Ahad, 11 September 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Hormati agama lain - Muhyiddin

Posted:

Hormati agama lain - Muhyiddin

Hormati agama lain - Muhyiddin


MUHYIDDIN Y assin bersalaman dengan sebahagian pelajar dan rakyat Malaysia yang tinggal sekitar London, semalam. - BERNAMA


LONDON 10 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kesederhanaan dan saling menghormati agama lain menjadi amalan semua kaum di Malaysia bagi mengekalkan kestabilan dan keamanan negara.

Beliau mengingatkan bahawa ketika kebebasan mengamalkan agama berlaku di Malaysia, ia tidak patut disalahgunakan kerana boleh mengguris hati orang lain.

"Jika kebebasan yang digunakan itu tidak diurus dengan baik, ia akan mengundang padah dan kacau-bilau boleh berlaku," tegasnya.

Beliau bersyukur kerana setakat ini keharmonian beragama di Malaysia dapat dikekalkan dan ini dapat disaksikan ketika masyarakat Islam berpuasa, bukan sahaja ada rakan Islam yang turut mengikat perut, malah ada yang berbuka puasa bersama-sama.

Beliau memberitahu, ada rakan pemimpin bukan Islam dari negara lain yang kagum dengan keadaan itu dan mengakui mereka tidak pernah melihat toleransi di antara kaum dan agama sehingga ke tahap itu di negara lain.

''Kalau anda ke hotel di Malaysia, anda boleh melihat orang Islam dan bukan Islam duduk bersama-sama menunggu waktu berbuka puasa," katanya ketika berucap pada sesi dialog dengan pelajar dan warga Malaysia di United Kingdom di sini, hari ini.

Program itu dihadiri oleh pelajar, para profesional, ahli akademik, ahli perniagaan, serta orang perseorangan.

Pada majlis yang berlangsung hampir tiga jam itu, Muhyiddin meniupkan semangat kemerdekaan dengan mengajak warga Malaysia di luar negara untuk bersama-sama menghayatinya.

"Kerajaan memerlukan idea, kreativiti dan bakat anda untuk menggerakkan negara ke hadapan," katanya.

Sebelum dialog, dua ikon sosial iaitu Profesor Ulung Negara, Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa, Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin menjadi ahli panel Forum Merdeka bertemakan 50 Tahun Kemerdekaan: Membangunkan Negara, Berkongsi Matlamat.

Mengulas tentang forum itu, Muhyiddin bersetuju dengan cadangan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London supaya forum berkenaan menjadi acara tahunan.

Sementara itu, Muhyiddin memberitahu kerajaan telah melakukan pelbagai perkara untuk mengurangkan beban rakyat seperti mengawal harga setiap kali menjelang perayaan utama.

Hasil daripada dasar mengawal harga barang keperluan harian, katanya, harga gula di Malaysia misalnya jauh lebih murah berbanding di Thailand yang merupakan pengeluar gula.

"Harga juga rendah kerana kerajaan masih memberi subsidi ratusan juta ringgit supaya peniaga tidak tertekan dan pengguna tidak teraniaya," katanya.

Beliau turut membayangkan yang kerajaan akan mengumumkan insentif kepada rakyat berpendapatan RM3,000 sebulan dalam bajet tahun hadapan.

''Saya tidak tahu… (bila pengumuman akan dibuat oleh Perdana Menteri), mungkin pada Hari Malaysia pada 16 September ini," ujarnya.

Katanya, terdapat perbincangan yang serius bagaimana kerajaan hendak berdepan dengan masalah dihadapi oleh rakyat yang menerima kesan teruk daripada kelembapan ekonomi, khususnya yang berpendapatan rendah.

Menjawab satu soalan, Timbalan Perdana Menteri memberitahu, Majlis Perundingan Gaji Nasional sedang melihat kesesuaian memperkenalkan dasar gaji minimum.

Beliau berkata, kajian terbaru kerajaan mendapati jika ia diperkenalkan, terdapat kecenderungan majikan untuk tidak menggaji pekerja kerana mereka memikirkan terpaksa berbelanja lebih untuk tujuan itu.

"Kesannya kadar pengangguran akan melonjak dan ini akan memberi kesan jangka panjang kepada negara. Jadi, formula yang sesuai perlu dicari dan mengambil masa," katanya. - utusan

Pesta Pelancongan Tanglung 1Malaysia meriah

Posted:

Pesta Pelancongan Tanglung 1Malaysia meriah

Pesta Pelancongan Tanglung 1Malaysia meriah


NAJIB Tun Razak memegang Tanglung 1Malaysia sebagai simbolik merasmikan Pesta Pelancongan Tanglung 1Malaysia di Pasar Seni, Kuala Lumpur, malam tadi. - MINGGUAN/ABDUL RAZAK LATIF


KUALA LUMPUR 10 Sept. - Lebih 10,000 pengunjung termasuk pelancong asing menghadiri Pesta Pelancongan Tanglung 1Malaysia Ketiga yang berlangsung di pekarangan Pasar Seni, di sini malam ini.

Pesta bertemakan 'Tanglung Batik' itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Terdahulu, dalam ucapannya, Yen Yen berkata, pesta sempena perayaan kuih bulan itu merupakan salah satu program yang dirancang dalam usaha mempromosikan budaya negara ini di peringkat antarabangsa.

"Kehadiran ramai pengunjung dan pelancong asing pada malam ini membuktikan kepelbagaian budaya dalam masyarakat Malaysia adalah satu kekuatan kepada kita.

"Kepelbagaian ini akan terus diketengahkan sebagai satu produk pelancongan yang menguntungkan kepada negara," katanya.

Sementara itu, pelbagai aktiviti menarik dianjurkan sempena pesta kali ini antaranya perarakan tanglung sejauh 2.5 kilometer di sekitar Pasar Seni, Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jalan Petaling.

Selain itu, 5,000 pengunjung terawal juga dihadiahkan tanglung rekaan khas berbentuk arnab setiap seorang.

Pesta ini turut diserikan dengan tarian singa dan naga, pertunjukan bunga api serta persembahan nyanyian.

Perkhidmatan telekomunikasi tidakmemuaskan

Posted:

Perkhidmatan telekomunikasi tidakmemuaskan

Perkhidmatan telekomunikasi tidakmemuaskan

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Perkhidmatan talian telefon mudah alih yang disediakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi masih pada tahap tidak memuaskan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini berikutan banyak aduan diterima kementerian berkenaan masalah tersebut.

"Saya sendiri banyak menerima aduan daripada pengguna melalui laman sosial Facebook yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan talian telefon yang kerap terputus ketika bercakap.

"Menjadi perkara biasa apabila sedang bercakap, tiba-tiba talian putus begitu sahaja dan akhirnya kita yang bercakap seorang diri," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bank Rakyat di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat.

Menurut beliau, sudah beberapa kali isu itu dibangkitkan ketika mesyuarat Kabinet namun pihak yang terbabit masih tidak mengambil berat masalah tersebut.

Justeru, katanya, perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh penyedia perkhidmatan tersebut adalah menaik taraf perkhidmatan mereka terlebih dahulu.

"Sepatutnya mereka menambah baik taraf perkhidmatan yang sering terganggu dan bukannya mengenakan caj yang menambah beban rakyat," katanya.

Ismail Sabri berharap syarikat telekomunikasi dapat bersama kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat akibat kos sara hidup yang meningkat.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved