Selasa, 6 September 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Bayar elak motosikal dirosakkan

Posted:

Bayar elak motosikal dirosakkan

Bayar elak motosikal dirosakkan

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my


'Seorang penjaga parkir haram (kiri) menerima wang daripada seorang penunggang motosikal yang meletakkan kenderaannya di sebuah kawasan parkir awam percuma di Jalan Imbi, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 6 Sept. - Bukan sahaja pemandu kereta terganggu dengan kehadiran penjaga parkir haram di sekitar pusat ibu kota, malah penunggang motosikal juga berdepan dengan masalah yang sama.

Walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mewartakan sesuatu kawasan itu sebagai parkir percuma untuk motosikal tetapi penjaga parkir haram ini tidak pernah mengendahkan papan tanda yang dipasang.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, penjaga parkir haram itu akan bertindak membantu pemilik motosikal mencari ruang kosong termasuk dengan menyusun dan merapat-rapatkan motosikal jika sesuatu kawasan parkir itu hampir penuh.

Bayaran yang biasa diberikan adalah antara RM1 hingga RM2 walaupun pemerhatian Utusan Malaysia mendapati mereka tidak menetapkan sebarang jumlah.

Tinjauan mendapati, di kawasan- kawasan yang sibuk seperti berhampiran Plaza Low Yat di Bukit Bintang, penjaga parkir haram itu mampu mengaut sehingga RM50 dalam masa setengah jam sahaja.

Seorang kakitangan kerajaan, Mohd. Faizal Mohd. Saudi, 33, berkata, memang terdapat banyak kawasan letak motosikal di sekitar Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan golongan tertentu mencari pendapatan.

"Saya sering kali didatangi oleh golongan ini untuk meminta bayaran ketika meletakkan motosikal di kawasan parkir awam dan mahu tidak mahu, kita terpaksa memberi.

"Ini kerana rakan saya pernah mengalami kejadian motosikalnya ditoreh kerana tidak memberikan wang kepada mereka," katanya.

Pesara, Ismail Yusoff, 63, berkata, kebanyakan mereka yang terlibat dalam kegiatan itu tidak mempunyai pekerjaan tetap, lalu menjadikan kawasan parkir awam sebagai sumber rezeki.

"Kalau saya didatangi golongan tersebut, saya bagi sahaja RM1 kepada mereka. Takut juga, kalau tidak bagi, mereka akan rosakkan motosikal saya," katanya.

Sementara itu, Mohd. Iqbal Mohd. Sofian, 22 berkata, jika tiada pilihan dan kawasan parkir penuh, dia akan meletakkan di kawasan yang dijaga oleh golongan itu.

Masalah parkir haram akan diselesaikan

Posted:

Masalah parkir haram akan diselesaikan

Masalah parkir haram akan diselesaikan

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil langkah yang berkesan dalam menangani masalah penjaga parkir haram di sekitar ibu negara yang didakwa semakin berleluasa.

Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Datuk Mustafa Kamal Yusoff berkata, perbincangan mengenai masalah tersebut telah diutarakan dalam mesyuarat DBKL sebelum ini ekoran aduan daripada orang ramai sepanjang bulan Ramadan lalu.

"Beberapa cadangan telah dibuat dalam perbincangan tersebut dan sedang diteliti, namun ia belum diputuskan lagi.

"Kami juga telah membuat tinjauan di beberapa kawasan dan memang terdapat penjaga parkir haram dan ada yang beroperasi 24 jam,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut bentuk-bentuk tindakan yang sedang dikaji itu dan bila tindakan penguatkuasaan akan bermula.

Sebelum ini, Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan turut menggesa DBKL agar bertindak segera terhadap kegiatan penjaga parkir haram yang semakin menjadi-jadi di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India.

Mustafa Kamal berkata, DBKL pernah mengenakan tindakan terhadap beberapa individu sebelum ini kerana bertindak sebagai penjaga parkir haram tetapi mereka didapati meneruskan semula kegiatan mereka.

Menurutnya, DBKL juga akan meneliti kawasan-kawasan yang dijadikan tempat letak kereta bagi memastikan tiada tanah kerajaan yang digunakan tanpa izin.

Permohonan lima syarikat halang MRT ambil tanah 15 Sept.

Posted:

Permohonan lima syarikat halang MRT ambil tanah 15 Sept.

Permohonan lima syarikat halang MRT ambil tanah 15 Sept.

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Keputusan permohonan lima syarikat persendirian termasuk dua pemilik tanah untuk mendapatkan kebenaran mengisytiharkan pengambilan sembilan lot tanah untuk projek mega My Rapid Transit (MRT) di Bukit Bintang sebagai batal dan tidak sah, ditangguhkan sehingga 15 September ini.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Abang Iskandar Abang Hashim di kamar beliau di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini kerana memerlukan masa untuk membuat keputusan.

Peguam Su Tiang Joo yang mewakili kesemua pemohon memberitahu pemberita, mahkamah turut melanjutkan penggantungan sementara prosiding pengambilan sembilan lot tanah tersebut sehingga tarikh itu.

Pemohon-pemohon terdiri daripada syarikat T.S. Law Corporation Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Daun Kencana Sdn. Bhd.) dan dua anak syarikatnya, LTS Properties (M) Sdn. Bhd., dan LTS Capital Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Suasana Angsana Sdn. Bhd.).

Yang lain adalah LTS Resources Holdings (M) Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai Ikram Bakat Sdn. Bhd.) dan anak syarikat LTS Capital, Pedoman Cekap Sdn. Bhd., kedua- duanya merupakan syarikat pemilik tanah.

Dalam semakan kehakiman yang difailkan pada 5 Ogos lalu, pihak pemohon menamakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Kerajaan Malaysia dan Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden pertama hingga ketiga.

Pihak responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Noor Hisham Ismail.

T.S. Law Corporation adalah pemilik benefisial bagi keseluruhan tanah tersebut memandangkan ia syarikat induk muktamad kepada LTS Resources Holdings dan Pedoman Cekap.

Sejak penghujung 1990-an, T.S. Law Corporation berhasrat memajukan sebuah pusat perdagangan di kawasan Bukit Bintang melalui anak- anak syarikatnya.

Selaras dengan itu, T.S. Law Corporation melalui LTS Resources dan Pedoman Cekap secara beransur- ansur menambah bank tanahnya di kawasan Bukit Bintang dengan membeli keseluruhan tanah dari tahun 1999 hingga tahun ini pada jumlah harga balasan yang melebihi RM130 juta.

Pihak pemohon mendakwa, kelulusan pengambilan tanah untuk projek MRT tidak dimaklumkan kepada mereka selain menyatakan, kelulusan itu menyalahi undang-undang, tidak sah dan berniat jahat serta melanggar Seksyen 3E(2) Akta Pengambilan Tanah 1960.

Ini kerana dakwa pihak pemohon, tanah yang diluluskan untuk pengambilan adalah lebih luas daripada yang diperlukan bagi projek MRT.

Pihak pemohon juga mendakwa, memandangkan projek MRT yang dicadangkan hanya beroperasi di bawah tanah maka tiada keperluan untuk mengambil mana-mana bahagian permukaan tanah tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved