Sabtu, 18 Januari 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Harimau Selatan memang ada kelas

Posted: 18 Jan 2014 11:04 AM PST

Oleh NURUL HUDA HASSAN, MOHAMAD FAIZAL HASHIM, ISWAN SHAFIQ MAT ISA dan MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
sukan@utusan.com.my

Amri Yahyah (kiri) menanduk gol pembukaan Johor Darul Ta'zim dalam perlawanan Liga Super menentang Perak di Stadium Larkin, Johor Bahru, malam tadi. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI

KUALA LUMPUR - Pasukan yang menjadi tumpuan dalam saingan Liga Malaysia musim ini, Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan apabila mengutip tiga mata pada perlawanan pembukaan Liga Super selepas menumbangkan Perak 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam.

Bermain di hadapan lebih 30,000 penyokong setia, skuad Harimau Selatan itu bagaimanapun terpaksa bekerja keras apabila Perak yang menampilkan ramai pemain muda berjaya bertahan dengan baik sebelum skuad kendalian Cesar Ferrando Jiminez itu memastikan kemenangan milik mereka.

Gol pasukan JDT dijaringkan oleh bekas pemain Selangor, Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-38, manakala gol kedua diperolehi daripada pemain import dari Argentina, Luciano Figueroa, dua minit sebelum permainan tamat.

Harimau Selatan hampir mendapatkan gol pertama mereka menerusi bintang import, Pablo Aimar pada minit keenam namun sepakannya tersasar.

JDT memperoleh gol pertama menerusi tandukan ke belakang Amri hasil sepakan sudut dari sebelah kanan pada minit ke-38.

Masuk separuh masa kedua, tuan rumah terus memberi tekanan kepada Perak dengan Figueroa hampir menjaringkan gol kedua untuk JDT, namun tandukannya melepasi gawang.

Bekas pemain Panathinaikos itu menebus kehampaan pada minit ke-88 apabila dia mudah menyepak masuk hasil hantaran cantik Safiq Rahim dari luar kotak penalti.

Dalam satu lagi perlawanan, pemain import kelahiran Guinea, Mamadou Hady Barry muncul wira Terengganu apabila meledak dua gol pada minit ke-22 dan 66 bagi menewaskan PKNS 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Walaupun ketinggalan terlebih dahulu apabila pelawat berada di depan melalui jaringan pemain antarabangsa Indonesia, Hamka Hamzah pada minit ke-17, namun Sang Penyu bangkit dengan penuh bergaya.

Tidak sampai empat minit kemudian, tuan rumah memperolehi gol penyamaan apabila Barry bijak memperdayakan pertahanan PKNS melalui tandukan cantik.

Dia menggandakan jaringan selepas mudah menewaskan penjaga gol pelawat, Md. Remezey Che Ros hasil umpanan jauh tonggak pertahanan, Mazlizam Mohamad.

Seperti mana pasukan jirannya, Kelantan juga bangkit daripada ketinggalan untuk mengutip tiga mata penuh apabila membenam cabaran pasukan yang baru dinaikkan pangkat ke Liga Super musim ini, Sime Darby dengan kemenangan 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Beraksi di hadapan 25,000 penyokong setia, The Red Warriors bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal pasukan pelawat pada minit ketujuh hasil sepakan percuma Mohd. Fazdli Shaari yang gagal dijangkau Khairul Fahmi Che Mat.

Bersambung babak kedua, Kelantan yang seakan-akan mendapat suntikan semangat daripada ketua jurulatih baharu, Steve Darby mengubah corak permainan lebih pantas sehingga beberapa kali mengancam kubu gol pelawat.

Asakan bertali arus Kelantan itu akhirnya berjaya membuahkan hasil pada minit ke-60 apabila Mohammed Ghaddar yang berada didalam kotak penalti bijak menyudahkan hantaran Forkey Doe.

Dia kemudian bertindak menjaringkan gol kemenangan pada minit-79 hasil sepakan penalti.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berdepan sebarang masalah apabila menewaskan Sarawak 2-0 melalui penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Marlon Alex James pada minit ke-17 dan Christie Jayaseelan, minit ke-35.

Red Giants rempuh The Titans

Posted: 18 Jan 2014 11:04 AM PST

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Paolo Rangel (kanan) dan Stilianos Pantelidis (dua, kanan) melakukan percubaan buat Selangor dalam perlawanan Liga Super menentang T-Team di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya semalam. - MINGGUAN/AZLIZA HAILANI

PETALING JAYA - Jika ada pihak meragui kemampuan Selangor pada musim ini, kemenangan 2-0 ke atas T-Team di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam membuktikan Red Giants ada ramuan tersendiri untuk menjadi antara pencabar utama Liga Super 2014.

Ayam tambatan terbaru Selangor, Paolo Rangel yang merupakan bekas penyerang Perak menyumbangkan kedua-dua gol tuan rumah dalam perlawanan yang disaksikan kira-kira 15,000 penonton pada minit ke-63 dan 70 bagi memberikan permulaan baik kepada jurulatih baru, Mehmet Durakovic.

Tanpa kehadiran Andik Vermansah, A. Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri, Selangor tampak tetap berbisa dengan kehadiran pemain import Brazil, Junior Aparecido selain larian pantas S. Kunanlan sering kali mengancam kubu pertahanan T-Team sepanjang permainan.

Biarpun mengasak berulang kali ke arah kubu T-Team melalui peluang terhidang yang dimiliki Rangel dan Junior, skuad kendalian Mohd. Azraai Khor boleh menarik nafas lega apabila mampu mengikat Red Giants seri tanpa jaringan pada babak pertama selepas hanya mampu bertahan di dalam kawasan sendiri.

Namun, segala kebuntuan itu akhirnya dipecahkan apabila Selangor memperolehi jaringan pertama berpunca daripada situasi kelam kabut di dalam kotak penalti sebelum Rangel menanduk masuk ke dalam gawang T-Team ketika penjaga gol, Mohd. Shahril Sa'ari sekadar terpaku memerhati bola yang masuk.

Kemasukan Abdul Hadi Yahaya yang menggantikan Abdul Shukor Jusoh, membuka ruang kepada Rangel untuk mendapatkan gol kedua selepas hantaran silang dari sebelah kanan tepat menuju di atas kepala pemain dari Brazil itu dan dia sekali membuktikan tandukannya cukup berbisa apabila mudah menewaskan Shahril tanpa dicabar oleh mana-mana pertahanan lawan.

Tiga mata penuh dalam perlawanan pertama itu ternyata menceriakan Durakovic yang mengakui masih banyak lagi boleh diberikan oleh pasukannya ekoran beberapa pemain masih tidak diturunkan pada aksi sulung Liga Super.

''Persembahan yang begitu baik berjaya ditunjukkan oleh semua pemain walaupun kita mungkin boleh mendapatkan dua atau tiga gol lagi kerana banyak mencipta peluang, tiga mata yang lebih mustahak.

''Aksi pemain di bahagian sayap memberikan kelebihan kepada kami pada hari ini (semalam) kerana sentiasa mencipta gerakan berbahaya dan memberi tekanan kepada pertahanan lawan.

''Pasukan kita bukannya terdiri daripada pemain bintang cuma kerjasama berpasukan selain mempamerkan komitmen di atas padang menjadi kunci kejayaan kami pada petang ini, " katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Mayat reput, berulat ditemui di Felda Pasir Raja

Posted: 18 Jan 2014 11:22 PM PST

KOTA TINGGI 19 Jan. - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan reput dan berulat di sebuah rumah di Felda Pasir Raja di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman berkata, mayat Ashri Yusof, 40, ditemui abang iparnya, Misnan Tuminar yang berkunjung ke rumah peninggalan ibu mertuanya itu di mana Ashri tinggal bersendirian.

"Sebaik sahaja tiba di pekarangan rumah itu, saksi terhidu bau busuk mencurigakan dan memaklumkan kejadian itu kepada polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak mengesyaki sebarang perlakuan jenayah terhadap mangsa.

Rahmat berkata, mayat anak bongsu daripada empat beradik dan masih bujang itu dihantar Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Felda Pasir Raja, malam tadi. - BERNAMA

Bot karam: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan

Posted: 18 Jan 2014 10:44 PM PST

Oleh MD. AZRIN ROSLY

DARO 19 Jan. - Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot panjang yang karam diteruskan pukul 7.30 pagi tadi di muara Sungai Batang Lassa berdekatan Kampung Kut.

Komander operasi, Pemangku Deputi Supritendan Wagner Lisa berkata, operasi dengan kekuatan 81 anggota terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan penduduk kampung.

Setakat pukul 12 tengah hari ini, lapan mangsa masih belum dijumpai, 16 selamat dan tiga mangsa yang ditemui mati. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kaedah baharu latih kadet bomba

Posted: 18 Jan 2014 11:04 AM PST

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
utusanktn@gmail.com

ABDUL Wahab Mat Yassin (duduk, tengah), Noriza Harun (duduk, empat dari kiri) dan Hashnuddin Hussin (duduk, empat dari kanan) bersama peserta Bengkel Jurulatih Kadet Bomba Siri 1/2014 di Balai Bomba Temerloh, Pahang, semalam.

TEMERLOH 18 Jan. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang akan memperkenalkan kaedah baharu dalam latihan serta pembelajaran kadet bomba di semua sekolah menengah terlibat bermula tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin berkata, pengenalan itu penting dalam usaha menarik lebih ramai pelajar menyertai kadet bomba sekali gus menjadikannya pilihan utama mereka dalam aktiviti kokurikulum.

Jelasnya, langkah itu akan memastikan pembelajaran tidak terhad kepada teori dan praktikal di kawasan sekolah sahaja, tetapi melibatkan pendedahan lapangan serta penggunaan infrastruktur peralatan kebombaan sebenar.

"Kita berharap jurulatih dapat mengajar dengan teknik lebih berkesan dan menggalakkan mereka mengadakan program di kawasan balai bomba berhampiran bagi melaksanakan latihan kawad, kelas pengajaran atau aktiviti perkhemahan.

"Selain itu, kita akan membenarkan pelajar dibawa ke lokasi kebakaran menggunakan kenderaan utiliti untuk memberi pendedahan sebenar dan melihat sendiri bagaimana pasukan bomba bertindak dalam operasi pemadaman serta keselamatan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menutup Bengkel Jurulatih Kadet Bomba Siri 1/2014 di Balai Bomba Temerloh di sini hari ini.

Yang turut hadir, Penolong Pengarah (Latihan) JBPM negeri, Noriza Harun dan Ketua Balai Bomba Temerloh, Hashnuddin Hussin.

Seramai 32 peserta daripada 16 balai bomba menyertai bengkel selama tiga hari yang berakhir hari ini.

Menurut Abdul Wahab, melalui kaedah baharu itu pihaknya akan meningkatkan latihan berbentuk kawad, penggunaan pili bomba dan juga jentera bomba bagi memberi pendedahan mengenai teknik operasi jabatan penyelamat itu.

"Kita juga akan mengadakan program lawatan antara balai dan daerah untuk bertukar pengalaman, pengetahuan serta mengeratkan hubungan antara ahli pasukan selain mengadakan perkhemahan peringkat negeri seperti sebelum ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, meskipun sambutan terhadap kadet bomba pada masa ini amat menggalakkan, pihaknya masih mengehadkan sekolah yang terlibat kerana mengalami kekurangan jurulatih.

Katanya, pada masa ini terdapat 50 jurulatih bertanggungjawab melatih kira-kira 10,000 ahli kadet bomba daripada 115 sekolah di negeri ini.

Bomba Pahang juara perarakan Maulidur Rasul

Posted: 18 Jan 2014 11:04 AM PST

ADNAN Yaakob (barisan kedua, tiga dari kiri) dan di kanannya Syed Ibrahim Syed Ahmad bersama para pemenang pertandingan sepanduk tercantik sempena Maulidur Rasul peringkat negeri di Dewan Jubli Perak di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

KUANTAN 18 Jan. - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang berjaya merangkul gelaran juara bagi kategori jabatan kerajaan dalam pertandingan sepanduk tercantik sempena perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Dewan Jubli Perak di sini Selasa lalu.

Dalam pertandingan itu, juara kategori swasta menjadi milik Yayasan Pahang manakala kategori sekolah dan institusi pengajian tinggi dimenangi Sekolah Menengah Teknik Kuantan.

Johan bagi ketiga-tiga kategori masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM2,000 dan sijil penghargaan.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Bagi tempat kedua pula, Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi kategori agensi kerajaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (swasta) dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (sekolah dan institusi pengajian tinggi).

Pemenang tempat kedua membawa pulang wang tunai RM1,500 dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga dimenangi Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara Pahang (kerajaan), Imtiyaz Travel and Tour (swasta) dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (sekolah dan institusi pengajian tinggi) dengan membawa pulang wang tunai RM1,000 serta sijil penghargaan.

Seramai 3,000 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, sekolah dan institusi kerajaan hadir bagi menyertai perarakan yang bermula pada pukul 8 pagi.

Sementara itu menurut Syed Ibrahim, perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setiap tahun dilaksanakan sebagai memperingati jasa dan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

"Sambutan yang dilakukan disemarakkan lagi dengan perarakan yang merupakan sebagai satu simbolik ikatan ukhuwah dan persaudaraan yang erat terjalin dalam kalangan umat Islam.

"Dengan penuh rasa keinsafan dan kecintaan, perarakan turut diiringi dengan selawat dan salam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

"Saya berharap kita semua dapat bersama-sama berusaha memperkukuhkan persaudaraan dan hidup dalam keadaan aman dan harmoni tanpa mengira pandangan dan fahaman masing-masing," katanya ketika berucap pada majlis itu.

Polis rampas tiga senapang

Posted: 18 Jan 2014 11:04 AM PST

SULAIMAN A. Hamid (dua dari kiri) menunjukkan senapang buatan sendiri yang dirampas daripada penagih dan pengedar dadah dalam sidang akhbar di IPD Maran, Pahang, semalam. - MINGGUAN/SALEHUDIN MAT RASAD

MARAN 18 Jan. - Penahanan seorang pengedar dadah berjaya membongkar rahsianya memiliki tiga laras senapang buatan sendiri dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Huma Luas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Supritendan Sulaiman A. Hamid berkata, dalam serbuan pukul 1.30 petang itu, polis merampas sebutir peluru berukuran .38, sebuah beg berisi bebola besi pelbagai saiz, tiga telefon bimbit, satu alat penimbang elektronik dan peralatan menghisap dadah.

Katanya, polis turut merampas sejumlah dadah daripada suspek berusia 32 tahun antaranya, satu tiub penyedut minuman dipercayai heroin, satu biji pil yaba, pil Eramin 5 dan tiga peket plastik disyaki syabu.

Tambah beliau, siasatan mendapati suspek yang juga penagih dadah mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Akta Senjata Api 1960.

"Suspek dipercayai membuat senapang menggunakan gas dan bebola besi bagi tujuan bersaing dengan kumpulan pengedar dadah.

"Kita bimbang senapang itu mungkin boleh dijual kepada pihak lain untuk jenayah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran di sini hari ini.

Sulaiman berkata, suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut selain disiasat di bawah Seksyen 39A (2), Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Diplomat Iran terbunuh di Yemen

Posted: 18 Jan 2014 10:26 AM PST

SANAA 19 Jan. - Seorang pegawai diplomat terbunuh di ibu kota negara ini, ketika dia melawan seorang lelaki bersenjata yang mahu menculiknya berhampiran kediaman kedutaan di sini, semalam.

Jurucakap Menteri Luar Iran, Marzieh Afkham berkata, pegawai diplomat berkenaan cedera parah setelah dia melawan lelaki bersenjata tersebut dan telah dibawa ke hospital sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Sumber keselamatan di Yemen memberitahu diplomat menaiki sebuah kereta milik kedutaan Iran, tetapi duta negara tersebut tiada di dalam kereta berkenaan semasa serangan berlaku. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Apa dosa pelatih GiatMara!

Posted: 18 Jan 2014 11:04 AM PST

Oleh Azman Anuar
azman.anuar@utusan.com.my

APA yang patut dilabelkan kepada pemimpin yang seolah-olah tidak pentingkan pendidikan untuk anak bangsa? Kenapa Kerajaan Negeri Selangor tergamak hendak menutup GiatMara Selayang pula? Siapakah sebenarnya di belakang tabir tindakan kerajaan negeri ini?

Apabila di pandang belakang tentang perjuangan mempertahankan institusi pendidikan di negara ini, masyarakat Cina nampaknya lebih baik daripada Melayu.

Pemimpin kerajaan pakatan pembangkang Selangor sekarang tidak seperti masyarakat kaum Cina yang sanggup bermati-matian mempertahankan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) walaupun hanya tinggal 10 orang murid. Agenda untuk menutup sahaja sekolah tersebut tidak mungkin berlaku. Kaum Cina juga tak malu-malu minta bantuan dana kerajaan untuk pendidikan SJKC.

Di sebaliknya, pemimpin Melayu yang menerajui Kerajaan Negeri Selangor sekarang pula yang beria-ia mahu menutup sebuah lagi institusi kemahiran untuk anak Melayu!

Apa masalah sebenar pada pemimpin kerajaan Selangor hingga Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak hantar surat mengarahkan pengurusan pusat latihan kemahiran GiatMara di Taman Selayang Baru mengosongkan pusat latihan itu dalam tempoh setahun.

Beginikah sikap pemimpin Melayu di sebelah sana apabila mendapat semula kepercayaan rakyat. Nampaknya, bertambah menjadi-jadi usaha untuk 'mengganggu' dan melemahkan apa sahaja institusi modal insan yang berkaitan dengan Kerajaan Pusat.

Kalau masalah tanah yang diduduki tidak mendapat kebenaran kerajaan negeri yang dipimpin pakatan pembangkang sekarang, maka keluarkan sahaja arahan baharu secara rasmi bagi membolehkan GiatMara memohon untuk terus kekal di lokasi berkenaan. Bukan susah. Itupun kalau pemimpin Melayu pakatan pembangkang Selangor ikhlas ingin membantu dan memajukan pusat tersebut.

Jika GiatMara Taman Selayang Baru tidak mahu 'diselamatkan', ini adalah kali kedua kerajaan Selangor menutup pusat GiatMara di negeri itu. Sebelum ini pusat GiatMara di Merbau Berdarah, Sabak Bernam turut diarahkan tutup pada pertengahan tahun 2012.

Benar atau secara kebetulan tindakan Kerajaan Selangor mewujudkan pelbagai halangan kepada pembinaan dan penyewaan pelbagai kolej pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di negeri itu, tetapi ia memperlihatkan seolah-olah mereka anti-Mara.

Sikap anti-Mara ini jelas dapat dilihat sejak beberapa tahun lalu apabila Kerajaan Negeri Selangor enggan membenarkan pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di atas tanah Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah, Selangor.

Malah perkara mengejutkan apabila Kerajaan Selangor turut cuba merampas tanah milik YBK itu hingga menyebabkan UiTM yang sepatutnya dibina di tapak berkenaan dipindahkan ke Jasin, Melaka. Kalau pembinaan UiTM di Serendah tidak disekat lebih dua tahun lalu, mungkin kini ia sudah beroperasi.

Inilah bezanya antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan kerajaan pakatan pembangkang. Kerajaan BN boleh bertolak ansur untuk membantu anak-anak bangsa yang tercicir demi memberikan mereka kemahiran.

"Malangnya, pakatan pembangkang pula menggunakan undang-undang untuk kepentingan mereka sendiri. Saya tahu tapak itu adalah milik kerajaan negeri dan bukan milik GiatMara, tetapi sebagai sebuah kerajaan prihatin dan mahu membangunkan modal insan, mereka sepatutnya boleh bertolak ansur seperti yang diamalkan oleh kerajaan BN sebelum ini," kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPN), Datuk Seri Noh Omar baru-baru ini.

Semasa pentadbiran BN sebelum ini, kerajaan negeri tidak mengenakan bayaran sewa bangunan kepada GiatMara atas prinsip institusi latihan itu berperanan membangunkan modal insan dan pendidikan rakyat.

Banyak lagi isu lain dalam bidang pendidikan di bawah kerajaan negeri yang bagaikan 'tikus membaiki labu' seperti isu bangunan asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan isu pengurusan Universiti Selangor (Unisel).

Kerajaan Selangor dilihat banyak bermain politik dan menyalahgunakan kuasa, dan akhirnya rakyat yang rugi.

Masyarakat Melayu yang memahami kewujudan pusat latihan GiatMara selama 20 tahun itu akan menggelengkan kepala dengan tindakan terbaharu ini. Tutup memang mudah, tetapi untuk mewujud dan membinanya semula terpaksa mengambil masa yang lama lagi.

Apa masalah dan dosa institusi latihan ini yang banyak membantu memajukan anak Melayu di Selangor? Mengapa kerajaan negeri sangat memusuhi Mara?

GiatMara ialah tempat pelatih mendapatkan kemahiran dalam bidang mekanikal, pengangkutan, seni bina, percetakan, elektrikal, pembuatan, komputer & teknologi maklumat, elektronik/mekatronik, fabrik, dandanan rambut dan persolekan, kulinari dan hospitaliti.

Penganalisis sosio ekonomi, Rohami Shafie berkata terdapat tiga objektif penubuhan GiatMara iaitu melahirkan tenaga mahir negara; mewujudkan usahawan; dan membantu membasmi kemiskinan.

"Kalau melihat kepada objektif pertama, penutupan GiatMara tanpa sebab yang kuat, menyebabkan peluang kepada golongan generasi muda bumiputera yang tidak dapat memasuki universiti akan semakin terbantut.

"Bukan semua ratusan ribu lepasan SPM setiap tahun dapat memasuki universiti. Dengan adanya GiatMara, golongan ini dapat bersaing dalam dunia kompetitif dengan terlibat dalam bidang yang diminati.

Tanpa sebab munasabah?

"Malangnya apabila ditutup, apa akan terjadi kepada generasi muda bumiputera yang tidak dapat memasuki universiti ini?" kata Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu.

Rohami berpendapat GiatMara sewajarnya dinaiktarafkan sebagai sebuah institut kemahiran tinggi yang memberi kerjaya cemerlang kepada pelajarnya dan bukannya ditutup tanpa sebab munasabah.

Apa akan terjadi kepada nasib mereka ini kerana diketahui umum golongan bumiputera masih ketinggalan dalam pendidikan kemahiran. Ini sekali gus boleh menggagalkan visi negara untuk menjadi sebuah negara maju jika rakyatnya tidak mempunyai kemahiran tinggi.

Maka, kita terpaksa mengimport warga negara asing yang separa mahir untuk bekerja di negara kita. Akhirnya, bukan sahaja rakyat dan negara mengalami kerugian besar dari segi peluang pekerjaan dan ekonomi, tetapi juga bakal mendatangkan pelbagai masalah dari sudut sosial apabila warga asing menguasai pasaran industri berteraskan teknikal dan vokasional.

Melalui kemahiran tinggi, diharapkan para pelajar GiatMara dapat menjadi usahawan berjaya pada masa akan datang. Objektif kedua GiatMara ini kata Rohami, akan meramaikan usahawan bumiputera berteraskan kemahiran teknikal dan vokasional.

"Sepatutnya, usaha ini disokong sepenuhnya kerana jika golongan bumiputera gagal dalam bidang keusahawanan, ia bakal mengundang permasalahan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.

"Peluang untuk bumiputera mempertingkatkan kemahiran teknikal dan vokasional tidak boleh disekat sama sekali. Jurang ekonomi antara bumiputera dan bukan bumiputera sememangnya besar tetapi akan jadi lebih parah jika generasi muda bumiputera tidak diberikan pendedahan ilmu pengetahuan berteraskan kemahiran.

"Ilmu kemahiran yang dipelajari di GiatMara boleh membantu mereka menjadi usahawan berjaya. Sewajarnya mereka disokong dan diberikan bantuan yang lebih besar untuk berjaya dalam bidang keusahawanan. Dan bukannya disekat peluang mereka untuk maju ke hadapan dalam bidang keusahawanan.

"Sesuatu yang amat malang sekali apabila peluang untuk sesuatu kaum memajukan ekonominya disekat. Kaum bumiputera akan semakin ketinggalan berbanding bukan bumiputera ketika negara bergelar negara maju. Adakah ini yang kita mahukan?" soal Rohami yang juga Felo Penyelidik Institut Keusahawanan dan Koperasi, UUM.

Malaysia perlu melahirkan masyarakat keusahawanan dan bukan setakat masyarakat yang berkerjaya makan gaji sahaja kerana ia merupakan keperluan masa hadapan.

Objektif ketiga, terang-terangan bertujuan untuk membasmi kemiskinan. Maka, salah satu usaha besar untuk membantu membasmi kemiskinan bumiputera adalah dengan memberi ilmu kemahiran agar mereka boleh berdikari dalam membina kerjaya masing-masing.

"Tiada guna negara kita menjadi maju tetapi jurang pendapatan antara yang kaya terlalu besar berbanding yang miskin. Kaum yang kaya pula dikuasai oleh satu kaum minoriti sahaja manakala yang miskin pula ialah golongan majoriti. Malang sekali jika Malaysia bergelar negara maju dalam keadaan sebegini," komen Rohami.

Secara keseluruhan, penutupan GiatMara merupakan satu tindakan yang bakal mengagalkan wawasan untuk mewujudkan tenaga kerja mahir dan usahawan berjaya dan berdaya saing dalam kalangan bumiputera.

Jika institusi ini mahu ditutup tanpa tindakan susulan dengan membina institusi kemahiran yang lebih baik, maka ia merupakan tindakan ke belakang yang merugikan banyak pihak walhal dunia zaman sekarang berkehendakan tenaga kerja mahir.

Ubah cara kita berbelanja

Posted: 18 Jan 2014 11:04 AM PST

DALAM isu membabitkan kepentingan pengguna, tidak ramai yang berani ke depan seperti yang sering dilakukan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Oleh sebab itu, asal sahaja timbul isu berkaitan kepenggunaan, ramai yang menantikan reaksi CAP. Begitu juga dalam isu kenaikan harga barang ketika ini yang dilihat semakin menekan pengguna. Ketika sebahagian besar daripada kita memilih menyalahkan kerajaan ekoran kenaikan harga barang, Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris pula mempunyai pandangan berbeza. Katanya, beban kenaikan harga barang itu boleh dielakkan sekiranya pengguna bijak mengatur perbelanjaan dan paling utama bersederhana dalam kehidupan.

Sebagai contoh, saya sendiri memakai baju yang berharga cuma RM30, malah kasut saya pun masih sama yang saya pakai sejak lebih tiga tahun lalu," katanya. Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL di pejabatnya di Jalan Masjid Negeri, Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini, S. M. Mohamed turut berkongsi pelbagai isu mengenai kepenggunaan. Antaranya berkenaan subsidi kerajaan, penguatkuasaan undang-undang berkaitan pengguna dan banyak lagi.

MINGGUAN: Bagaimana tuan melihat isu kenaikan harga barang ketika ini?

S. M. MOHAMED: Masalah kenaikan harga ini adalah fenomena global dan tidak hanya berlaku di Malaysia. Oleh sebab kita turut bergantung kepada barangan import, maka kesan inflasi itu turut dirasai rakyat di negara ini. Tetapi masalahnya kita dalam melihat isu kenaikan harga ini selalunya akan menuntut supaya gaji turut dinaikkan. Jika begini keadaannya, isu melibatkan kenaikan harga barang ini tidak akan berakhir. Sedangkan kita sebagai pengguna sebenarnya boleh mengelak daripada merasai tekanan daripada kenaikan harga barang ini. Sebagai contoh dengan merubah cara pemakanan kita.

Saya melihat budaya rakyat Malaysia gemar memakan makanan yang sebenarnya tidak diperlukan tubuh badan. Antaranya terlalu kerap minum kopi dan teh serta mengambil ayam dan daging dalam kuantiti yang terlalu banyak. Sepatutnya mereka melebihkan pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang pastinya lebih murah. Namun yang lebih penting ialah kawalan perbelanjaan dalam kalangan setiap rakyat itu sendiri. Saya melihat rakyat Malaysia suka berbelanja untuk perkara-perkara yang tidak diperlukan mereka. Kita juga sering membazir dalam mengadakan majlis-majlis seperti perkahwinan, sambutan perayaan atau meraikan ulang tahun. Sedangkan majlis-majlis seperti ini boleh dibuat secara sederhana. Malah dalam Islam sendiri pun ditekankan supaya kita tidak membazir.

Saya ambil juga contoh rakyat kita apabila makan di restoran-restoran, mereka akan pesan lebih daripada dua atau tiga jenis makanan. Adakah tidak boleh mereka makan hanya satu jenis makanan? Begitu juga apabila mereka pesan minuman, mesti mahu minuman yang manis dan berperisa. Apakah tidak boleh untuk mereka pesan hanya air kosong atau air suam? Tetapi itulah, air kosong dan air suam sekarang pun perlu bayar sehingga 50 sen dan ini sangat tidak wajar. Dalam situasi seperti hari ini, kita perlu mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap perbelanjaan dalam semua aspek kehidupan kita. Jadi kenapa masyarakat tidak ubah cara hidup mereka terlebih dahulu. Bukan hanya pandai mengkritik dan menyalahkan kerajaan setiap kali berlakunya kenaikan harga barang.

Maksudnya ada yang tidak kena dengan cara hidup dan budaya berbelanja masyarakat kita?

S. M. MOHAMED: Masalahnya kebanyakan rakyat Malaysia, apabila berbelanja, kita bukan membeli barang keperluan, tetapi membeli barang keterlaluan. Setiap kali berbelanja, kita isi peti sejuk sampai penuh. Kita selalu beranggapan apabila kita beli barang dalam kuantiti yang banyak, kita dapat berjimat dalam berbelanja. Tapi persoalannya, adakah kita benar-benar menggunakan barangan yang kita beli dalam kuantiti yang banyak itu?

Sepatutnya pengguna membeli barangan makanan yang diperlukan mereka dalam sehari. Tidak perlu beli sekali gus sehingga berhabis antara RM300 hingga RM400 kerana pada akhirnya tidak semua yang mereka beli itu akan digunakan. Jika mereka simpan di dalam peti sejuk pun, untuk tempoh yang lama, makanan itu juga sudah tidak elok dan tidak berkhasiat lagi kepada tubuh badan. Kami juga selalu menggalakkan orang ramai supaya masak dan makan di rumah. Ini jauh lebih menjimatkan berbanding makan di restoran-restoran selain dapat memastikan makanan lebih berkhasiat. Seperkara lagi yang kami perhatikan ialah strategi pasar raya dalam mempengaruhi pengguna untuk berbelanja dalam kuantiti yang besar. Pasar raya selalunya akan menyediakan troli yang besar, jadi secara psikologinya pengguna akan berbelanja lebih untuk mengisi troli mereka itu.

Bagaimana pula dari sudut kerajaan?

S. M. MOHAMED: Kerajaan juga perlu mengambil langkah drastik dalam mengekang faktor yang boleh meningkatkan harga barang. Antaranya dengan tidak lagi mengeksport hasil pertanian dan laut negara kita. Dengan cara ini, kita dapat memastikan harga bekalan makanan itu sentiasa rendah kerana sentiasa mencukupi bagi menampung permintaan dalam kalangan rakyat tempatan. Kerajaan juga perlu memberi tumpuan kepada meningkatkan industri pertanian supaya lebih banyak bahan makanan dalam negara dapat dihasilkan seterusnya mengurangkan harganya di pasaran.

Barangkali sudah tiba masanya kerajaan menumpukan usaha menggalakkan pertanian bandar (urban agriculture). Di kebanyakan negara maju seperti di London dan New York sekali pun, pertanian bandar ini bukan lagi perkara luar biasa. Jadi rakyat negara ini sepatutnya sudah mula ke arah itu. Meskipun mereka tinggal di apartmen atau kondominium, mereka masih boleh bercucuk tanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri, sekali gus menjimatkan perbelanjaan mereka.

Bagaimana dengan tindakan peniaga yang sering mengambil kesempatan menaikkan harga barang?

S. M. MOHAMED: Kerajaan perlu memanggil semua pihak yang terlibat terutama dalam industri peruncitan dan sektor makanan dan meminta mereka memberi penjelasan mengapa perlu menaikkan harga barangan. Peniaga restoran juga mempunyai pilihan untuk tidak menaikkan harga makanan mereka. Sebagai contoh, mereka boleh mengurangkan kuantiti makanan jika tidak mampu menampung kenaikan harga barang. Misalnya mengurangkan saiz seketul ayam berbanding saiz sebelum kenaikan harga barang makanan itu supaya harganya dapat dikekalkan. Ini juga dapat mengelak daripada lebih banyak sisa makanan dibuang setiap hari.

Harga barang biasanya akan naik menjelang musim perayaan, bagaimana pandangan tuan?

S. M. MOHAMED: Sudah menjadi perkara biasa di negara ini menjelang musim perayaan harga barangan makanan akan melambung tinggi. Ini berlaku disebabkan banyak perkara termasuk peniaga yang mengambil kesempatan dengan menyimpan barangan makanan tertentu. Tidak lama lagi bakal menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dan kita sudah pun menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai kekurangan barangan makanan tertentu antaranya bawang putih. Kita tahu keadaan ini berlaku disebabkan pihak tertentu menyimpan atau menyorok barang makanan tersebut menyebabkannya tidak mencukupi di pasaran. Jadi bila tidak mencukupi tetapi permintaan daripada pengguna meningkat, mereka akan mengambil kesempatan menaikkan harga dan mendapat keuntungan berlipat kali ganda.

Jadi bagaimana perkara ini dapat diatasi?

S. M. Mohamed: Sebab itu kita selalu tekankan, penguatkuasaan terhadap akta-akta berkaitan pengguna itu sangat penting. Kerajaan perlu sentiasa turun padang memastikan akta itu benar-benar dikuatkuasakan, jadi tidak ada pihak yang boleh mengambil kesempatan. Apatah lagi Akta Kawalan Harga pula hanya untuk beberapa barangan makanan sahaja, bukan untuk semua. Dalam isu Akta Antipencatutan misalnya, akta itu memang wujud, tetapi seolah-olah tidak dikuatkuasakan. Ini yang kita persoalkan. Kalau tidak ada penguatkuasaan, untuk apa akta itu diwujudkan?

Mungkinkah pengekalan subsidi dapat membantu mengekang kenaikan harga barang?

S. M. Mohamed: Dalam setiap jemputan sesi dialog antara CAP dengan kerajaan terutama Kementerian Kewangan berkenaan subsidi, kita selalu tegaskan supaya kerajaan memansuhkan semua subsidi yang diberikan selama ini. Bagi CAP, kerajaan telah memberi pendidikan yang salah kepada rakyat berhubung pemberian subsidi. Oleh sebab sistem itu juga, masyarakat hari ini dilihat terlalu bergantung kepada subsidi sehingga menyebabkan mereka berharap akan mendapat lebih banyak lagi daripada kerajaan.

Sebab itu apabila kerajaan berhasrat menarik balik subsidi walaupun sedikit, rakyat akan melenting dan marah sebab mereka selama ini sudah terlalu selesa dengan subsidi yang diberikan kerajaan. Sedangkan jika kita lihat, subsidi itu tidak disalurkan dengan cara betul. Sebab bila kita tengok semula, tidak banyak pun subsidi yang diberikan kerajaan itu yang benar-benar diterima oleh rakyat atau golongan sasaran. Jadi mereka sebenarnya tidak perlu marah-marah apabila kerajaan mahu menarik balik subsidi kerana selama ini pun mereka tidak mendapat manfaat daripada subsidi itu secara menyeluruh.

Sebab itu, kami berpandangan kerajaan harus memikirkan kaedah bagaimana bantuan untuk mengurangkan beban rakyat itu boleh disalurkan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk, bukan hanya menerusi subsidi. Misalnya menggunakan peruntukan subsidi itu untuk meningkatkan sektor pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan sebagainya. Bagi kita, masyarakat selama ini telah disalahfahamkan mengenai subsidi.

Dalam masa sama, masyarakat hari ini juga tidak boleh memikirkan mengenai kepentingan kita pada hari ini sahaja. Tetapi turut memikirkan kehidupan anak-anak kita serta generasi akan datang. Mereka juga perlu jaminan kehidupan yang baik dan jika kita tidak berhati-hati dalam mengurus sumber negara seperti petroleum, apa yang tinggal untuk anak-anak kita nanti sedangkan mereka juga memerlukannya.

Apa nasihat kepada pengguna dalam situasi kenaikan harga ketika ini?

S. M. Mohamed: Bijak kawal perbelanjaan, cuba elakkan berhutang dan hiduplah secara bersederhana.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Fahami budaya, agama kaum lain

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
utusanjohor@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin bersalaman dengan penganut Hindu ketika merasmikan program sambutan perayaan Thaipusam 2014 di Kuil Sri Subramaniar, Johor Bahru, semalam. - BERNAMA

JOHOR BAHRU 17 Jan. - Masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu memahami pelbagai budaya dan agama di negara ini bagi mengeratkan hubungan dan sikap toleransi yang sedia terjalin.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia amat memerlukan rakyat yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang latar belakang kaum lain.

"Sebagai warganegara yang hidup dalam negara majmuk, adalah penting bagi setiap daripada kita untuk belajar dan memahami perbezaan latar belakang, budaya dan amalan agama mereka yang berbeza dengan kita.

"Dengan pengetahuan tersebut akan timbul persefahaman dan sikap toleransi dalam memastikan apa yang dilakukan seharian tidak menimbulkan perbalahan sesama kita," katanya semasa mengunjungi Kuil Sri Subramaniar sempena sambutan Thaipusam di sini hari ini.

Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada kuil tersebut.

Menteri Besar berkata, masyarakat di negara ini bernasib baik kerana mempunyai kerajaan yang membenarkan setiap individu mengekalkan identiti masing-masing selain mengamalkan ajaran agama dan budaya tanpa sebarang halangan.

"Menerusi keamanan dan keharmonian yang kita kecapi ini, setiap individu bebas mengamalkan ajaran agama mereka selain turut berusaha untuk meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.

"Semua ini mustahil dapat dicapai sekiranya negara berada dalam keadaan kucar-kacir. Jadi, semua pihak perlu memastikan suasana aman ini terus berkekalan," katanya.

Dalam pada itu Mohamed Khaled turut melahirkan kekesalannya tentang isu seorang guru Cina mualaf yang diminta dibuka tudungnya oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Kota Tinggi yang berlaku baru-baru ini.

"Perkara ini wajar diberi perhatian serius oleh pihak berwajib dalam memastikan perkara serupa tidak berulang pada masa depan," katanya.

Jumlah PDK di semua DUN akan ditambah

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

LABIS 17 Jan. - Kerajaan akan terus membangunkan keupayaan golongan orang kurang upaya (OKU) dengan pelbagai pelan jangka panjang dan pendek termasuk menambah bilangan pusat dalam komuniti (PDK) di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Pengarah 1 Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Daud Arbah berkata, selain mewujudkan PDK baharu, pihaknya juga akan membaik pulih atau menaik taraf PDK sedia ada mengikut keperluan secara berperingkat-peringkat bagi memberi keselesaan kepada pelatih.

"Kini terdapat sebanyak 66 PDK di seluruh negeri masih mampu menampung bilangan pelatih sedia ada dan langkah mewujudkan PDK baharu pada masa depan merupakan pelan jangka panjang bagi memastikan pembangunan serta pendidikan golongan tersebut tidak ketinggalan.

"Selari dengan usaha kerajaan membela nasib golongan tersebut, saya turut berbangga dengan komitmen masyarakat yang sentiasa bersedia menyumbang tenaga membantu setiap program yang dianjurkan oleh jabatan serta PDK," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke PDK Seri Impian, di sini semalam.

Beliau turut meninjau kemudahan yang terdapat di PDK Teratak Sayangku di Chaah, PDK Sinar Munawwarah, Bukit Siput dan PDK Sayangku Taman Yayasan.

Daud berkata, usaha juga sedang dilakukan untuk mendapatkan sebidang tanah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membina sebuah PDK baharu di Chaah bagi menggantikan pusat sedia ada supaya mampu memberi keselesaan kepada pelatih.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kes penderaan kanak-kanak di negeri itu pada 2013 menurun berbanding tahun sebelumnya hasil kerjasama semua pihak, terutamanya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat secara langsung menganjurkan pelbagai kempen kesedaran.

"Walaupun kita mempunyai peruntukan undang-undang berkaitan sebarang perlakuan penderaan kanak-kanak, tanpa kesedaran dan kerjasama masyarakat secara langsung, usaha membendung masalah tersebut tidak akan berjaya.

"Selain itu, penguatkuasaan undang-undang tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya masyarakat tidak prihatin dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berwajib," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Koleksi seimbang maskulin, feminin

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

KOLEKSI ini disempurnakan dengan beg tangan tote dan kasut yang menarik.

MENCARI keseimbangan antara maskulin dan feminin bukanlah sesuatu yang mudah. Elemen ini dapat dilihat dalam koleksi musim bunga Charles & Keith 2014 yang menggabungkan elemen lelaki dan wanita kontemporari dalam potongan serta coraknya.

Keberanian ini diserlahkan lagi dalam koleksi ini yang disempurnakan dalam pakaian yang ringkas, namun mempunyai unsur dramatik. Ia disesuaikan dengan pelbagai unsur alam lain menggunakan warna-warna cerah dan warna tanah.

Koleksi ini juga disempurnakan dengan beg tangan tote dan kasut yang menarik.

Lambang kesempurnaan Charles & Keith diterjemahkan koleksi kasut Charles & Keith yang kebanyakkannya menggunakan warna hitam dan putih ditambah dengan warna perak berkilat.

Bagi menyerlahkan elemen kewanitaan, renda ditambah dan kilauan perak menjadikan kasut anda satu gaya yang tidak boleh dilupakan.

Boleh dikatakan koleksi kali ini sungguh semula jadi dengan stail yang dikatakan ringkas, namun dapat memberi sepenuh keyakinan kepada si pemakai.

Bukan sekadar itu, Charles & Keith turut menzahirkan beberapa aksesori pelbagai fungsi dalam warna yang berbeza seperti merah jambu, fuchsia, biru dan merah.

Ia umpama tarikan kepada si peminat koleksi ini yang nyata boleh digayakan oleh mereka yang mempunyai jiwa yang bebas dan sukakan sesuatu yang ringkas.

Untuk mendapatkan koleksi terbaru ini, bolehlah berkunjung ke butik Charles & Keith yang terdapat di seluruh Malaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Skim Bazar Ramadan bantu peniaga kecil

Posted: 18 Jan 2014 01:52 AM PST

SEREMBAN 18 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Skim Bazar Ramadan bagi membantu peniaga kecil mendapatkan pinjaman tanpa faedah.

Beliau berkata, kerajaan sedar ramai orang yang ingin berniaga pada bulan berkenaan tetapi menghadapi masalah modal.

Kerajaan secara prinsipnya bersetuju untuk melaksanakan skim ini. Butiran terperinci mengenainya akan diumumkan pada Jun ini," katanya ketika berucap merasmikan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan di Dataran Senawang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

PM tiba di Negeri Sembilan rasmikan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil

Posted: 18 Jan 2014 12:02 AM PST

SEREMBAN 18 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Dataran Senawang hari ini bagi merasmikan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan.

Beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba kira-kira pukul 3.30 petang dan disambut oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Ramli Norani. - UTUSAN ONLINE

Anggota Rela terlibat jenayah diambil tindakan tegas

Posted: 17 Jan 2014 10:43 PM PST

PASIR MAS 18 Jan. - Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang didapati terlibat melakukan kesalahan tata tertib dan jenayah bakal berdepan dengan tindakan tegas termasuk dilucutkan keanggotaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, walaupun jumlah anggota yang dikenakan tindakan tersebut sangat kecil namun pihaknya tetap memandang serius perkara itu.

Beliau berkata, bermula pada tahun ini pihaknya akan membuat tapisan keselamatan sebelum mengambil anggota baru menyertai jabatan berkenaan.

"Tapisan keselamatan itu untuk mengenal pasti sama ada anggota tersebut mempunyai rekod jenayah lampau atau tidak termasuk sama ada terlibat dengan aktiviti penagihan dadah.

"Tapisan keselamatan ini juga melibatkan anggota sedia ada di mana kita mahu memastikan mereka bebas daripada unsur-unsur negatif," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Anggota Kumpulan Pengurusan Bencana Rela Daerah Pasir Mas dan Rantau Panjang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Klinik desa perlu segera dibaiki

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

Oleh Nursuraya Zulkifli
utusanmelaka@utusan.com.my

Keadaan Klinik Desa Kampung Batang Melaka, Jasin, Melaka yang terbiar dan masih belum dinaik taraf.

JASIN 17 Jan. - Penduduk Kampung Batang Melaka merayu kerajaan negeri membaikpulih semula Klinik Desa yang telah dirobohkan tahun lalu bagi memudahkan mereka mendapatkan rawatan.

Sejak ketiadaan klinik itu, rata-rata penduduk terpaksa ke Selandar yang terletak sejauh 10 kilometer untuk mendapatkan sebarang rawatan di klinik milik kerajaan di situ.

Seorang penduduk, V. Masanam, 53, berkata, sejak klinik desa di kampung itu dirobohkan, orang ramai khususnya berpendapatan rendah dan tidak mempunyai kenderaan menghadapi masalah ingin membuat rawatan.

Menurutnya, kedudukan klinik di Selandar yang jauh menyebabkan penduduk menghadapi kesukaran untuk berulang-alik mendapatkan rawatan biasa, sebarang kes kecemasan dan rawatan susulan.

"Pada mulanya, kami sangat gembira kerana mendapat tahu klinik desa yang telah dirobohkan akan dinaik taraf.

"Tetapi malangnya, setelah dirobohkan sejak setahun lalu tidak ada tanda-tanda klinik itu akan dibaikpulih," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Masanam berkata, ketiadaan klinik itu memberi kesukaran terutamanya bagi warga emas yang uzur dan penduduk yang tidak mempunyai kenderaan untuk bergerak ke klinik di Selandar.

"Kami berharap masalah ini diambil perhatian dan sentiasa menantikan pembaharuan yang dilakukan memandangkan kedudukan kampung ini yang terletak jauh di luar bandar," katanya.

Bagi Sharif Suboh, 40, berharap pembinaan klinik itu dapat dipercepatkan bagi memudahkan penduduk mendapatkan rawatan dan tidak perlu pergi ke Selandar.

Menurutnya, keadaan klinik yang persekitarannya dipenuhi semak samun dan tidak dibersihkan telah mencacatkan pemandangan di kampung berkenaan.

"Kita harap klinik desa ini boleh dibaikpulih dan digunakan oleh penduduk seperti sebelum ini lagi pun klinik kerajaan di Selandar terlalu jauh," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batang Melaka, Hasan Maadah, 52, berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Datuk Abdul Ghafaar Atan.

Katanya, ADUN berkenaan akan membawa perkara tersebut ke pihak Kementerian Kesihatan agar klinik yang telah dirobohkan boleh dibaikpulih untuk kegunaan penduduk di situ.

"Ini bagi memberi keselesaan dan memudahkan penduduk mendapatkan perkhidmatan dan rawatan kesihatan di klinik itu," katanya.

PBM tawar bantu usahawan PKS Melaka

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

TIGA penyelidik, (dari kanan) Munira Minhat, Sabrina Md. Kassim dan Aishah Aziz melakukan ujian makmal di Makmal Perbadanan Bioteknologi Melaka di Ayer Keroh, semalam.

MELAKA 17 Jan. - Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM) menawarkan perkhidmatan meningkatkan kualiti produk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini bagi memastikan produk berkenaan mendapat tempat dalam pasaran domestik dan antarabangsa.

Timbalan Pengarahnya, Tee Mei Ghee berkata, pihaknya melihat banyak produk usahawan PKS tidak melalui proses ujian makmal seperti yang ditetapkan bagi tujuan pelabelan untuk memaparkan maklumat pemakanan setiap produk yang ingin dipasarkan.

Menurutnya, jika produk-produk yang dihasilkan tidak melalui proses ujian makmal, adalah sukar bagi usahawan PKS untuk memasarkan barangan mereka kerana belum dijamin selamat untuk digunakan oleh orang ramai.

''Di PBM kita menawarkan perkhidmatan meningkatkan kualiti produk usahawan PKS melalui ujian makmal dan turut menawarkan khidmat nasihat bagi membolehkan produk yang dihasilkan mendapat tempat di pasaran domestik.

''Kita melihat banyak usahawan PKS kurang mengambil peduli mengenai ujian makmal yang perlu dibuat kerana ini amat penting untuk membolehkan sebarang produk termasuk makanan dijamin selamat untuk kegunaan orang ramai.

''Bukan sahaja untuk usahawan PKS malah PBM turut menawarkan pelbagai perkhidmatan ujian makmal kepada pihak industri melalui sampel makanan, herba, baja, air, kosmetik, ubatan tradisional dan sebagainya," katanya ketika ditemui di ibu pejabat PBM, Ayer Keroh di sini hari ini.

Mei Ghee berkata, PBM ditubuhkan pada 2005 atas polisi Bioteknologi Kebangsaan bertujuan membangunkan industri bioteknologi tempatan dan membantu memberi manfaat kepada orang ramai.

PBM katanya, turut menyediakan empat makmal ujian iaitu makmal halal, kimia dan teknologi makanan, mikrobiologi dan toksikologi.

''PBM menawarkan ujian makmal untuk sebarang produk usahawan PKS serendah RM200 bagi satu produk dan semua pihak boleh menggunakan fasiliti yang kita sediakan di sini," katanya.

Justeru beliau meminta mana-mana usahawan PKS di negeri atau pihak industri untuk menghubungi PBM bagi mendapatkan sebarang khidmat nasihat dan menggunakan fasiliti ujian makmal yang ditawarkan.

Menurutnya, tiga makmal PBM iaitu halal, kimia dan mikrobiologi berjaya memperoleh sijil ISO 17025:2005 akreditasi daripada Standard Malaysia.

Bagi mereka yang berminat boleh menghubungi PBM di talian 06-2313622 atau e-mel: info@mib.gov.my, laman web, www.melbio.com.my atau datang ke pejabat PBM di Lot 7 Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Dua pasukan penceramah beri penerangan mengenai GST akan diwujud

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

Sebahagian peserta mendengar penerangan Ahmad Maslan pada Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional Peringkat Negeri Sembilan di Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

MELAKA 17 Jan. - Dua pasukan penceramah akan diwujudkan bagi memberi penerangan tentang pelaksanaan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) secara menyeluruh di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, dua pasukan itu terdiri daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Kewangan.

Menurutnya, pasukan tersebut dijangka diwujudkan antara satu hingga dua minggu lagi iaitu selepas tamat pelaksanaan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional di seluruh negeri pada 2 Februari depan.

"Kita tidak mahu sistem pencukaian yang diguna pakai oleh 83 peratus daripada negara dalam dunia ini dimomokkan oleh pembangkang.

"Dengan pelaksanaan GST, pada tahun pertama ekonomi akan mengalami pertumbuhan, iaitu tambahan 0.3 peratus manakala eksport akan bertambah 0.5 peratus.

"Pada tahun pertama juga memang ada sedikit kenaikan harga barang tetapi ini hanya berlaku sekali kerana sistem GST masih baharu kerana 10 peratus cukai jualan itu masih berada dalam kos perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional peringkat negeri yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini baru-baru ini.

Ahmad berkata, selepas 10 peratus cukai dibuang daripada kos perniagaan, hanya tinggal enam peratus dan sistem tersebut akan mula stabil begitu juga dengan harga barang.

Katanya, perbandingan pihak pembangkang terhadap peratusan GST yang tinggi antara negara ini dengan Singapura iaitu tiga peratus ketika baru dilaksanakan adalah tidak berasas.

"Saya ingin memaklumkan bahawa cukai yang dilaksanakan Singapura kini adalah tujuh peratus, negara jiran kita banyak yang antara tujuh hingga 10 peratus, Singapura ketika hendak melaksanakan GST tiada cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

"Berbanding dengan negara kita yang telah mempunyai lima peratus cukai jualan di mana kebanyakannya 10 peratus dan enam peratus cukai perkhidmatan, takkan kita hendak tukar ke angka yang terlalu rendah sehingga tidak dapat mengumpul hasil," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Haram kerana sekutukan Allah

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 17 Jan. - Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPP1M) Kedah menegaskan bahawa adalah haram bagi umat Islam menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam kerana tindakan itu jelas sebagai satu cubaan untuk menyekutukan Allah.

Pengerusi YPP1M Kedah, Sabri Osman berkata, penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah satu perkara yang tidak logik dan tidak wajar disokong oleh umat Islam di negara ini.

"Adalah haram hukumnya bagi orang Islam menyokong penggunaan kalimah Allah oleh yang bukan Islam dan kami minta rakyat negara ini agar jangan menyokong perkara tersebut.

"Kalau mereka masih ingin menggunakan juga kalimah Allah, mereka perlu mengucapkan kalimah syahadah terlebih dahulu dan kita tidak ada masalah jika mereka mahu menggunakan kalimah Allah selepas itu.

"Orang bukan Islam memang jelas telah menyekutukan Allah dan tidak munasabah untuk mereka menggunakan kalimah Allah," katanya kepada pemberita di Bangunan Tunku di sini semalam.

Sabri yang juga pengasas Madrasah Al-Ulum Al-Diniah Al-Osmaniah Pondok Tanjung Kapur, Jitra di sini berkata, kerajaan juga tidak perlu berlembut lagi dengan golongan bukan Islam yang terus mendesak untuk menggunakan kalimah Allah.

"Bukan masanya lagi untuk terus berlembut dengan golongan ini, saya sendiri sudah dua kali bercakap mengenai perkara ini.

"Kami minta kerajaan mengambil tindakan mengikut undang-undang yang termaktub dan sekiranya tiada tindakan diambil maka kerajaan boleh disifatkan lemah dalam menjalankan tugas sebagai pemerintah," ujarnya.

Tambah beliau, isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam juga tidak seharusnya menjadi isu politik kerana ia melibatkan soal akidah umat Islam di negara ini.

"Soal akidah kita tidak boleh sentuh dan saya minta agar orang politik jangan mengambil kesempatan dalam isu ini.

"Pemimpin politik tanpa mengira parti perlu bersatu dan mempertahankan kesucian kalimah Allah ini agar tidak ada lagi golongan bukan Islam yang berani menghina agama Islam," jelasnya.

Premis perniagaan milik MPSP terus terbiar

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

MOHAMAD Saud menunjukkan kayu bumbung yang terbiar dan rosak di lot kedai milik MPSP di Taman Bertam Indah di Pulau Pinang, semalam.

KEPALA BATAS 17 Jan. - Usaha pelbagai pihak, termasuk kerajaan untuk melahirkan golongan peniaga dan usahawan kecil bumiputera tidak akan tercapai jika kemudahan yang disediakan tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Perkara itu dapat dilihat apabila lot kedai yang dibina oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Taman Bertam Indah di sini bukan sahaja terbiar, tetapi turut tidak diselenggarakan.

Lebih mengecewakan, peniaga yang berjaya memperoleh lot kedai di situ tidak menjalankan perniagaan mereka dengan memberi pelbagai alasan termasuk lokasinya tidak sesuai untuk perniagaan.

Keadaan itu menyebabkan ramai peniaga kecil lain yang amat memerlukan lot kedai untuk menjana pendapatan melalui perniagaan tidak berkesempatan berbuat demikian.

Bagi meneruskan kelangsungan hidup, mereka terpaksa memulakan perniagaan di kaki lima dan tepi jalan tetapi keadaan itu tidak bertahan lama selepas diusir MPSP kerana menjalankan perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan.

Tinjauan Utusan Malaysia bersama Yang Dipertuan Majlis Belia Daerah (MBD) Seberang Perai Utara, Mohamad Saud ke lot kedai itu mendapati, premis tersebut ditutup hampir 10 tahun lalu kerana mempunyai pelbagai masalah terutama dari segi penempatan peniaga.

"Kita difahamkan selain lokasinya yang tidak sesuai terdapat masalah perebutan lot kedai antara beberapa pihak antaranya persatuan penduduk taman berkenaan, peniaga yang mendapat sokongan ahli majlis dan peniaga yang ditaja pihak-pihak tertentu.

"Perbalahan berpanjangan ini menyebabkan masing-masing memulau antara satu sama lain hingga menyebabkan premis dengan sebanyak 20 buah lot kedai itu akhirnya tidak lagi beroperasi," katanya.

Mohamad menambah, sikap tidak bertanggungjawab itu dan kurangnya penyelenggaraan daripada MPSP akhirnya menyebabkan banyak kemudahan di situ rosak termasuk sebahagiannya menjadi mangsa vandalisme.

Malah, menurutnya, disebabkan terlalu lama terbiar premis itu kini dijadikan lokasi untuk kegiatan tidak sihat seperti penagihan dadah dan maksiat.

"Bagi memastikan kedai di sini beroperasi semula, MPSP perlu mengambil tindakan tegas terhadap peniaga terbabit termasuk membatalkan kelulusan yang diperoleh mereka.

"Peluang sepatutnya diberikan kepada peniaga yang benar-benar berminat untuk menjalankan perniagaan di sini atau memberi kebenaran kepada pihak lain seperti pertubuhan belia untuk dijadikan pusat kegiatan mereka termasuk bagi yang berminat menjalankan perniagaan," katanya.

Tiga stesen minyak disita kes seludup minyak bersubsidi

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

KHAIRUL Amin Talib (dua dari kiri) memerhatikan pegawai penguat kuasa memasang pelekat sita pada pam sebuah stesen minyak di Simpang Empat, Kangar, Perlis, kelmarin. - BERNAMA

KANGAR 17 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Perlis (PPDNKKP) menyita tiga buah stesen minyak pada bulan ini dalam usaha membanteras kes penjualan minyak bersubsidi untuk diseludup ke negara jiran.

Pengarahnya, Khairul Amin Talib berkata, dua kes yang melibatkan stesen minyak di Kangar dan Arau telah pun dihadapkan ke mahkamah.

''Terbaru sebuah lagi stesen minyak di Simpang Empat disita dan PPDNKKP kini sedang menjalankan siasatan lanjut sebelum pihak terbabit dihadapkan ke mahkamah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Khairul Amin berkata, pihaknya juga sedang mengumpul maklumat untuk mengadakan serbuan terhadap beberapa buah lagi stesen minyak yang didapati bersubahat dalam penjualan minyak bersubsidi bagi tujuan penyeludupan.

Beliau berkata, stesen minyak di Arau disita pada 3 Januari dan selepas dibuka semula pada 7 Januari, ia menunjukkan perbezaan jualan petrol yang ketara.

''Sebelum tindakan, jualan petrol di stesen minyak itu mencatat sebanyak 19,135 liter sehari manakala selepas tindakan, ia hanya 12,261 liter di mana purata jualan harian menurun sebanyak 6,874 liter," katanya.

Katanya, kes yang melibatkan stesen minyak di Repoh pula ialah pada 27 Disember dan dibuka semula pada 2 Januari.

Khairul Amin berkata, sebelum tindakan itu, jualan minyak sehari di stesen tersebut berjumlah 26,644 liter sedangkan selepas tindakan, ia mencatat 16,371 liter sehari, iaitu purata jualan minyak sehari menurun 10,273 liter.

Dalam kes terbaru di Simpang Empat pada 13 Januari lalu, ia melibatkan tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 31 tahun kerana dikesan mengisi minyak sebanyak 400 liter ke dalam tangki kereta jenis Proton Iswara yang diubah suai.

Selain itu, kata Khairul Amin, sebanyak 21,589 liter Ron 95 di stesen minyak tersebut disita dan nilai rampasan pula berjumlah lebih kurang RM56,000.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved