Ahad, 11 September 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


30,000 naik pangkat

Posted:

30,000 naik pangkat

30,000 naik pangkat

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


Ismail Omar (dua dari kanan) bersama Pengarah JSJ, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin (tiga dari kiri) berbual pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di Maktab PDRM Cheras, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 10 Sept. - Lebih 30,000 anggota polis berpangkat lans koperal bakal dinaikkan pangkat kepada koperal secara berperingkat mulai esok.

Berita gembira itu diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar malam ini selepas mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Ismail, daripada jumlah tersebut, seramai 16,010 dinaikkan pangkat serta-merta, manakala 14,716 lagi akan dinaikkan kepada koperal secara berperingkat selepas ini.

"Kenaikan pangkat anggota yang ramai dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu melibatkan lans koperal tetap, sokongan dan lans koperal Orang Asli.

"Perdana Menteri selain itu turut meluluskan proses kenaikan tanpa temuduga tetapi anggota perlu mengikut syarat lain, termasuk tempoh tetap berkhidmat sebagai lans koperal iaitu selama lima tahun," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas sempena jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Maktab PDRM Cheras, di sini.

Ismail memberitahu, kelulusan tersebut juga satu kejutan buat PDRM kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan.

Katanya, berikutan itu, anggota-anggota yang telah dan akan dinaikkan pangkat perlu bekerja keras dalam menjaga keselamatan negara.

Menurutnya, pada Julai lalu, seramai 1,294 anggota polis berpangkat lans koperal telah dinaikkan kepada koperal.

Berita baik untuk anggota PDRM itu adalah yang kedua pada tahun ini selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan pelarasan kenaikan gaji dan elaun pada Februari lalu.

Dalam pengumuman tersebut, seramai 98,747 anggota dan pegawai telah menikmati pelarasan kenaikan gaji dan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP) antara RM1,500 hingga RM6,000 berkuat kuasa 1 Januari 2009.

Saman Utusan, lebih ramai saman Mat Sabu

Posted:

Saman Utusan, lebih ramai saman Mat Sabu

Saman Utusan, lebih ramai saman Mat Sabu

Oleh HASHIM P. MAMAT
utusanperak@utusan.com.my

PADANG RENGAS 10 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu diingatkan supaya jangan angkuh dengan keputusan untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan ceramah beliau berkaitan peristiwa Bukit Kepong sehingga mengundang kemarahan banyak pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ini kerana lebih banyak pihak yang akan menyaman pemimpin Pas itu ekoran keceluparannya mengangkat komunis sebagai hero dalam tragedi Bukit Kepong.

"Biarlah dia hendak saman, itu hak dia. Mungkin dia ingat, dia betul, tetapi, saya ingin mengingatkan dia, dia saman Utusan.., lepas ini lebih ramai yang akan saman dia. Itu dia tak tahu," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis jamuan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Chenderoh di padang Sekolah Kebangsaan Temung di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kata dua Mohamad atau Mat Sabu ke atas Utusan Malaysia supaya memohon maaf atau berdepan tindakan saman.

Nazri berkata, Mat Sabu kini sudah terperangkap atas sikapnya yang suka bercakap mengikut kehendak hati.

Malah jelasnya, Pas sendiri terperangkap kerana terpaksa mempertahankan Timbalan Presiden mereka.

''Jadi bila sudah terperangkap, hendak saman Utusan, sedangkan Utusan melaporkan perkara benar," katanya.

Ditanya mengapa Peguam Negara masih belum mengambil tindakan sedangkan sudah banyak laporan polis dibuat, Nazri berkata, perkara itu memerlukan penelitian mendalam.

"Lagipun kalau keluarga mangsa Bukit Kepong buat laporan polis, ia sebenarnya lebih banyak membantu untuk kita mengambil tindakan," katanya.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Mat Sabu terus dikecam

Posted:

Mat Sabu terus dikecam

Mat Sabu terus dikecam

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Pelbagai pihak terus mendesak agar tindakan tegas diambil terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berikutan kenyataannya yang menganggap komunis sebagai hero dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Di Terengganu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Mohamad atau Mat Sabu perlu menarik balik kenyataan yang dilihat memuliakan perjuangan pengganas komunis dan sanggup menghina pejuang kemerdekaan, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman semata-mata untuk meremehkan parti lawan.

Katanya, Mat Sabu tidak perlu berhempas-pulas mempertahankan kesilapannya, termasuk menyaman Utusan Malaysia kerana beliau hanya perlu mengaku kesalahan serta memohon maaf atas keterlanjuran kata-katanya itu.

"Tindakan beliau ini kita boleh samakan seperti pepatah Melayu 'tidak hilang bisa ular walau menyusur akar' dan saya yakin jika dia sanggup berbuat demikian pasti dia masih diterima rakyat," katanya kepada pemberita pada Mesyuarat Agung Perkasa Negeri Terengganu Kali Pertama di Flat Sri Kolam dekat sini, hari ini.

Di Perak, Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan segera ke atas Mat Sabu bagi membendung rasa tidak puas hati rakyat, terutamanya keluarga bekas anggota polis.

Katanya, kenyataan Mat Sabu itu telah mewujudkan suasana tidak harmoni dan tidak mustahil boleh menjejaskan keselamatan negara jika tidak ditangani dengan tegas serta bijak.

"Kita boleh meraih sokongan dan undi dengan pelbagai cara, tetapi janganlah dengan cara yang menjejaskan keselamatan negara. Saya harap, kerajaan akan mengambil tindakan tegas kerana terbaharu, kita lihat sudah ada pihak yang membakar gambar Mat Sabu dan perkara ini tidak boleh dibiarkan," katanya.

Di Pahang, Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, UMNO bahagian itu akan mengadakan sesi penerangan kepada orang ramai mengenai sejarah negara dan sumbangan para tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

"Perkara itu akan dilaksanakan bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Jabatan Penerangan Pahang,'' ujarnya.

Di Melaka, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) negeri, Datuk Yaakub Md. Amin berkata, kenyataan Mat Sabu yang menyanjung perjuangan komunis dengan menganggap mereka sebagai hero telah menjadikan Melayu sebagai kaum yang malang.

"Sebagai pemimpin parti yang mendakwa berjuang atas nama Islam dan berbangsa Melayu, kenyataan tersebut secara jelas menghina bangsanya sendiri,'' katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved