Ahad, 11 September 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


69 diberkas SPRM

Posted:

69 diberkas SPRM

69 diberkas SPRM

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


ZAKARIA Jaffar (kiri) menerima replika kunci daripada Abu Bakar Ahmad di majlis penyerahan pejabat baharu dan gerak mesra Aidilfitri SPRM Johor di Tampoi, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 10 Sept. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri memberkas 69 pemberi dan penerima rasuah dengan nilai suapan kira-kira RM127,509 dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Timbalan Pesuruhjaya SPRM Johor, Simi Abdul Ghani berkata, jumlah itu meningkat berbanding 60 orang bagi tempoh yang sama tahun lalu dengan nilai suapan RM537,925.

"Tiga kategori tangkapan tertinggi bagi tempoh itu melibatkan penjawat awam dan swasta iaitu 50 orang berbanding 49 tahun lalu.

"Ia diikuti kumpulan sokongan seperti kerani dan penjawat awam 13 orang berbanding lapan tahun lalu serta kumpulan pengurusan dan profesional enam orang berbanding tiga tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Kompleks Pejabat SPRM Johor yang baharu di Jalan Persiaran Tanjung, Tampoi di sini, hari ini.

Penyerahan itu dilakukan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Ir. Abu Bakar Ahmad kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaffar.

Simi berkata, bagi tempoh tersebut, 618 kertas siasatan dibuka berbanding 73 tahun sebelumnya.

Aduan yang diterima bagi tempoh itu pula katanya, meningkat dua peratus iaitu 516 berbanding 506 bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Pada tempoh itu juga, katanya, nilai harta penerima rasuah yang dilucutkan sebanyak RM21,503 berbanding RM4,595 pada tahun sebelumnya.

Perangi usaha pecah perpaduan rakyat - MB

Posted:

Perangi usaha pecah perpaduan rakyat - MB

Perangi usaha pecah perpaduan rakyat - MB


Anggota Tentera Darat Kontinjen Johor melakukan lintas hormat di hadapan pentas utama pada majlis perarakan perbarisan dan perhimpunan Hari Kemerdekaan ke-54 peringkat Negeri Johor di Batu Pahat Walk, Johor, di sini hari ini.


BATU PAHAT 10 Sept. - Masyarakat digesa tidak terpengaruh dengan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu mendapat kuasa memerintah dengan menggunakan pendekatan sama digunakan oelh penjajah iaitu dengan memecah-belahkan perpaduan kaum.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, jika dahulu penjajah menggunakan dasar 'pecah dan perintah', kini keadaan hampir sama berlaku apabila ada pihak tertentu menerusi ungkapan dan tindak-tanduk mereka cuba mencetuskan perpecahan demi memenuhi keghairahan politik mereka.

"Polarisasi politik ini yang semata-mata mahukan kuasa amat berbahaya kerana bukan sahaja ia mengasingkan-asingkan semula rakyat yang sudah berpadu sekian lama, bahkan memisahkan kita atas asas kaum.

"Kalau dulu penjajah menggunakan strategi pecah untuk perintah, kini kita diancam cabaran yang sama oleh pihak yang mahu menggunakan perpecahan untuk mendapatkan kuasa memerintah negara," katanya pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 peringkat negeri di Stadium Jalan Ampuan, di sini hari ini.

Walaupun hujan lebat melanda kawasan perarakan, ia tidak sedikit pun melunturkan semangat orang ramai dan kontinjen yang terdiri daripada pasukan polis, tentera, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan pelbagai agensi kerajaan serta swasta.

Abdul Ghani berkata, masyarakat sewajarnya insaf dengan strategi pengasingan kaum yang digunakan penjajah apabila kaum Cina ditempatkan di bandar, Melayu di kampung dan India di ladang sehingga menyebabkan masyarakat menjadi lemah dan terus dijajah.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat tidak merelakan mana-mana pihak membawa perpecahan dalam kalangan rakyat, apatah lagi perpecahan berbentuk polarisasi politik yang berasaskan kaum.

Menurutnya, rakyat berbilang kaum sewajarnya menjadi sumber kekuatan negara untuk mencapai kemajuan yang lebih pesat sejajar tema sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ini, Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.

Beliau berkata, tema itu sepatutnya mengingatkan semua pihak betapa pemimpin terdahulu mengutamakan perpaduan erat antara kaum demi menjamin masa depan negara.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved