Ahad, 1 Disember 2013

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Ledakan kuasa Suzuki Swift Sport

Posted: 01 Dec 2013 10:05 AM PST

Oleh FAIRUS KASSIM
ekonomi@utusan.com.my

Swift merupakan model Suzuki yang paling popular di Malaysia disebabkan saiznya yang sangat praktikal untuk kegunaan di kawasan bandar dan paling penting reka bentuknya mampu menarik perhatian golongan lelaki mahupun wanita.

Atas permintaan tinggi, Suzuki Malaysia Automobile (SMA) telah memperkenalkan model Swift Sport diimport sepenuhnya bagi memenuhi kehendak pelanggan yang menginginkan kereta yang lebih berkuasa tetapi saiz yang praktikal.

Dua varian diperkenalkan untuk model ini iaitu automatik tujuh kelajuan dan manual enam kelajuan. Penulis baru-baru ini berpeluang mencuba model automatik untuk sesi ujian di sekitar Lembah Klang dan perjalanan jauh menyusuri lebuh raya.

Sekali pandang, reka bentuknya masih sama seperti Swift standard, tetapi ada sedikit perubahan membabitkan perumah lampu hadapan warna hitam, bampar dan jeriji lebih sporty selain dipadankan dengan ekzos berkembar. Selain itu sistem penyerap hentak, tayar dan rim turut disesuaikan dengan imej sporty.

Ruang kabin juga tidak banyak perubahan kecuali pada kerusi separa bucket dengan kemasan jahitan merah, stereng kulit juga dengan kemasan jahitan merah dan kemasan garisan perak di pintu serta papan pemuka.

Turut dilengkapi dengan butang hidup/henti enjin, pedal shift, pendingin hawa automatik, sistem radio asas dan pedal kaki sport berwarna perak.

Oleh kerana ini model sport, maka perkara paling penting untuk diuji adalah prestasinya. Tekanan pertama pada pedal minyak sahaja sudah membuatkan penulis terasa keupayaan enjin M16A 1.6L pada kereta ini dan sangat berbeza dengan model standard.

Walaupun menggunakan transmisi automatik, kuasa pecutannya tetap dirasai dan pemandu dapat merasai setiap 'gigitan' semasa pertukaran gear yang jarang dapat dirasai pada kereta automatik lain.

Disebabkan 'gigitan' tersebut, penulis berasa puas untuk kerap menggunakan pedal shift dan bagi penulis ini adalah kelebihan yang ditawarkan oleh Swift Sport dan mungkin menjadi faktor permintaan di pasaran.

Di atas kertas, model ini boleh mencapai kelajuan maksimum 185 km/j tetapi penulis berjaya memecahkan angka tersebut semasa mengujinya di lebuh raya. Penggunaan minyak pula sekitar 6.5L/100km.

Kawalan stereng Swift Sport juga menyeronokkan dengan sistem penyerap hentak yang sangat selesa ketika mengambil selekoh dan semasa membrek pada kelajuan tinggi.

Namun penulis sangat tidak selesa dengan salutan kulit yang timbul pada kedudukan tangan kiri dan kanan. Apabila terlalu lama memegang bahagian tersebut, tangan menjadi kebas dan sakit.

Secara keseluruhan prestasi Swift Sport automatik tidak menghampakan dan penulis tidak sabar untuk menguji transmisi manual selepas ini.

Pada pandangan penulis, model ini sesuai untuk golongan muda, bujang atau kereta kedua disebabkan ruang bonet yang sangat kecil berikutan penyediaan ruang tayar ganti dan saluran ekzos berkembar.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


YSS teruskan Misi Tuisyen ke Batang Lupar

Posted: 01 Dec 2013 10:05 AM PST

Rohani Abdul Karim (belakang, tengah) bersama pasukan Yayasan Sukarelawan Siswa dalam Majlis perasmian Misi Tuisyen YSS ke Batang Lupar, Sarawak, semalam.

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) meneruskan Misi Tuisyen anjurannya ke daerah Batang Lupar selepas kejayaan program yang dilaksanakan di Kampung Gita Lama dan Kampung Gita Baru, Petra Jaya, Sarawak.

Pengerusinya, Datuk Zuraidah Atan berkata, program yang berlangsung selama dua minggu bermula 23 November lalu itu akan memberi penekanan kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, khidmat kaunseling, kesedaran kesihatan dan kebersihan kepada pelajar sekolah serta masyarakat di sekitar Kampung Beladin.

"Pelaksanaan misi ke Batang Lupar ini diharap dapat memberi manfaat kepada penduduk Kampung Beladin dan sekitarnya terutama dalam mewujudkan landasan hubungan antara siswa dengan komuniti yang lebih cekap, prihatin serta dinamik.

"Saya yakin kejayaan misi ini sekali gus akan menjadikan model program yang akan diperluas ke kawasan komuniti lain di Sarawak agar masyarakat dan universiti mempunyai hubungan akrab," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Majlis perasmian Misi Tuisyen YSS ke Batang Lupar itu disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Menurut Zuraidah, misi kali ini disertai 13 sukarelawan yang terdiri daripada penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Sarawak (UniMas), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sabah, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Antarabangsa dan Batu Lintang serta Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Mengulas lanjut, Zuraidah berkata, program itu juga berupaya memupuk khidmat bakti dalam kalangan para siswazah untuk menyumbang kepada komuniti dan meningkatkan imej IPT dalam kalangan masyarakat setempat.

"Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan kesemua sukarelawan agar sentiasa mengamalkan nilai bersatu padu dengan penduduk kampung, memahami cara hidup mereka sambil menolong untuk mengajar anak-anak golongan tersebut," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Kematian 3 beradik: Polis kesan teman lelaki remaja

Posted: 01 Dec 2013 08:19 PM PST

Oleh SAHBULAH DARWI

MUKHRIZ Tun Mahathir mengucapkan takziah kepada ayah mangsa kematian tiga beradik, Rosdi Rani (tiga kiri) dan ibu mangsa, Siti Aisyah Ariffin (dua kiri ) semasa melawat keluarga mangsa di kediaman mereka di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar malam tadi. - UTUSAN

ALOR SETAR 2 Dis. - Polis sedang mengesan teman lelaki kepada Allahyarham Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, bagi membantu siasatan kes pembunuhan remaja itu bersama dua adiknya yang berasal dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini kelmarin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, lelaki tersebut berusia belasan tahun dan kini dipercayai berada di Perlis.

"Kita akan siasat teman lelaki (mangsa) dan kita akan dapatkan maklumat tentang lelaki itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan Spanco kepada ketua-ketua polis daerah dari seluruh negeri di Ibu Pejabat Kontijen Polis Kedah di sini hari ini.

Mayat tiga beradik itu iaitu, Nor Syafikah Nadia ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong di sini pukul 3.45 petang, Sabtu lalu selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna, 12, kira-kira pukul 7.30 malam, Jumaat lalu.

Lebih menyayat hati, mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang semalam di dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar di sini iaitu kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.

Walaupun mereka ditemui lemas, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh.

Ahmad berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil menyalurkannya di balai-balai polis berdekatan.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir ketika melawat keluarga mangsa malam tadi yakin polis akan bertindak pantas dan menyelesaikan kes tersebut.

Mukhriz berkata, penjenayah yang melakukan perbuatan tersebut perlu segera diberkas dan dikenakan hukuman setimpal.

"Berita tersebut sangat mengejutkan serta menyayat hati, kerajaan negeri Kedah berkongsi kemarahan dan kesedihan yang dihadapi oleh ahli keluarga tiga beradik ini.

"Kalau saya dalam keadaan mereka sudah tentu saya juga susah mahu kawal perasaan dan saya yakin pihak polis akan bertindak pantas dan mampu menyelesaikan kes ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

Siti Aishah setuju pulang - Kakak

Posted: 01 Dec 2013 10:05 AM PST

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

Kamar Mahtum Abdul Wahab (dua dari kanan) disambut keluarganya sejurus tiba dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Selangor, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD NOR

SEPANG 1 Dis. - Siti Aishah Abdul Wahab, 69, yang didakwa dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri di London, berjanji akan pulang ke pangkuan keluarga selepas selesai menjalani tempoh penahanan selama sembilan bulan.

Kakaknya, Kamar Mahtum, 73, berkata, Siti Aishah ketika ini berada dalam tahanan polis bagi membantu siasatan kematian Sian Davies pada 1997 yang dipercayai menjadi hamba kepada pasangan suami isteri, Aravindan Balakrishnan, 73, dan Chanda Pattni, 67, di Lambeth, London sejak 30 tahun lalu.

Siti Aishah bersetuju untuk pulang selepas dipujuk Kamar Mahtum dalam satu pertemuan di lokasi rahsia di negara itu yang dikawal ketat bagi mengelak sebarang maklumat bocor sehingga boleh mengganggu siasatan.

Menurut Kamar Mahtum, Siti Aishah mulanya enggan pulang ke tanah air kerana mendakwa banyak urusan yang perlu diselesaikan di London terutamanya kerja kemasyarakatan.

"Setelah dipujuk dan menyatakan keluarga di Malaysia begitu rindukan dia, akhirnya Siti Aishah akur dan bersetuju pulang, namun perlu menunggu sehingga siasatan selesai yang memakan masa sembilan bulan.

"Saya gembira selepas Siti Aishah berjanji untuk pulang, kami sekeluarga amat merinduinya selepas hampir 40 tahun berpisah. Dia ada menulis satu nota ringkas kepada keluarga di Malaysia, namun saya tidak dapat kongsi kandungannya kerana terlalu peribadi.

"Dia juga sihat fizikal dan lebih gemuk daripada saya, dia juga merindui keluarga di Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita sejurus tiba dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pukul 7.30 pagi ini.

Siti Aishah merupakan salah seorang daripada tiga individu yang diselamatkan polis Britain pada 22 November lalu kerana dipercayai dijadikan hamba domestik selama 30 tahun di sebuah rumah di selatan ibu negara itu.

Aravindan dan Chanda yang memimpin sebuah kumpulan ekstremis komunis pada 1970-an dipercayai bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, Kamar Mahtum mendakwa sepanjang pertemuan itu, Siti Aishah begitu gembira dan menyatakan menerima layanan baik daripada rakan-rakan sekali gus menafikan dia dijadikan hamba sepanjang berada di London.

"Siti Aishah tidak sedikit pun menunjukkan situasi dia menghadapi sebarang masalah, apabila saya bertanya situasinya sekarang, dia beritahu tidak menjadi hamba kepada mana-mana pihak dan gembira berada di London bersama rakan-rakannya.

"Saya ada bertanya mengenai pekerjaannya, namun dia tidak menyatakan lebih lanjut tentang perkara tersebut dan hanya memberitahu dia melakukan kerja kemasyarakatan kerana masyarakat di London mahukan pertolongan dia," katanya.

Mengulas mengenai pegangan agama adiknya ketika ini, Kamar Mahtum berkata, perkara tersebut telah ditanyakan kepada kepada Siti Aishah semasa sesi pertemuan yang dilakukan.

"Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini, memang saya ada bertanya, namun tiada jawapan, perkara ini biarlah antara dia dan Allah," katanya.

Dalam pada itu, Kamar Mahtum meminta pihak media terutamanya di negara ini menyiarkan perkembangan sahih mengenai situasi adiknya di London.

"Ada sesetengah media melaporkan berita yang tidak tepat, perkara ini mengeruhkan lagi keadaan. Kami berharap segalanya diselesaikan dengan segera bagi membolehkan Siti Aishah pulang ke kampung halaman secepat mungkin," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Annuar tak boleh terlibat

Posted: 01 Dec 2013 10:05 AM PST

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Hamidin Mohd. Amin (kiri) dan Afandi Hamzah (dua dari kanan) menjawab soalan pemberita selepas Majlis Taklimat Liga Malaysia Musim 2014 di Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi

SHAH ALAM - Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan bahawa Tan Sri Annuar Musa tidak boleh berada dalam Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara kerana statusnya yang masih dalam penggantungan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin semalam selepas menerima surat balas daripada badan bola sepak Asia itu, baru-baru ini.

Menurut AFC, Timbalan Presiden FAM itu tidak boleh berada dalam jawatankuasa tersebut kerana masih dalam tempoh penggantungan dan ia hanya akan berakhir pada 4 Oktober tahun depan.

Dalam surat itu menjelaskan bahawa wakil FAM iaitu Annuar tidak boleh duduk dalam senarai jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana beliau adalah pegawai FAM yang digantung.

"Namun, sebaik sahaja penggantungannya tamat, beliau boleh menyertai jawatankuasa itu semula, kami tiada masalah tentang perkara tersebut," kata Hamidin dalam sidang media selepas Majlis Taklimat Liga Malaysia Musim 2014 semalam.

Jelasnya, jika Annuar menarik diri, maka akan ada wakil FAM lain yang mengisi kekosongan jawatankuasa tersebut.

Namun, selepas penggantungannya selesai Ahli Parlimen Ketereh itu boleh kembali berada dalam jawatankuasa itu.

Saya sudah memaklumkan perkara ini kepada menteri dan juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong dengan menghantar surat secara rasmi pada Jumaat petang tempoh lalu.

Benda ini sangat berprofil tinggi dan ia perlu diselesaikan dengan cepat," katanya.

Melihat kembali kepada kronologi isu ini, pada 23 November lalu, Khairy menjelaskan bahawa pelantikan Annuar sebagai anggota Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara tidak bercanggah dengan peraturan penggantungan yang dikenakan terhadap tokoh itu oleh FAM sebelum ini.

Khairy berkata, Annuar dilantik sebagai penasihat dan menjalankan tugas untuk memberi pandangan terhadap pelaksanaan yang diperlukan untuk program pembangunan bola sepak negara dan bukan melibatkan diri secara langsung dalam operasi sukan berkenaan.

Zolkples yang mewakili MSN selaku sekretariat jawatankuasa tersebut turut mengakui, pelantikan Annuar adalah sah selepas merujuk perkara itu kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan

Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Annuar telah menyatakan kesediaannya untuk menarik diri sekiranya tindakan itu dapat memastikan FAM meneruskan penglibatan mereka dalam jawatankuasa tersebut.

Annuar menganggap kerajaan wajar menjadikan bola sepak sebagai agenda nasional dengan merangka pelan pembangunannya antara 30 hingga 50 tahun seperti Jepun.

Katanya, agenda berkenaan turut penting dalam proses pembinaan negara terutama sekarang, seperti mana sukan yang pernah dijadikan sebagai agenda negara Afrika Selatan oleh bekas pemimpinnya, Nelson Mandela selepas zaman aparteid.

FAM juga dalam masa yang sama menjelaskan bahawa mereka boleh digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya terdapat bukti campur tangan kerajaan dalam apa perkara sekali pun dan jika berlaku ia adalah penamat kepada bola sepak Malaysia.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan ketika merujuk kepada kuasa FIFA seperti yang terkandung di dalam Artikel 17 Statut FIFA.

Kelantan, Selangor boleh bernafas

Posted: 01 Dec 2013 10:05 AM PST

SHAH ALAM - Kelantan dan Selangor akhirnya mendapat sedikit ruang untuk bernafas selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia memberi kelonggaran kepada mereka kerana terlibat dalam saingan Piala AFC buat musim kedua berturut-turut, tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan persatuan, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, berikutan penglibatan kedua-dua pasukan tersebut di Piala AFC maka FAM bersedia untuk menyesuaikan jadual pertandingan tempatan kerana Kelantan dan Selangor boleh diibaratkan sebagai mewakili negara bertanding di peringkat Asia.

"Kita akan beri ruang untuk bertanding di Piala AFC tetapi tidak boleh sampai satu bulan tidak ada perlawanan, negara Asia Barat dan Asia Tenggara lain yang bertanding di saingan tersebut serta Liga Juara-Juara Asia juga menghadapi masalah yang sama," katanya dalam sidang media selepas Taklimat Liga Malaysia (Liga M) Musim 2014 semalam.

Jelasnya, setiap pasukan yang bertanding di Piala AFC harus menerima hakikat bahawa mereka akan berdepan lebihan perlawanan berbanding pasukan lain yang bertanding di Liga M tetapi dalam masa yang sama akan memberi ruang untuk pemain berehat sebaik mungkin.

"Kita tidak boleh beri ruang sewenang-wenangnya, FAM juga sama seperti badan bola sepak negara lain, tetapi saya rasa mungkin tidak ada masalah buat pemain kedua-dua pasukan memandangkan tahun depan juga tidak banyak tugas buat skuad kebangsaan," katanya yang juga Naib Presiden FAM.

Ditanya adakah FAM tidak bercadang untuk memberi hadiah berbentuk wang tunai kepada pasukan yang muncul juara Piala FA dan Liga Super untuk mengurangkan beban kepada pasukan yang beraksi di Piala AFC, Afandi berkata, setiap pasukan hanya mendapat imbuhan hasil kutipan tiket sahaja.

"Memang pasukan yang beraksi di Piala AFC berhasrat untuk mara lebih jauh tetapi mereka sebenarnya sudah menerima insentif daripada FAM sebanyak RM20,000 untuk perlawanan di gelanggang sendiri, manakala jika beraksi di tempat lawan pula Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberi wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM64,000)," katanya.

Dalam pada itu FAM juga masih lagi berbincang dan akan memutuskan dalam masa terdekat sekurang-kurangnya sehingga 17 Disember ini tentang stadium yang bakal digunakan oleh pasukan yang berada di Lembah Klang berikutan penutupan beberapa stadium seperti Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Shah Alam dan Stadium Bola Sepak Cheras.

"Selangor ada memohon untuk beraksi di sebelah petang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, tetapi kita banyak menerima tempahan untuk stadium berkenaan kalau tidak salah saya pasukan Felda United dan PKNS," kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Ujarnya, perbincangan akan dilakukan bersama Afandi dan akan dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain pada 17 Disember.

Stadium Bola Sepak Cheras ditutup selama dua tahun kerana menjalankan proses penambahbaikan begitu juga dengan Stadium Shah Alam yang hanya akan dibuka pada Mac depan manakala Stadium Nasional Bukit Jalil pula dijangka boleh digunakan pada April atau Mei depan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Tindakan baca khutbah sendiri

Posted: 01 Dec 2013 10:05 AM PST

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

MARAN 1 Dis. - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) akan mengambil tindakan tegas terhadap khatib di negeri ini jika membaca teks khutbah sendiri atau pihak berkepentingan bagi mengelak mimbar disalahgunakan untuk tujuan tertentu.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, Muip proaktif menyelaraskan khutbah Jumaat di setiap masjid bagi memastikan syiar Islam terus berkembang dan masyarakat menerima maklumat tepat daripada pihak berkuasa.

Menurutnya, usaha itu dibuat bagi memastikan maklumat pembangunan dan perkembangan Islam disampaikan secara tepat tanpa diselewengkan bagi tujuan tertentu.

"Bagaimanapun jawatankuasa masjid dibenarkan merangka teks khutbah mengikut tema tertentu tetapi perlu mematuhi prosedur seperti mendapatkan kebenaran daripada jabatan agama Islam daerah dengan menunjukkan rangka khutbah yang hendak dibacakan.

"Muip tidak menggalakkan masjid menulis dan membaca khutbah sendiri kerana bimbang ada maklumat tidak tepat sehingga boleh merosakkan perpaduan umat Islam" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Peningkatan Profesionalisme Bilal dan Siak masjid kariah peringkat negeri dan penyampaian sagu hati untuk pegawai masjid di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Roslan Harun.

Wan Abdul Wahid berkata, ada kalangan petugas masjid yang ingin menyediakan khutbah sendiri seperti sambutan Hari Guru, Hari Wanita, Hari Ibu, Hari Pekerja dan sebagainya bagi mengenangkan jasa mereka.

Katanya, usaha itu memang baik tetapi perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada JAIP supaya maklumat berkenaan seimbang dan menepati kehendak masyarakat.

Menurutnya, usaha menyelaraskan teks khutbah adalah wajar dan sesuai dengan perkembangan masyarakat masa kini yang inginkan maklumat tepat dan mutakhir.

Mengenai segelintir ahli politik yang meminta kebenaran membaca khutbah Jumaat, beliau berkata, pihaknya mengharapkan imam yang dilantik boleh menjalankan tugas mereka.

"Ahli politik boleh berperanan sebagai jentera membangunkan negara dan tugas membaca khutbah diserahkan kepada pegawai masjid yang sudah dipertanggungjawabkan," ujarnya.

Masyarakat luar bandar perlu kreatif

Posted: 01 Dec 2013 10:05 AM PST

MUHYIDDIN Yassin (lima, kiri) menyampaikan Anugerah Ilham Desa kepada wakil dari Kampung Peruas yang dipilih sebagai juara sempena Pertandingan Anugerah Ilham Desa di Kampung Gali Tengah di Raub, kelmarin. Turut hadir, Mohd. Shafie Apdal (lima, kanan), Adnan Yaakob (empat, kiri).

RAUB 1 Dis. - Masyarakat luar bandar perlu lebih kreatif serta inovatif dalam menghasilkan produk berkualiti serta mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan melalui Kementerian Luar Bandar dan Wilayah menyediakan pelbagai insentif sebagai galakan kepada mereka menceburi bidang berkenaan seperti bantuan pembiayaan perniagaan, ruang niaga dan kursus intensif kepada usahawan desa.

"Penghasilan produk berkualiti daripada masyarakat desa memberi impak kepada kerajaan dalam usaha merealisasikan impian negara berpendapatan tinggi.

"Inovasi dan kreativiti dalam penghasilan produk makanan, pertanian dan perusahaan berjaya meningkatkan sumber pendapatan kepada penduduk luar bandar," katanya ketika berucap dalam pertandingan Anugerah Ilham Desa peringkat Kebangsaan di sini semalam.

Majlis itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Menurut Adnan, masyarakat luar bandar juga digalakkan mencipta pelbagai produk khusus untuk memenuhi pasaran semasa.

"Mereka perlu berfikir dengan kreatif untuk menghasilkan produk yang dapat memenuhi permintaan semasa.

"Gunakan segala kemudahan yang disediakan kerajaan seperti pinjaman dalam usaha untuk menghasilkan produk berkualiti," ujarnya.

Konvoi KSDP perlu diadakan setiap tahun

Posted: 01 Dec 2013 10:05 AM PST

TUNKU Hassan Mohammed Archibald (dua, kiri) beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada majlis menandatangani Watikah Taat Setia bagi daerah Bera sempena konvoi Kembara Setia Diraja Pahang (KSDP) sempena memuliakan ulang tahun hari keputeraan Sultan Ahmad Shah di Bera, semalam. Turut hadir, Norul Azali Sulaiman (tengah berbaju batik).

BERA 1 Dis. - Konvoi Kembara Setia Diraja Pahang (KSDP) yang melibatkan penyertaan kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi perlu diadakan setiap tahun berikutan sambutan menggalakkan diterima setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Norol Azali Sulaiman berkata, beliau begitu kagum dengan penganjuran kembara tersebut yang mendapat sambutan daripada penduduk di setiap laluan dilalui oleh peserta.

"Saya berharap kembara ini akan dijadikan sebagai acara tahunan dan berdasarkan sambutan hangat peserta dijangka menarik lebih ramai pemilik motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara.

"Konvoi ini agak berlainan kerana bukan sahaja dilihat dari segi pameran motosikal besar semata-mata tetapi adalah kepentingan menyatakan taat setia kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah," katanya ketika berucap dalam majlis Menandatangani Watikah Taat Setia KSDP Daerah Bera di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama, Penasihat Kehormat Johor Bikers, Tunku Hassan Mohammed Archibald, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd. Fadil Osman dan Pengarah KSDP, Halim Din.

Menurut beliau, institusi raja merupakan benteng pertahanan kepada kemakmuran negara dan perlu dipertahankan oleh semua rakyat.

"Justeru, dengan adanya program seperti ini dapat memberi kesedaran kepada golongan belia khususnya mengenai kepentingan institusi raja.

"Saya juga harapkan setiap peserta berhati-hati ketika mengikuti konvoi. Harap semua berjalan lancar dan Watikah Taat Setia dapat dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Ahmad Shah," katanya.

Dalam majlis itu, Norol Azali dan Mohd. Fadil mewakili penduduk daerah Bera menandatangani Watikah Taat Setia yang dibawa oleh konvoi KSDP di Hotel Zenith Kuantan pada malam esok.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Utusan Online - Luar Negara

Posted:

Utusan Online - Luar NegaraIkuti berita penuh untuk ruangan Luar Negara menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara Utusan Online - Luar Negarahttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara Kereta api tergelincir di New York 4 terkorbanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_12/Kereta-api-tergelincir-di-New-York-4-terkorban NEW YORK 2 Nov. - Sekurang-kurangnya empat orang terkorban dan 63 lagi cedera, selepas sebuah kereta api penumpang tergelincir di sini semalam. Kereta api tersebut tergelincir ketika sedang melalui...2013-12-02T03:32:37+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Angka korban serangan di Iraq bulan lalu cecah 950http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_11/Angka-korban-serangan-di-Iraq-bulan-lalu-cecah-950 BAGHDAD 2 Nov. - Serangan bersenjata di Iraq bulan lalu telah mengakibatkan hampir 950 orang terkorban dengan kebanyakan mereka merupakan orang awam. Hasil data yang diperolehi daripada Kementerian ...2013-12-02T02:53:44+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Penyokong Mursi berkumpul di Dataran Tahrirhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_02/Penyokong-Mursi-berkumpul-di-Dataran-Tahrir KAHERAH 2 Nov. - Polis Mesir melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan beratus-ratus penyokong bekas Presiden yang digulingkan Mohamed Mursi, sejurus selepas mereka memasuk Dataran Tahrir. Ini merupakan...2013-12-02T01:25:43+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Penduduk Bangkok diarah tidak keluar rumahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_01/Penduduk-Bangkok-diarah-tidak-keluar-rumah BANGKOK 2 Nov. - Kerajaan Thailand semalam mengeluarkan perintah berkurung ke atas penduduk di sini, bermula dari pukul 10 malam sehingga 5 pagi. ``Dari pukul 10 malam sehingga 5 pagi, jika tiada keperluan...2013-12-02T00:31:16+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Pejabat PM Thailand diserbuhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_03/Pejabat-PM-Thailand-diserbu BANGKOK 1 Dis. - Kira-kira 30,000 penunjuk perasaan antikerajaan, hari ini meningkatkan bantahan dengan menyerbu dan mengepung beberapa agensi kerajaan serta sebuah badan penyiaran, selain memaksa Perdana...2013-12-02T02:05:47+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1202/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_03/Pejabat-PM-Thailand-diserbu </image></item><item><title>Komuniti Arab Badwi anjur bantahanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_04/Komuniti-Arab-Badwi-anjur-bantahan HAIFA 1 Dis. - Lebih seribu komuniti Arab Badwi dan penyokong mereka bertempur dengan pasukan keselamatan Israel, dalam tiga kejadian berasingan, semalam sebagai bantahan terhadap rancangan rejim Zionis...2013-12-02T02:05:47+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1202/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_04/Komuniti-Arab-Badwi-anjur-bantahan </image></item><item><title>Banjir di Sumatera, sembilan terkorbanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_05/Banjir-di-Sumatera-sembilan-terkorban JAKARTA 1 Dis. - Sebanyak sembilan orang termasuk empat kanak-kanak hari ini dilaporkan maut, selepas banjir dan tanah runtuh berlaku di Sumatera. Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional, Sutopo Purwo...2013-12-02T02:05:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1202/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_05/Banjir-di-Sumatera-sembilan-terkorban </image></item><item><title>Draf Perlembagaan Mesir hampir diluluskanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_06/Draf-Perlembagaan-Mesir-hampir-diluluskan KAHERAH 1 Dis. - Sebuah panel yang ditugaskan meminda Perlembagaan Mesir, hari ini menyambung semula sesi undian, masuk hari kedua selepas meluluskan lebih separuh daripada 247 artikel dalam draf Perlembagaan...2013-12-02T02:05:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1202/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_06.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_06/Draf-Perlembagaan-Mesir-hampir-diluluskan </image></item><item><title>Aceh semakin membangun selepas tragedi tsunami 2004http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_07/Aceh-semakin-membangun-selepas-tragedi-tsunami-2004 TRAGEDI tsunami 2004 yang mengorbankan kira-kira 286,000 orang di 14 buah negara, telah mengubah penerimaan dan tangapan penduduk dunia tentang bencana alam. Kini, hampir sembilan tahun bencana itu berlaku...2013-12-02T02:05:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ZUHAYATI YAZID<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1202/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_07.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_07/Aceh-semakin-membangun-selepas-tragedi-tsunami-2004 </image></item><item><title>9 maut insiden berbalas tembakan di Tripolihttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_08/9-maut-insiden-berbalas-tembakan-di-Tripoli TRIPOLI 1 Dis. - Sembilan orang terkorban termasuk seorang pelajar dalam insiden berbalas-balas tembakan antara kumpulan-kumpulan bersenjata di utara bandar ini, semalam. Menurut sumber keselamatan, kumpulan-kumpulan...2013-12-02T02:05:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1202/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_08.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_08/9-maut-insiden-berbalas-tembakan-di-Tripoli </image></item><item><title>Kapal angkasa India masuk fasa kedua ke Marikhhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_09/Kapal-angkasa-India-masuk-fasa-kedua-ke-Marikh BANGALORE 1 Dis. - Kapal angkasa India, hari ini meninggalkan orbit Bumi untuk ke planet Marikh, sekali gus memasuki fasa kedua perjalanannya selepas dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish, Chennai di sini...2013-12-02T02:05:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1202/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_09.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_09/Kapal-angkasa-India-masuk-fasa-kedua-ke-Marikh </image></item><item><title>Lembing batu tertua wujud sebelum kemunculan manusiahttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_10/Lembing-batu-tertua-wujud-sebelum-kemunculan-manusia ADDIS ABABA 1 Dis. - Lembing batu tertua di dunia yang berusia 280,000 tahun ditemukan di Afrika, menunjukkan ia wujud sebelum kemunculan manusia iaitu kira-kira 80,000 tahun kemudian. Penemuan lembing...2013-12-02T02:05:49+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1202/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_10.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_10/Lembing-batu-tertua-wujud-sebelum-kemunculan-manusia </image></item><item><title>Tunjuk perasaan: Polis Thai guna meriam air, gas pemedih matahttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_10/Tunjuk-perasaan-Polis-Thai-guna-meriam-air-gas-pemedih-mata BANGKOK 1 Dis. - Percubaan beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan untuk menguasai Rumah Kerajaan di sini setakat ini berjaya dihalang polis melalui penggunaan meriam air dan gas pemedih mata. Pada...2013-12-01T18:29:36+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Pelakon Fast & Furious, Paul Walker mati kemalanganhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_09/Pelakon-Fast-&-Furious-Paul-Walker-mati-kemalangan LOS ANGELES 1 Dis. - Pelakon utama filem francais Fast & Furious, Paul Walker dilaporkan maut dalam satu kemalangan di Santa Clarita di sini petang semalam. Dalam kejadian itu, kereta jenis Porsche GT...2013-12-01T13:14:33+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1201/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_09.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_09/Pelakon-Fast-&-Furious-Paul-Walker-mati-kemalangan </image></item><item><title>33 penumpang pesawat Mozambican disahkan terkorbanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_03/33-penumpang-pesawat-Mozambican-disahkan-terkorban WINDHOEK 1 Dis. - Seramai 33 orang penumpang termasuk anak kapal penerbangan Mozambican yang dilaporkan hilang di kawasan pedalaman di timur laut Namibia, terkorban, semalam. Menurut jurucakap polis tempatan...2013-12-01T01:57:59+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Tiga maut, seorang parah ditembak dalam kereta apihttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_02/Tiga-maut-seorang-parah-ditembak-dalam-kereta-api PATNA, India 1 Dis. - Seramai tiga orang dilaporkan terkorban di dalam kereta api di Bihar, barat negara ini, selepas kumpulan penentang kerajaan melepaskan tembakan. Menurut jurucakap polis, Bhardwaj...2013-12-01T01:57:24+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd 3,000 tentera dikerah kawal keselamatan di Bangkokhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_01/3000-tentera-dikerah-kawal-keselamatan-di-Bangkok BANGKOK 1 Dis. - Thailand akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera untuk mengukuhkan keselamatan ketika penunjuk perasaan semakin mengganas di Bangkok, semalam. "Bermula malam tadi beberapa kumpulan...2013-12-01T01:56:44+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Situasi Bangkok semakin burukhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_04/Situasi-Bangkok-semakin-buruk BANGKOK 30 Nov. - Situasi di Bangkok semakin meruncing apabila beribu-ribu penunjuk perasaan menyerbu dua bangunan komunikasi utama negara, hari ini ketika pergerakan kumpulan Baju Merah berhimpun bagi...2013-12-01T02:03:08+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1201/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_04/Situasi-Bangkok-semakin-buruk </image></item><item><title>Siti Aishah nafi jadi hambahttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_05/Siti-Aishah-nafi-jadi-hamba LONDON 30 Nov. - Siti Aishah Abdul Wahab, rakyat Malaysia yang dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri di sini, menafikan mengalami situasi tersebut sepanjang berada di London. Siti Aishah, 69, mendakwa...2013-12-01T02:03:08+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Enam maut helikopter polis terhempashttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_06/Enam-maut-helikopter-polis-terhempas GLASGOW 30 Nov. - Sebanyak enam orang maut dan beratus-ratus orang dikhuatiri terperangkap apabila sebuah helikopter polis terhempas di atas bumbung sebuah kelab malam di Glasgow, Scotland, semalam. Setakat...2013-12-01T02:03:08+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1201/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_06.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_06/Enam-maut-helikopter-polis-terhempas </image></item><item><title>Korea Utara tahan rakyat AShttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_07/Korea-Utara-tahan-rakyat-AS SEOUL 30 Nov. - Korea Utara buat pertama kali mengesahkan penahanan seorang askar veteran Amerika Syarikat (AS) yang pernah terlibat dalam Perang Korea atas dakwaan berniat mencetuskan permusuhan. Merrill...2013-12-01T02:03:09+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd China hantar kenderaan perayau ke bulan hari inihttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_08/China-hantar-kenderaan-perayau-ke-bulan-hari-ini BEIJING 30 Nov. - China akan melancarkan misi meninjau bulan pertama menggunakan kenderaan perayau esok, dalam program angkasa lepas terbaharu negara ini. Menurut laporan stesen penyiaran CCTV, misi itu...2013-12-01T02:03:09+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1201/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_08.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_08/China-hantar-kenderaan-perayau-ke-bulan-hari-ini </image></item><item><title>Iran teruskan program pengayaan uraniumhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131130/lu_05/Iran-teruskan-program-pengayaan-uranium TEHERAN 30 Nov. - Iran tidak akan menghentikan program pengayaan uraniumnya, kata Presiden negara ini, Hassan Rouhani, sebagaimana yang dilapor agensi berita Mehr. ?Berdasarkan Triti Menyekat Perluasan...2013-11-30T02:49:37+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Pemimpin penunjuk perasaan mahu tawan pejabat PM Thaihttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131130/lu_04/Pemimpin-penunjuk-perasaan-mahu-tawan-pejabat-PM-Thai BANGKOK 30 Nov. - Pemimpin penunjuk perasaan, Suthep Thueguthep mengumumkan mereka akan menduduki Rumah Kerajaan yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra pada Ahad ini. Beliau berkata...2013-11-30T02:45:52+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Sekutu Aquino dituduh terbabit rasuahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131130/lu_03/Sekutu-Aquino-dituduh-terbabit-rasuah MANILA 30 Nov. - Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) semalam mencadangkan tuduhan jenayah dikenakan ke atas ketua kastam negara ini, sekutu politik pertama Presiden Benigno Aquino, yang terbabit dalam skandal...2013-11-30T02:29:20+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Kreativiti dengan jarak jelas

Posted: 01 Dec 2013 05:13 AM PST

Bersama MOHD. HAZLI HASSAN

Rakaman sudut lebar sering menggunakan bukaan yang kecil bagi membolehkan subjek dan latar belakang memperoleh ketajaman yang terbaik.

TIDAK ramai yang tahu apa itu jarak jelas. Ini adalah terjemahan langsung kepada ayat bahasa Inggeris, Depth Of Field (DOF). DOF antara aspek utama dalam fotografi termasuk fotografi dasar laut atau bawah air. Ini berikutan penggunaan jarak jelas amatlah kritikal semasa di dasar laut.

Jarak jelas yang sedikit (Shallow DOF) bermaksud imej yang dihasilkan mempunyai jarak ketajaman yang sedikit. Ini membolehkan jurufoto menumpukan kepada subjek utama yang mahu diberi keutamaan sahaja.

Jarak jelas yang banyak (Large DOF) pula merupakan imej yang mempunyai ketajaman yang lebih banyak dan adakalanya ketajaman imej yang dihasilkan termasuk dari latar depan sehingga ke belakang.

Ini merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh semua jurufoto tidak kira genre, baru atau lama.

Untuk menghasilkan jarak jelas, amat mudah. Apa yang perlu diketahui adalah penggunaan bukaan (aperture) yang betul dan sesuai dengan keadaan.

Bermain dengan bukaan dapat memberikan imej yang lebih kreatif. Tetapi harus diingat, perkara asas perlu diketahui terlebih dahulu sebelum anda mahu melakukan sesuatu yang diluar kotak - know you rules before you break the rules.

Dalam nota yang mudah, untuk mendapatkan jarak jelas yang sedikit, penggunaan bukaan yang besar diperlukan dan untuk mendapatkan jarak jelas yang banyak, bukaan kecil diperlukan.

Namun permainan bukaan ini berkait rapat dengan kelajuan pengatup pula, juga sedikit-sebanyak memerlukan permainan ISO. Bagi jurufoto dasar laut, ia akan lebih sukar.

Jika ada sebarang pertanyaan, e-mel dengan subjek Dasar Laut ke klik.mingguan@gmail.com. Sebahagian karya saya boleh dilihat di Flickr - http://bit.ly/fotobobo.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Ubati segera ‘penyakit kalbu’

Posted: 01 Dec 2013 10:05 AM PST

DALAM tempoh lima tahun menjadi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bersungguh-sungguh membangunkan negeri itu dan mensejahterakan rakyatnya. Walaupun keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mengecewakan beliau, tetapi beliau tetap bersyukur kerana Barisan Nasional (BN) masih mampu menguasai kerajaan negeri.

Dalam pertemuan sejam dengan wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR di kediaman rasmi Menteri Besar di Kuala Terengganu, Ahmad berkata, suatu ketika beliau tertanya-tanya apa lagi rakyat Terengganu inginkan selepas pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan negeri. Beliau turut mengupas mengenai masalah dalaman UMNO Terengganu dan usaha bagi mempertingkatkan ekonomi negeri tersebut.

Utusan: Bagaimanakah kedudukan kerajaan negeri selepas PRU-13?

AHMAD: Alhamdulillah, BN masih mampu mempertahankan kerajaan negeri, walaupun kita menghadapi ujian paling getir pada kali ini memandangkan ia dikatakan ibu kepada segala pilihan raya. Kita berhadapan dengan pelbagai asakan pakatan pembangkang melalui fitnah, tohmahan dan persepsi dengan menggunakan media baru berkaitan apa yang dilakukan oleh kerajaan. Keadaan itu menyebabkan ramai golongan muda terpengaruh, walaupun begitu saya bersyukur kepada Allah SWT kita mampu bertahan di Terengganu dalam keadaan gelombang begitu kuat.

Seperti mana kita tahu Terengganu meradalah salah satu negeri yang menunjukkan kekuatan UMNO dan Pas hampir seimbang. Dalam PRU13 lalu terdapat tiga faktor utama yang mendorong berlakunya kemerosotan sokongan rakyat kepada BN di negeri ini.

Pertamanya, faktor pengundi luar iaitu yang terdiri anak Terengganu yang berhijrah ke Lembah Klang untuk bekerja. Mereka ini banyak terpengaruh dengan media baru seperti Facebook dan Twitter, mereka tidak merasai apa yang dirasai di Terengganu.

Contohnya, ibu bapa mereka mendapat peluang pekerjaan dan merasai bantuan kerajaan negeri, tetapi anak mereka yang merantau mencari rezeki apabila pulang mengundi tidak kira semua itu. Sebaliknya mereka terpengaruh dengan slogan pembangkang, ini kalilah yang mahu mengubah kerajaan. Bagaimanapun kita bersyukur kerana sekurang-kurangnya 60 peratus pengundi dalaman (yang berada di Terengganu) hatta pengundi muda masih memihak kepada kita.

Di Terengganu, kesemua kerusi DUN mempunyai sekitar 3,000 hingga 4,000 pengundi luar, keadaan itu menyebabkan kita kehilangan 15 kerusi. Faktor kedua sudah tentulah pengundi Cina, walaupun jumlah tidak ramai tetapi mereka boleh menjadi undi penentu. Contohnya di Parlimen Kuala Terengganu, kita peruntukan satu kerusi exco untuk masyarakat Cina, tetapi kita kalah di ketiga-tiga peti undi pengundi Cina. Maknanya, walaupun BN meletakkan calon Cina, mereka sendiri tidak mengundi calon daripada masyarakat itu.

Keadaan ini ditambah dengan faktor seterusnya iaitu isu dalaman. Kita perlu akui bahawa apabila berlaku perubahan bagi kerusi Menteri Besar, ada wakil rakyat BN yang tidak berpuas hati sehingga mereka meninggalkan kawasan yang diwakili bagi tempoh dua hingga tiga tahun. Apabila diadakan pilihan raya baru kita hendak memperbetulkan keadaan, tetapi sudah tentulah ia mendatangkan masalah kepada kita.

Adakah Datuk Seri bersetuju bahawa gelombang pengundi luar yang pulang pada ketika itu bertujuan untuk menumbangkan kerajaan negeri?

Saya bersetuju dengan pandangan itu jika kita mengkaji pendekatan yang mereka gunakan termasuklah dari segi slogan, poster dan sticker kenderaan masing-masing . Malah kita lihat sendiri bagaimana masyarakat Cina kalau dahulunya mereka keluar mengundi selepas waktu tengah hari tetapi kali ini pukul 7.30 pagi mereka sudah beratur di pusat-pusat mengundi.

Matlamat mereka ialah untuk mengubah kerajaan dan ini ditambah dengan kepulangan pengundi luar yang ternyata tidak mengundi kita. Ia juga membuktikan bahawa kajian sikap kita sama sekali tidak betul. Dulu kita buat andaian apabila ibu bapa itu orang UMNO, anaknya juga akan menyokong UMNO tetapi kali ini keadaan itu tidak berlaku. Malah ada antara mereka yang terdiri daripada pelajar universiti pulang untuk mempengaruhi ibu bapa masing-masing mengundi pakatan pembangkang dengan alasan, kalau parti itu menang mereka tidak perlu membayar kembali PTPTN.

Ketika soal perpaduan dalam kalangan pemimpin UMNO Terengganu dikatakan menjadi punca prestasi buruk BN, ia kemudiannya diteruskan pula dengan pemilihan dalam parti, apakah situasi menjadi bertambah parah sekarang?

Sesetengah bahagian nampak stabil tetapi ada sebahagian lagi ada masalah. Ini juga berpunca dari dulu, apabila selepas saya dilantik menjadi Menteri Besar yang mana kemudiannya ada pemilihan. Saya cuba nasihatkan kalau boleh jangan ada pertandingan tetapi ada orang yang minta bertanding, akhirnya seorang dua sahaja tidak bertanding. Hasilnya kesan daripada pertandingan yang berlaku adalah berpanjangan. Kita bukan seperti Amerika Syarikat, apabila calon Presiden bersedia menerima kekalahan dan memberi sokongan kepada calon yang menang.

Ini berkaitan dengan masalah hati, berilah nasihat dan pandangan macam mana pun. Depan dia terima tetapi di belakang kita lain pula sikapnya. Ini saya sifatkan sebagai penyakit kalbu susah untuk diubati. Mereka sepatutnya rasional memandangkan kita bertanding dalam semangat kekeluargaan, kalah menang perkara biasa, kalau kita berasa tidak boleh menerima kekalahan lebih baik jangan bertanding.

Bagaimana Datuk Seri melihat pakatan pembangkang dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang?

Sekarang pun kita lihat pakatan pembangkang sudah terlalu banyak masalah termasuk Pas. Dulu kita kata, Pas menjadi kuda tunggangan DAP dan mereka kata kita kuda tunggangan MCA tetapi cuba kaji apa nasib Pas dalam pakatan.

Pada 2008, mereka membantu DAP menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang, Pas berharap akan dilantik sebagai exco , tetapi wakil parti itu tidak dilantik sehingga menimbulkan polemik. Pada 2013, apabila pakatan menang lagi di negeri itu, orang harap DAP akan berubah dengan memastikan Pas diletakkan pada tempat sepatutnya dalam exco tetapi mereka tidak dilantik juga. Pas diperkudakan oleh DAP di Pulai Pinang dan di negeri lain.

Di Selangor, selama ini DAP tiada peluang untuk menjadi wakil rakyat dan exco tetapi melalui kerjasama dengan Pas dan PKR akhirnya BN tumbang DAP dapat jadi exco. Pas menang 14 kerusi PKR menang 13 kerusi DAP pun 14 kerusi, kalaulah PKR jujur kenapakah parti itu tidak memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas? DAP pula menyokong PKR untuk jawatan itu sepatutnya mereka menyokong Pas. Jawatan exco-exco kanan pun dibolot oleh PKR dan DAP.

Dengan adanya perkembangan ini, saya yakin rakyat Terengganu akan kembali memberi sokongan yang lebih menyeluruh kepada kerajaan BN.

Dalam soal melaksanakan pembangunan apakah ini melibatkan kawasan BN sahaja?

Apa yang dilaksanakan berdasarkan akujanji kita kepada rakyat. Kita ada track record. Dalam tempoh 35 tahun pemerintahan BN sebelum ini, kita hanya dapat menyediakan lebih kurang 8,000 buah rumah tetapi dalam tempoh lima tahun saya menjadi Menteri Besar hampir 10,000 buah rumah dapat kita siapkan atau dalam pembinaan , kita juga memberikan tanah lebih 12,000 lot kepada rakyat untuk tapak rumah dan pertanian.

Dari segi pembangunan biarpun dulu, di bawah Datuk Seri Idris Jusoh ada dana khas, apabila saya ambil alih, saya masukkan dalam bajet, apa yang kita janjikan pertamanya, kita sudah jalankan. Tanah apabila kita bagi hak milik, ia melibatkan tempoh pajakan 60 tahun berbanding 30 tahun sebelum ini, keduanya kita janjikan setiap daerah kita bina satu imtiaz secara berperingkat, sekarang ini kita laksanakan di Kemaman, tahun depan kita hendak masukkan dalam bajet, kita buat pula di Setiu dan Marang, ini merupakan sekolah elit Terengganu yang pelajarnya boleh menghafaz al-Quran dan mencapai kejayaan baik dalam peperiksaan utama, cita-cita kita antara lain melahirkan doktor yang boleh hafaz al-Quran.

Dalam usaha untuk menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri maju, apa yang dilakukan dari segi pelaburan?

Kita menyediakan peruntukan untuk semua kawasan tetapi kita tidak boleh melaksanakan pembangunan tanpa melihat apa hasilnya. Sebab itulah kita tetapkan syarat dalam pemberian lesen bijih besi kepada pelabur, mereka mesti membina kilang.

Contohnya, kita bagi kawasan industri 1,200 ekar untuk tapak kilang dan 600 ekar kawasan bijih besi bagi sebuah syarikat. Kilang ini dijangka siap pada April atau Jun tahun depan. Ada 2,000 pekerja, insya-Allah kita akan luluskan pula satu lagi projek melibatkan syarikat Malaysia dan Hyundai dari Korea yang akan melabur RM6.6 bilion juga dengan lebih kurang 2,000 pekerja untuk kilang besi. Kita juga sedang berunding dengan sebuah syarikat dari China yang akan melabur AS$5 bilion dan akan melibatkan 5,000 pekerja dan dalam masa sama, kita akan tandatangani MoU atau letter of intent dengan sebuah syarikat dari China yang akan melabur AS$500 juta.

Bagaimana pula dari segi meningkat industri pelancongan?

Kita sudah sampai sasaran jumlah kedatangan pelancong iaitu 4 juta sejak Oktober lalu, tahun depan kita sasarkan jumlah kehadiran pelancong ialah 5 juta orang.

Justeru, kita akan melakukan promosi secara berterusan. Ini termasuklah membangunkan kawasan-kawasan pelancongan seperti Tasik Kenyir dan pulau-pulau.

Bagaimanapun kita harus akui, kita ada kelemahan dari segi pengangkutan, kita tidak ada kereta api. Bagaimanapun kita berharap apabila lebuh raya siap sepenuhnya jarak perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur mungkin hanya akan mengambil masa empat jam sahaja.

Selain itu saya minta kepada Perdana Menteri supaya laluan kereta api laju yang peringkat awalnya dari Kuantan ke Kerteh dilanjutkan ke Dungun. Perdana Menteri sudah bersetuju. Kita juga berusaha menaik taraf jalan pantai dan saya jangkakan menjelang 2018, walaupun secara berperingkat akan dapat disiapkan laluan empat lorong dari Kemaman ke Kuala Terengganu.

Apakah pesanan kepada rakyat Terengganu dan pemimpin UMNO?

Kita perlu melihat kepada sejarah, semasa kita mencapai kemerdekaan kadar kemiskinan di Terengganu ialah 89.9 peratus, negeri yang paling terakhir yang orang lawati, tetapi sekarang kita sudah berubah.

Malah sejak lima tahun lalu pelbagai usaha kita lakukan di Terengganu sehinggakan di satu peringkat saya bertanya apa lagi kerajaan Terengganu tidak buat untuk kesejahteraan rakyat. Sebagai contoh dari segi perubatan, kita hendak pastikan rakyat Terengganu mendapat rawatan terbaik, ini termasuklah bagi sakit kronik, buah pinggang , sakit jantung dan sebagainya.

Di Hospital Terengganu kita tahu kita ketinggalan, sepatutnya kerajaan beri keutamaan kepada hospital kerajaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang penduduknya majoritinya orang Melayu mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik.

Pada masa ini kerajaan Terengganu membelanjakan RM80 juta bagi menyediakan peralatan mesin-mesin di Hospital Kuala Terengganu, ini memungkinkan ia menjadi satu daripada hospital yang mempunyai peralatan tercanggih. Kita belanja wang melalui peruntukan kerajaan negeri bagi memastikan rakyat Terengganu mendapat perkhidmatan perubatan terbaik.

Dalam bidang perubatan kini ada lebih 300 pelajar anak Terengganu di Rusia. Kita juga ada pelajar di Mesir, Jordan, Indonesia. Kita hantar 150 orang setahun untuk kuota kita untuk pelajar perubatan. Kalau mahu diambil kira, ini tugas kerajaan persekutuan dalam soal pendidikan, tetapi kalau hendak mengharapkan prosedur biasa berapa banyak sangat yang boleh masuk universiti memandangkan banyak yang layak.

Semua ini dilakukan kerana cita-cita saya ingin melihat sekurang-kurangnya satu ketika nanti ada hospital khususnya di Terengganu, pesakit lelaki dirawat doktor lelaki, pesakit perempuan dirawat oleh doktor perempuan. Ini fardu kifayah.

Kepada pemimpin UMNO, saya berharap kita bermuhasabahlah, masalah kita ialah hendak mahu kepuasan hati sendiri tanpa mengambil kira perasaan orang. Biarlah kalah asalkan aku puas hati" tidak bolehlah bersikap macam itu. Sepatutnya apa pun kita lakukan kita perlu berpegang kepada qada dan qadar tuhan seperti terpilih menjadi calon atau tidak, tetapi malangnya apabila tidak menjadi calon ada yang mengamuk, ini masalahnya.

Pas pun ada masalah dalam soal memilih calon pilihan raya tetapi istiqamah mereka kuat. Mereka pun bergaduh juga tetapi tidak akan mengambil tindakan yang boleh menyebabkan parti kalah seperti mana dilakukan oleh sesetengah orang UMNO. Oleh itu sikap tersebut perlu diubah demi masa depan parti, orang Melayu dan umat Islam.

Tak lagak 'gading baru'

Posted: 01 Dec 2013 10:05 AM PST

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

TIADA pemimpin dahulu, tiada pemimpin sekarang. Sebab itulah sifat gemar memperlekeh atau memperkecil seseorang pemimpin yang digantikan itu sering berhadapan sengketa.

Perbaiki hubungan dan kemesraan. Pengerusi Perhubungan UMNO negeri atau Menteri Besar yang kini jangan tak mengendahkan pengerusi perhubungan atau MB yang digantikan. Seterusnya, peringkat-peringkat pimpinan lain termasuklah ketua-ketua bahagian, timbalan-timbalan ketua bahagian dan lain-lain.

Dahulu kala masyarakat Melayu berdepan dengan penjawat-penjawat awam seperti Wazir, Bendahara, Laksamana, Datuk Bandar dan sebagainya.

Para bijaksana dalam kalangan penglipur lara memantunkan:

Bila dijerat kambing di hulu

Pelanduk jangan dilepaskan

Bila dapat gading baru

Tanduk jangan dilupakan

Hakikatnya, takdir dan perjuangan kadangkala saling berperanan bagi seseorang. Seperti yang pernah disimpulkan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn "Yes, I happen to be prime minister but I am not the best person for the job..." (Ya, saya secara kebetulan menjadi PM tapi saya bukanlah orang yang terbaik untuk mengisi jawatan itu).

Kemunculan pemimpin bukan sekadar hasil usaha kemanusiaan. Ada unsur yang 'tak tampak' memainkan peranan. Namun, kita tetap berpegang teguh kepada falsafah - jangan dihiraukan sangat bagaimana dan kenapa seseorang itu berjaya dalam sesuatu perjuangannya. Ada yang berjaya, ada yang gagal.

Pokoknya, jangan berdendam dalam perjuangan, lantaran lumrah alam bahawa tiada yang kekal dalam politik. Kawan boleh jadi musuh, musuh pula boleh jadi kawan. Yang kekal adalah perjuangan, yakni perjuangan positif menolong rakyat dan berkhidmat untuk rakyat.

Sebagai ketua bahagian, ahli Majlis Tertinggi ataupun Naib Presiden UMNO yang dipilih ahli oleh akar umbi parti pada 19 Oktober lalu, seseorang itu sentiasa berdepan dengan rakyat.

Gerak-geri sentiasa diperhatikan rakyat. Ia berupa pemegang amanah kuasa untuk rakyat dan ahli parti akar umbi.

Kalau bengispun atau setidak-tidaknya kepenatan ketika berurusan dengan rakyat, zahirkan sahaja sifat tenang. Petua orang tua-tua ada merangkapkan.

Walaupun dalam limau purut

Keluarkan sahaja buah belimbing

Walau harimau di dalam perut

Luahkan sahaja sikap kambing

Bagi ketua-ketua bahagian dan semua peringkat kepimpinan sayap-sayap UMNO yang kini sedang menyusul hendak naik atau yang sedang naik jenjang kepimpinan harus sedar - perjuangan mesti berasas kepada niat murni dan bertapak untuk kesejahteraan rakyat.

Pernah seorang ahli Parlimen di Negeri Sembilan bercerita kepada penulis, dengan gaji bulanannya 1,750 ringgit serta elaun pelbagai 275 ringgit pada sekitar tahun 1974, beliau senang dengan perjuangan. Ini walaupun pendapatan sebagai peguam purata jauh melebihi amaun yang diterima dalam bentuk gaji bulanan sebagai Setiausaha Parlimen dan Ahli Parlimen, tetapi hal tersebut tidak dihiraukan sangat kerana panggilan khidmat begitu kuat dan mengatasi risauan yang lain.

Pokoknya, sebagai ketua bahagian parti dan ahli Parlimen, seseorang itu dapat membawa kebaikan, kemudahan serta isi perjuangan itu kepada rakyat yang diwakili di kawasan Parlimen dan bahagian masing-masing. Dan di sebalik perjuangan ada pemimpin, yakni pemimpin atasan dan pemimpin pertengahan serta pemimpin akar umbi.

Kita umat Melayu tak akan lupa pahit jerih dan cabaran UMNO membangunkan negara ini. Antaranya yang tidak luput dari ingatan bagaimana mulai 1974, parti Perikatan tidak lagi digunakan bagi tujuan pilihan raya. Pada tahun itulah, Barisan Nasional dimunculkan oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak, susulan suasana politik muram cetusan malapetaka perkauman 13 Mei 1969. Walaupun tanggal 11 Mei tahun itu tidak dapat dirayakan oleh UMNO secara meluas, ada semacam obor baharu dalam perjuangan baik di peringkat bahagian mahupun di peringkat nasional.

Pengundi yang sudah berumur memang agak sukar untuk memahami apa itu Barisan Nasional yang berlambangkan neraca kerana mereka sudah sekian lamanya berjinak-jinak dengan lambang kapal layar Perikatan yang disekutu UMNO, MCA dan MIC. Mesej BN yang dibawa Tun Razak yang berlunaskan perpaduan, keamanan dan kemajuan dapat diterima rakyat tetapi hanya selepas sesi penerangan yang meluas dan rumit.

Perjuangan dalam parti politik kait-mengait antara satu era dengan era yang lain, antara kumpulan pemimpin kini dengan yang terdahulu. Mungkin tidak semua yang dilakukan pemimpin terdahulu bertaraf hebat, barang sudah tentu terdapat peninggalan yang kurang disenangi. Tetapi sekurang-kurangnya mereka juga bersama berjuang dan meninggalkan jasa dan khidmat. Tiada mereka tiada kita.

Pemimpin UMNO di segenap peringkat, apalagi di akar umbi bukan sahaja mesti pandai membuat percaturan politik atau percaturan siasah tetapi juga harus bersifat elok dan bijak.

Lihat wajahnya, lalu lihat air mukanya. Ketahui perangainya, bilang jasanya, ketahui budinya. Adakah dia hanya pemimpin semasa cuaca cerah tetapi ketika tengkujuh dia menghilang? Dan oleh kerana Perlembagaan UMNO itu adalah undang-undang dan peraturan parti yang tertinggi dan paling afdal, Fasal 3 mesti dilaksanakan sepenuhnya.

Jika tidak, Melayu tidak akan bertahan dalam mengharungi lautan konflik dan pancaroba zaman.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Gua Batman milik Silva

Posted: 01 Dec 2013 05:13 AM PST

Kelolaan RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM

PADA siang hari, Kevin Silva dikenali sebagai pembaik amplifier gitar namun apabila malam tiba, lelaki dari Indianapolis, Amerika Syarikat (AS) berubah menjadi manusia kelawar - adiwira terkenal di layar perak.

Peminat tegar watak Batman ini sering menghabiskan masa `bertapa' di dalam bilik bawah tanah di rumahnya yang menyerupai Batcave, tidak ubah seperti dalam filem popular itu. Gua pertapaannya itu dipenuhi pelbagai barangan daripada kostum hingga ke pelbagai gajet.

Pemuzik kumpulan Alan Kaye And The Toons ini diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai pemilik koleksi Batman terbesar di dunia iaitu sehingga 2,501 barangan.

Kesemua koleksinya itu disimpan di dalam bilik bawah tanah rumahnya itu yang turut menempatkan beberapa patung saiz sebenar watak-watak daripada cerita Batman seperti Robin dan Joker.

Gua Batman miliknya mempunyai lapan buah almari peragaan yang tersorok di sebalik rak buku palsu, sama seperti sarang Batman.

Menurut Silva, obsesinya terhadap Batman bermula sejak berusia 5 tahun iaitu pada 1966, ketika siri televisyen Batman pertama kali disiarkan menerusi saluran ABC.

Beberapa minggu sebelum itu, keluarganya baru saja membeli sebuah televisyen warna bersaiz 19 inci yang pertama dan siri Batman itu membuatkan Silva yang masih kecil terpegun dengan watak adiwira tersebut serta segalanya di dalam siri itu yang mempunyai warna-warna yang menyerlah.

Sejak itu, dia menjadi taksub dengan Batman dan mula mengumpul barangannya.

Antara koleksi terawal yang masih disimpan Silva, bekas makanan dengan gambar hero kesayangannya itu yang dibawanya ketika ke tadika.

Silva menyimpan hampir kesemua versi Batman daripada filem, rancangan bersiri, komik hingga permainan video, tetapi paling banyak di dalam koleksinya adalah siri televisyen 1960-an.

Di dalam Batcave miliknya, Silva turut menyimpan telefon Batman berwarna merah di dalam peti kaca khas, sama seperti di dalam pejabat Pesuruhjaya Gordon di dalam siri tersebut.

Dia juga memiliki buku telefon Gotham City yang dikatakan barangan sebenar daripada drama bersiri tersebut.

Koleksinya itu dianggarkan bernilai puluhan ribu dolar. Setakat ini, Silva tidak bercadang untuk menjualnya koleksi kesayangannya itu.

Bila kawan

Posted: 01 Dec 2013 05:13 AM PST

BERAT rasa hati saya untuk bercerita, takut dituduh orang membuka pekung di dada, tetapi semakin saya simpan semakin menyakitkan jiwa. Jadi kepada pembaca ambillah iktibar daripada pengalaman pahit saya ini. Walaupun peristiwa ini hampir empat tahun berlalu, tetapi hati saya terus menderita.'' Itu cerita Noraeleyna dalam e-melnya.

''Bayangkan saudara sendiri sanggup rampas teman lelaki saya untuk jadi suaminya? Kalau anda jadi saya apa anda buat?

''Beza umur saya dengan Salwa tiga tahun, saya lebih tua daripadanya. Dia dua pupu saya. Kami sekampung. Kami mula jadi kawan baik bila emaknya minta izin tumpangkan Salwa duduk rumah saya apabila dia berpindah kerja di KL. Kebetulan bilik di rumah saya kosong, maka saya izinkan.

''Walaupun kami saudara tetapi kami tak rapat. Pertama kerana umur, tak sama sekolah dan kami masuk kolej berbeza. Jadi kami hanya jumpa bila ada kenduri kahwin dan hari raya.

''Tapi bila duduk serumah, kami jadi rapat. Balik kampung sama, masak dan makan malam bersama, pergi shopping sama, jadi hubungan kami pun eratlah. Bila sudah lebih setahun tinggal bersama, maka Salwa tahu siapa kawan baik dan teman lelaki saya. Malah kalau saya lambat jawab telefon, dialah yang akan jawabkan. Pendek kata dia kenal semua kawan saya baik lelaki atau perempuan. Terutama teman pejabat.

''Nak jadikan cerita, dia pernah datang ke pejabat apabila saya dan kawan-kawan merancang untuk pergi makan angin. Oleh kerana dia peramah, dia cepat mesra dengan teman pejabat saya. Dia pernah ikut sama kumpulan kami yang kami panggil Kumpulan Makan Angin (KMA).

''Di sinilah bermula segala-galanya. Saya memang suka makan angin kalau tak balik kampung. Bukan pergi jauh pun setakat dalam negeri saja. Paling tidak setahun dua kali kami berjalan. Tak kiralah sama ada ke Cameron Highland, Genting, PD, paling jauh ke PP, Bukit Merah, Kenyir dan ke Terengganu.

''Nak jadikan cerita semasa makan angin ke Bukit Merah, teman lelaki saya, Khairel ikut serta, saya tumpang keretanya, pastilah Salwa ikut sama selain Ita teman pejabat saya dan Aiezam kawan baik Khairel. Dalam rombongan ini bukan kami sahaja, ada empat buah kereta lain, kawan-kawan pejabat dan kenalan masing-masing.

''Maaf, jangan salah sangka, kami lelaki perempuan tidur berasingan. Cuma kami suka jalan makan angin bersama. Kumpulan kami bukan bujang dan dara sahaja, yang dah berkahwin pun ada. Kalau ke PD ramai ikut serta dengan kereta masing-masing. Yang penting kami dapat eratkan persahabatan.

''Peristiwa Bukit Merah mencetus segala-galanya. Saya tak sangka Salwa tertarik dengan Khairel. Saya memang tak sedar. Bila telefon saya berbunyi, dialah yang berlari menjawab. Terutama jika saya sedang solat ataupun sedang masak. Lepas dia bertanya khabar baru dia serahkan telefon kepada saya.

''Ketika itu saya langsung tak menaruh syak hinggalah satu hari kawan baik saya bertanya khabar Khairel. Selang beberapa hari teman lain pulak bertanyakan khabar Khairel. Saya dengan hairan bertanya balik, mengapa tanya Khairel, tak tanyakan khabar saya ke? Mereka tertawa sambil mengingatkan jangan biarkan Khairel sendirian selalu.

''Satu hari seorang ahli KMA jemput saya ke majlis kenduri kahwin adiknya di Perak. Dia pujuk saya ajak Khairel ikut sama. Sebab saya beritahu mereka Khairel tak ikut kerana nak balik kampung. Puas kawan saya pujuk Khairel tapi dia tolak.

''Rupa-rupanya tanpa saya sedari Khairel sudah berubah hati kepada Salwa. Patutlah Salwa tiba-tiba hendak pindah rumah kawannya. Alasannya rumah baru lebih dekat dengan pejabatnya. Rupa-rupanya mereka ada rancangan lain. Bila rahsia mereka terbongkar, sudah terlewat untuk saya bertindak.

''Khairel tidak nafikan dia baik dengan Salwa. Kerana katanya antara kami belum ada ikatan, maka tidak salah kalau dia pilih Salwa. Tambah menyakitkan hati saya apabila dia kata, saya hanya kawan biasa. Mudahnya lelaki berubah hati, bila bertemu dengan orang lebih muda daripada saya.

''Di luar pengetahuan saya, ramai kawan-kawan KMA tahu akan hubungan mereka tetapi tidak berani beritahu sebab tahu saya dan Salwa bersaudara. Cuma akhirnya barulah seorang kawan bocorkan rahsia tentang hubungan Salwa dan Khairel dan meminta saya bersabar, tetapi semuanya sudah terlambat. Salwa tangkas memikat dan mengikat hati Khairel.

''Nak kata saya dah tua tak patut, sebab saya dan Khairel sebaya, cuma Salwa muda tiga tahun daripada saya. Ketika itu hanya air mata jadi teman setia. Kawan-kawan jadi tempat mencurahkan isi hati. Saya tak sangka Khairel boleh berubah hati dan saya tak fikir Salwa sanggup jadi gunting dalam lipatan selama ini. Dia berpura-pura baik dengan saya semata-mata mahu mengambil kekasih saya.

''Saya masih ingat cerita Salwa antara sebab utama dia minta pindah KL kerana kecewa setelah kekasihnya diambil orang. Dia tak sanggup melihat muka kekasihnya. Malangnya, di KL dia pula yang rampas kekasih saya. Dia pernah bercerita hatinya hancur dengan peristiwa itu, tetapi mengapa kini dia sanggup hancurkan hati saya. Tidakkah dia terfikir bawa dia juga telah mengkhianati saya?

''Peristiwa itu membuat saya rasa malu nak balik kampung. Apa lagi nak mengadu pada emak kerana emak kenal Khairel.

''Tak sampai beberapa bulan berkenalan, Khairel dan Salwa bertunang. Semua adik-beradik dan emak saya tidak dijemput. Emak tertanya-tanya, akhirnya saya terpaksa bercerita. Emak nasihatkan saya supaya berserah kepada Allah, bahawa Khairel bukan jodoh saya. Mungkin Allah akan beri saya yang lebih baik lagi.

''Kini sudah tiga tahun berlalu dan mereka sudah dapat seorang anak, saya masih membujang. Umur semakin lanjut dan jiwa semakin penuh penyesalan. Namun saya tak salahkan Salwa seorang, Khairel juga bersalah. Jika dia setia, pasti dia tidak akan menganiaya saya. Kami sudah berkawan lebih tiga tahun malah dia pernah berjanji akan jadikan saya isterinya.

''Kini saya tidak lagi aktif menyertai KMA terutama jika kawan-kawan Khairel ikut serta. Saya tidak mahu dituduh menyertai kumpulan itu untuk cari suami. Kepada pembaca yang ada teman lelaki, berhati-hatilah. Jangan terlalu percayakan kawan kerana anda tidak dapat membaca hati mereka. Menyesal kemudian macam saya tidak berguna.'' Itu nasihat Noraeleyna mengakhiri ceritanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved