Ahad, 11 September 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


'Saya tidak sanggup tinggalkan keluarga'

Posted:

'Saya tidak sanggup tinggalkan keluarga'

'Saya tidak sanggup tinggalkan keluarga'


Amir Shah Osman menunjukkan kaki kanannya yang turut dijangkiti, di rumahnya di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 10 Sept. - "Saya cuba untuk tidak menunjukkan kesakitan yang dialami di hadapan keluarga terutama anak tunggal saya.

''Namun apabila duduk bersendirian pada waktu tengah malam, saya gagal menahan emosi dan perasaan. Saya teramat sedih kerana tidak sanggup mahu meninggalkan anak dan isteri," luah Amir Shah Osman, 55, penghidap sirosis hati.

Walaupun Amir dan isterinya sudah berusaha mendapatkan rawatan doktor pakar dan pelbagai rawatan alternatif lain bagi memulihkan radang hati yang mengakibatkan kemusnahan sel pada organ tubuh, namun tiada kesan positif rawatan yang diterima.

Amir disahkan doktor menghidap penyakit sirosis hati tiga bulan lalu. Dia dijangka menjalani prosedur pembedahan pemindahan hati di sebuah hospital di India penghujung bulan ini.

Bagaimanapun, kosnya mencecah ratusan ribu ringgit. Dia yang sudah meletakkan jawatan sebagai pekerja swasta sejak sakit teruk kira-kira tiga bulan lalu tidak mampu membiayai kos pembedahan.

"Selain mencari dana untuk kos pemindahan hati, saya turut merayu pada penderma hati. Besar harapan saya supaya tidak melakukan pembedahan di lndia sekiranya mendapat penderma hati. Saya tidak mahu berpisah jauh daripada anak, isteri dan keluarga kerana mereka adalah kekuatan saya," katanya.

Selain itu, Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi, Jabatan Pengarang NSTP akan menganjurkan Karnival Amal Syawal bagi menampung kos pembedahan pemindahan hati Amir. Karnival Amal Syawal akan berlangsung pada Sabtu, 17 September ini bermula pada pukul 12 tengah hari sehingga 7 petang bertempat di Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar.

Acara menarik yang akan memeriahkan Karnival Amal Syawal bagi menampung kos pembedahan pemindahan hati Amir adalah acara lelong barangan peribadi milik artis terkenal tanah air, selain persembahan.

Antara yang terbabit dalam acara lelongan dan persembahan ialah Shaheizy Sham, Intan Ladyana, Yana Shamsuddin, Along Raja Lawak, Airis Yasmin, Eja, Alyah, Fahrin Ahmad, Ainul Aishah, Sheila Rusly, Juliana Ibrahim, Tony Eusoff, Aizat, Fouziah Ghous, Bkay Nair, Raja Azmi, Catriona Ross Bahrin, Arja Lee, Deja Moss, Ani Mayuni, Ana Raffali, Mila, Diddy Hirdy, Farah Asyikin, Ifa Raziah, Sharifah Zarina, Daus AF, Atilia, Fara Fauzana, Eira Syazira, Syamsul Yusof, Nubhan, Isma AF, Aznil Nawawi dan Fizo Omar.

Kepada yang ingin menghulurkan bantuan boleh hubungi Ramlah (0126308047) atau masuk ke akaun Maybank Ramlah Zainal 105073200517.

Jeritan minta tolong selamatkan mangsa samun

Posted:

Jeritan minta tolong selamatkan mangsa samun

Jeritan minta tolong selamatkan mangsa samun

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Panik dengan tindakan mangsa menjerit kuat meminta tolong, tiga penjenayah lari lintang pukang tanpa sempat mengambil barang-barang berharga daripada seorang pekerja restoran yang disamun di Jalan 4/9D Bukit Rawang Jaya dekat sini, hari ini.

Suspek bersenjatakan pisau telah menyerbu masuk ke dalam restoran terbabit pada pukul 3.36 petang dan membawa mangsa ke belakang premis untuk disamun.

Namun, mangsa yang ketakutan tiba-tiba menjerit meminta tolong dan suspek yang bimbang orang ramai menyedari perbuatan mereka segera melarikan diri tanpa sempat mengambil apa-apa daripada lelaki berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, sebaik sahaja penjenayah melarikan diri, mangsa segera menghubungi Balai Polis Rawang untuk melaporkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, hasil maklumat mangsa, sepasukan anggota polis peronda segera menjalankan operasi menjejaki suspek dan berjaya memberkas ketiga-tiga penjenayah terbabit dalam tempoh 15 minit selepas menerima laporan.

"Tindakan mangsa melaporkan segera kejadian dan memaklumkan sekali jenis kereta serta nombor pendaftarannya memudahkan polis menjejaki penjenayah berkenaan.

"Hasil maklumat itu, sepasukan anggota polis peronda diketuai Koperal Fuad Ahmad bersama Lans Koperal Razali Zulkifli dan Konstabel Firdaus Alias berjaya memberkas suspek tidak jauh dari tempat kejadian dalam tempoh 15 minit," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati, tiga lelaki berusia 25, 31 dan 36 tahun itu adalah penjenayah yang dicari kerana terlibat dalam cubaan samun di sebuah restoran sebelum itu.

Katanya, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Operasi khas teksi tidak bermeter

Posted:

Operasi khas teksi tidak bermeter

Operasi khas teksi tidak bermeter

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang menjalankan operasi khas bagi membersihkan ibu negara daripada pemandu teksi yang tidak menggunakan meter.

Ketua Pegawai Operasinya, Azhar Ahmad berkata, lokasi panas yang dipantau SPAD antaranya Bukit Bintang, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Pasar Seni dan stesen transit aliran ringan (LRT) di sekitar Lembah Klang.

''Operasi khas ini bagi menjaga imej Kuala Lumpur daripada tercemar akibat tingkah laku sesetengah pemandu teksi yang akan menakutkan pelancong-pelancong di ibu negara,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pihaknya mendapati masih ramai pemandu teksi yang tidak mengetahui kesan tindakan yang akan dikenakan jika mereka didapati tidak menggunakan meter.

"Walaupun telah dihebahkan, namun ada yang tidak tahu bahawa kesalahan ini boleh mengakibatkan mereka didenda maksimum RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya," katanya.

Sementara itu, Azhar berkata, SPAD berjaya menahan dua pemandu teksi yang tidak menggunakan meter kelmarin di sekitar Subang Jaya.

''Pemandu teksi pertama ditahan di kawasan pasar raya Carrefour, manakala pemandu teksi kedua pula ditahan di sekitar pusat beli-belah Summit USJ,'' katanya.

''Ini berpandukan aduan orang ramai mengenai teksi tidak bermeter di kawasan sekitar Subang Jaya,'' ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved