Ahad, 1 Disember 2013

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Melaka jana sukan berjadual

Posted: 30 Nov 2013 10:03 AM PST

IDRIS Haron (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Tokok Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) kepada Rabuan Pit pada Majlis ASUS di Melaka, kelmarin.

MELAKA 30 Nov. - Kerajaan negeri serius memaju dan membangunkan bidang sukan dalam usaha menjadikan Melaka negeri ini terus maju melalui pelbagai bidang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, Melaka tidak ketinggalan dalam bidang ini yang mana pelbagai prasarana sukan bertaraf antarabangsa telah dibina di negeri ini sebelum pengelolaan Sukan Malaysia 2010 lagi.

Menurutnya, pelbagai peruntukan juga telah disalurkan kepada agensi kerajaan dan persatuan-persatuan belia dan sukan untuk menganjurkan aktiviti di negeri ini yang dilihat dapat menggerak dan mengaktifkan bidang berkenaan.

"Bidang ini boleh dijadikan kerjaya profesional yang mampu menjamin masa depan di samping meningkatkan pendapatan perkapita negara jika diberi perhatian serius.

"Buktinya, hari ini terdapat lambakan pemain profesional dalam semua jenis sukan sama ada dalam mahupun luar negara telah mewarnai industri ini yang menjanjikan pendapatan lumayan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) 2013 di King's Green Hotel, Jalan Tun Perak di sini semalam.

Menurut Idris, penganjuran pelbagai aktiviti sukan di negeri ini perlu dilihat dalam konteks lebih luas selain menambah pendapatan penduduk setempat serta kemasukan pelancong.

"Jadi, usaha sebegini penting dalam mengadaptasi harapan kerajaan untuk menjadikan negeri ini terus maju pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, tanbahnya, majlis ASUS 2013 dirancang sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan, kejayaan dan pengorbanan individu atau badan dalam membangunkan sukan negeri ini.

"Usaha mereka ini yang telah membuahkan kejayaan, merancakkan aktiviti sukan serta mengharumkan nama Melaka di arena sukan kebangsaan dan antarabangsa.

"Semoga pengiktirafan yang diterima memberi suntikan semangat baharu kepada pemenang untuk terus aktif menggerakkan warisan kecemerlangan sukan negeri," jelasnya.

Dalam majlis itu, Idris turut menyampaikan penghargaan kepada para pemenang dalam enam kategori termasuk Pemimpin Lelaki, Pemimpin Wanita, Orang Kurang Upaya (OKU) Pemimpin, Penggerak dan Sukarelawan, Keluarga Aktif serta Persatuan.

Anugerah khas dikenali sebagai Anugerah Tokoh ASUS 2013 turut diperkenalkan dan bekas Raja Pecut Asia, Supritendan Rabuan Pit dipilih sebagai penerimanya.

150 peserta bersaing dalam Mini Explorace

Posted: 30 Nov 2013 10:03 AM PST

PARA peserta diberi penerangan oleh urusetia Kumpulan Utusan (kanan) sebelum memulakan pertandingan Mini Explorace di tapak Pesta Konvokesyen USIM Ke-11 di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN 30 Nov. - Seramai 150 peserta menyertai pertandingan Mini Explorace yang dianjurkan oleh Kumpulan Utusan bersempena Pesta Konvokesyen Ke-11 di sekitar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai dekat sini hari ini.

Pengurus Pemasaran Wilayah Tengah Jabatan Pemasaran Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., Rosman Zulkifli memberitahu, program yang pertama kali diadakan di universiti itu bermula kira-kira pukul 3 petang mendapat sambutan menggalakkan daripada kakitangan serta pelajar.

''Mini Explorace ini berkonsepkan permainan yang mana para peserta akan menempuh pelbagai halangan selain mereka diuji daripada segi mental dan fizikal bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

''Apa yang dapat kita lihat sambutan program ini biarpun kali pertama kita anjurkan di sini, cukup menggalakkan dan kita berhasrat untuk meneruskan program ini pada masa depan," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia.

Dalam pada itu juara bagi pertandingan berkenaan dimenangi kumpulan Loser dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, medal tajaan 100 Plus, hamper dari tajaan Maggi dan barangan eksklusif dari pihak Kumpulan Utusan.

Kumpulan Monang Besar berjaya menduduki tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM700, medal, hamper serta hadiah iringan lain manakala The Lapis sekadar berpuas hati di tempat ketiga.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved