Khamis, 8 Disember 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Serikan musim tengkujuh

Posted:

Serikan musim tengkujuh

Serikan musim tengkujuh

Oleh FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada peserta gembira ketika menyertai Kejohanan Luncur Air Terengganu Quiksilver di Batu Buruk, Terengganu, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 7 Dis - Selepas Piala Monsun yang membawa pelayar ternama dunia beraksi dalam kejohanan berprestij pada musim tengkujuh, satu lagi kejohanan antarabangsa bakal menyusul di perairan Kuala Terengganu.

Ia adalah kejohanan luncur air antarabangsa, kegiatan sukan yang masih asing dan lebih banyak ditatap menerusi kaca televisyen.

Kejohanan Luncur Air Terengganu Quiksilver memanfaatkan ombak pantai Batu Buruk yang sekali gus memberi pendedahan kepada anak negeri untuk menyaksi dan merasai pengalaman baharu.

Kejohanan buat pertama kalinya yang berlangsung selama tiga hari baru-baru ini dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Pejabat Pelancongan Malaysia Terengganu, Quiksilver Malaysia dan EC Extreme.

Seramai 97 peluncur dari 10 negara beraksi merebut empat kategori kejuaraan yang menawarkan hadiah keseluruhan RM32,000 pada edisi ketujuh dalam Jelajah Kejuaraan Luncur Air Asia 2011.

Pengarah kejohanan, Bryan Ng berkata, Batu Buruk dipilih untuk kejohanan kali ini kerana ia mempunyai ciri-ciri ombak dan kualiti angin yang sesuai untuk aksi luncur air.

Katanya, pantai itu mempunyai potensi cerah untuk diangkat sebagai antara lokasi penganjuran terbaik selain Cherating dan Teluk Cempedak di Pahang serta Desaru di Johor.

"Dengan kedudukannya yang begitu dekat dengan pusat bandar raya, walaupun acara ini agak asing, aksi memukau peserta mampu menarik ramai pengunjung di pantai yang sememangnya menjadi tumpuan," katanya.

Jelasnya, sukan itu menuntut kemahiran kawalan papan luncur dan imbangan badan dengan aksi menarik semasa meluncur akan memberikan mata tinggi untuk memenangi pertandingan.

"Meluncur di atas ombak antara tiga hingga lima meter sudah tentu mendebar dan mengujakan, lebih-lebih lagi apabila melepasi cabaran ombak besar dengan kelajuan angin sehingga 60 kilometer sejam," ujarnya.

Peluncur Indonesia, Dede Suryana merangkul gelaran Mr. Quicksilver selepas memenangi kategori terbuka lelaki dan menerima wang tunai RM2,500 yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Toh Chin Yaw.

Jaguh dari Indonesia itu menyifatkan Batu Buruk lokasi kedua paling mencabar di negara ini selepas Cherating.

Beliau yang mengumpulkan 14.1 mata berjaya mengetepikan rakan senegaranya, Tipi Jabrik yang berada di tangga kedua dengan 8.9 mata.

Bagi Dede, keadaan laut yang bergelora sepanjang musim monsun memberi peluang besar bagi Terengganu untuk lebih serius dalam mempopularkan sukan berkenaan.

"Bagi saya, di sini tempatnya sungguh cantik. Ketinggian ombak, tiupan angin dan pantainya cukup panjang untuk para peserta mencari gulungan ombak yang terbaik bagi melakukan aksi luncur.

"Tapi, saya agak terkejut apabila sukan itu dikatakan 'tidak hidup' di sini. Bagi saya amat rugi jika orang Terengganu tidak ambil peluang ini.

"Musim tengkujuh yang panjang peluang buat mereka kerana keadaan pantai ini sesuai untuk latihan," katanya yang telah menyertai puluhan kejohanan di pelbagai negara.

Selain kategori terbuka lelaki, ia turut melibatkan kategori terbuka wanita, terbuka master dan terbuka body-board.

Dalam kategori terbuka wanita, peluncur Thailand, Anissa Tita Flynn merangkul gelaran Ms. Roxy selepas muncul juara manakala peserta Indonesia, Yasnyir Gea di tempat kedua.

Kejaguhan dua peluncur, Hazimin Harun dan Raymond Chong berjaya menyelamatkan maruah tuan rumah, Malaysia apabila masing-masing muncul juara dan naib juara kategori terbuka master.

Hazimin yang berasal dari Pahang mengumpulkan 5.76 mata meraih wang tunai RM1,000 selepas meninggalkan pencabar terdekat, Chong dengan 2.11 mata.

Bagi kategori terbuka body-board, peserta Maldives menyapu bersih kedudukan apabila peluncur harapannya, Ali Khushruwan Ahmad muncul juara manakala rakannya, Ahmed Fauzan Abbas di tempat kedua.

Beberapa peluncur tempatan yang ditemui melahirkan rasa bangga kerana dapat beraksi pada kejohanan itu termasuk Ali Imran, 30,

Katanya, Terengganu berpotensi untuk terus menganjurkan sukan luncur air kerana penerimaan yang baik daripada penduduk setempat dan mudah untuk mengasah bakat baharu bersaing di pelbagai kejohanan.

Full content generated by Get Full RSS.

Masalah kesesakan selesai

Posted:

Masalah kesesakan selesai

Masalah kesesakan selesai

KUALA TERENGGANU 7 Dis. - Masalah kesesakan yang sering berlaku di pekan Batu Enam dekat sini, bakal diatasi apabila bulatan di situ digantikan dengan persimpangan lampu isyarat.

Ia akan dilaksanakan di bawah Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tepoh-Batu Enam yang turut merangkumi beberapa projek lain, antaranya sambungan jalan dari bulatan Batu Enam dan menaik taraf jalan di sekitar kawasan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri hari ini, kerajaan negeri telah mohon untuk membuat sambungan jalan dari bulatan Batu Enam ke Jambatan Manir.

"Ia juga akan disambung bermula dari kawasan Durian Burung dan Jambatan Buluh Gading sehingga ke Batu Enam semula serta ia bakal dijadikan empat lorong.

"Kerajaan juga merancang untuk menaikkan taraf Jalan Persekutuan dari Tepoh ke Gemuruh, menjadikannya empat lorong yang akan bersambung ke jalan masuk Lebuh Raya Pantai Timur di samping menaik taraf persimpangan Tepoh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Muhammad Ramli Noh (BN-Tepoh) berkenaan status terkini RKK Tepoh - Batu Enam.

Ahmad turut memaklumkan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri turut bercadang mewujudkan satu sungai baharu dan dua kolam takungan air di kawasan itu bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di kawasan Kuala Nerus.

"Kalau ikut kajian ketika pembinaan empangan Kenyir dulu, keseluruhan kawasan itu merupakan kawasan tadahan air hujan, tetapi kini sudah jadi kawasan perumahan yang utama di bahagian Kuala Terengganu Utara.

"Untuk itu kita telah melantik konsultan berkaitan dan ketika kajian itu dibentangkan baru-baru ini, tebatan banjir perlu dibina di kawasan itu melibatkan kos RM300 juta," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Rayu pemimpin Pas betulkan keadaan

Posted:

Rayu pemimpin Pas betulkan keadaan

Rayu pemimpin Pas betulkan keadaan

KUALA TERENGGANU 7 Dis. - Ramai kalangan miskin yang menjadi pengikut tegar Pas sukar dibantu kerana mereka masih menjauhi kalangan wakil rakyat dan pimpinan UMNO.

Penyokong kerajaan, Ramlan Ali (BN-Jabi) memberitahu, sikap itu terus terbawa-bawa sehingga kini, kesan daripada usaha membenci UMNO yang disemai oleh pemimpin Pas sejak beberapa dekad lalu.

Katanya, ia hasil isu kafir mengkafir yang dimainkan, tetapi malangnya pimpinan Pas tidak pernah cuba memperbetulkan keadaan ini.

"Ramai anggota masyarakat di kawasan saya yang miskin adalah kalangan orang Pas. Kita nak tolong macam mana, dengan kita pun tak nak bertegur sapa.

"Bukan kita tak nak bantu, tetapi susah seperti 'terlekat tulang'. Apa salahnya bertemu dan beritahu.

"Soal parti mana nak pilih terserah kepada mereka," ujarnya katanya dalam perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Katanya, ketika pimpinan Pas dan UMNO boleh duduk dan minum bersama, rakyat di bawah terus dibiarkan dalam keadaan bermusuhan.

"Kita nak pemimpin Pas betulkan, biar pun ini isu lapuk, tetapi kesannya masih ada," katanya dengan merujuk sembahyang Jumaat di masjid berasingan dan juga kubur berasingan di kawasannya.

Sementara itu, beliau berharap, Yayasan Terengganu (YT) turut meletakkan syarat baharu bagi pemberian bantuan persediaan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Beliau mencadangkan hanya anak kelahiran Terengganu dan keluarganya yang bermastautin negeri ini layak menerimanya berbanding amalan sekarang.

Katanya, selama ini, setiap pelajar yang lahir di Terengganu menerima bantuan itu sedangkan mereka tidak belajar dan menetap di negeri ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved