Selasa, 6 September 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Bina benteng penahan ombak

Posted:

Bina benteng penahan ombak

Bina benteng penahan ombak

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my


PARA nelayan terpaksa menggunakan jeti yang sudah rosak akibat dipukul ombak dan memerlukan jeti baharu untuk kemudahan menaikkan ikan di Kuala Kangkung, Kuala Kedah.


ALOR SETAR 5 Sept. – Kira-kira 50 nelayan di Kuala Kangkung, Kuala Kedah di sini memohon Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membina benteng penahan ombak bagi mengelak ombak besar masuk ke muara sungai dan merosakkan perahu mereka.

Seorang nelayan di situ, Othman Abd. Hamid berkata, pada bulan Oktober hingga Disember setiap tahun, semua nelayan di situ tidak lena tidur kerana bimbangkan perahu mereka.

"Masalah ini sudah lama berlaku dan kami telah banyak kali memohon kepada LKIM untuk membina benteng penahan ombak di sini, namun sehingga sekarang tiada tindakan diambil.

"Baru-baru ini berlaku ribut di kawasan ini dan ada perahu yang rosak akibat dibadai ombak besar yang terus menghentam perahu yang ditambat di kawasan muara sungai ini," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurut seorang lagi nelayan, Mohammad Suhaimi Zain, 31, ketika musim tengkujuh semua nelayan terpaksa meletakkan perahu di kawasan hutan bakau berhampiran muara untuk mengelakkan dipukul ombak.

"Kadang-kadang kami terpaksa tidur dalam perahu bagi memastikan perahu kami tidak rosak dipukul ombak.

"Kami perlu berbuat demikian kerana perahu itulah sumber pendapatan dan jika ia rosak kos untuk membaikinya tinggi," ujarnya.

Tambahnya, semua nelayan telah bersabar menghadapi masalah tersebut dan mereka juga telah membina benteng sementara daripada buluh yang diambil di hutan, namun benteng tersebut tidak bertahan lama.

"Ombak memang kuat dan besar. Jadi, kami amat berharap pihak yang berkenaan dapat membantu secepat mungkin," jelasnya.

Selain itu, katanya, jeti kayu yang digunakan untuk mengangkut ikan di situ juga turut rosak akibat dipukul ombak dan para nelayan berharap jeti tersebut dapat dibaiki.

"Ombak memang kuat, jadi jeti kayu ini rosak teruk sehingga menyukarkan kerja kami untuk mengangkut ikan. Kami harap jeti ini segera dibaiki untuk kemudahan nelayan," tambahnya.

300 bakal hilang pendapatan?

Posted:

300 bakal hilang pendapatan?

300 bakal hilang pendapatan?

Oleh LEE HOOI BOON
utusanpenang@utusan.com.my

PULAU PINANG 5 Sept. – Kira-kira 300 pekerja dan peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) di sini, bakal menerima kesan negatif daripada projek pembinaan pusat konvensyen dan pameran antarabangsa bawah tanah dikenali sebagai SPICE.

Pengerusi Gerakan Negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, para peniaga yang beroperasi di PISA dipercayai telah menerima surat yang mahu menamatkan kontrak penyewaan mereka di pusat tersebut.

"Saya khuatir dengan masa depan 300 pekerja terlibat, termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan yang berkemungkinan besar dipecat kerana kedai akan ditutup apabila kerja-kerja pembinaan SPICE bermula.

"Sehubungan itu, saya mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang memberikan penjelasan dan penyelesaian untuk golongan tersebut supaya masa depan pekerja dan peniaga terlibat tidak terjejas," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Gerakan Bahagian Bayan Baru di sini, semalam.

Dalam pada itu, Hock Nan juga mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan kepada penduduk di negeri ini mengenai perjanjian untuk melaksanakan SPICE dan nama syarikat yang terlibat.

Menurutnya, pemaju yang bertanggungjawab dalam projek berkenaan juga bakal menerima hasil luar biasa iaitu RM530 juta dan dibenar membangunkan 1,500 unit tambahan dalam setiap projeknya di negeri ini.

"Kerajaan negeri didakwa menyalahguna kuasa dan melanggar undang-undang sedia ada sekiranya membenarkan pemaju yang bertanggungjawab membina 1,500 unit tambahan dalam setiap projek mereka.

"Oleh itu, projek SPICE juga boleh dianggap tidak sah kerana ia bercanggah dengan undang-undang yang ditetapkan iaitu Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) serta Dasar-Dasar dan Garis Panduan (Jabatan Perancangan Pembangunan)," katanya.

SPICE yang menelan kos RM300 juta akan dibina di atas tapak PISA.

Projek tersebut termasuk membaik pulih dan menaik taraf PISA dan Pusat Akuatik.

Lazatnya teh bunga kekwa bercampur madu

Posted:

Lazatnya teh bunga kekwa bercampur madu

Lazatnya teh bunga kekwa bercampur madu


ORANG ramai sanggup beratur panjang untuk membeli teh bunga kekwa yang dijual oleh Zaidi Zainol Abidin dan Tengku Noor Ohara Tengku Zainol Rashid di Bazar Ramadan Stadium Darulaman, Alor Setar, baru-baru ini. - BERNAMA.


ALOR SETAR 5 Sept. - Sanggupkah anda berbaris panjang dalam keadaan letih dan dahaga pada bulan Ramadan semata-mata untuk mendapatkan sebungkus teh bunga kekwa bercampur madu?

Bagi mereka yang pernah merasai kesegaran teh bunga kekwa madu yang dijual oleh Zaidi Zainol Abidin, 42, mungkin anda sanggup menunggu dalam satu barisan yang panjang di bazar Ramadan di pekarangan Stadium Darul Aman di sini untuk mendapatkan teh bunga kekwa itu.

Setiap hari bermula 1 Ramadan, orang ramai beratur panjang menunggu di gerai Zaidi untuk mendapatkan teh tersebut yang berharga RM2 dan keadaan itu sedikit pun tidak berubah walaupun Ramadan sampai ke penghujungnya.

Pembeli juga tidak terganggu dengan kehadiran lebah yang menghurungi tong-tong yang berisi air teh bunga kekwa madu itu.

Penulis sendiri yang pada mulanya tertanya-tanya kenapa begitu ramai pembeli sanggup beratur panjang untuk mendapatkan teh tersebut, jawapan diperolehi apabila merasai sendiri teh bunga kekwa tersebut.

Air tersebut ternyata mampu mengembalikan kesegaran badan selepas seharian penat berpuasa dan rasanya pula tidak terlalu manis kerana Zaidi menggunakan madu untuk menambah perisa minuman itu.

Zaidi berkata, sejak 15 tahun yang lalu, pada bulan Ramadan sahaja dia akan berniaga teh bunga kekwa di bazar Ramadan Stadium Darul Aman.

"Selain berniaga saya juga bekerja di sebuah syarikat swasta di sini sebab itu saya hanya berniaga sepanjang Ramadan sahaja.

"Setiap hari 15 tong air teh bunga kekwa bercampur madu akan dimasak dan semuanya habis dijual," ujarnya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum berniaga air teh bunga kekwa itu, dia juga berniaga air minuman lain seperti air tebu, namun hanya teh bunga yang mendapat sambutan menggalakkan.

"Dulu tak ramai yang suka minum air teh bunga ini, tetapi keadaan mula berubah sejak tahun lalu apabila orang ramai mula menyedari khasiat teh bunga kekwa ini.

"Mulai tahun lalu, semakin ramai peminat teh bunga kekwa madu yang saya jual ini dan sambutan semakin menggalakkan pada bulan Ramadan tahun ini," katanya.

Jelasnya, dia membeli bunga kekwa dari kedai menjual ginseng dan ubat-ubatan tradisional di Alor Setar dan akan memasak bunga kekwa tersebut sambil dibantu oleh isterinya, Tengku Noor Ohara Tengku Zainol Rashid, 40, pada waktu malam.

"Kami hanya memulakan perniagaan pukul 4.30 petang selepas habis waktu pejabat dan jualan akan habis dijual pada pukul 6.30 petang.

"Kami juga terpaksa mengehadkan pembelian teh bunga kepada setiap pelanggan kerana tidak mahu pelanggan lain yang sedang beratur kecewa kerana tidak mendapat teh bunga ini," tambahnya.

Zaidi berkata, rezekinya berniaga teh bunga sepanjang Ramadan memang berbaloi jika diambil kira penat lelahnya berjaga sepanjang malam untuk memasak teh bunga kekwa itu.

"Setiap orang boleh berjaya dalam perniagaan, cuma orang itu perlu tekun berusaha dan bersabar," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved