Isnin, 2 Disember 2013

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Bahu jalan terus jadi sasaran

Posted: 02 Dec 2013 10:35 AM PST

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

Kenderaan yang diletakkan secara berlapis merupakan pemandangan biasa yang dilihat di pangsapuri Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Tempat letak kereta yang tidak mencukupi terus mendatangkan masalah kepada penduduk dan pengunjung di Bandar Sri Permaisuri di sini.

Ini dapat dilihat melalui kenderaan yang diletakkan di bahu-bahu jalan utama sekitar bangunan premis dan pangsapuri berhampiran.

Malah terdapat pengunjung terpaksa berjalan kaki jauh kerana meletakkan kenderaan lebih satu kilometer dari lokasi dituju.

Tinjauan Utusan Malaysia ke Bandar Sri Permaisuri baru-baru ini mendapati, limpahan kenderaan memenuhi bahu-bahu jalan utama di kawasan itu.

Keadaan itu didapati menganggu kelancaran lalu lintas di situ sehingga ada pemilik kenderaan yang membunyikan hon berkali-kali.

Selain Jalan Sri Permaisuri 1, Jalan Sri Permaisuri 2, Jalan Sri Permaisuri 3 dan Jalan Sri Permaisuri 4 turut menjadi sasaran pemilik meletakkan kenderaan mereka.

Utusan Malaysia difahamkan, 90 peratus daripada kenderaan yang diletakkan di bahu-bahu jalan tersebut milik penghuni pangsapuri berhampiran.

Antaranya, Pangsapuri Sri Penara, Pangsapuri Cemara, Kondominium Cengal, Pangsapuri Cendana dan beberapa perumahan lain.

Penduduk mendakwa, tindakan mereka meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan berhampiran perumahan kerana tidak ada pilihan lain.

Ini kerana perumahan tersebut hanya menyediakan satu petak kenderaan untuk penghuni setiap unit.

Dakwa penduduk lagi, selain tindakan penguatkuasaan, mereka terpaksa berhadapan dengan risiko kenderaan mungkin dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

Ini kerana tidak ada sebarang kawalan bagi menjamin keselamatan kenderaan yang diletakkan di bahu-bahu jalan.

Apa pilihan yang kami ada - Penghuni

Posted: 02 Dec 2013 10:35 AM PST

KUALA LUMPUR 2 Dis. - ''Bukan tidak pernah memikirkan tentang keselamatan kenderaan kami, tetapi apa pilihan yang kami ada."

Itu diluahkan, Hisham Abdul Razak, 38, ketika ditanya mengenai tindakan beraninya meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan di kawasan perumahan di Bandar Sri Permaisuri di sini.

Menurutnya, kemungkinan risiko kenderaan dirosakkan termasuk cermin dipecahkan dan kenderaan dilanggar di situ amat tinggi.

"Keadaan ini membuatkan kami benar-benar tertekan dan memutuskan untuk keluar rumah menggunakan kereta hanya jika melibatkan hal-hal penting dan kecemasan sahaja,"katanya yang menetap di Pangsapuri Cengal itu.

Katanya, sebagai penduduk di kawasan perumahan itu, dia amat berharap pihak berkuasa tempatan dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.

Turut berkongsi perasaan sama, penghuni Pangsapuri Sri Penara, Zainal Omar, 64,.

Dia berkata, sekiranya mempunyai sebarang urusan pada sebelah petang dia terpaksa meminta pertolongan saudara mara atau rakan terdekat.

"Bukan tidak mahu membawa kereta sendiri, tetapi apabila memikirkan betapa susahnya untuk mendapat petak meletak kenderaan apabila pulang nanti ia cukup memberi tekanan,"katanya.

Zainal yang menetap di pangsapuri berkenaan sejak 2003 itu berkata, masalah yang dialami mereka tidak pernah selesai.

Sebaliknya keadaan bertambah teruk selepas kerja-kerja pembinaan dua blok tambahan pangsapuri berhampiran siap kira-kira dua bulan lalu.

Bagi penghuni Pangsapuri Cengal, Nadia Salasawati Mohd. Kassim, 29, akibat daripada masalah itu juga dia dan penghuni lain lebih berminat menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan transit aliran ringan (LRT) untuk ke mana-mana terutama ke pusat bandaraya.

"Saya memiliki lebih sebuah kereta, tetapi tidak dapat meletakkan kedua-duanya di dalam kawasan perumahan sebaliknya diletakkan di Jalan Permaisuri 3.

"Kebimbangan sentiasa ada jika kereta dirosakkan atau hilang, namun saya sentiasa berdoa agar semua itu dijauhkan,"katanya.

DBKL cadang tambah tempat letak kereta di Bandar Sri Permaisuri

Posted: 02 Dec 2013 10:35 AM PST

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam perancangan untuk mewujudkan tempat meletak kereta awam baharu di Bandar Sri Permaisuri, dekat sini.

Pengurus Perancangan Korporatnya, Dr. Ismail Stapa berkata, ia bagi menangani masalah bahu-bahu jalan utama di kawasan komersial dan perumahan di s itu terus dijadikan sasaran meletakkan kenderaansecara haram.

Menurutnya, pihak DBKL juga akan melihat beberapa kawasan lapang di kawasan berkenaan yang sesuai dijadikan tempatletak kereta.

" DBKL memahami kesukaran penghuni dan pengunjung untuk meletak kenderaan masing-masing di kawasan perumahan sekitar akibat petak letak kereta terhad, jadi perancangan untuk mengatasi masalah itu memang ada," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas mengenai masalah tempat letak kereta yang semakin kritikal di Bandar Sri Permaisuri di sini sehingga bahu-bahu jalan utama dijadikan sasaran.

Penduduk mendakwa selain berhadapan dengan tindakan saman, mereka juga bimbang terhadap keselamatan kenderaan yang diletakkan di bahu-bahu jalan berhampiran.

Tambah Ismail, bagaimanapun pihaknya tidak dapat menjamin tahap keselamatan kenderaan yang di letakkan di bahu-bahu jalan kerana diluar bidang kuasa DBKL.

"Seperti meletakkan kenderaan di tempat letak kereta awam, tanggungjawab terletak kepada pengguna sendiri.

"DBKL memahami kesulitan penghuni.

"Bagaimana tindakan tegas hanya akan diambil sekiranya kenderaan mereka benar-benar menghalang lalu lintas,"katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved