Ahad, 11 September 2011

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Seni ekspresif tangani gejala disiplin

Posted:

Seni ekspresif tangani gejala disiplin

Seni ekspresif tangani gejala disiplin

Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
pendidikan@utusan.com.my

Remaja terutamanya para pelajar merupakan golongan yang paling sukar untuk diberi nasihat berbeza dengan kanak-kanak atau orang dewasa kerana kelompok ini masih berada dalam satu tahap perkembangan.

Pensyarah Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Rusnani Abd Kadir berkata, golongan remaja ini mampu dinasihati melalui kaedah tertentu yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

"Di peringkat usia dari 12 hingg 21 tahun, remaja kebiasaannya gemar berada dan melakukan sesuatu perkara secara berkumpulan.

"Mereka belajar secara berkumpulan di sekolah, bersukan dan bermain dalam kumpulan serta menghabiskan masa terluang melakukan aktiviti-aktiviti lain juga secara berkumpulan.

"Oleh yang demikian, golongan ini lebih mudah untuk didekati dan dinasihati dengan pendekatan seni ekspresif seperti terapi berkelompok," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada Seminar Pembangunan Profesional Guru Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan di UPM Serdang, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Rusnani, terapi kelompok adalah salah satu pilihan ideal kerana ia merupakan pendekatan yang selamat dan biasa digunakan.

"Pendekatan secara berkumpulan ini menyediakan ruang yang selamat untuk remaja belajar dan berlatih tentang sosial atau kemahiran diri seperti bekerjasama, mengikut giliran dan pengurusan rasa marah," jelasnya.

Katanya lagi, dalam mewujudkan sesebuah kumpulan remaja, ahli terapi perlu menimbangkan keperluan, keupayaan dan diagnosis potensi seseorang ahli.

"Kumpulan yang diwujudkan berdasarkan sesuatu isu lebih cepat mendapat kefahaman sesama mereka berbanding kumpulan yang diwujudkan berdasarkan umur," ujarnya.

Rusnani menjelaskan, tidak seperti orang dewasa, remaja memerlukan lebih banyak cara inovatif dalam menyuarakan perasaan selain menggunakan pendekatan terapi pertuturan.

"Kumpulan terapi seni ekspresif ialah satu cara yang sempurna bagi membolehkan golongan remaja berkomunikasi tentang idea-idea dan perasaan sukar melalui pelbagai medium artistik.

"Terapi seni membantu golongan ini menyelesaikan masalah, meningkatkan harga diri, membina kemahiran sosial dan pengurusan tingkah laku," terang beliau.

Rusnani memberitahu, kumpulan-kumpulan terapi seni memerlukan lebih persediaan daripada kumpulan terapi perbualan.

Hal ini kerana, katanya, ketua kumpulan bertanggungjawab untuk merancang topik sesi, mendapatkan bahan-bahan perlu dan menstrukturkan sesi supaya ahli-ahli boleh menyiapkan kerja seni mereka serta mempunyai masa untuk perbincangan.

"Sesi terapi seni ekspresif biasanya diadakan selama satu setengah hingga dua jam dan 12 hingga 30 minit pertama merupakan gerakan memanaskan badan.

"Manakala 20 hingga 45 minit pula ditumpukan kepada kegiatan seni dan diakhiri dengan perbincangan lanjutan," jelasnya.

Pada penghujung setiap sesi, ujarnya, ahli-ahli boleh berkongsi ciptaan mereka, membincangkan perasaan tentang kegiatan itu dan memperbaiki kekurangan jika perlu sebelum mereka kembali ke dunia sebenar.

Jambori pengakap erat hubungan Malaysia, Indonesia

Posted:

Jambori pengakap erat hubungan Malaysia, Indonesia

Jambori pengakap erat hubungan Malaysia, Indonesia


Wakil pengakap dari Malaysia bersama pengakap dari Jambi di Jambori Pengakap Nasional Indonesia, Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia baru-baru ini.


SERAMAI 22 guru penolong kanan kokurikulum daerah Batu Pahat bersama tiga pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Johor menyertai Jambori Pengakap Nasional Indonesia (JAMNAS) di Teluk Gelam, Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia baru-baru ini.

Jurucakap kumpulan, Mustaffa Siraj memberitahu, penyertaan ini adalah dalam rangka lawatan sambil belajar untuk meninjau perjalanan jambori sekali gus mengeratkan hubungan antara dua negara berjiran.

"Aspek persediaan tempat, pengurusan makanan, keselamatan dan juga lawatan berjaya diurus dengan baik termasuk kawalan ketat oleh Angkatan Bersenjata Indonesia (ABRI) di kawasan perkhemahan seluas 65 hektar itu," pujinya.

Jambori selama enam hari itu dirasmikan oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan disertai 25,000 pengakap dari seluruh Indonesia dan wakil-wakil dari Malaysia, Singapura dan Brunei.

Menurut Mustaffa, keupayaan Pengakap Indonesia menganjurkan jambori yang sungguh besar itu menarik perhatian Pengakap Malaysia dan layanan yang diberikan kepada peserta negara kita juga amat memuaskan.

"Malah Pengakap Malaysia turut berpeluang melawat ke pelbagai tempat menarik di Palembang seperti Pulau Mekaro, Bukit Siguntang dan jambatan Ampera," katanya.

Sepanjang jambori, peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk ceramah dan diskusi topik alam sekitar, kitar semula, pemanasan global dan masalah serantau serta antarabangsa.

Selain itu, peserta jambori turut melakukan aktiviti membuat gajet, persembahan kebudayaan dan mendirikan khemah yang dihias indah dengan unsur-unsur budaya 23 wilayah di Indonesia.

Manakala penyediaan tapak pameran pelbagai agensi kerajaan dan swasta pula memberi input serta pengetahuan berguna kepada peserta jambori khususnya delegasi negara kita.

Jambori Malaysia akan diadakan pada November ini di Terengganu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Hoki raih gangsa di Ordos

Posted:

Hoki raih gangsa di Ordos

Hoki raih gangsa di Ordos

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my


Pemain Malaysia meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika menentang Jepun pada perlawanan klasifikasi tempat ketiga Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Ordos, China, semalam. Pasukan negara menang 1-0.- AFP


KUALA LUMPUR - Penyerang muda, Muhammad Firhan Ashaari muncul wira apabila jaringannya memberikan kemenangan untuk skuad hoki negara meraih gangsa menewaskan Jepun 1-0 pada perebutan tempat ketiga kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Ordos, China, semalam.

Kemenangan skuad kendalian Tai Beng Hai itu sekali gus membuktikan keupayaan pasukan apabila mengatasi sasaran tempat keempat yang ditetapkan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM).

Walaupun kejohanan tersebut tidak memberi sebarang peningkatan kepada skuad hoki negara pada kedudukan ranking dunia, Beng Hai bangga dengan persembahan pemain.

"Akhirnya pemain berjaya menghadiahkan pingat gangsa walaupun kita tewas pada dua perlawanan awal.

"Pada perlawanan dengan Jepun, kita mempamer prestasi terbaik dengan menyekat strategi pihak lawan," kata Beng Hai ketika dihubungi semalam.

Pada perlawanan mendebarkan semalam, bahagian serangan skuad kebangsaan dikawal ketat oleh pertahanan Jepun, sehingga sukar untuk mendapatkan jaringan pada separuh masa pertama.

Kedua-dua pasukan terus buntu tanpa jaringan pada babak kedua sebelum Muhammad Firhan, 18, meledak gol kemenangan tujuh saat sebelum tamat perlawanan akibat kelalaian pertahanan Jepun.

Ia adalah pingat kedua yang diraih skuad negara di pentas Asia selepas pingat perak pada Sukan Asia, Guangzhou 2010.

Beng Hai menambah, pemain muda yang diberi peluang beraksi di Ordos telah membuktikan keupayaan mereka.

"Pemilihan pemain muda seperti Amir Farid Ahmad Fuzi pada kejohanan sebegini adalah sesuatu yang positif.

"Kita juga berupaya beraksi dengan konsisten melalui pemain muda ketika menentang Jepun hari ini," katanya.

Sementara itu, pertembungan akhir kejohanan menyaksikan pemenang pingat emas Sukan Asia 2010, Pakistan sekadar memperoleh pingat perak selepas tewas 2-4 kepada India melalui penentuan penalti.

Tempat kelima milik Korea Selatan yang menewaskan China 2-1.

Kelantan perit sebelum menang

Posted:

Kelantan perit sebelum menang

Kelantan perit sebelum menang

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU - Enam mata hasil dua kemenangan ke atas Sarawak dan Johor FC dalam kempen Piala Malaysia memang sudah dijangka peminat Red Warriors.

Namun berdasarkan persembahan menentang Johor FC di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin, penyandang juara Piala Malaysia itu dilihat berdepan laluan sukar mempertahankan kejuaraan.

Dalam perlawanan kelmarin, Red Warriors bernasib baik apabila pemain gantian, Muhammad Ramzul Zahini Adenan menyelamatkan maruah pasukan menerusi jaringan kemenangan pada minit akhir perlawanan.

Sebelum itu, Kelantan dikejutkan dengan jaringan pelawat menerusi Eddy Helmi Abdul Manan pada minit ke-11, sebelum Mohd. Shakir Shaari menjaringkan gol penyamaan tujuh minit kemudian.

Aksi di bawah keupayaan sebenar kelmarin mengundang resah kalangan peminat setia Red Warrios yang mahu pasukan kesayangan mereka mengekalkan momentum cemerlang seperti ketika menjulang kejuaraan Liga Super Julai lalu.

Beberapa bintang Red Warriors seperti Norshahrul Idlan Tahala dan perancang tengah yang juga ketua pasukan Mohd. Badri Razdhi seperti hilang punca kelmarin apabila gagal melakukan sebarang percubaan ke gawang lawan.

Justeru, skuad Datuk M. Karathu harus bangkit apabila berdepan Felda United Rabu ini.

Mengulas aksi pemainnya kelmarin, Karathu tetap berpuas hati walaupun pemain terpaksa berhempas pulas untuk meraih kemenangan.

"Apa yang penting kita berjaya meraih tiga mata penuh. Ia cukup penting untuk mengumpul mata maksimum bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

"Saya akui Johor FC adalah pasukan yang baik ketika bertahan sehingga menggagalkan usaha kami untuk menjaringkan lebih banyak gol," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Rakyat perlu tolak komunis versi Pas

Posted:

Rakyat perlu tolak komunis versi Pas

Rakyat perlu tolak komunis versi Pas

BAGAN DATOH 11 Sept. - Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri hari ini mengajak rakyat menolak jenama baru yang cuba diberikan Pas kepada pengganas komunis kerana ia jelas bertentangan dengan fakta dan sejarah sedia ada.

Dalam kenyataan bersama kedua-dua menteri di kementerian berkenaan menegaskan, jenama baru yang mengangkat pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan itu bukan sahaja salah tetapi satu penghinaan kepada anggota dan bekas pasukan keselamatan negara iaitu polis dan tentera.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bekas tentera dan polis berasa amat kesal, cukup tersinggung dan terhina dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

''Apabila Timbalan Presiden Pas memberikan jenama baru kepada komunis sebagai pejuang kemerdekaan, bekas tentera dan polis tidak dapat menerimanya.

''Ini merupakan pendirian Pas yang seharusnya ditolak masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang selama ini menganggap dan memberikan satu jenama bahawa pengganas komunis adalah musuh kepada negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien selepas jamuan Aidilfitri UMNO Bahagian Bagan Datoh di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, sehubungan itu beliau mengajak persatuan bekas tentera dan polis menyatakan sokongan kepada kerajaan bagi mengutuk pengiktirafan yang diberikan Mat Sabu.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, beliau dan Ahmad Zahid akan mengadakan pertemuan bersama persatuan bekas polis dan tentera minggu depan bagi menggerakkan bantahan terhadap Mat Sabu.

Katanya, dalam ketika menunggu sesuatu tindakan undang-undang daripada pejabat Peguam Negara, ini tidak bermakna rakyat tidak boleh bergerak melakukan sesuatu.

Menurutnya, polemik yang dicetuskan Mat Sabu itu membuktikan perkara berkaitan sejarah dan pengorbanan melibatkan keringat, air mata serta darah tidak boleh dipermainkan kerana ia akan mencetuskan kemarahan banyak pihak.

''Pada saya ada hikmah (apa yang berlaku), rakyat bersatu padu, bangkit dalam menangani orang yang rakus," katanya.

Ditanya dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan daripada isu tersebut bagi meningkatkan sokongan menjelang pilihan raya umum akan datang, Hishammuddin menegaskan, ia merupakan alasan sama yang telah digunakan sebelum ini.

''Kenapa pula hendak salahkan kita. Dia yang bangkitkan isu ini. Sekarang ramai orang sudah sedar sebab sebelum ini setiap perkara negatif, mereka tuduh kerajaan. Apa yang tidak kena dituduh pada UMNO dan BN.

''Lebih malang institusi tiang seri negara seperti polis, tentera dan raja tidak terkecuali daripada diserang tetapi apabila ia tidak berjaya, tidak mendapat sambutan orang ramai, dia tuduh kita seperti dalam isu ini juga," katanya.

Siasat segera laporan palsu Anwar

Posted:

Siasat segera laporan palsu Anwar

Siasat segera laporan palsu Anwar

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pihak polis didesak supaya tidak menunggu kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai di mahkamah sebelum menyiasat sama ada Ketua Pembangkang itu telah membuat laporan palsu bagi menafikan beliau adalah pelaku dalam video aksi seks yang tersebar pada Mac lalu.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, ini kerana kes liwat kedua Anwar itu dan isu video seks yang dikatakan membabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah dua perkara yang berbeza.

"Ini (video seks) tiada kena-mengena dengan kes liwat. Siasatan perlu dibuat secepat mungkin kerana jika tidak ia akan mencerminkan bahawa polis menggalakkan masyarakat membuat laporan palsu untuk mengaburi pandangan orang ramai atau demi kepentingan politik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas desakan banyak pihak supaya polis segera mengambil tindakan terhadap Anwar berikutan laporan palsu yang dikatakan dibuatnya berhubung isu video aksi seks yang dikaitkan dengannya.

Puteri UMNO pada minggu lalu membuat laporan polis terhadap tindakan Anwar membuat laporan palsu bagi menafikan penglibatannya dalam video seks yang didedahkan trio Datuk T.

Ini kerana pihak polis berdasarkan bantuan pakar sebelum ini mengesahkan bahawa video seks tersebut adalah 99.9 peratus tulen.

Choo Keong berkata, siasatan terhadap kes itu perlu supaya ia dapat dijadikan contoh kepada orang ramai untuk tidak sewenang-wenangnya membuat laporan palsu kepada polis.

"Sebelum ini saya telah mendesak di Parlimen. Jika video itu direka, bukan tulen maka memang ada konspirasi, tapi ia telah dibuktikan tulen oleh polis. Maka memang jelas laporan polis oleh Anwar adalah palsu," katanya.

Sementara itu Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sekali lagi mendesak supaya pihak polis bertindak terhadap Anwar kerana melakukan laporan palsu itu.

"Sudah banyak kali kita mendesak supaya pihak berkaitan mengambil tindakan terhadap Anwar kerana telah dibuktikan bahawa video itu adalah tulen.

"Malah Peguam Negara juga patut bertindak kerana perlakuan Anwar itu adalah salah di sisi undang-undang," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Tindakan ikut undang-undang

Posted:

Tindakan ikut undang-undang

Tindakan ikut undang-undang

Oleh HAMDEN RAMLI dan AIN SAFRE BIDIN
pengarang@utusan.com.my


AHMAD Zahid Hamidi dan Hishammuddin Tun Hussein pada jamuan Aidilfitri UMNO Bahagian Bagan Datoh di Bagan Datoh, semalam.


BAGAN DATOH 11 Sept. - Tindakan terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu akan dibuat berdasarkan lunas-lunas perundangan negara yang ditentukan pejabat Peguam Negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, siasatan polis terhadap Timbalan Presiden Pas yang lebih dikenali Mat Sabu itu telah siap.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak boleh memaksa pejabat Peguam Negara untuk bertindak kerana dikhuatiri akan dituduh mencampuri urusan pejabat tersebut.

''Kita terima banyak laporan polis dan laporan itu dirangkum, disiasat atas kesalahan mengeluarkan kenyataan yang menyalahi undang-undang.

''Sebenarnya, siasatan tidak ada banyak masalah dan kita pun sudah memanggil Mat Sabu memberikan keterangan. Akhirnya, daripada keterangan itu ketentuan akan dibuat berdasarkan undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas jamuan Aidilfitri UMNO Bahagian Bagan Datoh di sini hari ini.

Hishammuddin ditanya perkembangan siasatan polis terhadap laporan pelbagai pihak yang dibuat terhadap Mat Sabu yang didakwa mengeluarkan kenyataan melabelkan pengganas komunis sebagai pejuang negara dalam ceramahnya baru-baru ini.

Ditanya sama ada tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dikenakan terhadap Mat Sabu, beliau berkata, ISA hanya akan digunakan terhadap tindakan yang boleh menggugat keselamatan dan menimbulkan ancaman pada negara.

''Untuk menggunakan ISA kepada seorang politikus ini, saya rasa tidak sesuai. Kita akan tengok undang-undang yang ada dan Peguam Negara boleh mengambil tindakan," katanya.

Jejak kotor firma MLM Malaysia di Bangalore

Posted:

Jejak kotor firma MLM Malaysia di Bangalore

Jejak kotor firma MLM Malaysia di Bangalore

CHENNAI 11 Sept. — Jejak kotor sebuah syarikat jualan langsung berpangkalan di Malaysia dikesan di Bangalore, selepas polis bandar raya mendedahkan komplot laman kewangan itu dengan penangkapan tiga ejen tempatan.

Polis di ibu negara teknologi maklumat India itu percaya ia merupakan syarikat yang sama yang berdaftar di Batu Caves yang memperdaya hampir 70,000 pelabur miskin di kawasan luar bandar Manipur yang terletak di bahagian timur laut India, terbabit di Bangalore.

"Tidak syak lagi tentang itu, ia merupakan syarikat sama dengan cawangan yang banyak.

"Mereka juga beroperasi di Manipur. Kami ingat sekurang-kurangnya 500 hingga 1,000 orang telah melabur di sini dengan syarikat yang berpangkalan di Malaysia," kata seorang pegawai kanan polis, yang biasa dengan penyiasatan itu, kepada Bernama.

Minggu lepas, polis menangkap pengurus besar dan seorang akauntan UNIPAY2U yang mempunyai kaitan dengan syarikat induk di Malaysia yang menawarkan pulangan menarik kepada para pelabur sehingga setinggi 20 peratus atau lebih.

Syarikat yang digelar pencipta kekayaan dengan pejabat di Puchong Jaya itu didakwa turut memperkenalkan skim pelaburan istimewa yang lain seperti 'Visarav' dan 'Unit Gold 2U'.

Pelaburan yang sama juga dilancarkan di Manipur pada 2009 dan pengusaha menghilangkan diri selepas syarikat itu diserbu, menyebabkan ramai mengalami masalah kewangan.

Menurut siasatan polis, syarikat itu telah beroperasi di Bangalore selama hampir setahun dengan ramai ejen-ejen tempatan memperomosikan model pelaburan palsu.

"Kami menjangkakan ramai lagi orang akan membuat aduan selepas tangkapan.

Kes ini telah dipindahkan kepada CID (Cawangan Siasatan Jenayah) kerana ia membabitkan sebuah syarikat luar dan mereka akan menggunakan saluran rasmi untuk menyiasat syarikat Malaysia itu," kata pegawai itu.

Sementara itu, polis Manipur juga telah memburu ejen-ejen yang terbabit mempromosikan skim cepat kaya tetapi ramai telah menghilangkan diri. — BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kemudahan canggih hospital baharu

Posted:

Kemudahan canggih hospital baharu

Kemudahan canggih hospital baharu


Abdul Rahman Mohamad (dua dari kiri) bersama Suhaimi Ibrahim (dua dari kanan) melihat model hospital baru di Kuala Lipis. baru-baru ini.


KUALA LIPIS 11 Sept. - Masyarakat daerah ini bakal menerima kemudahan perubatan lebih baik dengan pembinaan hospital baru yang dijangka siap sebelum akhir tahun ini.

Ketua UMNO Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, hospital bernilai RM97 juga itu menyediakan kemudahan perubatan canggih yang bakal memberi keselesaan kepada penduduk di daerah ini.

Menurutnya, pembinaan hospital itu yang terletak bersebelahan dengan tapak sedia ada dilaksanakan berikutan hospital sekarang ini tidak berupaya menampung jumlah pesakit yang ramai.

"Kemudahan perubatan baru itu lebih sempurna kepada penduduk di sini sekali gus menaikkan status bandar ini ke tahap lebih moden," katanya kepada pemberita selepas melawat bangunan baru hospital itu, di sini kelmarin.

Hadir sama Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Suhaimi Ibrahim; Ketua Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Samat dan Pengarah Hospital Lipis, Dr. Sharifuddin Saad.

Menurut beliau, hospital itu menempatkan 128 katil selain mempunyai klinik doktor pakar, kemudahan pembedahan kritikal, wad bersalin, balai pelawat, unit diabetik, unit sajian makanan, unit kecemasan trauma dan parkir bertingkat.

Jelasnya, bagi bangunan hospital sedia ada pula, ia akan dikekalkan dan dinaik taraf untuk klinik pesakit luar, klinik kecemasan, wad kanak-kanak dan dewasa.

Katanya, projek rakyat itu dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dalam membela kebajikan dan kehidupan rakyat luar bandar.

Tambahnya, pembinaan hospital tersebut merupakan sebahagian daripada projek kerajaan bagi menyediakan kemudahan dan prasarana kepada penduduk di sini.

Dalam pada itu, Dr. Sharifuddin berkata, purata pesakit yang menerima rawatan di hospital itu adalah seramai 90 orang sehari termasuk kes kecemasan dan dijangka meningkat kepada 200 orang dalam tempoh dua tahun ini.

Tambahnya, sehingga kini, kes yang kritikal membabitkan pembedahan masih dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS) Temerloh dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan beban itu dapat diatasi apabila hospital baru itu beroperasi tidak lama lagi.

Di manakah semangat kemerdekaan negara di kalangan rakyat jelata?

Posted:

Di manakah semangat kemerdekaan negara di kalangan rakyat jelata?

Di manakah semangat kemerdekaan negara di kalangan rakyat jelata?

SAMBUTAN Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia 16 September ini diasak pelbagai cabaran dan keharmonian masyarakat sedikit tercalar berikutan isu kenyataan seorang pemimpin pembangkang yang mengangkat penyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai hero.

Apakah di sebalik niat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang tahu sejarah sebenar Bukit Kepong, tetapi kemungkinan memilih sikap berpura-tahu tidak tahu demi kelangsungan politiknya.

Bukan isu Mat Sabu yang ingin diperkatakan tetapi soal masyarakat yang dilihat sedikit hambar dalam menyambut sambutan Hari Kemerdekaan negara.

Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini seolah-olah tidak terasa disebabkan tumpuan masyarakat kepada Aidilfitri.

Walaupun pelbagai agensi kerajaan terutama Jabatan Penerangan melakukan program semarak kemerdekaan, sambutan yang diterima hanya bersifat sementara memandangkan ia dijalankan pada bulan Ramadan.

Tidak begitu ramai pihak yang tampil 'berdiri' di plaza tol dan jalan utama negeri ini untuk mengedarkan Jalur Gemilang.

Lebih mengecewakan premis-premis perniagaan seolah-olah 'tidak tahu' bahawa Ogos merupakan bulan yang patut diraikan sebagai tanda kebebasan negara kita daripada penjajah.

Bagi segelintir pemilik premis yang mengibarkan Jalur Gemilang, saya ucapkan tahniah kerana semangat patriotisme masih tebal walaupun tidak ramai yang mahu berbuat demikian.

Selain premis perniagaan, tidak banyak kawasan kampung yang mengibarkan bendera keramat itu kecuali bendera parti politik yang sentiasa berkibar tidak kira masa.

Semua itu berlaku kerana kita seolah-olah merasakan tiada apa yang istimewa lagi mengenai 31 Ogos dan 16 September.

Kemungkinan sebahagian besar di kalangan daripada kita memahami, tarikh itu negara merdeka dan ia akan disusuli dengan perarakan di Dataran Merdeka bukan di bandar kampung dan pedalaman.

Hakikat sebenarnya erti kemerdekaan itu sudah semakin pudar dalam jiwa terutama generasi muda.

Bagi mereka, tiada apa-apa yang istimewa mengenainya malah sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri dianggap lebih signifikan dan menarik.

Kemerdekaan yang disambut dianggap oleh mereka sebagai salah satu pesta dalam 'kalendar' kegembiraan atau cuti umum.

Generasi muda akan terus leka dengan keseronokan mereka tanpa mempedulikan betapa pentingnya usaha dilakukan oleh wira dan pemimpin terdahulu untuk mengisi kemerdekaan.

Kita lupa bagaimana kemerdekaan harus dituntut dengan keringat, darah dan air mata pejuang-pejuang kemerdekaan.

Sama ada hendak diakui atau tidak, banyak pihak bersalah dalam soal ini kerana penghayatan kemerdekaan tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Sepatutnya, semangat nasionalisme di kalangan rakyat khususnya generasi muda yang akan mengemudi negara ini pada masa depan harus dipupuk supaya negara ini tidak lagi dijajah oleh bangsa asing.

Mungkin tidak salah mereka berbuat demikian tetapi semangat yang ada juga harus ditonjolkan pada tanggal 31 Ogos kerana 'pesta ulang tahun kemerdekaan' berlandaskan demokrasi tidak akan wujud tanpa sebuah kemerdekaan.

Justeru semua episod malang ini harus dihentikan. Semua pihak terutama ahli politik, ketua jabatan, Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK), pihak berkuasa tempatan dan veteran penjawat awam di negara ini tanpa mengira fahaman politik mereka wajar kembali kepada matlamat sebenar kemerdekaan.

Kita belum terlambat lagi untuk meraikannya kerana sambutan Hari Malaysia pada Jumaat ini wajar dihayati dengan penuh keinsafan. Justeru, tepuk dada tanya selera, apakah sumbangan anda sebagai rakyat terhadap negara.

52 murid ikuti program motivasi UPSR

Posted:

52 murid ikuti program motivasi UPSR

52 murid ikuti program motivasi UPSR


A. Rahman A. Majid (berdiri tengah, belakang) bersama guru dan murid tahun enam selepas program Mohon Restu Titisan Ilmu di Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 11 Sept. - Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Kota Gelanggi 2 di sini, menganjurkan program motivasi bagi mempersiapkan 52 murid sekolah itu menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula Selasa ini.

Guru Besar sekolah tersebut, A. Rahman A. Majid berkata, program yang dikenali sebagai Mohon Restu Titisan Ilmu membabitkan penyertaan guru, jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa murid terbabit.

Menurutnya, antara aktiviti yang dijalankan ialah solat hajat, bacaan Yasin dan ceramah motivasi.

"Sebelum ini pihak sekolah membawa murid Tahun Enam mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah, Lanchang bertujuan untuk percambahan ilmu dan menenangkan fikiran menerusi kegiatan rekreasi," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, program itu adalah cetusan Unit Kaunseling dan Bimbingan sekolah tersebut untuk merangsang semangat murid Tahun Enam untuk menghadapi peperiksaan berkenaan.

Dalam pada itu, Setiausaha Kecemerlangan UPSR sekolah, Tan Yahya Tan Ibrahim berkata, sebelum ini murid terbabit mengikuti kelas bimbingan peperiksaan sepanjang tahun yang dibiayai oleh PIBG dan pengurusan Felda.

Tambahnya, pihak sekolah turut mengundang guru cemerlang, pakar motivasi dari Pejabat Pelajaran Jerantut dan Felda bagi memberi bimbingan serta teknik menjawab soalan peperiksaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Penoreh getah ke tali gantung

Posted:

[unable to retrieve full-text content]ALOR SETAR 11 Sept. – Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang gadis di Kupang, Baling, dua tahun lalu.

Wanita hamil tidak mengaku salah

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KOTA BHARU 11 Sept. - Seorang wanita hamil yang dihadapkan bersama suaminya di Mahkamah Majistret di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki secara bersama 60 biji pil methamphetamine seberat enam gram pada Khamis lalu.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Tingkat keselamatan Windows

Posted:

Tingkat keselamatan Windows

Tingkat keselamatan Windows

- Cik Farah, bts.

SAYA ada terbaca artikel saudara di Utusan Malaysia (Sains dan Teknologi) pada 1 Ogos yang menerangkan bagaimana meningkatkan tahap keselamatan server Apache dalam Linux.

Bolehkah saudara terangkan kepada saya dalam Windows pula kerana saya telah membina sistem dalam Windows.

Harap pihak saudara dapat menerangkan kepada saya secara terperinci cara-cara meningkatkan tahap keselamatan dalam Windows pula.

SECARA umumnya, dalam persekitaran Windows, perkara-perkara asas perlu dilakukan seperti kemas kini perisian, kekerapan membuat pengimbasan keselamatan dan sebagainya. Ia memastikan Windows tersebut lebih selamat terlebih dahulu sebelum kita perkasakan perisian Apache.

Dalam perbincangan soalan yang lepas, ia sebenarnya adalah konfigurasi keselamatan secara umum bagi perisian Apache. Namun begitu. Contohnya banyak diberikan dalam persekitaran Linux kerana perisian ini lebih sesuai dan banyak digunakan dalam persekitaran Linux. Namun begitu, kali ini akan dibincangkan lebih spesifik kepada persekitaran Windows.

* Sentiasa kemas kini perisian Apache dan gunakan versi yang terkini.

* Sembunyikan maklumat versi dan lain-lain bagi perisian Apache dengan menambah atau edit fail httpd.conf seperti berikutnya.

ServerSignature Off

ServerTokens Prod

nPastikan fail-fail yang di luar daripada diektori web root tidak dapat diakses oleh perisian Apache. Ini boleh dikonfigur pada C:/apache2/htdocs seperti yang seterusnya.

<Directory />

Order Deny,Allow

Deny from all

Options None

AllowOverride None

</Directory>

<Directory C:/apache2/htdocs>

Order Allow,Deny

Allow from all

</Directory>

* Nyah aktfikan fungsi yang membolehkan melayari direktori dalam perisian Apache sewenang-wenangnya dengan setkan dalam tag direktori pada Options dengan None atau -Indexes seperti Options -Indexes.

* Nyah aktifkan fungsi Server Side Include dengan setkan dalam tag direktori pada Options dengan None atau -Includes seperti Option -Includes.

* Nyah aktifkan fungsi CGI Execution dengan setkan pada tag direktori pada Options dengan None atau -ExecCGI seperti Options -ExecCGI.

* Nyah aktifkan fungsi Multiple Options include dengan setkan dalam tag direktori pada Options dengan None atau -Indexes, -Includes dan -ExecCGI seperti Options -None.

* Nyahaktifkan fungsi fail .htaccess dengan setkan dalam tag direktori pada AllowOverride dengan None seperti AllowOverride -None.

* Kebiasaannya beberapa modul akan dipasangkan secara lalai dalam Apache. Jadi, modul-modul yang tidak digunakan itu boleh diblok daripada aktif dengan melihat fungsi atau perkataan LoadModule dalam fail httpd.conf. Seterusnya tambahkan simbol # diawal LoadModule tersebut.

8 Sekiranya ada sesebuah alamat IP sahaja yang digunakan, ia boleh dikonfigur dalam Apache seperti yang berikut.

Order Deny,Allow

Deny from all

Allow from 192.20.0.0/16

* Hidupkan fungsi mod_security dalam perisian Apache.

* Pastikan pengguna dan kumpulan pengguna yang betul dalam mengoperasikan perisian Apache ini. Ia boleh dikonfigur dalam fail httpd.conf seperti yang berikut.

User apache

Group apache

* Hadkan saiz capaian pada fungsi LimitRequestBody. Biasanya dalam 10mb tetapi ia bergantung kepada kesesuaian yang ada.

Inilah beberapa perkara asas keselamatan yang boleh dikonfigur dalam sesebuah pelayan web Apache. Berkemungkinan konfigurasi ini akan menyebabkan perisian Apache menjadi perlahan atau bermasalah. Jadi, laksanakan konfigurasi tersebut dengan betul dan buat salinan pendua terlebih dahulu.

Perisian Apache ini lebih selamat dilarikan dalam persekitaran Linux atau sistem pengoperasian pelayan seperti Windows Server. Fail httpd.conf merupakan fail konfigurasi yang penting bagi perisian Apache. Jadi, pastikan ia dikonfigur dengan betul, hadkan capaian kepadanya dan sembunyikan ia daripada dicapai oleh seseorang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Episod-episod pembohongan Pas

Posted:

Episod-episod pembohongan Pas

Episod-episod pembohongan Pas

DATUK DR. MASHITAH IBRAHIM ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

BAGI menutup malu Pas kerana terhimpit dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah gereja 3 Ogos lalu, Datuk Mustafa Ali cuba mengalih pandangan dan menuduh UMNO sebagai dalang di sebalik isu itu. Bagi UMNO Selangor, ini satu pembohongan, dan sudahpun memulakan proses menyaman Setiausaha Agung Pas itu.

Dalam pada itu, seorang pemimpin Pas, Dr. Che Rosli Che Mat menyelar Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kerana banyak mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai projek pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng. Che Rosli, seorang pakar sains nuklear, mendapati Fuziah menggunakan fakta palsu. Che Rosli juga mengkritik Harakah kerana menyiarkan laporan tidak benar. Tapi Penerangan Pas Pusat dan kalangan pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Ahli Parlimen Pas Hulu Langat ini. Ini semua bermaksud apa? Pas lebih senang rakyat terus dibohongi dengan maklumat palsu daripada diberikan fakta sebenar.

Terbaru, Jamilah Abu Bakar, yang melihat ibu bapa dan adiknya ditembak komunis 61 tahun lalu, memberitahu bahawa Naib Yang Dipertua Pas Pulai, Zaaba Ibrahim, telah memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai kerajaan semasa melawat ke rumahnya Ahad lalu bagi pihak Mat Sabu. Jirannya, Mokhtar Jalok, 72, berkata pemimpin Pas itu berbohong kerana dia kenal Zaaba bukan kakitangan awam tapi peniaga besi buruk.

Jamilah dan keluarganya tidak mahu berjumpa Mat Sabu kerana sakit hati dengan pembohongan Timbalan Presiden Pas itu mengenai peranan dan jasa pahlawan Melayu yang menentang komunis. Mat Sabu berkeras mengatakan komunis adalah wira, seolah-olah polis dan tentera adalah tali barut British.

Sebelum ini, Mat Sabu terbabit dalam kontroversi pasca-Bersih. Dia mendakwa cedera dilanggar kereta polis. Rakaman polis yang ditonton jutaan penduduk Malaysia menerusi TV menunjukkan beliau tidak dilanggar kereta polis, malah jatuh longkang kerana motornya terbabas. Dia menafikan versi polis tapi ramai percaya dia berbohong.

UMNO tidak perlu berbuat apa sebenarnya. Sejak akhir-akhir ini, pemimpin Pas seperti Mat Sabu dan parti pembangkang lain bagaikan menggali kubur sendiri atas percakapan dan tindakan yang menyakiti hati rakyat. Episod terbaru ini pasti menyebabkan Pas kehilangan banyak sokongan dan undi orang Melayu.

Padahal Pas beria-ia benar mahu menggantikan UMNO sebagai parti tunggal orang Melayu dan pernah menguar-uarkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai bakal Perdana Menteri. Ini sekadar mimpi kerana Pas sudah menjadi parti terkecil dalam Pakatan Rakyat. Hakikatnya, populariti UMNO semakin melonjak dan Pas pula merudum.

Hari ini, UMNO mempunyai 79 kerusi di Parlimen, Pas hanya ada 24 sahaja. UMNO juga memenangi empat pilihan raya kecil berturut-turut, mengalahkan calon Pas di Galas (4 November 2010), Tenang (30 Jan. 2011), Merlimau (6 Mac 2011), dan Kerdau (6 Mac 2011). Undi yang Pas perolehi di DUN-DUN bermajoriti Melayu dalam Pilihan Raya Kecil 2010 dan 2011 semuanya semakin menguncup berbanding yang diperolehinya pada 2008.

Bilangan kerusi Pas di Parlimen adalah paling sedikit. Apabila bersekongkol dengan DAP dan PKR bermakna Pas tidak mungkin lagi dapat bertanding kerusi Parlimen yang mencukupi dalam pilihan raya untuk membolehkannya menjadi parti terbesar di Dewan Rakyat. Ini juga bermakna sampai bila-bila pun Pas tidak boleh menubuhkan negara berkebajikan. Inilah realiti yang harus disedari semua ahli dan penyokong Pas.

Ramai berkata, punca populariti Pas menjunam sekarang adalah kerana kerjasama politiknya dengan PKR dan DAP. Pemimpin Pas pernah menyatakan kesanggupan bekerjasama dengan sesiapa saja, waima syaitan, untuk menjatuhkan UMNO. Belum sempat berpakat dengan syaitan, baru dengan PKR dan DAP pun, Pas sudah longlai dan tidak konsisten dalam perjuangannya. Kerana mahu ambil hati kawan, Pas sanggup gadai prinsip perjuangan.

Kerana ingin mengecap sedikit kuasa, Pas tidak lagi mempertahankan konsep Negara Islam, tidak bercakap mengenai hukum hudud, malah bersekongkol dalam soal penjualan arak, judi dan rumah urut di Selangor. Untuk pilihan raya umum 2004 dan 2008, Pas tidak lagi mengangkat Dokumen Negara Islam seperti 1999, tapi menjunjung pula Buku Jingga, yang sarat dengan janji palsu yang tidak tertunai.

Janji palsu terbesarnya ialah hudud. Pas menentang UMNO di Kelantan pada 1990 dan Terengganu pada 1999 kerana tidak melaksanakan undang-undang Islam. Bila dapat memerintah, Pas memberi pelbagai alasan kenapa tidak melaksanakan hudud. Antaranya, sekatan Kerajaan Persekutuan, mahu memberi masa kepada rakyat terutama bukan Islam memahami konsepnya dan tidak cukup pelaksana seperti peguam dan hakim.

Sebagai Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi pernah berkata hudud tidak penting untuk dilaksanakan kerana ia cuma 0.00001 peratus daripada syariah Islam. Di muktamar Pas ke-57 lalu, dia baru sedar negara Islam tidak disebut dalam al-Quran. Dalam keadaan sekarang, kerana bersekongkol dengan PKR dan DAP yang sememangnya menolak undang-undang syariah, maka janji Pas ini tidak akan tertunai sampai bila-bila.

Dan dalam keadaan beginilah, bagaikan orang mabuk baru bangun tidur, Pas membuat kenyataan mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa. Dulu, Pas menolak hak keistimewaan orang Melayu. Pas juga menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang banyak menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi orang Melayu. Adakah Pas sudah berubah sikap dan pendirian mengenai kedua-dua perkara ini? Bolehkah orang Melayu mempercayai Pas lagi? Pemimpin Pas kutuk bangsa sendiri, malu jadi Melayu kononnya. Pas anggap orang Melayu yang tidak menyokong calonnya sebagai jahiliah. Sejak 1950an lagi orang Melayu dikafirkan, dan masyarakat Melayu berpecah-belah kerana fatwa yang songsang. Mat Sabu pula menghina pemimpin Melayu seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak serta anggota keselamatan, yang sebahagian besarnya Melayu, menentang komunis untuk mencapai kemerdekaan.

Kenapa tiba-tiba Pas mahu jadi jaguh perjuang orang Melayu? Jika benarlah Pas sungguh-sungguh hendak menjadi parti mewakili Melayu, kenapa Pas tidak memperjuangkan hak orang Melayu di Pulau Pinang, yang dilayan bagaikan orang Melayu di Singapura, dan di negeri-negeri lain? Kenapa pemimpin Pas sanggup 'bisu dan pekak' walaupun DAP sering mengganggu gugat urusan agama Islam?

Malah, dalam kertas kerjanya di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jaminan Pas pada 19 Februari lalu, Abdul Hadi sangat kabur dalam penjelasannya mengenai pengupayaan bangsa Melayu. Tiada saranan khusus bagaimana meningkatkan keupayaan dan penguasaan orang Melayu. Dia cuma berkata perjuangan Pas untuk memakmurkan "seluruh penghuni bumi termasuk binatang dan alam sekitar."

Pas jelas adalah sebuah parti oportunis, dan hanya gilakan kuasa. Dulu Pas mahu lelong Putrajaya, sekarang mahu menguasai Putrajaya pula. Tapi Pas tahu bahawa ia akan kehilangan kira-kira 34 kerusi Parlimen jika gagal mendapat semula sokongan pengundi Melayu dalam PRU-13 nanti. Kerana itulah ia mahu kembali menjadikan pengundi Melayu sebagai 'power base'nya.

Pada 2008, hampir semua kawasan yang Pas berjaya catat prestasi baik adalah di kawasan majoriti bukan Melayu. Oleh itu, bila nak undi orang Cina dan India, dia kata tidak bangga jadi Melayu.

Bila nak undi Melayu, dia sebut Ketuanan Islam pula. Kononnya pemimpin UMNO tidak Islamik, kepimpinan negara mewarisi pemikiran penjajah dan akan menerima nasib yang sama seperti pemimpin Mesir dan Tunisia.

Pemimpin Pas apabila bercakap, sering merujuk diri dan kerja mereka dengan apa yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW. Kelantan pula disebut sebagai Serambi Mekah, dan Kota Bharu pula sebagai Kota Islam. Ini adalah strategi melengkapkan gambaran Islamik kepada pemimpin Pas dan negeri yang mereka perintah.

Tapi di manakah Islamiknya pemimpin Pas jika suka berbohong dan cakap berbelit-belit? Apakah merit parti yang menggunakan nama 'Islam' tapi memberi janji palsu, memberi gelaran buruk dan hina Muslimin lain? Ingatlah, Nabi Muhammad menggunakan agama untuk mengislamkan orang-orang kafir. Tapi Nik Aziz dan Abdul Hadi menggunakan agama untuk mengkafirkan orang yang sudah Islam. Itu bezanya.

Membanteras anasir militan

Posted:

Membanteras anasir militan

Membanteras anasir militan

Oleh DATUK MOHAMAD FUZI HARUN
PENULIS ialah Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.


Operasi polis di kampung Sungai Cincin di Gombak, Selangor ke atas kumpulan al-Qaeda pimpinan Ayman Al-Dakkak pada Januari 2010.


SELEPAS genap 10 tahun tragedi serangan 11 September 2001 atau 911 ke atas Amerika Syarikat (AS) oleh kumpulan al-Qaeda, tiada tanda-tanda menunjukkan ancaman kumpulan tersebut akan berakhir.

Walaupun hampir semua pimpinan tertinggi al-Qaeda berjaya ditangkap atau dibunuh termasuk Osama bin Laden pada 1 Mei 2011 namun, beberapa serangan berani mati terus dilancarkan oleh kumpulan gabungannya yang memegang ideologi sama seperti al-Qaeda iaitu Salafiah Jihadiah.

Malaysia turut dikaitkan dengan tragedi serangan 911 apabila empat daripada perancang operasi atau dikenali sebagai operatif-operatif al-Qaeda yang terlibat pernah mengadakan perjumpaan sulit di Kuala Lumpur pada Disember 1999 dengan bantuan anasir-anasir kumpulan Jemaah Islamiah (JI) tempatan.

Malah beberapa hari selepas tragedi 911, media antarabangsa telah menyiarkan laporan-laporan mendakwa Malaysia sebagai 'Launching Pad' kepada operatif-operatif al-Qaeda yang terlibat.

Namun ia dilihat sebagai usaha negara-negara Barat untuk menutup kelemahan masing-masing kerana gagal mengesan dan mengambil tindakan mencegah serangan tersebut walaupun mereka sebenarnya mempunyai maklumat terperinci mengenai beberapa operatif yang terlibat.

Beberapa operatif al-Qaeda yang terlibat termasuk Khalid Al-Mihdhar, ketua kumpulan yang merampas pesawat Amerika Airlines Flight 77, pesawat yang merempuh Bangunan Pentagon di Washington, AS, memang pernah memasuki Malaysia pada Disember 1999.

Sepanjang berada di Malaysia sehingga awal Januari 2000, mereka dibantu oleh anasir-anasir JI tempatan. Kondominium tempat mereka menginap di Bandar Sungai Long adalah milik anggota kanan JI negara ini iaitu Yazid Sufaat yang pernah menjalani latihan di kem Al-Qaeda di Afghanistan pada 1999 sehingga 2001.

Malah Yazid Sufaat juga pernah berbai'ah dengan Osama di Kandahar, Afghanistan. Di samping Yazid Sufaat, terdapat 10 lagi anggota JI tempatan yang pernah berbai'ah dengan Osama.

'Mastermind' di belakang serangan 911 adalah Khalid Syeikh Mohamad, ketua operatif al-Qaeda yang juga pernah memasuki Malaysia sejak 1993 untuk mengadakan pertemuan dengan Hambali, anggota kanan JI Malaysia.

Menurut rancangan awal Khalid yang dibentang kepada Osama pada Mac 1999, serangan tersebut turut melibatkan rancangan merampas pesawat di Thailand, Korea Selatan, Hong Kong dan Malaysia.

Namun Osama berpendapat rancangan tersebut terlalu besar dan akhirnya menumpukan kepada serangan di AS saja.

Insiden 911 juga telah mendorong pihak polis di rantau Asia Tenggara seperti Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia melancarkan operasi tangkapan ke atas anasir-anasir JI di negara masing-masing yang merupakan kumpulan gabungan al-Qaeda.

Beberapa rakyat Malaysia yang merupakan anggota kanan al-Qaeda termasuk Mohammed Nazir Lep dan Mohd. Farik Amin turut ditangkap oleh pihak berkuasa asing.

Mohammed Nazir berasal dari Muar, Johor manakala Mohd. Farik dari Kajang, Selangor adalah dua rakyat Malaysia yang dipilih menyertai kumpulan Al-Qaeda untuk melancarkan serangan ala 911. Namun kedua-duanya ditangkap bersama Hambali di Bangkok pada Ogos 2003 dan kini kesemuanya ditahan di Teluk Guantanamo.

Sejak 2001, PDRM telah menahan seramai 202 anasir militan yang majoritinya terdiri daripada JI dan al-Qaeda.

Jumlah itu termasuk 74 anasir militan (21 daripadanya adalah anggota al-Qaeda) yang ditangkap di Malaysia sejak penubuhan Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) pada Mac 2009.

Ini menunjukkan ancaman al-Qaeda dan JI masih wujud, walaupun tahap ancaman tersebut semakin menurun.

Apa yang jelas, daripada tangkapan yang dibuat sejak 2009, menunjukkan terdapat anasir-anasir al-Qaeda yang menyusup masuk untuk transit di Malaysia dan cuba merekrut pelajar-pelajar asing dan rakyat tempatan untuk menyertai kumpulan mereka.

Di samping anasir al-Qaeda dari luar negara, polis juga terus memantau 20 bekas anggota JI yang pernah menjalani latihan ketenteraan di kem al-Qaeda di Afghanistan.

Tangkapan seramai 11 anggota kumpulan al-Qaeda yang diketuai oleh Ayman Al-Dakkak di Gombak pada 21 Januari 2010 jelas membuktikan bahawa usaha merekrut anggota baru Al-Qaeda adalah satu proses yang berterusan.

Banyak pihak berpendapat ancaman al-Qaeda akan berkubur dengan pembunuhan Osama. Namun apa yang jelas kini negara menghadapi ancaman penyebaran ideologi Salafiah Jihadiah al-Qaeda yang masih terus disebarkan secara meluas melalui Internet.

Ini amat membimbangkan PDRM kerana terdapat pemikir yang menunjukkan sudah ada individu-individu terutamanya remaja terpengaruh untuk melancarkan serangan ganas bersendirian selepas terpengaruh dengan ideologi Salafiah Jihadiah.

Kecenderungan remaja dan golongan pelajar untuk terpengaruh dan menjadikan al-Qaeda sebagai simbol perjuangan tidak boleh diketepikan.

Ini terbukti dengan tangkapan yang dibuat oleh pihak polis pada Julai 2010 ke atas Mohd. Fadzullah, pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

Dia yang terpengaruh dengan ideologi Salafiah Jihadiah telah menubuhkan kumpulan Tandzin Al-Qaeda Asia Tenggara pada 2008 dan berjaya merekrut lima penuntut UTM Skudai.

Dua daripada anggota kumpulannya yang juga penuntut UTM telah ditangkap di Thailand pada 2007 dan kini menjalani hukuman penjara selama 28 tahun kerana didapati bersalah terlibat dalam aktiviti keganasan di negara tersebut.

Mohd. Fadzullah dan anggota-anggotanya menjadikan Osama dan al-Qaeda sebagai idola mereka.

Trend ancaman kumpulan al-Qaeda kini yang melibatkan sel-sel kecil, beroperasi secara berasingan dan tidak mempunyai struktur organisasi dan hubungan dengan kepimpinan induk al-Qaeda amat membimbangkan.

Ini menyukarkan pihak polis untuk mengesan aktiviti dan perancangan anggota sel ini.

Setakat ini pihak polis masih berjaya mencegah sebarang serangan oleh anasir-anasir militan di Malaysia walaupun terdapat rancangan untuk melancarkan serangan di negara ini.

Kejayaan itu banyak dipengaruhi oleh kemampuan polis mengesan dan menangkap anasir-anasir militan tersebut sebelum mereka berada di peringkat akhir serangan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, tahanan-tahanan yang ditahan di bawah ISA juga menjalani proses pemulihan sebelum dibebaskan kembali. Setakat ini kaedah yang digunakan mampu menangani ancaman kumpulan-kumpulan militan.

Selain Malaysia, Singapura juga menggunakan akta sama dalam menangani ancaman kumpulan JI dan al-Qaeda.

Pihak polis juga amat berharap dengan langkah membatalkan pemberian visa waktu ketibaan (VOA) kepada pelawat-pelawat dari negara-negara berisiko mampu membantu polis mengawal kehadiran anasir militan asing khususnya al-Qaeda ke Malaysia.

Begitu juga dengan perlaksanaan sistem biometrik di semua pintu masuk negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Operasi ternak kepah dan kultur mutiara

Posted:

Operasi ternak kepah dan kultur mutiara

Operasi ternak kepah dan kultur mutiara


Contoh pengkulturan mutiara di China yang dijalankan di sebuah tasik.


SELAIN menjadi perintis kepada projek mutiara air tawar di Tasik Kenyir, AkUATROP juga mengharapkan kejayaan projek tersebut dicapai bersama para peserta.

Selain itu, pusat kecemerlangan tersebut dapat berkongsi teknik dan pengetahuan dalam bidang itu bagi memastikan industri berkenaan terus berkembang pesat di Malaysia seterusnya di seluruh dunia pada masa depan.

Secara khususnya projek berkenaan adalah untuk:

* Memberikan kemahiran kepada penduduk Terengganu untuk terlibat dalam bidang ternakan kepah mutiara air tawar.

* Membimbing tentang teknik penghasilan mutiara secara komersial.

* Menggalakkan penduduk Terengganu untuk bekerja sendiri daripada menganggur atau menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

* Tasik Kenyir yang berkeluasan 260 km persegi mempunyai 340 buah pulau kecil terletak di Negeri Terengganu merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara.

* Ia juga adalah habitat hidupan spesies liar dan eksotik.

* Tasik Kenyir berpotensi dimajukan sebagai kawasan ternakan kepah, contohnya di Kuala Sungai Kiang, Sungai Mandak dan Pangkalan Gawi.

* UMT sebagai sebuah universiti yang terunggul dalam bidang akuakultur berupaya menerajui penyelidikan teknologi penghasilan mutiara di Malaysia.

Penyelidikan kepah mutiara air tawar masih belum diterokai di Malaysia. Kajian yang bakal dijalankan ini adalah yang pertama.

1. Membangunkan sosio-ekonomi penduduk setempat,

2. Melipatgandakan pendapatan penduduk setempat,

3. Menghasilkan teknik pengkulturan tiram mutiara air tawar bagi tujuan komersial,

4. Membantu KETENGAH dan kerajaan negeri meningkatkan tahap ekopelancongan setempat.

Kesan ke atas penduduk

Projek yang akan dijalankan ini akan memberi impak yang besar kepada penduduk setempat seperti berikut:

1. Membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

2. Meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.

3. Meningkatkan sosio-ekonomi negeri.

4. Memajukan industri pelancongan yang menjadi salah satu sumber utama ekonomi negeri

Operasi Pengimpalan

* Pengimpalan mantel

* Pengimpalan nuclei

Operasi pengkulturan

* Kolam bersepadu (kepah diternak bersama ikan tilapia)

Kaedah kolam bersepadu ini adalah satu ternakan polikultur, di mana kepah mutiara akan diternak bersama dengan ikan.

Sistem berkenaan telah dipraktikan di Taiwan kerana mendatangkan pulangan menguntungkan. Bahan kumuhan ikan akan dikitar semula oleh kepah yang bersifat penapis dan dalam masa yang sama untuk menyuburkan plankton di dalam air sebagai makanan kepada kepah.

Kelebihan dari aspek ekonomi pada kaedah ini, memberi pulangan sampingan dalam ternakan ikan sementara menunggu pungutan hasil mutiara.

* Kolam terkawal (kepah import untuk penyelidikan dan penelitian)

Kaedah kolam terkawal ini bertujuan untuk menternak kepah mutiara dari negara luar yang diimport dari Thailand atau Indonesia dalam kadar yang sedikit sebagai kajian untuk pemantauan pembentukan mutiara yang berkualiti dan tempoh masa penghasilan mutiara.

Kaedah tersebut telah pun berjaya dipraktik di Indonesia yang mana spesies yang berasal dari Taiwan kemudiannya diternak di dalam kolam secara terkawal. Pengawalan dan pemantauan kolam terkawal akan diperketatkan.

Fasa ternakan kepah mutiara air tawar

Fasa - Fasa pengurusan ternakan

* Fasa 1: Pengumpulan kepah

Pada peringkat awal projek, sepanjang bulan September - Disember, kepah yang terdapat di Tasik Kenyir dikumpulkan di dalam kolam.

* Fasa 2: Pemilihan kepah matang

Peringkat seterusnya adalah memilih kepah yang matang dan sesuai untuk operasi pengimpalan nuclei. Ini penting dalam penghasilan mutiara yang berkualiti.

* Fasa 3: Operasi Pengimpalan nuclei

Kepah yang telah dipilih akan diasingkan dari kolam stok dan akan dipindahkan ke dalam tangki simen.

Dibiarkan dua hingga tiga hari sebelum operasi pengimpalan dijalankan. Peralatan khas untuk pengimpalan akan digunakan untuk memindahkan nuclei ke dalam kepah.

* Fasa 4: Ternakan di dalam kolam

Kepah yang telah siap di masukkan nuclei akan dibiarkan dua hingga tiga hari sebelum dipindahkan ke dalam kolam untuk diternak. kepah yang memuntahkan semula nuclei akan diasingkan dan diletakkan semula ke dalam kolam stok. Kepah yang telah sedia diletakkan ke dalam kolam ternakan hingga tempoh penuaian mutiara. Pemantauan kualiti air dan kecukupan plankton di pantau setiap bulan terutamanya kolam bersepadu.

*Fasa 5: Pemungutan hasil

Fasa terakhir adalah pemungutan hasil mutiara setelah tempoh matang dua hingga tiga tahun.

Bincang isu perikanan

Posted:

Bincang isu perikanan

Bincang isu perikanan

Oleh LAUPA JUNUS


Jabatan Perikanan antara pihak berkuasa yang komited membantu meningkatkan sumber perikanan negara.


SEJAUH manakah kita sedar yang perairan negara kini sedang berhadapan dengan isu sumber yang semakin berkurangan?

Banyak faktor menyebabkan berlakunya masalah tersebut. Antaranya eksploitasi sumber yang tidak terkawal, pencemaran, pemusnahan habitat dan masalah perubahan iklim.

Faktor luar kawal seperti perubahan iklim mungkin agak sukar di atasi tetapi faktor yang boleh dikawal seperti eksploitasi sumber tanpa had boleh menyebabkan negara diancam kekurangan sumber protein daripada ikan.

Pada masa sama, masalah kekurangan sumber yang berterusan menyebabkan perairan marin menjadi tidak stabil dan berlaku kepupusan spesies. Manakala di darat pula berlaku masalah sosio-ekonomi apabila nelayan tidak lagi dapat turun ke laut.

Semua permasalahan tersebut mendatangkan kesan jangka panjang yang bukan kecil. Ia melibatkan masalah sosioekonomi dan jika tidak ditangani, negara akan mengalami kerugian.

Senario inilah yang mendorong kepada tercetusnya kesedaran di kalangan bijak pandai dalam sektor perikanan untuk mencari resolusi bagaimana berdepan dengan cabaran tersebut.

Jumlah mereka bukan sedikit, malah kini mencecah 400 orang yang bakal berhimpun dan memikirkan masalah bersama di rantau ini yang perlu dibendung segera.

Mereka akan berhimpun pada Simposium Perikanan Antarabangsa 2011 yang melibatkan institusi pengajian tinggi rantau ASEAN dengan dianjurkan bersama oleh Universiti Malaysia Terengganu ( UMT) Jabatan Perikanan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Simposium akan di adakan pada 3 hingga 5 Oktober 2011 di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Terengganu dan dijangka dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan penutupnya bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Pengerusi Jawatankuasa Induk simposium, Prof. Dr. Sakri Ibrahim berkata, antara tujuan simposium tersebut diadakan ialah untuk memastikan kelestarian sumber perikanan di rantau ASEAN serta mencari kaedah terbaik untuk menguruskan sumber perikanan secara mapan.

Selain itu, ia melibatkan keselamatan makanan, pengawasan daripada pencerobohan sempadan perairan dan pemantauan bot-bot yang beroperasi di perairan ASEAN.

''Menerusi simposium ini kita dapat mengumpul data dan maklumat semasa sumber perikanan kita di peringkat serantau dan berbincang mengenai tema-tema yang ditetapkan," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di UMT, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Simposium berkenaan, Prof. Dr. Mohd Azmi Ambak.

Dr. Sakri berkata, simposium tersebut melibatkan beberapa universiti di rantau ASEAN yang mempunyai fakulti perikanan masing-masing dan menjadi rakan akademik kepada UMT menerusi memorandum persefahaman untuk bertukar-tukar maklumat dan data sebelum ini.

Setakat ini, kira-kira 200 kertas kerja sudah diterima dan ia melibatkan subsektor perikanan seperti akuakultur, perikanan dan sains marin, pemasaran ikan dan ekonomi, serta persekitaran dan pengurusan sumber.

Bilangan peserta dijangka mencecah 400 orang dari dalam dan luar negara termasuk United Kingdom (UK) manakala Jabatan Perikanan sebagai sebagai penganjur bersama dan penyumbang dana untuk penganjuran akan diwakili oleh Ketua Pengarahnya Datuk Ahamad Sabki Mahmood.

Oleh kerana ia merupakan julung kali diadakan, simposium berkenaan juga dijangka membincangkan mengenai kemungkinan diadakan dua tahun sekali dan memilih tuan rumah berikutnya dari negara ASEAN lain.

Sementara itu Dr. Azmi berkata, antara isu penting yang dijangka diberi penekanan ialah masalah keselamatan dan penguatkuasaan.

Ini kerana katanya, jumlah bot menangkap ikan yang terdapat di perairan serantau ialah kira-kira sejuta buah termasuk yang tidak berlesen.

Dengan jumlah yang begitu banyak, ia mengundang isu pencerobohan sempadan kerana masalah kekurangan sumber.

''Kita berkongsi sumber perikanan yang sama kerana ikan sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat,'' ujar Dr Azmi.

Menurut Dr. Sakri pula, dapatan daripada simposium tersebut akan dibawa kepada kerajaan untuk merangka pelan tindakan yang sesuai bergantung kepada sesuatu masalah.

Sebab itu katanya, kehadiran Jabatan Perikanan amat penting sebagai badan penguatkuasa dan regulator industri perikanan selain agensi kerajaan lain seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Institut Akuakultur Tropika (Akuatrop), UMT.

Penglibatan Kementerian Pengajian Tinggi juga menunjukkan komitmennya untuk membantu universiti tempatan menganjurkan program yang memberi faedah bersama.

''Naib Cancelor UMT, Prof. Datuk' Dr. Aziz Deraman dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UMT, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim juga memberi kerjasama dengan memberi sumbangan kewangan serta menawarkan penginapan percuma kepada peserta dari setiap universiti luar," kata Prof. Sakri.

Dr. Sakri juga menarik perhatian berhubung isu penggunaan pukat tunda yang sepatutnya dikawal bagi membendung masalah kekurangan sumber.

Isu kekurangan sumber menjadi masalah yang membelenggu sekian lama disebabkan oleh faktor-faktor yang disenaraikan dan ia disahkan lagi dengan kenaikan harga ikan yang ketara.

''Nelayan tetap turun ke laut tapi pendaratan berkurangan."

Penggunaan pukat tunda sepatutnya boleh diharamkan di Zon A dan Zon B bagi mengelakkan kepupusan sumber. Beberapa negara seperti Hong Kong, Venezuela, Palau, Belize, Japan dan Indonesia telah mengharamkan sama sekali penggunaan pukat tunda dalam perairan mereka. Malaysia juga patut memikirkan untuk meluaskan zon pengharaman pukat tunda melebihi jarak 5 batu nautika daripada pantai kerana kawasan ini merupakan kawasan pembiakan ikan.

Perluasan zon haram-pukat-tunda melebihi jarak yang digunapakai sekarang akan memberi kesan yang sangat positif kepada penambahan sumber.

Selain itu, penguatkuasaan pengharaman penggunaan pukat tunda bersaiz keroncong kurang daripada 38 milimeter (mm) perlu diperketatkan supaya ia tidak menjejaskan anak ikan yang sedang membesar.

Adalah lebih baik sekiranya penggunaan alat yang mesra-sumber seperti pukat jerut, pukat hanyut, bubu dan kail-mengail sahaja dibenarkan kerana ia tidak merosakkan sumber.

Ketika ditanya apakah cadangan untuk meningkatkan sumber perikanan laut, beliau berkata, meluaskan zon haram-pukat-tunda kepada 7 batu nautika dari pantai dan memasang tukun tiruan di perairan pantai dengan banyak.

Ini kerana pukat tunda sangat merosakkan sumber dan tukun tiruan menjadi habitat pertumbuhan haiwan marin.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved