Isnin, 2 Disember 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


2 pengikut Tuhan Harun ditahan

Posted: 02 Dec 2013 10:35 AM PST

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ dan NORAZRIN MARZUKI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Polis menahan dua pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun yang diburu selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Tagasan di Semporna, Sabah hari ini.

Kedua-dua suspek lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik pada 10 November lalu.

Salah seorang daripada mereka iaitu Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, merupakan salah seorang daripada 10 pengikut kumpulan itu yang gambarnya dikeluarkan Polis Diraja Malaysia kelmarin.

Seorang lagi yang ditahan ialah Aidil Akhbar Ridzuan, 29, berasal dari Bakri di Muar, Johor.

Kejayaan hasil serbuan pasukan Op Cantas Khas Polis Kontinjen Sabah itu diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitter beliau pada pukul 7.19 malam ini.

"Syabas Team Cantas Khas @PDRMsia Sabah, tadi dapat tangkap dua daripada 10 pengikut Tuhan Harun yang dikehendaki di Semporna, Sabah. Go Go Boys!," kata Khalid dalam laman sosialnya.

Sementara itu, sumber memberitahu, kedua-dua suspek ditahan di Kampung Tagasan pada pukul 1 petang hasil maklumat orang ramai yang mengecam wajah suspek menerusi gambar yang disiarkan dalam akhbar.

Sumber berkata, kedua-dua suspek ditahan sepasukan polis yang menyerbu sebuah rumah di kampung itu.

"Tiada sebarang pergelutan atau kejadian yang tidak diingini berlaku dan suspek akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Pahang dengan segera," katanya.

Shaizral Eddie yang berasal dari Bukit Beruang, Melaka adalah antara 10 suspek yang diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ahmad Raffli.

Polis sebelum ini mendedahkan gambar-gambar suspek susulan penahanan 13 anggota kumpulan ajaran sesat termasuk dua wanita pada Jumaat lalu.

Dalam penahanan itu, sepucuk pistol semi-auto telah ditemukan bersama seorang suspek yang ditangkap di Taman Setiawangsa di sini.

Gadis mati ditikam kekasih

Posted: 02 Dec 2013 10:35 AM PST

Oleh FADZLY IZAB
pengarang@utusan.com.my

ANGGOTA polis mengusung mayat mangsa bunuh di Taman Limbongan Permai, Melaka, semalam.

MELAKA 2 Dis. - Seorang lelaki tergamak menikam kekasih yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu sehingga mati di sebuah rumah di Taman Limbongan Permai, Tengkera di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang juga pekerja kafe siber, Goh Meng Yee, 23, ditemui mati dengan kesan tikaman di perut dalam sebuah bilik di rumah keluarga suspek.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, suspek yang berusia 23 tahun dikatakan turut bertindak nekad menikam diri sendiri sejurus selepas menikam kekasihnya.

Menurutnya, hasil maklumat orang awam, polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia manakala suspek dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka berikutan kecederaan yang dialami.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia selepas cedera parah akibat ditikam di perut dan mayatnya dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Salehhudin, hasil siasatan di tempat kejadian polis menemukan sebilah pisau Rambo di tepi katil bersebelahan mangsa dipercayai digunakan suspek untuk menikam mangsa.

"Polis masih menyiasat motif pembunuhan dan suspek yang sedang dirawat kini ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Salehhudin memberitahu, suspek dan mangsa difahamkan sudah mengenali satu sama lain sejak 10 tahun lalu semasa mereka berada di tingkatan dua dan mangsa dikatakan menetap di rumah keluarga suspek sejak dua tahun lalu.

Sementara itu, adik suspek yang berusia 19 tahun memberitahu, dia terdengar pergaduhan abangnya dengan mangsa antara pukul 9 hingga 10 malam tadi.

"Saya dan seorang lagi adik tidur awal dan langsung tidak sedar tentang kejadian itu. Saya hanya menyedarinya selepas dikejutkan ibu kira-kira pukul 4 pagi sebaik sahaja dia pulang dari tempat kerja.

"Semasa ibu sampai di rumah dia nampak abang duduk di kerusi ruang tamu dengan perut berlumuran darah akibat ditikam," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Preve dipertingkat, harga lebih rendah

Posted: 02 Dec 2013 10:35 AM PST

PREVE yang berharga kira-kira RM60,000 memberi pilihan kepada pengguna mendapatkan kereta dengan ciri-ciri moden dengan harga sederhana.

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Proton Preve untuk pasaran Malaysia kini dilengkapi dengan enam beg udara, kawalan kestabilan elektronik (ESC) untuk kesemua varian berbanding untuk pasaran antarabangsa sebelum ini.

Turut diselaraskan kepada semua varian adalah kawalan tarikan (traction control), bantuan brek, ABS dengan EBD, ISOFIX dan penyangkut atas untuk kerusi kanak-kanak.

Preve 1.6 Premium CVT ketika dilancarkan berharga RM72,990, kini berharga RM72,839, diikuti varian 1.6 Executive CVT turun kepada RM62,990 berbanding RM61,921 ketika dilancarkan.

Manakala varian manual MT Executive turun kepada RM58,921 berbanding RM59,990. Kesemua harga varian berkenaan adalah termasuk insurans.

Varian Preve dengan spesifikasi baharu ini telah dipertingkat menyamai tahap pensijilan Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP) Lima Bintang yang diperoleh sebelum ini.

Ketua Pegawai Operasi, Komersial Proton dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Hisham Othman berkata, penambahbaikan ini selaras dengan matlamat kumpulan untuk menyediakan kereta yang selamat setaraf dengan model yang dipasarkan di luar negara.

"Paling penting, Proton tidak mengenakan sebarang kenaikan harga walaupun membuat penambahan tersebut yang mencecah lebih RM5,000, malah telah menurunkan harganya berbanding ketika dilancarkan tahun lalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Penurunan harga i-MiEV sedang dikaji

Posted: 02 Dec 2013 10:35 AM PST

MITSUBISHI I-MiEV Sport Air lebih aerodinamik.

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), masih menunggu arahan daripada Mitsubishi Motors Corp (MMC) sebelum menurunkan harga kereta elektriknya (EV), i-MiEV, yang dipasarkan di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Tetsuya Oda berkata, MMC masih mengkaji keperluan tersebut dan pihaknya akan mengumumkannya jika MMC membenarkan pemotongan harga.

"Kami harap penurunan akan berlaku, namun ketika ini tiada lagi keputusan rasmi mengenainya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan rangkaian 3S (jualan, penyelenggaraan dan alat ganti) terbaharu MMM di Jalan Cheras, di sini hari ini.

Bulan lalu, MMC mengumumkan penurunan harga terhadap i-MiEV di pasaran Jepun sehingga AS$9,100 (RM29,120) sebuah.

Alasan yang digunakan mereka adalah bagi meningkatkan jualan model elektrik itu setelah kadar jualannya tidak mencapai sasaran syarikat.

Kini harga i-MiEV di negara itu berharga serendah 1.7 juta yen (RM53,522) sebuah pada harga subsidi.

Model EV itu yang dijual di Malaysia ketika ini berharga RM136,118.50 sebuah, tidak termasuk insurans.

Harga i-MiEV di Malaysia masih menikmati pengecualian cukai oleh kerjaan terhadap kereta hibrid dan elektrik. Bagaimanapun, pengecualian cukai akan berakhir hujung tahun ini.

Sejak dilancarkan di Malaysia pada awal tahun ini, sambutannya juga tidak begitu memberangsangkan di kalangan pengguna persendirian berbanding korporat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Annuar mangsa dwistandard

Posted: 02 Dec 2013 10:35 AM PST

Oleh KAMIL MASLIH
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengamalkan sikap dwistandard dalam soal penggantungan Tan Sri Annuar Musa sehingga menghalang Ahli Parlimen Ketereh itu menganggotai Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM digantung di bawah Artikel 88 FAM kerana mengkritik persatuan sukan itu dalam media tetapi sehingga sekarang, Annuar dilihat masih membuat kenyataan media mengenai pasukan Kelantan.

"Kalau (Annuar) kena gantung (FAM), biar buat dengan jelas, tetapi Ketereh (Annuar) tetap mengadakan sidang akhbar mengenai bola sepak Kelantan.

"Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara yang ditubuhkan ini untuk mengumpul idea, bukan soal operasi, saya lantik Ketereh kerana beliau sebagai Ahli Parlimen, sama juga dengan Jerlun (Datuk Othman Aziz).

"Tetapi disebabkan FAM sudah merujuk kepada AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia), saya akan berbincang dengan Ketereh, saya sebenarnya hendak semua terlibat dan FAM juga mesti ada dalam jawatankuasa, tetapi bila perkara ini berbangkit, seolah-olah ada dwistandard," katanya ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 dalam sidang Dewan Rakyat, semalam.

Kelmarin, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengumumkan telah menerima surat balas daripada AFC bahawa Annuar tidak boleh berada dalam Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara kerana statusnya yang masih dalam penggantungan.

Hamidin berkata, Annuar tidak boleh menganggotai jawatankuasa itu selagi berada dalam tempoh penggantungan yang berakhir 4 Oktober tahun depan.

Sementara itu, Khairy dalam satu kenyataan akhbar berasingan berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada AFC berhubung isu ini, sebelum mengadakan pertemuan dengan FAM dan Annuar untuk menyelesaikan kemelut.

Katanya lagi, beliau sudah tentu tidak mahu melihat FAM dikenakan tindakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hanya disebabkan jawatankuasa tersebut, apatah mereka mereka memerlukan penglibatan badan bola sepak kebangsaan itu yang akan memberi pandangan mewakili liga profesiona

Dalam pada itu, Khairy berkata, Program Pembangunan Bola Sepak Negara bermatlamat mengasah bakat muda bola sepak daripada usia tujuh hingga 17 tahun.

"Sekarang, kita ada kurang 3,000 pelatih di bawah program pembangunan tetapi dengan pelan baharu, kita jangka dapat tambah 50,000 pelatih di seluruh negara," katanya lagi.

Tiada dendam, Rajagobal sedia kembali

Posted: 02 Dec 2013 10:35 AM PST

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

K. Rajagobal

PETALING JAYA - Datuk K. Rajagobal sedia untuk kembali bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada masa hadapan, sekalipun badan induk itu sudah memutuskan untuk tidak menyambung khidmatnya sebagai ketua jurulatih negara selepas 31 Disember ini.

"Mestilah, ini negara saya. Saya akan datang jika mereka buka (peluang) dan ketika itu saya pula ada masa terluang, maka saya akan pertimbangkan dan pastinya tidak akan kata, tidak.

"Mengapa tidak?, jurulatih datang dan pergi, mana-mana tempat pun sama. Tiada apa-apa (kemungkinan merajuk atau berdendam dengan FAM). Saya sebagai profesional (menerima keputusan mereka)," tegasnya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam,

Sejujurnya Rajagobal mengakui, belum ada mana-mana pihak (pasukan Liga Malaysia atau luar negara) yang merisik khidmatnya setakat ini, namun meramalkan keadaan mungkin bertukar selepas pengumumannya pada sidang akhbar semalam.

"Saya kini bercuti panjang. Mahu berada dengan keluarga, terutama isteri yang amat menyokong. Dia yang banyak menguruskan hal keluarga saya sebab saya hanya fikirkan bola sepak, bola sepak.

"Kini saya hanya mahu (luangkan) masa berkualiti dengan keluarga. Saya tidak mahu tergesa-gesa, perkara itu (melatih pasukan lain). Saya sentiasa ada dan kita lihat bagaimana keadaannya kemudian. Saya mahu berehat sekarang," katanya lagi.

Rajagobal mengendalikan skuad kebangsaan sejak April 2009 selepas pernah menjadi jurulatih sementara pada 2004. Kejayaan terbaiknya ialah Piala Suzuki AFF 2010.

Ditanya mengenai Datuk Ong Kim Swee, yang bertindak sebagai jurulatih sementara, Rajagobal enggan mengulas kerana itu keputusan FAM.

"Itu keputusan FAM, saya hanya boleh katakan, siapa sahaja (tempatan atau luar negara) yang ambil alih, perlu menetapkan tanda aras yang lebih tinggi daripada saya (layak ke Piala Asia).

"Saya mengucapkan selamat berjaya kepada bakal jurulatih negara, semoga dia mendapat sokongan penuh FAM. Selamat berjaya juga kepada Datuk Kim Swee selepas FAM melantiknya jurulatih sementara.

"Saya masih percayakan pasukan ini, terserah kepadanya apabila membawa pasukan ini. Kita masih ada peluang tipis untuk layak (dengan menentang Yemen, 5 Mac depan). Dia akan memilih pemain yang difikirkan terbaik.

"Jika pasukan ini berjaya (sebagai pasukan tempat ketiga terbaik seluruh Kelayakan Piala Asia), saya akan turut berbangga dan berasa kita cukup bertuah. Saya tidak akan kecewa malah saya akan beli tiket untuk menonton aksi mereka di Australia (pusingan akhir)," ujarnya.

Kepada pemain pula, Rajagobal turut berpesan: "Saya percaya masih ada peluang tipis biarpun ramai yang berkata, tiada harapan. Siapa sahaja jurulatih anda, jangan lari daripada fokus dan fikirlah secara positif.

"Jika lihat keputusan (pusingan akhir Piala Asia 1976 dan 1980), saya fikir inilah keputusan terbaik apabila kita dapat empat mata (tempat ketiga Kumpulan D). Fikir secara besar dan semua orang akan hormati anda.

"Saya tidak tahu mengapa orang mahu menafikan kami. Peluang masih ada jika Lebanon tidak menang dengan Jordan dan China tewaskan Iraq, manakala Malaysia kalahkan Yemen."

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Mahkamah berhak ulas keputusan

Posted: 02 Dec 2013 10:35 AM PST

Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 2 Dis. - Mahkamah Persekutuan diminta menolak permohonan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memadam satu perenggan dalam penghakiman bertulis panel terdahulu berhubung kes liwat pertama atas alasan perenggan itu memang mempunyai kaitan dengan intipati pertuduhan yang dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup berhujah, Mahkamah Persekutuan terdahulu berhak mengeluarkan ulasan yang menyentuh pertuduhan kes ketika mencapai keputusan sama ada untuk membenarkan atau menolak rayuan Anwar pada 2004.

Beliau menghujahkan, perenggan yang dimaksudkan itu (yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual) tidak merendah-rendahkan reputasi Anwar kerana merupakan satu dapatan berdasarkan kepada bukti keterangan daripada rekod rayuan.

Hujah Manoj, hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu, Tun Abdul Hamid Mohamad (kini bersara) telah membuat penilaian yang mencukupi berdasarkan kepada rekod rayuan sebelum membuat keputusan majoriti membebaskan Anwar.

Sehubungan itu, beliau memohon agar permohonan itu ditolak atas alasan mahkamah hanya boleh menyemak keputusan terdahulu sedangkan Anwar memohon memadam satu perenggan dalam penghakiman yang telah memihak kepadanya.

''Permohonan ini seharusnya ditolak kerana jika dibenarkan, dikhuatiri akan membuka ruang kepada pihak lain membuat permohonan serupa supaya penghakiman terdahulu disunting untuk disesuaikan dengan tujuan masing-masing,'' hujah Manoj.

Mahkamah mendengar permohonan semakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk memadam satu perenggan dalam penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan terdahulu berhubung kes liwat pertama melibatkan bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar.

Terdahulu, peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakilinya berhujah, perenggan yang dimaksudkan wajar dipadam kerana merosakkan reputasi Anwar dan secara berterusan digunakan untuk merujuk ahli politik itu sebagai pelaku homoseksual.

Hujahnya, perenggan tersebut juga diterbitkan secara meluas dan digunakan oleh pihak tertentu sebagai justifikasi bagi mengutuk anak guamnya sebagai pengamal seks songsang.

Beliau menghujahkan, perenggan yang dimaksudkan itu tidak relevan untuk dimasukkan dalam penghakiman tersebut dan wajar dipadam kerana merupakan ulasan peribadi Abdul Hamid yang merupakan bekas Ketua Hakim Negara.

Hujah Sulaiman, Abdul Hamid tidak mempunyai asas untuk membuat ulasan peribadi sedemikian memandangkan panel yang sama ketika itu telah membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat.

Beliau turut menghujahkan, perenggan itu mencetuskan ketidakadilan terhadap Anwar kerana penghakiman itu menyatakan anak guamnya berkecenderungan kepada homoseksual namun dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Hujah peguam bela, perenggan berkenaan turut digunakan oleh beberapa defendan bagi mewajarkan pembelaan mereka dalam kes-kes saman yang dikemukakan oleh Anwar.

Sehubungan itu, Sulaiman menghujahkan, panel yang bersidang hari ini mempunyai bidang kuasa semakan untuk memadam perenggan tersebut kerana tuduhan terhadap anak guamnya adalah spesifik berhubung kes liwat, bukannya aktiviti homoseksual.

Penghakiman dalam kes liwat melibatkan Azizan yang diputuskan sembilan tahun lalu membebaskannya daripada sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu.

Keputusan majoriti 2-1 pada 2 September 2004 itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000 yang menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atasnya.

Panel itu turut mengetepikan sabitan dan hukuman penjara enam tahun ke atas adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang dibicarakan bersama-sama Anwar atas dakwaan meliwat Azizan di Tivoli Villa di ibu negara pada 1994.

Dalam penghakiman itu, Abdul Hamid berkata: 'kami mendapati wujud keterangan yang mengesahkan perayu (Anwar dan Sukma Darmawan) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya bahawa insiden yang didakwa berlaku di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku, kadang kala...'

Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang bersidang bersama Datuk Seri Zaleha Zahari, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali menetapkan permohonan semakan itu diputuskan pada satu tarikh lain.

Peguam Negara arah siasatan kes rogol dibuka semula

Posted: 02 Dec 2013 10:35 AM PST

Abdul Gani Patail menunjukkan keratan akhbar mengenai perkahwinan Mohd. Fahmi Alias dan Nor Fazira Saad ketika sidang akhbar di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 2 Dis. - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan polis membuka semula siasatan kes Mohd. Fahmi Alias, 20, yang didakwa terbabit merogol Nor Fazira Saad, 13, sebelum menikahi remaja itu tahun lalu.

Abdul Gani memberi masa seminggu kepada polis untuk membuka semula kertas siasatan sebelum beliau membuat keputusan sama ada akan melakukan pendakwaan atau sebaliknya.

Awal tahun lalu, polis menahan dua suspek berikutan laporan polis berlaku kes rogol beramai-ramai termasuk Mohd. Fahmi dan seorang lagi rakannya manakala suspek ketiga gagal dikesan.

Pihak pendakwaan bertindak menarik balik kes (ke atas Mohd. Fahmi) kerana dia sudah berkahwin dengan mangsa dan seorang lagi yang mengaku salah kini sedang menjalani hukuman di Pusat Pemulihan Akhlak Paya Terubung, Pulau Pinang.

"Kes ini dibuka semula kerana membabitkan kepentingan awam dan saya memberi masa seminggu kepada pegawai penyiasat untuk mengumpulkan hasil siasatan.

"Sekiranya bukti yang diperoleh tidak mencukupi kes ini tidak akan dibawa semula ke mahkamah," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Abdul Gani mengulas mengenai pasangan remaja yang pernah menggemparkan negara kerana berkahwin dalam usia muda dengan niat untuk mencegah maksiat tahun lalu tetapi mengumumkan penceraian minggu lalu.

Pasangan, Nor Fazira Saad, 13, dan Mohd. Fahmi Alias, 20, yang bernikah pada 17 November tahun lalu setelah mendapat kebenaran Mahkamah Rendah Syariah Kulim disahkan bercerai pada 11 November lalu.

Selepas kes penceraian pasangan muda itu mendapat perhatian akhbar apabila bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, membuat kenyataan bahawa anaknya telah dirogol tiga lelaki termasuk bekas suaminya itu dan ikatan dilakukan untuk menutup kesilapan tersebut, namun dinafikan Mohd. Fahmi.

"Selain menggunakan bukti terdahulu kami juga akan mendapatkan semula keterangan mangsa, ayah, ibu saudara, doktor dan dua suspek termasuk bekas suami mangsa dan seorang lagi yang sedang menjalani hukuman," kata Abdul Gani.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Buka mata masyarakat hak wanita

Posted: 02 Dec 2013 10:35 AM PST

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

Sebahagian sukarelawan yang turut serta pada Program Hentikan Keganasan Terhadap Wanita di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

KUANTAN 2 Dis. - Sebanyak 1,000 tandatangan berjaya dikumpul sebagai tanda sokongan masyarakat dalam menghentikan keganasan terhadap wanita sempena sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita peringkat negeri di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini baru-baru ini.

Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita disambut di seluruh dunia dan telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai peringatan kepada semua wanita setiap kali tibanya 25 November.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin, walaupun negara mempunyai rekod yang baik mengenai hak wanita dan beliau cukup berbangga dengan perkembangan tersebut, dalam masa yang sama kerajaan sentiasa berusaha keras dalam memastikan apa jua hak wanita sentiasa terbela.

Sambutan seperti ini hanyalah satu daripada banyak inisiatif yang perlu dilaksanakan bagi memastikan wanita dapat hidup dalam persekitaran selamat, bebas daripada sebarang bentuk penderaan, penganiayaan dan keganasan.

Di Malaysia, sempena sambutan ini, pihak kementerian menyasarkan untuk turun padang dan menemui seberapa ramai masyarakat di luar sana termasuk pemimpin masyarakat, golongan belia dan pihak majikan sama ada di sektor awam atau swasta agar turut berperanan dalam menangani isu ini," katanya ketika merasmikan sambutan berkenaan di UTC di sini.

Yang turut hadir, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita (PPW) negeri, Nurul Aini Mohammad.

Pada majlis tersebut, seramai 220 wanita mendaftar sebagai kumpulan sokongan kepada kerajaan dalam menangani keganasan terhadap wanita.

Sementara itu, menurut Nurul Aini, sambutan tersebut dilakukan serentak seluruh negara selama 60 hari dengan pelbagai program dan kegiatan bermula dari 12 Oktober lalu dan dijangka berakhir 10 Disember ini.

Diharap melalui program dan kempen yang dijalankan ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat umum tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita.

Program yang diadakan ini turut menyelitkan pelbagai aktiviti seperti jualan oleh peserta-peserta program peningkatan kemahiran yang dianjurkan oleh PPW," jelasnya.

Dalam pada itu, seorang suri rumah, Salasiah Mat Yusof, 46, berkata, penganjuran program tersebut amat bagus kerana memberi kesedaran kepada kaum wanita mengenai hak mereka dan pendedahan tentang tindakan selanjutnya.

Program tersebut sangat bermanfaat kepada golongan wanita kerana banyak memberi pengetahuan dan kesedaran mengenai hak yang tidak diketahui sebelum ini.

Saya harap lebih ramai wanita sedar mengenai hak mereka dan segera bertindak jika menyedari menjadi mangsa," katanya.

Seorang aktivis masyarakat, Minat Mamat, 61, memberitahu, beliau telah berkecimpung dalam bidang sukarelawan sejak lebih lima tahun demi memperjuangkan hak-hak kaum wanita dan kanak-kanak.

Saya harap golongan wanita sama ada yang bekerjaya atau tidak segera membuka mata bagi membendung apa jua bentuk keganasan.

Jika kita bukan sebahagian daripada mangsa, kita juga perlu bersama-sama mempertahankan hak kaum wanita dan membelanya agar mendapatkan keadilan," jelasnya.

Heliza Ibrahim, 41, dari Kampung Peramu di sini turut berterima kasih kepada pihak penganjur kerana mengetengahkan isu-isu mengenai keganasan terhadap wanita.

Terima kasih dengan penganjuran program seperti ini kerana sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat bahawa golongan wanita bukanlah insan yang lemah.

Saya harap dapat membuka mata semua pihak terutama kaum lelaki agar lebih menghargai dan membela nasib golongan wanita," jelasnya.

RapidKuantan tambah tiga laluan

Posted: 02 Dec 2013 10:35 AM PST

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN
utusanktn@gmail.com

RAPIDKUANTAN menambah tiga laluan baharu tahun depan dalam meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam di sekitar Kuantan.

KUANTAN 2 Dis. - Rapid Bas Sdn. Bhd., syarikat pengendali RapidKuantan akan menambah tiga laluan di daerah ini tahun hadapan berikutan pertambahan jumlah penumpang yang amat menggalakkan selepas setahun beroperasi di sini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zohari Sulaiman berkata, sejak beroperasi tahun lalu, pihaknya mencatatkan jumlah penumpang sebanyak 13,000 orang setiap hari ini dan penambahan laluan itu akan membolehkan penduduk daerah ini mendapat perkhidmatan yang lebih berkesan.

Katanya, tiga laluan yang dicadangkan adalah Hentian Bandar-Gebeng melalui Beserah; Hentian Bandar-Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC) melalui Jalan Galing serta Hentian Bandar-Gebeng melalui Pintasan Kuantan.

"Penambahan laluan terbaharu itu akan meningkatkan jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan RapidKuantan di daerah ini.

"Kami berbangga kerana dapat berkhidmat kepada masyarakat Kuantan dan Pahang amnya serta menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu Zohari berkata, penambahan tersebut bergantung kepada kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan agensi kerajaan tertentu yang mengawal selia pengangkutan awam.

Beliau berkata, penambahan tiga laluan itu menjadikan RapidKuantan beroperasi di 16 laluan dan ia merupakan satu perkembangan positif dalam perkhidmatan pengangkutan awam di daerah ini.

Katanya, RapidKuantan juga dilihat berjaya membantu usaha mempromosikan pelancongan negeri ini apabila membuka laluan pelancongan seperti di Teluk Cempedak, Bukit Gambang Resort City, Sungai Lembing dan Pantai Sepat.

"Kita juga merancang untuk menaik taraf terminal bas sedia ada di Hentian Bandar dengan membina laluan pejalan kaki berbumbung dan terbuka serta tempat duduk penumpang.

"Kemudahan terbaharu itu akan memberi keselesaan kepada para penumpang sekali gus membuktikan komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Kuantan," katanya.

Pesakit teruja kehadiran Aby Yus di Hospital Pekan

Posted: 02 Dec 2013 10:35 AM PST

Aby Yus menyampaikan sumbangan kepada seorang pesakit pada Program Mesra Dakwah di Hospital Pekan, Pahang, semalam. Turut kelihatan Mastor Mat Ban (tiga dari kiri) dan Anuar Mohd. Khalyubi (dua kiri).

PEKAN 2 Dis. - Kehadiran pelawak terkenal, Aby Yus melalui Program Mesra Dakwah (Peramah) di Hospital Pekan di sini hari ini benar-benar mengujakan para pesakit dan orang ramai yang berada di situ.

Rata-rata pesakit terkejut dengan kehadiran artis komedi itu kerana sebelum ini Program Peramah hanya dihadiri pemimpin setempat atau pihak penganjur bersama iaitu Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Setiausaha Peramah, Khairul Anuar Mohd. Khalyubi berkata, program yang merupakan kerjasama antara JAIP dan pejabat Ahli Parlimen Pekan itu sentiasa diubah pendekatannya supaya usaha menyampaikan dakwah secara santai tercapai.

"Pendekatan menyampaikan dakwah dengan menziarahi pesakit di hospital telah lama dilakukan, tetapi kali ini kita libatkan selebriti tanah air supaya dapat menghiburkan mereka.

"Kita mahu mereka merasai bahawa kita turut berkongsi ujian (sakit) yang sedang dihadapi. Saya lihat kesannya cukup positif," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam program tersebut, Aby Yus dengan diiringi pembantu wakil peribadi Ahli Parlimen Pekan, Mastor Mat Ban menyampaikan sumbangan kepada 60 pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Pekan.

Menurut Khairul Anuar, selain hospital, pihaknya turut mengadakan program dakwah di sekolah, kampung-kampung dan masjid-masjid bagi meningkatkan jalinan persahabatan sesama Islam.

"Jika di sekolah atau di kampung, kita lebih kepada memberi penerangan mengenai penguatkuasaan supaya mereka lebih faham termasuk isu-isu semasa seperti ajaran sesat," jelasnya.

Sementara itu, menurut Aby Yus atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 48, program sedemikian wajar dicontohi terutama pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau swasta.

"Jika sesuatu program memberi manfaat baik, maka wajar diteruskan dan tidak perlu membuat pertikaian mengenai keikhlasan orang yang menyampaikan.

"Ikhlas atau tidak bukan hak kita untuk membuat perhitungan kerana apa yang penting ialah program berkenaan terlaksana dan memberi kesan positif," jelasnya.

Tambahnya, dia dapat menyelami perasaan para pesakit yang menerima sumbangan tersebut kerana mempunyai pengalaman sama ketika menjalani rawatan di hospital sebelum ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Berjuang sebagai parti rakyat

Posted: 02 Dec 2013 10:35 AM PST

Najib Tun Razak ketika ditemuramah dalam wawancara khas dengan wartawan kanan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di pejabatnya di Bangunan Parlimen, semalam. Turut kelihatan Pengurus Besar Bernama Datuk Yong Soo Heong (tengah) dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh (kanan). - BERNAMA

BERIKUT transkrip wawancara khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di pejabat beliau di Bangunan Parlimen semalam.

Perdana Menteri diwawancara sekumpulan wartawan kanan Bernama diketuai Pengurus Besar Datuk Yong Soo Heong dan Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Salleh.

Dalam wawancara kira-kira 40 minit itu, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO bercakap mengenai cabaran, harapan dan hala tuju UMNO susulan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lepas dan pemilihan parti pada Oktober lepas.

BERNAMA: Bagaimana kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 memberi impak kepada corak kepimpinan dan transformasi UMNO?

NAJIB: UMNO sebagai parti yang berkuasa setelah sekian lama perlu melihat masa depan, kerana kejayaan walaupun begitu hebat sekalipun tidak merupakan jaminan untuk kejayaan masa akan datang, lebih-lebih lagi dalam perubahan landskap politik tanah air. Dari segi perubahan demografik, perubahan teknologi dan juga tahap pendidikan yang semakin tinggi. Bererti untuk kekal sebagai sebuah parti yang relevan, UMNO mesti sanggup melakukan transformasi yang mencerminkan parti untuk masa depan orang Melayu dan negara secara keseluruhannya.

Selepas Datuk Seri mendapat mandat baharu menerusi PRU-13 dan pemilihan parti baru-baru ini, timbul pelbagai tuduhan bahawa hala tuju dan gaya kepimpinan Datuk Seri seolah-olah ada perubahan terutama dengan pelancaran agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Tidak...mesti faham, saya juga Presiden parti UMNO. Tiang seri perjuangan UMNO ialah memperjuangkan kedudukan orang Melayu dan Islam. Walaupun perjuangan Melayu Islam, tidak bererti kita pinggirkan kaum lain, yang tak pernah kita lakukan. Dasar memperkasakan ekonomi bumiputera adalah konsisten dengan apa yang dilakukan UMNO sejak penubuhannya. Yang berbeza adalah cara atau kaedah.

Saya selalu tekankan market friendly. Mesti berdasarkan merit bukan handout (pemberian). Bukan kepada rent-seeker, bukan sistem kuota tapi lebih kepada membangunkan orang Melayu dan bumiputera berdasarkan apa yang perlu dan patut diberi demi menegakkan keadilan sosial. Kita cuba beri lebih peluang tapi tak boleh jamin outcome (hasilnya).

Kalau mereka yang telah terpinggir dari arus perdana selama ini kesan zaman penjajahan yang begitu lama, maka kita tak boleh tidak, perlu lakukan untuk betulkan keadaan ini yang tempang, supaya we equalise opportunities" dalam negara tanpa nafikan hak kepada kaum-kaum lain.

Banyak program transformasi dalam UMNO, sejauh mana ahli-ahli dapat menerima idea-idea yang Datuk Seri perkenalkan?

Saya ingat sebahagian hasrat saya tercapai bila kita lakukan pemilihan berdasarkan perlembagaan baru. Rata-rata akui UMNO telah ambil satu tindakan berani dan futuristik dengan membesarkan constituency yang memilih pemimpin-pemimpin UMNO termasuk di peringkat tertinggi.

Kebolehan UMNO menguruskan pemilihan ini dari Arau (Perlis) sampai ke Semporna (Sabah) dengan penambahan lebih 150,000 (perwakilan) adalah satu kejayaan yang setakat ini tak boleh ditandingi parti-parti lain dalam negara.

Saya berbangga dengan kejayaan ini, bermakna UMNO telah menyahut apa yang kita kehendaki untuk kita menjadi lebih demokratik, lebih agresif.

Seterusnya perlu diperkukuhkan lagi nilai-nilai perjuangan UMNO, supaya apa yang kita fikir tidak sihat, mesti kita kikiskan.

UMNO mesti muncul sebagai parti yang memperjuangkan, mendahulukan rakyat dan mengelak daripada mencari kuasa semata-mata hendakkan kuasa tapi mesti merupakan parti yang sentiasa sanggup meletak kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan lain.

Selepas pemilihan parti Oktober lepas, adakah Datuk Seri berpuas hati dengan keputusan pemilihan? Adakah ia menepati jangkaan?

Saya kena terima...sebagai seorang yang menjunjung prinsip demokrasi, proses telah dilalui, perwakilan telah membuat keputusan, saya perlu terima apa-apa keputusan yang dibuat perwakilan.

Bukan soal pilihan saya secara peribadi dan presiden parti tapi kehendak ahli parti. Itu yang mesti saya terima, saya hormati.

Keputusan itu jadikan saya pilihan ahli UMNO yang mewakili 3.4 juta ahli UMNO melalui 150,000 orang (yang mengundi) dan saya akan bersama dengan mereka yang dipilih.

Tetapi hasil pemilihan dilihat lebih kepada melambangkan aspirasi parti dan bukannya aspirasi rakyat?

Kita lihat itu adalah pilihan orang UMNO. Kita cuba align (selaras) kehendak ahli UMNO dengan kehendak rakyat. Kita tak boleh tahu sama ada perkara ini sudah dapat di-align sepenuhnya melainkan waktu pilihan raya diadakan.

Sebab itu saya sentiasa tekankan soal winnable candidate (calon yang boleh menang), bukan saja dipilih parti tapi disenangi rakyat, boleh menang di satu-satu kawasan.

Yang sukar adalah definisi winnable candidate kerana tanggapan semua yang minat jadi calon fikir dia adalah winnable candidate. Ini kesukaran bagi kita.

Tapi hakikatnya kalau kita nak parti kita berjaya, kita mesti dapat mentafsirkan konsepwinnable secara jujur dan ikhlas.

Untuk masa depan, bagaimana hendak membina UMNO yang mencerminkan nilai positif dan mencari lebih ramai winnable candidate?

Kita mesti perbanyakkan lagi proses melatih pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat. Kita tak boleh terima ahli UMNO tanpa kita tarbiah mereka, didik mereka melalui kursus-kursus tertentu. Bentuk minda mereka untuk berfikir, cara terbaik langsungkan perjalanan baru dalam konteks environment baharu, new politics (politik baharu). Bukan lagi old politics. Siapa yang tak faham new politics bakal ditolak rakyat. Sebab itu UMNO kena sesuaikan dirinya, sediakan pemimpin-pemimpin dalam UMNO yang menghayati the new politics.

BARISAN NASIONAL

Langkah transformasi UMNO dianggap radikal dan berani dan kesannya dilihat telah memperkukuh sokongan ahli UMNO kepada parti. Adakah parti-parti komponen patut meniru langkah-langkah ini?

Setiap parti komponen perlu melalui proses yang sama tapi setengah dari mereka kena selesaikan kemelut dalam parti sebelum boleh embark atau melancarkan satu proses transformasi dalaman yang perlu mereka lakukan. Saya percaya mereka pun sedar bahawa untung nasib parti mereka bergantung kepada sejauh mana dapat dilakukan proses transformasi dengan mempunyai political will, iltizam politik, untuk hasilkan parti yang boleh diterima oleh rakyat.

Tahap kekuatan parti-parti komponen tidak seperti dulu dan UMNO sekarang nampaknya kena bekerja lebih kuat. Bagaimana UMNO menghadapi cabaran ini?

Kita akan membantu memberi kekuatan UMNO kepada rakan-rakan kita. Tapi rakan-rakan kita yang menghadapi masalah dalaman perlu betulkan rumah tangga mereka supaya akan dapat lebih diterima oleh masyarakat yang diwakili mereka.

Dan kalau mereka dapat sokongan yang kian meningkat, ini akan menjamin kemenangan BN di masa akan datang dan tidak terlalu bergantung kepada sokongan daripada UMNO semata-mata.

Ada yang berpendapat kalau UMNO terlalu kuat, parti-parti komponen akan menjadi lemah, seterusnya menganggap seolah-olah kerajaan hanya mementingkan bumiputera/Melayu. Adakah ini benar?

Tidak...kita sentiasa bagi skop kepada mereka dan saya bersikap terbuka sebab dalam keputusan-keputusan yang dibuat sama ada dalam parti atau kerajaan kita tak paksa mereka. Kita lakukan pendekatan/kaedah konsensus.

Sesuatu dasar dibuat atas cara rundingan terbuka. Bila keputusan dibuat, itu bersandarkan sokongan dari semua pihak.

Pembangkang dilihat sering berpolemik, bercanggah dan berselisih pendapat secara terbuka dalam akhbar manakala BN pula dilihat seolah-olah dikawal media perdana, malah tidak berlaku perbahasan dalam kalangan komponen parti secara terbuka. Bagaimana Datuk Seri melihat perbandingan ini?

Kita adalah parti yang memerintah. Kesan perpecahan adalah lebih buruk daripada kalau kita ini sebaliknya. Pembangkang tak buat dasar, tetapi BN buat dasar. Kalau ada percanggahan secara terbuka, akan merosakkan kredibiliti kita sebagai kerajaan.

Kita menggalakkan percambahan pendapat secara tertutup. Bila tertutup, orang luar tak berapa nampak. Jadi seolah-olah mereka (parti komponen) tak suarakan sesuatu dengan lantang. Tapi hakikatnya pendapat dan kehendak semua kaum dibahas dalam keadaan tertutup sebelum kita buat sesuatu keputusan.

Jadi, tak semestinya mereka lebih demokratik daripada BN?

Tidak. Lagipun mereka (pembangkang) ini tidak merupakan satu coalition (gabungan) sebenarnya sebab mereka bertanding atas tiga simbol berasingan, tidak daftar sebagai satu coalition. Mereka sering bercanggah pendirian antara satu sama lain, malah sehingga hari ni tak ada shadow cabinet (kabinet bayangan). Banyak lagi perkara yang tak mencerminkan two party system.

Hakikatnya BN bukan berdepan dengan two party tapi multiparty system (sistem pelbagai parti) dengan pelbagai manifesto.

Jadi BN sebenarnya berdepan tiga parti bukan satu parti. Walaupun cuba gelar sebagai Pakatan Rakyat, sebenarnya mereka pakatan pembangkang yang begitu longgar. loose coalition.

Pembangkang sering bercakap mengenai nilai-nilai yang dilihat hebat, tetapi secara praktikalnya mereka tidak mengamalkan what was being preached (apa yang diucapkan). Malangnya orang BN nampaknya termakan serangan-serangan nilai sehingga rasa rendah diri kononnya pembangkang lebih (mulia) noble ideanya. Bagaimana Datuk Seri melihat perkara ini?

Pembangkang pandai memberi gambaran bahawa mereka memperjuangkan sesuatu yang lebih indah daripada BN. Mereka cuba occupy the high level ground tapi dari segi action, tindakan mereka banyak yang inconsistent and contradiction (tidak konsisten dan bercanggah), yang perlu kita highligh-kan. Dalam ucapan saya akan sebut juga satu dua perkara.

Bukan mudah hendak jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang inklusif. Melihat kepada perkara-perkara yang terjadi semasa pilihan raya umum lepas, bagaimana Datuk Seri melihat tentang healing action (tindakan penyembuhan) dalam konteks pengukuhan negara?

Sebab itu saya lancarkan Gagasan 1Malaysia, dengan pengertian dan nilai-nilai yang berkaitan 1Malaysia. Saya tidak melihat 1Malaysia sebagai satu prakarsa atau usaha cyclical hanya untuk PRU-13, tetapi ia adalah suatu keperluan dalam konteks nation building (pembinaan negara). Jadi kalau kita berpegang kepada Gagasan 1Malaysia berserta Perlembagaan dan Rukun Negara, saya percaya kita akan dapat mengukuhkan national unity dan national harmony.

Datuk Seri, dalam PRU-13 lepas, UMNO mendapat sokongan majoriti Melayu tetapi kurang mendapat sokongan orang bukan Melayu. Melihat perkara ini, adakah Gagasan 1Malaysia akan diteruskan atau akan ada perubahan-perubahan tertentu?

Tidak ada masalah apa yang kita lakukan sekarang ini. Pemerkasaan ekonomi bumiputera (termasuk bukan Islam di Sabah dan Sarawak), bagi kelompok minoriti, kita perlu beri perhatian. Macam orang India, kita ada program khas untuk mereka dan kita tidak mengambil tindakan yang boleh menyakitkan hati kaum Cina. Waima apa keputusan yang telah dibuat, sebab itu adalah pilihan yang dibuat dalam proses demokrasi.

Tapi kita harap bahawa masa depan negara kita ini adalah lebih terjamin dengan dasar-dasar yang sederhana, progresif, inklusif dan lebih adil yang diperjuangkan oleh UMNO.

Adakah Datuk Seri yakin menjelang PRU-14, kerajaan BN ada masa untuk meyakinkan masyarakat Cina bahawa BN pilihan yang terbaik buat mereka?

Kita harus berusaha ke arah itu. Ini bukan sahaja soal PRU tetapi dalam konteks nation building kita tidak mahu kerenggangan antara orang Melayu dan orang Cina ini akan menjadi sesuatu yang boleh divide us (memecahbelahkan kita). Tapi kita mesti cari kaedah dan cara di mana kita boleh merapatkan hubungan antara kaum di negara kita kerana masa depan negara kita ini terlalu besar nilainya.

Pelbagai usaha telah dibuat untuk meyakinkan bahawa UMNO turut menjuarai kaum-kaum lain, tetapi seolah-olah tidak nampak di mata rakyat. Jadi bagaimana langkah UMNO untuk menonjolkan imej itu secara lebih jelas?

Kita kena banyakkan lagi aktiviti bersifat (bertemakan) BN. BN di akar umbi kadang-kadang tak aktif, jarang adakan mesyuarat. Jadi kalau boleh kita gerakkan BN (peringkat) bahagian ini, (they are) more or less dormant (tidak aktif), dekat pilihan raya baru bergerak. Jadi kita hendak tampilkan program-program yang bersifat BN di samping program yang dibuat oleh UMNO.

Perhimpunan Agung UMNO kali ini diadakan selepas pilihan raya umum dan mendapat mandat daripada parti. Apakah mesej utama yang Datuk Seri hendak sampaikan kepada perwakilan?

Soal cabaran masa depan, parti, Melayu, Islam dan negara pada keseluruhannya. Saya hendak bawa ahli UMNO melihat ke hadapan. Ucapan saya akan bertumpu kepada cabaran masa depan, bukan hanya kejayaan yang diketahui umum malah apresiasi atas kejayaan itu perlu kita sebutkan juga.

Maknanya ia seiring dengan sifat orang muda yang suka melihat ke depan daripada mendengar cerita yang sudah menjadi sejarah?

Hakikatnya bukan saja orang muda. Orang pelbagai umur pun suka lihat kepada masa depan. Mereka hendak tahu apakah hala tuju, ke arah mana UMNO akan bawa negara dan sama ada visi kita ke arah masa depan itu meyakinkan mereka atau sebaliknya. Ini yang mesti kita bentangkan, paparkan.

Pelbagai langkah diambil oleh kerajaan untuk memperkasa kedudukan ekonomi bumiputera. Adakah perkara itu masih akan disentuh dalam ucapan dasar Presiden?

Ya, saya akan sebut sebab masalah ini dua. Satu, masalah structural change (perubahan struktur) yang ini diwarisi sejak zaman penjajah dahulu, melalui dasar pecah dan perintah yang menyebabkan kelemahan struktur yang memakan masa untuk dibetulkan.

Yang kedua soal untuk membangunkan atau memperkukuhkan budaya kita dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin kompetitif, memakan masa untuk dibangunkan.

Apa yang Datuk Seri harap dapat dicapai pada akhir perhimpunan ini?

Saya berharap bahawa ahli UMNO akan kembali dengan keyakinan bahawa kita berada atas landasan yang betul dan perlu memberi sokongan dan kepercayaan kepada kepimpinan UMNO untuk membawa negara kita ke arah pengisian wawasan dan matlamat yang kita sama-sama inginkan.

Keduanya, saya mengharapkan ahli UMNO merasakan bahawa proses transformasi ini perlu berlaku pada diri mereka juga. Ia tidak boleh hanya pada peringkat dasar atau organisasi, tetapi akhirnya kepada ahli-ahli UMNO sendiri, mesti merasakan bahawa mereka juga perlu mencerminkan transformasi yang kita kehendaki barulah transformasi UMNO akan sampai ke penghujungnya.

Satu wadah terbaik untuk UMNO mendapat sokongan bukan Melayu ialah semasa perhimpunan agung itu sendiri. Tetapi malangnya perwakilan bila berucap seolah-olah hanya menjuarai kaum Melayu dan melupakan rakan-rakan kaum lain. Adakah kali ini kita akan melihat perbezaan dari aspek itu?

Kita menghadapi keadaan di mana wakil yang berucap mewakili (badan) perhubungan masing-masing dan lebih fokus kepada isu yang dekat di hati mereka.

Tetapi kita akan memberi nasihat supaya jangan bercakap sesuatu yang boleh menyakiti hati bukan Melayu dan tidak menjadikan forum ini medan menyerang yang lain.

Kita hendak menggambarkan UMNO ini bersikap inklusif. Walaupun kita ini parti bumiputera tetapi kita mesti anggap bahawa UMNO ini juga membawa kaum-kaum lain ke arah masa depan yang lebih terjamin lagi.

Di akhir Perhimpunan Agung, apakah isyarat utama yang perlu dihantar oleh perwakilan kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia?

Bahawa parti UMNO adalah parti harapan untuk negara kita bukan sahaja untuk Melayu dan untuk orang Islam tetapi untuk negara pada keseluruhan. Dan kita mesti menggambarkan bahawa kita ini parti yang sentiasa mendahulukan rakyat dalam semua hal. Yang pentingnya ialah kita conscious (peka) dengan kehendak rakyat, we must be the peoples party.

Sokongan Malaysia sangat penting

Posted: 02 Dec 2013 10:35 AM PST

KETUA Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal mengetuai delegasi pergerakan tersebut ke Forum Antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur mulai 2 hingga 3 Disember ini.

Dalam wawancara eksklusif bersama wartawan Utusan Malaysia, HUSSAINI AMRAN dan jurugambar, MOHD. NAIM AZIZ di Kuala Lumpur, semalam, Khaled berkongsi pandangannya tentang isu sekatan terhadap Gaza serta sokongan pemimpin dan rakyat Malaysia terhadap Palestin.

Beliau juga menjelaskan secara ringkas tentang perkembangan proses perdamaian nasional antara Hamas dan Fatah serta harapan beliau berhubung masa depan Palestin.

UTUSAN: Gaza telah dikenakan sekatan oleh Israel dan sekutu-sekutunya sejak beberapa tahun lalu. Pandangan tuan terhadap sekatan tersebut?

KHALED: Kita tahu sekatan Israel ke atas Gaza bermula pada 2006 selepas Hamas memenangi pilihan raya seterusnya membentuk kerajaan di Palestin. Sekatan itu seolah-olah hukuman daripada masyarakat antarabangsa, menunjukkan sikap dwistandard mereka dan bertentangan dengan prinsip demokrasi. Kami dihukum kerana memilih demokrasi. Namun, kami masih cekal dan dapat bertahan dalam menghadapi sekatan tersebut.

Kami masih menerima kepercayaan penduduk Gaza dan masih memiliki legitimasi politik dalam menghayati perjuangan ini. Walaupun sekatan yang dikenakan sangat ketat, kerajaan pimpinan Hamas di Gaza masih bertahan dan mengekalkan hubungan rapat dengan rakyat. Ini tidak bermakna krisis kemanusiaan di Gaza telah berakhir kerana kami masih menderita. Bagaimanapun, kami tidak akan tunduk kepada segala tekanan yang bertujuan merampas kebebasan kami.

Bagaimana tentang hubungan antara Hamas dengan kerajaan-kerajaan lain di Asia Barat selepas fenomena Arab Spring melanda rantau itu?

Hamas mempunyai hubungan kukuh dengan negara-negara Arab yang berjiran dengan Palestin dan juga dengan negara-negara Islam yang lain. Kami mempunyai rangkaian hubungan luar yang baik. Hamas mengekal dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain. Semua pihak tahu kami memberi keutamaan kepada masa depan Palestin lebih-lebih lagi selepas beberapa siri serangan yang dilancarkan oleh Israel.

Selepas fenomena Arab Spring, Hamas beralih kepada spektrum dan horizon baharu lebih-lebih lagi dengan Mesir dan negara-negara lain yang mengalami transformasi politik. Namun, terdapat perubahan dari segi hubungan kami dengan Syria dan kami menganggapnya sebagai sesuatu yang normal. Hamas lebih berminat untuk menjalinkan hubungan baik dengan mana-mana negara yang difikirkan memberi manfaat kepada semua pihak.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan lawatan rasmi ke Gaza pada Januari lalu. Pandangan tuan tentang kesan lawatan itu terhadap hubungan antara Malaysia dan Palestin?

Tidak dinafikan, lawatan Najib ke Gaza itu merupakan satu tindakan yang berani. Rakyat Palestin sangat menghargainya terutama oleh Hamas dan penduduk Gaza. Ia merupakan simbol solidariti kepada rakyat Palestin yang menderita ekoran sekatan terhadap Gaza. Pemimpin-pemimpin yang mengunjungi kami telah menunjukkan prinsip dan pendirian yang berani. Kami berharap mereka akan terus mengunjungi Gaza supaya masyarakat dunia mengetahui betapa buruknya kesan sekatan itu terhadap rakyat. Kami berharap rakyat Malaysia dan para pemimpin mereka meneruskan sokongan terhadap Palestin. Kami percaya lawatan Najib itu telah memperkukuhkan ikatan persahabatan antara Hamas dan Malaysia serta rakyat di kedua-dua negara.

Apakah bentuk bantuan yang diharapkan Hamas daripada Malaysia?

Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju, kuat serta telah menempa pelbagai kejayaan. Rakyat Palestin sentiasa menghargai sokongan Malaysia lebih-lebih lagi dalam keadaan kami berdepan dengan kekejaman Israel. Kami berharap hubungan antara kedua-dua belah pihak akan pergi lebih jauh lagi. Segala bentuk bantuan sama ada dari segi kewangan, material, politik dan moral amat dialu-alukan.

Kami terpaksa hidup menderita akibat kezaliman dan pembunuhan yang dilakukan oleh Israel. Keadaan ini bertambah buruk dengan proses pengyahudian yang dijalankan di Jerusalem. Beribu-ribu rakyat kami masih dalam tahanan dan ramai yang telah dibunuh. Penduduk Jerusalem sentiasa diganggu dan Israel yang secara berterusan cuba mengubah wajah bandar suci itu.

Lebih malang lagi, pada masa ini, Israel sedang berusaha membahagikan Masjid Al-Aqsa kepada penduduk Islam dan Yahudi. Ini merupakan satu penghinaan kepada bandar yang dianggap oleh umat Islam sebagai ketiga paling suci. Kami menganggapnya sebagai ancaman kepada simbol keagamaan yang penting kepada umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.

Sokongan dan solidariti rakyat Malaysia dalam menghadapi ancaman ini adalah sangat penting. Kami sangat berharap rakyat Malaysia yang berbeza latar belakang agama dan kaum akan bersatu dalam menyokong perjuangan kami membebaskan Palestin. Insya-Allah.

Perbincangan tentang perdamaian nasional di Palestin antara Hamas dan Fatah telah kedengaran sejak beberapa tahun lalu. Apakah perkembangan proses tersebut?

Perpecahan yang berlaku di Palestin bukan pilihan kami. Gejala itu berlaku akibat campur tangan pihak luar selepas Hamas memenangi pilihan raya di Palestin. Amerika Syarikat (AS), Israel dan beberapa kuasa dunia yang lain menolak keputusan pilihan raya yang dilakukan secara demokratik. Campur tangan pihak luar menyebabkan proses perdamaian nasional di Palestin tertangguh sehingga kini.

Sejak 2007, Hamas dan Fatah telah mengadakan banyak perbincangan dan perjanjian-perjanjian yang dimeterai di beberapa negara Arab lain. Malangnya, perjanjian-perjanjian tersebut masih belum dapat direalisasikan. Antara sebabnya mungkin berpunca daripada faktor dalaman. Tetapi, sebab yang paling besar adalah campur tangan AS dan kuasa veto yang digunakan terhadap kami.

Kami berazam untuk menjadikan perdamaian nasional itu satu realiti. Perpaduan rakyat Palestin sememangnya amat penting. Kami tidak berupaya menentang Israel sekiranya tidak bersatu. Kami akan meneruskan segala usaha yang telah dijalankan oleh negara-negara Arab dan Islam berhubung proses perdamaian nasional ini.

Harapan tuan terhadap masa depan Palestin.

Kami percaya akan beroleh kejayaan dalam menentang Israel dan berjaya mengatasi segala halangan. Kami menyedari imbangan kuasa dunia tidak memihak kepada Palestin, dunia Arab dan umat Islam. Rejim Zionis sedang mencemarkan tempat-tempat yang dianggap suci oleh umat Islam di Palestin. Bagaimanapun, kami tidak pernah berputus asa dalam usaha menamatkan cengkaman Israel terhadap Palestin.

Kami mengambil inspirasi perjuangan rakyat di negara-negara Amerika Selatan dan Vietnam yang berjaya menewaskan kuasa-kuasa besar yang cuba menjajah mereka. Kami akan membebaskan negara kami dan menubuhkan sebuah negara Palestin yang berdaulat. Kami bukan bangsa yang suka berperang dan ganas. Kami mencintai kedamaian namun kami tidak akan menyerahkan kebebasan yang dimiliki.

Rakyat Palestin mahu merdeka dan membangun seperti negara-negara lain yang demokratik. Kami mahu menyumbang kepada peradaban dunia. Kami tidak pernah memusuhi mana-mana pihak semata-mata kerana perbezaan agama. Rakyat Palestin cuma mempertahankan hak mereka dan Allah SWT tidak akan membiarkan kami bersendirian dalam perjuangan ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


HTC perkenal One Max

Posted: 01 Dec 2013 11:50 PM PST

Oleh NOOR DIANA AZIS
Gambar MOHD NAIM AZIZ

SYARIKAT pemimpin global dalam inovasi mudah alih HTC baru-baru ini memperkenalkan siri baru dalam rangkaian HTC One yang masih mengekalkan tiga aplikasi unggul sense iaitu BlinkFeed, Zoe dan BoomSound.

Dikenali sebagai HTC One Max, syarikat terbabit menampilkan peranti tersebut yang diperhebatkan dengan aplikasi baharu iaitu pengimbas cap jari yang digabungkan dengan Sense 5.5 bagi memberi pengalaman berbeza kepada pengguna.

Pengurus Negeri HTC Malaysia, SK Wong berkata, peranti tersebut dibina dengan empat ciri terbaharu berdasarkan maklum balas pengguna terhadap dua telefon pintar bagi siri sama sebelum ini.

"One Max dikuasakan oleh pemproses empat teras 1.7 giga herz dan dijana oleh sistem operasi Android 4.3 beserta teknologi HTC Sense 5.5.

"Di samping itu, di turut dilengkapi oleh fungsi terbaharu iaitu pengimbas cap jari sekali gus memberikan pengguna pengalaman guna pakai yang tidak terdapat pada peranti lain sepertinya," katanya ketika majlis pelancaran HTC One Max di ibu negara baru-baru ini.

Teknologi yang dibina pada belakang peranti itu membolehkan pengguna mengimbas cap jari untuk mengunci atau membuka skrin dengan mudah dan cepat selain dapat melancarkan sehingga tiga aplikasi dalam satu masa.

One Max turut disokong oleh ciri Near Field Communicator (NFC) untuk fungsi satu sentuhan selain bentuk fizikal yang nipis dengan skrin paparan seluas 5.9 inci berdefinisi penuh 1080 hanya seberat 217 gram.

HTC One Max kini sudah boleh diperolehi di pasaran negara pada harga RM 2,499 dan kepada mereka yang inginkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.htc.com atau laman sosial Facebook HTC di www.facebook.com/HTCMalaysia.

Tablet untuk kanak-kanak

Posted: 01 Dec 2013 11:50 PM PST

KUALA LUMPUR , 21 NOVEMBER 2013- Model cilik , adik Crystal Lee memegang Samsung Galaxy Tab 3 Kids di Berjaya Times Square.

PENGGUNAAN peranti seperti tablet atau telefon bimbit pintar kini bukan sahaja terhad kepada golongan dewasa malah turut mempengaruhi minat golongan kanak-kanak.

Justeru ada segelintir ibu bapa yang bimbang akan 'ketaksuban' anak-anak sehingga terlepas dari perhatian mereka.

Menyedari akan keluhan golongan ibubapa, Samsung Electronics sekali lagi menjadi peneraju pasaran gajet pintar dengan memperkenalkan peranti khusus untuk kanak-kanak berusia antara tiga hingga sembilan tahun.

Mempertaruhkan Galaxy Tab 3 Kids, Pengarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mudah Alih Samsung Electronics Malaysia, Vincent Chong berkata, peranti tablet berskrin TFT 7 inci itu dikuasakan oleh pemproses teras berkembar 1.2 giga herz.

"Galaxy Tab 3 Kids diperkenalkan sebagai jawapan kepada kebimbangan ibu bapa terhadap pendedahan anak-anak kepada kandungan negatif alam siber.

"Peranti yang dipacu oleh sistem operasi Android 4.1 itu turut didatangkan dengan perisian kawalan Pengurus Aplikasi (Application Manager) dan Pengurus Masa (Time Manager) selain Antara Muka Pengguna (Graphic User Interface, GUI) yang mesra kanak-kanak," katanya ketika majlis memperkenalkan peranti tersebut di ibu negara baru-baru ini.

Selain itu katanya, tablet tersebut turut didatangkan dengan Stylus C Pen dan sistem navigasi sentuh dan sapu (touch and swipe) yang mudah bagi membolehkan kanak-kanak menikmati pengalaman yang menakjubkan.

Dengan isi kandungan yang menjurus kepada sistem pembelajaran, Galaxy Tab 3 Kids ini diasaskan untuk belajar dan bergembira selain dapat membantu ibu bapa menghindarkan anak-anak daripada kandungan negatif alam siber.

Peranti yang mempunyai kamera hadapan 3 mega piksel dan belakang 1.3 mega piksel itu disertakan dengan bateri Ion Lithium berkuasa 4,000 mAh selain turut dibina dengan memori dalaman 8 gigabit (GB) yang disokong oleh 1 GB RAM.

Galaxy Tab 3 Kids ini sudah berada di pasaran dengan harga pengenalan RM799 dengan memperkenalkan satu warna ceria iaitu kuning cerah.

Bagi pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.samsung.com/my.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Artis veteran perlu dihargai - Rais

Posted: 02 Dec 2013 10:35 AM PST

Rais Yatim (dua dari kanan) bersama Freddie Fernandez (empat dari kanan), Mariani (tiga dari kanan) dan Sarimah Ahmad (kiri) ketika melawat dan menyampaikan sumbangan Karyawan kepada Aziz Sattar (kanan) di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Penasihat Sosio Budaya kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim mahu masyarakat umum lebih prihatin terhadap nasib yang menimpa golongan seniman dan seniwati veteran tanah air.

Katanya, golongan itu telah banyak berjasa kepada pembangunan negara melalui bidang yang mereka ceburi dan sewajarnya diberi penghargaan serta pengiktirafan atas sumbangan tersebut.

"Antaranya, Datuk Aziz Sattar merupakan individu yang banyak berjasa kepada negara dan dia boleh diibaratkan sebagai sebuah institusi penting dalam bidang seni.

"Sewajarnya, insan seni seperti beliau tidak dilupakan begitu sahaja terutamanya pada waktu mereka memerlukan," katanya ketika berkunjung ke rumah seniman tersebut di Bandar Tun Hussein Onn, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez, seniwati Mariani dan Datuk Sarimah Ahmad.

Sementara itu, Aziz menjelaskan kesihatannya semakin terjejas sejak beberapa bulan lalu akibat saluran jantung tersumbat.

"Saya sudah mendapat sakit ini sejak setahun lebih lalu namun beberapa bulan ini ia semakin menimbulkan masalah seperti kaki yang membengkak dan tidak boleh berdiri terlalu lama.

"Saya bersyukur dengan kunjungan dan sumbangan yang diberi ini dan berharap ia dapat memberi sokongan dan semangat untuk saya kembali pulih," ujarnya yang kini menetap bersama anak bongsunya, Sandakiah Aziz, 45.

Selain menziarah, pihak Karyawan turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Aziz untuk membantunya menampung kos perubatan.

Betty Banafe selamat lahirkan bayi perempuan

Posted: 02 Dec 2013 03:26 AM PST

Oleh GARRET DAWUM

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Pelakon dan penyanyi, Betty Banafe, 34, selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.9 kilogram di Hospital Pakar KPJ, Damansara pada pukul 7 pagi semalam.

Menurut Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, dia terkejut dengan kelahiran cahaya matanya itu kerana sebelum ini dia dijangka bersalin pada 22 Disember ini.

"Saya tidak menyangka akan bersalin awal padahal saya masih lagi dalam penggambaran.Tetapi saya bersyukur kerana bayi saya sihat dan saya juga selamat.

"Buat masa ini, bayi saya masih lagi dalam pengawasan doktor kerana dia tidak boleh menyusu badan sangat," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Tambah Betty yang masih mendapat rawatan di hospital berkenaan, suaminya, Bruce Dargus adalah orang yang paling gembira sekali dengan kelahiran anak sulung mereka itu.

"Suami saya sangat seronok apabila saya sudah bersalin. Namun, saya kasihan melihatnya yang terpaksa meminta cuti secara mengejut," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Usahawan keropok lekor

Posted: 01 Dec 2013 11:50 PM PST

Proses pembungkusan dilakukan berhati-hati bagi menjamin kualiti keropok lekor berada dalam keadaan yang baik.

Biarpun kedengaran agak janggal bagi sesetengah daripada kita kerana kontraktor dan perusahaan makanan merupakan dua perkara yang berbeza. Namun, tidak bagi Zainal Abidin kerana bagi beliau, kedua-duanya membabitkan perniagaan.

Segalanya bermula apabila isterinya menyertai kursus membuat keropok lekor yang akhirnya menimbulkan minat mereka berdua untuk mengusahakan produk makanan tersebut.

Menurut Zainal Abidin yang juga merupakan pengarah, Keropok House dan Industry Sdn. Bhd., berbekalkan modal pendahuluan RM50,000 dia dan isteri membuka sebuah kilang kecil di kawasan perindustrian Glenmarie di Shah Alam, Selangor.

"Pada ketika itu (peringkat awal) saya masih meneruskan perniagaan sebagai seorang kontraktor sehinggalah perniagaan berkembang maju akhirnya saya mengambil keputusan untuk fokus dalam perusahaan keropok lekor sejuk beku ini.

"Semasa di peringkat awal perusahaan, saya banyak dibantu oleh agensi-agensi kerajaan terutamanya Jabatan Perikanan Malaysia" katanya ketika ditemui di kilang keropok lekor sejuk beku miliknya di Shah Alam, Selangor pada program Kembara Media Perikanan yang diadakan baru-baru ini.

Ujar Zainal Abidin, mengusahakan produk makanan lebih mudah berbanding bidang kontraktor kerana aliran wang tunai diperoleh setiap hari. Manakala bayaran bagi bidang kontraktor adalah berdasarkan projek yang dilaksanakan.

Ketika ditanya mengapakah memilih keropok lekor berbanding produk makanan lain, Zainal Abidin menjelaskan, ketika berkursus di bawah seliaan Jabatan Perikanan, jabatan tersebut lebih menumpukan kepada produk berasaskan ikan.

Setelah menjalani beberapa kursus pembuatan makanan berasaskan ikan, akhirnya Zainal Abidin memilih perusahaan keropok lekor kerana produk tersebut masih kurang diusahakan di sekitar Selangor.

Perusahaan keropok lekor Zainal Abidin terus berkembang, mendorongnya membuat keputusan untuk terjun terus ke bidang tersebut dan terus mengikuti pelbagai lagi kursus di bawah seliaan Jabatan Perikanan dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Selain kursus, Zainal Abidin turut menerima bantuan peralatan pemprosesan keropok lekor, bantuan pemasaran daripada jabatan dan promosi produk menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Kini Zainal Abidin telah berpindah ke lokasi yang lebih baik dan kadar pengeluaran keropok lekornya juga dapat dipertingkatkan antara 45 hingga 55 tan sebulan.

Kebanyakan produk Keropok House & Industry Sdn. Bhd. dipasarkan di pasar malam, kedai makanan sejuk beku, pasar raya, malah turut berjaya menembusi pasaran luar negara seperti ke Brunei dan juga Singapura.

Antara cabaran menghasilkan produk makanan berasaskan ikan seperti keropok lekor pastinya stok bahan mentah atau isi ikan.

Jelas Zainal Abidin, dia mendapatkan stok bahan mentah berupa isi ikan yang dikenali sebagai oto shimi di sekitar Sungai Besar, Selangor dan juga Pantai Remis, Perak.

Selain menghasilkan keropok lekor, Zainal Abidin kini mula mempelbagaikan produk antaranya otak-otak dan bebola ikan bagi mengurangkan persaingan dengan pengusaha keropok lekor yang semakin bertambah di Selangor.

- ASHRIQ FAHMY AHMAD

Mendepani cabaran masa depan

Posted: 01 Dec 2013 11:50 PM PST

ZAINAL Abidin Abu Samah menunjukkan keropok lekor yang dihasilkan oleh kilangnya.

Dalam perniagaan cabaran dan dugaan sentiasa bersilih ganti mewarnai kehidupan para usahawan sebelum diganti dengan ganjaran yang cukup lumayan.

Perkara yang sama turut dilalui oleh pengusaha keropok lekor sejuk beku Zainal Abidin Abu Samah yang sudah lali dengan pelbagai dugaan dan cabaran dunia perniagaan.

Ujarnya, ketika awal penubuhan syarikat Keropok House & Industry Sdn. Bhd. pasaran keropok lekor sangat memberangsangkan dan mereka tidak menang tangan menerima tempahan pelanggan.

"Namun permintaan yang tinggi daripada orang ramai terhadap menyebabkan pengusaha keropok lekor sejuk beku tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

"Kini, di sekitar Selangor sahaja hampir 17 buah syarikat dikenal pasti mengusahakan produk yang sama," katanya ketika ditemui di kilangnya.

Selain persaingan daripada pengusaha keropok lekor sekitarnya, kos bahan mentah yang meningkat saban hari serta kekurangan pekerja tempatan juga turut memeningkan kepala.

"Kenaikan bahan mentah buat masa kini masih tidak menentu menyebabkan pihak kami terpaksa menyerap segala kos.

"Untuk menaikkan harga produk tidak mudah kerana mungkin kos bahan akan terus meningkat menjadikan kenaikan harga yang berulang-ulang akan berlaku," katanya.

Jika kejadian tersebut berlaku, bukan sahaja pelanggannya akan terasa kenaikan tersebut malah pihaknya juga kemungkinan besar akan menanggung kerugian yang lebih besar.

Oleh yang demikian pihaknya masih bertahan sehingga pertengahan tahun hadapan untuk menentukan kadar harga yang berpatutan sejajar dengan kenaikan kos bahan mentah.

"Kita tidak boleh menaikan harga produk terlalu mendadak dan kerap, justeru kita mesti menilai keadaan semasa (harga bahan mentah), apabila keadaan telah stabil baru keputusan tersebut dibuat (kenaikan harga)," katanya.

Di tanya tentang perancangan masa hadapan, Zainal memberitahu dia ingin membesarkan perniagaanya dan mempelbagaikan jenis produk.

"Jika sekarang kita hanya mengeluarkan keropok lekor dengan perasa asli (ikan) sahaja, mungkin kami akan cuba menambah lain-lain perisa seperti perisa sotong dan udang untuk menarik minat pelanggan.

"Kami pernah mencuba kaedah tersebut (pelbagaikan perisa) namun ia tidak mendapat sambutan, mungkin kaedah promosi yang tidak sesuai atau penerimaan pelanggan yang kurang," katanya.

Biarpun begitu, cabaran tersebut bukan alasan untuk dia berdiam diri tanpa melakukan sesuatu untuk mengembangkan perniagaanya.

Zainal yang juga merupakan pengarah syarikat tersebut turut melakukan pelbagai kajian dan pengembangan (R&D) berkaitan inovasi produk-produknya.

Baginya, cabaran di dalam dunia perniagaan merupakan liku-liku yang perlu dilalui oleh pengusaha bagi memastikan perniagaan mereka dapat terus maju.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved