Khamis, 8 Disember 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tidak wujud 'senarai hitam'

Posted:

Tidak wujud 'senarai hitam'

Tidak wujud 'senarai hitam'

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Pintu sentiasa terbuka buat pemain-pemain yang telah meninggalkan skuad Harimau Muda A pada saingan musim hadapan untuk mewakili negara dalam mana-mana kejohanan bawah 23 tahun.

Jelas Ong Kim Swee, tidak wujud pendekatan senarai hitam terhadap pemain berkenaan selagi memenuhi piawaian yang ditetapkan daripada aspek kecergasan dan mutu permainan.

''Tidak benar sama sekali tanggapan bahawa saya tidak akan lagi memberikan peluang kepada pemain-pemain yang bertindak meninggalkan skuad Harimau Muda mewakili negara di pentas antarabangsa.

''Selagi mereka semua dapat memenuhi tahap kecergasan dan gaya permainan yang saya mahukan semasa mewakili skuad negeri, saya tetap akan panggil dan pintu buat mereka sama sekali tidak akan tertutup.

''Saya mempunyai data setiap pemain selama empat tahun dan saya tahu di mana tahap mereka sebenar walaupun ada antara mereka tidak lagi bersama skuad Harimau Muda selepas ini.

''Mengenai mengapa saya tidak panggil Shakir dan Faizal, saya ada sebab tersendiri seperti Shakir yang gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama di Kedah manakala Faizal baru sahaja pulih daripada kecederaan yang panjang, " katanya yang ditemui di Wisma FAM, baru-baru ini.

Sebelum ini, terdapat desas-desus mengatakan pemain-pemain yang bertindak meninggalkan skuad Harimau Muda bakal dipinggirkan daripada mewakili negara dalam kejohanan Bawah 23 tahun negara.

Ia bagaikan terbukti apabila beberapa pemain seperti Mohd. Faizal Muhammad, Ahmad Shakir Ali dan Ahmad Aminuddin Shaharuddin bagaikan sudah tiada dalam perancangan Kim Swee selepas bertindak meninggalkan skuad Harimau Muda A pada musim ini.

Pada Sukan SEA XXVI Indonesia dan kelayakan Olimpik, Faizal Muhammad tidak dipanggil untuk menjalani pemilihan walaupun dia baru mempamerkan persembahan cemerlang dengan skuad Terengganu pada saingan Piala Malaysia.

Malahan, lima pemain terbaru yang membuat keputusan untuk tidak lagi menyambung kontrak bersama Harimau Muda A seperti Mohd. Muslim Ahmad, K. Gurusamy, Mohd. Zamir Selamat, K. Sasikumar dan Abdul Shukor Jusoh diramalkan akan mengalami nasib yang sama.

Namun, ia dinafikan oleh Kim Swee sendiri yang berkata, dia bersedia membawa mana-mana antara lima pemain itu pada tiga lagi baki kelayakan akhir Olimpik tahun depan.

''Mereka yang bermain dengan skuad negeri musim depan akan dipantau oleh saya tahap dari masa ke semasa dan mereka masih ada dalam perancangan saya," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kecik tak kempunan jika tercicir ke Australia

Posted:

Kecik tak kempunan jika tercicir ke Australia

Kecik tak kempunan jika tercicir ke Australia


Wan Zaharul Nizam (dua dari kiri) masih menerima rawatan insentif daripada Institut Sukan Negara bersama seorang lagi pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat.


KUALA LUMPUR - Menyedari kecederaan otot paha yang dialami masih belum pulih sepenuhnya, pemain sayap Bawah 22 tahun negara, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria atau lebih dikenali 'Kecik' rela jika namanya tidak disenaraikan ke Australia pada 10-22 Disember ini.

Meletakkan sasaran mahu beraksi kembali semasa berdepan Bahrain pada pusingan kelayakan akhir Olimpik yang dijadualkan 5 Februari depan, dia kini masih menerima rawatan insentif dari Institut Sukan Negara (ISN) bersama seorang lagi pemain, Gary Steven Robbat.

"Peluang saya untuk dibawa ke Sydney masih 50-50 kerana kecederaan saya dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh sebulan mengikut apa yang diberitahu oleh ISN.

"Oleh itu, saya fikir kemungkinan saya tidak disenaraikan ke Sydney, Australia kerana faktor kecederaan, namun jika itu berlaku, saya tidak kisah dan sanggup berikan peluang kepada rakan-rakan lain yang masih boleh bermain.

"Apa yang penting, saya mahu kecederaan hamstring saya ini sempat pulih sebelum berdepan Bahrain," katanya yang ditemui pada sesi latihan skuad Bawah 22 tahun negara, baru-baru ini.

Kecik mengalami kecederaan ketika berdepan Indonesia pada peringkat kumpulan Sukan SEA XXVI Indonesia.

Skuad Olimpik yang sedang menjalani latihan dan pemilihan pemain ke Sydney bagi menghadapi tiga perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga Australia.

Sydney FC akan menjadi pasukan pertama menguji anak-anak buah Ong Kim Swee pada 13 Disember diikuti dua hari kemudian, Central Coast Mariners dan menutup tirai perlawanan persahabatan dengan Newcastle Jets pada 19 Disember.

Jelas pemain berusia 20 tahun dari Tumpat, Kelantan ini, hatinya masih geram semasa melihat rakan-rakannya tewas dua kali berturut-turut dalam perlawanan kelayakan Olimpik baru-baru ini.

"Hati saya cukup pedih apabila melihat rakan-rakan berjuang dalam kepenatan semasa kalah kepada Syria dan Bahrain, baru-baru ini.

"Kalaulah saya tidak cedera, saya mahu membantu rakan-rakan lain dan yakin dapat memberikan sesuatu dalam perlawanan berkenaan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Guna teksi bapa edar dadah

Posted:

Guna teksi bapa edar dadah

Guna teksi bapa edar dadah

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my


Amar Singh Ishar Singh menunjukkan dadah jenis syabu yang berjaya dirampas hasil serbuan ke atas sebuah teksi baru-baru ini pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 8 Dis. - Seorang pemandu teksi menyalahgunakan teksi milik bapanya untuk membawa dan mengedar dadah jenis syabu di sekitar Lembah Klang bersama seorang rakannya sejak beberapa bulan lalu.

Kegiatan kedua-dua suspek yang berusia 24 dan 28 tahun itu bagaimanapun terbongkar apabila kenderaan mereka ditahan polis dalam satu sekatan di Jalan Imbi, kira-kira pukul 11.30 pagi kelmarin.

Dalam pemeriksaan itu, polis menemui dua bungkusan plastik mengandungi 1.6 kilogram dadah syabu yang dianggarkan bernilai RM300,000.

Teksi yang dipandu suspek berusia 28 tahun itu ditahan hasil maklumat awam dan risikan polis mengenai kegiatan pengedaran dadah menggunakan kenderaan pengangkutan awam itu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, siasatan awal mendapati, pemandu teksi itu membawa teksi milik bapanya selepas dia diberhentikan tugas sebagai kakitangan di sebuah universiti tempatan atas masalah disiplin.

Katanya, rakan suspek yang memiliki satu rekod lampau berkaitan dadah bagaimanapun masih bertugas di universiti yang sama.

"Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula semalam sehingga Selasa depan dan mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

"Pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket berkenaan dan bagaimana bekalan itu diperoleh.

"Ini merupakan tangkapan pertama membabitkan pemandu teksi yang menjadikan teksinya untuk mengedar dadah di sekitar Lembah Klang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam pada itu, jelas Amar Singh, sebanyak RM3.1 juta nilai dadah dimusnahkan dalam tiga operasi berasingan bagi melupuskan dadah selepas arahan dikeluarkan pihak mahkamah sejak Mei lalu.

Katanya, rampasan dadah terbanyak yang dilupuskan ialah jenis ganja sejumlah 95 kilogram, diikuti dadah jenis ketamin sebanyak 32 kilogram, katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiga anggota polis ditahan

Posted:

Tiga anggota polis ditahan

Tiga anggota polis ditahan

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 8 Dis. - Sepucuk pistol milik seorang anggota polis yang hilang ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang pada 2009, digunakan oleh sekumpulan penjenayah yang merompak sebuah kedai emas di Wakaf Tapai, Marang pada 28 November lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa mengesahkan perkara itu setelah tertangkapnya empat suspek dalam kes rompakan tersebut, tiga daripadanya anggota polis yang bertanggungjawab atas kehilangan senjata itu, pada 29 dan 30 November lalu.

Beliau berkata, polis sebelum itu menemui sebuah motosikal dan beberapa peralatan yang digunakan suspek dalam rompakan tersebut di kebun kelapa sawit di Kampung Pak Bilis, Jalan Tambak Baru kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian.

"Hasil penemuan itu, pihak kami menahan pemilik motosikal berusia 30 tahun di Kampung Tok Lam dekat sini dan siasatan lanjut membawa kepada penangkapan seorang lagi suspek iaitu anggota polis berusia 29 tahun dan bertugas di cawangan pengangkutan di Hulu Terengganu.

"Penangkapan anggota polis itu membawa kepada penemuan barang kes termasuk sepucuk pistol jenis Revolver .38 yang digunakan dalam rompakan itu selain barang kemas yang disamun serta tiga butir peluru hidup," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang kepada 329 pegawai, anggota dan kakitangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Pada 28 November lalu, sebuah kedai emas dirompak manakala pemiliknya nyaris cedera apabila dikejar dua perompak bersenjatakan pistol.

Ketika kejadian pukul 11.30 pagi itu, suspek turut melepaskan tembakan yang mengenai sebuah kereta dinaiki dua kanak-kanak sebelum melarikan diri dengan barang kemas hasil rompakan.

Jamshah berkata, siasatan lanjut mendapati, pistol tersebut diperoleh daripada dua anggota polis yang bertugas di Cawangan Pengangkutan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur.

Berikutan itu, katanya, dua anggota polis terlibat, masing-masing berusia 29 dan 33 tahun turut ditahan dan mereka kini digantung tugas dan reman sehingga 14 Disember depan bagi membantu siasatan.

Tambah beliau, pistol berkenaan dipercayai dijumpai salah seorang anggota polis di Pulapol namun ia tidak diserahkan kepada pihak pengurusan.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap tiga anggota polis terlibat sekiranya mereka terbukti bersalah. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dihukum gantung sampai mati," jelasnya.

Dalam pada itu, Jamshah turut menafikan laporan sebuah akhbar tempatan bahawa berlaku kegiatan menyewakan senjata api oleh anggota polis untuk menjalankan jenayah.

"Laporan itu tidak benar sama sekali. Saya kesal dengan tindakan pengamal media itu dan berharap mereka lebih berhati-hati dalam membuat laporan supaya tidak menjejaskan nama baik jabatan ini selain mengganggu proses siasatan," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


NGO 'hadiah' Guan Eng kek replika najis

Posted:

NGO 'hadiah' Guan Eng kek replika najis

NGO 'hadiah' Guan Eng kek replika najis


EMPAT replika kek berbentuk najis manusia dan sebiji berbentuk angka empat dibawa masuk oleh beberapa anggota NGO ke tempat menunggu tingkat tiga Bangunan Komtar, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 8 Dis. - Beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghadiahkan 'kek' unik serta replika najis manusia kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sempena hari lahirnya yang ke-51 di Bangunan Komtar, di sini hari ini.

Bagaimanapun, cubaan 20 ahli NGO berkenaan gagal berikutan pintu utama menghala ke pejabat Setiausaha Agung DAP itu dikunci pengawal keselamatan.

Difahamkan replika najis itu diterima daripada empat individu yang mengisytiharkan mereka sebagai ahli NGO selepas keluar dari DAP.

Presiden Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia Pulau Pinang (PSAMPP), Abdul Ghani Mohamed Jiman yang mengetuai kumpulan itu berkata, kek itu diperbuat daripada polisterin dan disalut dengan krim coklat sebagai tanda tidak berpuas hati mereka dengan pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang yang disifatkan kotor dan hanya cantik di luaran sahaja.

''Kek yang bersalutkan coklat diluar itu jika dilihat ia sangat lazat dengan warna dan rupa bentuknya, namun apabila dipotong dalamnya palsu kerana diperbuat dengan polisterin yang sememangnya tidak boleh dimakan.

''Mereka (Kerajaan DAP Pulau Pinang) sama seperti kek itu di mana hanya cantik di luar namun di dalam sebaliknya.

''Kami membuat kek itu begitu adalah untuk menunjukkan bahawa pentadbiran DAP di negeri ini adalah palsu semata-mata. Mereka menipu rakyat dengan janji manis namun jika kita lihat agenda yang sebenar, semuanya palsu belaka," katanya kepada pemberita.

Full content generated by Get Full RSS.

MB saman ADUN Batu Buruk

Posted:

MB saman ADUN Batu Buruk

MB saman ADUN Batu Buruk

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
pengarang@utusan.com.my


KIRI:Ahmad Said, KANAN:Syed Azman


KUALA TERENGGANU 8 Dis. - Bagi menghentikan 'fitnah bersiri' yang dianggapnya melampau, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan mengambil tindakan saman terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad.

Menurut Ahmad, tindakan serupa akan diambil terhadap lidah rasmi Pas iaitu Harakah, pengerusi dan penerbitnya berhubung dakwaannya kononnya berlaku penyelewengan peruntukan RM30 juta pembekalan pakaian seragam sekolah.

Bercakap kepada pemberita selepas sesi akhir persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, Ahmad berkata, beliau sedih dan kesal dengan sikap wakil Pas itu yang berterusan melemparkan fitnah kepada kepimpinannya dan kerajaan negeri.

''Pembohongan sebegini patut dihentikan dan mereka perlu diajar apatah lagi semakin ramai di kalangan kita yang mudah percaya dengan setiap pembohongan," ujarnya.

Katanya, selain cuba menjatuhkan maruahnya, fitnah itu dilemparkan untuk menghakis kepercayaan umum dan usaha menutup kebaikan yang dihulurkan secara meluas kepada rakyat terutamanya golongan miskin.

''Itulah yang ditakuti Pas apabila pelbagai bentuk bantuan disalurkan untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat, termasuk pemberian e-Book kepada pelajar yang turut menjadi sasaran.

''Maka mereka akan terus mengaitkan dengan ketirisan, kebocoran, penyelewengan untuk menggambarkan kerajaan negeri jahat, mengutamakan kroni dan sebagainya," katanya.

Terdahulu ketika menggulung perbahasan, beliau mengucapkan terima kasih kepada Dr. Azman kerana membuat semua kenyataan bohong itu dalam akhbar Harakah yang bertajuk Seleweng RM30 juta bantuan sekolah?

Dr. Azman kemudian membawa perkara itu sebagai usul tergempar yang ditolak oleh Dewan pada hari pertama sidang.

Wakil pembangkang itu dalam kolum Ganu Kite menulis bahawa Ahmad meluluskan pembekalan pakaian sekolah bernilai RM10 juta selama tiga tahun dengan harga oleh pembekal begitu tinggi daripada harga pasaran.

Ahmad menjelaskan, dalam laporan Ketua Audit Negara kontrak pembekalan pakaian hanya satu tahun iaitu pada tahun 2009 dengan nilai kontrak sebenar RM7.995 juta dan bukannya RM10 juta.

''Tidak disebut dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 kononnya berlaku salah lalu dan penyelewengan serta kebocoran sebaliknya pujian diberikan kerana ia telah dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga miskin," ujarnya.

Katanya, pembekal dilantik setelah membuat perbandingan harga yang ditawarkan syarikat lain iaitu Mysutera Sdn. Bhd. yang dahulunya dikenali sebagai KUB Tekstil Sdn. Bhd. (sebagai tanda aras kualiti) dengan harga yang ditawarkan RM161.60 bagi set lelaki dan RM173.90 bagi set perempuan.

''Tetapi harga yang dibekalkan oleh kerajaan hanyalah RM150. Hanya pada tahun itu kerajaan meluluskan pembelian pakaian untuk mengelak pemberian disalah guna manakala pada 2007, 2008 dan 2010 dalam bentuk wang tunai," ujarnya.

Beliau menarik perhatian, sebenarnya terdapat salah faham pihak audit terhadap harga yang ditawarkan pembekal berbanding harga di pasaran kerana menganggap ia harga pasang.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Penduduk rayu baiki segera paip bocor

Posted:

Penduduk rayu baiki segera paip bocor

Penduduk rayu baiki segera paip bocor

SALAMIAH RAHMAT,
Felda Kechau Satu, Lipis

Saudara Pengarang,
SAYA mewakili penduduk Felda Kechau Satu, Lipis merayu pihak berwajib membaiki segera saluran paip air yang bocor di beberapa buah rumah di kawasan ini.

Untuk makluman, masalah berkenaan berlarutan sejak hampir sebulan lalu namun masih tiada sebarang tindakan proaktif dilaksanakan untuk membaik pulih kerosakan tersebut.

Terdapat lebih empat tempat saluran paip bocor sehingga mengakibatkan penduduk di kawasan itu mengalami tekanan air rendah.

Kami sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berwajib tentang masalah berkenaan, tetapi sehingga kini tindakan belum diambil.

Senario itu bertambah rumit bagi kebanyakan kediaman penduduk yang terletak di tempat tinggi menyebabkan tekanan rendah selain berlaku pembaziran air berikutan kebocoran yang berlaku.

Untuk mengelakkan air dibazirkan, kami mengambil inisiatif mengikat batang paip yang bocor dengan menggunakan botol plastik.

Walaupun begitu, masih ada air yang keluar dari celah-celah botol berkenaan sehingga kawasan di hadapan rumah kami digenangi air.

Apa yang kami tahu paip itu sudah lama iaitu berusia 20 tahun dan boleh disifatkan telah uzur serta berkarat.

Keadaan itu kerap berlaku dan mengundang masalah kepada kami terutama untuk keperluan memasak, mandi dan membasuh sehingga anak menantu yang pulang ke rumah terpaksa memendekkan percutian mereka.

Menerusi Rakan Pahang ini, saya mengharapkan kerajaan negeri dan pihak tertentu memberi perhatian dan menyelesaikan segera masalah itu iaitu menggantikan paip lama dengan yang baharu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tinggikan Jambatan Sungai Gayong

Posted:

Tinggikan Jambatan Sungai Gayong

Tinggikan Jambatan Sungai Gayong

AMRAN BOJI,
Kampung Kedaik Asal, Rompin


Amran menunjukkan keadaan Jambatan Sungai Gayong di Kampung Kedaik Asal Rompin yang sering dinaiki air sungai berikutan keadaan permukaan lantai jambatan yang rendah.


Saudara Pengarang,
SAYA mewakili penduduk di tiga kampung di Kedaik Asal, Rompin menggesa pihak berkuasa meninggikan Jambatan Sungai Gayong di Kampung Kedaik Asal kerana sering dinaiki air sungai berikutan permukaan jambatan yang rendah.

Seramai 300 penduduk di Kampung Kedaik Asal, Kampung Guri dan Kampung Rantau Panjang sering terputus hubungan akibat masalah itu.

Keadaan itu menyebabkan mereka terpaksa menggunakan jalan ladang kelapa sawit milik syarikat swasta untuk keluar masuk dari kampung itu walaupun jalan terbabit bahaya dan tidak boleh dilalui kenderaan berat.

Selain itu, pihak berwajib juga diminta supaya menggantikan sistem pembetungan sedia ada kepada sistem pembetungan baru bagi memudahkan pengaliran air Sungai Gayong mengalir terus ke Sungai Rompin.

Masalah sistem pembetungan kecil bukan sahaja tidak dapat menampung jumlah kepadatan air sungai malah menyebabkan pengaliran tidak lancar dan tersekat.

Situasi menjadi lebih buruk setiap kali tiba musim tengkujuh apabila paras air sungai meningkat hingga menyebabkan penduduk kampung terlibat terputus hubungan.

Lebih membimbangkan apabila musim tengkujuh tiba menyebabkan penduduk di sini perlu bersedia untuk berdepan dengan keadaan itu ekoran air sungai tersebut melimpah dengan deras sehingga menutupi jambatan terbabit.

Kami juga kesal dengan sikap individu tidak bertanggungjawab apabila sanggup mencuri besi lantai jambatan itu dan menjualnya kepada kedai besi buruk.

Justeru, kami penduduk kampung ini berharap supaya wakil rakyat atau pihak berwajib memandang serius perkara tersebut demi keselesaan dan kemudahan penduduk berulang-alik menggunakan jambatan itu.

Full content generated by Get Full RSS.

YP lahir modal insan berkualiti

Posted:

YP lahir modal insan berkualiti

YP lahir modal insan berkualiti

KUANTAN 8 Dis. - Yayasan Pahang (YP) merupakan sebuah institusi yang berjaya bagi melahirkan modal insan berkualiti negara sama ada dalam bidang akademik atau kemahiran.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kejayaan itu adalah selaras dengan misi yayasan tersebut iaitu menggalakkan kemajuan dalam bidang pendidikan untuk rakyat negeri ini terutama dalam melahirkan modal insan negara.

"Selain pemberian biasiswa dan pinjaman, yayasan juga turut memperluaskan peluang mendapatkan pendidikan dan latihan berkualiti melalui penubuhan Kolej Antarabangsa IKIP, Pusat Kemahiran Tinggi IKIP dan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP).

"Justeru, yayasan ini telah menyediakan hampir 3,000 tempat pengajian kepada rakyat negeri dalam satu-satu masa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Abu Bakar Harun (BN-Chini) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-12 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Adnan memberitahu, Kolej Antarabangsa IKIP yang ditubuhkan melalui yayasan ini sejak 1992 berjaya melahirkan kira-kira 20,000 graduan.

"Selain itu, MTNP ditubuhkan bagi melahirkan para hafiz dan hufaz selain membentuk profesional teknokrat dari kalangan mereka.

"Bagi pencapaian pelajar diploma, MTNP merupakan Maahad Tahfiz terbaik di Malaysia dengan bilangan pelajar yang berjaya memperoleh pangkat Imtiaz sebanyak 71.9 peratus," katanya.

Jelasnya, bagi keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010, MTNP mencatat keputusan 81 peratus pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran.

Tambahnya, berdasarkan kajian perbandingan antara yayasan di negeri-negeri lain pada 2008, YP berada di landasan yang baik.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Malay Mail, 3 lagi defendan perlu fail pembelaan sebelum 30 Disember ini

Posted:

Malay Mail, 3 lagi defendan perlu fail pembelaan sebelum 30 Disember ini

Malay Mail, 3 lagi defendan perlu fail pembelaan sebelum 30 Disember ini

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Akhbar Malay Mail dan tiga lagi yang disaman RM50 juta oleh adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra (gambar) atas dakwaan memfitnah beliau, dikehendaki memfailkan pernyataan pembelaan masing-masing sebelum 30 Disember ini.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datin Zabariah Mohd. Yusof menetapkan tarikh tersebut di kamar beliau hari ini ketika pengurusan kes saman itu buat pertama kali selepas ia difailkan pada 11 November lalu.

Peguam A.S. Dhaliwal yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry memberitahu pemberita, mahkamah menetapkan 13 Januari depan untuk pihaknya membalas pembelaan tersebut dan 18 Januari pula dijadualkan bagi lanjutan pengurusan kes berkenaan.

Saman itu berhubung artikel yang diterbitkan menerusi akhbar dalam talian di Malay Mail Online News Portal pada 5 Mei tahun lalu yang didakwa mengandungi tuduhan bermaksud sindiran beliau seorang yang tidak boleh dipercayai, penjenayah, pengkhianat dan tiada integriti.

Selain Malay Mail Sdn. Bhd., Tengku Muhammad Fakhry selaku plaintif turut menamakan pencetak akhbar tersebut, New Straits Times Press (M) Bhd.; Ketua Editor, Yushaimi Maulud Yahya; dan wartawan, Marhalim Abbas masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat.

Dalam pernyataan tuntutannya, Tengku Muhammad Fakhry menyatakan, ayat-ayat yang diterbitkan dalam artikel itu tidak benar, tidak berdasarkan sebarang bukti, merupakan makna yang direka ataupun khabar angin.

Menurut plaintif, ia antara lain membawa maksud beliau telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan kes tembakan ke atas pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad.

Akibatnya, dakwa plaintif, artikel itu telah menyebabkan dirinya dibenci, dihina dalam kalangan kaum kerabat dan orang ramai sehingga membuatkan dirinya mengalami kegelisahan, tekanan mental dan jiwa.

Tengku Muhammad Fakhry menyatakan, beliau tidak mengambil sebarang tindakan sebelum ini kerana mahu mendapatkan keputusan Mahkamah Koroner yang ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Ramli.

Ramli, 51, meninggal dunia selepas 19 hari koma akibat ditembak di Palekbang, Tumpat ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bertugas di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan pada 1 Mei 2010.

Plaintif menyatakan, beliau tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah seperti yang didakwa dalam artikel yang disiarkan dan tidak pernah didakwa oleh polis dalam kes tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Peguam antara dua pengarah syarikat dipenjara

Posted:

Peguam antara dua pengarah syarikat dipenjara

Peguam antara dua pengarah syarikat dipenjara

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Seorang peguam antara dua pengarah syarikat Business Time Dina Sdn. Bhd. yang dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah menerima deposit sebanyak RM200,000 tanpa lesen yang sah, tiga tahun lalu.

Hakim S.M. Komathy Suppiah memutuskan demikian terhadap Hazlan Abd. Hamid, 39, yang mewakili dirinya sendiri setelah dia didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut.

Seorang lagi tertuduh, Hasri Mohd. Nor, 41, yang diwakili peguam bela Mohd. Zaharudeen Harun turut dikenakan hukuman yang sama.

Komathy turut memerintahkan Business Time Dina yang menjalankan perniagaan perdagangan, didenda RM300,000 selepas disabitkan bersalah atas tuduhan yang sama.

Bagaimanapun, beliau membenarkan permohonan Hazlan dan Hasri bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara yang sepatutnya bermula hari ini sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh sebagai pengarah syarikat Business Time Dina didakwa menerima deposit tanpa lesen daripada syarikat Dutatek (Malaysia) Sdn. Bhd. tanpa memegang lesen yang sah mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di Wisma MPL, Jalan Raja Chulan di sini pada 25 Februari 2008.

Bussines Time Dina turut menghadapi tuduhan serupa yang didakwa dilakukan pada masa, tarikh dan tempat sama.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 25(1) dan Seksyen 6(4) BAFIA dan boleh dihukum di bawah Seksyen 106(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM10 juta atau kedua-duanya.

Terdahulu, Hazlan merayu hukuman ringan memandangkan perbuatan itu merupakan kesalahan kali pertama selain mendakwa tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh Majlis Peguam Malaysia sepanjang tempoh kariernya.

Katanya lagi, dia dilantik menjadi pengarah syarikat berkenaan atas cadangan Harun Mat Saat, seorang individu yang membantu menguruskan Business Time Dina.

Pegawai Pendakwa dari Bank Negara Malaysia (BNM), Mohd. Shukri Abdul Mansur yang mengendalikan pendakwaan pula memohon kesemua tertuduh dikenakan hukuman berbentuk pencegahan kerana kesalahan mengambil deposit tanpa lesen adalah kesalahan serius.

Jelas beliau, kedua-dua tertuduh tidak menggunakan kewarasan masing-masing kerana mereka hanya mengikut telunjuk Harun yang didakwa menjadi dalang utama kes itu.

Sebanyak 15 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan telah dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang prosiding berlangsung.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Cabaran baru Maya, Aaron

Posted:

Cabaran baru Maya, Aaron

Cabaran baru Maya, Aaron

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ihsan TARANTELLA PICTURES


BAGI Aaron Aziz, Ombak Rindu memerlukannya bermain dengan emosi.


TIADA siapa pernah menyangka filem Ombak Rindu yang menjadi bualan ramai ketika ini akan menjadi fenomena luar biasa.

Apatah lagi untuk sebuah filem bercorak melodrama seperti ini, ia sesuatu yang di luar jangkaan lantaran genre aksi, komedi dan seram masih lagi mendominasi pasaran.

Bayangkan, Ombak Rindu berjaya mengalahkan filem blockbuster, The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1 pada hari pembukaan dengan mencatatkan kutipan sebanyak RM750,000.

Tidak sampai tiga hari tayangannya, ia telah mencatatkan kutipan sebanyak RM4 juta dan kutipan dijangka mampu mencecah RM5 juta menjelang hujung minggu ini.

Memang tidak dinafikan, kejayaan filem Ombak Rindu terletak kepada garapan lakon layar yang cukup kemas selain populariti para pelakonnya yang telah memberikan impak tersendiri menerusi lakonan mereka.

Teraju utama Ombak Rindu, Maya Karin merupakan antara yang mendapat perhatian apabila watak Izzah cukup cemerlang dibawakannya.

Bagi Maya, dia sendiri tidak pernah menyangka Ombak Rindu akan memberikan impak seperti mana yang dapat dilihatnya ketika ini.

"Apabila menerima tawaran untuk Ombak Rindu, saya tidak pernah memikirkan tentang kutipan tiket atau membayangkan sejauh manakah filem ini dapat diterima dengan baik.

"Apa yang penting bagi saya adalah untuk memberikan yang terbaik. Saya juga percaya semua pelakon dan seluruh krew produksi juga telah memberikan kerjasama yang cukup baik untuk menjadikan Ombak Rindu sebagai sebuah karya yang baik.

Impak

"Lalu, apabila Ombak Rindu mendapat sambutan luar biasa seperti sekarang, ternyata ia sesuatu yang mengejutkan. Tiada kata yang saya dapat ucapkan melainkan terima kasih kepada semua yang menyokong Ombak Rindu," jelas Maya dalam nada yang cukup optimis.

Menyambung bicara, aktres jelita ini melahirkan kekagumannya apabila ada di antara penonton bukan Melayu yang turut ke pawagam untuk menonton Ombak Rindu.

Bukan itu sahaja, menerusi maklum balas yang diterimanya juga, ada segelintir penonton Melayu yang sebelum ini jarang menonton filem Melayu turut terkena tempias fenomena Ombak Rindu.

"Ombak Rindu telah membuka mata dan minda mereka terhadap filem Melayu. Jadi, saya melihat itu sebagai sesuatu yang sangat positif," jelas Maya yang mula dikenali menerusi filem Seri Dewi Malam arahan Aziz M. Osman pada tahun 2001 ini lagi.

Dalam masa yang sama, wanita kacukan Jerman-Melayu ini juga memasang impian untuk melihat kegemilangan filem bercorak drama dan cinta kembali mendapat tempat di hati peminat.

Apatah lagi, sudah lama penonton tidak disajikan dengan cerita cinta yang dapat memberikan impak seperti mana filem Azura (1984), Sembilu (1994) dan Sembilu II (1995).

Keserasian

Sementara itu, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke sememangnya tidak mempunyai masalah untuk mencipta keserasian dengan mana-mana pelakon yang digandingkan bersamanya.

Menerusi Ombak Rindu yang ditayangkan mulai 1 Disember lalu, Maya dilihat mempunyai keserasian yang sangat baik dengan hero pujaan wanita masa kini, Aaron Aziz.

Kata Maya, dia tidak berdepan dengan masalah untuk berlakon dengan Aaron yang disifatkannya sebagai aktor yang berjaya membawakan watak Hariz dengan baik sekali.

"Ini merupakan gandingan pertama saya dengan Aaron walaupun pernah berlakon dalam filem Pisau Cukur sebelum ini. Tetapi ketika itu, saya tidak banyak adegan bersamanya.

"Apabila diberi peluang bergandingan dalam Ombak Rindu, saya dan Aaron dapat menghayati watak masing-masing dengan baik sekali meskipun ada babak yang kelihatan begitu intim sekali.

"Mujurlah isteri Aaron, Diyana Halik seorang yang memahami tugas suaminya sebagai seorang aktor lalu ia memudahkan kerja kami untuk menghabiskan babak kami," jelas Maya yang pernah diiktiraf Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 (2004) menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam di Fukuoka, Jepun ini lagi.

Bercerita lanjut tentang watak Izzah yang dilakonkannya dalam filem arahan Osman Ali itu, Maya tidak menafikan ia merupakan watak yang paling mencabar dan banyak menuntut emosinya sebagai seorang pelakon.

Sambil menyatakan rasa puasnya dapat memegang watak tersebut, Maya memberitahu dia perlu memastikan Izzah tidak lari dari dalam dirinya dan mengekalkan emosi tersebut sepanjang lima minggu menjalani penggambaran.

Kekal

Sehinggakan, kata wanita kelahiran Bayreuth, Jerman itu, guru lakonannya dalam filem itu, Ellie Suriaty Omar menyuruhnya untuk terus berada di dalam watak Izzah biarpun di luar lokasi.

"Disebabkan itu saya katakan Izzah memang cukup mencabar diri saya. Berbeza dengan filem-filem lain sebelum ini, Ombak Rindu lebih banyak bermain dengan emosi dan lontaran vokal sesuai dengan perwatakan Izzah, seorang gadis kampung yang bertudung.

"Untuk mencari jati diri Melayu itu, saya sendiri mengambil inisiatif untuk mendengar lagu asli Melayu selain mencari seorang ustazah bagi membantu saya melancarkan lagi bacaan al-Quran saya.

"Keseluruhannya, saya amat menyukai watak Izzah ini dan saya harus berterima kasih kepada Osman yang mempercayai kebolehan saya dalam membawakannya," kata pemilik trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-21 (2008) menerusi filem Anak Halal juga arahan Osman Ali.

Dalam pada itu, Maya juga membuka cerita bahawa novel Ombak Rindu merupakan antara novel Melayu pertama yang menjadi bahan bacaannya sekitar sedekad lalu.

Tidak menafikan ia salah sebuah novel kegemarannya, Maya memberitahu apabila Osman mahu mengarahkan versi filemnya, ia telah membuatkan Maya begitu teruja sekali.

Full content generated by Get Full RSS.

Penutup rasmi Akademi Fantasia

Posted:

Penutup rasmi Akademi Fantasia

Penutup rasmi Akademi Fantasia

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar IRWAN MAJID

KONSERT Akhir Reunion Akademi Fantasia(AF) yang berlangsung di AEON AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini berjaya menggamit nostalgia buat peminat tegar rancangan itu.

Lebih daripada 60 orang bekas pelajar program itu dari musim pertama hingga kesembilan telah dihimpunkan di satu pentas dan menghiburkan peminat yang hadir pada malam itu.

Walaupun pada sebelah petangnya hujan turun dengan lebat dan ditambah dengan kesesakan akibat pasar malam di kawasan tersebut, ia langsung tidak menghalang hampir 1,000 orang peminat membanjiri perkarangan pusat membeli-belah itu.

Dihoskan oleh pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi yang turut membuat persembahan istimewa pada malam itu, konsert reunion itu juga sebenarnya merupakan pentas untuk peminat melihat perubahan bintang-bintang pujaan mereka selepas tamatnya AF.

Biarpun sebahagian besar daripada mereka sudah meninggalkan dunia seni dan menumpukan perhatian kepada keluarga, ada juga peminat yang masih lagi mengingati mereka dan kenangan yang pernah terlakar sewaktu AF.

Tidak mahu menjadikan konsert reunion terakhir itu seperti konsert yang klise, Astro menampilkan kelainan dengan menampilkan persembahan peserta seperti sebuah pertandingan lalu menobatkan mereka dengan pelbagai gelaran.

Anugerah Irama Malaysia misalnya memperlihatkan kehebatan empat peserta iaitu Bob dari AF2, Raqib (AF9), Farhan dan Haziq masing-masing dari AF4 mempersembahkan lagu-lagu tradisional dan etnik.

Bob, Farhan dan Haziq berjaya membuktikan walaupun gelaran juara bukan milik mereka sewaktu di AF, tetapi bakat besar yang dimiliki berjaya membuatkan mereka terus bertahan.

Sudah pasti gelaran Anugerah Irama Malaysia menjadi milik Bob yang diakui kebolehannya menyampaikan lagu-lagu tradisional dengan baik sekali.

Begitu juga dengan Anugerah Balada Lelaki yang menyaksikan pertembungan empat penyanyi lelaki yang mempunyai pengikut tersendiri sewaktu mereka bertanding di AF.

Mereka yang dimaksudkan ialah Mawi, Shahir, Khai dan Akim yang masing-masing berduet menyanyikan lagu-lagu popular Jamal Abdillah.

Lagu Derita Cinta disampaikan oleh Khai dan Akim manakala Mawi dan Shahir pula menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir yang ternyata mendapat tepukan gemuruh dan sorakan peminat.

Walaupun ada yang berpendapat populariti Mawi dan Shahir terutamanya sudah merudum, ternyata sambutan peminat pada malam itu membuktikan kedua-dua jejaka pujaan wanita itu masih mendapat tempat di hati peminat mereka.

Seperti yang dijangka, kemenangan menjadi milik Mawi dan bukan hanya untuk kategori itu sahaja tetapi anak kelahiran Kulai, Johor itu turut memenangi satu lagi kategori iaitu Anugerah Duet menerusi Lagu Jiwa Lagu Cinta yang disampaikan bersama bekas pengetua AF3, Datuk M. Nasir.

Ternyata, kemunculan M. Nasir pada malam itu mengejutkan ramai pihak dan sikap sporting komposer ternama itu untuk muncul di atas pentas menyanyi bersama Mawi wajar dipuji.

Kemenangan Mawi dan M. Nasir sekali gus menghampakan tiga calon lain iaitu Azri dan Nera menerusi lagu Hanya Memuji selain Hafiz dan Adira (Ada Apa Dengan Cinta).

Malam terus hangat apabila Anugerah Komedi diperkenalkan dengan menampilkan empat calon iaitu Syawal, Zahid, Daus dan Faizal.

Juara AF2, Zahid misalnya, membuktikan gelekannya masih lagi berbisa dan memukau audiens sewaktu menyampaikan lagu Cik Mek Molek yang pernah menggamatkan konsert mingguan AF2.

Begitu juga dengan juara AF4, Faizal yang cukup sinonim dengan lagu-lagu rakyat apabila dia memilih untuk menyampaikan lagu Wa Timang Landak.

Persembahan yang penuh bersahaja dan menghiburkan oleh anak jati Terengganu itu melayakkan dirinya memenangi kategori tersebut di mana ia diadili oleh bekas tenaga pengajar yang dijemput pada malam itu.

Anugerah Dangdut Terbaik juga tidak kurang menariknya apabila nama-nama seperti Akma, Aswad, Luftya dan Zarina dipilih untuk menyampaikan lagu-lagu dangdut seperti Selamat Jalan Romeo, Yang Sedang-Sedang Saja, Kopi Dangdut dan Goyang Inul.

Namun, apa yang kurang manisnya apabila Akma yang kini sudah berimej baru dengan bertudung dilihat kurang sesuai untuk bertanding dalam kategori itu.

Begitu juga dengan Luftya yang jelas terbukti tidak membuat persiapan rapi apabila dia dilihat beberapa kali terlupa lirik.

Walaupun konsert reunion ini dianggap sebagai persembahan sekadar untuk suka-suka sahaja, setidak-tidaknya tunjukkan sedikit usaha untuk memberi persembahan terbaik buat peminat.

Kategori Anugerah Balada Wanita juga di antara persembahan yang menarik pada malam itu apabila mempertaruhkan empat penyanyi wanita dalam melagukan lagu-lagu popular Datuk Siti Nurhaliza.

Mereka yang dimaksudkan ialah Rosma yang menyampaikan lagu Seindah Biasa, Mila (Biarlah Rahsia), Isma (Bukan Cinta Biasa), Adira (Jerat Percintaan) dan Fina (Purnama Merindu).

Mereka sebenarnya pelapis penyanyi wanita negara tetapi tidak mendapat peluang sewajarnya untuk menonjolkan lagi bakat mereka.

Transisi juara AF5, Mila cukup ketara sewaktu dia menyampaikan lagu Biarlah Rahsia sekali gus membuktikan pengalaman banyak merubah dirinya sebagai penyanyi.

Mila menerima trofi Anugerah Balada Wanita pada malam itu.

Kemuncak konsert tersebut boleh dikatakan sewaktu Anugerah Tari diperkenalkan dengan menampilkan tiga calon iaitu juara AF6, Stacy selain Erul dan Eka.

Erul memilih lagu popularnya, Legasi Cleopatra sementara Eka pula dengan lagu yang pernah dipopularkan Beyonce, Run the World (Girls) dan Stacy dengan lagu Kasanova.

Masing-masing memperlihatkan kehebatan gerak tari dan kelincahan di atas pentas yang telah membuatkan penonton bersorak kegembiraan.

Seperti mana namanya dijerit dan disorak dari awal lagi, bagaikan sudah dijangka kemenangan berpihak kepada Stacy yang memang tidak dapat dinafikan lagi kehebatan tariannya.

Sebagai penutup, kesemua yang terlibat menyampaikan lagu Menuju Puncak lalu menjadikan Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia sebagai mimpi indah buat peminat tegarnya.

Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia akan disiarkan pada 31 Disember ini pukul 10 malam di saluran Astro Ria.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Budaya taksub bahayakan Islam

Posted:

Budaya taksub bahayakan Islam

Budaya taksub bahayakan Islam

Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

KONTROVERSI menyamakan seorang ulama politik sebagai nabi dan sikap ulama itu yang tidak mahu bertanggungjawab atas kesan gesaan politiknya ibarat putaran ganas politik sempit dan kejumudan pemikiran.

Seluruh umat Islam di Malaysia terpinga- pinga, apakah gejala yang mengiktiraf seseorang yang dipuja itu layak diberikan sama taraf dengan nabi walhal sudah jelas tiada lagi nabi selepas wafatnya baginda Rasullullah SAW pada tahun 632 M.

Bila mereka yang berkenaan sendiri setelah mengetahui berita sesat tersebut dan tidak mahu bertanggungjawab atau tidak mahu menafikan hakikat itu, bererti dia juga bersubahat dengan penyebar berita tersebut.

Kedua-duanya umpama 2 x 5 dalam menyebarkan berita tidak benar. Sekiranya seseorang itu benar-benar tidak mahu bertanggungjawab dengan kenyataan songsang itu pasti dia mampu menolak dan menafikan kenyataan yang bertentangan dengan ajaran Islam itu.

Namun sekiranya mereka sendiri tidak dapat menafikan maka, mereka juga bersubahat dan terlibat dalam berita tersebut. Ini kerana hasil benih kefahaman yang disemai dalam ajaran yang selama ini adalah hasil tanaman kefahaman taksub yang disemai dalam ajaran politik sesetengah kumpulan untuk memperjuangkan fahamannya sendiri.

Apabila ada pihak yang mendakwa dirinya sebagai nabi atau berstatus nabi atau ada orang lain memberikan taraf seseorang yang dilihatnya beragama, warak dan menjadi pemimpin sebagai nabi, umat Islam terus bangkit mempersoalkannya kerana mereka tidak boleh menerimanya.

Kecaman terdengar di mana-mana tetapi malangnya tokoh ulama politik itu tidak menyalahkan sebarang isi kandungan bahan ceramahnya telah lama membeku dalam pemikiran penyokong-penyokong taksubnya.

Masyarakat umum menyedari bahawa komuniti politik agama yang dibentuknya tidak ubah seperti sebuah perjuangan messaniah, perjuangan menggunakan agama sebagai kemuncak memperoleh dan mengekalkan kuasa.

Dalam Islam, tradisi kepatuhan dan keyakinan seseorang adalah sesuatu yang amat besar pengaruhnya, kerana kedua budaya itu melambangkan tahap keinsanan tinggi, iaitu memahami adanya pelindung yang lebih besar dan kuat iaitu Allah SWT.

Dalam memahami konteks hubungan tersebut itulah lahirnya pemimpin agama sekali gus politik yang membawa falsafah bahawa setiap apa yang diutarakan itu sebagai ajaran Islam, sedangkan sebenarnya, ia pandangan peribadinya sendiri.

Dalam situasi politik agama yang berlaku beberapa dekad lalu jelas membuktikan kerana mahukan sokongan besar, pemimpin politik agama itu sanggup "menipu, berbohong" dan memanipulasikan keyakinan khalayaknya dengan pendekatan politik menghalalkan apa sahaja, asalkan matlamatnya tercapai.

Al-Quran memberikan panduan jelas, bahawa sesuatu bentuk ketaatan dan keyakinan yang tulus ikhlas hanyalah kepada Allah, nabi-nabi dan pihak penguasa. Kerana tokoh politik agama itu merupakan pemimpin yang menguasai sebahagian wilayah tertentu, kegagalannya banyak dipersoalkan oleh khalayak pengundinya, maka dengan cara mengangkat martabat menyamai "nabi" mampu mengetepikan sedikit pengaruh buruknya.

Asas ketaatan yang disungguhkan dalam pendekatan Islam ialah melaksanakan segala bentuk kebaikan dan meninggalkan segala bentuk kemungkaran kerana semua orang adalah ibarat nadi dan sendi dalam kehidupan berorganisasi.

Tanpa ketaatan sesebuah organisasi akan mengalami keruntuhan, maka kerana sudah membayangkan bakal berlakunya kehancuran dalam organisasi yang dipimpinnya, khalayak politiknya semakin beralih arah kerana organisasi tandingannya semakin menyerlah, pragmatik dan menjiwai kepentingan awam, maka dengan menghidupkan jiwa taksub akan boleh menyelamatkan kedudukan politiknya.

Ketaatan yang hendak disuburkan dalam Islam adalah sentiasa mencari keredaan-Nya dalam segala bentuk, masa dan keadaan, kerana hidup mati kita adalah bergantung kepada ihsan-Nya.

Penggunaan istilah taat telah dimanupulasikan menyamai konsep taksub, sedangkan kedua-duanya mempunyai persimpangan yang terlalu jauh walaupun pada mulanya bertolak pada asas yang sama.

Taksub membawa makna sebagai ketaatan melulu manakala taat ialah kepatuhan terhadap hakikat dan iradat, sesuai dengan peraturan, prosedur dan ketentuan-ketentuan yang digariskan oleh sesuatu sudut kepercayaan.

Ketaatan kepada pemimpin, meskipun diberikan kedudukan yang tinggi ia tetap tertakluk dengan nilai-nilai pragmatik yang ada padadiri pemimpin itu sendiri.

Meskipun seseorang pemimpin itu dilihat warak dari segi pengetahuan agama, tetapi amalan setiap hari tidak menepati asas agama, khalayak berhak untuk tidak mentaatinya kerana boleh mendatangkan mudarat dan kemusnahan.

Dalam pengertian taksub, khalayak tidak boleh mempersoalkan apa pun, termasuk cara pemimpin mereka bertindak dan memberikan pendapat, kerana perbezaan itu akan dinilai sebagai "penderhaka" sedangkan pemimpin itu sendiri sudah menunjukkan tanda penderhakaan agama yang besar dan kelakuannya sentiasa berselindung di sebalik ungkapan agama untuk membungkuskan tabiat penderhakaannya.

Khalayak taksub memangnya disorot secara jelas dalam al-Quran kerana mereka adalah golongan yang amat bahaya kepada Islam. Ketaatan membuta-tuli itulah akhirnya berupaya melanggar nilai dan etika yang ditetapkan, termasuk apabila mempercayai bahawa tokoh politik agama itu sebagai "orang keramat".

Setiap orang berlumba-lumba untuk mendapat keberkatannya, termasuk makan dalam bekas makanan tanpa dibasuh terlebih dahulu, mengambil barang-barang kepunyaannya dan menaja apa yang sahaja yang dimahukannya. Kerana mempunyai sikap taksub, fikiran dan hati seseorang akan tertutup. Jiwanya dipenuhi gelombang kesumat sehingga tidak lagi nampak kebaikan dan kesegaran pemikiran orang lain. Kerana itulah setiap kali membuat pandangan, seringkali mencela, mengecam, dan menghina seolah-olah dirinya sahajalah yang maha sempurna dan tinggi beragama.

Itulah bahaya yang perlu diawasi, ditolak dan ditentang oleh setiap umat Islam, kerana tiada lagi nabi selepas wafatnya nabi terakhir sebagaimana dijelaskan oleh Allah SWT, dan pengakuan Rasullullah SAW sendiri, bahawa "tiada lagi nabi selepasku."

Nabi-nabi yang muncul selepas itu ialah nabi-nabi palsu. Ajaran yang dikumandangkan oleh nabi-nabi palsu itu tidak akan membawa manusia ke kehidupan yang lebih baik, sejahtera dan harmoni. Ajaran nabi-nabi palsu sesat dan banyak berdasarkan kepada keinginan untuk berkuasa, dan mendominasi semua manusia, kerana dialah seorang yang terhebat, terbaik dan bermoral. Sedangkan dakwaan itu sendiri sudah mengandungi ketidakjujuran, pembohongan dan kejumudan.

Full content generated by Get Full RSS.

Penjagaan kesihatan mental pesakit HIV/AIDS

Posted:

Penjagaan kesihatan mental pesakit HIV/AIDS

Penjagaan kesihatan mental pesakit HIV/AIDS

PENULIS ialah Felo Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

SUDAH hampir 30 tahun penyakit AIDS dan jangkitan HIV bertapak di negara ini dan masyarakat kita sudah amat maklum dan mengetahui apakah sebenarnya jangkitan ini, bagaimana ia boleh tersebar dan kesan tragis yang bakal dibawa dengan penyakit ini.

Bagaimanapun hakikatnya, jangkitan HIV masih lagi meningkat, walaupun rawatan yang ada dapat mengurangkan kesan buruk komplikasi HIV/AIDS, namun masyarakat belum boleh merasa selesa dengan perkara ini.

Masih banyak perlu dilakukan dalam mempertingkatkan aspek pencegahan penularan dan jangkitan virus ini kepada orang lain.

Malah, dari segi rawatan dan penjagaan kesihatan penyakit ini, aspek utama pemulihan belum menyeluruh, kerana ia masih tertumpu di peringkat pemulihan aspek biologi dan fizikal sahaja. Sedangkan sebagai seorang individu, pesakit menyedari bahawa wujud keperluan mengisi segala ruang kekosongan demi pemulihan diri secara total, meliputi aspek mental, emosi, sosial, ekonomi dan spiritual.

Tetapi perkara inilah yang sering tidak menjadi keutamaan dalam aspek pemulihan. Apabila wujudnya keperluan seperti ini, menunjukkan proses pemulihan tidak wajar tertumpu di satu-satu aspek diri individu pesakit, pada peringkat tertentu kehidupan mereka atau melibatkan sesebuah agensi masyarakat sahaja. Ia mungkin akan menjadi tanggungjawab pelbagai peringkat dan agensi lain, malah akan menjadi tanggungjawab seluruh anggota masyarakat.

Kemungkinan besar inilah trennya. Persoalannya, adakah masyarakat kita sudah terbuka fikirannya dan bersedia menyambut dan menerima kewujudan pesakit HIV/AIDS di dalam lingkungan kehidupan mereka, atau sebahagian dari anggota masyarakat mereka?

Sudah pasti akan timbul pelbagai persoalan dan jawapan, namun perlu diingat, setiap individu yang ada sekarang ini berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan HIV yang biasanya atau secara sinonimnya akan berakhir dengan penyakit AIDS.

Kajian epidemiologi mendapati jangkitan HIV/AIDS kini turut menjangkiti golongan tidak berisiko tinggi terlibat dengan gaya hidup dan tingkahlaku negatif dan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan. Ia turut menjangkiti suri rumah sepenuh masa, kanak-kanak yang tidak bersalah, yang masih lagi di peringkat awal persekolahan seperti di tadika dan taska.

Apakah masyarakat masih lagi tergamak untuk memandang serong kepada golongan seperti ini? Adakah masyarakat masih lagi takut, gentar atau malu untuk berdepan dengan mereka?

Inilah di antara beberapa stigma yang masih wujud dan melanda pemikiran anggota masyarakat dalam menghadapi isu ini yang sewajarnya diperbaiki.

Menghapuskan stigma seperti ini juga merupakan antara objektif mengapa diadakan sambutan Hari Aids Sedunia pada setiap 1 Disember setiap tahun, di samping memperjuangkan hak pesakit untuk mendapatkan rawatan terbaik secara penuh adil serta dapat memperingati insan tersayang yang telah pergi dahulu buat selama-lamanya akibat penyakit ini.

Sementara tema pada peringkat Pertubuhan Bangsa Bersatu atau UNAIDS bagi tahun ini pula menyasarkan matlamat tidak akan ada lagi jangkitan baru HIV di dalam masyarakat, tiada lagi kematian akibat AIDS dan tidak wujud lagi diskriminasi terhadap pesakit HIV/AIDS dan keluarga mereka.

Jika ditinjau dari aspek pemulihan pula, rawatan dan penjagaan kesihatan pesakit bagi pemulihan yang menyeluruh masih jauh untuk dicapai. Kita membicarakan model pemulihan dan rawatan yang menyeluruh bagi segenap aspek dan kejadian individu sebagai seorang insan kamil.

Tidak dinafikan, penjagaan kesihatan moden dan ubatan menunjukkan pencapaian cemerlang dalam meningkatkan tahap kesihatan dan memanjangkan jangka hayat mereka. Tetapi pemulihan sebagai satu proses tidak wajar terhenti apabila mereka keluar dari wad- wad hospital atau klinik. Tambahan pula, aspek penjagaan dan pemulihan masalah kesihatan mental yang pada hakikatnya perlu turut diberi keutamaan, tetapi seringkali terabai berbanding pemulihan fizikal.

Sememangnya sudah banyak kajian dilakukan di banyak negara maju yang mendapati pesakit HIV/AIDS berdepan dengan pelbagai masalah berkaitan kesihatan mental dan pelbagai penyakit neuropsikiatri lain walaupun rawatan diterima berjaya meningkatkan tahap penyembuhan dan memperbaiki kesihatan fizikal mereka.

Namun kualiti kehidupan mereka sebagai seorang individu menurun kerana masalah mental yang tidak dirawat itu. Sudah pasti seseorang yang ditimpa jangkitan dan penyakit ini akan berasa gundah, sedih, kecewa, rasa bersalah, keliru, takut, risau dan bimbang terhadap penyakit dan tahap kesihatan serta masa depan diri dan keluarga mereka.

Bukan setakat itu, jangkitan yang dialami pula akan mendedahkan mereka kepada risiko jangkitan terhadap otak dan sistem saraf dan ia akan mengakibatkan gangguan neuropsikiatri lain.

Sebahagian besar penghidap dan pesakit HIV/ AIDS akan mengalami kerosakan fungsi kognitif otak mereka yang boleh membawa kepada masalah dementia, ada juga yang mula menghidapi gangguan psikotik yang tidak pernah dialami sebelum mengalami jangkitan ini, dan selebihnya pula mengalami gangguan mood dan efek seperti kemurungan dan kebimbangan serta mania depresif dan sebagainya.

Hasil kajian juga mendapati masalah kesihatan mental mereka menjejaskan proses pemulihan kesihatan fizikal mereka, di samping meningkatkan risiko jangkitan kepada orang lain pula. Malah, kerosakan fungsi kognitif otak yang dialami didapati meningkatkan pula risiko mortaliti di kalangan pesakit seperti ini.

Bagi memastikan masalah kesihatan mental ini tidak berlaku, rawatan awal penting kerana ia dapat menghalang penyakit dari menjadi lebih kronik atau serius dan akhirnya sukar untuk dirawat.

Tetapi adakah semua pesakit memiliki peluang dan hak yang sama untuk menerima rawatan dan ubatan yang sama? Adakah mereka mempunyai kekuatan tubuh badan dan mental yang sama untuk menghadapi situasi seperti ini? Hakikatnya, ujian tapisan bagi menentukan status kesihatan mental di kalangan mereka pula bukannya menjadi amalan ujian rutin dalam menentukan kaedah rawatan terbaik kepada pesakit seperti mereka.

Menjadi tugas dan tanggungjawab siapakah ini untuk memastikan bahawa mereka turut menerima bentuk rawatan dan pemulihan gangguan mental dan emosi yang dialami akibat dari jangkitan ini? Namun program rawatan yang terbaik tetap perlu diaturkan dan diteruskan untuk mereka.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Karipap masuk Internet

Posted:

Karipap masuk Internet

Karipap masuk Internet

Oleh SHOLINA OSMAN


Aziana Muhammad berbangga apabila karipapnya kini dipasarkan melalui Internet.


Program Get Malaysian Business Online (GMBO) yang diperkenalkan oleh Google Malaysia nyata telah membawa lembaran baru kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seperti Aziana Muhammad, 41.

Sebagai salah seorang daripada kajian kes projek GMBO, wanita ini mengakui nasibnya amat baik apabila dilamar oleh pihak berkenaan yang ketika itu mencari usahawan PKS sepertinya.

''Inilah yang diinginkan saya selepas menceburi bidang membuat karipap dingin beku secara serius sejak lima bulan lalu. Sebelum ini sata menghadapi masalah membuat laman web sendiri kerana tidak faham dengan teknik dan caranya,'' katanya.

Kini Aziana boleh berbangga kerana telah mempunyai laman web sendiri iaitu byhandbyheart.com.my atas jenama Puteri Puff & Pastry.

Jelas Aziana, beliau berpuas hati kerana dengan adanya laman web sendiri produknya kini mendapat promosi lebih meluas melalui Internet.

Bukan sahaja karipapnya kini semakin dikenali di seluruh dunia malah berpeluang berkongsi pelbagai maklumat dengan mereka yang mengirim emel kepadanya.

Bagaimanapun katanya, setakat ini dia hanya menerima tempahan dari pelanggannya di sekitar kawasan Lembah Klang sahaja.

''Saya memang penggemar karipap semenjak kecil dan segala ramuan untuk membuat inti dan kulit karipap diwarisi dari ibu,'' katanya ketika ditemui di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, disebabkan matlamat untuk menghasilkan karipap yang berkualiti selain halal dan bersih maka sehingga kini dalam tempoh lima bulan dia telah empat kali melakukan percubaan membuat kulit yang diyakini paling terbaik.

''Selain kulitnya yang tidak berminyak, karipap yang dihasilkan juga bebas daripada bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) dan bahan pengawet,'' kata Aziana.

Menurut beliau, setakat ini dia mampu menghasilkan karipap lebih kurang 400 biji sahaja sehari kerana masih terhad dari segi pembantu dan peralatan.

Jelas ibu kepada dua anak itu, selain karipap dia juga turut membuat vadei, donut, samosa, kek coklat lembab dan yang akan datang ialah lassagna.

Full content generated by Get Full RSS.

Mangsa bapa durjana

Posted:

Mangsa bapa durjana

Mangsa bapa durjana

Bersama SHOLINA OSMAN

Huda memang tidak sanggup memandang lagi wajah ayah kandungnya. Bukan dia seorang malah adik keduanya, Sara, yang sehingga ke hari ini masih tidak melupakan perbuatan ayah mereka yang langsung tidak menghargai kelahiran anak-anak ke dunia ini.

Sepatutnya sebagai bapa, dia berusaha untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna sebaliknya menjadikan darah dagingnya yang tidak berdosa tempat memuaskan hawa nafsu serakah.

Mujurlah perbuatan tersebut terbongkar apabila ibu terserempak ayah masuk ke bilik Huda dan Sara ketika mereka sedang tidur.

Semenjak malam itu emak telah membawa Huda dan adiknya keluar dari rumah itu sekalipun sebelum itu emaknya teruk dibelasah oleh ayah.

Emak telah membawa mereka pergi jauh dari ayah supaya dapat melupakan segala titik hitam yang berlaku dan memulakan hidup baru sehinggalah akhirnya dia lulus dengan cemerlang di universiti.

Huda bukan sahaja sudah mendapat pekerjaan yang baik di sebuah firma swasta malah di situlah dia bertemu dengan Rashid yang mahu menyuntingnya sebagai isteri.

Kenangan zaman kanak-kanak yang mengerikan muncul semula dan terbawa-bawa ke dalam mimpi Huda setiap malam.

Demi untuk memeterai cintanya dengan Rashid maka terpaksa juga dia mencari ayahnya supaya dapat menjadi wali perkahwinan mereka.

Huda dan Rashid berusaha untuk mencari ayahnya tetapi lebih menyedihkan apabila dia bukan sahaja dimaki malah dihalau oleh ayahnya yang begitu berang serta enggan menjadi wali.

Jalan penyelesaiannya, Huda perlu membuat permohonan supaya mahkamah syariah dapat membenarkan dia berkahwin dengan Rashid dengan menggunakan wali hakim.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad juga pernah menyelesaikan beberapa kes yang berkaitan wali Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Dalam kes ini plaintif (anak) telah memohon kepada mahkamah supaya memberikan kebenaran supaya pernikahannya menggunakan wali hakim.

Ini kerana defendan (bapa) selaku wali nasab tidak memberi keizinan tanpa alasan munasabah untuk plaintif berkahwin sedangkan dia telah mempunyai calon suami yang sekufu.

Selain itu alasan plaintif bahawa bapanya juga tidak layak menjadi wali nasab untuk pernikahannya kerana beberapa kali mencabul dia semasa berumur 10 tahun.

Defendan (bapa) juga pernah mengugut akan membunuh semua ahli keluarga jika memberitahu kepada orang lain.

Keterangan plaintif disokong dengan laporan polis dan laporan perubatan sebagai bahan bukti ketika perbicaraan di mahkamah.

Plaintif juga memberitahu mahkamah bahawa defendan (bapa) seorang yang cepat marah dan panas baran di mana setiap kali bertengkar dengan ibunya akan mengeluarkan kata-kata kesat.

Selain itu plaintif juga mengatakan defendan mengugut dia dan adik-beradik yang lain supaya jangan memberitahu ibu mengenai perbuatan mencabul itu jika tidak dia akan membunuh ibu mereka.

Sehubungan itu, plaintif memohon mahkamah meluluskan permohonannya menggunakan wali hakim berdasarkan Seksyen 13(b) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Bagi menyokong permohonan itu, plaintif juga mengemukakan ketiga-tiga orang saksi iaitu ibu, adik dan bakal suami.

Dalam kes ini defendan tidak hadir dan mahkamah hanya mendengar keterangan plaintif dan saksi-saksinya.

Setelah mendengar permohonan plaintif, saksi-saksi serta lafaz sumpah istizhar plaintif maka mahkamah berpuas hati dengan keterangan yang telah diberikan di mahkamah.

Dalam keputusannya, Wan Mahyuddin mensabitkan wali telah enggan untuk memberikan kebenaran plaintif berkahwin tanpa alasan yang munasabah.

Ia termasuklah setelah notis diserahkan kepadanya untuk hadir ke mahkamah tetapi masih enggan hadir ke mahkamah tanpa sebarang alasan.

Tuntutan yang dibuat oleh plaintif itu dibenarkan oleh mahkamah dengan mengambil kira akan kemaslahatan pihak plaintif yang akan mendirikan rumahtangga pada masa terdekat dengan bakal suami yang sekufu.

Sehubungan itu, mahkamah meluluskan permohonan plaintif yang memohon untuk berkahwin menggunakan wali hakim mengikut peruntukkan seksyen 18 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved