Selasa, 6 September 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Caj mandi, kafan RM500?

Posted:

Caj mandi, kafan RM500?

Caj mandi, kafan RM500?

Saudara Pengarang,
BARU-BARU ini anak seorang kenalan saya telah meninggal dunia di Hospital Daerah Segamat.

Pengurusan jenazah (mandi dan kafan) dilakukan sepenuhnya oleh pihak hospital. Malah jenazah dihantar ke rumah keluarganya menggunakan van jenazah hospital.

Bapa arwah memaklumkan kepada saya seorang petugas hospital telah meminta beliau membayar RM500 sebagai bayaran mandi dan kafan jenazah. Bayaran tambahan sebanyak RM100 pula perlu dijelaskan untuk kos penghantaran jenazah.

Memandangkan kenalan berkenaan tidak mempunyai kerja tetap dan menampung keluarga yang agak besar, saya telah menghubungi pihak hospital Segamat untuk pengesahan tuntutan bayaran berkenaan dan membantu membuat rayuan jika ia benar.

Dua kali menghubungi Unit Hasil Hospital, jawapan yang sama saya terima bahawa tiada bayaran pengurusan jenazah (mandi dan kafan) dikenakan jika jenazah adalah warganegara Malaysia, manakala caj van jenazah dikira berdasarkan jarak antara hospital dan lokasi jenazah dihantar (dalam kes ini caj sebenar adalah RM10 sahaja).

Saya merasa terkilan mengapa ada pihak cuba mengambil kesempatan dalam kesedihan keluarga jenazah. Bagi caj van jenazah pula saya sedia maklum ia dikira berdasarkan jarak dari hospital ke lokasi jenazah dihantar.

Diharapkan pihak tertentu sedar bahawa tindakan meminta bayaran daripada waris si mati tanpa apa-apa notis bertulis yang dikeluarkan oleh hospital adalah tidak jujur.

Jika anda berada di pihak keluarga si mati, bagaimana perasaan anda? Adakah anda akan terus mengeluarkan wang membayar tuntutan yang tidak pasti kesahihannya?

Justeru, kepada semua pembaca diharap kita jangan terburu-buru bertindak terutama dalam soal yang melibatkan wang.

Sebaliknya ambillah sedikit masa untuk mendapatkan pengesahan atau melakukan siasatan terhadap kesahihan sesuatu caj yang dikenakan oleh pihak tertentu. Hentikan budaya 'memberi duit kopi'.

ANTI EKSPLOITASI

Segamat

Letak bil elektrik, air di tempat sesuai

Posted:

Letak bil elektrik, air di tempat sesuai

Letak bil elektrik, air di tempat sesuai

TIDAK SUKA BERHUTANG
Segamat

Saudara Pengarang,
SAYA merupakan kakitangan awam dan tinggal di kuarters kerajaan. Masalah yang saya hadapi ialah bil air dan elektrik sering hilang menyebabkan terdapatnya tunggakan pada bil-bil tersebut.

Sering kali bil tidak diletakkan di dalam peti surat walaupun saya telah menggantungkan notis di meter air dan meletakkan satu lagi notis di bahagian bawah meter elektrik agar bil berkenaan diletakkan di dalam peti surat atau diselitkan di bawah pintu rumah.

Ada kalanya bil-bil berkenaan diterbangkan angin atau ditimpa hujan sehingga tidak ditemui atau telah hancur. Kawasan kediaman saya terletak di tepi jalan dan tidak berpagar. Saya juga tidak memelihara anjing malah peti surat digantung di tiang tempat letak kereta.

Justeru, diharapkan para pembaca meter air ataupun elektrik dapat memberi sedikit kerjasama.

Jika merasakan ia agak sukar atau memakan masa, pihak berkaitan boleh mengedarkan borang agar pelanggan memilih cara serahan bil sama ada melalui pos atau meninggalkan di premis kediaman berkenaan.

Akibat masalah bil tidak diterima, maka terdapat tunggakan pada bil. Pihak TNB dan SAJ pula begitu tegas memotong bekalan elektrik dan air walaupun caj yang perlu dibayar masih di bawah kadar deposit.

Selepas dipotong pengguna dikenakan pula caj pemasangan semula setelah bil dijelaskan.

Hairan mengapa orang awam yang terhutang dalam jumlah yang masih rendah diperlakukan sedemikian rupa sedangkan syarikat besar yang berhutang ribuan ringgit masih boleh menikmati penggunaan air dan elektrik?

Diharap perkara ini tidak berlanjutan demi kebaikan bersama.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved