Khamis, 8 Disember 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tiba masa dinaik taraf

Posted:

Tiba masa dinaik taraf

Tiba masa dinaik taraf

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


Medan selera Pasar Sungai Besi jelas terlalu sempit dan tidak selesa buat pengunjung serta peniaga.


KUALA LUMPUR 8 Dis. - Melihat kepada keadaan fizikalnya yang semakin uzur dan pelbagai masalah lain yang wujud, Pasar Sungai Besi di sini yang kini berusia lebih 30 tahun sewajarnya diberikan perhatian.

Sudah tiba masanya pasar yang menempatkan 150 peniaga yang terdiri daripada peniaga barangan kering, basah dan juga makanan itu dinaik taraf jika tidak dipindahkan ke kawasan yang lebih sesuai.

Sesuai dengan kepesatan pembangunan di sekitarnya yang membawa kepada pertambahan mendadak penduduk, pasar itu juga wajar diberi nafas dan wajah baru supaya setanding dengan arus pembangunan di sekitarnya.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Rizalman Mokhtar berkata, usaha menaik taraf pasar tersebut perlu dilakukan demi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung.

Katanya, pasar tersebut memang menjadi tumpuan ramai bukan sahaja kerana penduduk yang semakin ramai di situ tetapi juga kerana ia adalah antara pasar basah yang lengkap.

Carilah apa sahaja di pasar itu semuanya ada dan sokongan gerai-gerai makanan dan kedai-kedai di sekitar pekan kecil Sungai Besi melengkapkan lagi peranan pasar itu.

"Kami akan mencari kaedah dan cadangkan kepada kerajaan agar usaha menaik taraf pasar ini dapat dilaksanakan.

"Sudah sampai masanya pasar ini dibangunkan semula supaya setanding dengan kepesatan pembangunan di kawasan ini," katanya selepas mengadakan lawatan ramah mesra ke atas peniaga di pasar itu, baru-baru ini.

Sementara itu, seorang peniaga makanan, Mohd. Ibrahim berkata, keadaan di sekeliling pasar itu kini semakin banyak masalah seperti isu sampah dan kesesakan.

Katanya, masalah lain yang dikenal pasti ialah keadaan jalan di sekeliling pasar tersebut yang sudah teruk, berlubang, tidak rata dan beralun.

Selain itu, ujarnya, masalah yang paling ketara di pasar itu ialah kawasan letak kenderaan yang sangat terhad, ditambah pula dengan jalan yang sempit dan sikap sesetengah pemandu yang meletakkan kenderaan sesuka hati.

"Situasi ini sangat menyusahkan pengunjung dan satu penyelesaian segera perlu dicari untuk mengatasi masalah itu.

"Pada saya, pasar ini sudah lama terlepas pandang oleh pihak berkuasa kerana walaupun kawasan sekitarnya pesat membangun, pasar ini tidak pernah berubah sejak dahulu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Rekahan di Taman Mewah distabilkan

Posted:

Rekahan di Taman Mewah distabilkan

Rekahan di Taman Mewah distabilkan

KAJANG 8 Dis. - Kerja-kerja menstabilkan rekahan Jalan Bukit Indah, Taman Mewah di sini diteruskan dengan meletakkan guni-guni pasir bagi menghalang air daripada meresap masuk ke kawasan rekahan itu.

Ketua Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Shahriman Mohd. Nor berkata, langkah itu diambil bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku.

Menurutnya, kejadian pada malam Isnin lalu itu telah mengakibatkan kawasan itu tidak selamat untuk didiami dan kesemua penduduk sudah diarahkan berpindah sementara.

"Kami masih menunggu laporan lengkap termasuk cadangan kaedah pembaikan daripada Unit Cerun Jabatan Kerja raya dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

"Kaedah pembaikan yang tepat sangat penting demi menjamin keselamatan umum dan kosnya hanya akan diketahui selepas kami menerima laporan daripada pihak yang berkenaan," ujarnya ketika mengulas perkembangan terkini kejadian rekahan itu di sini hari ini.

Shahriman menambah, pihak MPKj juga akan memasang satu alat di kawasan itu bagi mengesan sebarang pergerakan tanah yang dilihat berpotensi untuk berlaku berikutan keadaan cuaca yang menentu ketika ini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi berkenaan mendapati kesemua lima unit banglo di kawasan itu sudah dikosongkan oleh penghuninya.

Jalan masuk utama ke kawasan itu juga telah ditutup oleh pihak polis bagi menghalang kenderaan melaluinya yang mungkin boleh memburukkan lagi keadaan.

Rekahan jalan yang hanya terletak 20 meter dari banglo pertama juga didapati telah ditutup dengan kanvas, guni-guni pasir dan simen bagi menghalang air daripada meresap masuk.

Bagaimanapun, ketika tinjauan dilakukan tiada sebarang kerja-kerja dijalankan kerana hari hujan.

Full content generated by Get Full RSS.

'Kami tidak tahan lagi'

Posted:

'Kami tidak tahan lagi'

'Kami tidak tahan lagi'

Oleh RASMI ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 8 Dis. - Kira-kira 136 pekerja sebuah gudang memproses lampin pakai buang, Ceva Logistics (M) Sdn. Bhd. di Persiaran Sungai Hampar, Seksyen 32 di sini mendesak pihak berwajib bertindak menghentikan kegiatan pembakaran terbuka yang menyebabkan asap tebal menyelubungi persekitaran tempat kerja mereka.

Rata-rata pekerja sudah tidak tahan lagi kerana saban hari terpaksa menyedut asap tebal itu, yang bukan sahaja mengganggu mereka bekerja malah mengakibatkan kesihatan terjejas.

Ekoran keadaan itu, ramai pekerja terpaksa mengambil cuti sakit malah ada yang terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja kerana sudah tidak tahan dengan keadaan pencemaran udara itu sejak enam bulan lalu.

Mereka mendakwa asap yang datang dari kawasan pembakaran terbuka kira-kira 200 meter dari gudang itu menjadi lebih kritikal antara pukul 2 hingga 7 pagi setiap hari.

Pengurus Operasi gudang terbabit, K. Subhash, 47, berkata, pihaknya telah membuat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Jun lalu dan beberapa tindakan telah dilakukan namun pembakaran terbuka itu masih terus berlaku.

Terbaru, katanya, pihak pengurusan gudang telah membuat satu lagi aduan kepada JAS semalam dan jabatan itu memberikan jaminan mahu menyiasat punca sebenar pembakaran terbuka itu.

Beliau berkata demikian ketika membawa pemberita ke lokasi dipercayai pembakaran terbuka itu dilakukan hari ini.

Subhash memberitahu, masalah itu juga menyebabkan produktiviti kilang terjejas apabila tidak dapat mengeluarkan produk tepat pada waktunya sebagaimana dikehendaki oleh para pelanggan.

Seorang pekerja, A. Geetha, 38, berkata, dia terpaksa membelikan topeng hidung kepada pekerja-pekerja lain kerana asap yang terlalu tebal hingga menyebabkan pekerja sukar memberikan tumpuan kepada pekerjaan.

"Saya sendiri mengalami kesukaran untuk bernafas dan sering mengalami sakit tekak dan mata kerana kualiti udara yang teruk di persekitaran gudang," katanya.

Seorang lagi pekerja, Subri Din, 32, memberitahu, dia baru sahaja mengambil cuti sakit selama dua hari kerana mengalami sakit tekak akibat asap yang menyelubungi persekitaran kerja mereka.

"Walaupun masih mengalami sakit tekak saya terpaksa juga datang bekerja dan melalui keadaan yang sama setiap hari. Saya khuatir keadaan kesihatan saya terus terjejas jika keadaan ini berlarutan dan lebih membimbangkan jika ia mengundang penyakit yang lain," katanya.

Sabidi Ahmad, 34, pula berkata, pihak berwajib perlu bertindak tegas terhadap mereka yang melakukan pembakaran tersebut hingga menyebabkan pencemaran udara yang teruk di sini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved