Isnin, 2 Disember 2013

Utusan Online - Rekreasi


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Pertandingan lontar labu cabar kreativiti

Posted: 01 Dec 2013 05:13 AM PST

Susunan MOHD. HASRIQ AMIRUDDIN

SEORANG kanak-kanak mencuba nasib melastik sebiji labu untuk melepasi jarak 1.6 kilometer. - AGENSI

MANUSIA sering kali membuat penemuan baharu dalam bidang sains dan tidak salah kalau dikatakan antara pencapaian terhebat tamadun manusia adalah kejayaan menghantar angkasawan ke bulan.

Namun, di sebalik pelbagai pencapaian hebat itu, percayakah anda bahawa tidak ada seorang pun individu berjaya melontar atau melancarkan sebiji labu melebihi jarak satu batu atau 1.6 kilometer dengan pelbagai cara tanpa menggunakan tenaga elektrik dan bahan letupan.

Di Amerika Syarikat, satu pertandingan yang diadakan pada November setiap tahun, dikenali sebagai Punkin Chunkin menguji kepintaran dan kehebatan peserta dalam menentang teori fizik semata-mata mahu melontar atau melancarkan buah labu sejauh yang mampu.

Bertempat di Bridgeville, Delaware, acara tahunan yang bermula sejak 1986 itu menyaksikan peserta menampilkan kepakaran masing-masing dalam bidang kejuruteraan untuk membina pelbagai pelancar labu bagi mencatat rekod lontaran mencapai 1.6 kilometer atau lebih jauh.

Kreativiti peserta benar-benar diuji dalam usaha menghasilkan pelancar labu terbaik dengan ada diantaranya tampil menggunakan kaedah kejuruteraan klasik seperti teknik melastik, kilasan dan daya emparan sehingga teknologi moden iaitu meriam angin.

Selain tujuan keseronokan, para peserta juga teruja untuk mencuba nasib memecah misteri yang menyatakan labu tidak boleh dilontar lebih 1.6 kilometer.

Malah penganjuran tahun ini lebih mengujakan apabila tiga hos rancangan terkenal Mythbusters turut sama bertanding.

Tory Belleci, Kari Byron dan Grant Imahara menyertai pertandingan terbabit baru-baru ini, namun enggan mendedahkan keputusan yang mereka perolehi kerana ia akan disiarkan dalam program khas sains yang mengisahkan Punkin Chunkin.

Rekod sebelum ini dicatat oleh pasukan meriam angin dari Virginia dengan jarak 1,502 meter, hampir mencecah 1.6 kilometer.

Pertandingan anjuran Persatuan Kejohanan Dunia Punkin Chunkin (WCPCA) itu menyaksikan penyertaan kira-kira 80,000 orang dari 72 pasukan kejuruteraan yang berentap melontar labu seberat kira-kira 4.5 kilogram.

Nilai kutipan tiket yang dikenakan sebanyak A$10 (RM32) seorang mencecah kira-kira AS$100,000 (RM320,000) setiap kali kejohanan dan separuh daripada kutipan tersebut akan disalurkan kepada rumah kebajikan dan dana pembiayaan pendidikan tempatan.

WCPCA menetapkan beberapa syarat iaitu berat labu mestilah di antara 3.6 hingga 4.5 kilogram dan buah tersebut perlu dalam keadaan baik sebelum terhempas ke tanah.

Mesin pelontar yang digunakan peserta juga tidak boleh melepasi garisan tembakan dan sebarang bentuk gumpalan yang boleh menambah berat labu juga tidak boleh digunakan.

Setiap alat lontaran hanya boleh menggunakan satu daripada alatan berikut iaitu spring, tali getah, udara atau peranti lain yang hanya mempunyai kekuatan seorang manusia biasa.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved