Isnin, 2 Disember 2013

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Ancaman jenayah e-dagang

Posted: 01 Dec 2013 11:50 PM PST

Ketiga-tiga aduan yang dilaporkan ini merupakan sebahagian daripada isu berkenaan e-perniagaan atau e-dagang yang semakin pintar menjerut mangsa dan isu tersebut tidak pernah terlepas daripada perhatian serius agensi yang berkaitan memantau hal-hal berkaitan industri siber, CyberSecurity Malaysia.

Menurut CyberSecurity Malaysia, e-perniagaan mula berkembang di negara ini sebelum tahun 2009.

Namun, kerana masyarakat Malaysia masih ragu-ragu dengan keberkesanan kaedah itu, mereka hanya mula menerima kemudahan teknologi e-perniagaan sekitar tahun 2010 dan semakin pesat pada tahun ini.

Oleh kerana, sistem perniagaan e-perdagangan itu masih baharu maka pengguna Internet di negara ini begitu teruja untuk mencubanya sedangkan ketika mula-mula muncul, tidak ramai yang sedar tentang risikonya

Meskipun masih boleh dianggap baru dalam konteks perniagaan di negara ini, CyberSecurity Malaysia bagaimanapun telah mengesan salah laku oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Amirudin Abdul Wahab berkata, risiko-risiko tersebut ialah membuat pembayaran pendahuluan terhadap barangan yang ingin dibeli

tetapi tidak menerima barangan tersebut.

"Ini boleh berlaku sekiranya barangan tersebut dibeli menerusi blog, laman sosial atau emel terus dari individu tertentu yang tidak dikenali dan tidak disahkan sama ada berdaftar atau tidak sebagai peniaga online melayari laman web palsu atau laman tiruan yang menyerupai laman web berdaftar.

"Ini dikenali sebagai laman web phishing. Pengguna sukar untuk membezakan laman web yang sebenar dan laman tiruan kerana kedua-duanya sama dan yang membezakan laman-laman web tersebut adalah alamat URL,''ujarnya.

Beliau berkata, agak sukar untuk membuktikan penipuan online dan mendapatkan semula wang pendahuluan, dan agak sukar untuk mendapat pembelaan sewajarnya sekiranya berlaku pertikaian dan urusan jual beli secara online.

Dr. Amirudin berkata, antara bentuk penipuan yang dikesan dilakukan oleh penjenayah terbabit ialah penjual menipu pembeli dengan mengiklankan jualan barang di Internet dengan harga menarik.

"Setelah pembeli membuat pembayaran, barang tidak diterima langsung,'' ujarnya.

Bentuk penipuan lain ialah pembeli menipu penjual dengan cara membeli barangan secara online di laman e-perniagaan yang sah tetapi bayaran dibuat dengan menggunakan maklumat kad kredit seperti nombor kad kredit yang dicuri atau kad kredit yang diklon.

CyberSecurity juga mengesan kes pembeli menipu penjual yang mengiklankan barang untuk dijual di Internet. Pembeli memalsukan pembayaran dengan menghantar notifikasi palsu kepada penjual, kononnya dari PayPal mengatakan wang telah dimasukkan oleh pembeli ke akaun penjual.

Menurut Dr. Amiruddin, penjual tertipu dengan notifikasi palsu tersebut dan terus menghantar barang kepada pembeli. tetapi wang sebenarnya tidak dimasukkan ke akaun penjual.

Beliau berkata, kategori perniagaan yang tersenarai dalam pembelian atas talian contoh perniagaan tudung, perniagaan rumah pembelian rumah.

Ini melibatkan apa juga barangan, produk atau perkhidmatan yang melibatkan pemilihan, pemesanan dan pembayaran yang dijalankan atas talian seperti pakaian, produk kesihatan termasuk makanan atau minuman dan penggunaan luaran serta barangan sukan.

Mengulas lanjut mengenai persepsi atau tanggapan masyarakat ketika ini berkenaan pembelian secara online m beliau berkata, generasi Y lebih mudah mempercayai dan menggunakan teknologi e-perniagaan kerana mereka telah membesar dengan keperluan teknologi mudah alih dan Internet.

Namun golongan berumur 35 tahun ke atas mengambil masa untuk membeli melalui e-perniagaan kerana sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk memastikan kualiti barangan yang dibeli secara dekat dan menyaksikan sendiri kewujudan premis perniagaan.

Sementara itu, menurut Dr. Amirudin Abdul Wahab secara umumnya pembelian secara online adalah selamat sekiranya pengguna berurusan dengan pihak yang sah.

Beliau berkongsi pandangan bagaimana untuk mengetahui atau memastikan bahawa pembelian secara online ini selamat.

Katanya, pengguna perlu memastikan peniaga e-perniagaan adalah syarikat yang berdaftar dan mengamalkan polisi jual beli barangan yang jelas mengikut amalan e-perniagaan yang baik.

"Ini boleh dilakukan dengan menjalankan kaji selidik terhadap sesebuah syarikat e-perniagaan ataupun dengan mengenal pasti pensijilan pihak ketiga seperti Malaysia Trustmark.

"Logo Malaysia Trustmark yang dipaparkan di laman web e-perniagaan menunjukkan bahawa syarikat e-perniagaan tersebut telah disahkan berdaftar dan mengamalkan polisi e-perniagaan yang selamat,'' katanya.

Oleh itu katanya, pengguna Internet di Malaysia yang membuat pembelian secara online boleh meningkatkan keyakinan memanfaatkan sistem tersebut melalui kaedah pengesahan daripada pihak ketiga iaitu organisasi bebas yang diberi kepercayaan oleh kerajaan untuk menilai dan memantau pemilik e-perniagaan tersebut.

Bagi peniaga pula, mereka berdepan cabaran besar bagi memastikan laman e-perniagaan mereka selamat dan cabaran tersebut antara lain, ialah mengenal pasti kelemahan dan risiko laman web mereka digodam oleh penjenayah siber dan seterusnya, mengambil langkah berjaga-jaga dengan cara pemasangan peralatan dan perisian tertentu bagi mengatasi risiko tersebut.

Dalam pada itu beliau Dr. Amirudidin berkata, pihaknya juga mengadakan kerjasama dengan pihak lain seperti persatuan pengguna atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membendung jenayah siber tersebut.

Beliau berkata, CyberSecurity Malaysia bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain, melalui Malaysia Trustmark untuk sektor swasta yang dilancarkan pada 3 Julai lalu.

Malaysia Trustmark adalah inisiatif daripada kerajaan yang melibatkan pelbagai agensi seperti, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Turut terlibat ialah Kementerian Perdagangan Dalam NegeriKoperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan agensi-agensi di bawahnya yang prihatin terhadap perkembangan perniagaan dalam talian dan keselamatan pengguna.

Pastikan selamat

Posted: 01 Dec 2013 11:50 PM PST

Ramai daripada kita mungkin tidak pernah mendengar perkataan Malaysia Trustmark, melainkan mereka yang terlibat dengan e-perniagaan .

Malaysia Trustmark adalah logo pada laman web e-perniagaan yang menunjukkan peniaga tersebut telah lulus menjalani proses audit dan pengesahan dari operator Malaysia Trustmark.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Malaysia, Dr. Dr Amirudin Abdul Wahab berkata , Trustmark diperkenalkan atas keprihatinan kerajaan terhadap trend ancaman keselamatan dunia siber terutama dalam bidang e-perniagaan yang semakin meningkat.

"Kerajaan tidak mahu ancaman ini menyebabkan perkembangan industri dan peniaga kecil terjejas akibat kurangnya kepercayaan dari pengguna internet terhadap e-perniagaan,"katanya.

Beliau berkata, CyberSecurity Malaysia telah dilantik sebagai agensi pelaksana atau operator Malaysia Trustmark bagi sektor swasta.

Menurut beliau, sebagai operator, pihaknya bertanggungjawab untuk menilai dan mengesahkan permohonan laman web sebelum meluluskan dan memberi logo Malaysia Trustmark serta memantau penggunaan logo Malaysia Trustmark oleh peniaga.

Bagaimanapun usaha tersebut masih berdepan dengan cabaran antaranya peniaga menganggap persijilan dan penilaian daripada pihak ketiga adalah tidak penting sekiranya mereka masih memperolehi pelanggan;

"Pelanggan e-perniagaan mudah mempercayai laman web berkenaan tanpa pengesahan dari pihak ketiga," ujar beliau.

Sehingga kini terdapat enam buah syarikat yang telah pun mendapat kelulusan dan mempeolehi sijil Malaysia Trustmark, manakala tiga syarikat kini masih dalam proses audit dan pengesahan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved