Ahad, 7 Julai 2013

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kempen keselamatanjalan raya diperkasa

Posted: 06 Jul 2013 10:33 AM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Hasni Mohammad (dua dari kanan) bersama peserta berjalan kaki sejauh dua kilometer sempena program Long Short Walk di Johor Bahru, semalam. - Utusan/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 6 Julai - Kerajaan negeri bersama agensi berkaitan akan terus memperkasakan kempen keselamatan jalan raya dalam usaha mengurangkan statistik kemalangan khususnya pada musim perayaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, bagi menjayakan usaha itu, langkah awal diambil adalah dengan mengadakan kempen di peringkat daerah dan sekolah.

Menurutnya, peningkatan jumlah kemalangan jalan raya sering berlaku terutama pada musim perayaan dan usaha yang dijalankan menerusi kempen itu perlu terus dipergiatkan supaya dapat memberi kesedaran kepada pengguna.

"Di Johor sahaja, sebanyak 1,037 kemalangan maut dicatat sepanjang 2012. Jadi, kita perlu menyemarakkan lagi kempen jalan raya kepada pengguna, sekali gus diharap dapat mengelakkan kemalangan maut.

"Kita menyeru kepada semua pihak terlibat, marilah kita sama-sama menjayakan usaha tersebut," katanya selepas merasmikan program Long Short Walk di sini hari ini.

Program sehari anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) melibatkan 600 peserta terdiri daripada pelajar dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) itu bermula pukul 9 pagi ini.

Aktiviti berjalan kaki sejauh dua kilometer sambil berkempen mengenai kesedaran kemalangan jalan raya kepada masyarakat setempat itu bermula dari Sekolah Menengah Vokasional (ERT) Azizah sehingga ke Larkin Sentral.

Penggiat seni disaran utamakan kesenian Islam

Posted: 06 Jul 2013 10:33 AM PDT

Afifah Azizah Abd. Aziz bersama plak kemenangan selepas menjuarai kategori perujian al-Quran dan Ambiah Jais memenangi taranum berzanji di Johor Bahru, Johor, kelmarin.

JOHOR BAHRU 6 Julai - Penggiat seni khususnya di negeri ini disaran untuk menitikberatkan kesenian Islam supaya program seperti itu terus dimartabatkan pada masa akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, program kesenian yang berunsur Islamik wajar diberi penekanan berbanding berbentuk hiburan semata-mata.

"Kita tidak mahu program budaya dan seni yang dianjurkan lebih kepada berbentuk hiburan semata-semata tetapi juga haruslah ada program yang berunsurkan kesenian Islam seperti yang dianjurkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) ini.

"Apa yang kita mahu adalah program-program kesenian yang dianjurkan itu dapat memberi manfaat kepada semua," katanya semasa merasmikan Majlis Perujian Seni Taranum al-Quran dan Berzanji anjuran YWJ di Muzium Tokoh, di sini semalam.

Yang turut hadir ialah Pengarah YWJ, Muhammad Fuad Radzuan.

Zulkurnain turut mengingatkan supaya program kesenian dan budaya yang dianjurkan tidak bercanggah dengan syariat Islam agar tidak memesongkan akidah masyarakat.

"Misalnya, sebelum ini Johor terkenal dengan tarian kuda kepang tetapi tarian itu telah diharamkan kerana didapati menyalahi syariah Islam," katanya.

Dalam majlis sama, beliau turut menyampaikan hadiah kepada Ambiah Jais, 47, dari Gelang Patah yang diumumkan sebagai pemenang taranum berzanji manakala Afifah Azizah Abd. Aziz , 21, dari Pasir Gudang memenangi kategori perujian al-Quran.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved