Isnin, 5 Mei 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Tonto punca operasi gagal

Posted: 05 May 2014 12:18 PM PDT

Oleh MASZUREEN HADZMAN
pengarang@utusan.com.my

Anggota polis Unit D7 Balai Dang Wangi dan IPK Kuala Lumpur mengumpil pintu masuk sebuah unit pangsapuri ketika serbuan pelacur asing yang dijalankan tengah malam semalam di Jalan Gelang, Pudu, Kuala Lumpur. Operasi yang berakhir pada pukul 2 pagi itu hanya berjaya menahan seorang pelacur kerana para pengendali rumah pelacuran telah dimaklumkan mengenai kehadiran pihak berkuasa oleh tonto-tonto yang diupah mereka. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 5 Mei - Lokasi sarang pelacuran di Jalan Gelang, Pudu di sini, sukar dibanteras kerana dilindungi lebih 20 tonto yang berkeliaran di kawasan itu, pada setiap malam.

Malah dalam operasi sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, turut gagal apabila maklumat serbuan berjaya dihidu tonto lebih awal.

Walaupun pergerakan pasukan polis dipecahkan kepada beberapa buah kumpulan namun tetap gagal kerana terdapat puluhan tonto berkeliaran di gerai-gerai makan, kaki lima premis dan tempat letak kenderaan.

Utusan Malaysia yang turut mengikuti serbuan itu mendapati kumpulan tonto berkenaan bertindak pantas menghubungi seseorang sebaik sahaja menghidu kehadiran pihak berkuasa.

Menurut jurucakap polis, pihaknya telah beberapa kali melakukan serbuan di kawasan terbabit tetapi lokasi itu masih menjadi sarang pelacuran.

Katanya, polis akan terus menyerbu lokasi terbabit dan memastikan kawasan tersebut bebas daripada sarang maksiat.

Mingguan Malaysia semalam menerusi ruangan pojok, Awang Selamat mendedahkan Jalan Gelang, Pudu di ibu negara yang suatu ketika dahulu kelihatan tenteram dan bersih kini menjadi kawasan hitam dengan aktiviti pelacuran.

Menurut Awang Selamat, maklumat tersebut diterima daripada sekumpulan aktivis sosial yang mendakwa hampir 400 pelacur kebanyakannya dipercayai warga China dan Vietnam berlegar-legar mencari pelanggan di kawasan tersebut.

11 pelacur, tiga bapa ayam ditahan

Posted: 05 May 2014 12:18 PM PDT

Abu Bakar Sidek (kiri) melakukan pemeriksaan dan soal siasat ke atas sebahagian daripada 11 pelacur warga Indonesia yang ditahan di Pejabat Imigresen Ayer Keroh, Melaka, semalam.

MELAKA 5 Mei - Sebanyak 11 wanita warga Indonesia serta tiga lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen negeri di sebuah hotel bajet di Jalan Tun Ali, di sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11.45 pagi itu, kesemua 11 wanita berumur antara 18 dan 30 tahun tersebut ditahan semasa sedang melayan pelanggan di beberapa buah bilik hotel tersebut.

Pemangku Pengarah Imigresen negeri, Abu Bakar Sidek Hasan berkata, kesemua mereka tidak sempat melarikan diri kerana dikepung dan berjaya ditahan pihak berkuasa.

"Siasatan terhadap kesemua wanita berkenaan mendapati 10 daripadanya melanggar syarat permit manakala seorang lagi didapati telah masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit sah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Imigresen negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen negeri, Mohd. Sabri Ismail.

Jelas Abu Bakar, siasatan awal mendapati, kesemua pelacur itu menawarkan perkhidmatan seks dengan harga serendah RM30 untuk satu sesi.

"Kebanyakan pelanggan mereka merupakan lelaki warga asing yang menjadikan cuti hujung minggu terutamanya Ahad, untuk memuaskan nafsu," ujarnya.

Sementara itu, kata beliau, tiga lelaki warga tempatan berumur 30 hingga 60 tahun dipercayai pelindung wanita berkenaan turut ditahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi warga asing tanpa permit sah.

"Lelaki tempatan berumur 60 tahun itu sebelum ini pernah ditahan beberapa kali atas kesalahan sama, bertindak sebagai pengawal bilik manakala dua lagi lelaki mengawasi kawasan sekitar hotel daripada diserbu pihak berkuasa," katanya.

Dalam operasi sama, Jabatan Imigresen negeri turut menahan sebanyak 27 warga asing di sekitar Melaka Sentral, pukul 12.30 tengah hari.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 10 warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Sri Lanka (5), Bangladesh (4), Nepal (4), serta masing-masing dua warga Pakistan dan Myanmar.

Jelasnya, kesemua yang ditahan itu disiasat mengikut Peraturan 39b Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas serta Seksyen 6 (1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Mereka akan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo di Alor Gajah untuk siasatan lanjut," tambah beliau.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Piala FA: Peminat JDT cetus provokasi

Posted: 05 May 2014 10:53 AM PDT

JOHOR BAHRU 6 Mei - Suasana di Stadium Tan Sri Hassan Yunus di sini tegang apabila penyokong Johor Darul Takzim (JDT) mencetuskan provokasi terhadap penyokong Pahang sejurus tamat perlawanan separuh akhir Piala FA di sini malam tadi.

Kira-kira 1,000 penyokong tuan rumah berkumpul di pekarangan stadium sejak pukul 11 malam dan enggan bersurai lebih sejam kemudian walaupun diarah pihak polis.

Mereka menghamburkan kata-kata kesat sambil memaksa penyokong Pahang segera keluar meninggalkan stadium. Perkara itu menyebabkan pemain dan penyokong pasukan pelawat tidak dibenar keluar dari stadium oleh pihak berkuasa bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

Kira-Kira 500 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat cuba menenangkan keadaan meskipun tidak diendah penyokong terbabit.

Pada perlawanan itu, JDT1 seri 1-1 dengan Pahang.

Difahamkan, tindakan segelintir penyokong JDT itu berpunca daripada rasa tidak puas hati ekoran insiden selepas perlawanan Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 7 Februari lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Abdul Samad Salleh berkata, pihaknya berjaya menyuraikan penyokong JDT hampir dua jam selepas tamat perlawanan. - BERNAMA

Tok Gajah rantai Harimau

Posted: 05 May 2014 12:19 PM PDT

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
sukan@utusan.com.my

Mohd. Amri Yahyah (kanan) cuba melepasi halangan pemain Pahang, R. Gopinathan pada separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

JOHOR BAHRU - Kelebihan beraksi di depan ribuan penyokong sendiri gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh Johor Darul Tazim (JDT) apabila membenarkan Pahang memperoleh kelebihan gol di tempat lawan dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA yang berkesudahan 1-1, semalam.

Beraksi dengan sokongan 30,000 penonton di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, pasukan Harimau Selatan yang mengasak hebat sebaik sepak mula menguji benteng Tok Gajah yang kelihatan sedikit longlai dan kurang tersusun.

Kealpaan pertahanan Tok Gajah akhirnya dihukum tuan rumah dengan gol pembukaan penyerang, Luciano Figueroa pada minit ke-12 yang merembat dari jarak dekat umpanan cantik sepakan percuma Safiq Rahim.

Tersentak dengan gol tersebut, Pahang kembali bangkit mengatur permainan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-36 melalui penyerang Matias Conti.

Gol penyamaan Pahang hadir menerusi sepakan Azidan Sarudin yang menemui Damion Stewart di bahagian kiri pintu gol JDT, sebelum pemain Jamaica itu melakukan tandukan yang disudahkan Conti untuk menewaskan Izham Tarmizi Roslan.

Aksi separuh akhir pertama sedikit tegang di penghujung babak pertama setelah Damion melakukan terjahan keras ke atas Figueroa yang menyaksikan pemain kedua-dua pasukan bercakaran sesama sendiri sebelum pengadil melayangkan kad kuning kepada Norshahrul Idlan Talaha dan Saiful Nizam Miswan.

Sebaik babak kedua bermula, JDT terus menggandakan asakan bagi menambah jaringan menerusi jentera serangan yang diketuai Figueroa, namun beberapa peluang yang diperolehi penyerang antarabangsa Argentina itu disia-siakan terutama seawal minit ke-47.

Pahang mempamer corak bertahan di sepanjang babak kedua bagi menyekat kemaraan Harimau Selatan mendapatkan gol kedua.

Gerakan terbaik Pahang untuk berada di depan hadir pada minit ke-63 melalui rembatan R. Gopinathan, namun sedikit tersasar ke arah sebelah kiri gawang JDT.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Proton Preve terima penarafan lima bintang ASEAN NCAP

Posted: 05 May 2014 12:18 PM PDT

Oleh FADZLY IZAB
ekonomi@utusan.com.my

PROTON preve .

MELAKA 5 Mei - Kereta keluaran negara, Proton Preve mendapat penarafan lima bintang daripada ASEAN NCAP hari ini.

Model tersebut dipilih menerima anugerah tersebut bagi kategori Perlindungan Penumpang Dewasa hasil Ujian Pelanggaran Kenderaan Fasa III yang telah dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) pada Oktober tahun lalu.

Pengumuman keputusan ujian yang dijalankan terhadap sembilan model kenderaan daripada tujuh syarikat pengeluar itu dijalankan sejak Oktober 2013 hingga April lalu diumumkan pada satu majlis di Ayer Keroh, di sini.

Proton Preve turut menerima pengiktirafan tiga bintang bagi kategori Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak yang dilaksanakan dalam ujian tersebut.

Tiga model lain yang turut menerima pengiktirafan lima bintang bagi ujian Perlindungan Penumpang Dewasa ialah Toyota Corolla Altis (tujuh beg udara), Chevrolet Colorado dan Honda CR-V.

Sementara itu, penarafan empat bintang bagi kategori sama dimenangi Toyota Corolla Altis (dua beg udara), Isuzu D-Max, Kia Picanto (enam beg udara), Peugeot 208, Volkswagen Polo Sedan dan Chevrolet Sonic.

Majlis dihadiri Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSBC) Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) Miros, Dr. Norlen Mohamed dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Dr. Tam Weng Wah.

Honda CR-V capai penarafan 5 bintang

Posted: 05 May 2014 12:18 PM PDT

Oleh NABILA YASMIN RAZIB
ekonomi@utusan.com.my

Honda CR-V

KUALA LUMPUR 5 Mei - Honda Malaysia mengumumkan model kenderaan utiliti sport (SUV) generasi keempat CR-V meraih penarafan lima bintang dalam ujian kemalangan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP) di Melbourne, Australia.

Honda dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, dengan kejayaan ini, model CR-V berjaya mengekalkan kedudukannya dalam menetapkan tanda aras sebagai Smart Premium SUV yang lengkap dengan ciri-ciri keselamatan komprehensif.

Menurut Honda, model CR-V tersebut telah menjalani ujian pelanggaran bahagian hadapan pada kelajuan 64 kilometer perjam (km/j) dan berjaya mencapai penarafan 5-Bintang dalam Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) dan 86 peratus Pelindungan Penghuni Kanak-Kanak. Honda City pula mencapai 81 peratus dan Civic 82 peratus dalam ujian kemalangan fasa pertama dan kedua.

Jelas Honda lagi, CR-V dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan lengkap dengan struktur badan menggunakan Teknologi Kawalan G-force (G-CON) yang berfungsi menyuraikan impak dalam kenderaan sekiranya berlaku kemalangan, manakala Kejuruteraan Keserasian Maju (ACE) menyerap tenaga kesan untuk mengurangkan kecederaan.

"Semua model Honda di Malaysia dilengkapi G-CON yang telah direka dengan standard lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh Euro NCAP," katanya.

Syarikat itu memaklumkan, berdasarkan maklum balas pasaran, semua model CR-V akan datang bakal dilengkapi dengan alat pengesan ketika mengundur di samping kamera sedia ada.

Tambahnya, Honda komited dalam mengenal pasti dan melaksanakan reka bentuk baharu serta ciri-ciri yang akan membantu meningkatkan keselamatan kenderaan di jalan raya.

"Sejak dilancarkan pada Mac 2013, generasi keempat CR-V telah terjual lebih daripada 10,600 buah sehingga 30 April lalu," jelasnya.

Setakat ini, terdapat lebih 48,000 buah CR-V di Malaysia. Selain itu, Honda yakin CR-V akan terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam segmen SUV.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Oleh MOHD. RAFIE AZIMIGambar SAFRIZAL AZMI0

Utusan Online - Pendidikan

Posted:

Utusan Online - PendidikanIkuti berita penuh untuk ruangan Pendidikan menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan Utusan Online - Pendidikanhttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan Problem Parsing :
Error #: -1072896659
Description: End tag 'Byline' does not match the start tag 'bt'.
In file: file:///E:/utusan/html/today/Utusan_Malaysia.Pendidikan.xml
Source line: pe_04.1.jpg500324pe_04.small.jpg90100
TAN Kooi Heang menunjukkan cara penggunaan Beg Bercahaya ciptaannya bagi membantu pembelajaran murid-murid prasekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuh Min, Ayer Hitam, Kedah
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pengangkutan awam di Pahang Barat

Posted: 05 May 2014 12:19 PM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

Sebahagian daripada pemimpin setempat, ketua jabatan kerajaan dan penduduk menghadiri majlis pelancaran bas SWSJ dan Terminal Akasia di Benta, Kuala Lipis, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 5 Mei - Kerajaan negeri mengambil inisiatif memulakan perkhidmatan pengangkutan bas awam di laluan kawasan luar bandar di Pahang Barat menerusi perkhidmatan baharu iaitu bas Syarikat Warisan Seri Jengka (SWSJ) di kawasan Benta di sini baru-baru ini.

Komitmen kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk menjaga kebajikan rakyat merupakan tanggungjawab sosial selari dengan manifestasi transformasi pembangunan dalam bidang pengangkutan.

Satu majlis pelancaran perkhidmatan pengangkutan anak syarikat kerajaan negeri itu disempurnakan oleh Menteri Besar di pekan Benta di sini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad.

Pada majlis itu, Adnan turut merasmikan terminal bas baharu yang dikenali sebagai Terminal Akasia bernilai RM500,000 yang akan beroperasi sebagai perhentian bas, teksi dan premis bagi penduduk Benta serta pengunjung di situ.

Adnan ketika berucap pada majlis pelancaran itu berkata, usaha tersebut bertujuan memberikan perkhidmatan pengangkutan awam yang komprehensif, pantas dan efisien kepada penduduk luar bandar termasuk Orang Asli untuk berulang-alik ke bandar Kuala Lipis, Raub dan Jerantut.

"Perkhidmatan bas ini penting khususnya bagi keselesaan penduduk Benta dan kawasan berdekatan untuk membuat urusan tertentu di bandar berkenaan kerana sebelum ini cuma menikmati pengangkutan bas swasta menerusi laluan terhad.

"Kerajaan negeri meminta pengurusan bas SWSJ untuk menggunakan laluan di Kampung Pagar Sasak, Dada Kering, Kuala Atok dan Tualang Padang daerah ini secara lebih kerap untuk kemudahan penduduk dan pelajar," katanya.

Adnan juga berkesempatan memandu sendiri bas SWSJ mengelilingi kawasan Benta sejauh 10 kilometer sebagai simbolik melancarkan perkhidmatan pengangkutan itu.

Beliau berkata, perkhidmatan bas itu merupakan tanggungjawab sosial kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk keselesaan penduduk luar bandar walaupun syarikat berkenaan menghadapi risiko tidak memperoleh sebarang keuntungan.

"Memanglah di mana-mana sekalipun, syarikat bas tidak memperoleh keuntungan malahan kerap rugi kerana menghadapi persaingan dengan perkhidmatan pengangkutan lain selain pengguna kurang berminat menaiki bas.

"Bagaimanapun kerajaan negeri tetap melaksanakan perkhidmatan ini untuk menjaga kebajikan penduduk walaupun SWSJ akan menghadapi risiko berkenaan," katanya.

Beliau berkata, SWSJ yang sinonim dengan penduduk kawasan Wilayah Jengka juga telah memulakan operasi yang sama di Bera, Temerloh, Bentong dan beberapa destinasi lain negeri ini.

Tambahnya, anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negei Pahang (PKNP) mempunyai pegangan saham dalam SWSJ akan membantu dari segi pengurusan untuk menyelenggarakan operasi pengangkutan di tempat berkenaan.

Sementara itu, Mohd. Soffi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta berkata, usaha kerajaan negeri mengambil inisiatif mempertingkatkan tahap perkhidmatan pengangkutan bas awam menerusi perkhidmatan bas itu ke kawasan luar bandar.

"Pembukaan Terminal Akasia merupakan sebahagian projek kemudahan asas untuk memacu kawasan di sini dalam sektor perniagaan dan pelancongan khususnya keselesaan pengunjung yang transit di Benta.

"Selaku wakil rakyat kawasan ini, saya amat berterima kasih kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri meluluskan perkhidmatan bas berkenaan serta projek terminal baharu yang mula beroperasi untuk bas dan teksi memunggah penumpang," katanya.

Katanya, slogan Janji Ditepati diterjemahkan oleh kerajaan negeri dan pada masa sama mengutamakan keperluan kebajikan penduduk luar bandar menerusi kemudahan pengangkutan awam dan kemudahan tertentu.

Pemimpin, penduduk sambut baik perkhidmatan bas awam

Posted: 05 May 2014 12:19 PM PDT

KUALA LIPIS 5 Mei - Para pemimpin setempat dan penduduk di Benta di sini berterima kasih kepada kerajaan negeri atas keprihatinan dalam mewujudkan perkhidmatan bas awam yang mula beropeasi di Terminal Akasia di sini baru-baru ini.

Langkah itu sekali gus memberi kemudahan asas yang membawa keselesaan, pembangunan pengangkutan dan pelancongan di daerah ini.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, usaha itu menzahirkan kemajuan dalam sektor pengangkutan awam di luar bandar yang sinonim dengan penduduk berpendapatan rendah serta sering berulang-alik ke bandar.

"Perkhidmatan bas dan terminal baharu itu dapat membantu penduduk daerah ini dengan kadar tambangnya yang murah serta jaminan keselamatan semasa berada di jalan raya," katanya ketika ditemui di sini.

Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis berkata, sehingga kini perkhidmatan bas bekenaan telah melalui kawasan seperti Kampung Pagar Sasak, Kampung Relong dan Kampung Dada Kering untuk ke bandar ini yang mendapat sokongan penduduk khususnya warga emas, wanita dan orang kurang upaya (OKU).

Bagi Ketua Kampung mukim Benta, Zainal Abidin Sohor, pengangkutan bas itu bertujuan memberikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih efisien dan inklusif kepada penduduk termasuk Orang Asli.

"Kemudahan ini antaranya untuk keselesaan warga emas dan OKU bandar dalam menjalani urusan tertentu," katanya.

Zainal Abidin berkata, orang muda dan belia juga digalakkan menggunakan pengangkutan bas awam kerana mampu mengurangkan risiko kemalangan khususnya dalam kalangan penunggang motosikal.

Dalam pada itu, seorang penduduk Kampung Budu, Samad Shem, 54, berkata, kemudahan bas berkenaan membuka lembaran baharu pembangunan kawasan luar bandar daerah ini khususnya di laluan antara Benta ke Kuala Lipis, Jerantut dan Raub.

"Pengunjung luar berpeluang menggunakan perkhidmatan itu dengan singgah ke tempat menarik untuk menyelami budaya masyarakat Melayu kampung tradisional di sini," katanya.

Indeks jenayah meningkat

Posted: 05 May 2014 12:19 PM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

SHARIFUDDIN Ab. Ghani (dua dari kanan) menyatakan sesuatu kepada Mohd. Jasmani Yusoff (kiri) sambil diperhatikan Anuar Othman (dua dari kiri) dan Abdul Aziz Salleh dalam Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Jabatan Pengurusan, KPD Kuantan dan KPD Temerloh di Kuantan, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 5 Mei - Indeks jenayah di negeri ini bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 3.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, bagaimanapun, peningkatan kes-kes jenayah yang dilaporkan tidak membabitkan perkara yang serius.

"Saya yakin usaha pihak polis memperbanyakkan sekatan jalan raya, rondaan pencegahan jenayah dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) banyak membantu dalam usaha kita mengurangkan jenayah.

"Pihak polis sentiasa komited dalam melaksanakan pelbagai strategi dan program dalam usaha kegiatan jenayah atau yang mendorong ke arah perlakuan jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Jabatan Pengurusan, Ketua Polis Daerah (KPD) Kuantan dan KPD Temerloh di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, hari ini.

Dalam majlis tersebut, Ketua Bahagian Pengurusan IPK Pahang, Asisten Komisioner Anuar Othman ditukarkan ke jawatan KPD Temerloh manakala tempat beliau digantikan oleh KPD Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff.

KPD Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh pula menggantikan tempat Mohd. Jasmani sebagai KPD Kuantan yang baharu.

Sementara itu, menurut Sharifuddin, penyerahan tugas ke atas ketiga-tiga pegawai kanan polis itu berkuat kuasa hari ini.

"Pertukaran jawatan merupakan perkara biasa dan lumrah di dalam penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantapkan lagi perkhidmatan berdasarkan kemahiran dan pengalaman masing-masing.

"Saya yakin mereka mampu menyesuaikan diri dengan suasana yang baharu untuk terus berbakti dengan lebih cemerlang kepada masyarakat secara amnya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Kekeliruan pemilihan PM Libya

Posted: 05 May 2014 12:18 PM PDT

SESI pengundian memilih Perdana Menteri Libya, disiarkan secara langsung di bangunan Kongres Kebangsaan Umum di Tripoli, kelmarin. - AFP

TRIPOLI 5 Mei - Kongres Kebangsaan Umum (GNC) Libya hari ini mengesahkan pelantikan Ahmed Miitig sebagai Perdana Menteri sementara baharu negara ini selepas berlaku kekeliruan berhubung pemilihannya di Parlimen, semalam.

Agensi berita Libya, Lana melaporkan, GNC menerbitkan resolusi rasmi berhubung pelantikan Ahmed Miitig dan memberi tempoh 15 hari kepada ahli perniagaan itu untuk memilih barisan Kabinetnya sendiri.

Perkara itu ditandatangani oleh Speaker Parlimen, Nuri Abu Sahmein sekali gus menjadikan Ahmed Miitig sebagai Perdana Menteri kelima dan termuda dalam sejarah Libya sejak bekas Presiden, Muammar Gaddafi digulingkan pada 2011.

Langkah itu menyusul selepas berlaku pertikaian tentang kesahihan prosedur pemilihan Perdana Menteri yang menyaksikan Ahmed Miitig mengangkat sumpah untuk jawatan itu, petang semalam.

Ahli perniagaan berumur 42 tahun itu menerima undi percaya sebanyak 121 daripada 200 Ahli Parlimen selepas satu persidangan yang panjang hingga menyaksikan pemangku Presiden kongres, Ezzedin Al-Awami menyifatkan beberapa undi memihak kepada Ahmed Miitig tidak sah kerana dibuat selepas sidang ditutup.

Terdahulu, Parlimen Libya menolak kemenangan Ahmed Miitig sebagai Perdana Menteri baharu negara ini, hanya beberapa jam selepas beliau diumumkan memegang jawatan tersebut.

Ezzedin berkata, tindakan itu dibuat selepas Ahmed Miitig gagal memperolehi jumlah undi yang cukup.

Satu kenyataan yang dimuat naik di laman web Parlimen menyatakan, Ahmed Miitig hanya mendapat 113 undi daripada Ahli-Ahli Parlimen, kurang lagi tujuh undi untuk mencukupkan 120 undi bagi diumumkan sebagai Perdana Menteri baharu Libya.

Dalam kenyataan kedua yang disiarkan di laman web sama, Ezzedin berkata, pemilihan itu tidak sah dan menyalahi undang-undang.

Beliau kemudiannya mengarahkan Perdana Menteri sebelum ini, Abdullah al-Thinni yang meletak jawatan tiga minggu lalu supaya menyambung tempoh pemerintahan.

Bagaimanapun, Timbalan Speaker Parlimen II, Saleh al-Makhzoun menyatakan Ahmed Miitig sebenarnya mendapat 121 undi selepas pengiraan semula menewaskan pencabarnya, Omar al-Hassi yang merupakan seorang pensyarah universiti.

"Ahmed Miitig secara rasmi merupakan Perdana Menteri yang baharu," kata Saleh diikuti oleh teriakan beberapa ahli politik yang membantah pelantikan ahli perniagaan tersebut.

Abdullah meletak jawatan pada 13 April lalu atas alasan keselamatan ekoran satu serangan militia yang menyasarkan diri serta keluarganya. - DPA/AFP/REUTERS

Utara Thailand digegar gempa bumi kuat

Posted: 05 May 2014 12:18 PM PDT

Gempa bumi kuat yang melanda utara Thailand, turut mengakibatkan jalan raya merekah di daerah Phan, wilayah Chiang Rai, semalam. - AGENSI

BANGKOK 5 Mei - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter, menggegar bahagian utara Thailand petang ini, mengakibatkan penduduk yang panik bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Gegaran yang tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa itu turut menyebabkan bangunan-bangunan retak, tingkap pecah dan jalan merekah serta mendap.

Keadaan turut kelam-kabut di Lapangan Terbang Antarabangsa Mae Fah Luang di Chiang Rai sehingga memaksa terminal dikosongkan, namun tiada sebarang kerosakan dikesan di landasan kapal terbang, kata Pengurus Besarnya, Damrong Klongakara.

Kuil pelancongan terkenal Buddha, Wat Rongkhun, turut ditutup sementara atas alasan keselamatan, sementara di daerah Phan, Chiang Rai, gegaran kuat menyebabkan jalan raya merekah sebesar saiz tiga buah kereta.

Menurut Jabatan Meteorologi Thailand, pusat gempa bumi itu terletak kira-kira sembilan kilometer di selatan Mae Lao dan 27 kilometer di barat daya Chiang Rai pada kedalaman 7.4 kilometer.

Gegaran turut dirasai sehingga ke Yangon, Myanmar, wilayah Chiang Mai juga di utara Thailand serta Bangkok.

Thailand jarang digegar gempa bumi dengan gegaran terakhir sebelum ini berlaku pada 13 Disember 2006 di Chiang Mai dengan magnitud 5.1 pada skala Richter. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Seniman Aziz Sattar meninggal dunia

Posted: 05 May 2014 12:27 PM PDT

KUALA LUMPUR 6 Mei-Seniman lagenda, Datuk Aziz Satar difahamkan meninggal dunia di Hospital Kajang pagi ini.

Beliau yang sentiasa diingati dalam filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul dua pagi, sebentar tadi.

Antara lakonan Allahyarham ialah Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan pelbagai lagi.-UTUSAN ONLINE

Lagu 'Marmie Maafkan Ku' bukan untuk Fiza - Adam

Posted: 05 May 2014 02:04 AM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KUALA LUMPUR 5 Mei - Penyanyi Adam menafikan lagu 'Marmie Maafkan Ku' dituju khas kepada bekas isterinya, Fiza Abdul Halim.

Menurut Adam atau nama sebenarnya, Mohd. Aizam Mat Saman, 31, lagu ciptaan komposer Bajai itu tiada kaitan dengan dirinya atau rumah tangga yang pernah dibinanya sebelum ini.

"Lagu itu tiada kaitan dengan kami berdua. Ia adalah kisah cinta komposer Bajai dan saya sebagai penyanyi hanya menyampaikan lagu itu dengan penuh penghayatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, 'Marmie Maafkan Ku' adalah single terbaharu selepas lagu 'Penggodam Jiwa' dalam usahanya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang seni suara.

Adam berharap orang ramai tidak membuat spekulasi sendiri kerana sesungguhnya lagu berentak balada itu bukanlah lagu istimewa daripadanya untuk Fiza.

Kedua mereka telah mendirikan rumah tangga pada pada 26 September 2013 di Pejabat Jabatan Agama Islam (JAIS), Shah Alam dan bercerai pada 28 April lalu.

Dalam pada itu Adam yang enggan mengulas lebih lanjut berkaitan perceraiannya itu berkata, jika ditakdirkan mereka kembali hidup bersama, dia terima dengan reda dan begitu juga sebaliknya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Kerepek ubi ke luar negara

Posted: 04 May 2014 11:24 PM PDT

Mohd. Nor Sukimi mengoreng ubi kayu.

MELIHAT kesungguhan seorang ibu menjual pelbagai jenis kuih-muih, cendol serta biskut untuk menyara keluarga suatu masa dahulu sedikit sebanyak telah menimbulkan minat kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS), Siti Noraini Markom untuk meneruskan legasi mentornya itu.

Berbekalkan azam serta dan modal permulaan sebanyak RM250 serta sokongan daripada keluarga, wanita berusia 52 tahun dari Tanjung Sepat itu mula berniaga secara kecil-kecilan dengan mempertaruhkan biskut bangkit kelapa resipi arwah ibunya ke serata Selangor.

Kuih bangkit buatan ibu memang sedap sehingga saya mengambil keputusan untuk menjualnya ke sekitar Selangor.

Alhamdulillah, berkat usaha saya untuk memperkenalkan kuih tradisi arwah ibu sedikit sebanyak mendapat sambutan dengan 300 buah kedai runcit mula menerima kuih bangkit kelapa," katanya.

Berkongsi pengalaman semasa mula bertekad untuk memulakan perniagaan, Siti Noraini memberitahu kesungguhannya itu turut didorong oleh Mara yang telah memberi peluang kepadanya mengikuti kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan pihak tersebut.

Bermula daripada itu katanya, dia seakan tidak mahu melepaskan peluang yang ada di depan mata sekali gus memperkukuhkan niat untuk terus berusaha agar perniagaan biskutnya dikenali seluruh negara.

Mendaftarkan perniagaannya pada tahun 1989 dengan nama Syarikat Haji Ridzuan dan Anak-Anak. ibu kepada empat orang cahaya mata ini mengembangkan perniagaan dengan membuat pelbagai jenis biskut dan kerepek serta menjual produk usahawan lain.

Hasil pulangan yang diperolehi daripada perniagaan kecil-kecilan itulah dia memiliki modal pusingan untuk membeli ketuhar bagi menghasilkan biskut bangkit kelapa sebelum membeli dapur gas kecil bagi memudahkan penyediaan.

Semakin lama pernigaan biskut dan kerepek semakin berkembang sekali gus memerlukan saya membuat pinjaman daripada pelbagai institusi kewangan dalam usaha memperkukuhkan syarikat.

Saya terpaksa menukar nama Syarikat Haji Ridzuan dan Anak-Anak kepada Ani Biskut kerana syarat pinjaman memerlukan nama syarikat menggunakan nama pemilik itu sendiri dan setelah berbincang bersama keluarga, mereka turut bersetuju dengan nama tersebut demi kebaikan perniagaan yang saya usahakan,"ujarnya.

Menggunakan pinjaman kewangan dengan penuh berhati-hati, Siti Noraini mengutamakan peralatan membuat kuih dan biskut selain turut digunakan untuk membesarkan kilang supaya berkesan dan teratur.

Berbekalkan pinjaman sebanyak RM16,900, isteri kepada Mohd. Noor Sukimi ini gigih merantau seluruh Selangor untuk mencari pasaran yang pada hematnya mampu membawa pulangan.

Ketika itu setelah hampir enam tahun bekerja dan perniagaannya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan, usahawan wanita itu mengambil keputusan nekad meletak jawatan sebagai kerani di salah sebuah syarikat swasta di Banting.

Dia perlu mengorbankan kerja tetap yang disandang bagi memberi sepenuh perhatian sekali gus mengembangkan perniagaan dengan membuat pelbagai jenis biskut dan kerepek serta menjual produk usahawan lain.

Berkat kegigihan, kesungguhan dan kecekalan membangunkan perniagaannya, maka tidak hairanlah wanita itu meraih beberapa siri kejayaan sepanjang penglibatannya dalam bidang IKS ini.

Sejak 20 tahun menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, Siti Noraini menerima pelbagai anugerah seperti Peladang Jaya, Tokoh Usahawan Wanita Selangor dan Belia Jaya.

Mendedikasikan kejayaan yang dicapai kepada arwah ibunya, Siti Noraini yakin segala anugerah yang diperoleh adalah hasil berkat doa ibunya.

Malah kejayaannya itu juga turut menarik minat pelbagai agensi kerajaan yang tampil memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk selain khidmat nasihat.

Kini saya mempunyai lima orang pekerja tetap di kilang memproses kerepek yang bertungkus lumus menyiapkan sehingga 250 kilogram pelbagai jenis kerepek sehari.

Ada masanya, jumlah pekerja tidak cukup hingga membuatkan saya turun padang dan lakukan proses mengupas kentang, menggoreng dan membugkus," katanya.

Tidak menolak faktor bahan mentah menjadi kekangan buatnya masa kini, namun Siti Noraini tidak berputus asa malah dengan bantuan suami, mereka mempunyai ladang ubi sendiri.

Mohd. Noor Sukimi sanggup belajar dan mengumpul maklumat mengenai bidang pertanian, perparitan, racun serta penjagaan ladang bagi menjayakan impian isterinya. - NOOR DIANA AZIS

Macam-macam ada di Pasar Tanjung

Posted: 04 May 2014 11:24 PM PDT

Oleh Wan Shahara Ahmad Ghazali

Rumpai laut antara industri IKS yang terkenal di Tawau.

Barangkali, Pasar Tanjung Tawau tidak salah jika diumpamakan sebagai syurga hasil laut dan barangan tradisional bagi mereka yang datang membeli-belah.

Pasar, yang terletak di bandar ketiga terbesar Sabah itu, dibuka pada 1999 dan menempatkan 6,000 buah kedai yang sekali gus menjadikannya pasar tertutup terbesar di Malaysia.

Daripada barangan kraf, tikar, periuk belanga, permainan kanak-kanak, sayur segar, pelbagai jenis rempah, hinggalah pelbagai jenis makanan serta kudapan termasuk keropok tradisional amplang yang sangat popular di Sabah boleh didapati di sini.

Bagaimanapun sudah tentulah tidak lengkap jika anda berkunjung ke pasar ini tanpa membeli rumpai laut kering yang kebelakangan ini amat popular sebagai sumber khasiat kolagen untuk kesihatan, kecantikan dan keanjalan kulit.

Pasar Tanjung Tawau dan bandar Tawau khasnya menjadi tumpuan utama aktiviti jual beli rumpai laut kerana terletak berhampiran dengan Semporna, yang menjadi kawasan industri rumpai laut terbesar negara.

Mengenai kebaikan rumpai laut, saintis menganggapnya sebagai makanan pelbagai fungsi yang berpotensi tinggi sebagai agen penambah dalam industri pemakanan halal, kosmetik, produk perubatan, farmaseutikal dan bahan api bio.

Biasanya, rumpai laut dituai untuk mengeluarkan carrageenan yang sangat bernilai terutama dalam industri pemakanan sebagai agen pemekat, penstabil dan menghasilkan gelatin halal menggantikan gelatin daripada haiwan seperti khinzir yang banyak diguna untuk membuat kapsul ubat dan vitamin.

Carragenan juga biasanya digunakan dalam makanan jenis tenusu bagi mengekalkan tekstur berkrim seperti dalam aiskrim dan yogurt serta mengekalkan kelembutan dan jus dalam produk daging.

Secara umumnya terdapat tiga jenis rumpai laut kering yang berada di pasaran berdasarkan warna - ungu, keperangan atau kehijauan.

Bagaimanapun menurut seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Syafiqah, kesemua jenis rumpai laut itu tiada banyak perbezaan.

Ia masih jenis rumpai laut yang sama dengan perbezaan warna berlaku kerana cara pengeringan yang dilakukan oleh pengusaha.

Rumpai laut yang dikeringkan di tempat redup dan tertutup akan mengekalkan warna ungu, manakala jika dijemur di bawah sinar matahari, warnanya akan pudar menjadi kuning keperangan," jelas beliau.

Sementara itu, rumpai laut berwarna hijau pula biasanya direndam dalam pewarna semulajadi bagi menjadikan lebih menarik.

Mengenai harga, penjual meletakkan harga RM10 sekilo, manakala di sekitar Pasar Filipina Kota Kinabalu pula harganya sekitar RM20 sekilo.

Bagaimanapun, tinjauan di sekitar Lembah Klang mendapati rumpai laut kering berwarna ungu digredkan sebagai kualiti AAA dan dijual pada harga RM35-RM45 bagi setiap 100 gram.

Oleh itu, bagi pelawat ke Tawau pasti berbaloi membeli rumpai laut di pasar berkenaan.

Sementara itu, Sabah yang adalah satu-satunya negeri pengeluar rumpai laut negara dijangka terus meningkatkan pengeluaran tahunan rumpai laut untuk membekalkan permintaan global yang semakin meningkat.

Setakat ini, akuakultur rumpai laut dibangunkan di daerah Semporna sebagai antara Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), melalui projek mini-estet dua spesies rumpai laut utama.

Dua spesies itu adalah Kappaphycus alverazii dan Euchema spinosom.

Malah kajian Universiti Malaysia Sabah (UMS) misalnya menjangkakan bahawa negeri di bawah bayu itu akan menghasilkan sekurang-kurangnya 150,000 tan metrik rumpai laut terproses berkualiti tinggi bernilai sehingga RM 1.45 bilion menjelang 2020.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


PPPM yang mula menampakkan hasil

Posted: 05 May 2014 12:18 PM PDT

Oleh DR. AMINUDIN MANSOR

PPPM 2013-2025 yang dilancarkan tahun lalu sudah menampakkan kesan kejayaan antaranya penglibatan ibu bapa dan sambungan Internet ke sekolah-sekolah. - Gambar hiasan

PELAN Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan tahun lepas kini menampakkan hasil, terutama dalam memastikan jurang pencapaian murid bandar dan luar bandar dapat dikurangkan secara berperingkat.

Usaha ini, kata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan terus dilakukan supaya aspirasi untuk mengurangkan jurang pencapaian berdasarkan tahap perbezaan sosioekonomi sebanyak 50 peratus dapat dicapai.

Jelas beliau, perkara ini terbukti menerusi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu apabila jurang pencapaian calon bandar dan luar bandar adalah sebanyak 0.01 mata Gred Purata Nasional (GPN).

Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan adalah bidang terpenting dalam usaha pembangunan insan yang menyumbang kepada pembangunan negara. Melalui bidang ini manusia dapat dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Bidang pendidikan menjadi semakin penting dan mencabar menjelang 2025 sebagai persediaan membentuk modal insan.

Di samping itu, pembelajaran sepanjang hayat juga akan membolehkan individu daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik belajar sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan mengambil tindakan yang berani dan pantas dengan menyediakan pelan pembangunan pendidikan kerana perubahan yang dihasratkan adalah penting dan mesti dilaksanakan segera.

PPPM 2013-2025 sudah menampakkan kesan kejayaan antaranya penglibatan ibu bapa dan sambungan Internet ke sekolah-sekolah. Tujuannya untuk mencapai pendidikan berkualiti. Transformasi pendidikan ini adalah komitmen kerajaan untuk terus komited menjalankan pembaharuan dalam sistem pendidikan negara bagi tempoh 15 tahun akan datang bermatlamat setiap murid mempunyai kemahiran baru untuk merebut peluang di samping menangani cabaran abad ke-21.

Jika dikaji dan diteliti adakah masa di sekolah mencukupi untuk murid belajar, menelaah dan mengulang kaji pelajaran? Jawapannya tentu tidak cukup jika murid tidak bersedia dari awal.

Dalam hal ini, peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menguji apa yang dipelajari pada tahun empat, lima dan enam. Sementara itu, di peringkat tingkatan tiga, murid akan diuji apa yang dipelajari di tingkatan satu, dua, dan tiga. Bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar akan diuji apa yang dipelajari di tingkatan empat dan lima.

Bagi menggantikan beberapa peperiksaan, Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan dilihat satu usaha Kementerian Pendidikan dalam memberi penambahbaikan terhadap pencapaian murid dalam peperiksaan utama, khususnya UPSR dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Para guru mengharapkan mereka tidak dibebankan dengan kerja-kerja menyediakan soalan, memeriksa kertas jawapan serta menjumlahkan keputusan. Suatu kaedah baharu telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi mengurangkan beban dan tugas guru.

Berkaitan hal ini, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihaknya akan berusaha mengurangkan bebanan guru dalam pelaksanaan PBS ini. Malah, pengenalan PBS yang memberi penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran mengenai pembelajaran menjadi langkah penting menentukan penguasaan murid secara lebih bersistematik pada setiap peringkat Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Pelaksanaan PBS itu akan dilihat hasilnya melalui keputusan UPSR bagi murid yang mendudukinya pada 2016 dan PMR mulai 2014.

Justeru, PBS akan memberi penilaian lebih menyeluruh terhadap murid. PBS mengandungi empat komponen merangkumi Pentaksiran Sekolah; Pusat; Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum serta Pentaksiran Psikometrik iaitu mengenai sikap dan personaliti murid dan pelajar.

Dalam pada itu, ibu bapa juga perlu bersiap sedia dari segi mental, fizikal dan rohani bagi anak-anak mereka yang akan menghadapi peperiksaan, seterusnya bagi menghadapi perubahan di bawah PPPM.

Lantaran itu, ibu bapa perlu memahami dan mengikuti serta mengkaji perubahan ini. Di samping itu, mereka perlu menyediakan masa untuk memantau anak-anak bagi mengulang kaji pelajaran di rumah dan menghantar mereka ke kelas tuisyen bagi menghadapi peperiksaan.

Sementara itu, bagi guru-guru tentulah akan menyediakan (P&P) yang berkesan di dalam kelas kepada murid .

Justeru, P&P di dalam kelas bukan sahaja menjurus kepada peperiksaan, malahan jauh daripada itu dapat membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah, berakal budi dan berakhlak terpuji.

Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang diperkenalkan nyata bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai alat perpaduan, bahasa perhubungan dan bahasa ilmu.

Pada masa sama peningkatan penguasaan bahasa Inggeris turut diberi kepentingan supaya murid dan pelajar dapat bersaing dan meneroka ilmu di peringkat antarabangsa.

Menerusi PPPM murid digalakkan mempelajari sebanyak mungkin bahasa asing seperti bahasa Arab, Sepanyol, Perancis dan Jepun.

Jelaslah, kedua-dua bahasa dalam MBMMBI itu dan bahasa-bahasa lain sememangnya memainkan peranan penting ke arah melahirkan modal insan berilmu, berkemahiran tinggi dan berketerampilan untuk memacu ekonomi berasaskan pengetahuan. Ibu bapa dan guru harus memainkan peranan menyokong dasar MBMMBI ini bagi melonjak kualiti pendidikan negara.

Ibu bapa juga harus memahami transformasi pendidikan negara sejajar dengan hasrat kerajaan dan Kementerian Pendidikan yang ingin melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mampu mencapai visi yang dihasratkan iaitu menyediakan peluang kepada individu meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya, dan menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara.

* PENULIS ialah pengamal media, PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Mengimpikan kehidupan tanpa pagar besi dan jeriji

Posted: 05 May 2014 12:18 PM PDT

Coretan Marhaen

MEMBACA dan menonton berita kadang-kala membuatkan kita merasa seolah-olah sudah tidak selamat lagi.

Ada sahaja kes jenayah yang dilaporkan.

Bahkan yang tidak dilaporkan pun sampai juga ke telinga kita.

Dua minggu lepas, rumah jiran selang dua pintu dimasuki pencuri. Komputer riba, jam dan barang kemas lesap disapunya. Ketika itu, tuan rumah keluar bekerja.

Jumaat minggu lalu, kakak sebelah rumah menjadi mangsa ragut di dalam kawasan rumahnya sendiri. Dia yang sedang menyiram bunga (selepas catuan berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi) hanya mampu menjerit meminta tolong sambil menyimbah air ke arah peragut.

Peragut yang tersentak dengan jeritan itu cuba melarikan diri namun sanggup berpatah balik dan `menunaikan hajat meragut gelang tangan kakak jiran sebelah setelah mendapati tidak ada siapa yang datang membantu.

Maklumlah hari Jumaat, orang lelaki ke masjid.

Kakak mangsa ragut tidak dapat berbuat apa-apa. Peragut datang berkumpulan dengan dua buah motosikal. Masing-masing penunggang dan pembonceng ialah lelaki muda yang sasa.

Baru dua hari lepas jiran belakang rumah pula yang kena. Lelaki dengan muka separuh bertutup datang mengacu pisau ketika dia mengangkat baju di ampaian.

Beberapa kejadian jenayah ragut, curi dan pecah rumah yang berlaku di sekitar kejiranan kadang-kala membuatkan kita tidak lagi merasa selamat tinggal di rumah.

Tidak tahu di mana silapnya.

Benarkah pihak polis tidak lagi memfokus kepada masalah jenayah seperti yang didakwa The Malaysian Insider dalam laporan portal propembangkang itu pada 21 Februari lalu?

Atau mungkinkah kadar jenayah sudah terlalu tinggi sehinggakan pihak polis tidak menang tangan untuk membendungnya?

Namun jika benar, apakah puncanya?

Adakah ekoran ketegasan Kementerian Dalam Negeri menjalankan operasi menghalau pendatang asing tanpa izin (PATI) yang selama ini banyak terlibat jenayah, menyebabkan timbul pula kumpulan penjenayah dalam kalangan orang tempatan.

Adakah gara-gara pembangunan bercampur yang tidak lagi menjaga identiti bandar raya elit ini, menjadi puncanya?

Atau budaya tidak menghormati undang-undang dan penguat kuasa undang-undang yang semakin menular, sebagai penyebabnya?

Bukan lagi rahsia, semacam ada kecenderungan dalam kalangan sesetengah pihak termasuk pembangkang meremehkan tugas polis dan memperlekehkan undang-undang sehingga timbul tanggapan seolah-olah mereka menyetujui budaya antipolis dan antipenguat kuasa.

Atau mungkinkah ketaksuban terhadap filem-filem barat yang mendewakan perompak, penyamun atau nama lainnya penjenayah seperti Ocean Eleven, The Italian Job dan Too Fast Too Furious - menjadi penyumbang peningkatan penjenayah?

Penulis tidak ada jawapan untuk soalan-soalan di atas.

Namun penulis tertarik dengan saranan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye bahawa rakyat Malaysia terutama golongan muda perlu mewujudkan budaya antijenayah dengan menghormati undang-undang serta menjadikan aspek keselamatan sebagai cara hidup.

Dengan kata lain, beliau membayangkan bahawa tiadanya budaya antijenayah terutama dalam kalangan orang muda menjadi punca jenayah keganasan semakin menular dalam masyarakat sekarang.

Jika benarlah apa yang beliau bayangkan itu, keadaan ini amat membimbangkan dan tindakan sewajarnya perlu diambil untuk menanganinya.

Menuding jari kepada pihak polis bukan penyelesaian dan tidak akan menyelesaikan masalah pun.

Cabaran jenayah terkini dengan ancaman militan dan keganasan di samping kecanggihan penjenayah siber membuatkan tugas polis menjadi semakin rencam dan mencabar.

Mungkin benar saranan Lam Thye yang memang pakar dalam isu ini, bahawa asasnya adalah dengan mewujudkan budaya antijenayah dalam kalangan kita, dalam komuniti dan dalam keluarga kita sendiri.

Berapa banyak anggota polis pun, berapa kerap operasi dan serbuan pun, tidak mampu menghapuskan jenayah jika masyarakat `memberi muka kepada pelaku dan pesalahnya.

Hanya dengan menyemai budaya antijenayah, kita mampu menjadi mata dan telinga kepada keadaan yang berlaku di sekeliling dan kejiranan kita, bagi memastikan keselamatannya.

Namun penulis akui menuturkan tidak semudah melakukan. Ia memerlukan iltizam dan yang penting, sokongan daripada pihak berkuasa untuk menjayakannya.

Mungkin sudah tiba masanya kempen antijenayah besar-besaran digerakkan dengan penglibatan semua pihak - baik agensi kerajaan, swasta, pemimpin politik di pihak kerajaan mahupun pembangkang, pusat pengajian tinggi, sekolah dan apa jua organisasi.

Hanya apabila masyarakat daripada pelbagai lapisan menolak dan membenci jenayah, kita dapat menikmati kehidupan dengan rasa selamat tanpa perlu memenjara diri dengan pagar dan jeriji.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Desire 610 mampu milik

Posted: 04 May 2014 11:24 PM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS

HTC Desire 610

PEMIMPIN global dalam inovasi telefon bimbit dan reka bentuk, HTC baru-baru ini menampilkan peranti terbaharu yang mampu memberikan pengalaman visual dan audio menakjubkan.

Diperkenalkan sebagai Desire 610, telefon bimbit pintar ini dibina dengan saiz paparan 4.7 inci selain diperhebatkan menerusi teknologi eksklusif HTC seperti BlinkFeed dan BoomSound yang merupakan sebahagian daripada aplikasi pada HTC One.

Beroperasi di atas platform Android dengan HTC Senser, model baru ini menawarkan prestasi pantas menggunakan pemproses empat teras Qualcomm Snapdragon 1.2 GHz, sementara ciri Video Highlights yang dipertingkatkan membolehkan pengguna berkreativiti secara maksimum.

Menurut Presiden HTC EMEA, Philip Blair, Desire 610 menawarkan gabungan prestasi cemerlang serta hiburan terbaik khusus untuk pengguna sekali gus membuatkannya setanding dengan telefon bimbit pintar lain.

Aplikasi BlinkFeed merupakan aliran langsung peribadi pada paparan skrin yang mampu mengubah muka hadapan menjadi lebih peribadi dan relevan seperti kemas kini laman sosial, berita dan imej.

Aplikasi BoomSound yang diketengahkan dengan binaan pembesar suara stereo di bahagian hadapan beserta amplifier dalam pula memberikan bunyi terbaik kepada pengguna ketika menonton video atau mendengar muzik.

Desire 610 dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada Mei akan datang dan bagi mereka yang berminta untuk mendapatkan maklumat lanjut layari laman web www.htc.com.

Kompak Canon berkuasa

Posted: 04 May 2014 11:24 PM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Powershot sx700 HS

Canon sememangnya sebuah nama yang tidak asing lagi bagi peminat dunia fotografi.

Lambakan siri kamera digitalnya yang pelbagai menjadikan jenama ini pilihan ramai.

Terbaru, Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. melancarkan lima kamera kompak baharu yang terdiri daripada siri Powershot dan IXUS.

Lima kamera kompak tersebut adalah PowerShot G1 X Mark II, PowerShot SX700 HS, PowerShot D30, IXUS 155 dan IXUS 145.

PowerShot G1 X Mark II, merupakan siri baharu yang lebih berkuasa dan memiliki kelebihan yang lebih banyak berbanding siri sebelumnya.

Kamera itu juga memiliki penderia 1.5 inci CMOS yang 4.5 kali ganda lebih besar berbanding kamera kompak biasa serta memiliki kadar piksel yang tinggi iaitu 12.8 megapiksel (3:2 aspect ratio), sembilan bilah bukaan lensa (f/2.0-3.9) dan lensa pemfokusan lima kali ganda.

Kehadiran kamera kompak tersebut menjadikan proses merakam gambar menjadi semakin mudah, berkualiti tinggi malah turut menawarkan kesan-kesan khas seperti 'bokeh' yang sebelum ini hanya diperolehi menerusi kamera digital lensa tunggal (DSLR).

Malah, kelebihan autofokus sebanyak 31 poin yang dicipta khas untuk memantapkan prestasi AiAF membolehkan fokus terhadap subjek yang dirakam lebih terang, jelas dan tepat.

Reka bentuk PowerShot G1 X Mark II juga tidak kurang hebatnya, lebih inovatif dan mesra pengguna.

Antara kelebihan lain adalah dua mod utama, pertama Rakaman Kreatif untuk memudahkan pengguna merakam enam imej yang sama namun berbeza kesan khas yang boleh dipilih daripada 46 jenis termasuk Retro, Monochrome, Special dan Natural.

Aplikasi pintar tersebut akan menganalisis rakaman dan menentukan kesan khas mana yang paling sesuai untuk imej tersebut.

Kedua, mod Star yang boleh digunakan untuk merakam imej pada waktu malam menerusi pilihan rakaman Star Nightscape.

Menerusi mod tersebut, anda boleh merakamkan pemandangan bintang pada waktu malam (Star Trail) dan juga rakaman video pergerakan bintang (Star Time-Lapse).

Terakhir kelebihan skrin boleh putar sehingga 180 darjah menjadikan kelebihan tersebut sebagai berita baik bagi mereka yang rajin merakamkan gambar sendiri (selfie).

PowerShot G1 X Mark II juga turut dilengkapi bersama kelebihan capaian WiFi dan teknologi NFC membolehkan pengguna berkongsi gambar dengan pantas dengan gajet pintar lain dan bertindak sebagai alat kawalan jauh untuk merakamkan gambar menerusi aplikasi Camera Window.

Seterusnya PowerShot SX700 HS yang mempertaruhkan kadar resolusi setinggi 16.1 megapiksel yang amat sesuai buat pengembara.

Dua ciri utama yang diketengahkan bagi kamera itu adalah mudah alih dan kadar pemfokusan yang tinggi.

Memiliki ketebalan hanya 34.8 milimeter (mm), paling nipis dalam barisan kamera kompak sirinya, PowerShot SX700 HS tidak tetap tidak berkompromi dengan kualiti imej yang dihasilkan.

Malah, bahagian penggenggamnya juga diperbaiki bagi memudahkan pengguna merakam imej terutama ketika kadar fokus berada pada takat yang maksimum.

Menawarkan pemproses imej Canon DIGIC 6 dan lensa pemfokusan optikal 30 kali ganda, pengguna kini mampu merakamkan imej yang terbaik biarpun daripada jarak yang jauh.

Bagi mereka yang mementingkan kelasakan sesebuah kamera, anda juga boleh mencuba PowerShot D30, 12.1 megapiksel.

Tanpa perlu menggunakan sebarang sarung khas untuk tujuan rakaman dalam air, PowerShot D30 boleh digunakan terus sehingga kedalaman 25 meter.

Selain itu, rekaannya juga mampu menahan hentakan apabila kamera tersebut terjatuh dari ketinggian dua meter dan masih masih boleh beroperasi pada suhu di bawah negatif 10 darjah.

Manakala bagi Canon IXUS 155, amat sesuai bagi mereka yang mementingkan gaya santai dan yang mahukan sebuah kamera yang mudah untuk dioperasikan.

Memiliki kadar piksel sehingga 20.0 mega dan bersama gabungan pemproses imej DIGIC 4+ dan penderia CCD menjadikan proses rakaman mengunakan kadar ISO yang tinggi dapat dipercepatkan sehingga 60 peratus berbanding kamera kompak biasa.

Terakhir, Canon IXUS 145, sebuah kamera kompak yang ideal buat mereka yang baharu berjinak-jinak dalam seni forografi.

Menawarkan 16 megapiksel dan pemproses imej DIGIC 4+, Canon IXUS 145 juga berkemampuan merakam video HD pada kadar 720p.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved