Ahad, 7 Julai 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Gantung semua yang terlibat

Posted: 07 Jul 2013 10:23 AM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Khairy dan Zolkples (kanan) beramah mesra bersama pemain ragbi Kelantan yang memenangi pingat emas selepas berjaya menewaskan Melaka 36-0 pada Sukan Sukma XVI di Serdang, semalam. - UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

KUALA LUMPUR - Khairy Jamaluddin dalam nada tegas menyarankan semua pemain, jurulatih dan pegawai pasukan bola jaring Wilayah Persekutuan digantung serta merta ekoran kesalahan membawa masuk minuman keras dalam perkampungan Sukan Malaysia XVI, Rabu lalu.

Tegas Menteri Belia dan Sukan, walaupun kes rogol melibatkan tiga atlet pasukan itu masih dalam siasatan polis, namun mereka terbukti didapati bersalah kerana melanggar disiplin Sukan Malaysia dengan membawa masuk minuman keras.

"Kerana atlet ini berada di bawah tanggungjawab Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), saya telah meminta Datuk Seri Zolkples (Embong), Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) supaya mengambil tindakan awal.

"Saya cadangkan kepada MSWP supaya bukan saja tiga atlet terlibat digantung, malah semua anggota pasukan yang lain, pegawai dan jurulatih yang terlibat turut digantung.

"Saya juga sarankan Presiden Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF), saudara Pandak (Ahmad) supaya melakukan perkara yang sama, iaitu gantung semua mereka yang terlibat dalam kes ini dan harap tindakan dapat diambil dengan cepat.

"MSWP dan persatuan berada di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sebab itu kita boleh sarankan mereka mengambil tindakan ini.

"Kita kena ingat, rogol dan melanggar disiplin adalah dua perkara berbeza di sini. Dalam kes jenayah, ia di bawah bidang kuasa pihak polis, jadi kita serahkan semuanya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

"Tetapi dalam kes membawa masuk minuman keras, ia adalah di bawah kuasa MSN dan KBS, jadi kita boleh menyarankan majlis sukan dan persatuan untuk mengambil tindakan. Surat rasmi akan dikeluarkan esok, ini cadangan kami," kata Khairy kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir acara ragbi Sukan Malaysia XVI, semalam.

Akhbar tempatan kelmarin melaporkan seorang pegawai pengiring membuat laporan polis mendakwa dia dirogol secara bergilir-gilir oleh atlet lelaki bola baling di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lalu.

Jelas Khairy, sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas perjalanan Sukan Malaysia, beliau merasa amat sedih dan dukacita kerana kejadian itu telah mencacatkan temasya yang berlangsung dengan baik sekali tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar.

Bagaimanapun beliau menegaskan, pihak penganjur telah mengambil langkah keselamatan yang paling ketat dan mengikut prosedur yang sepatutnya, namun kejadian yang berlaku dalam kawasan asrama penginapan atlet adalah di bawah tanggungjawab kontinjen sendiri.

"Ini adalah kali pertama insiden ini berlaku dalam sejarah pengelolaan Sukan Malaysia bermula pada tahun 1986 yang lalu. Jawatankuasa Pengelola sememangnya mengadakan kawalan yang begitu ketat di tempat penginapan

"Kerjasama daripada pihak PDRM digunakan untuk menjaga aspek ini manakala Unit Keselamatan UPM juga turut digunakan. Prosedur penempatan adalah mengikut prosedur UPM sendiri dan mereka amat ketat dalam mengawal penempatan terutama dalam memisahkan blok asrama lelaki dan wanita," katanya lagi.

Kata Khairy, tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan disiplin kontinjen pada setiap masa terutamanya di blok-blok penginapan dalam kawasan asrama adalah di bawah pengawasan kontinjen negeri masing-masing.

Jelasnya, setiap pasukan mempunyai pegawai terdiri daripada pengurus, penolong pengurus, pegawai pengiring, jurulatih dan sebagainya, justeru mereka ini harus bertanggungjawab penuh terhadap anggota mereka, termasuk hal-hal keselamatan.

"Tindakan tegas ini harus menjadi mesej yang jelas kepada semua pegawai, jurulatih dan pengurus supaya lebih bertanggungjawab pada masa akan datang.

"Saya telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid (Abu Bakar) bahawa beliau akan mempercepatkan siasatan kes ini, ketiga-tiga suspek sudah ditahan reman.

"Saya juga telah mengarahkan MSN untuk membuat satu post-mortem dengan segera supaya kejadian-kejadian tersebut tidak berulang pada mana-mana temasya kebangsaan akan datang," katanya.

Selangor juara Sukma XVI, sekat dominasi Terengganu

Posted: 07 Jul 2013 10:23 AM PDT

Kontinjen Selangor bersorak selepas diumumkan juara Sukma XVI Kuala Lumpur pada majlis penutup temasya itu di Stadium MSN, Bukit Jalil, malam tadi.

KUALA LUMPUR - Selangor berjaya menyekat dominasi Terengganu apabila muncul juara Sukan Malaysia XVI yang melabuhkan tirainya semalam dengan kejayaan meraih sebanyak 23 emas, 17 perak dan 30 gangsa.

Terengganu yang menjuarai edisi 2008, 2010, 2011 serta 2012 berada di tempat kedua dengan perbezaan empat emas.

Wilayah Persekutuan pula di tempat ketiga dengan 15 emas 20 perak dan 27 gangsa.

Lebih menarik, gimnas Selangor. Daniel Iskandar Richard dari acara gimnastik artistik dinobat Atlet Lelaki Terbaik selepas meraih tiga emas dalam disiplin keseluruhan individu, keseluruhan berpasukan dan kekuda berpelana.

Dia juga telah meraih dua perak dalam acara melombol dan palang tunggal.

Sementara Esmelda Arecia Menti Alfred Geling dari Sarawak pula dirai sebagai Atlet Wanita Terbaik dan kedua-dua atlet tersebut telah menerima trofi dan RM1,000 yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Esmelda yang telah pun pulang ke negeri kelahirannya, Sarawak terpaksa diterbangkan semula ke Kuala Lumpur, semalam.

Dia meraih dua emas dalam aparatus melombol dan batan titian.

Gimnas berusia 13 tahun itu telah meraih tiga perak bagi disiplin berpasukan keseluruhan, palang bertingkat dan senaman lantai.

Dia juga telah memenangi satu pingat gangsa bagi disiplin keseluruhan individu.

Bendera temasya yang telah diturunkan kemudian diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan Malaysia XVI, Datuk Seri Zolkples Embong sebelum diberikan kepada Khairy yang kemudiannya memberikan kepada Menteri Besar Perlis, Azlan Man sebagai wakil tuan rumah Sukan Malaysia XVII di Perlis tahun depan.

Sementara itu, timbalan Ketua Kontinjen Selangor, Amiruddin Shari berkata, hasil kejayaan kontinjen itu adalah usaha berterusan Majlis Sukan Negeri dan persatuan sukan negeri Selangor.

"Kita berjaya merampas kembali kejuaraan dengan membuktikan pembangunan sukan di Selangor masih bagus," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Keanggunan Honda CR-Z

Posted: 07 Jul 2013 10:23 AM PDT

Oleh JOHARDY IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

Honda CR-Z generasi ketiga tampil dengan rupa lebih garang dan mantap.

PENGENALAN hibrid sport Honda CR-Z menyingkirkan imej tersebut. CR-Z adalah kereta yang sekali pandang, akan pantas memikat mata. Jelita pada wanita, tampan pada lelaki.

Generasi pertama CR-Z dilancarkan pada November 2011 dan terus mencatat jualan yang mengkagumkan sepanjang tahun lalu iaitu lebih 2,500 unit. Setakat Januari lalu, Honda Malaysia menjual lebih 14,600 kenderaan hibrid di negara ini dan 20 peratus daripadanya adalah CR-Z. Pencapaian itu juga mendorong Honda Malaysia tidak teragak-agak memperkenalkan generasi kedua CR-Z pada Februari lalu

Pembaharuan nyata pada luaran CR-Z ialah bamper depan dan belakang yang lebih garang berbanding model sebelumnya. Lampu depan HID dan belakang menggunakan LED tambah menyerlahkan keterampilannya. Terdapat juga lampu siang yang bernyala terang pada bamper.

Memasuki ruang dalamannya, anda akan melihat sarung kerusi separuh kulit dengan jahitan merah yang timbul, sarung kulit pada kemudi roda dan tombol gear.

Kemudian meter pada papan pemukanya ibarat dalam sebuah pesawat dengan warna biru gemilang. Ambil sedikit masa untuk anda menyesuaikan diri dengan fungsi dan pernyataan pada paparan tersebut.

Sama seperti model terdahulu, CR-Z dikenali kerana Sistem Pemanduan 3-Mode yang membolehkan pemandu menukar kaedah pemanduan Normal, Econ dan Sport - bergantung kepada gaya pemanduan dan keadaan jalan.

Tiga mod ini mengubah cara tindak balas pendikit (throttle), kemudi, pemasaan berhenti sepenuhnya, kawalan suhu dan paras bantuan yang diberi menerusi Sistem Hibrid IMA.

Bagi meningkatkan keseronokan memandu hibrid sport ini, CR-Z baharu ini didatangkan dengan enjin 1.5L i-VTEC yang disambungkan dengan motor elektrik yang telah dimajukan dan lebih berkuasa.

Enjin ini menawarkan kuasa maksimum 100 kw pada 6,600 rpm dan kuasa kilas 190 Nm pada 1,000-2,000 rpm bagi transmisi manual. Untuk transmisi automatik pula ialah kuasa maksimum 99 kW pada 6,600 dan kuasa kilas 172 Nm pada 1,000-3,000 rpm.

Teras kepada Sistem Hibrid Integrated Motor Assist (IMA) ialah bateri lithium-ion baharu yang membantu memelihara tambahan aliran elektrik ke dalam selnya yang padat dan tahan lama.

Bateri lithium-ion berprestasi tinggi ini meningkatkan dua kali ganda output kapasiti tenaga berbanding bateri sebelum ini. Dengan pertambahan ini, CR-Z baharu ini memberi pengalaman pemanduan yang lebih dinamik dan bertenaga.

Bukan itu sahaja, bagi memberikan prestasi sport yang sebenar, CR-Z dilengkapi dengan Sistem Plus Sport, yang memberikan rasa pemecutan yang lebih baik. Sistem ini adalah sempurna untuk memotong dan boleh digunakan di dalam ketiga-tiga mod pemanduan berkenaan.

Perubahan warna pada meter kenderaan hibrid Honda berlangsung mengikut gaya pemanduan individu. Semasa memandu dalam mod Normal dan Econ misalnya, perubahan warna adalah dari Biru kepada Biru Kehijauan dan Hijau, memberi makna kereta dipandu dengan baik dan mencatat penjimatan bahan api. Biru mewakili pemanduan laju (tidak ekonomi), Biru-Hijau penjimatan sederhana manakala Hijau adalah pemanduan jimat bahan api.

Daripada segi keselamatan, CR-Z dilengkapi dengan dua beg udara SRS penumpang depan, beg udara sisi dan tepi dengan Sistem Pengesanan Kedudukan Penumpang (OPDS), Teknologi Kawalan G-Force (G-Con), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Bantuan Brek (BA), Edaran Kuasa Brek Elektronik (EBD) dan Kejuruteraan Keserasian Maju (ACE).

Model CR-Z baharu ini ditawarkan dalam dua bentuk transmisi iaitu manual enam kelajuan dan Continuous Variable Transmission (CVT) tujuh kelajuan dengan penukar padel. Empat warna ditawarkan iaitu Premium Northern Lights Violet Pearl, Premium White Pearl, Polished Metal Metallic dan Milano Red.

BMW 316i versi CKD di pasaran

Posted: 07 Jul 2013 10:23 AM PDT

BMW 316i merupakan model mewah paling berjaya di pasaran dunia dalam kelas 3 Series.

KUALA LUMPUR 7 Julai - BMW Group Malaysia (BMW) telah melancarkan kereta mewah terbaharu BMW 316i versi pemasangan tempatan (CKD) pada harga RM209,800, tidak termasuk insurans.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gerhard Pils berkata, BMW 316i merupakan model mewah paling berjaya di pasaran dunia dalam kelas 3 Series.

"Kini kenderaan mewah berkenaan telah dipasang di Malaysia untuk pasaran tempatan dan ini jelas menunjukkan komitmen berterusan BMW sejak 10 tahun tahun beroperasi di sini.

"Kini BMW memiliki enam model versi CKD untuk pilihan rakyat Malaysia. Walaupun CKD, semua model ini menepati piawaian kualiti dan pemasangan yang ditetapkan oleh BMW," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, sebagai peneraju dalam segmen kereta mewah, BMW sentiasa mengintai peluang untuk menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di seluruh negara.

BMW 316i turut dilengkapi dengan teknologi BMW ConnectedDrive yang menghubungkan pemandu dengan kereta dan dalam masa yang sama dengan alam sekitar.

Kereta baharu ini didatangkan dalam lima warna pilihan iaitu putih, hitam, merah, perak dan kelabu serta dilengkapi dengan kemasan kulit hitam Dakota di ruang kabin.

Tempahan BMW 316i sudah boleh dibuat di semua pusat jualan BMW di seluruh negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Mantapkan persediaan calon SPM

Posted: 07 Jul 2013 10:23 AM PDT

Khairun Nisa Apandi, pelajar Tingkatan 5 Ibnu Sina di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim di Rembau berkata, pengisian program akademik gaya Utusan Malaysia ini sangat berkesan dan tepat kepada persediaannya menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013, kerana dapat mempelajari teknik-teknik baru menghafal dan menjawab soalan.

Contohnya, penceramah mata pelajaran Sejarah memberikan rumus 9S, yang antaranya memberikan set falsafah ketika berhadapan dengan kertas peperiksaan Sejarah.

Dengan 9S Khairun Nisa berpegang kepada kata kunci 'S' bagi merujuk proses, set minda, senang, buku teks, penyelesaian, seminar, 'betul ke salah soal lain', sistematik, strategi dan sebagainya.

"Dengan prinsip 9S itu bermakna ketika SPM nanti, apa-apa sahaja yang terlintas di minda berkaitan soalan yang ditanya, calon tidak perlu teragak-agak menulis di kertas jawapan kerana semuanya akan dikira oleh pemeriksa," katanya dengan penuh keyakinan dan bersemangat.

Dia juga aktif berinteraksi ketika sesi bersama pakar Motivasi, Dr. Ismail Zain.

''Pagi-pagi begini, memang sesuai bersama Dr. Ismail Zain sebelum masuk ke sesi akademik yang agak berat," katanya ketika ditemui selepas program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi SPM di Pejabat Pelajaran Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Nur Mawaddah Mohd Nadzri, pelajar Tingkatan 5 Taimiyyah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas berasa lega kerana penceramah Matematik program itu telah menunjukkan bagaimana menggunakan kalkulator saintifik dengan cara yang mudah, dan bukan membazir masa mengira di atas kertas secara manual.

Pelajar itu turut memuji nota serta kertas edaran sepanjang program itu berlangsung, khususnya soalan ramalan dan wajib keluar.

Cara pengajaran guru-guru pakar dalam program itu keseluruhannya sangat berkesan dan sentiasa memberi tumpuan kepada subjek yang sukar, sering keluar dan dijangkakan ditanya pada SPM tahun ini dan selain memberi tekanan kepada teknik penghafalan, kata Nur Mawaaddah yang mengambil 11 mata pelajaran.

Pelajar Tingkatan 5 Fesyen 1 Kolej Vokasional Dato Undang Hj Muhammad Sharip, Ainul Najihah Mohd Rizal berkata, dia mendapat banyak tip, terutamanya dalam sesi Sejarah.

''Guru Sejarah memberitahu peserta program supaya menjawab semua soalan, termasuk kedua-dua jawapan jika kurang yakin mana satu yang betul," katanya.

Cikgu Matematik pula, katanya telah memberi peringatan tentang soalan-soalan yang perlu diberi perhatian.

''Kami juga diberi tunjuk ajar cara mudah menggunakan kalkulator untuk menjimatkan masa semasa dalam dewan peperiksaan nanti," kata Ainul Najihah.

Sebagai kumpulan pelajar terakhir aliran vokasional yang menduduki kertas SPM tahun ini, Ainul Najihah dan rakan-rakannya berazam untuk melakar kecemerlangan untuk ditinggalkan sebagai kenangan manis kepada sekolahnya.

Keakraban guru dan Utusan Malaysia

Posted: 07 Jul 2013 10:23 AM PDT

PERANAN Utusan Malaysia sebagai pencetus kesedaran dalam kalangan guru terhadap dasar-dasar kerajaan, memang tidak dapat disangkal lagi.

Banyak dasar baharu yang mahu diperkenalkan oleh kerajaan diuar-uarkan melalui Utusan Malaysia. Guru akan menyambut dasar-dasar baru berkenaan dengan pelbagai reaksi - tidak terkecuali segelintir yang menjadi pemerhati pasif sahaja.

Sebagai guru, kita tidak seharusnya menjadi massa yang pasif atau menjurus kepada kelompok negatif dan anarki. Keakraban antara Utusan Malaysia dan pendidik akan menjadikan sistem pendidikan lebih bermakna, bukan menyimpang.

Sebagai pendidik dan pelajar, membaca akhbar Utusan Malaysia akan mendedahkan kita dengan pengetahuan baharu, yang boleh diserap, digarap, dicerna dan dipraktiskan bagi menjadikan kita seorang pendidik atau pelajar yang lebih berketerampilan.

Ilmu-ilmu semasa ini juga boleh menjadikan kita manusia yang mampu membezakan perkara yang baik dan buruk, lama dan baru serta menetapkan sesuatu kewajaran, sama ada untuk diterima atau ditolak.

Sehubungan itu, adalah wajar bagi setiap pelajar - mahupun pendidik - membiasakan diri dengan semua halaman dan kolum di dalam Utusan Malaysia, dan bukan kepada halaman seperti hiburan, sukan atau pendidikan sahaja.

Terdapat banyak halaman yang boleh memberi nilai tambah kepada pengetahuan pelajar seperti ruangan rencana pengarang, rencana agama, rencana semasa, ulasan buku dan ruangan bahasa.

Sehubungan itu, guru juga perlu mengingatkan pelajar supaya membiasakan diri dengan bahan-bahan yang boleh memberikan nilai tambah ini.

Sebagai permulaan, amalan atau kebiasaan ini boleh dilakukan ketika guru menggunakan akhbar sebagai bahan bantu pengajaran secara langsung, dengan mendedahkan elemen tatabahasa, kosa kata atau laras bahasa - serta semantiknya.

Ketika guru memetik item khusus bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) daripada kolum rencana pengarang atau rencana semasa daripada Utusan Malaysia, maka mereka sepatutnya membuat ulasan tentang apa yang cuba hendak disampaikan oleh pengarang rencana berkenaan.

Pelajar juga perlu diberi peluang memberi pandangan balas bagi membolehkan percambahan minda merentas bilik darjah.

Di pusat sumber sekolah pula, akhbar perlu menjadi rujukan bahan berkala yang penting kepada guru yang ingin merujuk dan menggunakan bahan, selain pelajar yang mahu memetik isu atau ungkapan seseorang pemimpin atau selebriti.

Dengan usaha yang berterusan dan ikhlas daripada warga guru untuk mempromosikan nilai tambah yang terdapat di dalam akhbar Utusan Malaysia, nescaya usaha untuk menyebarkan dasar dan pemikiran arus perdana akan sampai kepada pelajar yang merupakan pengemudi negara pada satu hari nanti.

MAKLUMAN

PENDIDIK atau pentadbir sekolah digalakkan menyumbang buah fikiran tentang isu semasa berkaitan dengan pendidikan dalam ruangan ini. Penulis yang tulisannya mencapai standard tertentu mengikut penilaian kami, akan diangkat menjadi ahli Lembaga Editorial Sekolah dan diberi testimoni (sijil) untuk merit kerjaya keguruan.

Selain itu, inisiatif berupa kerjasama pintar antara Utusan Malaysia-pihak sekolah seperti program ADaP, langganan ADaP pada harga istimewa serta beberapa hadiah menarik lain akan diberikan kepada wacana terpilih.

Hantarkan sumbangan anda melalui e-mel pendidikan@utusan.com.my. Panjang karya sekitar dua helai kertas bersaiz A4.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


2 maut kemalangan berasingan di PD

Posted: 07 Jul 2013 10:42 PM PDT

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN

PORT DICKSON 8 Julai - Seorang kakitangan Jabatan Vaterinar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan seorang belia maut dalam dua kemalangan jalan raya berasingan di sekitar daerah ini semalam.

Mangsa, N. Manimaran, 24 yang menunggang motosikal jenis Honda dipercayai bergesel dengan sebuah kereta Proton Persona dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 19.3 Lebuh Raya Port Dickson-Seremban sekitar pukul 5.30 pagi semalam.

"Siasatan awal polis mendapati, kedua-dua kenderaan itu telah bergesel sebelum mangsa yang menunggang motosikal telah terjatuh menyebabkan kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian,' kata jurucakap polis.

Sementara itu, dalam satu lagi kemalangan maut, mangsa seorang belia, Cheok Choon Wei, 27, yang menunggang motosikal bertembung dengan sebuah kenderaan dari arah bertentangan dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 6.9 Jalan Seremban arah Lukut di Port Dickson pada pukul 4 pagi semalam. - UTUSAN ONLINE

Skuad khas berkas 200 pengedar dadah

Posted: 07 Jul 2013 10:23 AM PDT

PUTRAJAYA 7 Julai - Satu skuad khas yang baru ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 4 Julai lalu bagi memburu pengedar dadah termasuk yang dikategorikan sebagai 'jerung' telah menunjukkan prestasi baik dengan berjaya menahan lebih 200 pengedar di Kuala Lumpur dan Selangor.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, skuad yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar itu kini akan memperluaskan operasinya di tiga buah negeri 'panas' iaitu Pulau Pinang, Johor dan Perak.

"Saya mahu polis cari hingga lubang cacing pengedar dadah yang mempunyai kaitan dengan sindiket antarabangsa yang menjadikan Malaysia sebagai tapak pengedaran terutamanya ke Indonesia dan Australia.

"Kita tidak bertoleransi dengan pengedar dadah skala kecil atau besar. Kita akan menguatkuasakan semua peruntukan yang ada dalam Akta Dadah Berbahaya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Antidadah Antarabangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Daud Tahir dan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Zuraidah Mohamed.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, arahan turut dikeluarkan kepada pucuk pimpinan agensi di bawah kementerian supaya tidak berlembut terhadap pegawai yang terlibat dalam pengedaran dadah.

"Jika ada pegawai atau kakitangan polis, AADK atau penjara yang terlibat, mereka akan dikenakan tindakan paling keras mengikut undang-undang," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan akan mengawal penggunaan daun ketum mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 jika keadaan memerlukan.

"Jika boleh menyebabkan ketagihan, maka ADB perlu merangkumi daun ketum. Ia boleh dilakukan melalui pindaan akta jika keadaan memerlukan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


10 mati van terjunam ke sungai

Posted: 07 Jul 2013 11:40 AM PDT

ISLAMABAD 8 Julai - Seramai 10 orang terkorban di selatan negara ini, apabila sebuah van penumpang terjunam ke dalam sungai semalam.

Menurut jurucakap polis, Gul Baz, kejadian yang berlaku di daerah Dera Ghazi di tengah wilayah Punjab itu turut menyebabkan 10 orang cedera.

Katanya kejadian itu dipercayai berpunca daripada muatan lebih dan penglihatan yang samar ekoran hujan monsun.

Baz berkata, pasukan penyelamat telah menemui kesemua mayat dari sungai berkenaan. Nahas itu merupakan kali kedua di Punjab dalam tempoh beberapa hari lalu. - dpa

Dua mangsa SARS di Arab Saudi

Posted: 07 Jul 2013 11:39 AM PDT

RIYADH 8 Julai - Dua lagi meninggal dunia di Arab Saudi, semalam akibat virus seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), sekali gus menjadikan angka korban keseluruhan kini meningkat kepada 38 orang.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata mangsa terbaharu itu merupakan seorang mangsa kanak-kanak dua tahun dari Jeddah dan seorang lelaki yang berusia 53 tahun dari wilayah timur.

Bagaimanapun kementerian turut melaporkan tiga pesakit disahkan dijangkiti sindrom pernafasan timur tengah (MERS) menjadikan jumlah keseluruhan kes yang disahkan kepada 65 orang sejak dikenalpasti setahun lalu. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


SIT 2013 perkenal aktiviti selam

Posted: 07 Jul 2013 10:23 AM PDT

Oleh AMIR SARIFUDIN
amir.mansor@utusan.com.my

Lima peserta bersiap sedia dengan peralatan selam dalam program sit 2013 di pulau tioman.

PULAU TIOMAN 7 Julai - Setelah bermula empat tahun lalu, program Start In Tioman (SIT) kini memperlihatkan penyertaan lebih ramai dari seluruh negara.

Perkembangan itu memperlihatkan SIT kian dikenali serta diterima ramai terutama mereka yang gemar beriadah, melancong dan melakukan aktiviti skuba.

Penganjuran SIT 2013 turut menyelitkan aktiviti gotong-royong serta mengutamakan penjagaan alam sekitar sama ada di daratan mahupun dasar laut.

Selain dapat mengenali dan merasai suasana bercuti di Pulau Tioman, SIT juga diterapkan dengan program-program melibatkan penduduk setempat sama ada pengusaha pelancongan, pengusaha resort dan penduduk awam.

Penjagaan alam sekitar dalam program SIT dilihat tertumpu kepada tempat-tempat riadah melibatkan kawasan air terjun dan sebagainya.

Sesuatu yang menarik dalam SIT 2013 ialah memperkenalkan dunia skuba kepada pengunjung. Seramai 50 peserta mendaftar untuk mengambil lesen menyelam pada SIT 2013.

Sejak penganjuran SIT, ramai penyelam berjaya dilahirkan dengan tujuan menyemarakkan lagi aktiviti pelancongan bukan sahaja di Pahang, malah negeri-negeri lain di seluruh negara.

Menjadi harapan pihak pengajur, penglibatan para penyelam baharu, akan menjadikan sektor pelancongan berdaya lebih maju.

Sesuatu yang mungkin ramai tidak menyedarinya, program SIT seperti biasa akan memberi kesempatan kepada pengusaha pelancongan setempat untuk menambah pendapatan.

Ini melibatkan penyewaan alat-alat selam dan sebagainya.

Pengarah Program SIT 2013, Syed Rizalman Syed Abu Bakar ketika melancarkan program tersebut berkata, sambutan tahun ini amat menggalakkan.

''Harapan kita, pada tahun depan lebih ramai akan menyertai program ini kerana ia bukan sahaja untuk bersantai tetapi melibatkan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar.

''Ia memupuk tanggungjawab bersama antara pelancong, penyelam dan penduduk setempat,'' katanya.

Bertempat di Damai Tioman Resort, Kampung Genting, SIT 2013 turut mendapat kerjasama ramai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kelab rekreasi dan sebagainya.

Antaranya ialah Scuba Gang yang terdiri daripada anak-anak muda berusia di bawah 35 tahun yang mahir menyelam serta membantu melancarkan program berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Idros Yahya yang menutup rasmi program SIT 2013 berkata, jumlah penyertaan tahun ini ialah 193 orang berbanding tahun lalu hanya 168 orang.

Menurutnya, sesuatu yang amat menarik, SIT kini dimasukkan dalam senarai program Tahun Melawat Malaysia 2014.

''Ini satu perkembangan yang amat baik kerana kita bukan sahaja mahu memperkenalkan produk yang terdapat di Pahang, malah menambah pendapatan para pengusaha sektor pelancongan,'' katanya.

Sempena program SIT 2013 itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin turut melancarkan Pakej Pelancongan Voluntourism.

Pakej itu antara lain melibatkan penjagaan kebersihan pusat pelancongan tanpa menjejaskan minat pelancong terhadap aktiviti yang berkaitan dengan harapan pelancong akan lebih menghargai alam sekitar.

Dunia skuba memang mencabar, menyeronokkan

Posted: 07 Jul 2013 10:23 AM PDT

PULAU TIOMAN 7 Julai - Kalangan peserta yang mengambil lesen menyelam pada program Start In Tioman (SIT) 2013, menganggap dunia skuba sebagai amat mencabar.

Bagi mereka, pada mata kasar aktiviti menyelam memang menyeronokkan, namun hakikatnya ia memerlukan keberanian terutama apabila berada di dasar laut.

''Bila kita berada di dasar laut, macam-macam perasaan timbul. Takut, gementar dan pelbagai lagi.

''Tapi berkat tunjuk ajar jurulatih selain disiplin dalam memastikan peralatan diguna selamat, kita akan rasa aktiviti skuba memang menarik dan menyeronokkan,'' kata Ahmad Zakki Jilan, jurugambar Utusan Malaysia Cawangan Kuantan, Pahang.

Bagi Masita Mohamad Jalil, seorang kakitangan Nestle Products Sdn. Bhd., banyak perkara yang perlu dipelajari apabila mengambil lesen menyelam.

Katanya, setiap peserta bukan sahaja perlu mengetahui fungsi peralatan yang diguna, malah cara-cara menyelamatkan diri jika berlaku sesuatu kecemasan.

''Walaupun berjaya dapatkan lesen menyelam, tapi masih banyak lagi perlu dipelajari,'' katanya.

Sementara itu, seorang peserta SIT 2013, Amalina Zahari berkata, dia memang agak rasa gementar apabila berada di dasar laut kerana seolah-olah berada di dunia yang asing.

''Ketika itu terfikir juga macam mana saya nak bernafas. Apa akan jadi jika udara habis dan banyak lagi yang difikirkan.

''Namun, dengan galakkan jurulatih dan rakan-rakan peserta lain, saya gagahkan diri untuk cuba dunia baru ini (skuba).

''Tetapi apabila berada di dasar laut, hati saya bertukar gembira,'' katanya yang merupakan kakitangan Colgate Palmolive Marketing Sdn. Bhd.

Rakan sepejabat Amalina, Zaniza Ismail pula berkata, program SIT 2013 memberi peluang kepadanya dan peserta lain mengenali dunia skuba dan pelancongan.

''Banyak khazanah menarik terutama di dasar laut dan hanya boleh didekati apabila kita pergi menyelam.

''Walaupun ada rasa gementar kerana pertama kali cuba menyelam tetapi perasaan itu hilang apabila kita dapat melihat panorama di dasar laut,'' katanya.

Lesen batal jika ulangi kesalahan

Posted: 07 Jul 2013 10:23 AM PDT

Oleh Ali Mahmood
utusanpahang@utusan.com.my

Shahiruddin Ab. Moin (tiga dari kiri) melihat senarai harga barangan selepas melancarkan Operasi Harga 2013 Peringkat Negeri di Pasar Raub, kelmarin. - UTUSAN/Ali Mahmood

RAUB 7 Julai - Kerajaan akan membatalkan lesen perniagaan terhadap mana-mana peniaga yang dikesan melakukan kesalahan menaikkan harga barangan kawalan secara berulang kali.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Mion berkata, tindakan tegas itu perlu bagi mendisiplin sikap para peniaga yang menaikan harga barangan kawalan sesuka hati.

"Kerajaan tidak akan bertolak-ansur bagi mereka (peniaga) yang masih melakukan kesalahan yang sama secara berterusan dengan membatalkan lesen perniagaan mereka.

"Peniaga yang berdegil jangan mencabar dan menganggap kerajaan lemah untuk mengambil tindakan terhadap mereka," kata Shahiruddin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Operasi Harga 2013 Peringkat Negeri Pahang di sini semalam.

Menurut beliau, setakat ini belum ada peniaga di negeri ini yang dikenakan tindakan membatalkan lesen kerana mereka yang dikenakan kompaun tidak lagi mengulangi kesalahan sama.

Tambah beliau, sepanjang tahun lalu sehingga Jun, terdapat 31 kes pelbagai kesalahan termasuk menaikkan harga barangan dan tidak meletakan tanda harga barangan melibatkan nilai rampasan RM24,980.34 dan kompaun RM12,850.

"Operasi Harga 2013 yang dilancarkan di seluruh negeri Pahang bertujuan memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan menjelang musim perayaan.

"Seramai 109 anggota penguat kuasa telah digerakkan di seluruh negeri bagi mempertingkatkan pemeriksaan dan pemantauan terhadap peniaga yang membabitkan pembekal, pengedar, pengimport, pemborong dan peruncit," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Amah Indonesia dituduh bunuh majikan

Posted: 06 Jul 2013 11:49 PM PDT

ALOR SETAR 7 Julai - Seorang pembantu rumah warga Indonesia hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan membunuh seorang warga emas di Taman Serindik di sini Jun lepas.

Dedek Lena, 38, berasal dari Batam, Indonesia dituduh membunuh Che Siah Wan Nik, 75, di rumah bernombor B26, Taman Serindik, Jalan Langgar di sini pada pukul 11.25 pagi 24 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berpakaian penjara berwarna ungu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Umzarul An Nur Umar, namun tiada pengakuan direkodkan.

Umzarul An Nur kemudian menetapkan 6 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyaf Falina Abdullah. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Tiket konsert kumpulan heavy metal Metallica jadi rebutan

Posted: 07 Jul 2013 10:23 AM PDT

KUMPULAN heavy metal legenda dari Amerika Syarikat, Metallica akan mengadakan konsert sulung di Kuala Lumpur 21 Ogos depan.

KUALA LUMPUR 7 Julai - Aura kumpulan heavy metal legenda dari Amerika Syarikat (AS), Metallica sudah mula dirasai di negara ini apabila ratusan peminat kumpulan itu berkumpul untuk menjadi antara kumpulan terawal yang mendapatkan tiket konsert mereka tidak lama lagi.

Sungguhpun tiket untuk menyaksikan konsert sulung kumpulan itu di negara ini hanya mula dijual bermula pukul 11.30 pagi semalam, tetapi itu tidak menghalang sebilangan daripada mereka untuk setia menanti lebih awal daripada itu.

Pengarah Urusan Kumpulan Galaxy, Alan Chan berkata, melihat pada sambutan yang diberikan peminat kumpulan tersebut, konsert Metallica ini pasti akan menjadi satu sejarah.

"Konsert ini pasti akan menjadi satu sejarah selain daripada pengalaman yang tidak akan dilupakan peminat mereka di sini," katanya.

Metallica yang dianggotai oleh James Hetfields (penyanyi, gitaris), Lars Ulrich (dram), Kirk Hammett (gitaris) dan Rob Trujillo (bassis) memiliki peminat yang besar di Malaysia.

Selepas berkunjung ke Kuala Lumpur, Metallica yang terkenal dengan album seperti Masters of Puppets, Kill'em All, Ride The Lightning dan And Justice For All, akan mengadakan konsert di Singapura pada 24 Ogos ini.

Tiket-tiket yang berharga antara RM680, RM550, RM450, RM380, RM350 dan RM195 sudah boleh didapati di ruang legar pusat beli belah Fahrenheit 88 dan bermula pada 8 Julai, tiket-tiket akan mula dijual di kaunter tiket Galaxy bertempat di Mid Valley dan Sungei Wang Plaza.

Pembelian tiket juga boleh dilakukan dengan melayari laman web www.ticketcharge.com.my manakala untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi talian 03-22822020 atau kunjungi laman web www.galaxy.com.my.

Nurul bakal dapat anak lelaki

Posted: 07 Jul 2013 01:38 AM PDT

Oleh GARRET DAWUM

NURUL WAHAB... bakal menimang anak lelaki pada Oktober ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 7 Julai - Penyanyi Nurul Wahab bakal menimang anak lelaki apabila bersalin kelak.

Dia yang sedang hamil enam bulan setengah, membuat pengumuman tentang jantina bayi yang dikandung pada konsert akhir program Ceria PopStar di Astro, Bukit Jalil di sini hari ini.

Nurul yang merupakan juri tetap program tersebut dijadual bersalin pada 15 Oktober depan.

"Alhamdulillah, sewaktu saya pergi melakukan imbasan untuk mengetahui jantina bayi dua minggu lalu, doktor mengesahkan bayi yang saya kandung adalah lelaki.

"Saya gembira sangat kerana bakal dapat anak lelaki, lagipun Ayu Nazirah (anak) memang nak adik lelaki. Harap saya dan bayi sihat sehingga bersalin nanti," katanya tersenyum.

Bagi meraikan kegembiraan tersebut, Nurul dan suami Eric Depp akan pergi ke Perancis pada malam esok untuk bertemu dengan mertuanya.

Pasangan itu akan menyambut Ramadan di sana sehingga 22 Ogos ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


‘Saya tidak akan berundur’

Posted: 07 Jul 2013 10:23 AM PDT

ISU berkaitan keputusan pilihan raya lalu terutama yang melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatannya masih belum surut dan dijangka terus diperhangatkan oleh pihak pembangkang terutama dalam perbahasan di Parlimen.

Setakat ini SPR sering sahaja menjadi sasaran dan kritikan seolah-olah keputusan pilihan raya lepas banyak didalangi oleh SPR untuk memastikan Barisan Nasional (BN) kekal memerintah.

Namun ternyata taktik jahat pembangkang itu hanyalah umpama mencari kambing hitam supaya rakyat melihat SPR sebagai watak jahat untuk mengaburi kelompongan dan kekalahan pembangkang.

Untuk mendapat penjelasan lanjut wartawan Utusan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID mewawancara Pengerusi SPR, TAN SRI ABDUL AZIZ MOHD. YUSOF untuk mendapatkan pandangan beliau tentang tohmahan dan fitnah berterusan oleh pembangkang terhadap beliau.

Baginya pihak pembangkang tidak ada isu sebenarnya kerana SPR telah bertindak sebagai sebuah badan bebas di bawah Perlembagaan Persekutuan yang bertanggungjawab menguruskan pilihan raya.

Dalam pertemuan itu beliau turut menjelaskan tentang isu persempadanan semula yang berkemungkinan besar akan dilakukan pada hujung tahun ini.

UTUSAN: Bagaimana Tan Sri melihat isu persempadanan semula yang dijangka dilakukan pada hujung tahun ini?

ABDUL AZIZ: Melalui laporan media, SPR mendapati parti politik tertentu telah menuding jari kepada kita kononnya persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya yang akan dilakukan ini adalah untuk kepentingan parti tertentu.

Mereka juga dikatakan akan menggesa Perdana Menteri menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi mengkaji persempadanan semula kerusi yang lebih adil.

Cadangan itu akan dikemukakan dalam sesi Dewan Rakyat. Menurut mereka dengan adanya PSC, akan membolehkan perbincangan mengenai perkara itu dilakukan dengan lebih adil dan saksama.

Parti-parti ini juga akan menggunakan pertambahan anggota mereka di Parlimen untuk membolehkan persempadanan kawasan pilihan raya dilakukan dengan adil.

Dalam perhimpunan yang mereka adakan, mereka menyeru rakyat dan penyokong mereka memberi tekanan kepada SPR untuk menghalang percubaan mengubah sempadan bagi memenangkan BN.

Persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya adalah suatu tugas yang perlu dilaksanakan oleh SPR mengikut Fasal 2, Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.

Persempadanan yang dijalankan kali ini merupakan kali yang keenam sejak tahun 1958 bagi negeri-negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Kajian terakhir persempadanan semula bahagian pilihan raya yang dilakukan SPR bagi Sarawak ialah pada 2005 dan diluluskan oleh Parlimen pada 4 April 2005. Kajian tersebut mewujudkan pertambahan tiga kerusi bagi Dewan Rakyat dan sembilan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Penambahan kerusi bahagian-bahagian pilihan raya berkenaan diwartakan dan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2005. Urusan Persempadanan Semula bahagian Pilihan Raya yang dijalankan itu adalah selaras dengan Perkara 113(2) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan supaya SPR menjalankan Urusan Kajian Semula Persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya setiap tempoh tidak kurang dari lapan tahun.

Ekoran daripada Kajian Semula Persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya itu, jumlah kerusi Dewan Rakyat bertambah daripada 219 kepada 222 dan kerusi DUN bertambah daripada 567 kepada 576.

Dalam urusan ulang kaji persempadanan pada kali ini Sarawak akan terlibat sekali kerana lat tempoh lapan tahun mengikut Fasal 2, Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan bagi negeri itu telah tiba pada 10 Jun 2013 ini.

Oleh yang demikian bilangan bahagian-bahagian pilihan raya yang terlibat di dalam kajian kali ini berjumlah 222 bagi bahagian-bahagian pilihan raya Dewan Rakyat dan 576 bagi bahagian-bahagian pilihan raya DUN.

Mengikut Fasal 2, Perkara 113 Perlembagaan, SPR boleh memulakan urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya sebaik sahaja ia mencapai tempoh lapan tahun selepas persempadanan terakhir.

Persempadanan terakhir yang telah dilakukan oleh SPR bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah ialah pada 21 Mac 2003, dan oleh itu pada 21 Mac 2011 lepas genaplah tempoh lapan tahun yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan.

Walau bagaimanapun SPR tidak memulakan urusan persempadanan pada tarikh tersebut kerana membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. Ini kerana jika SPR melaksanakan persempadanan semula pada tempoh itu dan tiba-tiba Dewan Rakyat dibubarkan, maka ia akan menyukarkan SPR untuk melaksanakan perkara itu.

Jika SPR telah menetapkan tarikh untuk memulakan secara rasmi urusan persempadanan itu, maka ia perlu diselesaikan dalam tempoh 2 tahun. Bagi urusan persempadanan semula kali ini, SPR akan menetapkan tarikhnya nanti.

Ini bermakna SPR perlu melaksanakan urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya kerana tempoh lapan tahun bagi negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah itu telah pun mencukupi. SPR juga pada kali ini bercadang untuk mengadakan urusan persempadanan ini bersekali dengan Sarawak kerana lat tempoh lapan tahun untuk negeri itu telah tiba pada 10 Jun 2013 ini.

Belum apa-apa lagi pembangkang mendakwa proses ini tidak menyebelahi mereka dan bertujuan untuk mengurangkan majoriti undi pembangkang? Bagaimana Tan Sri melihat bantahan yang dilakukan oleh pembangkang ini?

Persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya ini dibuat menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan dan semasa proses itu berjalan, ia juga akan melibatkan semua pihak seperti Ahli parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pengundi-pengundi di bahagian pilihan raya berkenaan.

Prosesnya dilakukan secara terbuka dan telus dan tidak dibuat secara tersembunyi oleh SPR dan kemudian diluluskan secara senyap-senyap oleh SPR.

Proses pameran cadangan bahagian-bahagian pilihan raya setiap kali 30 hari untuk semakan orang ramai akan dilakukan dan mereka boleh memberi komen atau maklum balas kepada SPR.

Selain itu, laporan berkenaan juga akan dibentangkan di Dewan Rakyat, ahli Dewan boleh membahaskan perkara itu. Tidak timbul soal berpihak kepada satu parti kerana semua pihak diberi peluang dan bukan hanya kepada pihak tertentu.

Bagi mengelakkan SPR dituduh berat sebelah, kami sentiasa berusaha melibatkan orang ramai untuk membantu menjalankan kajian persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya pada kali ini.

Proses persempadanan semula dilihat sukar kerana tidak ada pihak yang mendapat majoriti dua pertiga. Bagaimana Tan Sri melihat perkara ini dan apakah ia mungkin menyusahkan SPR?

Memang tidak dinafikan Dewan Rakyat tidak mempunyai jumlah dua pertiga. Dalam keadaan seperti ini ia menyukarkan usaha menambah kerusi Parlimen.

Setiap parti politik perlu memberikan kerjasama tanpa mengira fahaman politik semasa membuat pindaan Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan untuk penambahan kerusi Dewan Rakyat.

Jika tambahan kerusi tidak mendapat kelulusan dua pertiga Ahli Dewan, maka bahagian pilihan raya sedia ada akan digunapakai untuk pilihan raya akan datang.

Dalam hal ini, walaupun SPR yang membuat kajian dan mencadangkan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya, namun ia mengambil kira pandangan semua pihak semasa dipamerkan untuk proses bantahan awam atau lain-lain agensi yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan dibahaskan di Parlimen sebelum diluluskan.

Pembangkang ada menyatakan akan berterusan memberi tekanan kepada SPR mungkin sehingga pilihan raya akan datang pada lima tahun lagi. Selain itu mereka bersungguh-sungguh mahukan Tan Sri meletakkan jawatan. Apa pandangan Tan Sri dalam hal ini?

SPR adalah sebuah badan bebas di bawah Perlembagaan Persekutuan yang bertanggungjawab menguruskan pilihan raya. Pelbagai pihak boleh memberi pandangan dan cadangan, namun SPR yang akan memutuskan sesuatu perkara itu.

Selepas PRU-13 pelbagai isu dibangkitkan oleh parti-parti politik tertentu yang kesemuanya tidak berasas. SPR secara berterusan memberikan penerangan dan penjelasan mengenai perkara ini.

Hakikatnya anggota-anggota SPR adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Perkara 114 juga, seseorang anggota SPR hanya akan terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun atau anggota itu sendiri meletakkan jawatannya.

Oleh yang demikian, adalah jelas peletakan jawatan mana-mana anggota SPR hanya boleh dibuat oleh anggota SPR itu sendiri dengan rela hati tanpa apa-apa gesaan daripada mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun seseorang anggota SPR itu boleh dipecat menurut peruntukan undang-undang. Pemecatan mana-mana anggota SPR hanya boleh dibuat:

(a) melalui suatu perintah oleh Yang di-Pertuan Agong jika anggota itu adalah seorang bankrap, terlibat dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar di luar tugas jawatannya atau apabila mereka menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri; atau

(b) melalui suatu Tribunal yang ditubuhkan (alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan).

Walau bagaimanapun jika gesaan dari mana-mana parti politik berhubung dengan pemecatan anggota SPR ini mendapat pertimbangan kerajaan maka suatu Tribunal hendaklah ditubuhkan mengikut tatacara yang ditetapkan.

Saya secara peribadi tidak akan tunduk terhadap tekanan mereka ini kerana ternyata mereka hanya mahu mencari kambing hitam untuk dipersalahkan dan jika saya berundur maka mereka akan menuduh pula saya memang bersalah sedangkan ia tidak benar sama sekali.

Tentang isu dakwat kekal pembangkang mengatakan dakwat berkenaan tidak ada kualiti dan sebagainya. Boleh Tan Sri jelaskan tentang perkara ini?

Selaras dengan tuntutan utama yang dibuat oleh parti-parti politik pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan tertentu, dakwat kekal telah digunakan pada PRU-13.

SPR ingin menegaskan bahawa, penggunaan dakwat kekal dalam PRU-13 adalah hanya sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian bagi mengelakkan sebarang percubaan untuk mengundi dua kali oleh mana-mana pengundi yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan kepada undang-undang pilihan raya, asas utama untuk menyemak identiti pengundi dan kaedah memastikan pengundi tidak dapat mengundi lebih dari sekali ialah senarai nama di dalam Daftar Pemilih yang diguna pakai di setiap Saluran/Tempat Mengundi pada hari pengundian dan kad pengenalan pengundi.

Jika nama seseorang itu tidak terdapat dalam Daftar Pemilih atau namanya telah dipotong kerana telah mengundi, pengundi itu tidak akan dapat mengundi lebih dari sekali. Ini bermakna pengundian berganda tidak akan berlaku dalam proses pengundian di negara ini.

Setakat ini PDRM telah menerima sebanyak, 1,469 laporan polis berhubung isu dakwat kekal namun tidak ada bukti yang menunjukkan ada pengundi yang telah mengundi dua kali kerana dakwat kekal yang dicalit telah dapat dipadamkan.

Isu dakwat kekal juga tidak menjejaskan keputusan pilihan raya baik di peringkat Parlimen mahupun DUN setakat ini.

Berdasarkan mesyuarat SPR pada 21 Mei 2013 lalu kami telah memutuskan untuk menubuhkan satu Pasukan Khas Menyemak Masalah-Masalah Penggunaan Dakwat Kekal PRU-13 untuk meneliti hal-hal yang berkaitan dengan dakwat kekal itu.

Di antaranya berkaitan aspek ramuan, syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, cara penggunaan dakwat kekal, kaedah calitan dakwat kekal di jari dan hasil ujian-ujian yang telah dibuat sebelum dihantar ke Malaysia dan selepas dakwat itu sampai di Malaysia.

Adalah menjadi harapan SPR dengan penubuhan pasukan khas ini, ia akan dapat membantu SPR mengenalpasti perkara-perkara yang menyebabkan dakwat itu tidak kekal lama di jari setelah dicalit. Pasukan khas itu akan menyiapkan penyiasatannya dalam tempoh satu bulan.

Patriotisme ekonomi Melayu

Posted: 07 Jul 2013 10:23 AM PDT

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my

PASCA Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), isu ketidakseimbangan ekonomi kembali menjadi perhatian khususnya untuk orang Melayu dan bumiputera yang ketinggalan walaupun mewakili kaum majoriti dan kuasa membeli terbesar.

Usaha kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak membentuk Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) serta Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) sebagai badan pelaksana dilihat berjaya meningkatkan sokongan kumpulan majoriti ini kepada UMNO dan parti pribumi di Sabah dan Sarawak.

Namun, sampai masanya orang Melayu mengambil iktibar implikasi kuasa ekonomi ke atas aspek lain dalam kehidupan, serta mencontohi semangat orang bukan Melayu mengutamakan produk dan perniagaan bangsa sendiri sebagai satu keperluan wajib dalam memperjuangkan ekonomi bumiputera.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik meluahkan kebimbangan bagaimana orang bukan Melayu khususnya kaum Tionghua menggunakan kekuatan ekonomi mereka untuk melancarkan gerakan politik menyokong DAP menukar kerajaan pada PRU13.

"Kita melihat usaha menggunakan kuasa ekonomi untuk capai kuasa politik ini satu ancaman yang boleh menjejaskan kestabilan negara. Selagi ada jurang ekonomi (besar) antara Melayu dan bukan Melayu, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

"Melihatkan ekonomi Melayu selepas PRU13 semakin genting, usaha memperkasakan pencapaian ekonomi Melayu bumiputera perlu dipercepatkan untuk keseimbangan lebih stabil dengan kekuatan ekonomi bukan Melayu," tegasnya.

Tambahnya, melihatkan cabaran selepas PRU13, Gabem berpendapat satu konvensyen ekonomi Melayu melibatkan penyertaan badan ekonomi, agensi-agensi, syarikat milik kerajaan (GLC) serta kerajaan negeri perlu diadakan bagi menggabung tenaga dalam satu pasukan.

Menurutnya lagi, Gabem mahu melihat kerajaan yang dipilih benar-benar komited dari segi perancangan memajukan syarikat bumiputera walaupun polarisasi kaum seolah-olah sudah menjadi realiti dalam politik negara ini.

"Dengan keadaan masyarakat Tionghua tidak sertai kerajaan dan sokong pembangkang, kerajaan pula didokong Melayu bumiputera dan orang India, kita perlu lakar strategi sesuai dan program bermakna yang mampu ketepikan imbasan negatif polarisasi kaum ini.

"Kerajaan telah sediakan senarai Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras), Gabem sebagai rakan strategik Teraju pula akan menggerakkan rancangan Syarikat Berwibawa Negeri (SBN), kempen 1Keluarga 1Syarikat (1K1S) dan banyak lagi program lain," katanya.

Menurut beliau, Gabem mengambil langkah tersebut demi melihat usaha memperkasakan pencapaian ekonomi bumiputera dapat dicapai dengan lebih berkesan, dalam tempoh masa lebih pendek daripada yang dirancang sebelum ini.

Beliau menjelaskan, konsep SBN sama dengan syarikat Teras tetapi lebih kepada syarikat sederhana dan lebih kecil di peringkat negeri-negeri yang mempunyai rekod baik, berpengalaman dan potensi untuk berkembang.

"Kita letakkan syarikat-syarikat SBN di bawah satu bumbung dengan kerjasama kerajaan negeri dan agensi-agensi peringkat negeri dan pusat termasuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, SME corp dan lain-lain.

"Seperti syarikat Teras di peringkat nasional, SBN bakal menjadi peneraju pembangunan di negeri-negeri. Oleh itu, kita minta jasa baik Menteri Besar dan Ketua Menteri mendokong usaha ini dan menjadikan SBN ikon kebanggaan negeri mereka," ujarnya.

Abdul Rahim menegaskan semua pihak perlu bekerjasama dan membuang rasa sombong, angkuh serta sifat 'enau dalam belukar' khususnya di kalangan badan-badan ekonomi Melayu dan duduk dalam satu forum muzakarah, bersatu bagi menentukan nasib anak bangsa kelak.

Kempen 1K1S pula katanya, merupakan satu usaha revolusi Gabem untuk cuba membetulkan persepsi dan pandangan masyarakat Melayu dalam dunia perniagaan, terutama sekali dalam mewujudkan syarikat pegangan keluarga.

"Melalui kempen ini, kita akan dedahkan budaya perusahaan kepada keluarga yang sesuai dan layak. Harta dan hartanah orang Melayu yang biasanya disimpan dalam bentuk geran hak milik akan ditransformasi menjadi saham dengan nilai sebenar harta dalam syarikat keluarga itu.

"Dengan kapitalisasi ini, harta peserta (suami, isteri dan keluarga) yang dahulunya tidak dipedulikan nilainya akan diterjemah sebagai saham dan mendapat faedah, di samping menambah ekuiti nasional bangsa," jelasnya.

Tambahnya, langkah itu penting memandangkan Melayu bumiputera yang mewakili 67 peratus rakyat hanya mempunyai sekitar 24 peratus ekuiti nasional sedangkan orang Cina mampu mencapai lebih 50 peratus pegangan.

Beliau juga yakin kaedah tersebut mampu mengatasi masalah tanah terbiar akibat perebutan harta faraid keluarga Melayu selepas ibu bapa meninggal dunia.

"Dalam bentuk geran hak milik, harta dan hartanah orang Melayu sukar dibahagikan terutamanya jika sudah beranak pinak. Jika diheret ke mahkamah, harta itu akan tergantung dan terbiar, jika dapat pun hanya bahagian kecil setiap seorang.

"Cara lama itu hanya akan mengekalkan kemiskinan orang Melayu. 1K1S dalam bentuk saham pula tetap mengikut hukum faraid dengan pembahagian saham kepada waris tanpa menjejaskan harta atau hartanah secara fizikal mahupun undang-undang," ujarnya.

Menurutnya lagi, 1K1S juga akan mendedahkan pengetahuan tentang aspek pengurusan dan operasi terperinci syarikat kepada peserta termasuk penyata kewangan, untung rugi dan lain-lain, seterusnya memberi kesedaran tentang implikasi keluar masuk wang.

Beliau yakin kesedaran itu juga akan membuka minda peserta terhadap cara pemikiran 'moneytization' lebih tinggi yang menjadi asas membina usahawan Melayu yang berjaya.

"Lebih penting daripada semua itu, Gabem akan cuba tembusi minda pengguna Melayu bumiputera iaitu kumpulan yang memegang kuasa membeli terbesar. Kuasa membeli ini sebenarnya landasan dan kekuatan untuk kita tingkatkan kemampuan syarikat-syarikat bumiputera.

"Anggap ini sebagai fardu kifayah, membantu dengan berbelanja dan menjadi tiang seri untuk syarikat Melayu bumiputera berdiri dalam pasaran terbuka kini. Orang Cina ramai pengeluar (peniaga), tapi kita lebih ramai pengguna," katanya.

Abdul Rahim juga mahu meningkatkan rasa cinta pengguna Melayu terhadap produk dan syarikat bumiputera agar semangat patriotisme ekonomi bangsa itu dapat disemat di hati pengguna Melayu di seluruh negara.

"Tiada syarikat yang boleh maju tanpa sokongan secukupnya daripada pembeli (pengguna). Kita juga bukan meminta 100 peratus kuasa membeli Melayu itu dipindahkan kepada produk dan syarikat Melayu.

"Cukuplah pada kadar munasabah untuk membantu syarikat Melayu bumiputera bersaing dengan syarikat lain di pasaran terbuka Malaysia," tegasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Berhijrah

Posted: 07 Jul 2013 05:32 AM PDT

PERTEMUAN saya dengan Nursalina salah seorang peserta kursus latihan kemahiran khas untuk ibu-ibu tunggal di Bangi baru-baru ini, membuat saya kagum dengan keazaman dan kegigihannya memperbaiki diri demi membesarkan lima orang anak setelah rumahtangganya hancur.

''Saya tak sangka rumahtangga yang bahagia pada awal menemui kehancuran, semuanya kerana tidak ada perancangan lebih awal oleh suami, sebaliknya dia lebih suka bergantung kepada wang pampasan yang diterima. Bukit setinggi mana sekali pun jika hari-hari dicangkul akan rata. Begitulah nasib suami saya. Malangnya dia masih mengharap pampasan yang disangkanya masih banyak itu.

''Lepas berhenti kerja dalam usia masih muda sekitar 40an, suami saya Is kena tipu ketika beli kereta terpakai secara tunai dari kawannya. Baru beberapa bulan pakai, dah kena tarik. Lepas tu pelaburannya dalam skim cepat kaya 'pak man telor' terus lesap. Nasib baik saya berjaya pujuk dia baiki rumah emak saya. Kalau tidak pasti kami anak beranak duduk bawah jambatan.

''Ketika duit masih ada, saya pujuk Is cari kerja, boleh juga tampung duit belanja harian, tetapi dia masih menunggu wang pelaburan. Dia tak percaya skim pak man telor menipu, dia masih mengharap. Akhirnya duit dan skim lesap.

''Oleh kerana duit makin kurang saya keluar bekerja jadi tukang cuci pakaian, cuci kedai dan seterusnya jadi tukang masak. Upah yang diperolehi taklah banyak seperti orang bekerja di bandar. Bekerja di pekan kecil berapa sangatlah untung, jadi upah yang diberi tak memadai, saya terpaksa buat dua kerja setiap hari.

''Bila anak semakin membesar dan belanja sekolah meningkat saya terpaksa cari kerja lain di bandar. Bila balik lewat Is marah. Saya nasihatkan dia supaya bekerja jadi saya tak perlu buat dua kerja. Malangnya nasihat saya tak pernah didengar, dia lebih suka melepak.

''Pertengkaran sering berlaku tetapi demi anak-anak, saya pekakkan telinga supaya saya boleh dapat duit lebih dan mereka boleh sekolah. Ketika bekerja sebagai promoter barangan alat solek di bandar Is cemburu. Katanya saya bukan bekerja sebaliknya nak melaram cari jantan.

''Kerja sebagai promoter alat solek mestilah bersolek dan berpakaian bersih walaupun tak mahal. Is tuduh saya menggatal. Saya dah penat jelaskan, tapi dia suruh saya berhenti. Bab berhenti dan cari kerja lain semua kena ikut cakap Is, tapi dia tak mahu bekerja. Apa salah jadi promoter asalkan halal.

''Oleh kerana saya masih jadi promoter kami sentiasa gaduh. Saya kata padanya, tak ada jantan nakkan saya sebab ada lima anak dan saya tak mahu berpisah dengan anak-anak. Saya beritahu, saya tak mahu bekerja, saya suka duduk rumah, tetapi apa nak makan kalau dia tak bekerja, upah cuci baju dan kantin memang cukup untuk tanggung makan lima anak.

''Kerana degil, satu hari Is ambil pisau nak bunuh saya. Katanya saya lebih baik mati daripada buat dosa. Berdosakah saya kerja cari duit halal.

''Peristiwa itu berlaku bukan sekali, tapi dua kali. Kerana takut saya lari ke rumah abang, abang cadangkan saya pergi ke KL cari kerja kerana banyak peluang kerja. Malam itu saya lari tinggalkan Is dan anak-anak dengan duit tak sampai RM50. Sampai di stesen bas Putra saya bingung tak tahu arah tujuan. Saya duduk termenung dari pagi hingga petang.

''Saya bukan nak lari daripada suami, tapi untuk keselamatan. Bukan tak sayang suami, dulu dia bertanggungjawab pada keluarga, tetapi bila dah berhenti dia tak mahu cari kerja walaupun dia masih muda, masih kuat. Alasannya malu, dia ada duit pampasan.

''Saya hairan dulu Is rajin dan bertanggungjawab beri kami makan, tetapi mengapa selepas berhenti dia malas. Puas saya nasihat tapi dia tak peduli. Saya tak mahu tinggalkan suami dan anak-anak, tetapi setelah diancam hendak dibunuh saya tak boleh sabar. Kalau saya mati macam mana nasib anak saya.

Simpati''Ketika termenung, saya diperhatikan oleh seorang gadis yang simpati. Dia bawa saya ke rumah kenalannya yang kebetulan mencari pekerja untuk jadi tukang masak dan menjaga anak-anak di tadika miliknya.

''Kerana tempat tinggal dan makan minum disediakan, saya setuju. Bila dapat gaji, sebulan sekali saya balik kampung beli barang makan dan duit poket untuk belanja sekolah. Is saya pertanggungjawabkan jaga mereka. Saya pesan pada anak sulung jaga adik-adik dan jimat berbelanja.

''Lebih tiga bulan saya bekerja di tadika dengan gaji RM50 sehari memang cukup untuk kami. Tetapi anak-anak memerlukan perbelanjaan lebih besar, melalui seorang kenalan saya ditawarkan bekerja tukang masak di sebuah restoran atau katering besar di Cyberjaya. Janjinya saya diberikan gaji lebih dan rumah disediakan. Kalau saya boleh buat pelbagai masakan dan kuih muih gaji saya akan dinaikan.

''Dalam pada itu Is pujuk saya supaya tidak duduk KL. Tetapi dia tak berusaha cari kerja. Saya minta cerai. Walaupun Is tak mahu ceraikan saya, tetapi setelah enam kali tak datang mahkamah, saya akhirnya dijatuhkan talak oleh mahkamah.

''Selepas bercerai saya ambil semua anak ikut duduk KL kerana saya diberikan rumah dan gaji dinaikan. Di situ bermula penghijrahan hidup saya anak beranak. Dengan izin dan pertolongan Allah, saya dapat peluang pekerjaan lebih baik. Rezeki anak-anak saya agaknya.

''Tapi sayangnya kontrak perniagaan pembekal makanan dan katering syarikat tersebut cuma dua tahun. Untuk teruskan hidup saya buka perniagaan sendiri. Saya tak menduga boleh jalankan perniagaan makanan dan mendapat gerai di KL.

''Tetapi semua kerja ada hadnya, sampai ketika setelah dua orang anak bekerja, mereka nasihatkan saya berehat, kalau nak berniaga juga buat yang termampu. Sejak itu saya tumpukan perhatian ambil upah jahit langsir dan jahit manik. Sambutan menggalakkan. Dalam pada itu saya teruskan kerja merawat wajah, mengurut badan dan mandi bunga juga mandi wap untuk wanita mengikut tempahan dari rumah ke rumah pelanggan.

''Untuk membuka salon saya belum mampu dan tidak mendapat tempat sesuai. Saya bersyukur dengan usaha, kerja keras dan kekuatan serta kesihatan baik yang dikurniakan Allah selama lebih 15 tahun ini saya berjaya membesarkan lima anak hingga dua daripada mereka bekerja.

''Saya minta cerai bukan nak kahwin lagi, tetapi untuk cari duit besar dan didik anak-anak, mereka harta saya dunia dan akhirat. Bukan saya tak sayang suami, tetapi sebagai ayah beliau patut bertanggungjawab kepada keluarga.

Apabila waktu dibekukan

Posted: 07 Jul 2013 05:32 AM PDT

Oleh RASDAN AHMAD
rasdan_utusan@yahoo.com

KARYA berjudul Good Morning.

FREEZING The Moment merupakan sebuah pameran solo pelukis muda yang mempunyai fikiran terbuka, berinovatif dan mempunyai daya kreativiti yang mendalam.

Dengan menggunakan teknik catan warna monokromatik, pelukis muda berbakat besar, Mohd. Akhir Ahmad cuba untuk menggambarkan seolah-olah waktu itu boleh dibekukan untuk memberikan fokus kepada sesuatu kejadian.

Baginya, fokus kepada sesuatu kejadian merupakan perkara yang paling penting daripada perkara tersebut terus bergerak tanpa arah tuju yang sebenar.

Kebanyakan catannya diinspirasi daripada cerpen yang ditulis oleh penulis terkenal Perancis, Guy de Maupasant melalui cerpen terkenalnya, The Necklace.

Pada catan yang bertajuk The Girl with Pearl Earring I misalnya, pelukis cuba untuk memaparkan seorang wanita yang sedang duduk di kerusi, mungkin sedang menunggu seseorang atau sedang beraksi di depan kamera.

Kita dapat perhatikan sebelah telinganya tidak bersubang dan ada sebentuk subang kelihatan berada di atas permaidani di hadapannya.

Persoalannya di sini adakah subang itu miliknya, Jika ya, adakah dia menyedari tentang hal itu?

Melalui setiap catan yang dipaparkan, kita dapat perhatikan akan ada sebentuk subang yang terselit di atas permaidani, celahan selimut dan bawah katil.

Subjek subang yang digunakan untuk setiap catan ini mungkin memberikan satu petunjuk bahawa kadang-kadang sesuatu perkara yang kecil tetapi berharga itu mudah dilupakan oleh manusia.

Ketidaktelitian pada sesuatu perkara disebabkan kegopohan kita juga membawa kepada kehilangan perkara yang kita sayangi dan akibatnya akan membawa kemudaratan kepada diri kita.

Dalam perjalanan memulakan kehidupannya sebagai seorang seniman, Mohd. Akhir boleh dikatakan antara pengkarya generasi baru yang mempunyai daya kreativiti yang menjangkau usianya.

Keadaan ini disebabkan oleh minatnya yang cukup kuat dalam bidang seni dan suka membaca.

Melalui membaca, Mohd. Akhir berpeluang untuk menambah pengetahuan yang diselitkan dalam kebanyakan karyanya.

Olahannya dalam setiap catannya menunjukkan lukisannya mempunyai kekuatan, ketelitian dan perlambangan tersendiri.

Jadi tidak hairanlah sekiranya karya Mohd. Akhir mempunyai daya tarikannya tersendiri dan nilai melalui pembacaan diolah sebaik mungkin oleh seniman hebat ini.

Pameran yang dianjurkan oleh RA Fine Arts - The Gallery ini akan berlangsung dari 3 hingga 24 Julai ini dengan Azzad Diah dipilih sebagai penulis jemputan.

Sebanyak 10 karya Akhir dipamerkan dalam pameran ini dibuka pada hari Selasa hingga Sabtu (11 pagi - 7 petang) dan Ahad (12 tengah hari - 5 petang).

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved