Khamis, 8 Disember 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


PruBSN buka perpustakaan mini di Kampung Sri Purnama

Posted:

PruBSN buka perpustakaan mini di Kampung Sri Purnama

PruBSN buka perpustakaan mini di Kampung Sri Purnama


SEBAHAGIAN daripada murid-murid menunjukkan beg sekolah yang disumbangkan oleh PruBSN di Madrasah Khadimuddin di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 8 Dis. - Dalam usaha membantu golongan kurang bernasib baik di negeri ini, Prudential Takaful BSN (PruBSN) mengambil inisiatif tersendiri dengan membangunkan sebuah perpustakaan mini di Madrasah Khadimuddin di Kampung Sri Purnama di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azim Mithani berkata, perpustakaan itu merupakan satu daripada lima perpustakaan mini yang dibangunkan pihaknya sebagai usaha tanggungjawab sosial korporat mereka kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.

Beliau berkata, bertemakan 'sebuah buku, seorang kanak-kanak, satu minggu', usaha membangunkan perpustakaan itu dilihat merupakan sebahagian daripada pendekatan terbaik untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak.

"Pembukaan perpustakaan itu juga adalah bersempena sambutan kelima penubuhan PruBSN dan kami percaya dengan pendekatan yang dilakukan ini kami mampu membuat perubahan positif kepada komuniti di sekeliling kami.

"Pemilihan lokasi perpustakaan ini juga dibuat berdasarkan kepada keperluan mereka dan kami mahu membantu mereka. Kami melihat kanak-kanak di sini memiliki potensi yang besar untuk memajukan diri pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian perpustakaan tersebut di sini, hari ini.

Perpustakaan mini yang dibuka hari ini itu memiliki kira-kira 1,000 naskhah buku hasil sumbangan orang ramai serta kakitangan PruBSN selain turut disediakan beberapa set permainan dalaman bagi membantu perkembangan pelajaran mereka.

Madrasah Khadimuddin itu merupakan sebuah rumah bagi lebih daripada 30 anak-anak yatim, terdiri daripada kanak-kanak warga tempatan, Myanmar dan Kemboja yang diuruskan sepenuhnya dengan menggunakan dana sumbangan orang ramai.

Sehingga kini sebanyak empat perpustakaan mini berjaya ditubuhkan di beberapa kawasan termasuk di Petaling Jaya (Selangor), Sungai Petani (Kedah), Pasir Puteh (Kelantan) serta Johor Bahru manakala sebuah lagi akan dibuka di Kuala Lumpur menjelang hujung tahun ini.

Azim berkata, pemilihan lokasi perpustakaan itu dibuat berdasarkan kepada tinjauan yang dilakukan dan lokasi yang berhampiran dengan cawangan PruBSN bagi memudahkan pihaknya memantau perkembangan semasa kawasan berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin menyumbangkan buku kepada perpustakaan mini tersebut boleh melayari laman web www.prubsn.com.my atau datang terus ke pejabat PruBSN yang terlibat di Kuala Lumpur, Shah Alam di Selangor, Johor Bahru, Sungai Petani dan Kota Bharu di Kelantan.

Full content generated by Get Full RSS.

Paras air di Johor selamat

Posted:

Paras air di Johor selamat

Paras air di Johor selamat

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 8 Dis. - Paras air sungai di seluruh negeri ini berada pada paras selamat, namun pemantauan secara berterusan akan dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar negeri, Tan Kok Hong berkata, sehingga Isnin lalu hanya tiga sungai berada di paras berjaga-jaga iaitu Sungai Tangkak, Sungai Segamat di kawasan Buloh Kasap dan Sungai Lenik di Chaah.

"Taburan hujan yang direkodkan bulan lalu pula menunjukkan hanya Kota Tinggi yang paling banyak hujan dan kawasan lain adalah normal.

"Keadaan cuaca sekarang sukar diramal dan ia juga turut disumbangkan oleh pemanasan global. Namun, kita sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan banjir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menanda Tangani Kontrak Perjanjian di antara Percetakan Nasional Malaysia Bhd. (PNMB) dan Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH) di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengarah Urusan PNMB, Izham Yusoff; Ketua Pegawai Eksekutif SAJ, Abdul Wahab Abdul Hamid; Ketua Kontrak dan Perolehan SAJ, Md. Salleh Mashrom dan Pengurus Cawangan PNMB Johor, Hazwat Razali.

Berkenaan banjir kilat pula, menurut Kok Hong, ia sering berlaku akibat parit atau longkang yang tersumbat oleh sampah sarap.

"Sehubungan itu, semua pihak, termasuk orang ramai diharap dapat memberi kerjasama sewajarnya bagi mengelak berlakunya banjir kilat itu," katanya.

Sementara itu, Abdul Wahab berkata, pihak SAJ juga sentiasa berjaga-jaga dengan kemungkinan banjir dengan menaikkan kedudukan papan sluis yang mengendali loji pada paras yang lebih tinggi bagi mengelakkan ia rosak sekali gus membolehkan air banjir mencemari loji air bersih.

"SAJ mempunyai 28 loji air di seluruh Johor dan bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir, kita menyediakan 25 lori tangki dan perkhidmatan syarikat swasta juga akan digunakan untuk menampung kekurangan jika perlu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved