Khamis, 8 Disember 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Sultan Kelantan dikurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara

Posted:

Sultan Kelantan dikurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara

Sultan Kelantan dikurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara


SULTAN Muhammad V bergambar kenangan selepas berkenan menerima Darjah Kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) daripada Najib Tun Abdul Razak yang mewakili Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negeri, Kubang Kerian, semalam. Turut hadir Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Rosmah Mansor. - BERNAMA


KOTA BHARU 7 Dis. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan darjah kebesaran, Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Pengurniaan darjah kebesaran tersebut telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewakili Seri Paduka, dalam satu majlis ringkas di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini, hari ini.

Dalam majlis berasingan, Sultan Muhammad berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi) (SPMK) kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kedua-dua majlis tersebut turut disaksikan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan kerabat diraja yang lain.

Turut hadir antaranya, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Timbalan Menteri Besar Kelantan,Datuk Ahmad Yakob.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja baru-baru ini telah memilih Sultan Muhammad sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa 13 Disember ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Turkmenistan, Malaysia mahu kenal pasti peluang ekonomi

Posted:

Turkmenistan, Malaysia mahu kenal pasti peluang ekonomi

Turkmenistan, Malaysia mahu kenal pasti peluang ekonomi

PUTRAJAYA 7 Dis. - Turkmenistan dan Malaysia sedang mengenal pasti peluang bagi mengadakan kerjasama strategik dalam bidang keusahawanan dan pelaburan secara bersama pada masa hadapan.

Presidennya, Gurbanguly Berdimuhamedov berkata, kedua-dua negara kini di peringkat rundingan bagi mengkaji potensi yang ada untuk tujuan tersebut.

"Kami sedang mengenal pasti potensi yang boleh diberikan oleh Malaysia melalui bidang perniagaannya.

"Secara tidak langsung, ia akan membantu untuk membangunkan ekonomi Turkmenistan," katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini hari ini.

Terdahulu, Gurbanguly dan Najib menyaksikan majlis menandatangani dua perjanjian iaitu Perjanjian Bersama (Communique) dan Program Kerjasama antara Kementerian Luar Turkmenistan dan Kementerian Luar Malaysia yang masing-masing diwakili oleh menteri luar, Rashid Meredov dan Datuk Seri Anifah Aman.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Gurbanguly berkata, pertemuan itu juga menunjukkan kedua-dua belah negara turut berminat untuk meneroka peluang-peluang pelaburan, meluaskan perdagangan dan kerjasama ekonomi dalam berbagai arah.

Katanya, terdapat kemungkinan yang besar untuk kerjasama yang berkesan dalam melaksanakan projek-projek bersama dalam tenaga; pengangkutan; telekomunikasi; pembinaan; minyak dan gas; pemprosesan bahan kimia industri; teknologi tinggi dan pelancongan.

Selain itu, beliau berkata, Turkmenistan dan Malaysia akan bekerjasama dalam memperkukuhkan peranan negara-negara membangun dalam arena politik global.

Malah, tambahnya, kedua-dua negara juga boleh menyumbang bantuan kepada masyarakat antarabangsa dalam memerangi keganasan pelampau, pengedaran dadah dan jenayah terancang.

Full content generated by Get Full RSS.

Bantu tanpa kira kaum – TPM

Posted:

Bantu tanpa kira kaum – TPM

Bantu tanpa kira kaum – TPM

Oleh Herman Hamid

CANBERRA 7 Dis. – Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, usaha mencapai keseimbangan antara pertumbuhan dan keadilan ekonomi adalah cabaran utama Malaysia disebabkan kumpulan etnik serta wilayah yang terdiri daripada pelbagai status dan keperluan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, sebab itu usaha meningkatkan pendapatan 40 peratus rakyat yang tergolong dalam kelompok terkebawah dilakukan tanpa mengira latar belakang kaum.

Beliau berkata, pada masa sama, usaha berkenaan yang merupakan perluasan kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebelum ini akan menyaksikan lebih banyak pembangunan dilaksanakan di wilayah yang tahap kemiskinan masih tinggi seperti Sabah, Sarawak dan Kelantan.

''Ini bertujuan agar tahap pembangunan antara tiga negeri tersebut dengan kawasan lain yang telah dibangunkan tiada jurang," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk 'Mengurus Transformasi Politik dan Ekonomi' di Australian National University (ANU) di sini hari ini.

Program syarahan tersebut sempena lawatan rasmi beliau selama tiga hari ke Australia meliputi Canberra dan Perth.

Tambah Muhyiddin, perkara penting lain yang memerlukan keseimbangan adalah dalam sektor ekonomi dengan pengalaman lalu membuktikan keseimbangan tersebut mampu mengurangkan impak krisis global.

Katanya, sebagai contoh apabila permintaan untuk sektor pembuatan merudum ketika krisis kewangan global tidak lama dahulu, sektor komoditi utama seperti kelapa sawit dan petroleum pula mendapat permintaan kukuh.

''Begitu juga sektor perkhidmatan yang mampan adalah penting dalam memperluaskan keperluan domestik, yang membentuk komponen terbesar dalam ekonomi negara," jelasnya.

Dalam syarahannya itu juga, Muhyiddin berkata, usaha melakukan transformasi sesungguhnya mempunyai halangan dan cabarannya malah realiti dan pengalaman lalu menunjukkan strategi yang dilihat baik di atas kertas tidak dapat direalisasikan.

Katanya, ini disebabkan pelbagai perubahan yang berlaku, kekurangan sumber atau kegagalan di peringkat pelaksanaan.

''Namun saya penuh yakin, Malaysia mampu mencapai wawasannya walaupun mempunyai banyak cabarannya. Kita telah berjaya sebelum ini dan saya percaya kita akan terus mencapai kejayaan," ujarnya. – Utusan

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved