Selasa, 6 September 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Perlu SOP liputan luar negara – Rais

Posted:

Perlu SOP liputan luar negara – Rais

Perlu SOP liputan luar negara – Rais

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my


Rais Yatim dan pengacara, Zulkiifli Bujang (kiri) mendengar Abdul Azeez Abd. Rahim menceritakan detik-detik cemas yang dilalui petugas media sehingga mengorbankan jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor hadir dalam segmen `Kopi O Panas' program Selamat Pagi Malaysia di Studio Satu RTM, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 5 Sept. – Satu prosedur operasi standard (SOP) khusus harus diwujudkan sebagai panduan yang perlu dipatuhi oleh semua pihak, termasuk pengamal media sebelum menyertai mana-mana misi bantuan kemanusiaan ke luar negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, SOP itu perlu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini seperti insiden yang menimpa jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor yang terkorban akibat terkena tembakan curi ketika menyertai misi kemanusiaan di Somalia.

"Antaranya sebelum pergi, perlu ditentukan adakah kawasan yang mahu dikunjungi itu kawasan biasa, iaitu kawasan yang mengalami bencana alam atau zon perang yang berbahaya.

"Juga perlu dipastikan tinjauan dibuat untuk mengkaji kawasan itu terutama dari segi tahap keselamatannya," katanya pada program Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM di sini hari ini.

Turut diundang, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengetuai misi bantuan kemanusiaan ke Somalia itu.

Noramfaizul, 39, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan bersama beberapa petugas media Malaysia lain yang mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia itu.

Rais berkata, adalah penting untuk setiap sukarelawan dan pengamal media yang menyertai misi ke luar negara terutama di kawasan bergolak mengetahui apa yang patut dibawa di samping memastikan mereka dilindungi dengan insurans khusus.

Beliau dalam pada itu menyifatkan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Somalia sebagai amat berbaloi dalam konteks kemanusiaan kerana ia bermatlamat membantu masyarakat negara itu meneruskan kehidupan selepas dilanda kemarau dan kebuluran.

"Diharap, kejadian yang menimpa Noramfaizul tidak akan melemahkan semangat sukarelawan untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan yang akan dianjurkan bukan saja oleh Kelab Putera 1Malaysia malah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain," katanya.

Mengenai latihan sebelum menyertai misi kemanusiaan, Rais berkata, selain boleh diterajui oleh Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR), sukarelawan yang pernah menyertai misi-misi kemanusiaan terutama di kawasan bergolak juga boleh memainkan peranan dengan berkongsi pengalaman mereka dengan sukarelawan baru, termasuk pengamal media.

"Mereka yang pernah menyertai misi ini boleh menjadi penceramah, misalnya Abdul Azeez sendiri boleh berkongsi pengalaman mengenai cara-cara untuk berdepan risiko di zon berbahaya dan kritikal," katanya.

Mangsa kebuluran Somalia mohon maaf

Posted:

Mangsa kebuluran Somalia mohon maaf

Mangsa kebuluran Somalia mohon maaf

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Wakil beberapa kem pelarian di Gorawe, Somalia hari ini meminta maaf kepada rakyat Malaysia di atas kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor pada Jumaat lepas akibat terkena tembakan peluru sesat di Mogadishu.

Permohonan maaf yang disampaikan melalui Pengarah Eksekutif Malaysian Relief Agency (MRA), Mohd. Shahrulazilan Said itu turut menyatakan kekesalan mereka terhadap insiden malang tersebut.

"Walaupun kedudukan Garowe terletak 500 kilometer dari Mogadishu, namun berita menyayat hati itu turut dirasai mangsa-mangsa kebuluran di sini.

"Kebanyakan mereka nyata kesal dengan kejadian yang berlaku memandangkan pengorbanan besar yang terpaksa dilakukan arwah terhadap mereka di sini," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Mohd. Shahrulazilan, insiden itu juga menyebabkan pihak kerajaan Somalia mula mempertingkatkan kawalan keselamatan kepada sukarelawan MRA secara drastik.

"Dengan pelbagai kemungkinan bahaya, kami semua kini berada di dalam keadaan berjaga-jaga, malah pergerakan saya juga turut dikawal ketat pihak tentera kerajaan Somalia di sini.

"Untuk mengurangkan risiko, tumpuan MRA kini hanya kepada mangsa yang berada di kem di bahagian utara negara itu sahaja memandangkan Mogadishu masih bergolak," katanya.

Sementara itu, menurut beliau, kebakaran khemah di kem-kem pelarian kini turut menjadi ancaman utama kepada mangsa kebuluran.

Tambah beliau, kejadian kebakaran yang kerap berlaku di beberapa kem pelarian di negara itu menyebabkan kira-kira 40 khemah musnah secara serentak.

"Kebanyakan khemah yang dibina mangsa diperbuat daripada bahan mudah terbakar seperti kertas dan kayu.

"Bagi mengurangkan masalah kebakaran di kem-kem ini, beberapa agensi kemanusiaan lain turut mengadakan beberapa kempen khas bagi memberi kesedaran mengenai langkah-langkah keselamatan yang harus diambil kira," katanya.

Cadang wujud Tabung Amanah Noramfaizul

Posted:

Cadang wujud Tabung Amanah Noramfaizul

Cadang wujud Tabung Amanah Noramfaizul

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Presiden Social Care Foundation, Tan Sri Robert Phang mencadangkan penubuhan satu tabung amanah bagi menyelenggarakan dana daripada sumbangan pelbagai pihak kepada keluarga jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor yang terbunuh di Somalia pada Jumaat lepas.

Phang berkata, dengan adanya tabung itu, sumbangan orang ramai dapat diuruskan dengan lebih sistematik bagi kemudahan keluarga Allahyarham pada masa hadapan.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM50,000 kepada keluarga Noramfaizul.

"Sebagai rakyat Malaysia, bantuan hendaklah disampaikan kepada orang yang memerlukan tanpa mengira bangsa," katanya ketika ditemui di kediaman keluarga Noramfaizul dekat sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan rasa simpatinya terhadap keluarga Allahyarham yang kehilangan insan tersayang ketika sambutan Aidilfitri.

Sementara itu, bapa Noramfaizul, Mohd. Nor Md. Yassin menyokong cadangan Phang kerana sebuah tabung amanah akan lebih memudahkan pengurusan wang yang disumbangkan oleh pelbagai pihak.

Hari ini, keluarga Allahyarham turut menerima sumbangan RM3,000 daripada Tabung Kebajikan Wartawan Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) yang disampaikan oleh penasihat kelab, Datuk Noraina Samad.

Presiden NPC, Mokhtar Hussein, yang turut menziarah keluarga Noramfaizul, berkata pihaknya mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan kepada kelab itu bagi membela nasib wartawan di negara ini.

"Dana yang kami ada hanyalah kecil-kecilan dan kami menyeru mana-mana pihak supaya tampil memberikan sumbangan bagi membolehkan kami mewujudkan insuran melindungi warga media jika mereka ditimpa kesusahan," katanya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved