Selasa, 8 Oktober 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


UIAM sasar 30% penuntut antarabangsa tempoh tiga tahun

Posted: 08 Oct 2013 02:24 AM PDT

KUANTAN 8 Okt. - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mensasarkan peningkatan 30 peratus kemasukan penuntut antarabangsa di universiti berkenaan dalam tempoh tiga tahun.

Presiden UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, pada masa ini universiti itu hanya memiliki 18 peratus pelajar antarabangsa.

"Kita melihat kemasukan penuntut antarabangsa ini wajib ditingkatkan sehingga 30 peratus dalam masa tiga tahun ini.

"Sekarang penuntut antarabangsa baharu ada 18 peratus dan kita ingin mengambil inisiatif dan langkah-langkah utama termasuk kampus di Pahang, Institut Pemikir dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Gombak dan Petaling Jaya," katanya kepada pemberita dalam program bertemu mahasiswa dan kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi mencapai sasaran itu, UIAM akan membuat promosi ke seberang laut terutamanya negara-negara Islam.

"Melalui promosi ini, kita harap pihak-pihak yang memerlukan akademik tinggi berhubung tamadun Islam, perubatan dan lain-lain dapat kita cari," kata Rais.

Selain itu, katanya, bagi mencapai sasaran itu, UIAM perlu melaksanakan pelbagai inisiatif seperti kempen dan merapatkan hubungan dengan negara-negara Islam.

"Di samping itu perlu ada sebuah jawatankuasa yang sentiasa berkempen dan mencari sumber-sumber pelajar di seberang laut," katanya.

Sementara itu, Rais berkata, UIAM kampus Kuantan akan menjadi pusat yang menyediakan khidmat perubatan terbaik yang bukan sahaja murah malah berpatutan kepada rakyat Pahang apabila hospital yang dibina di situ siap kelak.

Menurutnya, hospital yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi itu merupakan satu lagi kemudahan yang dapat diperluaskan kepada rakyat.

"Saya yakin hospital ini akan menyediakan perkhidmatan perubatan yang moden dan terkini kepada rakyat, penuntut pula bakal mendapat kemudahan pembelajaran dan persekitaran baik dan kondusif," katanya. - BERNAMA

BN sedia hadapi PRK DUN Sungai Limau - TPM

Posted: 08 Oct 2013 02:23 AM PDT

YAN 8 Okt. - Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kerana mahu menawarkan khidmat bakti kepada rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun DUN Sungai Limau dianggap kubu kuat PAS, tetapi BN juga pernah menang di kawasan DUN itu.

"Prospek menang ada. Tak boleh andaikan hanya kerana sejarah kawasan ini dimenangi oleh PAS yang terakhir oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak (pada pilihan raya umum ke-13).

"BN macam biasa nak tawarkan khidmat bakti dan perjuangan yang kita boleh lakukan untuk membela penduduk di Sungai Limau. Sebab itu kita bersedia bertanding, buat yang terbaik supaya DUN Sungai Limau akan terus dimajukan dan dibangunkan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan BN dan UMNO peringkat negeri Kedah dan Bahagian Jerai di sini hari ini.

Katanya, BN telah mempunyai profil pengundi di kawasan DUN Sungai Limau supaya ia dapat memenuhi aspirasi pengundi serta membantu mereka. - BERNAMA

Calon BN PRK DUN Sungai Limau diumum 21 Oktober - TPM

Posted: 08 Oct 2013 02:22 AM PDT

YAN 8 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 21 Okt ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, senarai calon itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat ini untuk dipertimbangkan.

"Ramai yang berkelayakan. Yang pasti kita akan ambil kira pandangan negeri dan bahagian. Mereka juga ada nama tokoh-tokoh yang sesuai. Ini diambil kira.

"Nama calon akan diumumkan pada 21 Okt. Saya sendiri akan turun untuk buat pengumuman. Harapan saya proses pilihan raya kecil berjalan baik. Diharapkan mereka (pengundi DUN Sungai Limau) beri sokongan kepada BN," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan BN dan Umno negeri Kedah serta Bahagian Jerai di pekan Sungai Limau di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau diadakan pada 4 Nov manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Oktober.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerai diisytihar kosong berikutan kematian penyandang Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, pada 26 September lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk Pas, dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved