Khamis, 8 Disember 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Hanya satu masjid

Posted:

Hanya satu masjid

Hanya satu masjid

RANTAU PANJANG 7 Dis. – Kerajaan Pas Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra, di sini, daripada wang sendiri tanpa bantuan Kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, masjid lain di seluruh negeri dibina oleh Kerajaan Pusat.

"Masjid Jubli Emas atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan Pas ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari Kerajaan Pusat," katanya hari ini.

Katanya, bagi masjid mukim yang lain di seluruh negeri, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin parti pembangkang di Kelantan, bahawa sejak mentadbir negeri ini lebih 20 tahun, Pas tidak membina sebuah masjid pun di negeri itu.

Malah, mereka mendakwa semua masjid yang ada di negeri ini dibina oleh Kerajaan Persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990.

Abdul Fatah berkata, Masjid Jubli Emas yang berharga RM9.5 juta itu dibina pada 2005 dan siap sepenuhnya pada 2009 hasil ilham Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas melawat Beijing, China sebelum itu. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Negara dibanjiri minyak hitam

Posted:

Negara dibanjiri minyak hitam

Negara dibanjiri minyak hitam

PERNAHKAH anda terfikir apa yang akan terjadi kepada minyak hitam kereta setiap kali kenderaan dihantar ke bengkel untuk diselenggarakan?

Sering kali pemilik kenderaan akan hanya membiarkan mekanik menjalankan tugas-tugas mereka tanpa mengetahui apa yang akan terjadi kepada minyak hitam tersebut.

Berdasarkan jumlah kenderaan di Malaysia, dianggarkan negara menghasilkan kira-kira 150 juta liter minyak hitam terpakai setiap tahun.

Jumlah itu bukan suatu jumlah yang sedikit. Ia mampu menenggelamkan Putrajaya setinggi dua meter atau memenuhi sebanyak 60 kolam renang bersaiz Olimpik.

Kandungan di dalam minyak hitam yang tidak ditangani dengan betul pula boleh mengganggu ekosistem alam dan menjadi penyumbang pelbagai penyakit kronik kepada manusia.

Wartawan MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR dan jurugambar, MOHD. AZIM ABD RAHMAN cuba merungkai 'rahsia' bahan terbuang ini.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full content generated by Get Full RSS.

Kerjasama dua negara diperkukuh

Posted:

Kerjasama dua negara diperkukuh

Kerjasama dua negara diperkukuh

Oleh HASHNAN ABDULLAH dan NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak dan Gurbanguly Berdimuhamedov bertukar-tukar dokumen perjanjian pada pertemuan delegasi kedua-dua negara di Putrajaya, semalam. - Utusan/HANAFI KHAMIS


PUTRAJAYA 7 Dis. - Perdana Menteri menyifatkan penubuhan pejabat kedutaan Malaysia di Ashgabat, Turkmenistan pada minggu ketiga bulan ini sebagai bukit komitmen dan hasrat kerajaan untuk terus menyatu dan meningkatkan lagi hubungan dua hala dengan negara tersebut.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah tersebut menunjukkan Malaysia bukan hanya bersedia menjadi rakan rapat tetapi rakan sebenar dalam hubungan dua hala dengan negara itu, sama ada di bidang baru atau sedia ada.

''Saya ingin tegaskan bahawa komitmen kami adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala sedia ada serta meluaskan rangka kerjasama dalam bidang-bidang yang mempunyai kepentingan bersama," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov selepas mengadakan perbincangan dua hala sempena lawatan rasmi Gurbanguly selama tiga hari ke negara ini bermula kelmarin di sini, hari ini.

Najib memberitahu, dalam perbincangan dua hala yang disifatkan sangat produktif itu turut menyentuh penglibatan Petronas dalam aktiviti pengeluaran gas di Laut Kaspian yang sehingga kini membabitkan pelaburan lebih RM17 bilion.

''Petronas juga bersedia untuk terlibat dalam aktiviti hiliran petrokimia di Turkmenistan," katanya.

Beliau berkata, satu lagi perkara yang penting adalah membabitkan pembinaan modal insan yang mana Petronas bersedia meningkatkan jumlah rakyat Turkmenistan untuk dilatih dalam bidang minyak dan gas.

''Sehingga kini, Petronas telah melatih kira-kira 110 warga Turkmenistan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan syarikat minyak negara itu juga turut menyediakan latihan teknikal dan vokasional di negara tersebut.

''Kita juga bersetuju untuk bekerjasama bagi membangunkan institut minyak dan gas di negara itu dan Petronas boleh menghantar tenaga pengajar serta pentadbirannya ke institut itu," katanya.

Dari segi hubungan dagangan pula, beliau berkata, walaupun ia menunjukkan peningkatan sejak kedua-dua negara menjalinkan hubungan dua hala kira-kira 40 tahun lalu tetapi jumlahnya masih kecil.

''Paras dagangannya masih kecil iaitu RM248 juta dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini dan diharapkan ia dapat ditingkatkan pada masa depan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved