Selasa, 8 Oktober 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Lawan UAE bukan kelas A

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

PEMAIN-PEMAIN Harimau Malaya akan berdepan dengan UAE dalam aksi persahabatan di Shenzen, China, hari ini.

PETALING JAYA - Skrip yang sama terus berulang. Walaupun berjaya mendapatkan satu perlawanan persahabatan menentang sebuah pasukan kebangsaan nampaknya ia jelas tidak memberikan sebarang manfaat apabila aksi menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE), hari ini di Shenzhen, China disahkan bukan perlawanan kelas A.

Perkara itu diberitahu sendiri Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin yang berkata, ia disebabkan oleh permintaan UAE sendiri yang tidak bersedia hanya menggunakan penggantian enam pemain dalam aksi persahabatan menentang Harimau Malaya.

Apa yang saya boleh beritahu perlawanan dengan UAE di Shenzhen bukannya perlawanan berkelas A kerana itu yang dimahukan oleh UAE sendiri melalui permohonan yang dihantar kepada kita.

Jadi, perlawanan ini boleh dianggap sebagai perlawanan ujian sebelum menentang Bahrain nanti pada 15 Oktober nanti dan itu sahaja yang saya boleh beritahu," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, semalam.

Ini bukan kali pertama aksi persahabatan Harimau Malaya dengan pasukan luar negara tidak disenaraikan sebagai bukan perlawanan berstatus A apabila pada 17 Mac lalu, perlawanan dengan Arab Saudi sekadar menjadi medan pemanas badan buat pengendali, Datuk K. Rajagobal yang memperlihatkan skuad negara dibelasah 1-4.

Selain itu, dua lagi perlawanan iaitu ketika menentang Iraq (1 Februari) yang menyaksikan Malaysia tewas 0-3 dan Palestin, kalah 1-2 (26 Mac) juga tidak diambil kira dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Berdasarkan undang-undang, aksi persahabatan kelas A tidak boleh menggunakan lebih enam pemain gantian dan sekiranya itu terjadi, perlawanan itu mendatangkan sebarang faedah dalam kiraan ranking FIFA.

Rajagobal bertandang ke China dengan membawa skuad yang tempang kerana enam pemain utama mengalami kecederaan serius menjelang perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain, 15 Oktober ini.

Wan Zack Haikal Wan Nor sudah pasti antara nama yang akan dilupakan oleh Rajagobal selain menunggu nasib beberapa pemain seperti Norshahrul Idlan Talaha yang mengalami kecederaan hidung manakala Safee Sali, Mohd. Aidil Zafuan dan Shakir Shaari dilanda masalah hamstring.

Dua tonggak pertahanan dari skuad Harimau Muda, Mohd. Fadhli Shas serta Nik Shahrul Mohd. Azim mendapat kecederaan Muscle Cruciate Ligament (MCL) dan terpaksa berehat sekurang-kurangnya dua minggu.

Harimau Malaya dijadualkan berdepan UAE pada pukul 7 malam ini waktu Malaysia.

Harimau Muda ke Liga Singapura?

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Hamidin (kiri) bersama Ong Kim Swee pada sidang akhbar skuad Harimau Muda di Wisma FAM, Kelana Jaya, Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA - Masih terlalu awal untuk memperkatakannya, namun ada kemungkinan pasukan Harimau Muda A yang akan memberi tumpuan kepada persiapan Sukan Asia 2014 Incheon terpaksa bersaing dalam Liga Singapura (S-League) pada tahun depan.

Bayangan awal perancangan Harimau Muda A itu diumumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin yang berkata, mereka masih di peringkat rundingan sama ada akan membawa skuad bimbingan Ong Kim Swee berlatih ke luar negara seperti mana Slovakia pada tahun ini.

Jika semua rundingan itu gagal, beliau sedang menimbang kemungkinan menyerapkan kembali Harimau Muda A dalam S-League seperti mana yang mereka lalui pada tahun lalu.

Buat masa ini, FAM ada melakukan beberapa rundingan dengan beberapa pihak dan pilihan yang kami ada adalah seperti Slovakia iaitu tempat persiapan yang kita lalui tahun ini selain Brazil dan Australia.

Penghujung tahun ini kita akan umumkan dan mengikut Jawatankuasa Pertandingan yang lepas, ada kemungkinan pasukan Harimau Muda A akan bermain di Singapura jika hasrat bermain di luar negara tidak kesampaian.

Jika itu berlaku, Harimau Muda B akan ditempatkan ke Liga Perdana dan Harimau Muda C akan kekal bermain di Liga FAM," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, semalam.

Tahun lalu, Harimau Muda berjaya menduduki tempat keempat dalam saingan S-League, 10 mata di belakang pendahulu, Tampines Rovers.

Sementara itu, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee mengesahkan pasukannya akan berdepan skuad Bawah 23 Jordan di Amman pada 8 hingga 20 November ini sebagai rangka persiapan mempertahankan pingat emas di Sukan SEA 2013 Myanmar.

Selepas ini, kita akan mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan pasukan utama Bawah 23 tahun Jordan selain cuba mendapatkan dua perlawanan menentang pasukan kelab semasa di sana.

Apabila pulang ke tanah air pada 21 November nanti, kita akan mengaturkan dua lagi perlawanan persahabatan dan salah satunya adalah menentang kelab Jepun, FC Ryukyu manakala satu lagi akan dikenal pasti dalam masa terdekat," katanya.

Dia juga yakin pertindihan kepentingan skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda tidak akan mengganggu perancangannya sambil menjelaskan dia sentiasa berbincang dengan Datuk K. Rajagobal jika mahu mengambil mana-mana pemain.

Tambahnya, jika pemain itu tidak dipanggil oleh skuad senior, dia akan terus mendapatkan mereka untuk menjalani bersama Harimau Muda selain mempunyai beberapa pilihan lain dengan menyerapkan pemain Harimau Muda B dan C.

Saya tahu pada November nanti pasukan kebangsaan akan melalui pusingan kelayakan Piala Asia 2015 namun saya rasa itu bukan satu masalah kerana saya tetap boleh memanggil mana-mana pemain yang tidak disenaraikan.

Sebagai contoh, buat masa sekarang saya telah memanggil pemain Perak, Mohd. Nasir Basharuddin untuk menjalani latihan bersama kami dan saya juga ada ramai pemain dari Harimau Muda B atau C yang bila-bila masa sahaja boleh dipanggil," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Mitsubishi perkenal Pajero Sport dipertingkatkan

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

Tetsuya Oda bergambar bersama Pajero Sport VGT yang dilancarkan di Oasis Damansara, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AZLIZA HAILANI

PETALING JAYA 8 Okt. - Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini melancarkan model kenderaan utiliti sukannya (SUV), Pajero Sport VGT dan GL versi yang dipertingkatkan, dalam usaha meningkatkan jualan keseluruhannya jenama itu ke Malaysia.

Dua model itu mengalami beberapa perubahan seperti kemasan tempat duduk berkulit, gril dan bamper hadapan serta rim berbanding versi yang terdahulu.

Bagaimanapun, pengenalan versi baharu ini turut membabitkan peningkatan harganya serendah hampir RM1,000 berbanding sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tetsuya Oda (gambar) berkata, pengenalan Pajero Sport VGT dan GL versi dipertingkatkan itu diharapkan jenama itu mencapai sasaran jualan keseluruhannya model Mitsubishi sehingga 15,000 buah sehingga Mac 2014.

Harga atas jalan (tidak termasuk insurans) Pajero Sport VGT dipasarkan dengan harga RM172,211.60 dan GL versi yang dipertingkatkan (RM151,277.60)

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pasar raya C-Mart runtuh

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

Sebuah jentera bomba kelihatan di hadapan gudang borong C-Mart yang runtuh bumbung dan dindingnya di Bandar Darul Aman, Jitra, Kubang Pasu, semalam.
Pelbagai barangan rosak selepas dinding dan bumbung gudang borong C-Mart runtuh di Bandar Darul Aman, Jitra, Kubang Pasu, semalam.

KUBANG PASU 8 Okt. - Penduduk di sekitar kawasan industri Bandar Darul Aman, Jitra di sini gempar apabila sebuah pasar raya yang dibuka sejak lebih dua bulan lalu runtuh hari ini.

Runtuhan pukul 8.40 pagi itu melibatkan dinding dan bumbung bahagian tepi bangunan yang menempatkan barangan jualan seperti pakaian dan kasut berjenama.

Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan memandangkan pasar raya tersebut hanya memulakan operasi pada pukul 10 pagi meskipun dua pekerja penyelenggaraan memasuki premis itu sebelum kejadian.

Difahamkan, pasar raya tersebut yang beroperasi sejak penghujung Julai lepas tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF).

Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu, Zahari Ismail berkata, berikutan kejadian itu, bangunan tersebut dianggap tidak selamat untuk diduduki dan diarah tutup serta-merta.

Katanya, pihaknya juga dalam proses mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik bangunan terbabit.

"Pemeriksaan mendapati pemilik bangunan memperoleh kelulusan merancang untuk membina gudang namun dipercayai menyalahgunakan kelulusan dengan mendirikan bangunan komersial.

"Gudang ini dan lot premis di kawasan ini diarah tutup bagi membolehkan pihak kami dan agensi berkaitan melakukan kajian teknikal," katanya di sini hari ini.

Pekerja penyelenggaraan, Abdul Rohim Talib, 33, memberitahu, dia bersama seorang rakannya memasuki premis itu kira-kira pukul 8.30 pagi bagi membuka lampu dan pejabat.

Ketika berada dalam bangunan itu, katanya, dia terdengar bunyi retakan disusuli runtuhan siling kira-kira lima meter dari tempatnya berdiri.

"Saya dan rakan bergegas keluar dan semasa berada di luar bangunan, saya dapat melihat dinding dan bumbung runtuh," katanya.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Ibrahim Mohd. Yusuf berkata, lebih 20 anggotanya dikerahkan mengawal kawasan tersebut bagi mengelak sebarang kecurian.

Dalam pada itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Jitra, Mohammad Darus berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.55 pagi dan mengerakkan seramai 10 anggota ke lokasi kejadian.

Bayi 2 bulan mati tersedak susu

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
pengarang@utusan.com.my

BAPA Noor Afreena Dahlia Azri (kanan) ketika menuntut jenazah anaknya di Hospital Serdang, semalam.

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Seorang bayi perempuan berusia dua bulan mati selepas dipercayai tersedak susu di rumah pengasuh di Bangi dekat sini pagi ini.

Difahamkan, ketika kejadian pada pukul 8 pagi itu, bayi malang tersebut, Nor Afreena Dahlia Azri dihantar oleh ibunya ke rumah pengasuh dalam keadaan baik.

Tidak lama selepas itu, pengasuh berkenaan dapati bayi tersebut yang dibaringkan dalam keadaan mengiring tidak bergerak lalu cuba membuat bantuan pernafasan (CPR) tetapi gagal.

Pengasuh itu kemudian menghubungi ibu bayi berkenaan dan terus dibawa ke sebuah klinik di Bandar Seri Putra tetapi disahkan telah meninggal dunia.

Difahamkan, bapa mangsa yang berusia 37 tahun bekerja sebagai pegawai bank manakala ibunya, berusia 35 tahun merupakan seorang guru.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

"Bedah siasat ke atas mayat bayi berkenaan telah selesai dijalankan di Hospital Serdang dan pihak kami dapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


OPCW mahu hantar lebih ramai pakar senjata kimia ke Syria

Posted: 08 Oct 2013 10:14 AM PDT

AMSTERDAM 9 Okt. - Pemerhati senjata kimia dunia akan menghantar lebih banyak pakar pemeriksa ke Syria untuk membantu memusnahkan simpanan senjata toksik yang dimiliki oleh Presiden Bashar al-Assad.

Ketua Pengarah Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW), Ahmet Uzumcu dalam satu kenyataan berkata, Syria telah `melakukan satu permulaan yang baik dalam proses yang memakan masa yang panjang dan sukar.

OPCW bulan lalu menerima laporan dakwaan bahawa wujudnya senjata kimia milik Syria dan telah menghantar pasukan pemeriksa pertamanya baru-baru ini. - REUTERS

Ikhwanul Muslimin bukan lagi NGO yang sah

Posted: 08 Oct 2013 10:12 AM PDT

KAHERAH 9 Okt. - Kabinet Mesir hari ini mengarahkan pihak berkuasa supaya menyingkirkan pergerakan Ikhwanul Muslimin daripada senarai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sah mengikut perintah kehakiman, lapor media negeri.

Penyingkiran itu berlaku selepas mahkamah Mesir bulan lalu mengharamkan pergerakan tersebut daripada beroperasi dan turut mengarahkan aset mereka dirampas, susulan kekecohan yang dilakukan oleh Ikhwanul Muslimin selepas pihak tentera menggulingkan bekas Presiden, Mohammed Mursi.

Pada 23 September lalu, mahkamah juga telah mengharamkan mana-mana institusi yang mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Perlu peka hiasan ayat al-Quran

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

Nasharuddin Ngah (dua dari kiri) menanda beberapa kesalahan tanda baca dan penulisannya pada hiasan al-Quran dalam Operasi Pemantauan Media Bersama JAIP, Pejabat Agama Islam daerah dan Unit Penguat Kuasa Majlis Daerah Lipis di Kuala Lipis, Pahang, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 8 Okt. - Umat Islam di negeri ini perlu peka ketika membeli peralatan hiasan dan bahan interaktif yang memaparkan ayat al-Quran berikutan wujud beberapa kesalahan tanda baca dan penulisannya.

Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Penapisan Media, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Nasharuddin Ngah berkata, walaupun hanya satu tanda bacaan tertinggal atau tersilap, tetapi impaknya besar kerana makna serta sebutan ayat itu akan berubah.

"Mereka yang menjual perhiasan berasaskan paparan ayat al-Quran ini juga wajar menyemak dengan bantuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum dipasarkan kepada orang ramai.

"Ayat al-Quran ini bukan sahaja dijadikan perhiasan di dinding, tetapi juga akan dibaca oleh setiap orang melihatnya, sekiranya wujud kesilapan sekali gus mengundang maksud berlainan," katanya selepas Operasi Pemantauan Media Bersama JAIP, Pejabat Agama Islam daerah dan Unit Penguatkuasa Majlis Daerah Lipis, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, JAIP mengambil berat mengenai perkara tersebut kerana memberi kesan terhadap pengetahuan dan kehidupan umat Islam.

Nasharuddin berkata, keadaan tersebut dilihat berleluasa dan kerap ditemui dalam kalangan peniaga menyalahgunakan ayat al-Quran bagi tujuan menarik pelanggan atau melariskan bahan hiasan yang dijual.

"Ini termasuk peniaga berkenaan tidak tertib dan tidak bertanggungjawab. Ketika pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan mendapati barangan hiasan termasuk jam yang mempunyai ayat al-Quran diletakkan di lantai dan kaki lima premis.

"Selain itu, perbuatan menggantung perhiasan ayat tersebut pada dinding kedai makan dan restoran dalam kalangan pengusaha bukan Islam bertujuan menarik pelanggan Islam juga perbuatan mencemarkan kesucian agama ini dan tidak bertanggungjawab," katanya.

Semarak semangat patriotisme sepanjang masa

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

MARAN 8 Okt. - Semangat patriotisme dalam kalangan murid serta pelajar sekolah perlu disemarak sepanjang masa bagi melahirkan modal insan yang mampu meneruskan sumbangan kepada negara pada masa depan.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Pahang, Datuk Yusof Jamaluddin berkata, penerapan nilai jati diri itu perlu supaya generasi muda memahami sejarah negara.

"Memahami sejarah negara dapat mengelak mereka terpengaruh dengan pihak tertentu yang cuba mengubah fakta sejarah bagi tujuan kepentingan politik masing-masing," katanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah kebangsaan LKTP Jengka 16, di sini baru-baru ini.

Katanya, peranan guru dan ibu bapa perlu bagi memperkukuh semangat jati diri kepada generasi baharu dalam menghadapi cabaran hidup akan datang.

Menurutnya, semangat cintakan negara dalam kalangan remaja sejak kebelakangan ini semakin luntur mungkin disebabkan terpengaruh dengan pelbagai maklumat di laman sosial dan blog.

"Keadaan itu semakin sukar apabila isu dibawa oleh individu yang mempunyai kepentingan politik dipesongkan dan boleh melunturkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda," ujarnya.

Katanya, sebuah bangsa yang kuat akan sentiasa mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara dengan apa cara sekalipun.

"Semangat cintakan negara ini mesti dididik melalui pemahaman sejarah supaya mereka mengetahui fakta sebenar seterusnya tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak," katanya.

PWPK perlu proaktif dalam ekonomi

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

Nur Hidayah Mohd. Shahaimi (kiri) menyampaikan sumbangan RISDA kepada salah seorang penerima dalam Majlis Kasihi Wanita Pekebun Kecil di Maran, baru-baru ini.

MARAN 8 Okt. - Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) diminta proaktif dalam memperkukuh peranan mereka bagi memantapkan institusi keluarga, ekonomi dan kemasyarakatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Nur Hidayah Mohd. Shahaimi berkata, perkara itu perlu diberi perhatian berikutan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) melaksanakan pelbagai program latihan dan bimbingan kepada golongan itu.

Tambahnya, antara program diadakan ialah pengurusan rumah tangga, keusahawanan, pengurusan produk serta kewangan.

Menurutnya, penubuhan sebanyak 827 Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) dengan disertai lebih 14,000 ahli di seluruh negara sebagai pemangkin ke arah pemantapan institusi keluarga.

"Ahli PWPK perlu keluar daripada imej negatif yang kurang berdaya saing dan perlu membuktikan mereka mampu mengorak langkah menghadapi cabaran mendatang.

"Peranan golongan itu akan lebih diperakui jika mereka dapat menjana ekonomi serta melahirkan modal insan berkualiti dalam kalangan anak-anak," katanya.

Beliau berucap dalam Majlis Kasihi Wanita Pekebun Kecil dan sumbangan korporat RISDA terhadap empat Sekolah Tahfiz, di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau memuji agensi itu kerana tidak mengabaikan generasi muda pekebun kecil berikutan pelbagai peluang diberi untuk mengikuti kursus di Kolej RISDA.

Katanya, penubuhan Pelan Strategik Usahawan RISDA (Pestura) mampu memberi nilai tambah dalam meningkat dan memantapkan usahawan pekebun kecil tempatan.

"Pekebun kecil wanita dilatih dengan kemahiran dan teknik meningkatkan kualiti produk, pembungkusan, pengurusan kewangan dan pemasaran.

"Kemahiran tersebut sangat penting bagi memastikan produk dihasilkan adalah berkualiti dan kompetitif sekali gus meningkatkan hasil jualan mereka dengan lebih baik," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Wan Yean didakwa lagi di mahkamah

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

Oleh MARZITA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Setelah didakwa dengan 19 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam, wanita yang merupakan pengarah syarikat Ng Advantage Sdn. Bhd. (NASB) yang mempunyai kaitan dengan syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva (M) Sdn. Bhd. (GMSB) hari ini dihadapkan pula ke Mahkamah Sesyen di sini atas 82 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM931.7 juta, dua tahun lalu.

Ng Wan Yean, 29, yang juga anak kepada penasihat perniagaan GMSB, Datuk Ng Poh Weng mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam, wanita itu didakwa atas 19 pertuduhan sama melibatkan RM1.1 juta.

Poh Weng, 63, bersama dua lagi anaknya yang masing-masing merupakan pengarah dan pengarah eksekutif syarikat NASB, Ng Wan Yee, 34 dan Ng Yee Yaw, 32, telah dihadapkan ke mahkamah pada hujung bulan lalu atas tuduhan serupa.

Pada prosiding hari ini, Wan Yean sebagai pengarah syarikat NASB didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima sejumlah RM931.7 juta hasil aktiviti haram melalui cek-cek daripada akaun GMSB di CIMB Islamic Bank Bhd. ke dalam akaun milik NASB di RHB Bank Bhd.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di RHB Bank Bhd., Jalan Tun H.S. Lee, di sini antara Januari 2011 dan Ogos 2012.

Jika sabit kesalahan, wanita itu boleh didenda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Timbalan Pendakwa Raya, Mardziatun Nisa Ahamadul Kabir tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh namun jika mahkamah membenarkan, beliau mencadangkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah.

Beliau juga memohon agar kes berkenaan dibicara bersama-sama kes yang melibatkan Wan Yean di Mahkamah Sesyen Shah Alam serta kes-kes yang melibatkan bapa, kakak dan abang tertuduh.

Peguam bela, A.S. Dhaliwal yang mewakili wanita itu pula memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan anak guamnya kini tidak bekerja berikutan syarikat terlibat telah pun menutup operasi selain telah membayar wang jaminan RM80,000 di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam.

Mat Ghani kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan serta membenarkan kes itu dibicara bersama-sama kes lain yang melibatkan ahli keluarga tertuduh.

Beliau turut menetapkan sebutan kes pada 27 November ini dan perbicaraan bermula 7 hingga 24 April tahun depan.

Pada 27 September lalu di Mahkamah Sesyen di sini, Poh Weng didakwa atas 155 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan memiliki, memindah, menerima dan memperoleh wang berjumlah RM1.5 billion hasil aktiviti haram dan menerima deposit tanpa lesen.

Pada 30 September pula, kakak dan abangnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini dan Shah Alam masing-masing atas 82 dan 19 pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram yang berjumlah RM937 juta dan RM1.1 juta.

Perogol bersiri tidak sanggup lagi ditahan dalam lokap

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

IPOH 8 Okt. - Seorang perogol bersiri yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk merogol, melakukan seks luar tabii dan cuba rogol, merayu dibebaskan dengan jaminan kerana sudah tidak sanggup lagi berada dalam lokap.

Sambil memandang seorang wanita yang sarat mengandung sembilan bulan yang didakwa isterinya, tertuduh, Malek Ridzuan Asroll, 27, (gambar) menyatakan, dia akan memohon bantuan adiknya untuk menjaminnya keluar.

''Saya memohon supaya dibenarkan untuk diikat jamin. Saya sudah tidak sanggup lagi tinggal di sini (penjara).

''Isteri saya juga sedang mengandung dan akan bersalin tidak lama lagi,'' katanya sebaik sahaja Timbalan Pendakwa Raya, Norhafizah Kamaludin memaklumkan pihaknya tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh.

Jelas Norhafizah, selain pertuduhan rogol dan cuba melakukan persetubuhan luar tabii di mahkamah itu, tertuduh turut menghadapi tiga pertuduhan lain iaitu dua cubaan rogol dan satu pertuduhan melakukan seks luar tabii di dua buah mahkamah sesyen lain.

''Pegawai penyiasat memaklumkan tertuduh merupakan perogol bersiri. Selain tuduhan berkenaan, dia juga akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Gajah dan Kampar atas empat lagi pertuduhan iaitu melibatkan kesalahan menyamar polis, mencuri telefon bimbit serta melakukan ugutan terhadap mangsa.

''Lagipun tertuduh tidak mempunyai sebarang pengenalan diri serta surat beranak. Mohon jaminan tidak dibenarkan,'' ujar Norhafizah.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed kemudian memutuskan untuk tidak membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin.

Keputusan sama turut dibuat oleh Hakim Madihah Harullah sementara Hakim Noor Hayati Mat membenarkan Malek Ridzuan dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 12 dan 15 November ini untuk sebutan semula semua kes berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa cuba merogol seorang pekerja kedai kasut berusia 15 tahun kira-kira pukul 9.50 malam, 11 September lalu di tepi Jalan Tanah Adat Mandailing di belakang Kelab Clearwater Sanctuary dekat sini.

Bagi pertuduhan kedua pula, Malek Ridzuan didakwa cuba melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun di antara pukul 10 pagi dan 10.05 pagi, 21 September lalu di ladang ternakan itik, Taman Alam Kinta, Kota Bahru di sini.

Dia juga didakwa merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang pelajar tingkatan lima kira-kira pukul 9.25 pagi dan 10.15 pagi, 25 September lalu, juga di Tanah Adat Mandailing di sini.

Pada 29 September lalu pula, dia didakwa cuba merogol seorang wanita berusia 30 tahun di kawasan hutan sebelah Taman Burung di Kampung Pisang dekat sini.

Semua pertuduhan tersebut di kemukakan oleh Norhafizah dan dua lagi Timbalan Pendakwa Raya, Yasser Mohd. Nasir serta Siti Nora Sharif mengikut Seksyen 376, Seksyen 377(c) dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Sementara di Mahkamah Majistret Batu Gajah, Malek Ridzuan turut mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu menyamar sebagai anggota polis dan mencuri telefon milik mangsa berusia 30 tahun itu di tempat sama kira-kira pukul 9 malam, 29 September lalu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Merah-putih pembakar semangat UMNO

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

Perjuangan mengarusperdanakan Wanita UMNO dalam arena politik penuh dengan onak dan duri. Selaku Ketua, saya mesti mempunyai keberanian dan daya tahan untuk mengharungi apa jua dugaan yang terpaksa saya lalui demi mencapai visi saya untuk Wanita UMNO," kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri SHAHRIZAT ABDUL JALIL ketika ditemu bual wartawan Utusan Malaysia, AZMAN ANUAR dan FAIZAH IZZANI serta jurugambar HAFIZ JOHARI baru-baru ini.

Menurut beliau, walaupun perjuangan ini bukan mudah, dan sudah tentunya belum selesai lagi, Wanita sudah mula mengecapi bibit-bibit kejayaannya.

Hari ini lambang keberanian merah dan kesucian putih Wanita UMNO menjadi obor pembakar semangat perjuangan dalam UMNO. Insya-Allah doa saya bahawa jika kita terus bersatu padu dan fokus, Wanita UMNO akan diiktirafkan sebagai tulang belakang dan bukan lagi sayap dalam UMNO. Insya-Allah." kata Shahrizat.

UTUSAN: Datuk Seri terus diberi kepercayaan, sebab itu dilantik sebagai Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri. Apa perancangan Datuk Seri?

SHAHRIZAT: Saya percaya ia adalah satu pengiktirafan kepada wanita dan pembangunan ekonomi wanita. Insya-Allah saya akan bekerjasama dengan semua pihak dalam kerajaan dan swasta untuk memperjuangkan peningkatan pendapatan usahawan wanita dengan cara lebih inovatif dan kreatif. Saya telah mula berjumpa dengan NGO-NGO dan individu-individu yang relevan supaya dapat dikumpulkan isu-isu yang perlu diketengahkan untuk perhatian pihak-pihak yang tertentu. Saya akan go all out untuk membantu mereka.

Selepas ini, saya akan mula berjumpa dengan badan-badan ikhtisas Wanita seperti peguam, doktor dan lain-lain dan akan bekerjasama dengan mereka supaya isu-isu mereka dapat diketengahkan dan pada masa yang sama vision Perdana Menteri akan saya kongsi bersama mereka.

Baru-baru ini, keahlian Wanita UMNO sudah capai lebih kurang 1.3 juta orang dengan lebih kurang 19,000 cawangan. Macam mana Datuk Seri melihat perpaduan di dalam Wanita pada pemilihan kali ini sedangkan ada dua pencabar jawatan Ketua Wanita UMNO?

Saya yakin perpaduan, penyatuan dan kemesraan dalam kalangan pemimpin dan ahli Wanita UMNO berada di satu tahap yang amat baik. Apabila saya diberi mandat memimpin Wanita empat tahun yang lalu, saya sedar bahawa saya mesti jadi payung kepada semua ahli Wanita UMNO.

Saya juga tentukan bahawa suasana kami - Wanita UMNO - berinteraksi dan berjuang mestilah dalam satu suasana eratnya tali silaturrahim, hormat menghormati dan sayang menyayangi antara satu dengan yang lain. Sebab itu brand Wanita adalah SAYANG, terutama dalam program-program kemasyarakatan. SAYANG ini adalah satu nilai dan cita rasa yang istimewa untuk orang Malaysia, apabila kita sayang kepada seseorang atau negara, atau parti atau perjuangan, maka bukan mudah untuk musuh nak nyahkannya daripada hidup kita.

Wanita akan memberi perkhidmatan dan perjuangan yang terbaik jika mereka tidak ditekan, dihalang, diketepikan. Jika seorang wanita itu dihormati dan disayangi, percayalah dia akan jadi pejuang yang hebat. Sebab itu saya amat percaya dengan nilai Sayang, terutama apabila kami menghadapi landskap politik yang sarat dengan dugaan.

Saya sayang dan hormat kepada Wanita UMNO dan mereka menjadi sumber inspirasi kepada saya. Sebab itu, perpaduan dalam kalangan Wanita UMNO sedia terjalin. Itulah rahsia perpaduan kami. Semakin ramai ahli Wanita dan semakin banyak cawangan Wanita, semakin bersemangat kami berjuang untuk parti dan negara.

Tapi bila masa nak bertanding, kami bertanding dengan berhemah. Tak kira berapa calon. Tiap-tiap individu ada agenda dan visi mereka. Tidak semestinya kalau ada pertandingan, tidak ada perpaduan. Itu teori karut. Oleh kerana wujudnya perpaduan dalam kalangan kami Wanita UMNO, sebab itulah kita menyaksikan kebangkitan suara lantang Wanita UMNO daripada sayap hingga boleh diiktirafkan sebagai tulang belakang UMNO.

Datuk Seri menjadi Ketua Wanita selepas tsunami politik Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12. Apakah cabaran yang paling getir yang Datuk Seri hadapi?

Saya sedar bahawa jika Wanita UMNO mahu kekal menjadi relevan dan kritikal kepada UMNO, maka saya mesti fokus dan membina serta memimpin Wanita UMNO dalam dua perkara: Pertama - Pengukuhan dan re-branding jentera Wanita UMNO menghadapi PRU mahupun Pilihan Raya Kecil (PRK). Kedua - Wanita UMNO dan Wanita BN mesti berada di barisan hadapan untuk memperjuangkan isu-isu wanita dan pembangunan masyarakat.

Semasa saya di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, saya memberi tumpuan yang serius terhadap perundangan, polisi dan peraturan yang membabitkan wanita dan pembangunan masyarakat sebab saya tekad untuk ia menjadi legasi saya semasa menjadi menteri. Alhamdulillah saya yakin ramai wanita yang mendapat manfaat dan pembelaan daripada usaha ini. Pada hari ini kami Wanita terus memperjuangkan isu-isu wanita di mana jua kami berada.

Saya memberi fokus kepada jentera Jalinan Rakyat Wanita UMNO dalam menghadapi 16 Pilihan Raya Kecil sebelum PRU-13. Memang Wanita sentiasa dalam kesibukan. Membantu 16 PRK dan terbaharu PRK Kuala Besut. Untuk PRU-13, Wanita UMNO menjadi jentera utama yang membawa kemenangan kepada 133 kerusi Barisan Nasional di mana 88 dimenangi kerusi UMNO iaitu peningkatan 9 kerusi berbanding daripada PRU-12.

Nak menang pilihan raya, selain daripada kepimpinan yang menambat hati rakyat, jentera mesti kuat. Inilah yang menjadi dugaan pertama kepada saya sebab saya tekad untuk memimpin satu jentera yang berdisiplin, berdedikasi dan sistematik. Alhamdulillah Wanita UMNO di peringkat akar umbi menyambut seruan ini dan mereka memberi komitmen yang luar biasa untuk memenangkan Barisan Nasional.

Datuk Seri lantang memperjuangkan supaya wanita berada di persada membuat keputusan tertinggi di dalam kerajaan dan swasta dan ternyata berjaya mengetengahkan wanita. Bagaimana pula di dalam parti UMNO sendiri?

Mengarusperdanakan Wanita di dalam UMNO membakar semangat saya untuk terus berjuang. Memang ini menjadi cabaran yang menarik untuk saya. Sebenarnya apa yang diperlukan ialah mind set change dalam kalangan Wanita supaya mereka memilih lebih ramai Wanita UMNO menjadi pemimpin di semua peringkat.

Kedua, kaum bapa yang memegang tampuk kuasa mesti memberi peluang dan ruang untuk lebih ramai Wanita UMNO diberi tempat. Presiden UMNO yakin dengan kebolehan dan sumbangan Wanita. Ini juga disambut oleh Timbalan Presiden UMNO, tetapi lebih banyak langkah affirmative yang mesti dibuat oleh banyak pihak supaya target sekurang-kurangnya 30 peratus (%) wanita yang berkelayakan diberi tempat dalam bidang politik. Seperti kata Tun Mahathir Mohamad, perjuangan kami juga belum selesai.

Namun begitu, dalam empat tahun kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, kita nampak banyak perubahan positif, terutama transformasi untuk membuka ruang seluas-luasnya kepada semua ahli termasuk Wanita UMNO. Saya mengambil kesempatan itu untuk push agenda mengarusperdanakan Wanita dalam mainstream politics.

Pindaan Perlembagaan UMNO merupakan satu titik sejarah untuk Wanita. Dahulu Wanita UMNO terutama Wanita akar umbi tidak diberi peranan yang bermakna. Selalunya Wanita hanya memenuhi kuota persidangan, menganjur dan menghadiri program-program. Tetapi dengan ada Pindaan Perlembagaan sekali gus Wanita dibawa ke meja mesyuarat. Terpulanglah kepada Wanita untuk mula menggilap potensi mereka dalam membuat keputusan bersama kaum bapa.

Hasil Pindaan Perlembagaan parti, seramai 23,108 perwakilan Wanita UMNO akan ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian sementara jumlah perwakilan Wanita UMNO ke Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian pula adalah seramai 110,765 orang.

Selain itu, pindaan perlembagaan parti juga melihat tambahan satu lagi tempat untuk wakil Wanita UMNO di dalam Majlis Tertinggi, sementara Ketua Wanita UMNO Cawangan secara automatik layak sebagai perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian.

Selain itu, Ketua Wanita UMNO Cawangan, Naib Ketua Wanita UMNO Cawangan, Penolong Setiausaha Wanita UMNO Cawangan juga secara automatik layak sebagai perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian dan Naib Ketua serta Penolong Setiausaha Wanita UMNO Bahagian pula secara automatik layak menjadi perwakilan ke Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia. Selain daripada itu, wakil Wanita dilantik di Bahagian. Pindaan perlembagaan ini telah meletakkan Wanita ke satu tahap membuat keputusan yang meyakinkan.

Semasa pemilihan parti pada 2009, Datuk Seri menang dengan kelebihan undi yang besar kira-kira 200 tetapi sekarang dengan jumlah 110,765 ahli Wanita mengundi jawatan Ketua Wanita UMNO, bagaimana Datuk Seri jangka daripada segi pilihan mereka?

Saya amat teruja dengan keterbukaan pemilihan kali ini. Sebenarnya kepada kami - Wanita - pucuk dicita, ulam mendatang. Kami Wanita adalah satu pergerakan akar umbi. Pada akhirnya Wanita akar umbi diberi peluang untuk memikul tanggungjawab dan amanah memilih pimimpin mereka. Alhamdulillah.

Bagaimana dengan program JUWITA dan SOHONITA yang Datuk Seri diperkenalkan sebelum PRU-13? Ada kemajuan atau tidak?

JUWITA adalah nama singkatan kepada Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia. Presiden UMNO telah melancarkan JUWITA pada 23 Mac 2013 di hadapan lebih kurang 15,000 ahli-ahli Persatuan Ibu Tunggal seluruh Malaysia. Saya amat bimbang dan risau dengan nasib ibu tunggal dan anak-anak mereka. Alhamdulilah Pesiden UMNO telah meluluskan penubuhan Sekretariat JUWITA di Ibu Pejabat Wanita UMNO Malaysia dan di semua Pejabat Wanita UMNO Bahagian-bahagian.

Sekretariat JUWITA akan memfokuskan kepada program dan perjuangan untuk ibu tunggal di Malaysia. Selain daripada itu, SOHONITA iaitu satu program untuk wanita yang berniaga dari rumah khususnya secara online akan diperjuangkan. Program ini telah bermula dan mendapat sambutan yang menggalakkan terutama kerana ia mampu untuk meningkatkan ekonomi wanita yang bekerja dari rumah.

Macam mana dengan peluang sembilan calon Majlis Tertinggi (MT) daripada Wanita UMNO?

Saya menaruh harapan tinggi supaya calon-calon Wanita untuk Majlis Tertinggi diberi kepercayaan dan tempat. Buat pertama kalinya kami menonjolkan calon Wanita yang ramai, lebih kurang 30 peratus daripada kerusi MT. Calon-calon Wanita terdiri daripada mereka yang berkelayakan dan berpengalaman dan mampu untuk memberi contribution kepada MT. Saya amat berharap perwakilan akan beri peluang kepada mereka kerana apa jua keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi, mestilah mengambil kira suara dan pendapat Wanita.

Adakah Datuk Seri puas hati dengan pencapaian sendiri walaupun macam-macam isu yang menyerang Datuk Seri dalam masa empat tahun ini?

Secara umumnya saya puas hati dengan pencapaian Wanita UMNO selama empat tahun ini. Saya sudah lama dalam politik, sudah lebih kurang 32 tahun. Asam garam politik menjadi darah daging saya. Semasa menjadi Exco dan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia cabarannya lain. Bila tiba masanya saya jadi Ketua Wanita UMNO Malaysia, dugaannya amat berlainan sekali. Memang macam-macam peluru melayang kiri kanan atas bawah, tetapi Insya-Allah saya tawakal kepada Allah dan menghadapinya dengan hati yang tabah. Sumber inspirasi saya adalah ahli Wanita UMNO. Mereka stabil dan rock steady.

Saya faham bahawa menjadi Ketua Wanita UMNO Malaysia semasa parti menghadapi pelbagai cabaran selepas tsunami politik PRU-12 memerlukan saya mempunyai visi dan misi yang jelas untuk Wanita dan keberanian untuk memperjuangkannya. Saya juga mesti tentukan penyatuan dan tali silaturrahim sentiasa terjalin di antara kami Wanita UMNO.

Syukur Alhamdulilah, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli Wanita yang telah memberi sokongan padu kepada saya untuk menjalankan tugas dan amanah selaku Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia terutamanya untuk mengarusperdanakan Pergerakan Wanita UMNO di dalam parti itu sendiri dan menentukan sekurang-kurangnya 30% daripada Wanita UMNO mesti diberi tempat untuk membuat keputusan dalam UMNO.

Sikap tak peduli perokok terhadap kenaikan harga rokok

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

Oleh Fauziah Arof

KIRA-KIRA 10,000 penduduk Malaysia meninggal dunia setiap tahun akibat menghisap rokok. Itu menurut Dr. Amer Siddiq Amer Nordin, Penyelaras Pusat Penyelidikan dan Kerjasama Ketagihan Nikotin (NARCC), kumpulan penyelidikan mengenai penagihan nikotin Pusat Sains Ketagihan, Universiti Malaya.

Kiraan itu dibuat daripada kes-kes yang sudah dikenal pasti. Ini bermakna angka kematian akibat menghisap rokok mungkin lebih besar lagi. Maka perkembangan itu, kata Amer Siddiq, adalah sesuatu yang membimbangkan negara.

Pun begitu, bagi perokok-perokok tegar, angka-angka yang diberikan mungkin tidak menimbulkan rasa bimbang atau gerun sedikit pun. Sebelum ini banyak juga statistik mengenainya didedahkan, tiada apa pun kesannya. Bilangan perokok dipercayai bertambah dari sehari ke sehari.

Sama juga reaksinya apabila harga rokok dinaikkan minggu lalu. Yang hairannya, perokok-perokok tegar ini bersikap biasa-biasa saja menerima kenaikan itu, yang bukan perokok pula lebih-lebih membuat pelbagai andaian dan analisis sendiri termasuk menghentam kerajaan kerana kenaikan tersebut.

Kenaikan harga rokok sehingga RM1.50 sekotak itu juga tidak membuatkan perokok-perokok tegar ini beratur panjang membeli rokok sebelum harga baru dikuatkuasakan. Tidak sama kelam-kabutnya, apabila harga petrol dinaikkan 20 sen baru-baru ini, beratur panjang di stesen-stesen minyak di seluruh negara , macamlah tangki minyak yang diisi penuh itu boleh tahan sehingga setahun.

Ini menunjukkan perokok-perokok tegar memang cukup steady dalam menghadapi kenaikan harga rokok. Kata seorang teman, naiklah sampai RM20 sekotak sekalipun, beli tetap beli, kalau ada yang bising-bising pun sehari dua semasa harga rokok baru dinaikkan, lepas itu okay semula.

Itulah, seharusnya perlu ada kajian setiap kali berlakunya kenaikan harga rokok, adakah ia mengurangkan bilangan perokok-perokok di negara ini supaya kita dapat melihat kesannya.

Dalam pada itu, kerajaan juga harus melakukan pemantauan lebih ketat lagi terhadap kemasukan rokok-rokok seludup yang dijual murah di sini. Perokok-perokok tegar sudah tentunya beralih kepada rokok yang lebih murah, tidak lagi menghisap rokok yang berharga RM12 sekotak.

Jadi, jika alasan menaikkan harga adalah untuk mengurangkan jumlah perokok, mungkin tidak dapat dicapai kerana lambakan rokok tiruan yang murah dan mudah dibeli di mana-mana. Inilah pula cabarannya kepada pihak berkuasa yang terlibat untuk memastikan penyeludupan rokok ini dapat dibanteras.

Dalam menghadapi kenaikan harga rokok, seharusnya kita bersikap lebih positif, dengan melihat kepada faktor kesihatan. Sudah tentu kesihatan itu lebih utama, berbanding wang ringgit. Jika ada wang banyak pun, tetapi akhirnya terlantar di hospital pun tidak guna juga. Apatah lagi yang kurang berduit, tetapi masih boleh berbelanja untuk rokok dan penyudahnya terlantar juga di hospital yang memerlukan kos rawatan yang tinggi, bertambahlah susah kehidupan, dengan keluarga terpaksa menanggung sama kesempitan itu.

Sememangnya, kesan merokok tidak timbul setahun dua merokok. Ia selalunya kelihatan selepas 10, 20, 30 tahun kemudian. Rokok bukan saja menyumbang kepada kanser tetapi penyakit-penyakit kronik lain seperti sakit jantung, strok, paru-paru dan lain-lain.

Bukan saja perokok membahayakan nyawa sendiri, orang di sekeliling yang menyedut asap rokok juga terbabit sama. Malah risikonya untuk mendapat penyakit berkaitan rokok dikatakan lebih tinggi.

Kata perokok tegar, RM12 sekotak bukannya mahal sangat. Tetapi cuba dikira semula, bila dikumpul RM12 itu dalam sehari boleh makan sepinggan nasi yang bermacam-macam lauknya. Tempoh seminggu pula boleh mengisi penuh tangki minyak kereta dan lepas duit berbelanja dapur seminggu. Kalau sebulan sudah boleh bayar downpayment kereta Perodua Viva. Kalau dikira setahun macam-macam barang keperluan lain yang lebih penting boleh dibeli.

Dalam pada itu, kita juga mengharapkan kenaikan harga ini akan membuatkan golongan remaja di peringkat sekolah yang merokok berhenti merokok. Kasihanilah ibu bapa yang bekerja keras mencari duit tetapi terpaksa memberi wang lebih kepada anak-anak yang sebenarnya membelanjakannya untuk membeli rokok.

Sememangnya merokok bagaikan sudah biasa dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan kita pun tidak hairan ada pelajar sekolah rendah di Tahap 5 dan 6 sudah belajar merokok.

Dan di negara ini apabila ada barang-barang keperluan yang naik, maka banyak kedengaran saranan daripada individu dan persatuan pengguna tertentu yang menggesa pengguna memboikot membeli barang itu, dan bila tiba bab rokok naik harga, ada berani boikot?

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Bernikah dengan Wawa: Aeril Zafrel akan jawab Jumaat ini

Posted: 07 Oct 2013 11:09 PM PDT

Oleh GARRET DAWUM

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Pelakon Aeril Zafrel, 26, akan mengadakan sidang akhbar khas Jumaat ini bagi menjelas dan menjawab segala kemelut yang melanda dirinya.

Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari yang ditemui pada lokasi penggambaran telefilem Cinta Mat Semperit di sini hari ini berkata, dia akan menjelaskan semua perkara pada hari Jumaat nanti.

"Semua perkara mengenai saya akan terjawab pada hari itu. Buat masa ini, saya tidak mahu membuat sebarang komen mengenai hal peribadi saya.

"Pada Jumaat ini, Wawa Zainal akan hadir sekali menjawab segala persoalan yang menjadi tanda tanya semua pihak," kata Aeril tegas.

Jelas pelakon drama bersiri Cinta Jannah itu, dia mengambil tindakan untuk berdiam diri ketika ini tanpa memberi sebarang komen tentang kemelut itu kerana bersebab.

Dua hari lalu, kecoh apabila sebuah akhbar memaparkan berita mengenai Aeril dan pasangannya, pelakon Wawa Zainal, 21, sebenarnya telah mendaftar pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daerah Petaling pada 4 Februari lalu.

Malah mereka juga didakwa telah mempunyai seorang bayi lelaki bernama Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos lalu di sebuah hospital di sini.

Sementara itu, pengurusnya, Shariman Wahab, mahu pihak yang melaporkan berita mengenai pernikahan dan kelahiran bayi yang didakwa sebagai anak pasangan tersebut tampil membawa salinan dokumen sebagai bukti pendedahan tersebut pada sidang akhbar berkenaan nanti.

"Saya tidak bermaksud untuk mencabar sesiapa tetapi jika pihak berkenaan berani menyiarkan berita sedemikian, mana bahan bukti untuk mengesahkan laporan itu," katanya. - UTUSAN ONLINE

Tidak kejar populariti

Posted: 07 Oct 2013 11:23 PM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar SAFIYANA SALIM

SEBAGAI anak seni, populariti pastinya antara perkara utama yang sering bermain di minda kerana aspek tersebut merupakan elemen utama yang dapat membantu seseorang itu untuk lebih menyerlah dalam bidang terbabit.

Namun bagi pelakon Adrea Abdullah, populariti tidak datang mudah kepadanya apatah lagi dengan berbekalkan penglibatan kira-kira 10 tahun dalam industri seni, namanya masih tidak sepopular pelakon-pelakon wanita lain.

Jelas wanita berusia 36 tahun itu, sejak dari awal menjejakkan kaki ke dalam industri lakonan tanah air, populariti sememangnya bukan suatu perkara yang dikejar kerana baginya, dia lebih selesa sedemikian.

"Sejujurnya saya tidak terlalu memikirkan soal populariti, apatah lagi perkara tersebut tidak akan berkekalan dalam jangka masa yang lama.

"Ini kerana tujuan saya berada dalam bidang ini adalah kerana minat yang amat mendalam terhadap dunia lakonan selain ia merupakan mata pencarian utama saya waktu ini," jelasnya.

Adrea yang telah terlibat dalam lebih daripada 30 produksi termasuklah filem, drama dan telemovie berkata sedemikian sewaktu majlis memperkenalkan pelakon utama filem Hantu Tok Mudim.

Tambah Adrea yang memegang watak sebagai kekasih kepada Izzue Islam dalam filem tersebut lagi, sungguhpun begitu dia sedar populariti merupakan perkara yang amat penting khususnya bagi seseorang pelakon untuk terus kekal di pasaran.

"Pastinya populariti seseorang artis itu banyak membantu mereka mencipta nama seterusnya mendapatkan pelbagai peluang lakonan, tetapi disebalik itu masih ada aspek-aspek lain yang turut dititik beratkan.

"Antaranya adalah disiplin dan komitmen kita terhadap sesuatu projek tersebut kerana pastinya sebagai artis, kita juga dinilai berdasarkan perkara sedemikian," jelasnya lagi.

Tambah Adrea yang telah terlibat dengan filem-filem seperti SH3 The Movie, Abuya, Dua Alam dan Kahwin 5, dia juga tidak pernah berharap untuk dikenali sebagai pelakon melalui gosip-gosip murahan dan kontroversi.

"Sepanjang bergelar pelakon, saya juga berusaha untuk mengelakkan diri ini daripada terlibat dengan sebarang kontroversi kerana tidak mahu dikenali melalui cara sedemikian.

"Jika populariti itu hadir, biarlah ia hadir atas usaha yang saya berikan dalam bidang lakonan, dan bukan sebaliknya iaitu melalui kisah peribadi hidup saya," tambahnya lanjut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


HSA beroperasi Jun 2014

Posted: 07 Oct 2013 12:12 PM PDT

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
kota@utusangroup.com.my

Fadillah Yusuf memukul gong sebagai tanda perasmian Konvensyen Antarabangsa Juruukur Bahan 2013 di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM 7 Okt. - Hospital Shah Alam (HSA) dijangka akan memulakan operasi memberi perkhidmatan kesihatan kepada orang ramai di bandar raya ini termasuk kawasan sekitarnya bermula Jun tahun depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, jangkaan itu dibuat susulan daripada perkembangan terbaharu projek HSA ketika ini yang sedang dalam fasa pemasangan serta proses ujian peralatan.

"Bangunan hospital telah siap dan sekarang ini kerja-kerja lebih banyak tertumpu kepada membawa masuk peralatan kesihatan. Pada masa sama proses ujian turut dilakukan terhadap peralatan tersebut.

"Kerja-kerja memasukkan peralatan dan ujian dilakukan secara bersama di antara Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kesihatan. Kami jangkakan pada Jun tahun depan baru boleh lancarkan HSA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Juruukur Bahan 2013 di Hotel Bluewave, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Himmat Singh; Presiden Lembaga Juruukur Bahan Malaysia, Datuk Sr. Abdul Manaf Hashim; dan Presiden Institut Juruukur Diraja Malaysia, Sr. P. Tangga Peragasam.

Fadillah berkata, jangkaan operasi bermula Jun depan itu bergantung kepada jumlah dan jenis peralatan yang dimasuk ke hospital tersebut.

Ditanya sama ada projek tersebut membabitkan kos tambahan, beliau berkata, setakat ini kosnya masih pada anggaran yang sama iaitu RM482.6 juta.

Projek pembinaan HSA dimulakan pada 15 November 2007 di atas tanah seluas 12.2 hektar dan sepatutnya siap pada 25 Jun 2011.

Bagaimanapun, projek itu disenaraikan antara 97 projek sakit yang telah diambil tindakan oleh kerajaan Pusat ekoran ketidakupayaan kontraktor asal.

Berikutan itu, projek hospital yang mempunyai 300 katil itu terpaksa ditenderkan semula pada 4 November 2010 dengan kerajaan melantik sebuah kontraktor penyelamat.

Lebih banyak acara sukan antarabangsa di KL

Posted: 07 Oct 2013 12:12 PM PDT

Acara Powerboat RC turut memeriahkan Festival Air dan Udara Kuala Lumpur 2013 di Taman Tasik Metropolitan, Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Pelbagai acara sukan dan rekreasi bertaraf antarabangsa akan diadakan di sekitar ibu negara bagi menjadikan bandar raya ini tumpuan pelbagai aktiviti yang akan menarik perhatian warga kota dan pelancong asing.

Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, Kuala Lumpur mempunyai pelbagai sumber alam semula jadi yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan pelbagai perlumbaan termasuk sukan air dan udara.

"Ini sebagaimana kita menjayakan perlumbaan Powerboat F3000 dan Powerboat Kawalan Jauh (RC) yang berjaya menarik perhatian dan kehadiran beribu warga Kuala Lumpur dan pelancong.

"Begitu juga pelbagai acara sukan air dan udara bakal diadakan termasuk pertunjukkan paramotor, pesawat ringan, helikopter dan payung terjun tanpa perlu pergi jauh sehingga keluar dari ibu kota," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Festival Air dan Udara Kuala Lumpur 2013 yang pertama kali diadakan di sini.

Acara itu berlangsung di Taman Metropolitan, Kepong semalam.

Pelbagai acara yang menarik perhatian penonton diadakan dalam festival itu, terutama perlumbaan Powerboat RC dan Powerboat F3000 yang disertai 25 buah bot berkuasa tinggi dari lima buah negara iaitu China, Belarus, Australia, Singapura dan Malaysia.

Festival ini diadakan sempena Persidangan Agung Persekutuan Sukan Udara Dunia (FAI) ke-107 selama dua hari yang berakhir semalam. Persidangan yang pertama kali berlangsung di ibu negara itu dihadiri hampir 200 delegasi dari 50 buah negara.

Ahmad Phesal berkata, pada 20 hingga 23 November akan datang akan diadakan acara yang paling menarik perhatian orang ramai, iaitu World Strong Man Championship yang akan diadakan di Dataran Merdeka.

"Acara bagi menunjukkan bakat dan kekuatan luar biasa manusia yang didatangkan khas dari Eropah Timur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dijangka bakal menarik perhatian warga kota malah terdapat juga acara melibatkan warga tempatan bagi menunjukkan kekuatan luar biasa mereka," katanya.

Cukai pintu tetap dinilai semula walau ada pihak bantah

Posted: 07 Oct 2013 12:12 PM PDT

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Penilaian semula cukai taksiran terhadap kira-kira 500,000 pegangan unit hartanah di ibu negara akan tetap diteruskan walaupun dibantah beberapa pihak tertentu.

Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan tetap melaksanakan penilaian itu dan akan diumumkan pada Januari tahun depan.

"Walaupun ada pihak yang meminta supaya perkara tersebut tidak dilakukan oleh DBKL kerana bimbang akan berlaku kenaikan cukai dan sebagainya tetapi kami tetap melakukan penilaian sehingga diumumkan kelak pada Januari 2014," katanya.

Menurutnya penilaian tersebut akan mengambil kira pelbagai faktor terutamanya sosio, ekonomi malah faktor politik bagi memastikannya tidak akan membebankan mana-mana pihak.

"Penilaian akan dibuat dengan teliti dan tidak sewenang-wenangnya cukai taksiran itu akan dinaikkan tanpa mengambil kira pelbagai perkara dan pandangan pelbagai pihak," katanya selepas merasmikan Festival Air dan Udara Kuala Lumpur 2013 di Taman Metropolitan, Kepong semalam.

Pada 1 Oktober lalu, Ahmad Phesal berkata penilaian semula cukai taksiran terhadap 500,000 pegangan unit hartanah perlu dilakukan untuk menyelaras dan mengemas kini kepada paras nilai pasaran hartanah semasa.

Menurut beliau, kali terakhir cukai taksiran ke atas unit-unit hartanah berkenaan dilakukan ialah 21 tahun lalu.

Katanya, setelah 21 tahun tidak dilaksanakan, penilaian semula itu perlu kerana ketidakseimbangan dalam nilai tahunan yang merupakan asas penentuan cukai taksiran di sesuatu kawasan perlu diperbetulkan.

Beliau menjelaskan, langkah itu akan membolehkan DBKL meningkatkan hasil penda patan yang boleh membantu memberikan perkhidmatan perbandaran yang lebih baik kepada warga kota ekoran sumber kewangan yang kukuh.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Sempadan dua negeri dimajukan

Posted: 07 Oct 2013 12:12 PM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

PESISIR Sungai Muar yang berpotensi untuk dibangunkan dengan projek ekopelancongan dekat Muar, Johor. - UTUSAN/Ishak Rahmad

LEDANG 7 Okt. - Beberapa lokasi dikenal pasti untuk membangunkan projek ekopelancongan tanpa sempadan melibatkan kawasan Melaka dan Johor di daerah ini dengan kos RM700 juta yang dijangka meningkatkan lagi industri pelancongan kedua-dua negeri.

Projek tersebut akan dibangunkan di sepanjang pesisir laut dan sungai bermula dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Melaka sehingga ke Kesang Laut di DUN Serom dan sebahagian Mukim Gersik di dalam DUN Bukit Serampang di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Abdul Razak Minhat berkata, kawasannya menjadi tempat lokasi utama pembangunan projek itu yang dinamakan sebagai Projek Pembangunan Pesisiran Laut dan Sungai Sempadan Melaka-Johor 2014-2016.

Beliau berkata, pelancong akan dibawa menaiki bot dari Sungai Melaka di Banda Hilir menyusur ke Sungai Rambai memasuki Kesang Laut dan berakhir di Gersik yang mengambil masa kira-kira lapan jam perjalanan.

"Kita menggunakan sepenuhnya kedudukan strategik Serom yang bersempadan dengan Melaka selain kekayaan alam semula jadi berpotensi dijadikan destinasi berkonsep ekopelancongan. Ini akan menjadi satu lagi tarikan di daerah ini selain Gunung Ledang.

"Antara yang sudah dikenal pasti projek di sepanjang laluan itu ialah membina calet baharu di kawasan seluas kira-kira lapan hektar di Kesang Laut," katanya selepas melakukan tinjuan selama kira-kira empat jam menyusur pesisir laut dan sungai dengan menaiki bot dari Sungai Rambai ke Gersik, dekat sini hari ini.

Razak turut ditemani Ketua Penolong Pegawai Daerah Ledang, Mustaffa Kamal Shamsudin; Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Ledang, Rosly Aiman; Pengurus Persatuan Nelayan Kawasan Ledang, Fazlina Yasmin Ismail; wakil Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan ketua-ketua kampung.

Selain itu, pihaknya akan melakukan pembaharuan dan menambah baik kemudahan sedia ada di Dataran Kesang termasuk cadangan mewujudkan pasar karat atau Uptown Kesang selain mewujudkan medan ikan bakar.

Menurutnya, rancangan mewujudkan galeri dan tempat khas menjual produk-produk nelayan juga dipersetujui contohnya pasar ikan rakyat dengan menjual makanan basah dan kering termasuk makanan laut sejuk beku.

Dalam masa sama, kesemua 15 jeti nelayan termasuk empat pangkalan nelayan utama di sepanjang laluan itu yang jaraknya kira-kira 80 hingga 100 kilometer akan disediakan kedai makan dan hasil kraf tangan nelayan.

"Kita juga sudah menemui kawasan di laluan terbabit yang mempunyai serangga kelip-kelip. Terdapat lokasi hinggapan kelip-kelip yang begitu indah yang sebelum ini hanya diketahui kewujudannya di Selangor, Pahang dan tempat lain di Johor," katanya.

Katanya, bagi membangunkan ekonomi 315 nelayan yang berdaftar dengan persatuan nelayan di sini serta hampir lebih 1,500 ahli keluarga mereka, projek ternakan ikan dalam sangkar juga dirancang.

Menurutnya, projek pembangunan pesisir laut dan sungai itu juga akan melibatkan kerja-kerja melebar serta mencantikkan sungai namun akan dilakukan tahap minimum bagi memastikan alam semula jadi tidak terjejas.

"Begitu juga dengan kerja-kerja memotong pokok yang menghalang laluan bot. Kita akan mendapat kebenaran pihak Jabatan Hutan dan JAS kerana terdapat pokok-pokok yang sudah diwartakan berikutan spesiesnya dilindungi," katanya.

Melayu perlu kikis sikap negatif terhadap bangsa sendiri

Posted: 07 Oct 2013 12:12 PM PDT

Ir.Hasni Mohammad menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak Tabika Kemas dalam satu majlis di Dewan Orang Ramai Parit Semerah, di Pontian, Johor, kelmarin.

PONTIAN 7 Okt. - Masyarakat Melayu diminta mengikis sikap negatif terhadap bangsanya sendiri dan mengelak perselisihan faham dalam banyak perkara dengan menerapkan nilai-nilai positif seperti musyawarah.

Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, 'tembok pemisah' yang terdiri daripada hasad dengki dan persengketaan harus dipisahkan supaya orang Melayu dapat sama-sama berganding bahu bagi mengangkat martabat bangsanya sendiri tanpa ada pihak yang memperkecilkannya.

"Kita bimbang jika orang Melayu masih mempunyai sikap yang sebenarnya tidak menguntungkan sebaliknya menyebabkan mereka berpecah dan bertelagah disebabkan hal-hal yang kecil. Kita perlu melihat kepada cabaran masa depan dan tidak membiarkan diri hanyut dengan perasaan.

"Orang Melayu juga perlu yakin dengan kerajaan yang ditunjangi oleh Barisan Nasional kerana sentiasa menitikberatkan soal kebajikan rakyat serta program pembangunan yang dapat meningkatkan taraf sosioekonomi," katanya pada majlis penyampaian hadiah kanak-kanak Tabika Kemas di Dewan Serbaguna Parit Semerah, di sini semalam.

Majlis tersebut melibatkan gabungan lima buah Tabika Kemas iaitu Tabika Kemas Parit Semerah, Pontian Besar Kiri, Jalan Syawal dan Parit Haji Dahlan.

Terdahulu, dalam ucapannya, Hasni yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri berkata, soal pendidikan awal kanak-kanak yang dijalankan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) adalah seiring dengan tuntutan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

"Ibu bapa perlu memberikan keyakinan kepada tenaga pengajar yang kini dalam proses untuk dinaik taraf kelulusan dari peringkat sijil ke peringkat diploma seterusnya ke peringkat ijazah. Ini penting kerana pendidikan awal kanak-kanak sama ada oleh kerajaan atau swasta kini mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

"Saya harap Tabika Kemas yang telah melahirkan ramai cerdik pandai termasuk pemimpin negara sejak penubuhannya 50 tahun lalu diterima sebagai medium penting dalam pendidikan masa kini selain peranan mengembangkan kemahiran asas membaca, menulis, mengira dan menaakul sebagai persediaan ke alam persekolahan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved