Selasa, 22 Oktober 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pengawal bank terlepas tembakan ketika keluarkan peluru

Posted: 22 Oct 2013 11:38 PM PDT

BUKIT MERTAJAM 23 Okt. - Seorang pengawal keselamatan melepaskan tembakan secara tidak sengaja ketika mengeluarkan peluru daripada senapangnya di sebuah bank di Machang Bubuk di sini semalam.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian pada 4.45 petang itu, pengawal keselamatan berkenaan berada di dalam bilik suiz utama dan tembakan yang dilepaskan itu terkena lantai.

"Pengawal itu berseorangan di dalam bilik berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, polis menemui satu kelongsong peluru di tempat kejadian dan telah mengambil keterangan daripada pengawal keselamatan itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd. Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - BERNAMA

Banjir: 2 pekerja asing maut, seorang hilang

Posted: 22 Oct 2013 11:33 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]CAMERON HIGHLANDS 23 Okt. - Dua pekerja kebun sayur warga Bangladesh dan Indonesia maut manakala seorang lagi hilang dalam kejadian banjir yang melanda Sungai Bertam, Ringlet di sini pukul1 pagi ini. -...
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


2 karya sayembara dipilih sebagai teks sekolah

Posted: 22 Oct 2013 11:35 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Dua buah karya hasil daripada Sayembara Novel Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM)-Kumpulan Utusan bagi dua musim sebelum ini terpilih sebagai teks komponen sastera tingkatan tiga dan empat untuk tahun 2015.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin berkata, pencapaian kedua-dua karya itu iaitu Tawanan Komander Caucasus dan Di Sebalik Dinara amat membanggakan, lebih-lebih lagi dilahirkan menerusi sayembara yang dikira baharu dalam arena kesusasteraan negara.

"Saya percaya pemilihan kedua-dua karya tersebut sebagai teks komponen sastera subjek Bahasa Melayu akan menyuntik semangat para penulis muda untuk terus menghasilkan naskhah terbaik dalam genre ini tanpa mengetepikan nilai-nilai kerohanian manusia dan budaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran dan menandatangani memorandum perjanjian (MoA) Sayembara Novel Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan musim ketiga di Kampus Kota UTM di sini hari ini.

Novel Tawanan Komander Caucasus hasil tulisan Ruzaini Yahya merupakan pemenang tempat ketiga dalam sayembara musim pertama manakala Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor, adalah pemenang hadiah penghargaan dalam musim kedua.

Menurut Mohamed Hashim, dengan penerimaan karya sains fiksyen itu di sekolah, kecenderungan generasi baharu ke arah menjadikan genre cereka sains dan teknologi sebagai cabang penulisan kelak dapat dipupuk di peringkat awal.

"Bagi pihak Kumpulan Utusan, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan yang memberi ruang serta mengiktiraf produk sastera yang dihasilkan dengan kerjasama UTM ini sebagai salah satu wadah pembelajaran yang diguna pakai di dalam silibus pendidikan," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


‘Mereka kata saya sudah tua’

Posted: 22 Oct 2013 11:35 AM PDT

Lee Chong Wei sudah lali dengan kritikan setiap kali dia kalah dalam sesuatu perlawanan.

KUALA LUMPUR - Bila saya kalah, semua orang kata saya sudah tua sebab itu saya kalah, tetapi bila saya menang, mereka kata wah! ini orang tua boleh tahan masih boleh menang. Saya sudah lali dan saya tidak kisah mereka hendak cakap apa."

Itu luahan jaguh badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei selepas mendengar pelbagai kritikan dilempar kepadanya gara-gara kekalahan terbaharu kepada jaguh No. 2 dunia dari China, Chen Long pada perlawanan akhir kejohanan Siri Super Terbuka Denmark, kelmarin.

Dalam pertarungan di Odense itu, Chong Wei tumpas 22-24, 19-21 dalam pertarungan yang berlarutan sehingga 68 minit.

Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut buat naib juara Olimpik dua kali itu di tangan lawan yang sama selepas tewas dalam penentuan kejuaraan di All England, Mac lalu, selain Terbuka Hong Kong, November lalu.

Kekalahan kelmarin, menyebabkan dia gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Denmark yang dimenangi tahun lalu, malah Chong Wei juga turun dengan reputasi juara 2005 dan 2006.

Saya dengar macam-macam orang kata bila saya kalah. Paling popular, saya sudah tua.. saya sudah tidak boleh bermain lagi. Saya kalah kepada pemain No. 2 dunia, Chen Long dalam perlawanan akhir pun mereka kata prestasi saya membimbangkan.

Musim ini, saya main dalam tujuh Siri Super, lima daripadanya muncul juara dan dua naib juara. Saya juga muncul naib juara Kejohanan Dunia, tetapi bila kalah sekali di final, orang kata prestasi saya jatuh, saya kena buat itu, tukar ini.

Saya rasa, tiada apa yang hendak saya ulas tentang komen mereka, sebab saya tiada kuasa hendak halang mereka bercakap. Biarlah saya fokus kepada permainan sendiri dan cuba mengekalkan kedudukan saya sekarang.

Yang penting untuk diri saya.. saya gembira kerana masih mampu mengekalkan prestasi dan beraksi konsisten. Saya hanya kalah dalam perlawanan akhir kepada lawan yang hebat," katanya lagi ketika dihubungi Utusan Malaysia di Odense, semalam.

Chong Wei, yang meraikan ulang tahun ke-31 kelmarin, berkata, apa yang penting bagi dirinya adalah tidak membiarkan kata-kata negatif itu mempengaruhi fikirannya.

Usia cuma nombor. Chen Long bermain baik dalam perlawanan itu, malah sejak awal lagi saya sudah kata, dia adalah pencabar terkuat saya sekarang.

Lagipun China ada ramai pemain, seorang pergi.. seorang datang. Di Malaysia, hanya saya boleh melakukan perkara itu..main tujuh kejohanan, menang lima, naib juara dua kali.

Walaupun saya sudah tua, hakikatnya hanya saya yang boleh melakukannya ketika ini, jadi ia menuntut satu usaha yang amat keras untuk saya mengekalkan kedudukan itu," ujarnya lagi.

Chong Wei, yang menjuarai Terbuka Korea, Malaysia, Indonesia, Jepun dan India tahun ini, akan turun ke gelanggang hari ini untuk menentang P. Kashyap dalam aksi sulung Terbuka Perancis.

'Messi' mahu tebus maruah

Posted: 22 Oct 2013 11:35 AM PDT

Oleh FARHANA JONI
sukan@utusan.com.my

KEPULANGAN Joseph Kalang Tie (kiri) daripada penggantungan bakal memberi keyakinan buat Sarawak untuk mencari kemenangan di Kuching, Sabtu ini.

KUCHING - Jika Pahang mengimpikan final Piala Malaysia pertama selepas 16 tahun, Sarawak juga memasang misi besar kerana bukan saja tidak pernah menjulang piala berprestij itu, malah sudah 14 tahun tidak menjejakkan kaki ke perlawanan akhir.

Dalam sejarah 92 tahun kejohanan, sejak Piala Malaysia diperkenalkan buat kali pertama pada 1921, Sarawak hanya pernah melangkah sekali ke final iaitu pada 1999 apabila mereka tewas 2-0 kepada Brunei.

Justeru, tidak hairanlah jika penyokong Nyap Sayot amat mengharapkan sesuatu mampu dilakukan untuk merubah keputusan kekalahan 3-1 yang dialami pada separuh akhir pertama di Kuantan minggu lalu, apabila menerima kunjungan juara Piala Malaysia dua kali, Pahang di Kuching, Sabtu ini.

Kelincahan pemain yang terkenal dengan jolokan 'Messi' Malaysia, Joseph Kalang Tie antara yang amat ditagih peminat kerana dia memainkan peranan cukup besar dalam membawa pasukannya menjulang gelaran Liga Perdana, sebelum menempatkan diri dalam peringkat empat terbaik Piala Malaysia.

Pemain kelahiran Miri itu tidak diturunkan pada separuh akhir pertama lalu kerana penggantungan, namun sudah bersedia untuk 'mengganas' semula.

"Tiada lagi aksi mendukacitakan di Kuching," kata pemain berusia 26 tahun itu.

Bertindak sebagai perancang utama Bujang Senang, Joseph berazam mahu menebus maruah Sarawak di depan penyokong setia mereka.

Katanya, jika Bujang Senang mampu memperbaiki permainan dan memanfaatkan sokongan padu penyokong, tidak mustahil misi memburu tiket akhir Piala Malaysia boleh menjadi kenyataan.

"Aksi mendukacitakan di Pahang tidak akan berulang di Kuching. Kami mahu menebus maruah dengan mencipta kemenangan besar.

"Misi utama kami adalah untuk beraksi di pentas final, namun persoalan sama ada kami layak atau tidak bergantung kepada aksi yang akan ditampilkan nanti," katanya.

Joseph pernah menyarung jersi Terengganu selama tiga musim sebelum memilih untuk kembali menabur bakti buat negeri kelahirannya tahun lalu. Ketika beraksi buat skuad Penyu, dia berjaya menjulang Piala FA pada 2011.

Namun, kariernya akan lebih bermakna jika merangkul kejuaraan buat negeri kelahiran sendiri.

Dua gol yang perlu dicari bukan satu misi mustahil bagi Sarawak dan kepulangan semula Joseph daripada penggantungan memberi keyakinan buat rakan-rakan sepasukan.

Benteng Sarawak juga akan bertambah mantap dengan kehadiran Ronny Harun yang baharu pulih daripada kecederaan.

Joseph mengakui, skuad Bujang Senang bakal berdepan tekanan untuk merobek gawang Tok Gajah sebaik sahaja wisel permainan dimulakan dalam usaha mengurangkan defisit gol.

Namun katanya, mereka tidak mahu terlalu ghairah memburu gol sehingga menjejaskan strategi pasukan dan menggugat fokus barisan pertahanan.

"Pada perlawanan lalu Sarawak banyak kehilangan bola di posisi tengah dan pertahanan sehingga menyukarkan penyerang melancarkan gerakan ke kubu lawan.

"Bagaimanapun, sorakan 25,000 penyokong Ngap Sayot pasti memberi suntikan semangat kepada kami. Mereka umpama pemain ke-12 pasukan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Assad tiada peranan dalam kerajaan masa depan Syria

Posted: 22 Oct 2013 12:13 PM PDT

LONDON 23 Okt. - Negara kuasa-kuasa Barat dan Arab yang bermesyuarat dengan pemimpin pembangkang Syria di sini semalam bersetuju supaya Presiden Bashar al-Assad tidak akan memainkan sebarang peranan dalam kerajaan masa depan negara itu.

Mereka yang menggelarkan diri sebagai pemimpin rakan-rakan Syria bermesyuarat dengan ketua penentang Syria termasuk Perikatan Kebangsaan Syria (SNC) bagi meyakinkan kumpulan itu menghadiri satu persidangan keamanan utama di Geneva bulan depan.

Setiausaha Luar Britain, William Hague berkata, mereka telah bersetuju tentang `beberapa langkah penting sementara menggesa perikatan itu supaya komited dalam persidangan di Geneva tersebut. - AFP

Pemilik pub dilepas tuduhan membakar

Posted: 22 Oct 2013 12:12 PM PDT

BANGKOK 23 Okt. - Mahkamah Rayuan Bangkok, semalam membatalkan sabitan kesalahan ke atas pemilik sebuah pub, di sini yang terbakar semasa sambutan ambang Tahun Baru 2008 yang mengakibatkan 67 orang terbunuh.

Menurut mahkamah, tiada bukti mencukupi menunjukkan Visuk Sretsawat bertanggungjawab secara langsung dalam kebakaran di Santika Pub yang turut mengakibatkan 71 orang mengalami kesan melecur yang teruk.

Visuk dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun oleh mahkamah pada 2011, namun merayu dan kemudian dibebaskan dengan ikan jamin sementara menunggu keputusan rayuan.

Mahkamah Rayuan, bagaimanapun mengekalkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Boonchu Lawsrinat, seorang eksekutif syarikat yang mengendalikan kesan khas di Pub Santika pada malam kebakaran itu. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


PSDC terima anugerah emas KIK

Posted: 22 Oct 2013 11:35 AM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

Khairul Rizal Ramli (berdiri, lima dari kiri) bergambar dengan Kumpulan KIK PSDC yang memenangi anugerah emas dan tempat ketiga dalam Konvensyen KIK peringkat negeri di Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 22 Okt. - Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC) di sini mencipta sejarah tersendiri apabila memperoleh anugerah emas dan tempat ketiga dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat negeri di sini baru-baru ini.

Pengarah Eksekutifnya, Khairul Rizal Ramli berkata, Kumpulan Sepadu mendapat anugerah emas bagi kategori Pengurusan manakala kumpulan I-Solusi memperoleh tempat ketiga bagi kategori Teknikal.

Menurutnya, pencapaian itu amat memberangsangkan kerana kesemua ahli kumpulan terbabit tidak pernah didedahkan dengan konsep KIK tetapi berjaya membuktikan kebolehan mereka walaupun membentuk pasukan dalam masa singkat.

"Penyertaan julung kali dalam pertandingan itu merupakan satu sejarah besar bagi kami. Kumpulan I-Solusi yang membentangkan projek Mengatasi Kelewatan Pemakluman Bekalan Elektrik Terputus di PSDC berjaya memperoleh tempat ketiga bagi kategori Teknikal," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurutnya, Kumpulan Sepadu yang bertanding di bawah kategori Pengurusan membentangkan projek iaitu Mengatasi Kelewatan Proses Penyediaan Subjek Penuntut.

Menurutnya, menerusi projek ini, proses pendaftaran subjek penuntut berjaya dipercepatkan daripada 30 hari kepada tujuh hari sahaja, selain mengurangkan penglibatan enam pihak kepada tiga pihak sahaja.

"Ini secara langsung menghapuskan sama sekali penggunaan fail dan mengurangkan penggunaan kertas kepada satu keping sahaja bagi setiap penuntut," ujarnya.

Katanya, I-Solusi pula mencapai objektif projek iaitu mengurangkan tempoh pemakluman bekalan elektrik terputus daripada 30 jam kepada 10 saat sahaja.

UMP lahirkan graduan sulung kejuruteraan kimia

Posted: 22 Oct 2013 11:35 AM PDT

Ahmad Ziad Sulaiman (tengah) bergambar kenangan dengan graduan pertama dalam bidang Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia dengan Keusahawanan dalam Majlis Konvokesyen Ke-8 UMP di Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 22 Okt. - Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya melahirkan graduan pertama dalam bidang Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia dengan Keusahawanan dalam Majlis Konvokesyen Ke-8 universiti itu di sini baru-baru ini.

Timbalan Dekan Institut Pengajian Siswazah UMP, Dr. Ahmad Ziad Sulaiman berkata, program di bawah Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA) itu dapat memberi ruang serta peluang kepada usahawan tekno dan korporat dengan asas pengetahuan yang kukuh.

Tambahnya, program itu disertai dengan kemahiran pengurusan dan teknikal serta meneruskan kerjaya sebagai pengurus sama ada di syarikat persendirian atau sektor awam tempatan dan antarabangsa.

"Program secara kerja kursus selama satu tahun atau tiga semester merupakan peringkat ijazah sarjana dibangunkan untuk orang ramai menjadi usahawan tekno dalam bidang kejuruteraan kimia atau yang ingin meningkatkan kerjaya di peringkat profesional," katanya di sini.

Menurutnya, graduan tersebut akan menyumbang kepakaran dalam pembangunan industri gas, petroleum, petrokimia, pengurusan alam sekitar, pembangunan produk kimia baharu, pengurusan mutu produk serta berupaya menerokai bidang perniagaan lebih besar.

Katanya, program ini diwujudkan selaras dengan misi UMP yang ingin menjadi universiti teknologi bertaraf dunia dengan menyediakan pendidikan teknikal berkualiti tinggi dan menawarkan program akademik melalui persekitaran kondusif.

Beliau juga mengingatkan para graduan terbabit menggunakan pengetahuan dimiliki itu bagi menceburi bidang perniagaan secara menyeluruh serta mengenal pasti peluang keusahawanan.

"Mereka juga diharap dapat menyelesaikan secara kreatif dan inovatif terhadap masalah perniagaan dan kejuruteraan, selain menerangkan kesan penyelesaian tekno perniagaan dan konsep kelestarian dalam konteks global, persekitaran dan sosial," katanya.

UMP anjur Hari Koperasi Siswa

Posted: 22 Oct 2013 11:35 AM PDT

Shahiruddin Ab. Moin (duduk, kanan) berkata sesuatu kepada sekumpulan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) sambil diperhatikan oleh Omar Jamaluddin (dua dari kanan) dalam majlis Minggu Koperasi Siswa di UMP, Kuantan. semalam.

KUANTAN 22 Okt. - Universiti Malaysia Pahang (UMP) buat julung kalinya menganjurkan Hari Koperasi Siswa 2013 di kampus universiti berkenaan di Gambang di sini yang bermula Ahad lalu dan akan berakhir esok.

Pengarah Pusat Keusahawanan UMP, Dr. Omar Jamaluddin berkata, program empat hari tersebut diatur oleh ahli koperasi universiti berkenaan dengan kerjasama Pusat Keusahawanan UMP.

"Program ini bertujuan menghebahkan kepada warga UMP akan kewujudan koperasi mahasiswa dan peranannya, membuka keahlian baharu dan memupuk minat berniaga dalam kalangan penuntut.

"Selain itu, Hari Koperasi Siswa 2013 ini juga bertujuan memberi latihan dan peluang kepada penuntut untuk aktif dalam bidang keusahawanan, di samping menambah sumber kewangan koperasi melalui aktiviti perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Hari Koperasi Siswa 2013 yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin di sini semalam.

Yang turut hadir penasihat program tersebut, Mazita Mokhtar dan pengarah program, Azwan Affandi Md. Jahaya.

Omar berkata, Koperasi Siswa merupakan elemen penting dalam melahirkan mahasiswa yang mempunyai jati diri terpuji melalui kegiatan dijalankan berlandaskan nilai dan prinsip koperasi.

"Untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang pentingnya penglibatan dalam koperasi, maka program seperti ini amat sesuai diadakan," katanya.

Menurutnya, beliau melihat usaha mengadakan program itu bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan untuk memperkasakan gerakan koperasi di universiti dengan kesedaran mahasiswa pewaris kepimpinan masa depan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Suami belasah isteri masih taruh harapan

Posted: 22 Oct 2013 11:35 AM PDT

Muhammad Affandi Ismail menunjukkan isyarat bagus sewaktu ditemui di luar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

BUKIT MERTAJAM 22 Okt. - Pegawai veterinar yang menghadapi tuduhan membelasah isterinya di dalam lif pada Ogos lalu, masih berharap wanita berkenaan memikirkan semula tentang hubungan mereka.

Muhammad Affandi Ismail, 36, berkata, dia sedia maklum dengan kenyataan isterinya sebelum ini mengatakan sudah tidak mahu lagi kembali ke pangkuannya.

"Kalau isteri kata sudah tertutup hatinya, saya minta dia buka mindanya kembali supaya dapat berfikir semula tentang keputusan itu," katanya ringkas kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sebelum itu, Majistret Ariff Mohamed Sharif, menetapkan 21 November ini untuk sebutan semula kes terhadap Muhammad Affandi yang didakwa sengaja menyebabkan mencederakan ke atas isterinya, disebabkan dokumen kes itu belum siap.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap isterinya yang berusia 36 tahun di dalam lif di Hospital KPJ, Bandar Perda di sini, pada pukul 4 petang, 12 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Muhammad Affandi diwakili peguam R. Palaniappan manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.

Nama isteri tertuduh dirahsiakan kerana berada di bawah perlindungan sementara (IPO) atas perintah mahkamah.

Pada 12 September lalu, Muhammad Affandi selepas hadir sebutan kes di mahkamah tersebut memberitahu pemberita, dia masih menyayangi isteri dan mahu keluarganya hidup bahagia.

Sehari selepas itu, isterinya yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang menyatakan tekad tidak akan kembali ke pangkuan lelaki tersebut.

Wanita itu menegaskan bahawa perbuatan lelaki itu terhadapnya sebelum ini cukup menyedihkan dan tidak ada lagi perasaan sayang kepadanya, begitu juga dengan anak-anak yang tidak lagi bertanya mengenai ayah mereka.

Pada 12 Ogos lalu, pengguna internet di negara ini digemparkan dengan rakaman video selama 2.20 minit yang memaparkan kejadian seorang isteri dibelasah oleh suaminya di hadapan dua anak mereka yang masing-masing berusia empat dan lima tahun itu dikongsi melalui akaun Facebook.

Lebih malang lagi dalam video bertajuk Suami dayus pukul isteri depan anak turut menunjukkan aksi lelaki berkenaan menendang isterinya sehingga tersungkur sebaik sahaja pintu lif terbuka.

Penulis buku insiden Kampung Medan gagal merayu

Posted: 22 Oct 2013 02:11 AM PDT

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA 22 Okt. - Penulis buku berhubung insiden pergaduhan di Kampung Medan, K. Arumugam gagal dalam usahanya untuk membatalkan pengharaman buku tersebut selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya bagi mendapat kebenaran merayu.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel lima hakim diketuai oleh Tan Sri Ahmad Maarop yang bersidang bersama Datuk Hasan Lah, Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali.

Kuorum berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Ogos tahun lalu yang menolak permohonan Arumugam yang juga seorang peguam untuk membatalkan keputusan Kerajaan mengharamkan buku tersebut.

Arumugam, 54, yang juga Pengerusi Suaram diwakili oleh peguam Edmund Bon manakala pihak Kerajaan diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bol Hassan. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Utusan Online - Hiburan

Posted:

Utusan Online - HiburanIkuti berita penuh untuk ruangan Hiburan menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan Utusan Online - Hiburanhttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan Jenazah pelakon Noreen Noor selamat dikebumikanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131023/hi_01/Jenazah-pelakon-Noreen-Noor-selamat-dikebumikan JASIN 22 Okt. - Jenazah pelakon dan penyanyi terkenal pada era 1980-an, Noreen Noor selamat dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulai, Merlimau, di sini hari ini. Allahyarham...2013-10-23T02:35:43+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1023/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131023/hi_01/Jenazah-pelakon-Noreen-Noor-selamat-dikebumikan </image></item><item><title>Juara American Idol musim pertama berkahwinhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131023/hi_02/Juara-American-Idol-musim-pertama-berkahwin TENNESSEE 22 Okt. - Juara rancangan realiti American Idol musim pertama, Kelly Clarkson melangsungkan perkahwinannya dengan Brandon Blackstock, pada satu majlis yang diadakan di sini pada Ahad lalu. Perkara...2013-10-23T02:35:43+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1023/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131023/hi_02/Juara-American-Idol-musim-pertama-berkahwin </image></item><item><title>Matic anjur Live Blues & Jazz 2013http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131022/hi_09/Matic-anjur-Live-Blues-&-Jazz-2013 KUALA LUMPUR 22 Okt. - Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) bakal menganjurkan program Live Blues & Jazz 2013 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Matic selama tiga hari bermula 25 Oktober ini. Persembahan...2013-10-22T16:59:02+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Penyanyi 80-an Noreen Noor meninggal duniahttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131022/hi_01/Penyanyi-80-an-Noreen-Noor-meninggal-dunia KUALA LUMPUR 22 Okt. - Pelakon dan penyanyi terkenal era 80-an, Noreen Noor meninggal dunia pada pukul 5.40 pagi ini di Hospital Ampang Puteri, dekat sini. Allahyarham yang berusia 54 tahun meninggal dunia...2013-10-22T10:45:27+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1022/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131022/hi_01/Penyanyi-80-an-Noreen-Noor-meninggal-dunia </image></item><item><title>Belum sediahttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131022/hi_03/Belum-sedia BANYAK cerita tentang pasangan penyanyi Stacy Angie dan Akim Ahmad yang dikatakan bercinta tetapi disorokkan apabila masing-masing berdolak-dalik bila ditanya mengenai perasaan mereka terhadap satu sama...2013-10-22T15:19:14+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1022/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131022/hi_03/Belum-sedia </image></item><item><title>Khadijah Ibrahim cari bakat baruhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131022/hi_04/Khadijah-Ibrahim-cari-bakat-baru Diam-diam ubi berisi. Itulah sikap penyanyi legenda, Datuk Khadijah Ibrahim yang begitu komited dalam mencurahkan pengalaman dan bantuan yang dihulurkan untuk mereka yang memerlukan. Ia terbukti apabila...2013-10-22T15:19:15+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1022/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131022/hi_04/Khadijah-Ibrahim-cari-bakat-baru </image></item><item><title>Nana diminta buka tudunghttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131022/hi_05/Nana-diminta-buka-tudung SEMAKIN ramai artis kita yang mengambil pendekatan untuk melakukan hijrah dan pastinya, ia adalah suatu perkara yang positif apatah lagi ia memang dituntut dalam diri setiap individu yang mengaku beragama...2013-10-22T15:19:15+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1022/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131022/hi_05/Nana-diminta-buka-tudung </image></item><item><title>Perry, Mayer rancang kahwinhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131022/hi_06/Perry-Mayer-rancang-kahwin Hubungan Katy Perry dan John Mayer nampaknya semakin hari semakin serius apatah lagi baru-baru ini muncul khabar angin bahawa mereka akan berkahwin. Menurut laporan portal Showbizspy, pasangan ini sudah...2013-10-22T15:19:15+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1022/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_06.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131022/hi_06/Perry-Mayer-rancang-kahwin </image></item><item><title>Fragmen cinta selebriti, pemain bolahttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131022/hi_07/Fragmen-cinta-selebriti-pemain-bola ANGGAPAN orang ramai pastinya melihat hiburan dan sukan adalah dua perkara berbeza. Rasanya, kedua-dua bidang ini sebenarnya hampir sama. Malah seperti tidak boleh dipisahkan. Melihat kepada hiburan, ramai...2013-10-22T15:19:15+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh GARRET DAWUM<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1022/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_07.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131022/hi_07/Fragmen-cinta-selebriti-pemain-bola </image></item><item><title>Bahagia, derita isteriselebriti bola sepakhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131022/hi_08/Bahagia-derita-isteriselebriti-bola-sepak BUKAN sahaja di Malaysia golongan artis berkahwin dengan pemain bola sepak di luar negara juga mempunyai pelbagai cerita. Antara selebriti bolasepak terkenal dunia ialah David Beckham telah memutuskan...2013-10-22T15:19:15+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1022/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_08.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131022/hi_08/Bahagia-derita-isteriselebriti-bola-sepak </image></item><item><title>Jiwa lara Bellahttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131021/hi_01/Jiwa-lara-Bella SOAL kisah cinta pasti tidak akan lari daripada seseorang yang bergelar selebriti. Itulah adalah antara soalan yang pasti akan ditanya oleh wartawan kepada artis. Hal ini kerana cerita umpama itu sudah...2013-10-21T14:35:23+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh GARRET DAWUM<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1021/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131021/hi_01/Jiwa-lara-Bella </image></item><item><title>Masih ada dalam industri - Geehttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131021/hi_02/Masih-ada-dalam-industri---Gee Penyanyi yang popular menerusi lagu Dia dan Apa Sebenarnya mengatakan dia masih berada dalam industri walaupun kisah berhubung perkembangan kariernya semakin hilang ditayang di dada akhbar mahupun kaca...2013-10-21T14:35:23+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1021/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131021/hi_02/Masih-ada-dalam-industri---Gee </image></item><item><title>Improvisasi daripada Actorlympichttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131021/hi_03/Improvisasi-daripada-Actorlympic ADA penonton yang mengatakan rancangan Liga Lawak Superstar yang kini sedang ditayangkan di TV3 mempunyai sedikit persamaan dengan Super Spontan yang disiarkan menerusi Astro. Rancangan berbentuk pertandingan...2013-10-21T14:35:23+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1021/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131021/hi_03/Improvisasi-daripada-Actorlympic </image></item><item><title>Destinasi baru Najwahttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131021/hi_04/Destinasi-baru-Najwa BARU sahaja selesai membuat persembahan di Wynn Resorts, Las Vegas, Najwa Mahiaddin yang kini menetap di kota New York mula mengorak langkah dalam fasa baru kehidupannya. Nampaknya, kehebatan vokal wanita...2013-10-21T14:35:23+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Bukan cari perhatianhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131020/hi_01/Bukan-cari-perhatian BAGI sesetengah orang, adik pelakon Sharifah Norhaslinda (Lynn) dan Sharifah Shahira (Shira) yang dikenali sebagai Sharifah Sakinah ini memiliki karakter pelik. Pelik kerana sikapnya yang gila-gila dan...2013-10-20T21:08:22+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1020/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131020/hi_01/Bukan-cari-perhatian </image></item><item><title>OTM jelajah dunia 2014http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131020/hi_02/OTM-jelajah-dunia-2014 ORKESTRA Tradisional Malaysia (OTM) akan menjelajah dunia untuk mempromosikan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya (IB), Juhari Shaarani, jelajah yang bakal diadakan...2013-10-20T21:08:22+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1020/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131020/hi_02/OTM-jelajah-dunia-2014 </image></item><item><title>Tahniah Christina Suzanne!http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131020/hi_03/Tahniah-Christina-Suzanne RAMAI yang tertanya-tanya kenapa pelakon Christina Suzanne bertunang senyap-senyap dengan lelaki yang dirahsiakan identiti di sebuah hotel di Kuantan, Pahang pada 13 Oktober lalu. Maklumlah sebelum ini...2013-10-20T21:08:22+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd LASER MISS J<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1020/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131020/hi_03/Tahniah-Christina-Suzanne </image></item><item><title>Rujuk Suhakam jika tak selesaihttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131020/hi_04/Rujuk-Suhakam-jika-tak-selesai INGATKAN kes perkahwinan Aeril Zafrel dengan Wawa Zainal dah berakhir tapi nampaknya masih ada pihak yang tak berpuas hati dengan mereka sampai hari ini. Ada yang marah-marah tak kurang juga yang melemparkan...2013-10-20T21:08:23+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd GEBANG SYEDEyra mengaku tak ciplak Enough, The Vowhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131020/hi_05/Eyra-mengaku-tak-ciplak-Enough-The-Vow FILEM Bencinta telah menemui penonton untuk minggu ketiga tayangan. Anehnya ramai yang memberi respons bahawa Bencinta meniru filem Enough arahan Michael Apted? Apa komen Eyra? Sebagai pengarah, saya tak...2013-10-20T21:08:23+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Bersama ATHIRAH<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1020/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131020/hi_05/Eyra-mengaku-tak-ciplak-Enough-The-Vow </image></item><item><title>Bercinta? Kami tak sorokhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131020/hi_06/Bercinta-Kami-tak-sorok DEK kerap dilihat bersama-sama di acara keramaian dan melakukan aktiviti lasak, Hairul Azreen, 25, dan Hanis Zalikha, 22, dikatakan sedang menjalinkan hubungan istimewa. Kemesraan mereka juga terlihat ketika...2013-10-20T21:08:23+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh AMIRAH AMALY SYAFAATCerewet & memilihhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131020/hi_07/Cerewet-&-memilih TIDAK perlu bikin kontroversi panas dan tidak perlu jaja cerita yang bukan-bukan untuk menaikkan nama. Prinsip yang dipegang oleh gadis manis ini diterjemah di atas kanvas seninya yang disifatkan baru sahaja...2013-10-20T21:08:23+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1020/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_07.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131020/hi_07/Cerewet-&-memilih </image></item><item><title>Tak kenal tak apa - Jeehttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131020/hi_08/Tak-kenal-tak-apa---Jee SATU ketika, lagu Teratai Layu Di Tasik Madu atau Kau Merubah Segalanya begitu dekat dengan pendengar dan pencinta muzik tempatan. Ketika itu juga menyaksikan Fauziah Latif mencipta gelombang populariti...2013-10-20T21:08:23+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1020/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_08.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131020/hi_08/Tak-kenal-tak-apa---Jee </image></item><item><title>Tidak ghairah hidup mewahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131020/hi_09/Tidak-ghairah-hidup-mewah TIADA tawaran persembahan dan persaingan di kalangan penyanyi nasyid membuatkan Suhaimi Saad, 33, memikirkan cara untuk mengukuhkan ekonomi dan merancang penghidupan lebih sempurna buat keluarga. Bergelar...2013-10-20T21:08:23+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh AMIRAH AMALY SYAFAATCuma tempat lepas geramhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131020/hi_10/Cuma-tempat-lepas-geram AIZAT Amdan selain dikenali sebagai penyanyi dengan kali pertama popular menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu juga merupakan vokalis kepada kumpulan Go Gerila. Umum juga tahu bahawa Go Gerila selepas mencipta...2013-10-20T21:08:24+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLYBukan P. Ramlee seorang sajahttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131020/hi_11/Bukan-P.-Ramlee-seorang-saja KEHEBATAN P. Ramlee dalam pengarahan memang tidak dinafikan. Beliau seorang pengarah yang berkeupayaan membentuk filem arahannya. Tetapi semua itu bukanlah bermakna P. Ramlee meninggalkan karyawan filem...2013-10-20T21:08:24+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd BICARA RASDAN
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Apa tersirat dalam pemilihan UMNO?

Posted: 22 Oct 2013 11:35 AM PDT

DR. AHMAD ZAKI ISMAIL
Penasihat Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris).

Pemilihan UMNO sudah berlalu, tidak ada sebarang kejutan besar sebenarnya berlaku. Tidak banyak perubahan kelihatan dan tidak ada kumpulan baharu maju ke hadapan bagi mewujudkan gelombang besar-besaran. Semua yang berlaku menepati ramalan dalaman tetapi mungkin tidak pula memenuhi hasrat masyarakat majoriti senyap yang berada di luar UMNO yang telah memberikan undi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 sebelum ini.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa sebanyak 57 bahagian sudah bertukar kepimpinan dan ia sudah cukup besar impaknya. Bagaimanapun, kita perlu juga lihat bakinya daripada 191 bahagian atau hampir 70 peratus lagi masih berada di takuk lama. Ia menghantar dengan jelas isyarat bahawa walaupun 100 peratus percaya perlu melaksanakan perubahan tetapi ia hanya mampu diterjemahkan kepada 30 peratus sahaja yang menyambutnya.

Kita bukan mahu menidakkan sumbangan orang lama atau mahu menukar semua mereka tetapi hasil daripada prestasi pilihan raya yang baru lalu sudah jelas menunjukkan bahawa perlu berlaku gelombang perubahan secara besar-besaran. Yang dikatakan besar mestilah melebihi daripada angka 50 peratus baharulah benar-benar mendatangkan impak kepada struktur yang ada sekarang.

Para cerdik pandai dan pengundi di luar banyak yang berharap orang muda seperti Mukhriz Mahathir diberikan peranan lebih penting sesuai dengan ketokohan yang sudah beliau buktikan. Nampaknya, masih wujud amalan berpuak dan berpasukan dalam kepimpinan tertinggi parti. Kalau sudah duduk dalam pasukan, meskipun tidak menyumbang masih lagi boleh terselamat sehingga ketaksuban begini kelak nescaya akan membawa padah.

Tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh media selama ini bahawa pemilihan kali ini akan membawa satu transformasi besar daripada akar umbi. Nampaknya akar umbi jenis bagaimana masih tinggal lagi yang masih memilih kumpulan-kumpulan yang gagal menepati aspirasi rakyat terkini?

Hasrat melihat kumpulan cendekiawan dan profesional diberikan peluang yang lebih besar nampaknya masih jauh sekali daripada tercapai. Orang politik termasuk yang sudah habis tempoh dan kitar semula masih memonopoli dengan pelbagai strategi demi kepentingan peribadi dan bukan sebenarnya berhasrat menyumbang untuk masa depan parti dan negara yang sudah pun diketahui secara nyata sedang di ambang kejatuhan.

Memanglah orang lama pandai bermain politik sehingga mencapai hasrat mengepalai cawangan, bahagian, negeri dan seterusnya di pusat. Tetapi, pernahkah mereka terfikir bahawa dengan strategi yang mereka atur untuk menang dalam pemilihan itu sebenarnya akan menjerat agama, bangsa dan tanah air mereka sendiri ke dalam jurang kemusnahan.

Pernahkah mereka terfikir bahawa diri sendiri perlu berkorban, bukan selamanya cuma sekali ini dalam seumur hidup membawa perubahan dan memberikan peluang kepada orang lain memimpin parti. Malah kalau boleh carilah pengganti yang benar-benar boleh membawa sokongan dan keyakinan masyarakat untuk kembali menyokong UMNO.

Mungkin kita popular dalam parti tetapi popularkah kita kepada masyarakat setempat terutama di kawasan yang sudah dikuasai pembangkang atau di kawasan yang menang tipis sekadar terselamat atas rasa simpati. Ini yang paling penting diberikan perhatian, kerana UMNO tidak akan ke mana sekiranya rakyat yang di luar parti tidak lagi mahu menyokong mereka.

Jangan tidak percaya bahawa sekadar jumlah ahli 3.4 juta orang itu tidak akan membawa ke mana kalau dibandingkan undi sebenar yang diperolehi oleh UMNO dalam PRU-13. Fakta menunjukkan bahawa sebanyak 5.3 juta pengundi telah mengundi BN dengan ini ternyata bahawa hampir separuh daripada orang yang menyokong kerajaan sekarang berada di luar parti UMNO.

Tidak ada sebarang kepastian, bancian ataupun sebarang kajian siapakah mereka ini dan apakah yang mereka rasakan dan apakah pula yang mereka hasratkan bagi meneruskan sokongan kepada UMNO dalam pilihan raya akan datang. Apakah mereka ini tidak penting ataupun mereka ini bukan akar umbi dan juga bukan penyokong setia?

Malahan dalam kehebohan memilih, calon yang dipilih juga banyak yang tidak popular dalam kalangan masyarakat setempat. Ramai juga daripada mereka yang tinggal di bandar jauh daripada akar umbi yang diwakili dan tidak berpeluang mendekati masyarakat dan mengenali hati budi mereka.

Dalam keriuhan meraikan kejayaan, adakah pihak yang mahu bermuhasabah memikirkan sebenarnya kejayaan para perwakilan dan ketua yang dilantik ini apakah mampu mencorak senario politik baharu negara menjelang PRU-14. Bolehkah para pemimpin yang dipilih dan dilantik ini menyelami hati dan perasaan rakyat yang masih berduka malah ada pula yang terluka akibat silap percaturan sewaktu kerajaan melaksanakan pelbagai pembaharuan dan membuat lantikan yang tidak popular.

Pemilihan sudah selesai, tetapi parut luka dan dendam mungkin bukan semakin sembuh malah ada potensi semakin mendalam antara sesama ahli. Sudah terdengar ada yang merajuk, sudah ada pula yang mula mewujudkan kelompok. Ia bukan semakin merapatkan barisan tetapi nampaknya semakin merenggang dan meluaskan jurang. Di dalam dan di luar nampaknya musuh sudah memukul gendang perang, terpulang sama ada iramanya sampai kepada pemimpin terkanan atau hanya tersekat di telinga yang pura-pura tuli.

Slogan transformasi nampaknya bukanlah sesuatu yang benar-benar dihayati. Para pemimpin yang sudah diberikan isyarat tidak dikehendaki lagi masih bermati-matian mempertahankan diri dengan pelbagai cara termasuk menggunakan media. Sebenarnya, bukan media yang akan menentukan kedudukan anda di masa hadapan. Undi rakyatlah yang kelak mengekal atau menjatuhkan kita. Jatuh kita seorang diri tidak mengapa tetapi kejatuhan kita turut menarik ranap agama, bangsa dan negara tidak akan dapat diampunkan sampai bila-bila.

Kita perlu faham bahawa diri sendiri tidak berhak memberi nilai dan justifikasi kepada prestasi tetapi rakyat merupakan hakim terhadap kemampuan hakiki. Orang memberi kita merasa orang berbudi kita berbahasa. Malangnya, makin banyak rakyat memberi makin bongkak pula tuan punya diri sehingga tenggelam dalam ketaksuban dan kehebatan diri yang dicanang oleh pembodek di keliling tembok peribadi.

Sebagai pemimpin, kita patut tahu dan sedar bila masanya untuk mengundur diri demi kepentingan umum dan demi kepentingan parti. Jangan sampai dijatuhkan baharulah kita sedar diri dan ketika itu kita langsung tidak lagi dihargai malah akan menjadi orang yang dibenci. Sebaik-baik pemimpin adalah mereka yang sanggup melepaskan jawatan ketika masih berada di puncak kerana sedar ada orang lain yang lebih layak meneruskan perjuangan parti.

Pemilihan bukanlah agenda peribadi atau parti tetapi adalah sebuah manifestasi jati diri dan semangat untuk mempertahankan pertiwi. Kali inilah sebenarnya yang patut menjadi medan terbaik membuktikan kepada pengundi dan rakyat jelata UMNO sudah berubah. Semuanya dinyatakan dengan tepat secara total dan boleh dilihat dengan jelas dan tidak sekadar retorik.

Tolonglah hentikan berbahasa basi dan saling menyedapkan hati dan perasaan sendiri. Percayalah dengan penuh yakin kita boleh kecundang sekiranya masih lagu lama yang di dendang. Pasukan simpanan, undi simpanan atau apa sahaja yang bersifat simpanan termasuk sokongan simpanan sebenarnya sudah habis digunakan pada pilihan raya yang lalu.

Apa yang tinggal kini adalah meraih kembali, menambah apa yang sudah terlebih guna, memulih yang sudah rosak binasa. Kalau masih begini caranya kita tidak akan ke mana. Yang rosak semakin rosak, yang terlebih guna tidak dapat dikembalikan lagi.

Orang Islam dan Melayu sayang kepada UMNO maka orang UMNO sayangi dan kasihilah orang Islam dan Melayu semua. Berikan perhatian sama rata dan bukan hanya pada diri sendiri dan orang dalam parti semata-mata. Cuba-cubalah keluar daripada kepompong politik untuk mendapatkan pandangan luas yang lebih nyata dan terang serta bercahaya. Percayalah ia sangat menyihatkan dan sungguh berguna buat agama, bangsa dan negara.

Kurangkan cukai golongan pertengahan

Posted: 22 Oct 2013 11:35 AM PDT

Oleh IDAWATI IBRAHIM dan NORAZA MAT UDIN
pengarang@utusan.com.my
IDAWATI IBRAHIM ialah pensyarah dan Noraza Mat Udin pensyarah kanan pencukaian di Pusat Pengajian Perakaunan, Universiti Utara Malaysia.

Orang ramai membanjiri Barisan Nasional Job Youth Fair 2013 di PWTC baru-baru ini. Golongan pertengahan negara ini bertambah setiap tahun. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid

"Kenapa kena bayar cukai banyak sangat ni?", "Macam mana nak kurangkan cukai?", "Kalau macam ni, tahun depan tentu kena bayar lebih lagi." Itulah antara rungutan yang diluahkan oleh rakan-rakan kepada penulis selepas menyelesaikan tanggungjawab sebagai pembayar cukai yang menerima pendapatan penggajian pada 30 April lalu.

Rata-rata apabila kerajaan mengumumkan bajet tahunan, semua pihak tertunggu-tunggu akan goodies dan apa-apa perubahan yang boleh mengurangkan beban cukai masing-masing.

Secara umumnya, terdapat tiga golongan sasaran dalam bajet yang diumumkan iaitu golongan berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi.

Lazimnya penekanan akan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dengan pemberian bantuan dan insentif untuk membantu mengurangkan beban dan meningkatkan taraf kehidupan mereka dari semasa ke semasa.

Malangnya golongan berpendapatan sederhana termasuk yang sederhana tinggi kurang atau tidak begitu mendapat penekanan wajar dalam pembentangan bajet. Mereka hanya mampu berputih mata dan merungut sesama sendiri.

Di Malaysia, golongan yang berpendapatan sederhana dan sederhana tinggi kebanyakannya terdiri daripada golongan pengurusan dan profesional yang berpendapatan penggajian seperti eksekutif, pengurus, guru, ahli akademik, peguam, jurutera, doktor dan sebagainya. Mereka ini tersepit di celah-celah kemajuan negara disebabkan terpaksa menanggung kos sara hidup dan beban cukai yang semakin tinggi setiap tahun.

Golongan ini kebanyakannya mempunyai jumlah pendapatan yang dikenakan cukai di antara RM50,000 hingga RM100,000. Kadar cukai bagi kumpulan pendapatan ini adalah di antara 19% - 24%. Kadar cukai ini tidak pernah dikurangkan sejak lebih 10 tahun yang lalu iaitu sejak 2002. Sedangkan bagi kumpulan pendapatan bercukai lain, kadar cukai telah dikurangkan beberapa kali dalam tempoh tersebut.

Malah, kerajaan juga telah meningkatkan jumlah pendapatan bercukai minimum daripada RM2,500 kepada RM5,000 dalam Bajet 2013 yang lalu yang menyebabkan segolongan pendapatan bercukai rendah terkecuali daripada membayar cukai.

Majoriti golongan berpendapatan sederhana ini jatuh dalam kategori umur lingkungan lewat 30-an dan 40-an. Pada tahap ini, bagi mereka yang mempunyai anak, kebanyakan anak-anak masih berumur bawah 18 tahun dan belum memasuki institusi pengajian tinggi.

Perbelanjaan persekolahan dan sara hidup anak pada hari ini adalah sangat tinggi sedangkan pelepasan cukai hanyalah RM1,000 sahaja bagi setiap anak.

Perbelanjaan berkaitan anak-anak termasuklah kos sara hidup, kos penjagaan anak oleh pengasuh, pakaian dan peralatan persekolahan, pakaian dan peralatan aktiviti ko-kurikulum, kos penjagaan selepas sekolah, yuran tadika/prasekolah, yuran tuisyen terutama yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia serta pelbagai belanja sampingan yang lain.

Peningkatan kos sara hidup, terutamanya kos petrol memberi kesan secara langsung kepada golongan sederhana dan sederhana tinggi kerana mereka adalah golongan yang rata-rata berkereta dan sentiasa berulang-alik ke tempat kerja. Ini belum mengambil kira harga rumah dan barangan keperluan harian yang turut mengalami kenaikan.

Akibatnya, golongan inilah merupakan golongan yang paling tinggi menanggung bebanan hutang - pinjaman kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan hutang kad kredit.

Justeru itu, sangatlah wajar bagi pihak kerajaan untuk mengambil langkah untuk mengurangkan beban cukai golongan ini. Antaranya adalah melalui pengurangan kadar cukai, peningkatan pelepasan dan rebat cukai.

Memandangkan kadar cukai untuk kumpulan ini tidak pernah dikurangkan sejak lebih 10 tahun yang lalu berbanding kumpulan lain yang telah dikurangkan beberapa kali, tambahan pula mereka ini mengalami kenaikan gaji tahunan, adalah dicadangkan agar kadar cukai bagi kumpulan berpendapatan bercukai antara RM50,000-RM100,000 dikurangkan sebanyak 2 peratus.

Kalangan knowledge workers di Iskandar Malaysia hanya dikenakan cukai sebanyak 15 peratus, sedangkan jika mereka bekerja di luar kawasan tersebut cukai yang dikenakan adalah 19 peratus dan ke atas. Maka cadangan penurunan kadar cukai 2 peratus ini adalah dikira wajar.

Jika diteliti jenis-jenis pelepasan cukai yang boleh dituntut oleh golongan berpendapatan sederhana ini sangatlah terhad. Pelepasan anak seperti yang dibincangkan amatlah wajar untuk dinaikkan terutama bagi anak yang masih bersekolah.

Mengambil contoh di Australia, perbelanjaan persekolahan seperti pembelian alat tulis, pakaian, komputer dan perisian komputer untuk anak-anak adalah diberi tolakan dari cukai perlu bayar. Malah, penjagaan ibu bapa, ibu bapa mertua, saudara yang tinggal serumah juga mendapat tolakan cukai.

Pelepasan untuk pembelian buku yang berjumlah RM1,000 maksimum pada masa ini dilihat boleh membantu ibu bapa jika amaunnya ditingkatkan selain pemberian baucer buku 1Malaysia dipanjangkan juga kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

Kakitangan Kerajaan dari kategori pendapatan ini kebanyakannya tidak membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Hal ini menyebabkan mereka tidak boleh menuntut penuh pelepasan KWSP dan insurans nyawa yang berjumlah RM6,000. Bagi pekerja swasta pula, caruman KWSP beserta bayaran premium insurans nyawa lazimnya melebihi RM6,000 had tuntutan.

Oleh itu, adalah wajar jika pelepasan KWSP dan insurans nyawa diasingkan dan jumlahnya di naikkan agar pendapatan bercukai dapat dikurangkan bagi kakitangan kerajaan dan juga swasta.

Golongan berpendapatan sederhana dan sederhana tinggi adalah golongan yang juga perlu diberi perhatian wajar. Mereka menaruh harapan tinggi agar belanjawan 2014 yang akan dibentangkan nanti membawa berita gembira kepada mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Shima sering dipukul ayah

Posted: 22 Oct 2013 12:19 AM PDT

DIPUKUL bapa ketika kecil dan kepalanya dibotakkan. Itu adalah sebahagian daripada bentuk hukuman yang pernah diterima gadis berusia 17 tahun ini walaupun kadangkala kesalahan yang dibuat itu terlalu kecil.

Meskipun perit untuk ditelan, Shima (bukan nama sebenar) terpaksa melaluinya memandangkan sikap baran bapanya itu sudah sebati dan tidak boleh diubah.

Akibat pengalaman hitam yang terpaksa dilalui itu menyebabkan dia mula berubah sikap dan menjadi liar ditambah pula ibunya juga gagal menasihati bapanya supaya tidak mengasarinya sebegitu rupa.

"Saya bencikan sikap ayah yang suka pukul saya di depan orang ramai hingga saya jadi tidak selesa bila berada di rumah dan mula keluar berfoya-foya bersama rakan-rakan di luar.

"Saya juga berkawan dengan mat rempit dan sering ke pusat hiburan sebagai cara untuk melepaskan tekanan yang dihadapi di rumah," katanya.

Shima berkata, dia juga tidak segan-silu meneguk arak biarpun mengetahui minuman tersebut haram bagi orang Islam.

Hinggalah pada suatu malam, dia minum arak terlalu banyak hingga mabuk dan tidak dapat mengawal dirinya.

"Rakan yang menghubungi ayah memberitahu saya mabuk teruk dan meminta dia datang mengambil saya pulang.

"Pada malam itu saya dipukul begitu teruk dengan batang buluh di depan orang ramai," katanya.

Tidak cukup dengan itu, bapanya juga bertindak memotong rambutnya hingga botak sebagai hukuman kerana ingkar dengan arahan.

Gadis dari salah sebuah negeri di selatan tanah air ini memberitahu, akibat sakit hati dengan layanan kasar bapanya itu, dia kerap kali lari dari rumah dengan seorang kawan lelaki.

Akibat daripada peristiwa itu, bapanya telah membuat laporan polis dan kemudiannya dia dihantar ke sekolah tersebut untuk pemulihan.

Awasi alahan awal kehamilan

Posted: 22 Oct 2013 12:19 AM PDT

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar FATHEEN ELLYN EZREEN ROSLI (Pelatih IKBN Peretak)

TIADA selera makan, muntah-muntah dan mengalami sakit hulu hati merupakan antara alahan yang akan dialami oleh sesetengah ibu mengandung di awal kehamilan.

Kehamilan dan kelahiran biasanya tidak menimbulkan sebarang kesulitan tetapi jika tidak dijaga dengan rapi, boleh mengganggu kesihatan dan mengancam nyawa ibu dan anak yang dikandung.

Pun begitu, bagi ibu-ibu mengandung yang mengalami alahan, mereka dinasihatkan tidak mengabaikan pemakanan harian kerana pemakanan yang baik semasa mengandung dapat membantu mengekalkan kesihatan dan membekalkan khasiat yang diperlukan oleh ibu dan juga bayi yang dikandung.

Oleh itu, wanita yang mengamalkan tabiat pemakanan secara sihat seharusnya memulakan pengambilan makanan berketumpatan nutrien yang tinggi dalam usaha mengekalkan berat badan yang sihat.

Menurut Pakar Perunding Diet, Indra Balaratnam, ibu mengandung digalakkan mengambil makanan yang berkhasiat selain pada masa yang sama mengutamakan diet yang seimbang.

Ini kerana katanya, setiap makanan yang diambil mempunyai peranan masing-masing sama ada dalam pertumbuhan janin ataupun kepada ibu mengandung itu sendiri.

"Ibu-ibu mengandung amat digalakkan mengambil set pemakanan yang penuh dengan khasiat seimbang agar mereka mampu memperoleh kesihatan yang baik di samping anak yang dikandung juga membesar dalam keadaan yang sihat.

"Apa yang dimaksudkan dengan set pemakanan yang sihat ialah set makanan yang penuh dengan nutrisi-nutrisi seperti kalsium, probiotik, asid folic, kalori, protien, zat besi, dan juga DHA.

"Sekiranya set pemakanan harian yang diambil penuh dengan segala nutrisi ini, ibu mengandung dan juga anak yang dikandung pastinya tidak akan mengalami masalah tumbesaran," ujarnya ketika ditemui pada sesi Memperkaya Kesejahteraan Palmer's yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, ungkapan 'makan untuk dua orang' bagi setiap ibu mengandung merupakan satu ungkapan yang tidak benar sama sekali malah hanya mitos semata-mata.

Ini kerana bayi yang dikandung akan memperoleh nutrisi daripada pemakanan ibu dan bukannya makanan yang dimakan secara berlebihan.

Mengulas lanjut mengenai pemakanan ibu mengandung, Indra menjelaskan, golongan itu seharusnya mengambil berat akan pola pemakanan harian mereka malah mereka digalakkan untuk merujuk kepada piramid makanan.

Piramid makanan seharusnya dijadikan petunjuk kepada ibu-ibu mengandung ini kerana sememangnya mempunyai nutrisi yang diperlukan ibu hamil.

Pada masa yang sama, seperti mana lazim individu lain, ibu-ibu mengandung juga digalakkan meminum air 10 gelas sehari ataupun 2.5 liter sehari.

Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan badan daripada kekurangan air dan juga untuk mengelakkan ibu-ibu mengandung ini daripada penyakit buasir.

Yang pasti, Indra memberitahu, banyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan untuk lima hidangan sehari serta protein, karbohidrat dan nutrien.

Sepanjang tempoh kehamilan, Indra turut menasihati para ibu agar mengelak daripada mengambil minuman yang beralkohol dan juga berkafein.

Selain itu, minuman bercoklat dan bergas juga seharusnya dielakkan.

Kesemua minuman ini tidak baik untuk kesihatan ibu dan juga janin.

Pada masa yang sama, ibu-ibu mengandung turut dinasihatkan agar memilih makanan yang kebersihannya terjamin.

Elakkan sama sekali memakan makanan yang mentah ataupun kurang masak.

"Sepanjang tempoh sembilan bulan mengandung, ibu-ibu hamil ini dinasihatkan agar berhati-hati ketika memilih makanan serta minuman.

"Makanan yang kebersihannya tidak terjamin serta minuman yang mengandungi alkohol, kafein, coklat, dan juga bergas seboleh-bolehnya elakkan.

"Ini kerana dapat mengganggu tumbesaran janin di samping kesihatan ibu itu sendiri," tambah Indra.

Yang pasti, Indra menjelaskan, ibu-ibu hamil juga seharusnya mendapatkan rehat yang mencukupi.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved