori balada pada AJL16 menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta dan kategori etnik kreatif pada AJL19 menerusi lagu Erti Hidup.

Dayang rindu Marcell

Empat tahun lalu, peminat pernah disajikan persembahan bertenaga gabungan penyanyi dua negara iaitu Dayang berserta pasangan duetnya menerusi lagu Sayang iaitu Marcell Siahaan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

Penangan lagu duet yang begitu catchy itu ditambah pula dengan kredibiliti kedua-dua penyanyi hebat berkenaan, ternyata persembahan mini tersebut berjaya mendapat reaksi positif daripada para peminat mereka.

Walaupun dianjurkan dalam skala kecil, Dayang amat berpuas hati dengan penganjurannya kerana dapat menghiburkan hampir 300 pengunjung yang memenuhi pusat hiburan terbabit.

Sejak itu, Dayang mula menyedari keserasiannya bekerjasama dengan Marcell dan mendambakan agar momen indah itu dapat berulang untuk ke sekian kalinya jika ada rezeki.

Tanpa diduga, ibarat pucuk dicita ulam mendatang, tawaran untuk kembali beraksi sepentas dengan penyanyi kelahiran Bandung, Indonesia itu dimakbulkan apabila Jag Event selaku penganjur konsert Pesona Cinta, tampil menawarkan peluang tersebut kepada penyanyi bersuara gemersik itu.

Malah, pemilihan Panggung Sari Istana Budaya sebagai lokasi konsert itu juga amat mengujakan Dayang kerana tidak menduga impian untuk mengadakan persembahan di situ tercapai walaupun hakikatnya dia terpaksa berkongsi pentas dengan Marcell.

Sebelum ini saya pernah mengadakan persembahan di Istana Budaya tetapi sebagai penyanyi undangan sahaja. Berlainan dengan konsert ini di mana saya adalah bintangnya," kata Dayang berseloroh.

Justeru, Dayang amat berharap agar peminatnya dan Marcell dapat meluangkan masa pada Sabtu ini untuk hadir menyaksikan persembahan mereka berdua di pentas berprestij dunia itu.

Saya akan menyampaikan sekurang-kurangnya 10 lagu popular nyanyian saya dan begitu juga dengan Marcell. Kami juga sudah pasti akan mendendangkan lagu hit kami iaitu Sayang dan juga akan berpadu suara menerusi lagu Hanya Memuji.

Walaupun hanya sehari sahaja, saya bersyukur kerana ia lebih menyenangkan, kurang tekanan dan tidak memenatkan berbanding konsert yang memakan masa dua tiga hari. Tetapi, jika diberi peluang untuk menjayakan konsert dengan skala yang lebih besar, pastinya ia tidak akan dilepaskan," tambah Dayang yang kini sedang popular dengan lagu Di Pintu Syurga.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Media barat cuba burukkan keadaan?

Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT

Oleh Salleh Buang

Seorang pembeli surat khabar menunjukkan laporan berita mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airline (MAS) MH370 yang turut membabitkan lebih 150 rakyat negara itu di Beijing, China pada 10 Mac lalu. - AGENSI

SAYA tidak pasti jika ada mana-mana negara di luar sana yang bercita-cita mahukan hubungan antara negara ini dengan China menjadi buruk dan meruncing.

Tetapi laporan sesetengah media barat kecenderungannya memang ada. Jika kita lihat cara mereka melaporkan isu-isu tertentu melibatkan kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu hingga ke hari ini, ia seolah-olah mahu menyalakan api kemarahan dan kebencian rakyat negara berkenaan terhadap negara ini.

Protes jalanan yang tidak dihalang?

Dalam siarannya pada 25 Mac lalu, Cable News Network (CNN) menyatakan lebih 300 ahli keluarga dan saudara mara penumpang penerbangan MH370 telah mengadakan protes jalanan di Beijing untuk meluahkan rasa marah dan kecewa mereka terhadap pihak berkuasa Malaysia.

Mengikut portal ABC NEWS pula, wakil ahli keluarga yang menyertai protes jalanan itu ada mengeluarkan kenyataan berbunyi, antara lain, bahawa kerajaan Malaysia telah menyembunyikan dan sengaja lewat mendedahkan maklumat kepada ahli keluarga dan seluruh dunia. Kenyataan itu selanjutnya berbunyi - "Sekiranya 154 nyawa orang yang kita kasihi hilang, maka MAS, kerajaan Malaysia dan angkatan bersenjatalah yang sebenarnya pembunuh orang yang kita kasihi".

Akhbar berpengaruh Washington Post juga ada menyiarkan berita protes jalanan ini. Dalam laporannya bertarikh 25 Mac lalu, di bawah tajuk Flight 370 families in China boil in anger, march on Malaysian Embassy, portalnya menyatakan - Days of anxious waiting and simmering anger exploded into full-blown outrage Tuesday as relatives of Chinese passengers on the missing Malaysia Airlines Flight 370 marched to the Malaysian Embassy in Beijing to demand answers.

Bila kita baca sepenuhnya berita itu, mesej yang hendak disampaikan oleh akhbar itu adalah bahawa protes jalanan oleh ahli keluarga penumpang MH370 itu direstui oleh pihak berkuasa atau kerajaan China. Akhbar Washington Post menyebut protes ini sebagai sebagai satu protes yang direstui oleh pemerintah ("A state-sanctioned protest").

Walaupun lazimnya protes jalanan tidak dibenarkan kerana ia diharamkan di negara itu, akhbar itu menyatakan bahawa pada kali ini protes itu mendapat restu dan sokongan pihak-pihak tertentu, dan polis yang berada di situ juga tidak menghalang, malah membenarkan mereka maju mendekati kedutaan Malaysia dan mengeluarkan kenyataan mereka.

Isu pesanan ringkas

Dalam satu laporan berasingan, CNN merujuk kepada penghantaran khdimat pesanan ringkas (SMS) oleh MAS kepada ahli keluarga penumpang yang hilang, di mana pihak MAS menyatakan - Malaysia Airlines deeply regrets that we have to assume beyond any reasonable doubt that MH370 has been lost and that none of those on board survived. As you will hear in the next hour from Malaysias Prime Minster we must now accept all evidence suggests the plane went down in the southern Indian Ocean.

Laporan CNN itu juga memetik Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, pihaknya telah mencuba sebaik mungkin menghubungi ahli keluarga secara peribadi atau menerusi telefon tetapi gagal. Sebagai langkah tambahan MAS menghantar pesanan ringkas itu kepada hampir 1,000 ahli keluarga, agar mereka mengetahuinya secara langsung dari MAS sebelum perkara yang sama diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada media dan seluruh dunia.

Dalam pada itu, CNN memetik pakar undang-undang penerbangan dan perunding krisis, Robert Alpert Sr. yang menyatakan bahawa perbuatan memaklumkan pihak lain tentang satu perkara seburuk itu menerusi pesanan ringkas adalah satu tindakan yang "tidak sensitif, tidak sesuai dan amat tidak produktif dalam usaha membina semula imej dan kredibiliti kita".

CNN juga memetik pakar psikologi, Erik Fisher yang berkata bahawa MAS gagal memikirkan sepenuhnya impak pesanan ringkas itu kepada emosi penerimanya, sebaliknya hanya mementingkan berapa cepat berita itu dapat disampaikan kepada ahli keluarga penumpang.

Dalam siaran terbarunya pada 27 Mac lalu, di bawah tajuk berita China treads carefully amid the anger and grief of MH370 relatives CNN menyatakan bahawa dalam beberapa hari kebelakangan ini, ahli keluarga 154 penumpang warga China di pesawat MH370 itu berada dalam keadaan marah dan sedih menanti hasil usaha mencari dan menyelamatkan (SAR) yang dijalankan selama ini tapi masih belum berhasil.

CNN juga menyiarkan semula luahan rasa hati Zhang Ziyi, artis terkenal China, bila seniwati itu menyatakan dalam media sosial "Kerajaan Malaysia, anda salah kerana tidak menghormati nyawa. Anda salah kerana tidak menghormati usaha mencari kebenaran".

CNN turut menyiarkan semula kata-kata seorang seniman veteran, Chen Kun, yang mempunyai 72 orang pengikutnya dalam media sosial Weibo, yang mendesak agar satu tindakan tegas diambil terhadap Malaysia.

Kata seniman ini - "Disebabkan segala pembohongan oleh kerajaan Malaysia dan MAS, dan kelakuannya yang tidak menghormati rakyat kita, saya seru anda semua untuk memboikot apa jua barang komersial dan program pelancongan yang ada kaitan dengan Malaysia. Bukan hanya sekarang tetapi untuk selama-lamanya".

CNN merumuskan bahawa reaksi orang awam yang penuh emosi itu telah memberi tekanan besar kepada kerajaan China.

CNN juga memetik Victor Zhikai Gao, seorang personaliti yang berpengaruh di negara itu, yang berpendapat bahawa rakyat negara itu khuatir kerajaan Malaysia tidak mendedahkan segala-galanya dan tidak telus sejak dari mula. Kontradiksi dalam memberi maklumat, yang didedahkan sedikit demi sedikit, satu demi satu, menunjukkan niat sengaja menyembunyikan maklumat, setidak-tidaknya membayangkan sikap tidak telus serta keengganan mendedahkan maklumat sepenuhnya".

Sambil mengakui bahawa hubungan Beijing dengan Kuala Lumpur selama ini adalah akrab dan mesra walaupun ada tuntutan bertindih melibatkan sekumpulan pulau di Laut China Selatan, CNN menyatakan - "Masa akan memberitahu kita sama ada kerajaan Malaysia boleh melakukan sesuatu yang lebih baik dalam menangani insiden yang tragis ini. Buat masa ini, kita harap Malaysia akan bersedia mendedahkan semua data dan maklumat yang mereka miliki".

Tidak percaya

Sehari sebelumnya, pada 26 Mac 2014, CNN ada menemubual seorang wanita rakyat negara China bernama Cheng Li Peng di Kuala Lumpur. Suaminya adalah salah seorang penumpang MH370. Wanita itu memberitahu CNN - "Saya tak boleh percaya kerajaan Malaysia. Saya tak boleh buat apa-apa sekarang, kerana sentiasa memikirkan tentang suami dan anak-anak saya. Kepala saya berserabut..

Cheng mendakwa kerajaan Malaysia telah berbohong (They have been hiding the truth).

Katanya, kerajaan Malaysia tahu apa sebenarnya yang berlaku tapi mereka lambat bertindak dan hilang peluang keemasan untuk menjalankan pencarian yang boleh mendatangkan hasil.

Media beretika

Media yang bertanggungjawab adalah media yang menyampaikan berita secara beretika. Yang disampaikan adalah berita, iaitu fakta yang sudah disahkan sebagai betul dan tepat.

Sepatutnya, yang disiarkan bukan spekulasi dan ramalan yang belum tentu sahih atau berasas, jauh sekali kenyataan atau tohmahan yang mengapi-apikan rasa marah atau benci pihak tertentu terhadap pihak lain.

Jika sesuatu yang hendak disiarkan itu adalah komen atau pandangan, dan bukan fakta, media yang bertanggungjawab akan terlebih dahulu memastikan bahawa komen atau pandangan itulah adalah jujur, berasaskan fakta yang betul, dan dibuat secara suci hati, demi kebajikan dan kebaikan, bukan untuk memburukkan situasi yang ada - apatah lagi melaga-lagakan satu kaum dengan kaum lain, atau satu negara dengan negara lain.

Bila kita baca apa yang disiarkan oleh sesetengah media luar negara, kita perlu tanya diri kita dulu - Apakah kita sudah 100% yakin media berkenaan itu tidak punyai agenda tersembunyi terhadap negara kita, atau masyarakat kita? Fikirkanlah.

Jangan semarak api kebencian

Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT

Najib Tun Razak bersama pengacara rancangan bual bicara Assalammualaikum, Amin Idris ketika menyampaikan perutusan sempena sambutan Program Dakwah Negara Tahun 2014 di stesen TV AlHijrah, Kuala Lumpur pada 12 Mac lalu. - UTUSAN/ABDUL NAZIR MOHAMED

SEGALA puji-pujian dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT atas segala nikmat dan berkat terhadap Malaysia dan seluruh rakyatnya. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad SAW yang menjadi rahmat buat seluruh alam.

Sambutan Bulan Dakwah Negara mula dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) pada 1978, iaitu empat tahun selepas ayahanda saya menubuhkan Yayasan ini pada tahun 1974.

Sambutan ini bertujuan menyemarakkan agenda dakwah Islamiah dan Islahiah demi meratakan kefahaman yang tuntas mengenai Islam, serta memperbetulkan salah tanggap terhadap agama tercinta ini.

Alhamdulillah, tahun ini genap 40 tahun Yadim di persada dakwah dan buat kesekian kalinya kesinambungan penganjuran Program Dakwah Negara diteruskan dengan tema, "Kasih Sayang Disemai, Perpaduan Dituai".

Ini untuk menzahirkan bahawa sesungguhnya Islam adalah agama yang menganjurkan kasih sayang sebagai asas kesatuan dan perpaduan ummah.

Makna ummah yang saya ungkapkan di sini tidak terbatas kepada umat Islam semata-mata tetapi merangkumi rakyat Malaysia keseluruhannya. Ini sejajar dengan maksud Ummah yang pertama kali digunakan tatkala Piagam Madinah dibentuk oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW bagi menyatukan seluruh bangsa, tidak kira Arab mahupun Yahudi bukan Islam yang menempati bumi Madinah.

Teras kepada penyatuan dan perpaduan ummah di Madinah adalah kasih sayang atau Mahabbah yang didasari dengan kefahaman mengenai hak dan tanggungjawab setiap warga terhadap negaranya.

Kasih sayang dalam Islam tidak mengenal sama ada seseorang itu Muslim atau sebaliknya. Kepimpinan Rasulullah SAW sebagai model pemimpin teragung membuktikan bahawa kesatuan dan perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan agama mampu dicapai melalui penyemaian kasih sayang di kalangan ummah.

Sejak akhir-akhir ini, kemelut perpecahan di kalangan ummah tampak bagai putik-putik yang semakin memekar. Seolah-olah menggambarkan kasih sayang kian dikesampingkan dalam mendepani isu-isu yang tidak kunjung putus.

Perbezaan yang kadang-kala sengaja diperbesarkan bahkan disemarakkan dengan api kebencian dan nilai prejudis sesama kita. Sekiranya dibiarkan berterusan, bukan sahaja ikatan kesatuan dan perpaduan ummah mampu terlerai, bahkan negara bakal berdepan dengan porak-peranda.

Kita harus meyakini Islam sebagai agama syumul yang menjadi nizamul hayah, yakni tatacara kehidupan. Islam sebagai agama rahmah, menganjurkan kasih sayang dalam setiap tindak tanduk kita. Kasih sayang yang disemai tentulah akan melahirkan watak-watak dengan sikap yang terhormat. Inilah asas kepada kesatuan dan perpaduan yang ingin kita tuai bersama.

Al-Quran menganjurkan kepada kita untuk menyayangi sesama manusia seperti mana Allah SWT menyayangi kita. Seperti mana sabdaan Rasulullah SAW bahawa "Iman kita tidak sempurna sekiranya kita tidak menyayangi orang lain sebagaimana kita menyayangi diri kita sendiri."

Justeru, saya menyokong dan mendokong penuh penganjuran program-program dakwah yang telah disusun dan direncanakan sepanjang tahun 2014.

Diharapkan melalui program-program yang diatur akan memberi ruang dan peluang terbaik untuk kita bersama meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan Islam sebagai agama kasih sayang demi kesatuan dan perpaduan ummah.

Syabas dan tahniah kepada Yadim dan seluruh agensi kerajaan serta juga Majlis dan Jabatan Agama negeri-negeri yang berpadu tenaga dalam penganjuran program ini. Juga semua pihak yang bersama-sama menyumbang kepada program-program dakwah negara.

Saya doakan agar ia berjalan lancar dan mencapai objektif dengan impak yang positif kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pada kesempatan ini juga, saya berharap seluruh rakyat Malaysia bersama-sama meraikan dan menyemarakkan tahun 2014 dengan semangat dakwah; kita semaikan kasih sayang antara kita, Insya-Allah, moga akhirnya perpaduan dapat sama-sama dituai.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Saya tak layak terima harta atuk

Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT

APALAH erti kasih sayang jika tidak disertakan dengan keikhlasan dan ketelusan dalam ikatan keluarga yang suci.

Biarpun hubungan telah bertahun-tahun terjalin, dididik dan dibesarkan bersama bagaikan saudara kandung, jika tidak disertakan dengan keikhlasan pasti tidak akan sampai ke mana apabila harta menjadi taruhan.

Inilah kisah minggu ini yang ingin saya kongsi dengan pembaca kiriman Hidayah (bukan nama sebenar). Kata Hidayah, bukan niat mengaibkan sesiapa tetapi ia sebagai iktibar untuk kehidupan mendatang.

Begini kisahnya:

"Saya seorang suri rumah, telah berkahwin dengan seorang penjawat awam sejak 30 tahun lalu dan dikurniakan empat orang anak (seorang lelaki dan tiga perempuan) serta dikurniakan dua orang cucu. Rumah tangga saya aman bahagia, alhamdulillah.

"Saya dilahir dan dibesarkan oleh atuk sebelah ibu. Menurut atuk yang saya panggil bapa, saya diserahkan oleh bapa dua hari selepas ibu saya Mahani (bukan nama sebenar) melahirkan saya lebih kurang 45 tahun lalu.

"Sejak itu, saya hidup bersama ibu saudara seramai enam orang, manakala bapa saudara yang sulung dipelihara pula oleh datuk sebelah bapa.

"Saya tidak nampak cara atuk membesarkan saya dengan anak-anaknya berbeza tetapi yang saya perasan, saya dibesarkan bersama dengan ibu saudara bongsu yang saya panggil busu Linda sebab kami sebaya.

"Kalau saya meminta dengan nenek 10 perkara, saya hanya akan dapat satu sahaja, berbanding busu Linda yang akan dapat sembilan. Manakala atuk lelaki tidak pula membeza-bezakan layanan kepada kami berdua, mungkin kerana dia mempunyai tiga orang isteri.

"Walaupun begitu saya bersyukur kerana dapat membesar juga seperti anak-anak lain, banyak kenangan pahit hidup bersama ibu saudara yang bongsu ini berbanding yang lain.

"Mungkin kerana kami sebaya menjadikan keadaan seperti itu, sementara ibu saudara lain kesemuanya sudah matang. Busu Linda pandai mengambil hati kakak-kakaknya yang telah berkahwin. Apabila mereka balik ke kampung dia berpura-pura rajin, pada hal selalunya saya yang buat semua kerja di rumah.

"Dia akan menjadi rajin yang luar biasa, mengemas, membasuh pinggan mangkuk dan menyapu halaman rumah dan macam-macam lagi. Seolah-olah selama ini, dia seorang sahaja yang buat semua kerja di rumah.

"Sudah tentu kakak-kakaknya percaya dengan kerajinannya dan saya menjadi mangsa dikatakan tidak membantu langsung dalam menguruskan rumah.

"Kadang-kadang saya ditinggalkan seorang diri di rumah yang agak jauh dari rumah-rumah jiran apabila atuk dan nenek membawa busu berjalan ke rumah adik beradiknya.

"Walaupun takut, saya diamkan saja. Bayangkan saya seorang di rumah sedangkan macam-macam kejadian berlaku di kampung termasuk pemuda nakal yang suka mengganggu anak dara."Pernah sekali saya diintip ketika mandi. Saya menjerit dan berlari ke atas rumah dalam keadaan takut. Banyak lagi perangai Busu Linda yang saya terguris hati tetapi biarlah saya simpan sendiri. Buruk macam mana pun, dia tetap ibu saudara yang perlu saya hormati.

"Saya juga pernah membela anak-anak ibu saudara selepas saya tamat SRP dan berhenti sekolah. Semasa di sekolah dahulu, saya menghadapi masalah untuk mendapatkan keperluan sekolah. Apa yang saya minta semua tidak dapat.

"Atuk dan nenek saya cukup teliti tentang duit. Saya pula jarang dapat bermain dengan kawan-kawan selepas sekolah seperti budak-budak lain.

"Sebab saya ada kerja yang perlu dibuat, saya mesti cari kayu, mengangkut air dari perigi untuk keperluan di rumah.

Alhamdulillah, penyeksaan itu semua tidak lama. Syukur saya dilamar oleh seorang pemuda ketika berusia 20 tahun. Setelah berfikir semasak-masaknya dan mengenangkan nasib saya di rumah, maka saya menerima lamaran pemuda itu dengan hati terbuka. Harapan saya semoga segala yang saya lalui akan berakhir. Saya mahu membina hidup baru.

"Pemuda itu adalah kawan pejabat kepada isteri jiran saya. Setelah berkahwin dan berpindah keluar dari rumah itu, saya tetap berhubung dengan ibu-ibu saudara kerana saya tidak mahu kasih sayang antara kami terputus.

"Saya dan suami tetap mengunjungi kesemua rumah ibu saudara saya walau apa pun majlis yang diadakan kerana saya menganggap mereka seperti adik-beradik kandung.

"Atuk lelaki pula selain mempunyai tiga isteri, dia juga mempunyai banyak harta, tanah dan wang simpanan. Akhir tahun 80-an, atuk meninggal dunia akibat sakit tua. Nenek terlebih dahulu pergi sebelum atuk.

"Sepanjang tempoh atuk dan nenek sakit, kami bergilir-gilir menjaga dan merawat mereka berdua hingga ke penghujung nyawa mereka. Saya yang paling banyak berkorban sebab saya tidak bekerja.

"Setelah hampir lima tahun tibalah masanya segala harta pusaka atuk dibawa ke perbincangan ahli keluarga untuk diagih-agihkan, diambil kuasa dan dibahagi-bahagikan.

"Saya tidak campur dalam urusan itu. Semua cerita saya dapat tahu dari acik Ija yang rapat dengan saya sejak kecil. Akhirnya setelah hampir setahun maka selesailah proses mendapatkan wang simpanan peninggalan datuk, lalu diagih-agihkan kepada semua ibu dan bapa saudara saya. Setelah selesai isu itu, timbul pula satu masalah adakah wang itu juga perlu diagihkan kepada saya.

"Hendak dijadikan cerita, secara kebetulan saya sudah merancang untuk mengadakan majlis pertunangan anak perempuan sulung saya, jadi saya jemput semua adik-beradik, seibu sebapa yang tinggal di Melaka dan semua ibu saudara dan bapa saudara. Majlis itu juga merupakan hari lahir saya yang ke-50 tahun.

"Sepanjang majlis, saya lihat ibu saudara saling berbisik dan bila saya cuba mendekati, mereka menukar topik. Rupa-rupanya mereka sedang berbincang sama ada perlu atau tidak memberi saya wang pusaka peninggalan atuk.

"Macam-macam isu yang dibangkitkan kerana duit itu. Saya buat tak dengar kerana tak mahu bebankan otak dengan masalah itu. Acik Ija yang rapat dengan saya beritahu, mereka mengatakan saya bukan anak abah (atuk), kenapa perlu bagi wang itu kepada saya.

"Rasa luluh hati saya, hiba, sedih dan kecil hati tidak terhingga. Saya menangis semahu-mahunya di hadapan suami.

"Suami juga sebak dan menitiskan air mata. Sampai hati mereka, saya tidak minta jauh sekali menuntut, kalaupun tak mahu beri wang itu, jangan rendahkan hubungan keluarga saya dengan mereka.

"Mengapa setelah 50 tahun, baru timbul isu cucu tiri dan sebagainya, kenapa tidak dahulu? Tapi saya tetap berpegang kepada kata-kata suami, kerana harta manusia sanggup buat apa sahaja walaupun membuang saudara. Lupa susah senang zaman dahulu.

"Suami pujuk dengan kata-kata tidak mengapa kita tidak dikurniakan harta menggunung tetapi bersyukur kerana dikurniakan Allah hati yang suci. Biarkan mereka dengan harta mereka, tidak sampai ke mana pun, apabila kembali kepada Ilahi, hanya kain putih yang dibawa bersama.

"Suami menjadi penawar jiwa saya bersama anak-anak. Semoga Allah beri saya kesabaran untuk terus hidup bersama suami dan anak-anak tercinta. Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku, Hidayah menamatkan ceritanya.

Saya faham dan bersimpati dengan apa yang dialami Hidayah. Memang sedih dengan apa yang berlaku. Sepatutnya ibu saudara dan bapa saudara Hidayah perlu sedar bahawa Hidayah membesar bersama mereka dan seperti adik kandung. Malah dia turut sama menjaga dan merawat bapa dan ibu mereka semasa sakit. Tapi itulah lumrah manusia.

Saya harap Hidayah akan terus tabah menghadapi dugaan hidup. Anda mempunyai keluarga yang boleh menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Jangan peduli tentang apa yang mereka buat dan jangan pula memutuskan hubungan dengan mereka. Berdoa agar satu hari nanti, mereka akan sedar dan meminta maaf.

Menamatkan catatan, pesanan saya bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan daripada memikirkan segala kesulitan yang dihadapi kerana Allah hanya memilih hamba-Nya yang Dia tahu tahan diuji.

Salam.

Lakar dahulu baru pilih

Posted: 27 Mar 2014 11:18 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

Rosni Otho menunjukkan fabrik contoh untuk pilihan pelanggan.

PEMILIHAN corak, warna dan jenis kain langsir adalah penting bagi sesebuah kediaman. Ini kerana ia akan memberikan suasana yang indah, tenang dan mendamaikan jiwa penghuninya.

Pilihan yang tidak sesuai mungkin akan menyebabkan rumah nampak suram dan tidak berseri.

Kebiasaannya, bagi mereka yang menjahit sendiri kain langsir akan membeli langsir mengikut warna yang mereka suka atau mengikut warna perabot.

Ada yang memilih kain bercorak dan terdapat juga yang sukakan langsir polos, kosong tanpa corak.

Bagi mereka yang mendapatkan khidmat pereka hiasan dalaman, boleh berbincang mengenai langsir yang diingini daripada segi corak, warna, jenis kain dan di ruang mana hendak diletakkan langsir tersebut.

Di Iman Home Decor, pelanggan boleh memilih corak dan warna langsir yang sesuai dengan rumah mereka dengan melihat atau melakar terlebih dahulu melalui komputer.

Mula-mula gambar rumah pelanggan akan diambil terlebih dahulu lalu dimuat turun dalam komputer. Kemudian pelanggan akan memilih langsir yang mereka suka dan dipadankan dengan gambar rumah mereka.

Mereka boleh melihat gambar atau lakaran dalam komputer jika langsir tersebut sesuai dengan rumah mereka. Jika dirasakan tidak sesuai, mereka boleh memilih corak dan warna yang lain pula atau kami akan masukkan gambar beberapa corak langsir untuk mereka lihat sehingga mereka berpuas hati.

Biasanya pelanggan sukakan cara ini kerana mereka boleh melihat secara visual hasilnya walaupun langsir belum lagi dipasang di rumah mereka.

Daripada segi rekaan, pelanggan menyukai yang ringkas seperti French pleat, Singapore pleat (dua lisu) dan tiga lisu (triple pleat), tetapi mestilah pilih daripada kain yang cantik.

Sekarang orang tidak mahu langsir yang banyak corak sebaliknya sukakan kain yang kosong, kalau berbunga pun tapi tidak banyak warna," kata pemilik Iman Home Decor, Rosni Otho semasa ditemui di kedainya yang terletak di No. 23G, jalan Damai Niaga 1, damai Niaga, Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau, terdapat beberapa konsep untuk tema hiasan dalaman seperti moden, klasik baru, ringkas (moden, corak kosong), Inggeris, remaja dan kanak-kanak.

Setelah memilih tema yang sesuai, pelanggan boleh memilih jenis kain dan corak serta warna sebelum rekaan yang disukai.

Menurut Rosni, jika ingin nampak kelainan tetapi mahu menjimatkan perbelanjaan, boleh menambah kepala langsir kepada langsir yang sedia ada.

Terdapat dua jenis kain kepala langsir, iaitu keras dan lembut.

Langsir juga terdapat tiga lapis, iaitu langsir siang yang bertujuan menapis cahaya dan pandangan dari luar. Lapis kedua ialah langsir malam yang menutup semua pandangan, manakala lapis ketiga ialah valance yang bertujuan memberi kekemasan kepada bahagian tepi atas langsir.

Bilik yang menghadap matahari terbenam atau mendapat cahaya yang terlalu terang dicadangkan diletakkan satu lapisan yang dipanggil lining yang dapat mengurangkan haba dalam rumah," katanya.

Rosni berkata, jika memilih langsir untuk ruang tamu, jangan pilih langsir yang banyak corak kerana susah hendak disesuaikan dengan barangan lain. Jangan pilih lebih daripada tiga warna dan pilih warna yang senada.

Untuk bilik tidur juga jangan lebih tiga warna contohnya warna coklat boleh dipadankan dengan putih dan coklat gelap atau putih digandingkan dengan hitam dan kelabu," ujarnya yang boleh dihubungi melalui facebook ImanHomeDecor.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


500 buah CCTV pantau TBS

Posted: 27 Mar 2014 12:20 PM PDT

Oleh MASZUREEN HADZMAN
kota@utusangroup.com.my

KEMUDAHAN CCTV yang dipasang di TBS kini didaftarkan di bawah Program SafeCam yang memudahkan polis menjalankan siasatan berhubung sesuatu kejadian jenayah di terminal tersebut.- GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR 27 Mac - Sebanyak 500 kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Cheras di sini hari ini didaftarkan di bawah Program Safe Camera (SafeCam) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pendaftaran itu dimeterai dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Bahagian Pengurusan Hartanah TBS dengan PDRM di terminal itu di sini.

Bahagian Pengurusan Hartanah TBS diwakili oleh Setiausaha Bahagian Hartanah Jabatan Perdana Menteri, Norazman Othman manakala Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mewakili PDRM.

Program SafeCam bertujuan meningkatkan tahap keselamatan awam dan mengurangkan jenayah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh yang menyaksikan MoU itu berkata, perjanjian bersama itu menjadikan TBS sebagai agensi pertama yang mendaftar dengan Program SafeCam di ibu negara.

Beliau menjelaskan, pendaftaran itu membolehkan PDRM memperoleh akses rakaman kamera litar tertutup di TBS untuk tujuan pengambilan bukti serta siasatan sesuatu kes dengan segera.

PDRM berharap inisiatif yang dilakukan TBS dapat menjadi perangsang kepada syarikat swasta dan agensi kerajaan lain untuk menjalinkan kerjasama dengan mendaftar menjadi anggota Program SafeCam.

Kerjasama ini juga terbuka kepada orang ramai yang mempunyai kemudahan CCTV di premis mereka," katanya ketika ditemui di sini.

Yang turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng.

Kata Mohmad lagi, Program SafeCam selaras dengan perancangan Kementerian Dalam Negeri bagi menjayakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam mengurangkan jenayah bagi fasa kedua.

Mereka yang berminat untuk menyertai Program SafeCam boleh berhubung dengan Ibu Pejabat Polis daerah yang berhampiran dengan mereka," ujarnya.

Polis buru empat suspek rompak kedai emas

Posted: 27 Mar 2014 12:20 PM PDT

Mohmad Salleh (dua dari kiri) melihat dua anggota polis menderma darah sempena Hari Polis Ke-207 di Kuala Lumpur semalam. - Utusan/JEFFRI IRAN

KUALA LUMPUR 27 Mac - Polis sedang memburu empat suspek yang dipercayai terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di Jalan Sentul, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pihaknya sedang berusaha mengenal pasti suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berkenaan.

Katanya, polis turut mengesan nombor pendaftaran kereta Proton Waja yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Selepas siasatan dibuat, kita kini sedang mengenal pasti nombor pendaftaran kereta yang dinaiki suspek dan kita masih giat memburu kesemua suspek," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Kempen Derma Darah Sempena Hari Polis Ke-207 di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Cheras di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohmad memberitahu, pihaknya turut menyiasat sama ada kes tersebut melibatkan kumpulan kongsi gelap atau penjenayah yang sama dengan kes-kes rompakan kedai emas sebelum ini.

Dalam kejadian tersebut, empat suspek bertopeng dan bersenjatakan dua pucuk pistol mengambil masa dua minit untuk melarikan enam dulang barang kemas yang dianggarkan bernilai hampir RM1 juta.

Keempat-empat suspek dikatakan melarikan diri menaiki sebuah kereta Proton Waja sebelum salah seorang suspek melepaskan satu das tembakan ke udara.

Orang ramai tidak setuju kemungkinan pelan catuan bekalan air diteruskan

Posted: 27 Mar 2014 12:20 PM PDT

KUALA LUMPUR 27 Mac - Orang ramai tidak bersetuju dengan kemungkinan pelan catuan air ketika ini dilanjutkan atau dilaksanakan secara menyeluruh.

Rata-rata daripada mereka berharap agar pengumuman tersebut tidak menjadi kenyataan kerana tidak sanggup lagi menanggung derita ekoran krisis air yang melanda Lembah Klang sejak dua bulan lalu.

Baru-baru ini, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) mengumumkan pelan catuan bekalan air tetap diteruskan mengikut jadual yang ditetapkan hingga 31 Mac ini.

Jika fenomena cuaca panas berterusan, berkemungkinan pelan catuan akan dilanjutkan atau dilaksanakan secara menyeluruh dan ia bergantung kepada keputusan Kerajaan negeri Selangor.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Bandar Permaisuri, Cheras dekat sini hari, ini mendapati, kawasan tersebut tersenarai dalam Pelan Catuan Peringkat Ketiga dan masih terlibat dengan catuan sehingga kini.

Seorang penduduk di Pangsapuri Sri Penara, Muhammad Faiz Norfeman, 22, berkata, dia tidak bersetuju dengan cadangan agar catuan itu diteruskan.

Keadaan ini telah berlarutan sejak sebulan lalu. Kami tidak sanggup lagi menghadapi pelan catuan ini kerana ia menjejaskan aktiviti harian kami," katanya.

Peniaga kedai runcit, Norhanita Kahar, 47, pula berharap supaya isu bekalan air dapat diselesaikan dengan segera kerana tidak lagi sanggup menanggung derita ekoran masalah itu.

Memang pelan ini bagus bagi menjimatkan penggunaan bekalan air. Tetapi ia tidak perlu terlalu lama kerana menyukarkan kami untuk mandi, membasuh kain selain anak-anak masih bersekolah," jelasnya.

Bagi Seri Kastam, 43, dia berharap pelan catuan berakhir mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada 31 Mac ini.

Tidak perlu untuk melanjutkan pelan catuan kerana tempoh tersebut telah terlalu lama dan kami berharap keadaan ini tidak akan berulang kembali," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


12 beranak tinggal dalam 'kolam'

Posted: 27 Mar 2014 12:20 PM PDT

Oleh ASLIZA MUSA
pengarang@utusan.com.my

M. Saroginee bersama keluarganya terpaksa membersihkan lantai setiap kali rumah mereka kerap dimasuki air di Taman Perpaduan Ria, Bercham, Ipoh, Perak, semalam.

IPOH 27 Mac - Sebuah keluarga 12 beranak di Taman Perpaduan Ria, Bercham di sini seperti tinggal di dalam kolam apabila rumah yang didiami mereka sejak lima tahun lalu dipenuhi air.

M. Saroginee, 55, memberitahu, keadaan itu berlaku beberapa bulan lalu apabila rumah teres dua tingkat itu dibanjiri air yang keluar dari bahagian lantai di aras bawah rumah berkenaan.

Katanya, keadaan itu menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke tingkat atas rumah berkenaan berikutan usaha membaiki sistem perpaipan menemui jalan buntu.

Kejadian ini disedari pada perayaan Deepavali tahun lalu apabila kami mendapati terdapat air mengalir keluar dari lantai aras bawah rumah ini. Pada mulanya kami menyangka keadaan ini disebabkan hujan lebat.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari kami dapati keadaan bertambah buruk sehinggalah tukang paip dipanggil untuk membaiki kerosakan yang disangka berpunca daripada kebocoran saluran paip," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.

Saroginee berkata, selain rumahnya, dua buah rumah lain di situ turut menghadapi masalah sama, namun tidak seteruk dialami keluarganya.

Katanya, akibat masalah tersebut, banyak perabot dan perkakasan rumahnya rosak selain mereka sekeluarga terpaksa membelanjakan lebih RM1,500 bagi menampung kos pembaikan saluran paip.

Setiap hari sekurang-kurangnya 10 kali kami terpaksa membersihkan air di aras bawah ini. Jika masalah ini terus berlarutan, kami bimbang lantai rumah ini akan mendap sekali gus membahayakan keselamatan kami sekeluarga.

Kami sudah puas mengadu dengan pelbagai pihak termasuk Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), peguam dan pemaju perumahan namun jawapan yang diterima sangat mengecewakan," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Urus Setia Pusat Khidmat Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd. Rawi Abdullah berkata, pihaknya akan menghubungi Lembaga Air Perak (LAP) untuk memaklumkan masalah tersebut bagi melakukan siasatan.

Syor mansuh bayaran letak kereta Tanjung Dawai

Posted: 27 Mar 2014 12:20 PM PDT

SUNGAI PETANI 27 Mac - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri, Datuk Tajul Urus Md. Zain mencadangkan agar kutipan meletakkan kereta yang dibuat terhadap pengunjung di kawasan pelancongan Tanjung Dawai, dekat sini dimansuhkan.

Beliau berkata, tindakan mengenakan bayaran letak kereta dianggap kurang wajar kerana dikhuatiri menjejaskan kedatangan pelancong ke lokasi itu pada masa akan datang.

Kawasan Tanjung Dawai memang menjadi tumpuan pelancong. Kalau boleh, tak perlulah nak kutip pelbagai caj termasuk letak kereta. Ada pelbagai lagi cara untuk mendapatkan hasil. Tambahan pula, kita sedang mengukuhkan usaha untuk menarik pelancong ke negeri Kedah ini.

Walaupun bukanlah jumlah yang banyak (kadar letak kereta), namun ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pelancong," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan orang ramai yang melahirkan rasa tidak puas hati dan meminta pihak berkuasa menyiasat kegiatan pemungut bayaran tempat letak kereta di sekitar pekan kecil itu.

Berdasarkan aduan, para pengunjung mempertikaikan status kutipan bayaran letak kereta sebanyak RM1 yang dikenakan termasuk di bahu jalan sepanjang kawasan niaga pekan Tanjung Dawai.

Tajul Urus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai berkata, kerajaan negeri sememangnya mengambil perhatian serius dengan menjadikan Tanjung Dawai sebagai satu destinasi pelancongan utama di Kedah.

Banyak usaha yang telah dan sedang diusahakan. Pada masa sama, kita memerlukan kerjasama daripada pemimpin setempat, para peniaga dan penduduk Tanjung Dawai sendiri bagi memastikan kawasan tersebut berdaya maju," jelasnya.

Raja Nazrin rasmi Tenby Schools

Posted: 27 Mar 2014 12:20 PM PDT

IPOH 27 Mac - Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berke-nan mencemar duli merasmikan pembukaan kampus baharu Tenby Schools di Bandar Meru Raya, di sini hari ini.

Baginda turut meluangkan masa melawat sekitar kampus serta meninjau kemudahan ditawarkan oleh sekolah antarabangsa itu yang sebelum ini beroperasi di Jalan Watson.

Yang turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri S.K. Devamany serta barisan Exco kerajaan negeri.

Pengerusi Tenby Schools Malaysia, Datuk Seri Dr. Abdullah Fadzil Che Wan; Pengarah, Datuk Lim Si Boon dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alister Bartholomew turut mengiringi baginda.

Tenby Schools di Bandar Meru Raya merupakan kampus ca-wangan kelima dibuka selepas Pulau Pinang; Shah Alam, Selangor; Johor Bahru, Johor dan Miri, Sarawak.

Bermula pada 2004 dengan ha-nya 400 pelajar, kini Tenby Schools di sini mempunyai 1,200 murid dan pelajar berusia seawal tiga sehinggalah 19 tahun yang diuruskan oleh 200 guru serta staf.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved