Selasa, 6 September 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Mat Sabu dilabel kurang ajar julang komunis

Posted:

Mat Sabu dilabel kurang ajar julang komunis

Mat Sabu dilabel kurang ajar julang komunis

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan melabelkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebagai kurang ajar kerana cuba menjadikan pengganas komunis sebagai pejuang.

Pengerusinya, Datuk Roslan Dahaman sehubungan itu mahu Mohamad Sabu atau Mat Sabu meminta maaf secara terbuka sebelum pihak lain turut bertindak kurang ajar terhadap pemimpin tersebut.

Menurutnya, walaupun Pekida Wilayah Persekutuan mengenali sifat Mat Sabu namun keterlanjuran dilakukan kali ini mengguris hati keluarga mangsa tragedi Bukit Kepong.

"Mat Sabu suka cakap lepas, apa yang dia rasa nak cakap, benda itu akan keluar, tetapi kali ini (menjulang komunis) dia perlu meminta maaf secara terbuka sebelum orang lain pula marah dan bertindak kurang ajar terhadap dia.

"Tidak mustahil juga dalam kejadian ini Mat Sabu telah diberi wang oleh pihak-pihak tertentu, sebab itu dia sanggup menghina mangsa-mangsa tragedi Bukit Kepong yang terdiri daripada anggota keselamatan, isteri dan anak mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mewakili Pekida Wilayah Persekutuan untuk membuat laporan polis berhubung kenyataan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, pada 21 Ogos lalu, di Balai Polis Putra di sini hari ini.

Turut membuat laporan polis adalah Persatuan Bekas Anggota Perisikan Malaysia (Baris) yang diwakili oleh Presidennya, Nordin Hassan.

Nordin berkata, Baris menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap Mat Sabu kerana kenyataan itu mungkin akan di salah erti oleh generasi baru.

"Ini kerana sesetengah orang muda tidak tahu komunis walau di mana sahaja berada sentiasa menjalankan pemerintahan secara kuku besi, mereka ini sangat kejam.

"Komunis bukan pejuang kemerdekaan tetapi mereka menuntut dijadikan negara komunis. Sebelum pihak lain terikut dengan kenyataan putar belit Mat Sabu, polis perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin politik berkenaan," ujarnya.

Baris dianggotai oleh bekas perisik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen.

Lagi NGO kecam Mat Sabu

Posted:

Lagi NGO kecam Mat Sabu

Lagi NGO kecam Mat Sabu

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Gelombang bantahan terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menidakkan sejarah pengorbanan anggota polis dan tentera menentang keganasan komunis terus memuncak.

Hari ini, lebih ramai tampil mengecam Mohamad atau Mat Sabu sebagai individu yang berfikiran cetek dan gemar melakukan tindakan untuk popular yang akhirnya memakan diri.

Presiden Persatuan Asrama Belia Malaysia, Khairul Annuar Mansor berkata, Mat Sabu umpama 'tin kosong' yang hanya 'berdentang-dentung' untuk mengelirukan rakyat.

"Saya kesal dengan tindakannya yang benar-benar tidak mencerminkan keperibadian pemimpin sesebuah parti politik. Dia lebih rela melakukan apa sahaja demi nafsu politiknya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Presiden Jaringan Gerak Usaha Pasir Mas (Jaguh), Zul Karnain Mat Junoh pula mahu pengikut Mat Sabu meninggalkan pemimpin yang tidak beretika itu.

"Mat Sabu bagi saya 'buta sejarah'. Dia tidak boleh menilai antara kebenaran dan kepalsuan. Sekarang ini, dia lebih rela membela orang yang menyusahkan nenek-moyang kita," ujarnya.

Tambahnya, jika benar Mat Sabu tidak takut untuk menegakkan kebenaran, dia harus berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Dalam pada itu, di KOTA BHARU, Ketua Serikandi, Mariam Ismail mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas Mat Sabu sebagai pengajaran agar tidak sewenang-wenangnya mengelirukan rakyat.

Pihaknya akan membuat laporan polis mewakili kaum wanita bagi menyatakan rasa tersinggung atas kenyataan itu yang jelas menghina pejuang kemerdekaan negara.

"Sekiranya komunis yang diagung-agungkan oleh pemimpin pembangkang itu menguasai negara, sudah tentu semua parti politik, termasuk Pas sendiri tidak akan wujud. Malah, Mat Sabu pun tidak akan dibenarkan berada di atas pentas ceramah sebagaimana sekarang,'' katanya.

Sementara itu, di KUANTAN, Naib Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Norzaila Ahmad berkata, kenyataan Mat Sabu itu mendatangkan keresahan orang Melayu dan para pejuang, terutamanya anggota keselamatan yang mempertahankan negara.

"Ia secara langsung bukan sahaja mengetepikan perjuangan anggota polis dan tentera, malah menghina pejuang kemerdekaan yang mempertahankan negara seterusnya mencapai kemerdekaan ketika itu,'' katanya.

Dalam pada itu, di MELAKA, Pengerusi Gerakan Belia 4B Melaka, Mohd. Nizam Omar hairan bagaimana pemimpin Pas itu yang cukup berpengalaman boleh membuat kenyataan yang bercanggah dengan fakta sejarah.

"Sejak di bangku sekolah, kami diajar bagaimana kekejaman yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyalahi norma-norma kemanusiaan.

"Tetapi Mat Sabu menggambarkan pandangannya yang menyokong PKM, seolah-olah tidak pernah belajar di sekolah dan memahami fakta sejarah sebenarnya setelah negara merdeka selama 54 tahun," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


PGM Muar rampas mercun, bunga api bernilai RM40,000

Posted:

PGM Muar rampas mercun, bunga api bernilai RM40,000

PGM Muar rampas mercun, bunga api bernilai RM40,000


Nordin Osman (dua dari kanan) menunjukkan pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dirampas di Muar, semalam.


MUAR 6 Sept. - Taktik sekumpulan penyeludup menyembunyikan 3,072 kotak mercun dan bunga api bernilai RM40,000 di sebuah pondok dalam ladang buah-buahan di Jalan Sepang, Jorak di sini, terbongkar apabila diserbu Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Muar, semalam.

Pegawai Pemerintah PGM wilayah berkenaan, Asisten Supritendan Nordin Osman berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 4 petang selepas pihaknya membuat intipan di lokasi tersebut selama tiga hari.

Katanya, siasatan mendapati barangan tersebut yang dibalut rapi dengan plastik dipercayai untuk kegunaan sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi dan pondok itu dijadikan lokasi simpanan sementara

"Operasi diketuai Inspektor Mohd. Naser Marzuke bersama tiga anggota Unit Serbuan PGM Muar. Ketika serbuan, pondok itu tidak berpenghuni.

"Kesemua mercun dan bunga api itu dipercayai dibawa masuk secara haram dan tanpa cukai Kastam," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Pihaknya kini menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pemilik ladang berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1957.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Razif muncul buat kejutan

Posted:

Razif muncul buat kejutan

Razif muncul buat kejutan

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


Razif Sidek muncul di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam untuk membimbing pasangan beregu KLRC, Mohd. Zakry Latif (kiri) dan Mohd. Fairuzizuan Tazari.


KUALA LUMPUR - Biarpun belum memeterai sebarang perjanjian dengan KLRC dan mungkin terpaksa menjalankan tugas secara percuma, Razif Sidek sudah turun ke gelanggang latihan sejak awal pagi, semalam untuk membantu dua beregu kelab itu, Mohd. Zakry Latif-Mohd. Fairuzizuan Tazari dan Gan Teik Chai-Tan Bin Shen.

Kehadiran legenda beregu Malaysia itu membawa semangat luar biasa kepada Zakry-Fairuzizuan dan Teik Chai-Bin Shen, yang sebelum ini agak kabur ke manakah hala tuju mereka selepas memilih untuk bergerak secara bebas.

Malah, bagi Zakry-Fairuzizuan, komitmen yang diberikan Razif untuk membantu mereka melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 tidak akan disia-siakan, apatah lagi selepas menyedari bekas pakar beregu itu sanggup menghabiskan masa dari pagi hingga petang untuk membantu mereka mencapai matlamat.

"Kalau Razif sanggup menghabiskan masanya untuk membantu kami, maka kami sendiri kena lebih bekerja keras untuk membantu diri sendiri. Walaupun beliau nampak seperti seorang yang kelakar dan tidak terlalu keras dalam latihan tetapi sebenarnya beliau amat komited dan serius.

"Hari ini, kami mengharungi sesi latihan yang panjang di sebelah pagi manakala pada sebelah petang kami akan melakukan latihan fizikal di tasik. Kata jurulatih, kami kena melakukan latihan yang serius dan berat kalau hendak melayakkan diri ke Sukan Olimpik, memandangkan tempoh kelayakan sudah tidak panjang.

"Razif selalu mengingatkan kami tentang matlamat sebenar kami bermain, malah setiap hari beliau akan kira berapa hari lagi Sukan Olimpik akan berlangsung, begitu juga Piala Thomas, jadi kami akan sentiasa diingatkan bahawa dengan tempoh yang singkat ini, kami tidak boleh bermain-main, walaupun kami beregu bebas tetapi kami juga kena ada visi,'' kata Zakry.

Menurut Zakry, masih terlalu awal untuk menilai apakah kerjasama dengan Razif mampu membawa impak, namun yang pasti juara All England 1982 itu adalah orang paling tepat untuk membantunya dan Fairuzizuan mengejar misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

Malah, Razif, 49, sudah bersetuju untuk membantu Zakry-Fairuzizuan dan Teik Chai-Bin Shen pada Grand Prix Emas Terbuka Indonesia di Kalimantan, 29 September hingga 2 Oktober ini, meskipun tidak menerima sebarang bayaran.

Pasangan itu juga akan bertanding dalam empat lagi kejohanan Terbuka - Perancis, Denmark, Hong Kong dan China, selain empat GP Emas di Jerman, Macau, Korea Selatan dan India.

"Kami memang bertuah kerana banyak pihak yang menyokong. Sebelum ini MSN (Majlis Sukan Negara) juga memberi kebenaran untuk terus menginap di asrama Kompleks Rakan Muda di Bukit Kiara, biarpun kami tidak lagi bernaung di bawah BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Kebenaran itu diberikan sendiri oleh Datuk Zolkples (Embong, Ketua Pengarah MSN).

"Malah, kami juga sudah mempunyai penaja untuk peralatan, cuma belum memutuskan sama ada mahu memilih Yonex atau Li Ning. Rundingan masih berjalan dan kami akan lihat siapa yang dapat memberi tawaran lebih baik. Mungkin keputusan akan dicapai minggu ini juga.

"Dengan segala sokongan yang kami terima, kami akan melakukan yang terbaik untuk mencari kemenangan, bukan saja buat diri sendiri tetapi negara. Selain Olimpik, saya dan Fairuz juga mahu merebut tempat untuk Piala Thomas tahun depan, lebih bagus kalau kedua-dua beregu KLRC diterima pada kejohanan itu,'' kata Zakry lagi, yang pernah menjuarai Terbuka Indonesia dan Singapura 2008 bersama Fairuzizuan.

Sementara itu, Teik Chai mengakui, selepas dua tahun bergerak sendirian tanpa jurulatih, kehadiran Razif membawa harapan baru kepada kariernya, apatah lagi di saat dia dan Bin Shen bagaikan sudah patah semangat ekoran isu tidak disenaraikan pada Kejohanan Dunia, bulan lalu.

Katanya, jika selama ini mereka bermain tanpa matlamat, kini Razif membantu mereka memasang sasaran dan menyediakan program latihan yang lebih sistematik, malah akan membantu mereka untuk mengatasi masalah dalam perlawanan apabila bersetuju menemani mereka di Terbuka Indonesia.

"Sudah terlalu lama saya dan Bin Shen bermain tanpa hala tuju, kami memang bermain bersungguh-sungguh tetapi kami tidak nampak matlamat sebenar yang hendak dicapai. Malah, sejak sebulan ini tumpuan kami agak terganggu ekoran isu Kejohanan Dunia, dan itu menjadikan karier kami semakin teruk.

"Bagaimanapun kehadiran seorang jurulatih berwibawa seperti Razif yang sudi membantu memberi harapan baru kepada karier kami... kami kini main bukan untuk suka-suka tetapi untuk mencari sebanyak mungkin kejuaraan. Malah, sekarang kami juga sudah ada teman baru, Zakry dan Fairuz... ia membuatkan kami lebih bersemangat.

"Saya amat rapat dengan Zakry, kami sudah kenal satu sama lain sejak berumur 13 tahun. Kami banyak menghabiskan masa bersama, jadi kehadirannya bersama Fairuz dalam arena yang sama pasti akan membolehkan kami memberi sokongan kepada satu sama lain,'' kata Teik Chai, yang pernah bergandingan dengan Zakry pada zaman remaja.

Golf CIMB: Hadiah meningkat

Posted:

Golf CIMB: Hadiah meningkat

Golf CIMB: Hadiah meningkat

PUTRAJAYA - Hadiah wang tunai AS$1.3 (RM3.8 juta) bagi juara Kejohanan Golf CIMB Asia Pasifik Klasik 2011 antara lima faktor utama yang akan menjadikan kejohanan tersebut lebih hebat berbanding tahun lepas.

Menurut Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group Holdings Bhd., Datuk Seri Nazir Razak, kejohanan kali ini dijangka lebih menarik dan sengit selepas hadiah wang tunai tersebut dinaikkan daripada AS$1 juta (RM2.9 juta) kepada AS$1.3 (RM3.8 juta) menjadikan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai bernilai AS$6.1 (RM18 juta).

"Kita juga telah menambah bilangan pemain yang bakal beraksi daripada 40 kepada 48 pemain dan lebih menarik pemain tuan rumah (Malaysia) diberi dua slot. Setakat ini sahaja pemain yang telah mengesahkan kehadiran ialah Juara Terbuka Britain 2009, Stewart Cink dan Angel Cabrera, pemain Argentina pertama memenangi Terbuka Amerika Syarikat," katanya.

Jelasnya, juara edisi tahun lalu Ben Crane juga menyatakan hasrat untuk kembali mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya.

"Faktor lain pula kita amat berbangga kerana kita dapat lihat sendiri hari ini (semalam) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak datang menghadiri majlis ini.

"Kita juga bukan sahaja fokus kepada kejohanan ini semata-mata tetapi terarah kepada pembangunan di peringkat remaja," katanya yang mengharapkan sokongan padu daripada semua peminat golf tempatan.

Tambahnya, kejohanan yang pertama mungkin akan diingati oleh semua orang tetapi jauh di sudut hatinya beliau mahu kejohanan yang kedua ini adalah lebih baik daripada yang pertama.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Bekas mertua AC Mizal dakwa anaknya terpaksa pinjam duit

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 6 Sept. - Bekas ibu mertua pengacara dan pelakon, AC Mizal mendakwa anak perempuannya, Shafnie Zainuddin terpaksa meminjam duit daripadanya semata-mata untuk menampung perbelanjaan dua cucu lelakinya.

Permohonan pengawal keselamatan kurangkan wang ikat jamin ditolak

Posted:

Permohonan pengawal keselamatan kurangkan wang ikat jamin ditolak

Permohonan pengawal keselamatan kurangkan wang ikat jamin ditolak

IPOH 6 Sept. - Seorang pengawal keselamatan yang menghadapi 14 tuduhan pecah amanah berjumlah RM2.1 juta, hari ini gagal dalam permohonannya di Mahkamah Sesyen di sini untuk mengurangkan wang ikat jamin RM70,000 yang dikenakan terhadapnya.

Hakim Julie Lack Abdullah menolak permohonan Abdul Rauf Lub Abd. Rahman, 29, setelah mendapati wang ikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan ke atasnya adalah munasabah.

"Saya tidak benarkan permohonan untuk mengurangkan wang ikat jamin itu dan sebutan semula kes pada 13 Oktober ini,'' kata hakim tersebut.

Abdul Rauf yang diwakili peguam, Ranjit Singh Sandhu memohon jumlah wang jaminan itu dikurangkan dengan alasan dia hanya mampu menyediakan wang sebanyak RM20,000 bagi tujuan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Isa.

Pada 25 Ogos lalu, pengawal keselamatan itu mengaku tidak bersalah atas 14 pertuduhan pecah amanah wang mesin pengeluaran wang automatik (ATM) membabitkan kerugian berjumlah RM2.1 juta di sekitar bandar raya ini, dua tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Abdul Rauf didakwa melakukan pecah amanah wang sebanyak RM1,310,050 untuk digunakan bagi kepentingan sendiri di tujuh ATM Maybank di antara pukul 9.59 pagi, 23 Disember 2009 dan 1.47 petang, 25 Disember 2009.

Tujuh lokasi ATM Maybank terbabit adalah di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Hospital Fatimah, Yamaha Electronics Lot 7 Kinta FTZ Jalan Kuala Kangsar, Stesen Minyak Caltex Simpang Pulai, Petronas Sungai Raya, Caltex Jalan Besar Chemor dan Mobil Gopeng.

Abdul Rauf juga didakwa melakukan pecah amanah wang sebanyak RM480,000 untuk tujuan sama di empat ATM CIMB Bank antara pukul 12.11 tengah hari, 16 Disember 2009 dan 9.50 pagi, 24 Disember 2009.

Empat lokasi ATM CIMB itu adalah di Unisem 1 dan Unisem 2 Kawasan Perindustrian Pulai Jaya, CIMB Greentown di Pusat Perniagaan Greentown dan Kawasan Perindustrian Gopeng.

Selain itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan wang RM230,000 di dua ATM Bank Islam Malaysia Bhd. (BIMB) di Masjid Sultan Azlan Shah dan Greentown Mall di sini antara pukul 4.44 petang, 22 Disember 2009 dan 8.21 malam, 28 Disember 2009.

Bagi pertuduhan terakhir, Abdul Rauf didakwa melakukan pecah amanah wang sebanyak RM81,350 di ATM Hong Leong Bank Bhd. di Jelapang 1 di sini antara pukul 2.06 petang, 24 Disember 2009 dan 10.53 malam, 25 Disember 2009.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Gaddafi ditawar suaka politik

Posted:

Gaddafi ditawar suaka politik

Gaddafi ditawar suaka politik

AGADEZ 6 Sept. – Satu konvoi besar kenderaan berperisai tentera yang setia kepada pemimpin Muammar Gaddafi tiba di Agadez, sebuah pekan padang pasir di utara Niger diiringi tentera Niger, lewat semalam.

Konvoi itu yang terdiri daripada 200 hingga 250 kenderaan askar yang setia kepada Gaddafi termasuk pegawai daripada batalion di selatan Libya, dipercayai menyeberangi sempadan Libya ke Algeria sebelum memasuki Niger, menurut sumber tentera Perancis dan Niger.

Sumber tentera Perancis itu berkata, beliau telah diberitahu Gaddafi dan anak lelakinya, Saif al-Islam mungkin menyertai konvoi itu dalam perjalanan ke Burkina Faso, sebuah negara Afrika Barat yang bersempadan dengan Niger yang menawarkan suaka politik kepada Gaddafi dan ahli keluarganya.

Bagaimanapun sumber tentera Niger berkata, lebih banyak penduduk Libya termasuk pejuang Tuareg yang pro-Gaddafi sudah menyeberangi sempadan ke Niger, semalam dan memohon suaka politik.

Ramai pengiring kanan Gaddafi berpaling tadah, ditangkap atau dibunuh sejak pemberontakan yang telah menggulingkan rejim beliau yang berkuasa selama 42 tahun.

Ketua briged keselamatan Gaddafi, Mansour Dhao bersama-sama lebih 10 rakyat Libya yang lain menyeberangi sempadan ke Niger kelmarin, kata dua pegawai Niger awal hari ini.

Dhao tiba di Niger hanya beberapa hari selepas isteri Gaddafi dan tiga anaknya melarikan diri ke Algeria dan tentera pemberontak menangkap Menteri Luar rejimnya di luar Tripoli.

Menurut sumber tentera Perancis itu, komander tentera selatan Libya, Jeneral Ali Khana juga dipercayai berada di Niger, tidak jauh dari sempadan Libya.

Katanya, Gaddafi dan Saif akan menyertai Khana dan mereka akan mengikuti konvoi tersebut sekiranya mereka menerima tawaran untuk hidup dalam buangan di Burkina Faso.

Burkina Faso yang pernah menerima banyak bantuan dari Libya menawarkan suaka kepada Gaddafi kira-kira dua minggu lalu tetapi telah juga mengiktiraf Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) sebagai kerajaan Libya yang sah.

Menteri Luar Burkina Faso, Yipene Djibril Bassolet berkata, Gaddafi boleh hidup dalam buangan di negaranya, sekalipun Burkina Faso menandatangani konvensyen Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah mendakwa Gaddafi atas tuduhan melalukan jenayah kemanusiaan. – Reuters

Bantah cadangan ubah bentuk asal masjid tertua Moscow

Posted:

Bantah cadangan ubah bentuk asal masjid tertua Moscow

Bantah cadangan ubah bentuk asal masjid tertua Moscow


Majlis Mufti Rusia merancang membesarkan masjid besar Moscow, yang dibina pada 1904 tetapi mendapat bantahan daripada pertubuhan-pertubuhan Islam di Moscow. - Agensi


MOSCOW 6 Sept. - Pertubuhan-pertubuhan Islam di ibu negara Rusia ini menentang keras perubahan perancangan terhadap Masjid Besar Moscow, masjid tertua di ibu negara Rusia ini, walaupun rancangan itu dipersetujui oleh para pemimpin mereka.

Berikutan keputusan yang dibuat oleh Majlis Mufti di negara ini, masjid yang dibina pada 1904 itu akan diperbesarkan bagi menampung pertambahan beribu-ribu jemaah, di samping pembinaan sebuah hotel dan kedai-kedai.

Namun, beberapa pertubuhan Islam di Rusia dalam satu kenyataan bersama semalam berkata, mereka tidak bersetuju dengan keputusan majlis tersebut dan akan membawa kes itu kepada pihak berkuasa lebih tinggi untuk meminta rancangan itu ditarik balik.

"Tidak ada sebab untuk memusnahkan bentuk asal masjid itu," kata mufti wilayah Perm, Mukhamedgali Khuzin, menurut agensi berita Ria Novosti, semalam.

Penentang projek itu berkata, masjid lama itu adalah peninggalan seni bina Tatar awal abad ke-20 yang kini diancam oleh 'pemodenan radikal'.

Semasa solat Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, masjid tersebut penuh sesak dengan jemaah. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


GiatMara bina 3,000 rumah baru

Posted:

GiatMara bina 3,000 rumah baru

GiatMara bina 3,000 rumah baru

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com

RAUB 6 Sept. – GiatMara merancang untuk membina sebanyak 3,000 unit rumah baru dan membaik pulih rumah golongan miskin di seluruh negara pada tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan sebanyak RM130 juta di bawah skim bina baru dan membaik pulih rumah bagi membantu golongan tersebut tahun ini.

Katanya, sebanyak RM3.8 juta diperuntukkan bagi membina dua rumah panjang di Sarawak manakala bakinya bagi membina rumah baru dan membaik pulih rumah.

"Sebanyak 400 rumah lama dan usang akan dibina baru dan bakinya akan dibaik pulih dalam masa terdekat.

"Kerajaan menetapkan kos sebanyak RM33,000 seunit bagi membina rumah baru di Semenanjung dan RM40,000 di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas pemberian duit raya untuk anak yatim dan warga emas di Masjid Abu Bakar Al Sidek, Dong dekat sini baru-baru ini.

Menurut beliau, kos bagi membaiki rumah di Semenanjung pula adalah RM11,000 seunit dan RM15,000 bagi rumah di Sabah dan Sarawak.

Tambahnya, kesemua rumah terbabit didaftar melalui pejabat daerah seluruh negara dan dijamin mengunakan bahan binaan tempatan yang berkualiti.

Katanya, GiatMara diberi tempoh sehingga penghujung tahun ini bagi kerja-kerja membaiki pulih rumah manakala kerja membina rumah baru pula sehingga Mac tahun depan.

Jelasnya, projek itu akan dilaksanakan oleh Koperasi Bekas Pelatih GiatMara dan kontraktor kelas F bumiputra dan bakal dijalankan secara serentak di seluruh negara.

Beliau yang juga ADUN Dong berkata, GiatMara bersama pemimpin tempatan akan kerap turun padang bagi mengenal pasti golongan miskin dan sasar untuk diberikan bantuan.

2,208 pelajar mendaftar di UMP

Posted:

2,208 pelajar mendaftar di UMP

2,208 pelajar mendaftar di UMP


DAING Nasir Ibrahim (kiri) berbual dengan pelajar baru pada sesi pendaftaran kemasukan pelajar di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang, Kuantan baru-baru ini.


KUANTAN 6 Sept. - Seramai 2,208 pelajar baru mendaftar di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini yang mana 824 orang mendaftar di kampus universiti itu di Pekan.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, seramai 1,384 pelajar pula mendaftar di Kampus Gambang yang mana kedua-dua kampus itu menawarkan bidang kejuruteraan dan teknologi di peringkat ijazah.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 47 peratus pelajar adalah lelaki dan selebihnya ialah perempuan iaitu 1,163 orang.

"Bagaimanapun, program kejuruteraan masih dimonopoli pelajar lelaki walaupun peratusannya kecil iaitu 54 peratus lelaki dan 46 peratus perempuan," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, tawaran melanjutkan pengajian di UMP merupakan hadiah yang cukup bermakna sempena Aidilfitri kali ini buat para pelajar yang mula mendaftar untuk kemasukan ke universiti itu hari ini.

Mohd. Emyrulmuqmin Mohd. Azrizai, 21, berkata, dia terharu apabila mengetahui terpilih melanjutkan pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Rangkaian di sini.

"Saya anggap tawaran ini sebagai hadiah sempena hari raya kerana UMP merupakan universiti pilihan saya," katanya.

Sementara itu, bagi Mariah Che Mamat, 19, persiapan hari raya kali ini tidak seperti tahun sebelumnya kerana dia lebih memberi tumpuan untuk persediaan melanjutkan pelajaran di UMP.

"Apabila tahu mendapat tempat di sini dalam ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, saya begitu gembira. Saya tak kisah mengenai hari raya kerana tawaran ini hanya datang sekali," ujarnya yang berasal dari Temerloh.

Belia 4B ceriakan Aidilfitri warga emas

Posted:

Belia 4B ceriakan Aidilfitri warga emas

Belia 4B ceriakan Aidilfitri warga emas


AHMAD Daniar Ismail (tiga dari kanan) bersama jawatankuasa Gerakan Belia 4B Cameron Highlands dan Lipis menyerahkan hamper makanan kepada Salmah Yaakob di Kampung Bukit Betong, Kuala Lipis, baru-baru ini.


CAMERON HIGHLANDS 6 Sept. - Warga emas di Cameron Highlands dan Lipis menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana penuh ceria apabila mereka mendapat perhatian daripada Gerakan Belia 4B di kedua-dua kawasan itu.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menyampaikan sumbangan 120 hamper kepada golongan itu semasa umat Islam merayakan hari lebaran baru-baru ini.

Penyerahan itu dilaksanakan mengikut zon NGO tersebut iaitu Bukit Betong, Hulu Jelai, Sungai Ular, Keledek, Kuala Medang (Cameron Highlands), manakala Benta, Jeram Landak serta Cheka (Lipis).

Pengerusi Gerakan Belia 4B Cameron Highlands, Ahmad Daniar Ismail berkata, aktiviti itu bertujuan meringankan beban golongan tersebut warga emas untuk merayakan hari lebaran itu.

Pertubuhan ini terpanggil menzahirkan keprihatinan itu supaya golongan warga emas yang kebanyakannya uzur lebih ceria berhari raya bersama insan lain,'' katanya kepada pemberita di Kampung Bukit Betong dekat sini baru-baru ini.

Ahmad Daniar yang juga Pengerusi Belia 4B Pahang berkata, aktiviti itu merupakan tanggungjawab pertubuhan berkenaan mendekati penduduk luar bandar.

Dalam pada itu, seorang penduduk Kampung Bukit Betong, Salmah Yaakob, 62, bersyukur apabila menerima hamper makanan kerana dapat meringankan bebannya.

Warga emas yang cacat penglihatan mempunyai sembilan orang anak itu berkata, hari raya tahun ini lebih sederhana perlu menyimpan wang untuk digunakan ketika kecemasan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Alleycats ambil semangat kucing

Posted:

Alleycats ambil semangat kucing

Alleycats ambil semangat kucing

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF


(duduk dari kiri) Muhammed Ismail Abdul Haiyee, Othman Mohamad, Mohamed Juhari Shaarani dan Rostam Said sambil disaksikan oleh anggota-anggota Alleycat pada majlis MoU bagi menjayakan Konsert Sampaikan Salam Alleycats di Kuala Lumpur baru-baru ini .


LLEYCATS ditubuhkan sejak 43 tahun lalu di Pulau Pinang, dengan vokalis utamanya, Datuk David Arumugam merupakan anggota asal kumpulan tersebut. Pada usia 61 tahun penyanyi berambut afro ini masih kental alunan vokalnya.

Suara David bukan sahaja tidak dimamah usia, malah dia terus bertahan bersama-sama Alleycats. Meskipun dia satu-satunya anggota asal dalam kumpulan itu, tetapi ternyata semangat juang Alleycats masih utuh dalam bidang muzik.

Menurut David, Alleycats mempunyai kekuatan tersendiri. Ia sama seperti dengan semangat kucing yang mereka jadikan nama kumpulan itu yang terus melonjakkan nama mereka sejak lebih empat dekad yang lalu.

"Ada orang kata kucing ada sembilan semangat dan kehidupan mereka yang tersendiri.

"Sedangkan Alleycats baru melalui satu daripada sembilan fasa semangat serta kehidupan itu," katanya penuh makna sewaktu ditemui baru-baru ini.

Sebelum itu satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) diadakan sempena Konsert Sampaikan Salam Alleycats yang akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 16 hingga 18 September ini.

MoU itu membabitkan AM Event Management selaku penganjurnya, Istana Budaya (penganjur bersama), Utusan Malaysia (akhbar rasmi) dan Radio Sinar FM (radio rasmi) pada konsert yang dijangka mengambil masa dua jam itu.

Utusan Malaysia diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad.

Sementara Istana Budaya diwakili Ketua Pengarahnya, Mohamed Juhari Shaarani; Sinar FM oleh Pengurusnya, Rostam Said dan Pengarah Urusan AM Event Managent, Muhammed Ismail Abdul Haiyee mewakili syarikat itu.

Jelas David, soal usia tidak timbul kerana biarpun sudah berusia awal 60-an tetapi dia tiada masalah untuk menyanyikan semula lagu-lagu Alleycats.

Ia termasuk lagu-lagu lama kumpulan itu.

"Ini bukan soal umur atau stamina. Saya telah menyanyi sejak dari dulu sampai sekarang tanpa berhenti.

"Saya dan Alleycats menyanyi di kelab-kelab malam pada setiap malam. Itu adalah bukti kami tiada masalah untuk terus beraksi.

"Lainlah kalau saya sudah tiga atau empat tahun tidak menyanyi. Maka ketika itu mungkin orang akan berasa was-was.

"Contohnya, kalau sebuah kereta itu dibiarkan sahaja tanpa digunakan ia mudah rosak," ujarnya penuh makna.

Selain David, lima lagi anggota Alleycats juga berusia 40 tahun ke atas kecuali penyanyi wanita mereka, Priyadashini atau Dashini yang baru berusia 24 tahun.

Dia menjadi satu-satunya anggota wanita dalam kumpulan legenda tanah air itu.

Lima anggota baru Alleycats itu ialah David John, 42, selaku pemain dram; Nazaruddin Abdullah, 49, (gitar), Glen Salay, 42, (penyanyi), Loh Kum Swee, 57, (bass) dan Prawing Aroonratana, 59, (keyboards).

Pada Konsert Sampaikan Salam Alleycats itu, mereka akan tapil dengan tiga segmen iaitu lagu-lagu 1Malaysia, Tribute To Loganathan dan lagu-lagu hits kumpulan itu.

Bakal buka studio sendiri

Posted:

Bakal buka studio sendiri

Bakal buka studio sendiri

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


KEGEMBIRAAN terpancar di wajah Aizat apabila dia mengkhabarkan akan membina studionya sendiri.


SEBAIK sahaja melangkah kaki ke dunia seni, anak muda ini sudah mengatur kemas langkahnya bagi memastikan impiannya tercapai sebagai seorang anak seni yang berjaya.

Semangat kental yang ditunjukkan Muhammad Aizat Amdan atau lebih dikenali dengan nama komersial, Aizat ini membuktikan kehadirannya ke pentas seni bukan sekadar suka-suka.

Dengan pelbagai pengiktirafan baik dari segi popular mahupun terbaik yang sudah diterimanya berjaya membuka mata masyarakat bahawa bakat dimilikinya bukan sembarangan.

Menyedari keseriusannya sebagai seorang karyawan, Aizat dengan penuh teruja memberitahu dia bakal membuka studionya sendiri tidak lama lagi.

Jelas Aizat, dia dan abangnya, Anas akan mengusahakan studio yang bakal dibina di pejabat Kasi Gegar Entertainment (KGE) di Ampang, Selangor itu tidak lama lagi.

"Saya cukup gembira kerana impian saya untuk memiliki studio sendiri akhirnya terlaksana juga. Malah, sejak dari awal lagi sewaktu mula-mula menjadi artis, ia merupakan salah satu cita-cita saya.

"Selepas hampir empat tahun menjadi artis, saya fikir sudah tiba masanya untuk saya merealisasikan impian itu," jelas Aizat sewaktu ditemui pada majlis berbuka puasa, Aizat & Frenz anjuran Dream Music di Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ujar penyanyi muda yang mula menempa kemasyhuran menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu itu lagi, pembinaan studio itu masih lagi di peringkat perbincangan.

Katanya lagi, ia memerlukan perancangan yang rapi bagi memastikan studio yang dibina itu dapat mencapai kepuasan kepada semua pihak.

"Memang banyak perkara yang perlu diambil kira apabila mahu menubuhkan studio. Kita perlu memastikan peralatan dan sistem audio berada dalam keadaan terbaik.

"Bukan itu sahaja, persekitaran bilik yang akan ditukar menjadi studio itu juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan mutu bunyi yang baik.

"Jadi, buat masa ini kami masih lagi berbincang dan merangka pelbagai perkara untuk penubuhan studio ini," jelas Aizat yang mula dikenali menerusi program realiti, Akademi Fantasia musim kelima pada tahun 2007 ini lagi.

Penyanyi dan komposer berusia 22 tahun ini juga tidak menafikan dengan penubuhan studio itu kelak adalah sebagai langkah awalnya sebagai seorang ahli perniagaan.

Katanya, selepas merakamkan dua albumnya di studio milik orang lain, Aizat begitu kepingin untuk menerbitkan albumnya di studio miliknya juga.

"Dengan adanya studio kelak, ia juga akan menjadi tempat untuk saya bekerja dan menghasilkan lagu. Sebagai seorang pengkarya, sudah pasti saya mahukan yang terbaik untuk studio saya itu.

"Sudah pasti, saya mahu melihat ia berjaya dan siapa tahu, studio saya itu nanti akan setanding dengan Studio Abbey Road, London yang merupakan studio yang cukup saya kagumi," ujar pengagum kumpulan The Beatles ini yang kelihatan semakin kurus ini sambil ketawa.

DFP menanti Aizat

BIARPUN album keduanya, Urusan Aizat Amdan masih lagi mendapat tempat di kalangan pencinta muzik tempatan, Aizat kini sedang dalam perancangan untuk menerbitkan album ketiganya.

Sudah mempunyai beberapa lagu dalam simpanannya, penyandang gelaran Vokal Lelaki Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-16 (2009) ini mahu berterusan bereksperimentasi dengan muzik baru agar karyanya tidak kedengaran statik.

Dalam hal ini, pelantun lagu Sungai Lui dan Lagu Kita ini mengambil contoh penerimaan positif masyarakat terhadap album Urusan Aizat Amdan yang ternyata membuatkannya berasa puas hati.

Selain itu, Aizat turut mengkhabarkan dia akan beraksi dalam sebuah persembahan di Sydney, Australia sebelum penghujung tahun ini.

"Tetapi, apa yang lebih mengujakan saya apabila terpilih mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) di bawah siri Spotlight pada 3 Oktober ini.

"Sebelum ini, saya hanya membayangkan diri saya menyanyi di pentas yang cukup gah itu. Namun, tidak sangka pula akhirnya impian itu bertukar realiti.

"Sesungguhnya saya cukup teruja dan dalam masa yang sama gementar juga. Sudah pasti saya akan menyampaikan lagu-lagu popular saya selain lagu lama kegemaran saya yang diberi nafas baru.

"Secara eksklusifnya juga, saya akan menyampaikan lagu-lagu baru saya nanti," kata Aizat tentang persembahan yang juga akan menampilkan Yuna pada 12 dan 13 September.

Bagi mereka yang berminat mahu menonton persembahan Aizat di DFP, bolehlah melayari laman web, www.dfp.com.my untuk keterangan lanjut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Mat Sabu, Bukit Kepong dan Pas

Posted:

Mat Sabu, Bukit Kepong dan Pas

Mat Sabu, Bukit Kepong dan Pas

DATUK IRMOHIZAM IBRAHIM
Fellow Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak), Universiti Teknologi Mara dan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia

Pendapat Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu (Mat Sabu) bahawa gerombolan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan dan hero sebenar peristiwa tersebut dan bukannya anggota polis yang mempertahankan balai itu dengan nyawa mereka bolehlah disifatkan sebagai satu usaha untuk menulis semula sejarah negara.

Dalam rangka yang lebih besar ia merupakan percubaan bagi mengabsahkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) dan melakar perjuangan komunis sebagai perjuangan yang mulia.

Taktik Mat Sabu tidak menyebut perkataan komunis dan sebaliknya hanya menyebut nama Mat Indera dalam ceramahnya adalah suatu taktik halus sama seperti kaedah yang pernah diguna pakai PKM dalam mengumpan sokongan masyarakat Islam satu ketika dahulu.

Strategi diguna pakai PKM ini berasaskan kesedaran bahawa jika wajah sebenar komunisme yang menolak kewujudan Tuhan dan menganggap agama sebagai candu masyarakat didedahkan kepada orang Melayu, maka amat sukar bagi mereka untuk menerima atau menyokong ideologi tersebut.

Lantas untuk mengaburi mata umat Islam maka golongan Marxis-Leninist-Maoist menjadikan retorik perjuangan kemerdekaan daripada penjajahan British sebagai umpan utama untuk menarik sokongan orang Melayu.

Dalam hal ini, matlamat besar Mat Sabu adalah untuk merenggangkan hubungan parti UMNO dan sejarah perjuangan merebut kemerdekaan daripada penjajah British. Sebagai alternatif kepada peranan UMNO maka peranan PKM dipilih sebagai hero dan pejuang sebenar kemerdekaan dan oleh kerana komunisme itu sensitif di kalangan umat Islam maka Mat Indera digunakan sebagai contoh perlambangan yang perjuangannya disamakan dengan perjuangan Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong malah yang lebih dahsyat perjuangan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sendiri. Sejarah yang ada pada hari ini pula dimomokkan sebagai sejarah yang dilakarkan oleh penjajah dan parti pemerintah.

Bagi mengetahui sama ada tuduhan ini benar atau tidak, kita perlu melaksanakan satu ujian sejarah alternatif. Berdasarkan fakta, kita boleh melukis hala tuju sejarah jika dikatakan PKM yang berjaya menghalau pihak British dari Tanah Melayu.

Mat Sabu menyembunyikan hakikat bahawa jika PKM berjaya 'membebaskan Malaya' maka ia akan mendatangkan tiga kesan utama. Pertamanya corak pemerintahan Malaya tidak mungkin berasaskan pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen, di sebaliknya Malaysia akan berubah menjadi sebuah republik dengan kediktatoran satu parti manakala Raja-Raja Melayu dinyahtakhtakan.

Kedua, kehidupan beragama akan dihapuskan seperti mana lazim di negara-negara komunis, Islam tidak mungkin menjadi agama rasmi sebaliknya fahaman ateisme-sekular akan menjadi pegangan negara. Dalam situasi ini Parti Pas tidak mungkin wujud.

Ketiga, Tanah Melayu akan dipimpin oleh Setiausaha Agung PKM kerana sebagai pemimpin tertinggi PKM sudah tentu beliau akan memegang jawatan sama ada sebagai Ketua Negara atau Ketua Kerajaan. Jika ketiga-tiga hakikat ini direnung, tidak mungkin ada orang Melayu yang akan sanggup menyertai atau menyokong Parti Komunis.

Adalah amat dangkal dan tidak bertanggungjawab bagi sesetengah pihak dalam usaha mempertahankan pendapat Mat Sabu menyamakan perjuangan komunis dengan perjuangan Tok Janggut di Kelantan atau Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu yang menentang penjajahan British. Perbezaannya amat ketara - kedua-dua mereka tidak pernah sekali-kali mahu mendirikan sebuah republik dan menurunkan Raja-Raja Melayu daripada takhta.

Tidak berniat sekalipun untuk menghapuskan agama Islam sebagai agama dominan Tanah Melayu dan tidak rela sama sekali menjadi daie kepada fahaman ateisme atau pernah terfikir untuk menjadikan bangsanya sendiri sebagai bangsa terpinggir.

Perjuangan komunisme menentang British di Tanah Melayu juga tidak boleh sama sekali disamakan dengan perjuangan Nabi Muhammad SAW menentang Arab Jahiliyah atau pembukaan Kota Mekah. Kenapa pihak-pihak tertentu mahu menyamakan 25 anggota polis dan keluarga yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong yang semuanya beragama Islam dengan Arab Jahilliyah yang tidak menerima malah memerangi agama tauhid.

Bukankah kesemua pengganas komunis kecuali Mat Indera (itu pun perlu dikaji sama ada beliau masih beragama Islam ketika itu) adalah ateis yang bencikan agama serta menafikan kewujudkan Tuhan.

Siapakah yang berfikiran waras yang mahu menyamakan perjuangan mulia Nabi Muhammad SAW dengan sifat kebinatangan Kompeni Bebas ke-4 yang membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.

Pada awal tahun 1950-an satu-satunya parti yang mengerakkan usaha-usaha untuk mendapatkan kemerdekaan adalah UMNO. Ada yang mendakwa bahawa pemberontakan bersenjata PKM mempercepatkan pihak British memberikan kemerdekaan kepada Malaya.

Jika PKM benar-benar memperjuangkan kemerdekaan negara, kenapa apabila kita mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957, PKM tidak mahu meletakkan senjata. Malahan mereka terus mengganas dengan membunuh orang awam, polis dan tentera? Kenapakah Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim mantan Ketua Polis Negara dibunuh oleh komunis 17 tahun selepas negara mencapai kemerdekaan. Bukankah beliau berkhidmat untuk sebuah kerajaan merdeka dan dipilih rakyat.

Hakikatnya kenapa menunggu sehingga Disember 1989 baru PKM mahu meletakkan senjata iaitu 32 tahun selepas merdeka. Kepada PKM, ia bukan soal menentang penjajah, bagi mereka kemerdekaan sebenar hanya dicapai apabila parti mereka berkuasa mutlak, apabila sebuah republik dengan kediktatoran satu parti didirikan di bumi ini dengan berkiblatkan ideologi komunisme dan apabila akidah Islam serta agama-agama lain dihapuskan dari hati sanubari rakyat.

Janganlah kita apabila memberikan pendapat cuba mengambil sikap tidak jujur dari segi intelektual dan cuba menulis semula sejarah untuk disesuaikan dengan agenda sempit.

UMNO dituduh parti berhaluan kanan yang disenangi penjajah, Presiden-Pengasas UMNO Allahyarham Dato' Onn dan Bapa Kemerdekaan Almarhum Tunku Abdul Rahman dituduh tali-barut Inggeris. Hakikatnya bukankah Dato' Onn telah meletakkan jawatan daripada perkhidmatan awam negeri Johor dan Tunku sebagai Timbalan Pendakwaraya untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Kedua-duanya telah mengorbankan kesenangan serta keselesaan peribadi demi pertiwi. Oleh itu jangan sekali-kali dihina sumbangan mereka, jangan dicerca khidmat bakti mereka. Pendek kata jangan jadi manusia yang tidak mengenang budi.

Ada pula yang mahu mendewa-dewakan perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebuah parti berhaluan kiri dalam usaha memperlekehkan parti UMNO. Tetapi siapa yang berani menceritakan kebenaran bahawa Presiden PKMM yang pertama iaitu Mokhtaruddin Lasso ialah seorang komunis. Begitu juga sebahagian besar ahli jawatankuasanya menganut fahaman komunisme. Bukankah dasar wahid PKMM dari lapan dasar yang diluluskan di kongres pertamanya di Ipoh dari tanggal 30 November hingga 3 Disember 1945 ialah mempersatu padukan bangsa Melayu, menanamkan semangat kebangsaan dalam sanubari orang Melayu dan bertujuan untuk menyatukan Malayadalam keluarga yang besar iaitu Republik Indonesia Raya.

Jika tercapai matlamat itu, maka hari ini agama Islam tidak akan menjadi agama rasmi negara, Raja-Raja Melayu akan diturunkan takhta dan assimilasi berbanding integrasi akan menjadi panduan kepada dasar perhubungan kaum di negara ini.

Percubaan historical revisionism oleh Mat Sabu ini perlu dilihat dari konteks yang lebih luas. Ia sebenarnya adalah percubaan fraksi 'Anwarisme' dalam Pas untuk menjadikan parti tersebut lebih diterima oleh orang bukan Islam, terutama oleh rakan pembangkangnya DAP.

Langkah pertama mereka telah berjaya dicapai apabila Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden Pas mengalahkan penyandang dari kalangan ulama. Akibatnya dasar kepimpinan ulama yang dibawa generasi Allahyarham Yusof Rawa dan Fadzil Noor telah diketepikan. Mat Sabu sudah tentu bukan seorang ulama sama ada dari segi ilmu mahupun pembawaan.

Kedua, golongan ini telah berjaya menukar matlamat perjuangan Pas daripada negara Islam kepada negara berkebajikan. Sepatutnya umat Islam menitiskan air mata sebak mengenangkan selama 30 tahun akibat amanat Haji Hadi Awang, individu telah dikafirkan berdasarkan pendirian sama ada mereka menyokong konsep negara Islam yang dibawa Pas atau tidak.

Amanat ini telah memecahbelahkan umat Islam sehingga berlaku pertelingkahan antara ibu bapa dan anak-anak, antara suami dan isteri, antara adik-beradik, antara jiran tetangga dan antara ahli kariah.

Namun hari ini demi kepentingan politik dengan sekelip mata Pas tanpa segan silu ataupun memohon maaf kepada mereka yang dizalimi akibat amanat Haji Hadi dengan mudah menggugurkan perjuangan negara Islam dan sebaliknya digantikan dengan konsep negara berkebajikan yang telah dipelopori UMNO semenjak merdeka lagi.

Ketiganya apabila Pas sanggup menjadi Pak Turut dan Pak Sanggup DAP. Hari ini ukhuwah umat Islam tidak penting, DEB atau sebarang dasar afirmatif tidak adil, kedudukan bahasa Melayu tidak perlu, kedudukan agama Islam mampu dikompromi kerana yang penting adalah kuasa dan kedudukan.

Segala-galanya hatta prinsip serta teras perjuangan boleh dikorbankan demi matlamat rakus tersebut.

Bahasa dan pengajian tinggi Melayu

Posted:

Bahasa dan pengajian tinggi Melayu

Bahasa dan pengajian tinggi Melayu

TAN SRI DR. NORDIN KARDI
Penyandang Kursi Za'ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris

PADA Hari Raya kedua, saya menerima dua pesanan ringkas daripada dua orang rakan yang mengharukan perasaan saya. Satu daripada Dinsman, rakan saya bermain teater pada tahun 1970-an dan 1980-an dan satu lagi dari Datuk Seri Anuar Zaini rakan serumah dan sepengajian semasa saya belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, di Jalan Pantai Baru, juga pada tahun 1970-an.

Dinsman memberitahu saya tentang meninggalnya Pengerusi Yayasan Karyawan Datuk Dr. Hassan Ahmad dan Anuar pula mengenai pemergian Tan Sri Dr. Abd Shukor Abdullah, Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang juga dahulunya Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Kali terakhir saya berjumpa dan bercakap dengan Abd Shukor ialah pada 20 Ogos 2011 di Istana Kuala Kangsar semasa berbuka puasa dengan Pemangku Raja Perak. Kali terakhir saya bercakap banyak dengan Hassan Ahmad, kalau tak silap ingatan ialah ketika saya menganjurkan Sidang Meja Bulat di Ibu Pejabat Biro Tatanegara yang dihadiri antara lain oleh YB Dr. Zulkifli Ahmad, pada masa itu Ketua Biro Penyelidikan Pas Pusat, Profesor Datuk Firdaus Abdullah (Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka), Datuk Salleh (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), arwah Profesor Nik Anuar (ahli sejarah) dan Profesor Dr. Abdullah Hasan (ahli bahasa) yang kemudian saya temui semula di UPSI.

Tentulah dalam setiap pertemuan formal dengan Abd Shukor dan nama-nama yang saya sebutkan, isu patriotisme biasanya menjadi bahan bualan. Semasa sidang meja bulat itu kami mengedarkan gambar Tok Janggut disula dan pesanan Aminuddin Baki tentang Pendidikan Melayu. Saya gembira kerana dua dokumen itu: gambar Tok Janggut disula dan dokumen tulisan tangan Aminuddin Baki, sekarang diminati dan dimiliki banyak pihak berbanding sebelumnya.

Hassan Ahmad di satu pihak sangat vokal mempertahankan pendiriannya tentang kedudukan bahasa Melayu dalam negara. Meskipun beliau bukan seorang orator yang cemerlang tetapi usahanya sangat lantang. Semasa kes penggunaan bahasa Inggeris bagi mengajar sains dan matematik di sekolah, beliau tampil menegur kerajaan dengan suara yang keras dan secara berkumpulan. Beliau dan kumpulannya, melalui pelbagai cara, berjaya memenangkan pendirian mereka.

Menteri Pendidikan, yang juga Timbalan Perdana Menteri, akhirnya mengumumkan yang kedua-dua mata pelajaran itu akan kembali diajar dalam bahasa Melayu. Saya percaya banyak pihak yang sependirian memberi sedikit sebanyak kredit kepada kejayaan usaha Hassan Ahmad.

Abdul Shukur pula tidak memperlihatkan dampingannya dengan mana-mana kumpulan atau aktivisme. Selepas bersara daripada jawatan Ketua Pengarah Pelajaran, Abd Shukur terus bekerja dalam memajukan pendidikan bersama Yayasan al-Bukhari dan lain-lain. Antara yang dia masih terlibat sehingga akhir hayatnya ialah menjadi Pro-Canselor UPSI dan Ahli Lembaga Pengarah, Kolej Islam Darul Ridzwan, Perak.

Dalam mesyuarat-mesyuarat di Kolej Darul Ridzwan, yang saya juga salah seorang Ahli Lembaga Pengarahnya, Abd Shukur tidak tidak sama sekali menggunakan kaedah mendesak apabila dia mengetengahkan pendapatnya, namun tidak bermakna perkara yang disuarakannya tidak didengar.

Pada petang 20 Ogos di Istana Kuala Kangsar itu saya dapat berbual panjang juga dengan Allahyarham Abd Shukur kerana majlis bermula sedikit lewat kerana banyak tamu yang tersangkut di kesesakan jalan raya bagi melepasi jambatan Sungai Perak yang sedang diubah suai. Antara yang beliau suarakan kepada saya ialah kebimbangannya tentang institusi pengajian tinggi milik negeri-negeri. Antara lain beliau ada menyebut bahawa dalam hal pengajian tinggi negeri, pemimpin parti-parti Melayu dan Parti orang Tamil agak sama. Katanya, orang Melayu dan orang Tamil mempolitikkan pengajian tinggi mereka.

Beliau memetik peristiwa di Kolej Universiti Insaniah di Kedah dan UNISEL di Selangor. Sebaliknya, mengikut pengamatan beliau parti-parti Cina tidak kelihatan mempolitikkan pengajian tinggi mereka. DAP misalnya, tidak memukul apalagi berebut dengan Gerakan dalam mengurus Universiti Terbuka Wawasan dan tidak juga berbuat demikian dalam kes Kolej Tunku Abdul Rahman, yang hampir menyerupai institusi separuh kerajaan, serta UTAR yang terus berkembang dengan aman tanpa gangguan politik kepartian.

Tentulah sebagai ahli lembaga pengarah Kolej Islam Darul Ridzuan beliau amat tahu apa yang terjadi kepada kolej itu apabila teraju kepimpinan Perak bertukar daripada Tajul Rosli kepada Nizar dan kemudian kepada Menteri Besar yang sekarang.

Saya tidak menulis belasungkawa kedua-dua tokoh Melayu yang baharu saja meninggal pada hari yang sama itu. Yang saya cuba ketengahkan ialah pendidikan Melayu dan bahasa Melayu yang sering menjadi isu politik. Ada masanya isu itu menjadi aset dan ada masanya isu itu menjadi liabiliti kepada politik Melayu.

Saya juga ingin mengetengahkan dua mazhab pemimpin Melayu yang 'bukan politikal' dalam memberi pendapat. Hassan Ahmad mewakili mazhab yang menggunakan pendekatan aktivisme berkumpulan dan Abd Shukur menggunakan pendekatan berbincang dengan kawan-kawan dan menanjangkannya dari mulut ke mulut.

Hassan Ahmad bersemangat seperti api yang menjalar dan Abd Shukur pula seperti air yang mengalir dari ulu ke kuala mengikut lenggok dan profil sungai yang dilaluinya.

Abd Shukur sehingga pemergiannya terus mengikat dirinya dengan kerajaan yang memerintah tetapi Hassan seperti memilih untuk dikenali sebagai orang yang mempunyai pemikiran yang tersendiri dalam hal kenegaraan dan kerap pula cenderung bersama kumpulan yang tidak sehaluan dengan kerajaan yang memerintah.

Selepas Hassan tiada lagi pemimpin kerajaan juga mengiktiraf sumbangan Hassan sebagai bekas pegawai tinggi kerajaan dan juga pejuang bahasa. Timbalan Perdana Menteri sendiri mengeluarkan pernyataan yang menyanjung Hassan.

Kedua-dua tokoh ini telah tiada. Sesuai dengan kedudukan mereka semasa mereka hidup dengan cergas, tentulah banyak amal baik yang mereka tinggalkan untuk orang kemudian. Mereka memilih cara masing-masing. Ini semua menjadi teladan kepada bangsanya yang masih meneruskan kehidupan di bumi Malaysia.

Yang masih hidup boleh memilih mana-mana mazhab yang dianuti oleh kedua-dua tokoh yang telah meninggalkan bangsanya. Menjadi kumpulan pendesak itu suatu pilihan dan menjadi rakan pemerintah juga suatu pilihan. Kerap kali pilihan itu disesuaikan dengan personaliti masing-masing. Api berguna dan air juga berguna. Api boleh memanaskan air dan air juga boleh memadamkan api kecuali jika sumber api itu dari elemen yang lain daripada kebiasaan.

Entah secara kebetulan dalam banyak kawan saya dalam kedua-dua mazhab itu, dua nama yang signifikan kepada saya mengirim pesanan tentang meninggalnya dua tokoh yang saya sebutkan. Dinsman seperti Hassan mewakili api yang menjalar dan Anuar pula mewakili air yang mengalir. Namun saya mengenali kedua-duanya.

Dinsman pernah membela saya dalam tulisannya di akhbar yang tidak bersama kerajaan dan Anuar kerap mengkritik pemerintah dengan lantang dan berani dalam sesi yang saya pernah hadiri bersama. Namun, Anuar, seberaninya itu seperti tidak pernah meleraikan ikatan dirinya dengan pemerintah berbanding Dinsman.

Kedua-duanya ada aliran yang diikuti tetapi mereka masih bebas. Itu yang membuatkan saya seperti merasa aman bahawa akan ada yang meneruskan gaya Abd Shukur dan gaya Hassan Ahmad. Janganlah pula ada yang menghalang saya daripada berdiri di tengah antara mereka berdua.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Memastikan rakyat faham dasar, aspirasi negara

Posted:

Memastikan rakyat faham dasar, aspirasi negara

Memastikan rakyat faham dasar, aspirasi negara

Oleh WANDA IDRIS


Ibrahim Abdul Rahman menatap salah sebuah buku terbitan PDN.


"KITA ibarat penjual ubat. Ubatnya adalah tentang kenegaraan iaitu tentang cinta dan sayangkan negara."

Demikian jelas Ketua Pengarah Penerangan, Ibrahim Abdul Rahman mengenai visi dan misi jabatan tersebut dalam menterjemah dan memasarkan dasar dan agenda negara yang dijalankan melalui pelbagai program penerangan termasuk menghasilkan bahan-bahan penerbitan berkualiti dan berwibawa.

Sebagai peneraju utama dan teras dalam menjayakan gagasan 1Malaysia dan pembinaan negara bangsa berteraskan Rukun Negara, Ibrahim berkata, adalah penting agar apa yang ingin disampaikan oleh kerajaan bukan sahaja dapat difahami dan disokong tetapi juga dihayati dan dibudayakan oleh rakyat.

Justeru dalam usaha memastikan ia berjaya, Ibrahim kini menyusun semula Jabatan Penerangan dan melakukan pelbagai transformasi menyeluruh tidak sahaja berkaitan jabatan tetapi juga minda kakitangan.

Sejak memegang tampuk Jabatan Penerangan pada Mei lalu, pelbagai program telah dirancang dan diperhebatkan terutama dalam menterjemah beberapa bidang fokus kepada khalayak.

Sebagai 'orang baru', beliau mengakui banyak perkara yang sedang dipelajari dan dikaji bagi memantapkan lagi jabatan berkenaan seiring dengan perkembangan teknologi dan situasi semasa.

Lebih-lebih lagi dalam mengurus minda dan persepsi khalayak yang berbeza-beza, bukan sahaja disebabkan faktor usia tetapi juga meliputi kumpulan, nilai dan sikap.

"Ini bukan satu tugas mudah kerana kayu pengukur berubah-ubah. Sebab itu kita perlu fokus kepada sasaran khalayak, juga kepada program yang dirancang.

"Dengan kadar sedemikian kita dapat melakukan proses pencernaan ilmu dengan lebih baik dan tersusun agar mereka ini memahami dan menghayati apa yang ingin kita terapkan (iaitu soal kenegaraan)," katanya ketika ditemui Mega baru-baru ini.

Sebagai sebuah jabatan yang tugas hakiki mengurus persepsi beliau menegaskan, adalah penting untuk mewujudkan program-program yang intensif, telus dan fokus kepada kumpulan sasar iaitu segenap lapisan masyarakat di negara ini.

Bahan-bahan penerbitan seperti buku, risalah termasuk juga audio visual kata beliau, menjadi antara sumber terpenting dalam mendokong hasrat memastikan dasar dan agenda negara dapat dibekalkan tidak sahaja kepada rakyat tetapi juga untuk keperluan antarabangsa.

Justeru, untuk menjayakan pelaksanaan itu, kakitangan jabatan menjadi tunjang untuk menyediakan bahan-bahan terbitan atau sebagai penceramah harus mempunyai kepakaran dalam bidangnya.

"Untuk itu kita akan mewujudkan kumpulan teras yang pakar dalam sesuatu bidang dengan kemampuan intelektual yang tinggi agar informasi sesuatu dasar atau agenda yang ingin diuar-uarkan kepada rakyat berada di hujung jari.

"Kumpulan ini tidak boleh lagi hanya mempunyai pengetahuan asas sebaliknya perlu fokus dan pakar," ujarnya yang mensasarkan dalam tempoh terdekat untuk mengimplementasikan perancangan tersebut.

Menurut beliau, apabila kepakaran anggotanya telah dikenalpasti maka kemahiran mereka akan digembleng melalui kursus-kursus dan program interaksi dengan kumpulan sasar dan sealiran.

Pihaknya akan memastikan perkhidmatan penerbitan awam akan dipertingkatkan khususnya dari segi kemahiran dan keterampilan ilmu selaras dengan keperluan teknologi semasa kerana kesepaduan itu harus didokong oleh fakta, audio visual dan program secara bersepadu.

"Sebagai Ketua Pengarah dan Naib Presiden Perhubungan Raya Malaysia, saya cuba menggabungkan semua itu untuk meningkatkan profesion perhubungan awam dalam memastikan komunikasi antara kerajaan dan rakyat dapat dijalankan dengan lancar," jelasnya.

Maklumat mengenai dasar negara

Posted:

Maklumat mengenai dasar negara

Maklumat mengenai dasar negara


Omi Habibah Shariff menunjukkan salah sebuah buku terbitan PDN.


Sementara itu Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara (PDN), Datin Omi Habibah Shariff berkata, kebanyakan buku-buku terbitan pihaknya terutama yang melibatkan Transformasi 1Malaysia kini menjadi cenderamata untuk majlis-majlis rasmi kerajaan dan turut diedarkan di perpustakaan dan hotel bertaraf lima bintang.

Kesemua penerbitan buku itu menggunakan dwi bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan sebahagiannya adalah bersifat edisi terhad. Antaranya yang terkini buku Perdana Menteri berjudul Najib Tun Razak: Meneroka Perubahan Memperkasa Pencapaian (Najib Tun Razak: Chanting Malaysia Transformation) yang diedarkan Ogos lalu.

Menurut beliau, pada awal penubuhannya pada 1945 iaitu era pasca sebelum Merdeka, penerbitan lebih bersifat risalah dan propaganda selain menerbitkan majalah Sinar Zaman pada era 1970-an.

Sinar Zaman dijual pada harga 50 sen sebelum disubsidikan oleh kerajaan dengan harga 30 sen sebagai galakan kepada rakyat untuk memupuk minat membaca.

Masih diterbitkan sehingga kini namun ia kini dikenali Mentari dan diterbitkan tiga kali setahun dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina dan Tamil.

"Sebagai sebuah perkhidmatan sokongan kepada kempen-kempen kerajaan, kita menyediakan bahan-bahan penerbitan yang bukan sahaja untuk rakyat tetapi juga para pegawai atau penceramah," ujarnya.

Menghasilkan kira-kira 150 tajuk penerbitan setiap tahun dengan kuantiti sebanyak tiga juta naskah termasuk buku dan risalah, beliau berkata, sekiranya berlaku pilihan raya umum maka angka tersebut akan naik berkali ganda.

Kesemua bahan-bahan penerbitan itu dimuatkan dalam Portal Maklumat Rakyat 1Klik dan sememangnya ia merupakan bahan-bahan popular di kalangan penyelidik, pensyarah dan penuntut.

Beliau menegaskan, setiap penerbitan bahan-bahan itu dewasa ini tidak lagi berbentuk propaganda atau terlalu bersifat kerajaan.

"Yang ingin kita salurkan adalah maklumat semasa yang tepat mengenai dasar-dasar negara dengan cara paling mudah dan difahami tanpa menjadikannya terlalu bersifat kerajaan," tegasnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved