Ahad, 11 September 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Berpendapatan RM500 sehari

Posted:

Berpendapatan RM500 sehari

Berpendapatan RM500 sehari

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my


Roslan Abd. Wahid


KUALA TERENGGANU 10 Sept. - Segelintir remaja Terengganu dikesan aktif menjual pil kuda kerana boleh meraih pendapatan lumayan sehingga RM500 sehari atau RM15,000 sebulan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd. Wahid berkata, siasatan mendapati setiap 10 biji pil kuda yang dijual itu boleh meraih pendapatan RM50.

Katanya, maklumat itu diperoleh hasil siasatan terhadap golongan terbabit yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan menjual pil kuda sejak beberapa tahun lalu.

"Mereka menjadikan mat rempit sebagai pelanggan dan kebiasaannya tiada masalah untuk menjual 10 biji.

"Hasil keuntungan digunakan sebagai modal untuk mengambil stok yang lebih banyak. Jumlah itu akan meningkat kepada 100 biji yang akan memberi keuntungan sehingga RM500 sehari atau RM15,000 sebulan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, kelmarin.

Tambah Roslan, sejak Januari hingga Ogos lalu 50 kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 berjaya ditumpaskan berbanding hanya 30 kes tahun lalu.

"Kes yang diklasifikasikan di bawah seksyen itu adalah serius kerana jika sabit kesalahan ia boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati," katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh sama 7,890 ditangkap atas atas kesalahan dadah tahun ini berbanding 7,602 pada tahun 2010.

Penduduk mangsa perbalahan kontraktor

Posted:

Penduduk mangsa perbalahan kontraktor

Penduduk mangsa perbalahan kontraktor


SEBAHAGIAN penduduk berkumpul menyatakan rasa tidak puas hati terhadap masalah yang menimpa mereka di Taman SPP Permai, Kubang Gatal, Pasir Mas, baru-baru ini.


PASIR MAS 10 Sept. - Disebabkan perbalahan antara kontraktor utama dan sub kontraktor yang dilantik memajukan projek perumahan Taman Perumahan SPP Permai, Kubang Gatal di sini, kira-kira 100 penduduk di situ pula yang menjadi mangsa.

Ini berikutan aduan beberapa penduduk di situ yang mendakwa bekalan air ke rumah mereka telah sengaja dipotong oleh pihak sub kontraktor tersebut sebagai tanda protes kepada kontraktor utama.

Tidak cukup dengan itu, sub kontraktor terlibat dikatakan turut mengorek beberapa lubang di jalan utama memasuki kawasan perumahan itu sehingga menyebabkan penduduk kampung terpaksa mencari jalan alternatif.

Seorang penduduk, Ahmad Zakimi Abdullah, 35, berkata, gangguan itu berlaku sejak April lalu.

Justeru, mereka memohon agar pihak berkuasa tempatan (PBT) bertindak tindakan sewajarnya membantu masyarakat di situ.

"Selepas sebulan menghuni kawasan perumahan itu, penduduk mula diganggu dengan tindakan mengorek jalan sehingga sedalam satu meter, menimbus pili bomba dan memotong bekalan air oleh pihak berkenaan sehingga menyebabkan sambutan Aidilfitri kali ini kurang bermakna.

"Semua penghuni di sini telah menerima sijil layak menduduki sejak Mac lalu, oleh itu masalah bukan berpunca daripada penduduk, tetapi antara kontraktor dan sub kontraktor," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Ahmad berkata, projek perumahan itu dimajukan oleh SPB Development Sdn. Bhd. (SPB Development) yang menyerahkannya kepada kontraktor utama berkenaan yang kemudiannya melantik sub kontraktor untuk membangunkan kawasan itu.

Menurut beliau, akibat tidak tahan dengan gangguan itu, 10 laporan polis telah dibuat dan mereka turut mendapat perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk menghalang sub kontraktor daripada terus melakukan kerosakan di kawasan itu.

Malangnya, kata beliau, meskipun perintah injunksi itu telah dikeluarkan sejak 25 Mei lalu, namun sub kontraktor terbabit tetap berdegil malah keadaan menjadi lebih teruk apabila bekalan air ke kawasan itu sengaja dipotong Ramadan lalu.

"Laporan sudah dibuat, perintah mahkamah sudah ada, namun tiada tindakan daripada pihak berkuasa. Saya merayu pihak berkuasa tolong ambil tindakan ke atas pihak terbabit yang menganggu ketenteraman kami," katanya.

Sementara itu, SPB Development ketika dihubungi menyatakan kekesalan dengan perkara tersebut dan syarikat tersebut sendiri telah membuat satu laporan polis.

Pengurus Jualannya, Mohd. Radzi Mohamed Zain menjelaskan, pertelingkahan timbul antara kontraktor yang dilantik dengan sub kontraktor itu tiada kaitan dengan pemaju, malah semua bayaran kepada kontraktor telah dijelaskan.

"Sekiranya tidak berpuas hati sub kontraktor tersebut perlu merujuk masalah ini kepada kontraktor utama dan mencari penyelesaiannya," jelas beliau.

Rumah terbakar ketika raya

Posted:

Rumah terbakar ketika raya

Rumah terbakar ketika raya


MOHD. Sidek Awang bersama anggota keluarganya mengutip sisa barangan yang terbakar di rumahnya di Kampung Kandis, Bachok, kelmarin.


BACHOK 10 Sept. - Kemeriahan Syawal buat lima sekeluarga di perkampungan nelayan Kandis di sini, bertukar sebaliknya apabila rumah papan dua tingkat mereka musnah dalam kebakaran, petang semalam.

Dalam kebakaran pukul 6 petang itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang berada seorang diri di rumah ketika kejadian, terselamat apabila berjaya dikeluarkan oleh jiran-jirannya.

Menurut Mohd. Sidek Awang, 54, kebakaran itu memusnahkan harta bendanya bernilai lebih RM130,000.

Dia percaya api bermula di tingkat atas sebelum merebak pantas apabila ditiup angin kencang yang turut melanda kampung itu.

"Semasa kejadian, saya minum kopi di sebuah kedai kira-kira 500 meter dari rumah dan bergegas pulang sebaik sahaja dimaklumkan tentang kebakaran oleh jiran.

"Isteri saya, Che Rahmah Che Amat, 50, dan dua lagi anak tiada di rumah. Mujurlah jiran bantu bawa keluar anak saya, Mohd. Hafiz, 7, dari rumah.

"Saya dengan dibantu jiran hanya sempat mengusung sebuah almari mengandungi dokumen penting termasuk geran tanah dan surat beranak anak-anak," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Nordin Zakaria berkata, dua buah jentera bersama tujuh anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan, Ahmad Ali tiba di lokasi kebakaran pukul 6.27 petang.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved