Ahad, 25 Disember 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


DAP lebih utamakan soal kuasa

Posted:

DAP lebih utamakan soal kuasa

DAP lebih utamakan soal kuasa

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kemelut kepimpinan yang melanda DAP Pulau Pinang merupakan bukti jelas bahawa parti itu lebih mengutamakan soal kuasa berbanding kebajikan rakyat.

Penasihat MCA Pulau Pinang, Datuk Koay Kar Huah berkata, rakyat negeri itu perlu mengambil iktibar daripada perkembangan tersebut bagi mengelak mereka terus ditipu pada masa depan.

''Barisan Nasional (BN) mungkin tidak sempurna malah tidak ada parti politik di dunia yang sempurna. Tetapi, BN di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan langkah-langkah pembetulan menerusi program transformasi.

''Tetapi bagi parti-parti pembangkang apa yang dapat dilihat mereka lebih mengutamakan serangan peribadi dan meninggalkan kebajikan rakyat yang telah meletakkan mereka di tampuk kuasa hari ini,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kemelut DAP di negeri itu yang menyaksikan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh meminta Timbalan Setiausaha Agung parti itu Prof. P. Ramasamy mengundurkan diri daripada menjadi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, Ramasamy sepatutnya meletakkan jawatan secara rela hati disebabkan gagal mematuhi arahan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP supaya tidak membuat kenyataan terbuka mengenai parti itu dan menyerang para pemimpinnya.

Kar Huah berkata, DAP perlu mengenepikan ego dengan meletakkan kepentingan rakyat di depan contohnya dalam soal pembinaan flat kos rendah yang masih gagal dilaksanakan sejak 2008.

Sementara itu, Setiausaha MCA Pulau Pinang, Lau Chiek Tuan berkata, siasatan perlu dilakukan bagi membuktikan dakwaan Ramasamy berlaku kronisme dalam parti itu.

"Oleh kerana ia melibatkan Karpal yang meminta Ramasamy mengundurkan diri daripada menjadi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, maka DAP seharusnya membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memastikan siasatan pihak ketiga dilakukan secara bebas.

"Dakwaan itu juga melibatkan duit pembayar cukai. Maka DAP tidak boleh mengatakan mereka akan menyelesaikan secara dalaman dan menggunakan taktik biasa, menutup mulut dengan harapan ia dapat berlalu begitu sahaja," jelasnya.

Chiek Tuan berkata, DAP juga sepatutnya mempraktikkan amalan yang selalu digembar-gemburkan pentadbiran kerajaan Pulau Pinang melalui slogan Kompeten, Akauntabiliti serta Telus (CAT).

Full content generated by Get Full RSS.

GNM anggap Mustafa Ali 'penakut'

Posted:

GNM anggap Mustafa Ali 'penakut'

GNM anggap Mustafa Ali 'penakut'

PUTRAJAYA 25 Dis. - Gabungan NGO Malaysia (GNM) menyifatkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali seorang 'penakut' apabila mengaitkan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dengan agenda UMNO.

Setiausahanya, Mohd. Jurit Ramli berkata, segala dakwaan Mustafa adalah rekaan semata-mata bertujuan mengelirukan penyokong Pas mengenai perjuangan Hasan.

Beliau berkata, penyokong Pas perlu sedar apa yang diperjuangkan oleh Hassan adalah Islam, kedudukan orang Melayu serta raja-raja Melayu dan bukan seperti yang didakwa Mustafa.

"Kita lihat Mustafa seolah-olah sengaja menimbulkan isu ini untuk menutup kelemahannya yang gagal memperjuangkan Islam, kedudukan orang Melayu serta raja-raja Melayu seperti yang dilakukan oleh Hasan.

"Mustafa kini umpama 'cacing kepanasan' apabila segala dakwaan yang dilemparkan kepada Hasan dijawab dengan mudah tanpa perlu masa panjang. Selepas sehari dakwaan dikeluarkan, Hasan sudah jawab, ini membuktikan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu seorang yang jujur dan ikhlas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai Hasan yang kini menjadi sasaran kritikan beberapa pemimpin tertinggi Pas ekoran tindakannya yang menyentuh soal dasar perjuangan parti berkenaan yang didakwa sudah terpesong daripada landasan sebenar dan terbaru Mustafa mengaitkan Hasan dengan agenda UMNO.

Menurut Mohd. Jurit, pemimpin Pas yang lain tidak sepatutnya takut untuk menyokong Hasan kerana apa yang diperjuangkan beliau adalah sesuatu yang amat diperlukan ketika ini.

"Jangan kerana takut kehilangan jawatan, Pemimpin Pas lain sanggup melihat pemimpin yang berwibawa seperti Hasan difitnah dengan pelbagai tuduhan.

"Saya menyokong penuh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang tetap dengan pendiriannya mempertahankan Hasan dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa walaupun kedua-duanya dikecam hebat oleh kepimpinan parti berkenaan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Saya tak dapat tolong'

Posted:

'Saya tak dapat tolong'

'Saya tak dapat tolong'

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


SAAT Lee Chong Wei dan Misbun Sidek bersatu sebagai pemain dan jurulatih tidak mungkin bertaut semula selepas pengakuan bekas sifu pemain No. 1 dunia yang tidak dapat membantunya, semalam.


KUALA LUMPUR - Datuk Misbun Sidek menyedari, ada sesuatu yang 'hilang' dalam diri bekas anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei kurang lapan bulan menjelang Sukan Olimpik, malangnya tiada apa yang dapat dilakukan untuk membantu pemain No. 1 dunia itu.

Jelas Misbun, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memiliki ramai pakar yang lebih layak untuk menentukan apa yang terbaik buat Chong Wei bagi menggapai misi memburu pingat emas Olimpik, sedangkan beliau cuma orang biasa.

Malah jurulatih berpengalaman itu turut menambah, sebagai sebuah organisasi yang besar, BAM mampu menyediakan segala keperluan terbaik buat Chong Wei, manakala bagi dirinya, tanggungjawab terhadap pemain itu sudah selesai sejak beliau melangkah keluar dari badan induk itu, awal tahun ini.

"Kadang-kala saya masih ikut perkembangan Chong Wei dan selepas sekian lama mengenalinya, firasat saya mengatakan bahawa dia kehilangan sebahagian daripada dirinya dan kerana itu dia mudah hilang fokus hingga tidak dapat memberi permainan terbaik.

"Apa yang menjadikan dia begitu, saya tidak tahu, lagipun ia bukan tanggungjawab saya untuk menjawabnya. Anda kena tanya kepada jurulatih Chong Wei, saya cuma seorang kawan buatnya, jadi sebagai kawan saya hanya boleh lihat dia bermain dan berharap dia menang,'' katanya ketika ditemui pada hari terakhir Kejohanan Badminton Remaja MBPJ/Nusa Mahsuri 2011 di Kelana Jaya, semalam.

Sambil menyuarakan rasa simpati terhadap apa yang dialami Chong Wei, Misbun turut mengingatkan BAM, bahawa mereka perlu segera mencari penyelesaian kerana tugas menyiapkan juara Olimpik tidak mudah. "Ia bukan kerja yang kita boleh secara 'cincai', mereka kena betul-betul ada program yang tepat dan serius."

Malah ketika ditanya, apakah pendiriannya andai Chong Wei benar-benar menginginkan beliau kembali untuk membantu menggalas misi Sukan Olimpik, Misbun menegaskan, beliau langsung tidak mahu memikirkan perkara itu.

Biarpun mengakui ada beberapa kali bertemu juara All England itu tahun ini, namun pertemuan tersebut sekadar pertemuan antara dua kawan lama, dan beliau tidak menyentuh mengenai badminton atau apa yang dilakukan Chong Wei di atas gelanggang.

Tanpa dapat dipastikan mengapa Misbun tampak cukup berat untuk kembali bergabung dengan bekas anak didiknya itu, namun kata-kata yang diungkap jurulatih berusia 51 tahun itu meninggalkan sedikit persoalan, apakah beliau sudah serik untuk kembali ke pangkuan BAM.

"Perkara ini (permintaan Chong Wei) sebenarnya tidaklah susah sangat, tetapi hendak membersihkan 'keladak' itu yang susah. Ketika saya hendak keluar dulu, ada keladak yang kena dicuci, kemudian ia bersih dan perlu dicuci semula.

"Jadi sejak itu, saya langsung tidak mahu memikirkan tentangnya. Saya selesa dengan kehidupan saya sekarang, saya menyibukkan diri dengan macam-macam aktiviti dan sekali sekala saya bantu Nusa Mahsuri dalam program pembangunan pemain remaja," katanya lagi.

Persiapan Chong Wei, 29, untuk menghadapi Olimpik menimbulkan kerisauan selepas gagal melayakkan diri ke final dalam tiga kejohanan terakhir yang disertai, Terbuka Hong Kong, Terbuka China dan Siri Super Masters Akhir.

Full content generated by Get Full RSS.

Razlan yakin MotoGP dilanjut

Posted:

Razlan yakin MotoGP dilanjut

Razlan yakin MotoGP dilanjut

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my


Kemalangan yang menyebabkan kematian pelumba Honda, Marco Simoncelli (tengah) di Litar Sepang Oktober lalu tidak menjejaskan rekod penganjuran cemerlang Malaysia dalam siri MotoGP. – AFP


KUALA LUMPUR – Kejayaan penganjuran MotoGP yang menarik kehadiran bilangan penonton yang tinggi menjadi faktor penarik kepada Lembaga Pengarah Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bersetuju untuk membuat permohonan bagi menyambung kontrak penganjuran kejohanan dunia itu yang bakal tamat pada 2013.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, lembaga pengarah bersetuju untuk memohon menyambung kontrak bagi tiga tahun lagi dengan tempoh pilihan selama dua tahun.

"Keputusan ini telah kita capai beberapa minggu yang lalu dan selepas ini, kita akan cuba mendapatkan persetujuan daripada Kementerian Kewangan pula dan saya yakin kementerian akan bersetuju dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh lembaga pengarah SIC," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Menurut Razlan, MotoGP merupakan sebuah kejuaraan antarabangsa yang berupaya menarik kehadiran penonton yang cukup ramai di rantau Asia.

Malah katanya, penganjuran kejuaraan dunia itu mampu menjana pendapatan negara dari segi kehadiran pelancong tempatan dan luar negara terutama dari Asia, Australia dan Eropah.

"Sukan MotoGP tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan sebab itu, sukan ini mampu menarik kehadiran penonton yang ramai, lebih-lebih lagi di kalangan penduduk tempatan yang teruja apabila anak Malaysia turut bersaing," ujarnya.

Beliau memberitahu, apa yang lebih menarik, SIC turut terpilih sekali lagi menjadi lokasi untuk sesi ujian jentera pasukan-pasukan bertanding pada hujung Februari sebelum kejuaraan dunia bermula.

"Sesi kali ini agak mendebarkan kerana selepas kemalangan maut yang menimpa pelumba Itali, Marco Simoncelli pada Grand Prix Malaysia Oktober lepas, pelumba-pelumba akan menjejak kaki ke Sepang buat pertama kali selepas tragedi itu.

"Mungkin sesi ujian kali ini banyak melibatkan emosi pelumba dan kita tidak tahu bagaimana penerimaan mereka, selain itu kita juga akan menerima kehadiran sembilan pasukan baru yang menyertai MotoGP musim depan," jelasnya.

Mengulas mengenai perkembangan terkini pelumba Malaysia, Zulfahmi Khairuddin, Razlan berkata, anak muda berusia 20 tahun itu kini berada di Malaysia dan dia bakal mendapat sebuah jentera baru untuk bersaing pada musim 2012.

Tambah beliau, selepas cuti Tahun Baru Cina, satu majlis pelancaran bagi memperkenalkan jentera, pasukan dan para penaja buat Zulfahmi akan diadakan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Imigresen tahan 18 GRO asing

Posted:

Imigresen tahan 18 GRO asing

Imigresen tahan 18 GRO asing


SEBAHAGIAN warga China yang bekerja sebagai GRO ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Johor di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, kelmarin.


JOHOR BAHRU 25 Dis. - Seramai 18 wanita warga asing yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Johor di sebuah kedai minuman di Jalan Shahbandar, Batu Pahat, dekat sini malam tadi.

Mereka yang merupakan warga Thailand, Vietnam dan China ditahan dalam 'Ops 6P' yang disertai seramai 27 anggota dan pegawai bermula pukul 12.30 tengah malam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Timbalan Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Johor, Masri Adul berkata, dalam serbuan hasil maklumat awam itu, seramai 14 wanita yang ditahan merupakan rakyat China diikuti tiga dari Vietnam dan seorang wanita Thailand yang kesemuanya berusia antara 16 hingga 41 tahun.

"Ketika diserbu, semua GRO itu sedang leka melayan pelanggan yang datang untuk minum dan berhibur di premis itu. Kecekapan kita mengepung kawasan sekitar membuatkan mereka tidak sempat meloloskan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas semua GRO itu, 16 daripada mereka didapati melanggar syarat pas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Tambah Masri, seorang lagi didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa manakala bakinya disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) akta yang sama kerana memasuki negara ini tanpa permit yang sah.

Katanya lagi, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam serbuan tersebut dan kesemua wanita berkenaan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas untuk siasatan lanjut.

Full content generated by Get Full RSS.

Gaduh: Lelaki Myanmar maut ditikam rakan senegara

Posted:

Gaduh: Lelaki Myanmar maut ditikam rakan senegara

Gaduh: Lelaki Myanmar maut ditikam rakan senegara

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Episod pertikaman lidah antara lima warga asing akhirnya berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati ditikam di Pasar Borong Selayang dekat sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, mangsa, Omar Yunus, 19, meninggal dunia di hospital setelah cedera parah di perut, manakala seorang lagi lelaki yang tidak dikenali parah akibat ditikam.

Lelaki yang cedera parah itu berusia 30 tahun dan kini difahamkan dalam keadaan kritikal selepas terkena tikaman di rusuk kanan.

Sebelum itu, lima warga asing yang merupakan pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu telah bergaduh dipercayai akibat pengedaran dadah jenis ganja.

Bagaimanapun, pertengkaran mulut pekerja pasar borong itu mula bertambah serius apabila mereka mula mengasari sesama sendiri dan ada di antara suspek mengeluarkan senjata tajam dipercayai pisau.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu, pihaknya telah memberkas dua lelaki Myanmar berusia lingkungan 20-an sejurus selepas kejadian.

"Kita percaya dua lelaki asing itu mempunyai kaitan dengan kes tersebut namun kita masih menyiasat motif pergaduhan tersebut.

"Kami juga tidak menemui sebarang dadah bersama kedua-dua suspek yang ditahan malah kita juga sedang mengesan senjata yang digunakan untuk menikam mangsa," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya kini sedang memantau warga asing yang bekerja di pasar borong berkenaan sebagai usaha membendung penyalahgunaan dadah di kalangan warga terbabit.

"Kita telah menjalankan pemeriksaan terhadap 106 orang warga asing di situ dan 56 daripada mereka didapati positif mengambil dadah.

"Usaha membendung gejala ini masih dijalankan dan pemeriksaan serta pemantau akan sentiasa dilakukan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Festival Seni eratkan sekolah dan IPT

Posted:

Festival Seni eratkan sekolah dan IPT

Festival Seni eratkan sekolah dan IPT

Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
pendidikan@utusan.com.my


Para pelajar tingkatan lima Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru mengadakan Persembahan Kesenian bertemakan 'Nostalgia... ada yang lama, ada yang baru' pada Festival Mutiara Seni 2011 di UiTM Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.


Penganjuran Festival Mutiara Seni (FMS) dilihat mampu menjadi pemangkin kepada usaha jalinan hubungan antara pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Buktinya, penganjuran FMS oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian KPM ini melibatkan jalinan usaha sama Sekolah Seni Malaysia (SSM) Johor Bahru dan SSM Kuching dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sebagai tuan rumah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong (gambar kecil) berkata, usaha penganjuran festival ini adalah bertepatan dengan saranan kerajaan untuk merapatkan jaringan industri antara peringkat sekolah dengan IPT tempatan.

"Sesungguhnya penganjuran FMS ini adalah penting serta memberi makna besar dalam usaha membudayakan kreativiti dan inovasi dalam bidang kesenian, sebagai komitmen berterusan untuk menambah baik sistem pendidikan di negara kita," katanya pada majlis kemuncak festival itu di UiTM, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

FMS 2011 bermula dengan acara pembukaan iaitu Pameran Seni Visual yang mempamerkan hasil karya atau pameran terakhir pelajar tingkatan lima sekolah seni ini selamam berada di sekolah berkenaan.

Festival itu turut dimeriahkan dengan Persembahan Kesenian yang bertemakan "Nostalgia.. ada yang lama, ada yang baru" yang merupakan acara kemuncak festival selama empat hari itu.

Menurut Ka Siong, FMS dirancang bagi memberi peluang kepada semua pelajar mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari secara formal atau sebaliknya semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas

"Saya berharap program sebegini dapat membuka ruang dan peluang kepada semua pelajar Sekolah Seni Malaysia menyahut cabaran dan membuktikan kepada semua pihak bahawa ilmu yang ditimba memberikan satu gambaran menyeluruh tentang proses P&P yang diterima oleh mereka adalah luas, berkesan dan boleh dipertontonkan kepada umum mengikut peredaran masa," jelasnya.

Selain itu katanya, tema festival tersebut dilihat bertepatan dengan saranan Perdana Menteri, supaya para pelajar dapat melakukan anjakan paradigma pemikiran kepada produktiviti diiringi dengan kreativiti dan inovasi agar kekal relevan dalam persaingan di peringkat global kelak.

"Bagi menyahut seruan, peluang yang ini perlu diambil perhatian yang serius oleh semua pelajar bagi melengkapkan lagi kemahiran kesenian mereka dari sudut teori dan praktikal agar dapat dipraktikkan secara efektif dan efisien dalam program mega seumpama ini.

"Diharap agar usaha murni FMS tahun ini akan terus menempa kecemerlangan bagi meningkatkan sistem pendidikan ke tahap terbaik dan seterusnya menjadikan pendidikan di Malaysia disanjung tinggi oleh masyarakat kerana hasil kerja yang cemerlang berasaskan inovasi dan kreativiti," ujar beliau.

Program ini kemudian diakhiri dengan Majlis Graduasi pelajar-pelajar tingkatan lima yang telah menamatkan persekolahan yang juga sebagai pengiktirafan terakhir buat mereka yang merupakan perintis Sekolah Seni Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.

Klinik Bijak Matematik mantapkan penguasaan murid

Posted:

Klinik Bijak Matematik mantapkan penguasaan murid

Klinik Bijak Matematik mantapkan penguasaan murid


Zullaili Harun (kiri) bergambar bersama ibu bapa dan para peserta Klinik BIjak Matematik Adap Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Klinik Bijak Matematik ADaP Utusan Malaysia berjaya meningkatkan kebolehan murid menguasai kemahiran asas subje k itu.

Program anjuran Unit Pendidikan Utusan Malaysia dengan kerjasama EZ-Math itu diadakan dalam dua sesi melibatkan murid tahap satu pada hari pertama dan murid tahap dua pada hari berikutnya.

Pengasas EZ-Math, Zullaili Harun berkata, penganjuran Klinik Bijak Matematik bertujuan meningkatkan kebolehan murid-murid dalam fakta asas matematik seperti menguasai sifir, tambah, tolak, darab dan bahagi.

"Melalui teknik EZ-Math yang diperkenalkan, murid-murid akan mampu menjawab soalan secara spontan dan tidak lagi perlu mengira menggunakan jari.

"Teknik asas yang diperkenalkan semasa klinik ini akan membantu murid-murid untuk mengira dengan lebih cepat seterusnya membolehkan mereka menguasai apa yang diajar oleh guru semasa di dalam kelas," katanya selepas tamat klinik itu di Pusat Latihan Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program selama dua hari itu disertai 80 murid berusia lapan hingga 12 tahun dari sekolah-sekolah rendah sekitar Lembah Klang.

Tambah Zulalaili, teknik yang diperkenalkan amat mudah dan ia boleh terus dikuasai oleh para peserta dalam tempoh tidak sampai satu hari.

"Para peserta diberikan ujian selepas tamat klinik tersebut dan keputusan ujian itu menunjukkan kesemua peserta mampu menguasai teknik tersebut namun ia perlu dipraktikkan di rumah agar teknik itu dapat terus dimantapkan.

"Ibu bapa para peserta turut diberikan taklimat untuk membimbing anak mereka mengamalkan teknik EZ-Math semasa di rumah," jelasnya.

Kepada pihak sekolah, organisasi atau syarikat yang berminat untuk menganjurkan program Klinik Bijak Matematik ini, bolehlah menghubungi Encik Fauzi Hamdan di talian 019-5716282 atau Puan Farnida (016-2338954) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Perlu diberi maklumat jelas

Posted:

Perlu diberi maklumat jelas

Perlu diberi maklumat jelas

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

PAYA BESAR 25 Dis. - Setiap warga Felda perlu diberi maklumat jelas berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia supaya mereka tidak terpengaruh dengan maklumat tidak tepat yang disebarkan pembangkang.

Pengerusi Tetap Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Asrullah Affendi Abdullah berkata, sudah menjadi kebiasaan pembangkang mencari isu dan mereka-reka cerita bahawa apa yang akan dilaksanakan oleh kerajaan hanya akan menyusahkan dan merugikan rakyat.

"Penyenaraian FGVH yang turut membabitkan Koperasi Permodalan Felda (KPF) Berhad adalah amat baik kerana ia akan membolehkan setiap warga Felda memperoleh keuntungan dan ganjaran pada masa depan.

"Namun pembangkang telah mengeksploitasi cadangan itu untuk mengaburi minda warga Felda yang belum jelas dengan butiran penyenaraian tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama Ketua Pemuda UMNO negeri, Abu Jimi Samat di sini baru-baru ini.

Asrullah Affendi berkata, penyenaraian syarikat itu juga membuktikan satu lagi usaha murni kerajaan khususnya untuk mengangkat status sosial dan ekonomi warga Felda di seluruh negara.

"Secara logik, kerajaan tidak sama sekali mahu menyusahkan rakyat setelah pelbagai usaha yang dirancang sebelum ini terbukti memberi kesan yang sangat positif," katanya.

Sementara itu, katanya, MBFM yakin warga peneroka akan terus memberi sokongan kepada kerajaan dan kepimpinan yang kini diterajui Felda.

"Walaupun ada sedikit masalah kepimpinan dalam Felda, ia bukan isu besar. Ini kerana, Felda diwujudkan atas semangat kerjasama dan menyokong kepimpinan yang menerajuinya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan terpengaruh khabar angin

Posted:

Jangan terpengaruh khabar angin

Jangan terpengaruh khabar angin

RAUB 25 Dis. - Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan khabar angin yang disebarkan pihak tertentu kononnya permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan berakhir pada 31 Disember ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, khabar angin itu jelas bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan memburukkan imej kerajaan.

Katanya, permohonan BR1M yang mula dibuka 10 Disember lalu hanya akan ditutup pada 10 Januari depan.

Borang boleh diperolehi di pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pejabat Pembangunan Persekutuan, Pejabat Kebajikan Masyarakat, sekolah-sekolah terpilih, Pejabat Daerah dan ketua kampung secara percuma.

''Khabar angin yang tidak bertanggungjawab itu bertujuan mengelirukan orang ramai serta berniat jahat untuk mengkhianati rakyat dan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah keluarga daif dalam DUN Dong di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Raub menggesa mereka yang belum memohon supaya mendapatkan borang tersebut segera sebelum tamat tempoh tersebut.

Katanya, borang yang mudah diisi itu perlu dihantar segera sama ada terus kepada jabatan-jabatan terbabit atau melalui penghulu, ketua kampung atau pejabat wakil rakyat.

Shahiruddin yang juga Pengerusi GiatMara sangat kesal dengan khabar angin itu dan berharap orang ramai tidak mudah percaya.

''Saya juga meminta pemimpin UMNO setempat dan ketua kampung membantu pemohon terutama golongan warga emas mengisi borang tersebut," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

ADTEC mercu tanda pendidikan di Jerantut

Posted:

ADTEC mercu tanda pendidikan di Jerantut

ADTEC mercu tanda pendidikan di Jerantut


Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) bernilai RM100 juta yang bakal melahirkan tenaga kerja dalam sektor industri negara bakal beroperasi tahun depan di Kampung Temin, Jerantut.


JERANTUT 25 Dis. - Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di bandar ini yang bernilai RM100 juta merupakan mercu tanda baru kepada sektor pendidikan di daerah Jerantut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, ADTEC yang akan memulakan pengambilan pertama Januari depan bakal menawarkan sebanyak 720 tempat untuk penuntut sehingga ke peringkat pengajian diploma.

"ADTEC akan membantu menjana pembangunan bandar Jerantut dan kawasan berdekatan dari aspek ekonomi mahupun landskap baru industri di daerah ini.

"Peruntukan tambahan bernilai RM100 juta lagi untuk kelengkapan peralatan dan perkakasan akademik, pentadbiran dan penempatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Lee, projek berkenaan yang dibina di atas tanah seluas 24 hektar dibahagikan kepada zon pentadbiran, akademik, kawasan riadah dan asrama serta kediaman staf dan tenaga pengajar.

Justeru, katanya, projek ADTEC di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia menawarkan kursus mekanikal dan pengeluaran seperti teknologi pembuatan, reka bentuk produk industri dan kimpalan yang masing-masing menawarkan 150 tempat.

''Kursus Teknologi Bahan Termaju Plastik juga bakal menawarkan tempat untuk seramai 120 orang manakala kursus Teknologi Komputer, iaitu komputer keselamatan (90 orang) dan komputer rangkaian (90 orang)," ujarnya.

Beliau berkata, kompleks itu akan menjadi institusi melahirkan graduan berkualiti dan berkemahiran tinggi sejajar permintaan pasaran kerja tempatan dan juga keperluan sektor perindustrian negara.

Lee berkata, peluang latihan yang terdapat di ADTEC terbuka kepada belia lepasan sekolah menengah dan graduan daripada institusi latihan kemahiran serta pekerja dari industri untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

''Belia lepasan menengah dan graduan dari institusi latihan kemahiran yang memiliki sijil SKM Tahap 2 atau 3 adalah layak memasuki program latihan jangka panjang untuk memperoleh Diploma Teknologi dan Diploma Lanjutan Teknologi," tambah beliau.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Rakyat Rusia teruskan protes

Posted:

Rakyat Rusia teruskan protes

Rakyat Rusia teruskan protes

MOSCOW 25 Dis. – Berpuluh-puluh ribu rakyat Rusia berhimpun di bandar raya ini, semalam bagi menuntut diadakan pilihan raya bebas dan ditamatkan pemerintahan 12 tahun Perdana Menteri Vladimir Putin.

Perhimpunan itu adalah yang terbesar sejak tunjuk perasaan 20 tahun lalu yang menumbangkan Kesatuan Soviet.

Tunjuk perasaan tersebut juga adalah yang terbesar dan tersusun berbanding perhimpunan sama dua minggu lalu dan protes-protes kecil di seluruh negara yang dibangkitkan oleh pemimpin pembangkang ekoran pilihan raya pada 4 Disember lalu yang didakwa dicemari penipuan.

Penunjuk perasaan berhimpun sambil memekik nama Mikhail Gorbachev, pemimpin terakhir Soviet yang menamatkan Kesatuan Soviet pada 25 Disember 1991.

"Saya gembira dapat hidup untuk menyaksikan kebangkitan rakyat.

"Kebangkitan ini membawa harapan yang sangat besar," kata Gorbachev kepada radio Ekho Moskvy.

Beliau turut menggesa Putin mengikut jejaknya dengan menyerahkan kuasa secara aman dan akan dikenang dengan perkara-peraka baik yang pernah dilakukannya.

Bekas pemimpin Soviet itu yang semakin lantang mengkritik Putin, bagaimanapun hanya mempunyai pengaruh yang kecil di Rusia ketika ini.

Kumpulan penunjuk perasaan pula tidak memiliki pemimpin atau calon yang berkemampuan untuk mencabar Putin yang bertegas mahu kembali memegang jawatan Presiden pada pilihan raya Mac ini.

Kremlin mengawal siaran televisyen mengenai perhimpunan itu, semalam dan tidak menyiarkan mengenai kritikan terhadap Putin.

Menurut polis, antara 30,000 hingga 120,000 orang menyertai perhimpunan itu dan kebanyakan mereka berkumpul di kawasan yang luas kira-kira 2.5 kilometer dari Kremlin. – AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.

Tentera laut Iran adakan latihan

Posted:

Tentera laut Iran adakan latihan

Tentera laut Iran adakan latihan


Komander Tentera Laut Iran, Habibulah Sayari menunjukkan peta kawasan latihan Tentera Laut Iran pada sidang media di Teheran pada 22 Disember lalu. - REUTERS


TEHERAN 25 Dis. - Tentera Laut Iran, semalam memulakan latihan selama 10 hari di perairan antarabangsa berhampiran laluan minyak strategik di Selat Hormuz.

Latihan yang dipanggil 'Velayat 90' itu bakal membawa kapal-kapal tentera Iran berada berhampiran kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang turut berada di kawasan perairan itu.

Latihan tersebut diadakan 2,000 kilometer di luar Selat Hormuz yang meliputi utara Lautan Hindi dan Teluk Aden, berhampiran pintu masuk ke Laut Merah, lapor televisyen kerajaan Iran.

Ia merupakan usaha terbaru Iran menunjukkan kekuatannya ketika berdepan kritikan antarabangsa berhubung program nuklearnya ekoran kebimbangan Barat, Teheran akan membangunkan senjata atom.

Teheran, bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan menegaskan bahawa ia bertujuan keamanan.

Ketua tentera Iran, Laksamana Habibollah Sayyari berkata, Teheran mengadakan latihan itu untuk menunjukkan kekuatan tenteranya.

"Bagi menunjukkan kemampuan kami, pasukan Tentera Laut Iran perlu mengadakan latihan di perairan antarabangsa," kata Habibollah yang dipetik oleh stesen televisyen tersebut.

Selat Hormuz merupakan laluan strategik yang dilalui oleh kapal-kapal minyak dari seluruh dunia yang turut menempatkan Laut Arab dan Teluk Aden.

Tentera Laut AS yang berpangkalan di Bahrain, Fifth Fleet turut aktif di kawasan itu dan terdapat juga beberapa kapal perang negara lain mengawal perairan tersebut daripada lanun.

AS dan Israel sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan ketenteraan ke atas Iran ekoran program nuklear negara ini. - AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Kekok adegan asmara

Posted:

Kekok adegan asmara

Kekok adegan asmara

MOHD. KHAIRUL MOHD ALI
Gambar Mohd Farizwan Hasbullah


Aqasha dan Ayu Raudhah pertama kali melakonkan babak asmara melalui drama Gemersik Kalbu.


MELAKONKAN babak intim dalam drama dan filem, bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penghayatan yang cukup tinggi. Sesetengah pelakon harus mengorbankan perasaan malu dan segan supaya tidak nampak kekok di depan kamera. Sebab itu, meskipun babak asmara mendapat pelbagai pro dan kontra daripada masyarakat, ia masih menjadi sesuatu yang dianggap perlu oleh sebahagian besar karyawan filem dalam melariskan produk mereka.

Pelakon Ayu Raudhah sendiri mengakui dia agak kekok dan tidak selesa melakonkan babak-babak asmara bersama dengan pelakon lelaki dalam drama.

Ini termasuklah dalam drama terbaru yang menyaksikan kemunculannya bersama pelakon Aqasha - Gemersik Kalbu.

Menurut Ayu, sebagai isteri orang, pastinya agak kekok untuk melakonkan babak-babak intim bersama pasangannya dalam drama yang diangkat daripada novel popular itu.

"Pada awalnya, saya memang kekok apabila tiba kepada babak-babak intim.

"Rasa malu, segan dan kekok sangat kerana tidak biasa begitu dengan lelaki lain selain suami.

"Apatah lagi dengan status saya sebagai isteri orang. Jadi tidak boleh saya nafikan pada permulaan, agak sukar juga buat saya untuk membiasakan diri," kata Ayu.

Bagaimanapun menurut pelakon itu, demi tanggungjawab yang harus digalas, dia akhirnya dapat menyesuaikan diri dan memberikan apa yang diinginkan pengarah.

"Mujurlah Aqasha banyak membantu dengan memberikan tunjuk ajar agar kami berjaya memberikan yang terbaik dalam babak tersebut.

"Walaupun drama tersebut memerlukan kami menunjukkan keintiman, ia tidaklah keterlaluan sangat. Sensitiviti kena jaga juga memandangkan penonton drama kita terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat," katanya.

Apabila ditanya apakah reaksi suaminya apabila mendapat tahu drama itu memerlukannya untuk beraksi secara intim dengan Aqasha, Ayu berkata, suaminya sangat profesional.

"Sebelum menerima tawaran untuk terlibat dengan drama ini, kami sudah berbincang terlebih dahulu. Secara jujurnya, suami saya tidak menghalang kerana dia faham kerjaya saya sebagai seorang pelakon.

"Dia juga mempunyai caranya yang tersendiri. Sebagai contoh jika ada babak-babak yang dilakonkan saya tidak berapa disukainya, dia akan tutup televisyen dan tidak menontonnya.

"Walaupun begitu, dia sangat memahami tugas saya dan tahu apa yang saya lakukan itu hanyalah atas urusan kerja semata-mata," jelasnya.

Sementara itu, Aqasha berkata, dia selesa digandingkan dengan Ayu dalam drama tersebut.

"Kami pernah berlakon bersama sebelum ini. Tetapi bukanlah bergandingan. Jadi secara rasmi ini adalah kali pertama kami digandingkan bersama sebagai teraju utama.

"Sebenarnya tidaklah terlalu banyak babak yang memerlukan kami menunjukkan keintiman. Tetapi cabarannya tetap ada.

"Sewaktu babak tersebut, kami berdua beraksi secara profesional. Kami berpuas hati dengan hasil lakonan," katanya.

Mahu mengandung lagi

Sementara itu, bercakap soal peribadi Ayu berkata, meskipun kandungan pertamanya keguguran, dia tidak pernah berasa serik untuk hamil lagi.

Bahkan, setiap masa dan ketika, pelakon jelita itu berharap agar rumah tangganya dikurnia dengan kehadiran zuriat sebagai penambah seri.

Umum sudah mengetahui berita berhubung keguguran yang dialami oleh pelakon ini selepas terlibat dengan penggambaran drama Gemersik Kalbu itu sewaktu kandungannya berusia enam minggu.

"Saya mengambil kejadian tersebut sebagai takdir yang telah ditentukan buat kami. Mungkin masih belum tiba masanya untuk kami bergelar ibu dan bapa.

"Pastinya perasaan sedih itu ada kerana kami amat gembira setelah mendapat tahu saya sudah mengandung. Antara kami berdua, suami yang lebih gembira kerana bakal menjadi bapa.

"Kami menganggap sebagai belum lagi rezeki kami. Mungkin ia berlaku akibat kepenatan kerana saya terlalu sibuk dengan sesi penggambaran di lokasi," katanya lembut.

Pelakon yang mendirikan rumah tangga dengan bintang bola sepak Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak itu juga berkata kehidupannya bahagia bersama suami tercinta, lantas mengetepikan desas desus yang mengatakan hubungan mereka bermasalah.

"Khabar angin yang mengatakan rumah tangga kami bermasalah itu tidak benar. Sejujurnya, kami bahagia dengan kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

"Walaupun masing-masing mempunyai karier yang berbeza, tetapi kami amat menyokong antara satu sama lain," jelasnya menolak dakwaan tersebut.

Bergelar bapa

Sementara itu, Aqasha yang kini bergelar bapa kepada seorang bayi lelaki berkata, kehidupan setelah mempunyai cahaya mata amat berbeza berbanding berdua dengan isteri tersayang.

"Setelah kelahiran orang baru ini, hidup saya banyak berubah. Saya lebih memahami tanggungjawab, bukan hanya sebagai seorang bapa dan suami, tetapi juga sebagai seorang lelaki.

"Baru kini saya tahu pengorbanan yang perlu dilakukan ibu bapa kita dalam membesarkan seorang anak.

"Yang pastinya, saya gembira dan sangat seronok setelah bergelar bapa selama tiga bulan setengah ini kerana banyak yang saya dapat pelajari.

"Bukan sahaja karektor anak saya, tetapi setiap hari adalah suatu perjalanan yang membantu saya untuk mengenali diri saya dengan lebih mendalam," kata bapa kepada Alehandra Ahmad ini.

Menurut Aqasha, Alehandra bermaksud pejuang bangsa, manakala Ahmad bermaksud yang terpuji.

"Jadi saya berharap anak saya akan membesar menjadi seseorang yang berguna kepada bangsa, agama dan juga negara," tambahnya.

Drama Gemersik Rindu diarahkan Heykal Haniffah dan turut membariskan ramai lagi pelakon berbakat. Antaranya Fazreen Rafi, Anzalna, Zain Saidin, Dian P.Ramlee, Khatijah Tan dan Watie Sadali.

Drama ini dapat disaksikan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malamm, bermula 2 Januari 2012.

Full content generated by Get Full RSS.

Gelaran datuk henti tohmahan

Posted:

Gelaran datuk henti tohmahan

Gelaran datuk henti tohmahan

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar WAHIDIN SALIM dan MAHATHIR ALI


Ac dan Eizlan bersama isteri masing-masing meraikan hari besar mereka setelah menerima gelaran di Istana Pahang, Khamis lalu.


SEMENJAK awal 2010, apabila pengacara dan pelakon AC Mizal menggunakan gelaran datuk pada pangkal namanya dalam urusan seni dan kerjaya bisnes, banyak yang skeptikal terhadap dirinya.

Malah, tidak kurang juga yang melahirkan rasa curiga, apakah benar artis yang terkenal pada zaman keunggulan kumpulan 4U2C itu telah menerima sebarang pingat penganugerahan?

Ramai yang membuat spekulasi kurang menarik mengenai berita itu. Ada yang berpendapat ia tidak lebih sekadar satu gimik.

Ironinya, jika tidak benar, apakah AC, seorang artis yang dikenali ramai dan popular dalam industri hiburan sanggup mengusung gelaran itu dalam setiap aktiviti seninya?

Dan, cakap-cakap 'kurang indah' itu akhirnya terhenti apabila Khamis, 22 Disember 2011, suami kepada pelakon Emylia Rosnaida itu mengadap Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).

Ini sekali gus membuktikan sememangnya anak seni yang hadir dengan penuh kreatif ini layak dan berada dalam senarai orang kehormat itu.

AC menerima anugerah itu dalam satu majlis yang diadakan di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, bersama-sama dengan dua lagi anak seni, Datuk Eizlan Yusof dan Datuk Fazli Yaakob serta 137 penerima pingat lain yang membawa gelaran datuk.

"Apa lagi yang boleh saya katakan, selain bersyukur kepada Allah. Akhirnya majlis penganugerahan ini menjawab segala-galanya. Saya berharap agar segala cakap-cakap buruk tentang penganugerahan terhadap pingat bergelar datuk terhadap diri saya tidak lagi kedengaran selepas ini," kata pengacara Maharaja Lawak Mega itu.

Menurut AC, dia telah menerima surat penganugerahan pingat berkenaan daripada pihak istana semenjak awal 2010 lagi. Selepas itu, apabila ada pihak bertanyakan kesahihan apakah dia telah menerima gelaran kehormat negeri tersebut, AC tidak sesekali berbohong dan memilih menyatakan kebenaran.

Bagaimanapun untuk urusan acara istiadat pengkalungan pingat, dia perlu menanti lebih setahun kerana mengikut giliran yang sepatutnya.

"Ia adalah proses biasa. Tetapi banyak yang kurang faham. Bagaimanapun, siapalah saya untuk menutup mulut orang ramai daripada berkata-kata. Katalah apa saja, asalkan saya tahu dimana kebenarannya.

"Bila pihak Istana memilih kita untuk dikurniakan pangkat dan gelaran, itu adalah rezeki dan penghormatan yang besar daripada pihak Istana sendiri.

"Pada saya ini adalah anugerah dan wajar disyukuri dan diterima dengan penuh rasa hormat. Bukan membangga diri, tetapi ini adalah satu penganugerahan yang memberikan lebih semangat untuk kita terus berbakti kepada masyarakat," katanya.

Menurut AC, sepanjang menjadi anak seni, dia sudah lali berhadapan dengan segala tohmahan dan kejian masyarakat yang tidak senang dengan dirinya. Bagaimanapun AC sedar, tidak semua melihat dirinya dari sudut pandangan negatif. sebaliknya masih ada yang positif dan mendoakan kejayaannya dari sehari ke sehari.

"Satu persatu, cerita yang tidak baik tentang diri saya disebarkan tapi saya tetap bersabar kerana itu semua dugaan untuk berjaya. Memang rasa tertekan tapi bila saya dihujani dengan pelbagai masalah, saya akan redakan sakit kepala dengan melayari laman sosial Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak misalnya.

"Saya akan memujuk hati dengan berkata, kalau PM pun orang mengata, tapi dia masih lagi terus memimpin negara. Apalah sangat dengan saya.

"Jadi bila mengenangkan situasi Perdana Menteri yang terus teguh itulah, saya pun tidak akan mudah mengalah dengan segala cemuhan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Memperhebatkan industri koko

Posted:

Memperhebatkan industri koko

Memperhebatkan industri koko

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar MOHD. NOOR AMIN


PERLUASAN kawasan ladang tanaman koko bakal meningkatkan pengeluaran biji koko sekali gus mampu merancakkan industri hilirannya.


MUNGKIN ramai tidak tahu bahawa Malaysia pernah menjadi negara pengeluar biji koko ketiga terbesar di dunia pada sekitar tahun 1990-an.

Ketika itu, negara memiliki kawasan tanaman koko seluas 420,000 hektar dengan kadar pengeluaran biji koko 240,000 tan metrik setahun.

Namun, permintaan tinggi di peringkat global terhadap komoditi kelapa sawit menyebabkan kebanyakan ladang koko telah diambil alih oleh tanaman komoditi berkenaan.

Oleh itu, perusahaan koko hari ini terpaksa berhadapan dengan situasi pengurangan kawasan tanaman sebanyak 400,000 hektar.

Kini, sektor komoditi tersebut hanya bergantung kepada lebihan kawasan seluas 20,000 hektar untuk mengeluarkan kira-kira 15,000 tan metrik biji koko sahaja setahun,

Daripada segi pengusahanya pula, lebih 95 peratus terdiri daripada para pekebun kecil yang melakukan penanaman koko di kawasan-kawasan estet.

Menurut Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia (LKM), Datuk Dr. Azhar Ismail, pengurangan jumlah pengeluaran itu memberi kesan yang cukup besar kepada aktiviti sektor hiliran koko.

''Sektor produk hiliran koko sebenarnya telah bermula sejak tahun 2000 dan berkembang cukup baik selepas itu.

''Pembangunannya turut disokong oleh industri pengisaran koko di mana terdapat sebanyak sembilan buah syarikat pengisar di seluruh negara.

''Namun, selepas sektor huluan mengalami masalah pengeluaran biji koko, ia telah memberi ketidakseimbangan kepada sektor hiliran ini.

''Lebih buruk lagi apabila Indonesia turut menaikkan cukai terhadap biji koko yang diimport dari negara mereka,'' katanya ketika ditemui pada program Pameran dan Persidangan Komoditi Antarabangsa Malaysia (MICCOS) 2011 di Serdang baru-baru ini.

Melihat keadaan itu, LKM mengambil inisiatif memperkenalkan beberapa program penanaman dan pemulihan semula komoditi koko bermula pada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Antaranya, memberi insentif kepada para pekebun yang berminat menanam koko dalam bentuk bantuan bernilai RM6,500 untuk setiap satu hektar kawasan tanaman bagi tempoh selama lima tahun.

Ia merangkumi kos biji benih, input pertanian seperti baja dan racun serangga serta bantuan khidmat nasihat.

Di samping itu, LKM turut memperkenalkan program Koko Untuk Rakyat (KUR) bermatlamat memaksimumkan penggunaan tanah terbiar dan kawasan di sekitar rumah untuk tanaman pokok koko.

''Menerusi KUR, sebanyak 50 anak benih koko akan diberi secara percuma kepada individu yang berminat menanamnya. Program itu telah dimulakan di Perlis melalui pemberian sebanyak 220 anak benih kepada penduduk di sana.

''Setakat ini, program KUR telah dilaksanakan di seluruh negara dengan matlamat meningkatkan pengeluaran biji koko nasional sebanyak 30 peratus.

''Melaluinya, ia juga secara tidak langsung dapat memberi pendapatan tambahan kepada pengusaha terlibat,'' jelasnya.

Disebabkan pokok koko mudah dijaga, LKM turut menjalankan projek tanaman komoditi itu di kawasan-kawasan sekolah, pejabat, penempatan berkelompok dan taman rekreasi.

Mengenai soal pasaran, Dr. Azhar memberitahu, pihak LKM akan membantu para pekebun mengumpul biji koko secara berkelompok mengikut kluster bagi memudahkan aktiviti jualan.

''LKM akan cuba sedaya upaya untuk menemukan para pekebun secara terus dengan pembeli atau pengisar untuk mengelakkan penglibatan orang tengah,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tips tanam sekoi

Posted:

Tips tanam sekoi

Tips tanam sekoi

Sekoi boleh hidup pada tanah yang agak kering, masin dan beralkali serta liat dengan pH 8.5. Ia mempunyai daya kerintangan tinggi kepada banjir, kemarau dan serangga perosak berbanding dengan jagung.

Fizikal pokok sekoi sama lebih kurang dengan pokok jagung cuma hasil/buahnya terletak dihujung pokok dan tunas baru/anak akan keluar dari pokok yang sama selepas batang utamanya di potong yang dipanggil ratoon.

Penanaman

Tanah mesti dikerjakan dengan menyeluruh untuk mengembur, menghapus rumpai, memperbaiki pengudaraan dan penyerapan air yang baik untuk pertumbuhan akar dan pokok.

nMembajak piring dua minggu sebelum menanam sedalam antara 20 dan 25 sentimeter (sm) untuk memasukkan sisa tanaman dan rumpai ke dalam tanah.

nMembajak putar selepas membajak piring untuk memecahkan tanah menjadi ketulan kecil

nMengapur untuk menaikan pH tanah kepada yang optimum iaitu 5.5 dan disyorkan GML (Ground Magnesium Limestone) dengan kadar dua tan/ hektar (ha) untuk tanah biasa.

nJarak tanaman bergantung kepada jenis tanah dan juga jenis sekoi iaitu antara dia antara 60 dan 90 sm antara baris dan di antara 10 dan 23 sm antara pokok.

nBiji benih dirawat dengan racun kulat terlebih dahulu sebelum ditanam sedalam tiga dan lima sm sebanyak tiga atau empat biji selubang.

nMenanam boleh menggunakan jentera atau dengan tangan dimana biji benih akan bercambah tiga hingga tujuh hari selepas ditanam.

nPenjarangan dibuat selepas tiga minggu ditanam dengan meninggalkan satu pokok selubang.

Pengawalan tumbesaran

nKawalan rumpai dilakukan sebanyak dua kali iaitu dua minggu dan empat minggu selepas menanam.

nPembajaan dengan kadar NPK 102:45:45 kg/ha dimana separuh unsur N dan semua P dan K diberi sebagai baja asas dan separuh lagi N diberi sebulan selepas menanam

nUlat pengorek batang adalah perosak utama dan boleh dikawal dengan semburan racun serangga yang bersesuaian

nSerangan burung adalah pada peringkat penyemaian dan ketika peringkat susu biji sekoi

nPenyakit hawar daun dan smut biji sekoi boleh dikawal dengan amalan kultura yang baik dan menggunakan racun yang bersesuaian

Penuaian

nHasil sekoi boleh dikutip mengikut jenis dan pada kebiasaannya di Malaysia bila mencapai di antara 97 dan 110 hari selepas ditanam.

nUntuk dapatkan hasil kedua (ratoon) batang sekoi dipotong hingga berdekatan paras tanah supaya tunas tumbuh untuk mengeluarkan anak pokok baharu

nJika tidak perlukan ratoon, potong pokok lebih tinggi dari paras tanah atau dengan mengerat atau memotong jambak buah

nHasil mengikut jenis DOOBS (1,791 kg/ha), CE/71 (1662 kg/ha), CE/178 (1,669 kg/ha) dan 655N(1,523 kg/ha)

Penyimpanan

nBiasanya biji sekoi disimpan tanpa diceraikan dari tangkai tetapi dikeringkan sehingga 10-14 % kelembapan untuk mengelak serangan kulat dan serangga

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Telefon pintar untuk remaja

Posted:

Telefon pintar untuk remaja

Telefon pintar untuk remaja

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my


FUNGSI pada telefon pintar Samsung Galaxy W juga tidak kurang hebatnya dalam melengkapkan keperluan komunikasi pengguna moden.


JENAMA Galaxy bagi produk telefon pintar dan komputer tablet daripada Samsung terus mendapat tempat di hati penggemar gajet negara ini.

Selain model sedia ada, syarikat teknologi tersebut baru-baru ini memperkenalkan dua lagi model telefon bimbit pintar terbaru untuk portfolio yang sama.

Samsung Galaxy W dan Samsung Galaxy Y hadir bagi melengkapkan keperluan komunikasi golongan muda yang sentiasa mencari gajet bergaya, segar serta mempunyai fungsi lengkap.

Kedua-duanya disempurnakan bersama reka bentuk dan kemasan cukup menarik selain dilengkapi prestasi komunikasi mobiliti unggul.

Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon berkata, pihaknya sentiasa komited mencari kelainan dalam setiap produk yang dihasilkan menerusi aktiviti kajian inovasi secara berterusan.

"Tujuan inovasi ini adalah untuk memberi peluang kepada setiap peringkat pengguna mengaplikasi telefon bimbit pintar secara lebih ideal.

"Apa yang unik mengenai model-model ini, kedua-duanya dibangunkan hasil gabungan idea sasaran pengguna profesional dan juga remaja.

"Menerusi pendekatan itu, kami yakin dan percaya ia mampu mewujudkan fenomena kejayaan baru untuk rangkaian produk Galaxy Samsung,'' katanya.

Untuk Samsung Galaxy W, ia dilengkapi spesifikasi teknologi yang cukup menarik di mana ia disokong oleh pemproses berkuasa 1.4GHz, sistem operasi Android Gingerbread 2.3 serta sambungan rangkaian HSDPA 14.4 Mbps.

Bagi fungsi paparan, model berkenaan tersedia dengan skrin sentuh TFT-LCD 3.7 inci sesuai untuk pelaksanaan aktiviti permainan video, pelayaran web dan tontonan video.

Tidak cukup dengan itu, ia turut dilengkapi aplikasi Samsung Game dan Music Hubs sebagai pelengkap aktiviti hiburan selain aplikasi Kies Air untuk membantu pengguna menjejak telefon mereka sekiranya disalah letak.

Sementara bagi model Samsung Galaxy Y, keunikannya ditampilkan pada pilihan warna-warna ceria seperti putih mutiara, oren, merah jambu, silver dan hitam untuk penutup belakang telefon itu.

Model kompak dengan ketebalan hanya 11.5 milimeter (mm) itu turut dipacu antaramuka TouchWiz untuk tawaran pengalaman operasi intuitif yang ringkas dan lancar.

Daripada segi saiz pula, ia selesa untuk genggaman di tapak tangan dan sesuai dimuatkan di poket menjadikannya sesuai dibawa ke mana-mana untuk keperluan hiburan pengguna.

Samsung Galaxy W dan Samsung Galaxy Y telah pun memasuki pasaran Malaysia dengan masing-masing dijual pada harga RM999 dan RM499.

Maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi daripada laman web www. samsung.com/my.

Full content generated by Get Full RSS.

Hibrid pertama dari Nikon

Posted:

Hibrid pertama dari Nikon

Hibrid pertama dari Nikon

Oleh: ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Mempertaruhkan kepantasan sistem penderia auto fokus dan kepantasan sistem pemprosesan imej menerusi penderia imej CMOS, Nikon kini memperkenalkan siri baru keluarga kamera kompaknya iaitu Nikon 1 J1 dan Nikon 1 V1.

Kedua-duanya merupakan model pertama bagi siri Nikon 1 yang juga kamera kompak digital lensa boleh tukar dijana oleh enjin pemproses kelajuan tinggi - EXPEED 3.

Penderia imej CMOS juga dipertingkatkan kepada format CX menggantikan format sistem yang sedia ada iaitu Nikon FX dan DX.

Malah, Nikon 1 J1 dan Nikon 1 V1 turut dilengkapi dengan sistem tapak lensa (lens mount) yang terbaru.

Bersama sistem tapak lensa terbaru ini, ia bukan sahaja menyokong lensa dari jenis 1 NIKKOR VR 10-30 milimeter (mm) f/3.5-5.6, 1 NIKKOR VR 30-110mm f/3.8-5.6, 1 NIKKOR 10mm f/2.8 and 1 NIKKOR VR 10-100mm f/4.5-5.6 PD-ZOOM sahaja malah tapak lensa F-NIKKOR.

Selain itu, sensitiviti maksimum untuk ISO juga turut dipertingkatkan dari 100 hingga 3200 kepada ISO maksimum 6400 bersama mod Hi 1.

Ia juga memiliki tiga jenis mod pemeteran iaitu Matrix Metering, Center-Weighted Metering dan Spot Metering.

Reka bentuk kedua-dua kamera itu juga lebih ringan dan kompak selain mudah untuk dioperasikan menjadikan keduanya sangat sesuai untuk kegunaan seharian.

Ia sesuai untuk dibawa ke mana-mana majlis khas, percutian serta merakam aktiviti seharian atau kejadian yang tidak dijangka.

Terdapat empat mod pilihan untuk merakam gambar pegun (still imej) mahu pun video iaitu Motion Snapshot, Smart Photo Selector, Still Image serta Movie.

Antara lebihan lain adalah sistem auto fokus hibrid iaitu integrasi antara sistem auto fokus serta poin pemfokusan yang lebih jelas bagi memudahkan rakaman subjek yang sedang bergerak laju.

Kelebihan tersebut membolehkan pemiliknya merakamkan subjek yang sedang bergerak seperti aktiviti sukan, kanak-kanak atau haiwan yang mana pergerakannya sukar diramal.

Di tambah dengan kelajuan rakaman 10 rangka sesaat (fps) secara berterusan membolehkan pelbagai situasi dapat dirakam dengan baik.

Bagi mod Motion Snapshot, ia berfungsi bagi menggabungkan imej pegun bersama video bagi memberikan kesan situasi dramatik pada imej yang dirakamkan.

Terdapat empat tema dalam mod ini yang boleh dipilih seperti Beauty, Waves, Relaxation dan Tenderness.

Manakala mod Smart Photo Selector bertindak sebagai pemilih gambar yang terbaik untuk di simpan di mana gambar yang tidak menepati kehendak seperti gambar kabur tidak akan disimpan.

Ia bertujuan memudahkan pemiliknya menyimpan gambar yang terbaik dan turut menjimatkan ruang unit penyimpanan data imej.

Bagi Nikon 1 J1, ia dilengkapi skrin paparan TFT LCD 460k-dot seluas 3.0 inci. Mana kala Nikon 1 V1 pula dilengkapi skrin paparan TFT LCD 921k-dot juga seluas 3.0.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved