Ahad, 11 September 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Fatin Suhana gadis berdikari

Posted:

Fatin Suhana gadis berdikari

Fatin Suhana gadis berdikari

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN

CUTI semester panjang selama empat bulan dimanfaatkan sewajarnya oleh gadis manis ini dengan berniaga secara kecil-kecilan.

"Fatin menjual tudung, selendang, alat solek dan pakaian wanita melalui blog saya, www.

fatinsuhana.blogspot.com," kata pemilik nama penuh Che Wan Fatin Suhana Che Wan Khalid.

Menurut gadis berusia 22 tahun ini, sesekali dia juga dipanggil untuk menggayakan rekaan terkini butik-butik pakaian muslim. Biar pun secara sambilan, baginya peluang sebegitu tidak patut dilepaskan apatah lagi dia juga sangat meminati dunia peragaan.

Bercerita mengenai sambutan Aidilfitri yang lalu, Fatin berkata, dia menyambutnya di rumah keluarganya di Kuantan, Pahang. Walaupun kedua ibu bapanya berasal dari Terengganu, namun kali ini mereka memilih untuk beraya di rumah sendiri sahaja.

Pelbagai hidangan tradisi disediakan seperti lontong, lemang dan rendang. Tidak dilupa juga kuih-muih moden. Paling istimewa, ia dihasilkan sendiri oleh Fatin yang sememangnya mahir ketika di dapur. Penuntut jurusan Perniagaan Antarabangsa di Universiti Teknologi Mara ini membuktikan bahawa gadis moden hari ini tetap mahir memasak.

"Fatin sediakan dua jenis kek iaitu kek keju mousse dan kek keju Oreo. Selain itu, Fatin turut membuat apam polka dot, spaghetti dan puding oren koktel," katanya lagi.

Melihat kepada gaya manja gadis ini, sukar mempercayai dia seorang yang sangat berdikari. Menurutnya, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia dihantar ke Jepun oleh bapanya untuk belajar budaya di sana.

Tempoh sebulan digunakan oleh Fatin untuk ke sekolah dan bergaul dengan penuntut di sana walaupun dia tidak mahir berbahasa negara itu.

Pengalaman itu menjadikan Fatin semakin matang biar pun di kelilingi orang asing. Malah dua tahun lalu, bersama rakan-rakan, dia mengembara ke Eropah selama sebulan.

"Mengembara membuka mata kita mengenai budaya dan cara hidup masyarakat luar. Ia juga menjadikan kita semakin berdikari dan percaya kepada kebolehan sendiri," akhiri gadis comel itu lagi.

Kegilaan aksesori batu hiasan

Posted:

Kegilaan aksesori batu hiasan

Kegilaan aksesori batu hiasan

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto ZAKARIA IDRIS


Pelbagai pilihan gelang tangan.


KETIKA menggayakan aksesori , perkara pertama yang difikirkan adalah keinginan untuk tampil ringkas, moden dan anggun dalam apa jua suasana.

Dalam pada itu, jangan terlalu leka membeli aksesori yang mencecah ribuan ringgit tanpa memikirkan konsep solekan yang sesuai untuk ke majlis, pejabat atau bersantai.

Pada era ini, wanita bukan sahaja ingin tampil ayu tetapi juga mereka mahu kelihatan cergas dan elegan.

Satu hal yang nyata, kegilaan kepada aksesori daripada batu-batu hiasan semakin dapat dilihat pada masa kini. Semakin ramai wanita yang amat menyukai aksesori ini berbanding barangan kemas. Batu-batu permata separuh berharga yang bermacam-macam warna, kristal dan mutiara merupakan di antara aksesori pilihan wanita.

Selain daripada harganya yang tidak semahal emas, aksesori sebegini terasa selamat dipakai selain mudah dipadankan dengan warna pakaian.

Himpunan aksesori merah, hijau, biru, hitam, kuning dan sebagainya tidak memerlukan anda membuang banyak masa untuk mencari perhiasan sepadan.

Lama memakainya dan terasa jemu dengan rekaan yang ada, jangan disimpan sahaja kerana anda boleh menempah rekaan lain yang lebih sofistikated dan mengikut peredaran zaman.

Apa kata intai aksesori unik, menarik dan nampak elegan daripada Kyla Ruiz.

Menjual aksesori menerusi jaringan Internet, pengasas Kyla Ruiz mengimport koleksi aksesori dari Austria dan Amerika Syarikat.

Koleksi-koleksi ini sesuai untuk gaya formal, klasik, sofistikated dan kasual.

"Dalam bahasa Sepanyol, Kyla bermaksud cantik dan Ruiz merupakan nama kerabat raja Sepanyol. Seindah namanya, jenama ini membawa ada trend aksesori batu hiasan yang berkualiti. Dalam pada itu, Kyla Ruiz turut menawarkan aksesori mewah yang disaluti emas 18 karat dan perincian batu Swarovski selain menggunakan saduran perak berkualiti," katanya yang boleh dihubungi di laman web www.kylaruiz.com atau www.facebook.com/kylaruiz.kr.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved