Selasa, 2 Ogos 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Annuar bawa ke mesyuarat FAM

Posted:

Annuar bawa ke mesyuarat FAM

Annuar bawa ke mesyuarat FAM

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Pasukan bola sepak Malaysia memerlukan sentuhan taktikal yang benar-benar meninggalkan kesan jika mahu pergi jauh dalam pertandingan antarabangsa termasuk Kejohanan Piala Dunia. - UTUSAN/Abdul Razak Latif


KUALA LUMPUR - Pandangan untuk mengadakan pengarah taktikal bagi membantu barisan kejurulatihan mendapat sambutan yang baik daripada Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa (gambar).

Mengakui terbuka menerima idea yang dilontarkan oleh Utusan Malaysia sebelum ini, beliau mengakui ia sejajar dengan yang dicadangkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kepada ahli-ahli gabungannya dalam memantapkan pasukan secara total.

''Struktur yang diajukan oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kepada semua ahli-ahli gabungannya sentiasa memberi galakan agar ada melantik seorang pakar teknikal dan kejurulatihan.

''Jawatan ini pernah disandang seseorang sebelum ini kalau tidak salah saya, Lim Kim Chon tetapi ia telah kosong pada waktu ini.

''Bagi saya, cadangan ini (pengarah taktikal) merupakan satu perkara yang baik dan harus dikaji oleh FAM demi meningkatkan mutu bola sepak negara," katanya kepada Utusan Malaysia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, semalam.

Jelasnya, beliau akan membawa perkara itu ke peringkat mesyuarat exco FAM bagi tindakan selanjutnya bagi mencari jawapan kepada penyelesaian kepada aksi tidak konsisten skuad Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.

''Saya bersedia membincangkan agenda ini ke pengetahuan exco-exco FAM yang lain dan kita akan tengok langkah susulan selepas itu.

''Buat masa ini, kita harus terbuka menerima cadangan sesiapa sahaja, jangan perlu ada 'sindrom menafikan' selepas kita terkeluar daripada persaingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 kepada Singapura.

''Kita kena tengok kembali segala kelemahan yang kita ada, kadang-kala bila kita menang, belum tentu kita yang terbaik dan tidak bermakna apabila kita sekali gagal, kita terlalu teruk dalam semua segi," katanya.

Selain itu, beliau berkata, memandangkan sudah tiada sebarang aksi kompetitif yang melibatkan pasukan kebangsaan sehingga Piala AFF 2012, beliau melihat satu usaha mengadakan perlawanan persahabatan berkelas A secara berterusan perlu diadakan.

''Rancangan perlawanan persahabatan dengan Oman itu adalah yang pertama, kita harap selepas ini lebih banyak perlawanan kita mampu aturkan.

''Saya harap selepas ini juga kita janganlah kerap berjumpa pasukan yang kita rasa mampu boleh 'makan' sahaja, bagi saya pendedahan sebegitu tidak mencukupi buat pasukan kebangsaan.

''Skuad kebangsaan kena sentiasa berkumpul selalu dan tidak semestinya hanya menunggu kejohanan besar mahu diadakan, baru mengadakan latihan bersama, situasi ini perlu dielakkan pada masa akan datang," katanya.

Utusan Malaysia dalam laporan eksklusifnya mencadangkan agar FAM memikirkan untuk mengadakan jawatan pengarah atau penasihat taktikal dalam menggandakan kemahiran pemain ekoran aksi tidak konsisten skuad negara.

Perlawanan menentang Singapura dalam kelayakan Piala Dunia 2014 sebelum ini mengundang banyak reaksi pelbagai termasuk mempersoalkan kematangan permainan skuad Harimau Malaya.

Malah, lontaran idea itu juga menarik perhatian beberapa ahli akademik tempatan yang menyatakan sokongan terhadap cadangan membawa masuk seorang pakar ke dalam barisan kejurulatihan untuk membantu ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal dalam aspek taktikal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

FAM perlu terbuka terima cadangan pengarah taktikal

Posted:

FAM perlu terbuka terima cadangan pengarah taktikal

FAM perlu terbuka terima cadangan pengarah taktikal

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

PUTRAJAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu lebih bersifat terbuka menerima cadangan untuk melantik penasihat atau pengarah yang boleh membantu ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal dalam aspek taktikal.

Itu nasihat yang dilontarkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selepas menilai keupayaan pasukan kebangsaan pada perlawanan terdahulu.

Katanya, ketika ini sukan bola sepak negara telah mencapai satu tahap yang tinggi sehingga menjadi harapan peminat tempatan dan kesinambungan tersebut perlu diteruskan.

"Saya tidak menolak perkara itu (cadangan Utusan Malaysia) kerana negara lain dan pasukan-pasukan lain tentu ada (pengarah taktikal) dalam soal ini.

"Saya rasa pihak FAM sepatutnya menerima cadangan tersebut secara terbuka kerana pemain yang kita ada adalah pemain muda dan harapan pada mereka juga semakin tinggi," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar pengumuman Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Pulangan atas Pelaburan (ROI) Piala Monsun di sini, semalam.

Utusan Malaysia dalam laporan eksklusifnya sebelum ini mencadangkan agar FAM mengadakan seorang penasihat atau pengarah taktikal dalam membantu meningkatkan permainan skuad negara yang kelihatan tidak konsisten dalam persembahannya.

Ini termasuklah persembahan yang tidak mencapai standard yang diharapkan ketika menentang Singapura dalam kelayakan Piala Dunia 2014, yang mana skuad negara tersingkir selepas tewas dengan agregat 4-6.

Kebergantungan kepada segelintir pemain utama tidak menggambarkan kekuatan keseluruhan jentera skuad negara yang akhirnya 'dibongkar' Singapura ketika beraksi di Bukit Jalil.

Kelmarin, beberapa ahli akademik seperti Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Tan Chee Hian dan bekas Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Prof. Madya Dr. Arzmi Yaacob menyokong cadangan tersebut yang bertujuan membantu Rajagobal mendapatkan idea untuk menghadapi sesuatu perlawanan.

Malah, menentang Taiwan pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia, skuad kebangsaan menang atas kelebihan gol di tempat lawan selepas terikat dengan agregat 4-4 di Stadium Perbandaran Taipei selepas mendapat kemenangan tipis di laman sendiri dengan keputusan 2-1 ketika perlawanan pertama.

Skuad negara perlu mengambil iktibar daripada perlawanan kelayakan Piala Dunia lalu sebelum menghadapi kelayakan Piala Asia 2015.

Sementara itu, Ahmad Shabery meletakkan harapan agar skuad Olimpik mampu melangkah lebih jauh selepas ini.

Tambah Ahmad Shabery, prestasi yang dipamerkan oleh pemain dalam skuad Olimpik juga amat baik selepas menilai pendedahan mereka perolehi ketika di Slovakia.

"Kini mereka menjadi harapan negara jadi rakyat jangan putus harapan dan teruskan memberi sokongan kepada mereka ini.

"Kita juga patut bangga kerana pasukan negara berada dalam kelompok 12 negara Asia dan Malaysia merupakan pasukan tunggal dari Asia Tenggara yang layak untuk pusingan akhir kelayakan Olimpik 2012," jelas Ahmad Shabery.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


'Buat kenyataan rasmi'

Posted:

'Buat kenyataan rasmi'

'Buat kenyataan rasmi'

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

PETALING JAYA 2 Ogos - Pertemuan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung pelawaan pembangkang agar Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang memang benar-benar berlaku.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar Nik Abdul Aziz membuat satu kenyataan rasmi bagi mencabar fakta tersebut dan bukannya berselindung di sebalik nota di laman sosial Facebook.

Beliau berkata, sebagai individu yang tahu hukum-hakam agama dan ditambah lagi dengan kedatangan Ramadan yang suci ini, Nik Abdul Aziz sepatutnya bercakap benar berhubung isu yang didedahkannya sebelum ini.

"Sebagai tok guru, tidak mungkin beliau hendak bercakap bohong lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini. Oleh itu saya minta Nik Abdul Aziz buat satu kenyataan rasmi sama ada pertemuan dengan Tengku Razaleigh ini berlaku atau tidak.

"Beliau tidak wajar berselindung di sebalik nota di laman Facebook seolah-olah cuba meremehkan perkara yang benar ini. Jangan pula berlakon seperti orang nyanyuk sedangkan kita tahu beliau belum lagi nyanyuk,'' katanya pada satu sidang akhbar di sini hari.

Nik Abdul Aziz dalam laporan akhbar hari ini menyifatkan khabar angin yang mengaitkan beliau dengan perbincangan rahsia untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar sebagai satu "lawak jenaka".

Menteri Besar Kelantan itu menerusi status terkini laman sosial Facebook beliau semalam berkata, apa yang menghairankan apabila terdapat akhbar membuat cerita bahawa cadangan itu timbul kerana Anwar dijangka dipenjarakan kerana kes liwat sedang dibicarakan pada masa ini.

Isu itu mula tercetus selepas Zahrain membuat satu pendedahan pada 28 Julai lalu bahawa Tengku Razaleigh dikatakan dipelawa oleh pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Dalam pada itu Zahrain berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz di dalam facebook itu boleh dipersoalkan kerana kemungkinan ia bukannya dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya oleh orang bawahannya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, sikap membisu pemimpin-pemimpin utama pihak pembangkang berhubung pelawaan mereka kepada Tengku Razaleigh itu menunjukkan perkara itu benar-benar berlaku.

Malah, beliau turut menyifatkan perkembangan tersebut sebagai bukti jelas bahawa pemimpin pembangkang semakin tidak percaya terhadap kredibiliti Anwar.

Beliau berkata, dengan kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya melibatkan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan serta isu rakaman video seks membabitkan seorang pelacur, para pemimpin pembangkang terpaksa mencari pengganti Anwar.

"Setakat ini hanya pencacai sahaja yang menyalak manakala pemimpin-pemimpin utama lain terutama mereka yang terbabit dengan perundingan bersama Tengku Razaleigh diam seribu bahasa dan tidak berani tampil buat kenyataan.

"Apa yang pasti telah wujud kesedaran di kalangan pemimpin dan ahli pakatan pembangkang tentang siapa sebenarnya Anwar. Pemimpin Pas dan DAP sedar bahawa beliau kini menjadi beban kepada kelangsungan politik mereka,'' katanya.

Mengenai dakwaan Anwar pelawaan itu tidak pernah berlaku beliau berkata, Anwar tidak berhak mengatakan sedemikian kerana perkara tersebut dilakukan tanpa pengetahuannya.

"Lagi pun beliau hanya bertanyakan perkara ini kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mana saya mendapat maklumat kedua-duanya tidak terlibat dengan pertemuan ini,'' katanya lagi.

Menjawab satu soalan, Zahrain berkata, beliau mengambil tanggungjawab penuh terhadap pendedahan yang dilakukannya minggu lepas.

"Ia berasaskan kepada dua perkara. Pertama maklumat telah diberitahu oleh sumber saya dan kedua saya telah bertanyakan perkara sama dengan rakan-rakan lain dan ternyata ia benar.

"Saya berpegang kepada maklumat yang saya ada dan saya tahu fakta saya,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pembangkang mahu ketua fokus pada tugas

Posted:

Pembangkang mahu ketua fokus pada tugas

Pembangkang mahu ketua fokus pada tugas

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Pihak pembangkang sebenarnya mahukan seorang ketua yang boleh memberikan fokus sepenuhnya terhadap tugas-tugas politik dan bukannya ke atas hal-hal peribadi semata-mata.

Bekas Setiausaha Sulit Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman berkata, pembangkang juga sudah pasti mahukan seorang ketua yang boleh bertindak waras dan tidak terlalu mengikut nafsu sahaja.

"Saya yakin Pas dan DAP mahukan seorang ketua pembangkang yang fokus terhadap kerja-kerja politiknya sedangkan Anwar kini lebih banyak menumpukan kepada skandal peribadi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus mengenai usaha pembangkang 'memikat' Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang bagi menggantikan Anwar seperti yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim baru-baru ini.

Muhamad Rahimi berkata, pembangkang sudah pasti mahu mencari ketua yang mampu menyelesaikan masalah yang wujud dan bukannya melarikan diri dari masalah itu selain menuding jari menyalahkan orang lain sahaja.

"Oleh itu saya tidak faham mengapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih boleh menerima Anwar sebagai pemimpin dalam pakatan pembangkang malah menjadikannya sebagai guru politik mereka?" katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lapan pegawai imigresen dibebas dengan perintah tahanan

Posted:

Lapan pegawai imigresen dibebas dengan perintah tahanan

Lapan pegawai imigresen dibebas dengan perintah tahanan

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Kesemua lapan pegawai imigresen yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu melalui perintah tahanan termasuk melaporkan diri di balai polis setiap minggu sepanjang tempoh tahanan itu.

Selain itu, mereka yang akan dibebaskan secara berperingkat-peringkat mulai hari ini juga perlu melaporkan pergerakan mereka kepada pihak polis di daerah masing-masing.

Perintah tahanan bermaksud, kesemua pegawai itu sepatutnya ditahan selama 16 bulan. Bagaimanapun, dengan keputusan kerajaan semalam, mereka dibebaskan daripada tahanan namun perlu mematuhi perintah dan syarat-syarat tahanan yang ditetapkan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa meneruskan pemantauan terhadap aktiviti pegawai-pegawai imigresen berkenaan bagi memastikan tidak lagi wujud hubungan mereka dengan rangkaian sindiket penyeludupan manusia.

Menurut sumber, tiga daripada mereka iaitu dua lelaki dan seorang wanita berpangkat KP17 berusia antara 24 tahun hingga 31 tahun itu dibebaskan hari ini dengan syarat mengikut perintah sekatan.

"Walaupun kesemua tahanan dibebaskan, ia tidak bermakna rangkaian sindiket penyeludupan manusia yang menjadikan Malaysia sebagai transit telah lumpuh," kata sumber itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam memaklumkan pembebasan lapan pegawai imigresen yang ditahan di bawah ISA tahun lalu kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia.

Katanya, keputusan tersebut diambil selepas kementerian mendapati mereka menunjukkan kesedaran dan keinsafan di atas kesilapan yang dilakukan selain berjanji tidak mengulanginya lagi.

Sementara itu, sumber berkata, siasatan berhubung harta dan aset pegawai-pegawai tersebut yang mencecah jutaan ringgit itu masih dijalankan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

"Pihak berkuasa akan memutuskan sama ada akan merampas harta-harta tersebut atau menyerahkan kembali bergantung kepada hasil siasatan nanti," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mangsa berazam lihat wajah peragut

Posted:

Mangsa berazam lihat wajah peragut

Mangsa berazam lihat wajah peragut

KUALA TERENGGANU 2 Ogos - Mangsa ragut, Maleha Malik, 24, merayu polis dan orang ramai membantu menangkap segera dua peragut yang mengakibatkan dia terlantar di hospital manakala adiknya, Maizatul Akmal, 22, masih koma sejak Ahad lalu diberkas dengan segera.

Menurut Maleha, dia teringin untuk melihat wajah kedua-dua peragut itu dan mahu mereka menerima nasib sama seperti dia dan adiknya.

Ujarnya, jika terus lepas bebas, lebih ramai bakal menjadi mangsa kerana penjenayah seperti itu mungkin sanggup lakukan apa sahaja dan perlu diajar.

"Tolonglah bantu saya dan adik saya untuk tangkap peragut itu dengan segera. Kalau ada maklumat maklumkan pada polis. Saya memang nak sangat lihat wajah peragut itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, kedua-dua beradik berkenaan yang menaiki motosikal, dalam perjalanan dari rumah mereka menuju ke Kompleks Sri Iman dekat sini untuk mengambil wang Dana Bakti Remaja sebelum diragut oleh lelaki yang menunggang motosikal.

Mereka lalu nekad mengejar peragut yang melarikan beg tangan namun bertembung dengan sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan di Jalan Kamaruddin di sini lalu terjatuh dan dirempuh oleh sebuah kenderaan dari belakang.

Maleha mengalami kecederaan parah di bahagian tangan dan badan manakala adiknya, Maizatul Akmal yang mengalami pendarahan di kepala, koma dan masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ dekat sini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa yang melawat dua beradik itu hari ini turut menyatakan simpati dan pihaknya kini sedang berusaha menjejaki dua peragut itu.

"Saya berharap orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tampil memberi maklumat walaupun hanya sedikit agar lebih banyak bukti dapat dikumpulkan untuk memudahkan penjenayah itu dikesan," katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan lebih ramai anggota polis akan ditempatkan di kawasan tumpuan sempena bulan Ramadan dan musim perayaan ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


UMP pilihan pelajar sesi 2011/2012

Posted:

UMP pilihan pelajar sesi 2011/2012

UMP pilihan pelajar sesi 2011/2012

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
utusanktn@gmail.com


Daing Nasir Ibrahim (tiga, kiri) bersama pegawainya meraikan wakil media menikmati durian pada Program Mesra Media 'Jom Makan Durian' di Kuantan, baru-baru ini. - bernama


KUANTAN 2 Ogos - Peranan media menyebarkan maklumat dan mempromosikan institut pengajian tinggi di negara ini menjadikan Universiti Malaysia Pahang (UMP) pilihan pelajar untuk melanjutkan pelajaran.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, bagi sesi pengajian yang akan bermula bulan depan, seramai 2,208 calon ditawarkan dalam 23 program pengajian kejuruteraan dan teknologi daripada keseluruhan permohonan yang berjumlah 15,921.

Menurutnya, pada tahun ini juga terdapat peningkatan sebanyak 30 peratus permohonan kemasukan yang dibuat secara atas talian ke UMP bagi sesi pengajian 2011/2012.

''Seramai 1,738 permohonan dibuat melalui atas talian berbanding 1,046 pelajar pada tahun lalu.

''Peningkatan dalam pilihan ini adalah hasil daripada penawaran program kejuruteraan yang berdaya saing, program perkongsian pintar melibatkan kolej matrikulasi dan politeknik selain aktiviti promosi serta sokongan media dalam mempromosikan nama universiti ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis Mesra Media Jom Makan Durian yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Biodiversiti Negeri Pahang di Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah di Indera Mahkota di sini baru-baru ini.

Menurut Daing Nasir, dalam menyokong hasrat kerajaan melahirkan jurutera praktikal yang kompeten dan memenuhi kehendak industri, UMP menawarkan program berbentuk teknologi kejuruteraan mulai tahun depan.

Selain itu, tambahnya, UMP dengan kerjasama Institut Teknologi Tallagh, Ireland turut menawarkan program teknologi kejuruteraan biofarmaseutikal bagi sesi akademik tahun depan.

''Seramai 1,384 pelajar akan mendaftar di kampus Gambang dekat sini manakala selebihnya akan memulakan sesi pengajian mereka di UMP kampus Pekan pada bulan depan," jelasnya.

Daing Nasir berkata, pengambilan sesi baru itu masih didominasi pelajar perempuan dengan seramai 1,163 orang iaitu 53 peratus berbanding 1,045 pelajar lelaki.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

67 pelajar sertai Kuiz Matematik UIAM

Posted:

67 pelajar sertai Kuiz Matematik UIAM

67 pelajar sertai Kuiz Matematik UIAM


Pemenang Kuiz Matematik UIAM bergambar bersama Mazlan Mohamad (empat kanan) dan Kamaruzzaman Yunus (tiga kanan) di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 2 Ogos - Seramai 67 pelajar daripada 19 sekolah menengah di seluruh Pahang menyertai Kuiz Matematik anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan, di Indera Mahkota di sini, baru-baru ini.

Pertandingan yang diadakan sejak 2005 itu mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaannya bertambah setiap tahun.

Ketua program, Mohamad Hazman Mohamad Hazali, 21, berkata, program tersebut bertujuan menarik minat dan mengenal pasti pelajar dalam subjek matematik dan menguasai sepenuhnya subjek tersebut.

Selain itu, katanya, program tersebut dapat mendedahkan pelajar mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di UIAM terutama dalam bidang sains dan matematik.

"Pada tahun ini, kita mendapat 67 penyertaan daripada 19 sekolah di sini. Pelajar berkenaan berusia dari 16 hingga 17 tahun dan kuiz ini diadakan selama dua hari," katanya ketika ditemui selepas majlis penutup kuiz itu di UIAM sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad dan Dekan Kulliyah Sains UIAM, Prof. Dr. Kamaruzzaman Yunus.

Sementara itu, Mazlan berkata, subjek sains dan matematik amat penting kerana ia dapat membentuk masyarakat berinovasi dan progresif selain bakal menjadi pengguna teknologi pada masa hadapan.

"Sekiranya pelajar didedahkan dengan latihan kenal angka, sistem otak akan menjadi lebih kompleks dan mereka boleh berfikir dengan lebih baik dari segi kuantitatif.

"Penghafalan nombor, sifir dan formula dikatakan kurang penting dalam konteks itu, apa yang utama ialah kemahiran memahami maksud hubungan angka seperti nisbah, set atau fungsi," jelasnya.

Tambah beliau, impian untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi pasti tercapai sekiranya semua pelajar diberi pendidikan dan latihan berteraskan sains serta teknologi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

SMK Sultan Abu Bakar juara Kuiz Matematik UIAM

Posted:

SMK Sultan Abu Bakar juara Kuiz Matematik UIAM

SMK Sultan Abu Bakar juara Kuiz Matematik UIAM

KUANTAN 2 Ogos - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abu Bakar di sini dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan Kuiz Matematik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kampus Kuantan di Indera Mahkota di sini, baru-baru ini.

Lebih bermakna, salah seorang pelajar sekolah itu, Soh Chin Lip, 17, mendapat anugerah Medal Emas selain wang tunai RM500 dan piala.

Sekolah lain yang turut bertanding adalah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, MRSM Muadzam Shah, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kuantan, Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Ahmad Shah, Pekan, SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, SM Sains Tengku Abdullah, SM Teknik Kuantan, SMK Clifford dan SMK Inderapura.

Turut serta SMK Ketari, SMK Mahmud, SMK Tun Razak, SMK St. Thomas, SMK Tanah Putih, SMK Air Putih dan SMK Tengku Afzan.

Soh Chin Lip ketika ditemui berkata, dia sangat teruja dan gembira apabila diumumkan sebagai pemenang.

"Ini merupakan julung kali saya menyertai pertandingan seperti ini, pada awalnya saya agak gementar namun, ia hilang sebaik sahaja melihat soalan-soalan yang diberikan," katanya.

Menurut Chip Lip, antara faktor kemenangannya adalah kerana dia sangat meminati subjek sains dan matematik sejak daripada sekolah rendah.

Bagi rakan sepasukannya, Edwinson Ong, 17, berkata, dia agak gugup pada awalnya lebih-lebih lagi apabila melihat saingan daripada banyak sekolah.

"Mereka semua nampak hebat dan bijak matematik, namun setelah mendapat kata-kata semangat daripada guru, saya kembali mendapat keyakinan," katanya.

Seorang lagi rakan sepasukannya, Ng Ee Meng, 17, berkata, pertandingan sedemikian wajar diadakan dari semasa ke semasa kerana ia dapat menarik minat pelajar dalam subjek matematik.

"Kebanyakan pelajar kurang berminat dengan subjek sains dan matematik kerana ia dikatakan agak sukar difahami dan perlu berfikir untuk menyelesaikannya berbanding subjek lain.

Rakannya, Leow Zi Xiang, 17, pula berkata, selain dapat membawa pulang piala pusingan dan wang tunai, dia dapat berkenalan dan bertukar fikiran dengan pelajar dari sekolah lain.

"Seronok berjumpa dengan kawan baru dari pelbagai sekolah. Kalau boleh saya hendak menyertai lagi pertandingan seperti ini," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Mati akibat jatuh secara tak sengaja

Posted:

Mati akibat jatuh secara tak sengaja

Mati akibat jatuh secara tak sengaja

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Seorang pakar patologi memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed adalah disebabkan jatuh secara tidak sengaja dari tempat tinggi sehingga menyebabkan kecederaan kepala yang teruk dan kesukaran bernafas.

Profesor Madya Dr. Faridah Mohd. Noor dari Bahagian Forensik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga menolak kemungkinan Allahyarham dibunuh atau bunuh diri dengan memberikan beberapa alasan berdasarkan laporan bedah siasat yang disediakannya.

''Allahyarham tidak dibunuh berdasarkan ketiadaan sebarang kesan luka tangkis (kesan mangsa mempertahankan diri) di anggota badan lelaki itu selain tiada langsung kesan pergelutan berlaku di tempat kejadian.

''Allahyarham juga didapati tidak membunuh diri berdasarkan ketiadaan tanda-tanda yang biasanya wujud dalam kes sedemikian iaitu kelar di mana-mana anggota badan atau kandungan dadah atau racun di dalam badannya,'' kata beliau.

Saksi ke-29 itu menyatakan demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Rashid pada prosiding inkues menyiasat punca kematian Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang .

Lelaki itu ditemui mati di gelanggang badminton di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di sini selepas dia pergi ke bangunan itu untuk menukar pengakuannya berhubung siasatan kes rasuah pada 6 April lalu.

Selain itu, pakar forensik itu menyatakan Allahyarham berada dalam keadaan sedar diri dan 'spatial' (tahu setiap ruang di atas, bawah, kiri dan kanan badannya) ketika dia jatuh dan bukannya tidak sedarkan diri seperti cadangan peguam yang mewakili keluarga Allahyarham, Awtar Singh.

''Allahyarham jatuh dengan tangan kirinya dahulu, tulang tangan kirinya kemudian patah, iaitu menunjukkan dia cuba untuk melawan kejatuhannya (break the fall) sebelum terhempas ke lantai.

''Selepas dia terhempas, dia masih hidup tetapi memandangkan keadaan kepalanya terlangkup ke lantai, banyak darah keluar dari sekeliling mulut, hidung dan telinga kiri sehingga menyukarkan dia bernafas.

''Ketika saya dan pegawai penyiasat kes tiba di lokasi kejadian pada pukul 10.30 pagi hari kejadian, suhu badan Allahyarham masih suam dan badannya mengalami kekejangan,'' kata saksi itu lagi.

Menurut Faridah yang pernah menjalankan bedah siasat dalam kes jatuh bangunan seperti itu, kekejangan yang berlaku menunjukkan Allahyarham meninggal dunia dalam anggaran masa lebih dari 30 minit.

Beliau sebelum itu menjelaskan terdapat 42 kesan kecederaan dalaman dan luaran di tubuh Allahyarham dan kesemua kesan tersebut adalah konsisten dengan trauma jatuh dari tempat tinggi.

Ditanya oleh peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mengenai mengapa beliau merumuskan bahawa punca kematian adalah jatuh secara tidak sengaja, Faridah berkata, ia berdasarkan corak kecederaan serta keadaan tempat kejadian yang tidak mendorong kepada kejadian dibunuh mahupun bunuh diri.

Mengenai andaian sekiranya Allahyarham dipukul, pengsan dan kemudian dibuang ke luar tingkap di tempat kejadian, bagaimana pula keadaan caranya terjatuh, saksi itu menjelaskan, pastinya tiada kesan 'break the fall' kerana tiada ciri-ciri sedarkan diri dan 'spatial'.

Disoal pula apakah implikasinya sekiranya Allahyarham dipaksa, diikat dan ditolak ke luar tingkap dalam keadaan sedar, Faridah berkata, sudah tentu ada pergelutan dan kecederaan luka tangkis seperti di bawah lengan namun ia tidak dijumpai langsung dalam kes ini.

Perbicaraan di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kes Liong Sik: Tun Dr. M akan dipanggil beri keterangan

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 2 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes terhadap Tun Dr. Ling Liong Sik di Mahkamah Tinggi di sini yang didakwa menipu Jemaah Menteri berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Cinta Henry di Malaysia

Posted:

Cinta Henry di Malaysia

Cinta Henry di Malaysia

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ihsan 8TV


SELEPAS 15 tahun, Henry Golding kembali ke bumi Malaysia untuk mencari peluang yang lebih besar.


MESKIPUN sebahagian besar hidupnya dibesarkan di Surrey, England, namun jauh di sudut hati jejaka kacak ini, Malaysia tetap bertakhta di hatinya.

Dilahirkan di Betong, Sarawak, bapanya keturunan Inggeris dan ibunya seorang wanita Iban, tidak hairan mengapa Henry Golding tidak boleh memisahkan dirinya dengan Malaysia.

"Bagi saya, Malaysia mempunyai nilai sentimental tersendiri. Apatah lagi saya pernah tinggal di Dungun, Terengganu dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Itulah yang menyebabkan Malaysia begitu dekat di hati saya.

"Apabila kembali ke negara ini tiga tahun lalu, saya mahu terus menyelongkar dan menerokai apa yang saya tertinggal selepas saya berhijrah ke England.

"Jangan terkejut kalau saya katakan antara makanan kegemaran saya adalah tempoyak dan ulat sagu yang terdapat di Sarawak," katanya dalam loghat British yang sangat pekat.

Henry ditemui pada pelancaran program Without Boundaries - Islands & Beaches terbitan stesen televisyen 8TV di Fullhouse, Sunway Giza, Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Without Boundaries - Islands & Beaches merupakan kesinambungan daripada program bercorak pengembaraan, Welcome To The Rail World yang mendapat sambutan menggalakkan di kalangan penonton stesen itu.

Sekadar berkongsi sejarah hidupnya, Henry menjelaskan sejak usianya empat tahun, keluarganya telah berpindah ke Dungun.

Di sanalah kata Henry, dia sempat menikmati zaman kanak-kanak seperti rakan sebaya yang lain dan juga melalui zaman sekolah rendah sehingga darjah tiga.

Selepas itu, dia mengikut keluarganya pulang ke England dan selepas 15 tahun, barulah Henry mendapat peluang balik ke Malaysia.

Atas alasan itu jugalah, apabila dtawarkan 8TV untuk mengacarakan Without Boundaries - Islands & Beaches, Henry menganggapnya sebagai peluang terbaik untuk terus menyelami keindahan Malaysia.

"Apa yang boleh saya katakan, segala-galanya tentang Malaysia adalah fantastik. Banyak perubahan yang telah berlaku sepanjang ketiadaan saya di sini.

"Sewaktu krew produksi memberitahu salah sebuah destinasi yang akan dikunjungi untuk program ini adalah Terengganu, saya benar-benar teruja.

"Meskipun ada sebahagian tempat telah berubah, tetapi memori yang pernah terpahat masih lagi kekal di sana," ceritanya penuh bersungguh.

Antara lokasi yang sempat dikunjungi Henry dan dimuatkan dalam program tersebut ialah rumah yang pernah didiami Henry dan keluarganya.

Tidak ketinggalan, Henry juga menggunakan peluang keemasan itu untuk mengunjungi semula sekolah lamanya selain bertemu dengan beberapa individu yang ternyata masih lagi mengingati Henry.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu chef yang saya kenali iaitu Chef Ann masih lagi bekerja di tempat yang sama di Tanjong Jara, Terengganu. Dulu dia hanya seorang chef tetapi kini dia sudah dinaikkan pangkat sebagai seorang ketua chef.

"Apa yang membuatkan saya terharu apabila beliau masih lagi kenal dan ingat muka saya ini," cerita Henry yang mula dikenali sebagai pengacara program 8TV Quickie ini sambil ketawa kecil.

Pengalaman

Dalam masa yang sama juga, Henry melahirkan kekagumannya terhadap keindahan Pulau Redang sambil memberitahu rakyat Malaysia sepatutnya rasa bertuah kerana memiliki destinasi pelancongan seindah Pulau Redang.

Sebagai seorang yang didedahkan dengan aktiviti lasak sejak kecil, sesungguhnya pengalaman itu juga banyak membantu Henry melunaskan tanggungjawabnya sebagai pengacara program ini.

Selama tiga bulan menjalani penggambaran di seluruh Malaysia dengan melawat destinasi pelancongan terbaik di negara ini, Henry benar-benar puas dengan Without Boundaries - Islands & Beaches.

"Salah satu pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan apabila saya berdepan dengan ikan jerung Hammerhead sewaktu di Pulau Layang-Layang, Sabah.

"Ketika itu, saya sedang asyik menikmati panorama bawah laut dengan terumbu karang yang begitu indah. Tiba-tiba sahaja, ikan jerung yang besar itu menghampiri saya lalu membuat saya takut dan kaku.

"Saya cuba untuk memberi isyarat kepada teman-teman lain ketika itu tetapi belum sempat saya berbuat demikian, jerung tersebut sudah beredar," kata Henry yang turut berkesempatan mengunjungi Pulau Perhentian, Cherating, Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Tenggol.

Selain itu, Without Boundaries - Islands & Beaches juga membawa Henry mendalami dasar laut di perairan Sabah seperti Pulau Manukan, Pulau Sapid serta Pulau Tiga yang sebelum ini menjadi lokasi program realiti popular dunia, Survivor.

Satu yang pasti kata Henry, untuk program ini dia bukan hanya untuk berseronok tetapi sebagai seorang individu yang cintakan alam sekitar, dia melibatkan dirinya dengan kerja-kerja amal.

"Memang sesuatu yang cukup menarik apabila kebanyakan pulau dan perairan di negara ini tidak hanya menyediakan pengalaman percutian yang menarik.

"Tetapi, mereka juga mendedahkan kepada masyarakat untuk terlibat dengan kerja-kerja pemuliharaan alam sekitar seperti menyelamatkan penyu, batu karang, kebersihan pantai dan banyak lagi.

"Kelebihan dan keunikan yang ditonjolkan ini menjadikan program Without Boundaries - Islands & Beaches ini menjadikan ia sebuah program berbeza dan seronok ditonton.

"Jadi, penonton sendiri pun berpeluang mendapat informasi dan tips menarik yang barangkali tidak pernah diketahui oleh mereka sebelum ini menerusi program ini," kata Henry yang cukup mengagumi kredibiliti pengacaraan hos ternama, Anthony Bourdain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sensasi 2 kuasai malam raya

Posted:

Sensasi 2 kuasai malam raya

Sensasi 2 kuasai malam raya

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar HAFIZ JOHARI dan DJOHAN SHAHRIN SHAH


ALYAH dan Ramlah Ram menyampaikan lagu Hari Raya Hari Bahagia yang pernah dipopularkan kumpulan Ideal Sisters.


MENJELANGNYA bulan Ramadan, stesen televisyen pasti berlumba-lumba mengadakan rakaman rancangan yang akan disiarkan sama ada sepanjang bulan puasa atau pun tibanya hari raya nanti.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga tidak mahu ketinggalan apabila mereka tampil dengan sebuah program ala konsert, Sensasi 2 yang akan ditayangkan menerusi tiga episod.

Episod pertama akan ditayangkan pada Hari Raya pertama, pada pukul 9 malam, episod kedua, pada hari raya kedua dan episod terakhir, pada hari raya ketiga di TV2.

Menggunakan formula gandingan artis baru dan lama yang mempunyai pengaruhnya yang tersendiri di era masing-masing, ia menjadi percaturan yang diharapkan RTM agar audiens tidak berganjak dari kaca televisyen sewaktu menonton Sensasi 2.

Walaupun meletakkan nama-nama besar seperti Ramlah Ram, Alyah, Mas Idayu, Datuk Jeffrydin, Misha Omar dan Tomok, format program berkenaan dilihat tidak banyak bezanya dengan puluhan program berkonsep serupa.

Bersandarkan kepada lagu-lagu hit setiap penyanyi dan beberapa lagu raya kegemaran ramai, program ini mungkin mampu menarik peminat muzik tanah air untuk setia menontonnya selama sejam ia disiarkan.

Dalam mencari kunci Sensasi 2, RTM membuat percaturan mempertemukan penyanyi asal lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Ramlah Ram dengan Alyah kerana lagu itulah yang membawa tuah kepada Alyah untuk bergelar Bintang HMI 2000.

Buat pertama kalinya, Ramlah yang menjadi idola Alyah, digandingkan atas satu pentas bersama penyanyi muda itu.

Sebelum rakaman bermula, kedua-dua penyanyi itu melahirkan rasa teruja kerana mereka adalah bintang kelahiran RTM yang diberi kesempatan untuk menjayakan Sensasi 2.

"Kak Ramlah merupakan idola saya dalam bidang nyanyian. Saya sukakan kemerduan dan kelantangan suara yang dimiliki Kak Ramlah.

"Gaya nyanyian yang dipersembahkan menjadi ikutan saya ketika mula-mula menjejakkan kaki dalam bidang ini, kira-kira 10 tahun lalu.

"Baru sekarang saya berpeluang berpadu suara dengan Kak Ramlah di atas satu pentas," kata Alyah menzahirkan penghargaan kerana diberi peluang berkenaan.

Sementara itu, Ramlah pula menjelaskan, dia suka melihat cara Alyah yang pandai bergaya dan mengenakan fesyen yang bersesuaian dengan imejnya.

"Gaya Alyah atau fesyen yang dipakainya saya lihat, lain daripada yang lain dan itu menampakkan keunikan dia.

"Sebagai penyanyi, Alyah juga tahu itulah yang akan membuatkan dia berjaya menarik perhatian peminat.

"Namun biar apa pun pandangan kita terhadap Alyah, saya secara peribadi kagum dengan kekuatan vokal dia. Bagai saya, vokalnya hebat," puji Ramlah terhadap penyanyi lagu Kisah Hati itu.

Gabungan Dangdut dan pop yeh yeh

SELAIN daripada Ramlah Ram dan Alyah, Sensasi 2 tidak ketinggalan mengundang pelantun lagu Bolehlah Boleh, Mas Idayu untuk bergandingan dengan Datuk Jeffrydin.

Kemunculan dua gandingan mantap itu dapat disaksikan menerusi episod kedua Sensasi 2.

Ketika berpeluang bertemu dengan Mas Idayu yang mesra disapa Ayu, dia berkata, Sensasi 2 harus diadakan setiap tahun untuk memberi ruang kepada artis-artis lama dan baru bersua muka dan berkongsi pengalaman.

"Kadang-kadang kalau kita nak duduk berbual lama-lama, memang susah kerana masing-masing sibuk dengan undangan yang perlu dipenuhi.

"Tetapi apabila ada satu program seperti ini, sekurang-kurang dalam kita sibuk nak bersiap di bilik solekan, bolehlah kita berbual panjang dan bertanya khabar antara satu sama lain.

"Bukan senang nak berjumpa macam ini dan Sensasi 2 atau rancangan mirip kepada program ini harus diteruskan setiap tahun," kata Ayu secara jujur dalam memberikan pendapatnya tentang program Sensasi 2.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Contohi industri halal Thailand

Posted:

Contohi industri halal Thailand

Contohi industri halal Thailand

Oleh NIZAM YATIM
rencana@utusan.com.my


THANA Duangratana (empat dari kiri) dan Dr. Abd. Latiff Awang (tiga dari kanan) bersama delegasi Malaysia yang menyertai Persidangan Antarabangsa Perniagaan, Industri dan Sains Halal Sedunia (Whasib) 2011 di Hat Yai, Thailand, baru-baru ini.


INDUSTRI halal dunia kini dianggarkan bernilai lebih AS$2 trilion setahun. Dengan jumlah yang sebegitu besar, ia sudah tentu dapat menghasilkan pulangan lumayan kepada mana-mana negara atau syarikat yang berkecimpung secara serius bagi menghasilkan produk berstatus sedemikian.

Menyedari hakikat itu, Thailand turut mengambil langkah agresif untuk memastikan produk yang dikeluarkan syarikat negara berkenaan adalah halal selaras dengan kedudukannya sebagai pengeksport produk makanan halal yang keenam terbesar di dunia dengan pendapatan sebanyak AS$5 bilion setahun.

Daripada 30,000 kilang mengeluarkan makanan halal yang terdapat di negara itu sekarang, sebanyak 8,000 telah mendapat sijil pengesahan halal.

Negara itu kini sedang meningkatkan bilangan syarikat yang mendapat sijil halal bagi memastikan ia mencapai sasaran menjadi negara pengeksport produk makanan halal ketiga terbesar di dunia selepas Brazil dan Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Selain bagi membolehkan produk berkenaan dijual kepada 1.5 bilion umat Islam, kerajaan Thailand berharap barangan berstatus halal yang sentiasa diyakini sebagai produk yang bersih, berzat dan baik untuk kegunaan manusia akan menarik minat seluruh penduduk dunia yang berjumlah kira-kira tujuh bilion orang untuk menggunakannya.

Produk dan perkhidmatan halal yang sedang dipromosikan oleh negara itu bukan hanya terhad kepada makanan dan minuman sahaja, malah ia turut melibatkan kosmetik, ubat-ubatan, bahan kimia, barangan kulit, rawatan spa, perhotelan, hospital, perbankan dan takaful Islam.

Kesungguhan negara jiran itu terbukti apabila ia menubuhkan Pusat Sains Halal di Universiti Chulalongkorn (HSC-CU), Bangkok pada 1995 dan Institut Halal di Universiti Prince of Songkhla, beberapa tahun selepas itu.

Menurut Pengarah HSC-CU, Dr. Winai Dahlan, penubuhan pusat dan institut halal berkenaan telah membolehkan Thailand melakukan pelbagai inovasi baru termasuk menghasilkan sabun dan cecair pencuci daripada tanah liat untuk memudahkan proses menyamak.

Beliau berkata, pihaknya turut mencipta dapur khusus yang mempunyai zon penampan bagi mengasingkan antara produk halal dan haram yang telah digunakan secara meluas termasuk ketika Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand.

"Pakar-pakar daripada kedua-dua universiti turut terlibat memberikan latihan kepada petugas Thai Airways dan kakitangan sektor perkilangan di negara ini mengenai kaedah betul bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah halal," katanya.

Terbaru, jelas beliau, ia melibatkan penciptaan sistem logistik dan pengesahan halal menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dikenali dengan nama Shariah-Compliant ICT Logistics Control (SILK).

''SILK yang boleh diakses secara percuma menggunakan kemudahan Internet berkelajuan tinggi membolehkan syarikat di seluruh dunia membuat permohonan sijil halal. Bakal pembeli juga boleh menyemak status halal sesuatu barangan dengan pantas," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada Persidangan Antarabangsa Perniagaan, Industri dan Sains Halal Sedunia (Whasib) 2011 di Universiti Prince of Songkhla, Hat Yai pada 27 Julai lalu.

Persidangan sehari berkenaan telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan.

Bekas Menteri Luar Thailand yang beragama Islam itu dalam ucapan perasmiannya menyeru negara-negara Asia Tenggara supaya bekerjasama bagi memastikan sasaran menjadikan rantau itu pengeksport produk halal terbesar dunia tercapai.

Mengulas mengenai kesungguhan pihak Thailand itu, Naib Presiden 1, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Datuk Dr. Abd. Latiff Awang yang berkesempatan menjadi peserta Whasib 2011 berkata, selain peranan yang dimainkan oleh pihak universiti, kerajaan Thailand juga terlibat aktif dalam mempromosi industri halal.

Beliau berkata, perkara itu terbukti apabila ramai usahawan Malaysia termasuk 10 delegasi DPIM telah ditaja kerajaan negara itu untuk menyertai persidangan halal berkenaan dengan harapan akan terjalin kerjasama erat antara peniaga kedua-dua negara.

''Kita kagum kerana Duta Besar Thailand ke Malaysia, Thana Duangratana dan dua pegawai kanan daripada kedutaan berkenaan iaitu Makawadee Sumitmor dan Montri Nathananan turut meluangkan masa untuk mengiringi delegasi Malaysia," katanya.

Kekaguman yang diluahkan oleh Abd. Latiff memang berasas jika dilihat kesungguhan Duangratana, 60, yang sanggup turun padang untuk menjelajah wilayah yang mempunyai ramai penduduk Islam iaitu Songkhla dan Satun yang bersempadan dengan Kedah dan Perlis selama empat hari.

Selain menyertai Whasib 2011, delegasi yang turut disertai Setiausaha Agung DPIM, Mohammad Sahar Mat Din dan Penasihat Syariah KFC Holdings (Malaysia) Bhd., Mohd. Roslan Mohd. Saludin turut dibawa melawat Kawasan Perindustrian Wilayah Selatan di Wilayah Songkhla.

Duangratana yang bertindak sebagai penterjemah turut membawa rombongan berkenaan bertemu dengan Gabenor Satun, Dr. Sumeth Chailertvanitkul dan melawat ladang kambing yang diusahakan usahawan Muslim di wilayah berkenaan.

''Saya berharap diplomat Malaysia mencontohi rakan sejawatan mereka yang bukan beragama Islam yang sanggup turun ke bawah bagi membawa pelabur berpotensi untuk melabur dalam industri halal di negara berkenaan.

''Jika kita terus leka, tidak mustahil Malaysia akan ketinggalan dalam industri ini terutama jika pegawai atasan yang dilantik oleh kerajaan tidak bekerja bersungguh-sungguh," ujarnya.

Nasihat yang diberikan Abd. Latiff yang juga bekas Exco kerajaan negeri Terengganu memang kena pada masanya berikutan tidak ramai peneraju agensi yang berkecimpung dalam industri halal di Malaysia menghadiri Whasib 2011, sedangkan banyak inovasi baru yang dihasilkan Thailand yang boleh dicontohi mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Menjejak inovasi akar umbi

Posted:

Menjejak inovasi akar umbi

Menjejak inovasi akar umbi

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my


RASLAN Ahmad (kiri) bertanyakan sesuatu kepada seorang pereka inovasi pembuatan parang daripada besi terbuang ketika program Jelajah Inovasi di Melaka, baru-baru ini.


TAHUN lalu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tahun inovasi dan kreativiti atau Malaysia Inovatif 2010. Namun, persoalan muncul menjelang penghujung tahun, sama ada gerakan untuk inovasi dan kreativiti itu akan tamat dan terbengkalai selepas berakhirnya 2010.

Hakikatnya, Perdana Menteri menzahirkan Malaysia Inovatif 2010 untuk memupuk amalan inovasi dan menggalakkan pemikiran kreatif semua peringkat masyarakat tanpa mengira batasan masa, usia, jantina, bangsa, agama mahupun sosiekonomi.

Persoalan yang lebih utama sebenarnya, adakah maksud inovasi dan kreativiti itu sudah difahami ramai atau rakyat masih terikat dengan stigma pemikiran Barat?

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Dr. Raslan Ahmad berpendapat, masih ada di antara warga Malaysia yang menghadapi masalah salah tanggapan makna inovasi dan kreativiti.

"Ada yang hadapi halangan mental dan kekal dengan tanggapan kreativiti itu hanya melibatkan muzik dan kesenian sahaja sementara inovasi hanya melibatkan produk canggih atau baru sahaja.

"Kumpulan ini juga mungkin memikirkan hanya golongan penyelidik dan saintis sahaja yang inovatif," katanya.

Jelasnya, tanggapan sedemikian kekal kerana ada yang terikut-ikut budaya Barat yang menganggap benda baru sahaja yang inovatif dan inovasi hanya melibatkan teknologi canggih.

Beliau menegaskan, kreativiti dan inovasi secara ringkasnya adalah 'oleh dan untuk semua' iaitu semua orang boleh menyumbang dalam apa jua bentuk dan tidak terikat kepada kumpulan cerdik pandai tahap profesor sahaja.

"Sejak zaman dahulu lagi sudah ada pemikiran kreatif, inovatif mahupun imaginatif. Inovasi juga sesuatu yang lebih meluas dan tidak terikat kepada produk, aplikasi atau proses sahaja.

"Kreativiti dan inovasi boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang. Oleh itu, kedua-duanya tidak boleh dihadkan kepada kumpulan dan golongan tertentu sahaja," ujarnya.

Raslan menambah, kreativiti adalah idea sementara inovasi adalah pelaksanaan atau mengamalkan idea tersebut untuk mencapai tujuan asal idea itu ditimbulkan.

Jelas beliau, secara ringkasnya kreativiti dan inovasi umpama benih (idea kreatif) yang ditanam (inovasi) yang akhirnya membuahkan hasil yang diharapkan (produk inovasi).

Untuk itu katanya, agenda inovasi dan kreativiti akar umbi adalah sama penting dengan keperluan golongan atau tahap inovasi lain.

"Akar umbi bukan sahaja kumpulan di bahagian bawah satu sistem piramid, lebih penting lagi mereka adalah golongan majoriti yang sangat penting dan perlu diberi perhatian serupa dengan kumpulan kecil di atas.

"Inovasi adalah sesuatu yang mengubah hidup, bukan sekadar untuk diri sendiri malahan kehidupan masyarakat juga.

"Demi meningkatkan kesedaran, kemahiran dan taraf inovasi dan kreativiti akar umbi, mereka perlu faham bahawa ia boleh dilakukan sesiapa pun, dalam apa jua bentuk. Jika elemen ini ada, banyak masalah hidup dapat kita selesaikan," tegasnya.

YIM jelasnya, bertindak sebagai jambatan yang menghubungkan pelanggannya (pereka) dengan agensi kerajaan dan pihak yang berkaitan.

"YIM akan mengikut kehendak pereka sama ada dalam bentuk bahan keperluan, bantuan atau sekadar pengiktirafan sahaja. Kita perlu faham ada antara pereka ini tidak mahu menjadi usahawan komersil.

"Sebahagian pegawai agensi kerajaan terbabit juga sebelum ini hanya menunggu di pejabat untuk orang datang mengisi borang tetapi kini, kita bawa mereka turun padang untuk ketengahkan inovasi akar umbi," ujarnya.

Untuk tujuan itu, Jejak Inovasi siri pertama dilancarkan YIM di Melaka antara 15 hingga 17 Julai lalu bagi menjejaki inovasi masyarakat seterusnya mengiktiraf dan merangsang semangat membudayakan inovasi dalam kehidupan seharian.

"Di Melaka, kami menemui 16 orang pereka dengan 19 rekaan inovasi. Enam daripadanya kini telah disenarai pendek untuk dibangunkan dan diberi bantuan lanjut.

"Siri jelajah yang akan ke seluruh negara ini diadakan untuk menilai sejauh mana YIM boleh membantu, bergantung kepada tahap kesediaan produk tersebut digunakan atau ditambah nilai untuk pengkomersilan," jelasnya.

Raslan memaklumkan, YIM sendiri boleh melabur dalam pembangunan dan pengkomersilan rekaan tersebut tetapi semua bergantung kepada pengesahan status kerana dikhuatiri ada rekaan serupa telah didaftarkan hak milik oleh individu lain.

Tambahnya, rakan YIM iaitu Yayasan Inovasi Kebangsaan (NIF) India juga berminat untuk melabur dalam pengkomersilan produk inovasi dan kreativiti dari Malaysia.

"NIF India sendiri telah mengumpulkan data lebih 110,000 rekaan inovasi di negara itu sejak 10 tahun penubuhannya, ada di antaranya mempunyai persamaan dengan rekaan di Malaysia.

"Aplikasi produk praktikal dan ringkas hasil inovasi dan kreativiti akar umbi di Malaysia pasti mendapat sambutan di negara luar seperti India di mana masih ramai penduduknya berpendapatan rendah," katanya.

Beliau menjelaskan, pengkomersilan bersama adalah langkah terbaik memandangkan pasaran Malaysia lebih kecil sementara potensi besar wujud di negara besar seperti India.

"Inovasi dan kreativiti juga termasuk penyelesaian praktikal dan ringkas, bukan yang rumit dan canggih sahaja. Barang kecil juga boleh dipasarkan jika kena kumpulan sasarannya.

"YIM percaya, siapa pun boleh hasilkan sesuatu yang berguna dan bernilai untuk masyarakat. Jika universiti fokus kepada yang canggih, YIM akan fokus kepada yang praktikal dan ringkas untuk dibangunkan dan dikomersilkan," tegasnya.

YIM yang dilancarkan pada November 2008 dibentuk hasil keputusan Kabinet yang mahu perhatian turut diberi kepada inovasi akar umbi, serupa seperti inovasi di tahap universiti ke atas.

YIM bukanlah sebuah jabatan kerajaan tetapi sebuah yayasan dengan dana permulaan RM10 juta dan kini berkembang dengan bantuan pihak swasta.

Setiap bantuan dan dana disalurkan pihak swasta juga diberi pengecualian cukai penuh oleh kerajaan dengan lebih RM3 juta telah diterima YIM daripada pihak swasta sejak penubuhannya.

Kumpulan sasar yayasan itu termasuk belia antara umur 15 hingga 35 tahun; masyarakat luar bandar tanpa mengira sempadan negeri; wanita khususnya ibu tunggal serta usahawan wanita; serta orang kelainan upaya (OKU).

Maklumat lanjut mengenai YIM, fungsinya dan bantuan yang disediakan boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi www.yim.my atau menghubungi talian 03-89941714.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Songket Teh Collections ke Amerika Syarikat

Posted:

Songket Teh Collections ke Amerika Syarikat

Songket Teh Collections ke Amerika Syarikat

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar FAUZI BAHARUDDIN


Roslina Maliki (kiri) dan Siti Khotijah menunjukkan kurung songket yang telah siap di Teh Songket.


SONGKET merupakan warisan yang menjadi kebanggaan orang Melayu. Lazimnya ia dipakai oleh pengantin atau ketika menghadiri majlis-majlis rasmi.

Bagaimanapun pada masa sekarang ramai kaum lelaki yang memakai samping songket dan lengkap berbaju Melayu terutamanya pada hari Jumaat.

Ini sekali gus dapat membantu usaha kerajaan meninggikan taraf pendapatan pengusaha songket.

Keindahan dan kehalusan tenunan songket terutama yang dihasilakn menggunakan tenunan tradisional menjadikan harganya tinggi.

Apatah lagi jika tenunan songket tersebut menggunakan benang emas.

Justeru, tidak hairanlah sehelai samping songket mampu mencecah harga puluhan ribu ringgit.

Bagi peminat songket, bakal pengantin atau pemilik butik, nama Teh Collections bukan sesuatu yang asing.

Lebih 17 tahun menjalankan perniagaan songket di premis yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Teh Collections masih tetap bertahan walaupun kedudukannya boleh dikatakan agak tersorok.

Bertemu dengan pemiliknya, Roslina Maliki dan adiknya, Siti Khotijah, mereka mengakui pemakaian songket kini telah dipelbagaikan dan bukan lagi khusus untuk pengantin sahaja.

''Tidak semestinya pengantin sahaja yang boleh memakai songket. Mereka yang menghadiri majlis perkahwinan juga boleh memakainya. Malah pemakaian songket oleh tetamu akan menambah seri sesuatu majlis,'' kata Roslina ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, bagi memberi peluang kepada semua orang memiliki dan memakai songket, coraknya telah dikomersial dan dipelbagaikan.

Ukuran kain ini juga telah diubah supaya boleh dipakai oleh lelaki dan perempuan.

Setakat ini katanya, selain mendapat sambutan daripada pelanggan tempatan, songket Teh Collections turut mendapat permintaan daripada Persatuan Silat Gayung Amerika Syarikat untuk samping dan tanjak.

Dalam pada itu menjelang hari raya tidak lama lagi, Teh Collections menjual kain songket dalam ukuran bagi samping lelaki dan yang boleh dibuat baju wanita.

''Ukuran sebegini sesuai bagi suami isteri yang mahukan baju raya yang sedondon.

"Selain cantik dan eksklusif, baju songket ini juga tahan lama dan boleh disimpan untuk dipakai oleh anak-anak pula.

"Ini kerana kain songket tidak lekang dek panas dan tidak lapuk dek hujan.

''Selepas raya, baju songket boleh pula dipakai ke pejabat pada hari Jumaat atau jika ada majlis-majlis tertentu," katanya.

Menurut Roslina, terdapat banyak pilihan warna untuk samping yang boleh dipadankan dengan baju Melayu seperti warna coklat, ungu, biru firus, oren dan lemak ketam.

''Pada masa kini pelanggan lebih sukakan warna-warna kontra. Contohnya baju Melayu biru dipakai bersama-sama samping warna merah. Berbeza dengan tahun-tahun dahulu di mana orang suka yang sedondon.

''Selain samping untuk lelaki dewasa, kami juga menyediakan samping kanak-kanak, kain pelikat dan kain batik sarung yang boleh dijadikan cenderahati atau sedekah,'' tambahnya.

Menurut Roslina lagi, bagi keselesaan pemakai, kain songket yang dijual di Teh Collections dibuat daripada fabrik kapas bercampur poliester yang selesa dan lembut.

Harganya juga amat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan.

"Ramai yang mahukan yang cantik dan murah namun terdapat juga pelanggan yang inginkan songket yang berkualiti tinggi walaupun harganya agak mahal,'' jelas Roslina yang banyak dibantu oleh, Siti Khotijah.

Kepada yang berminat dengan songket Teh Collections, boleh menghubungi Roslina di 012-6698429 atau lawati laman sesawang tehsongket.blogspot.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ibu Glow, ibu menawan

Posted:

Ibu Glow, ibu menawan

Ibu Glow, ibu menawan

BUKAN mudah mencari seorang individu yang bukan sahaja mempunyai personaliti menarik dan berkeyakinan tinggi tetapi juga mempunyai sikap positif terhadap pengambilan mikronutrisi buat kulit.

Itu yang cuba ditonjolkan mengenai kriteria pemenang, seorang ibu yang boleh berkongsi mesej dan memberikan kesedaran kepada para wanita di negara ini menerusi malam yang penuh glamor dan gemerlapan, Malam Gala Glowing Youthful Mother Contest yang berlangsung pada 30 Jun lalu.

Bertempat di Pusat Konvensyen Sime Darby, seiring dengan konsep 'ala ratu cantik', Toh Mi Mi, 38, telah dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Glowing Youthful Mother. Dia merupakan seorang ibu kepada dua orang anak dan berkerjaya sebagai peguam. Dia membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta bekalan suplemen kesihatan kulit Glow dan Pynocare dari Mega Lifesciences Sdn. Bhd.

Tempat kedua jatuh kepada Umayaal Vanthini, 33, ibu kepada dua orang anak dan merupakan seorang doktor. Dia membawa pulang wang tunai RM3,000 manakala seorang guru dan juga ibu kepada dua orang anak, Juliana Mohamed, menduduki tempat ketiga dengan menerima wang tunai RM2,000. Mereka turut menerima produk daripada Mega Lifesciences Sdn. Bhd.

Ketiga-tiga wanita ini adalah contoh ibu jelita yang menawan, bukan sahaja mempunyai keanggunan malah keyakinan membuatkan keperibadian mereka terserlah di pusingan akhir pertandingan.

Mereka juga contoh kepada wanita moden yang mementingkan pengambilan nutrisi yang betul untuk mengekalkan kejelitaan dan keremajaan kulit dari dalaman dan luaran.

Secara kebetulan, ketiga-tiga ibu ini datangnya dari latar belakang bangsa yang berbeza, namun mereka berkongsi perspektif yang sama dalam memperkasa wanita mengenai kesihatan dan kecantikan diri dari dalaman.

Kehidupan moden yang bergerak pantas serta gaya hidup yang sentiasa sibuk meninggalkan risiko yang buruk kepada para wanita. Mereka harus memastikan kehendak dalam bidang profesional dipenuhi dan keperluan buat keluarga dizahiri.

Lanjutan dari itu wanita mula mengabaikan pentingnya menjaga dan memanjakan diri sendiri. Tekanan daripada kehidupan seharian menjadi faktor kepada pengambilan diet tidak seimbang yang menyebabkan malnutrisi kepada kulit mereka, sekali gus membuatkan kulit matang sebelum usia serta memberikan kesan negatif seperti kulit kusam, kasar, berkedut dan tona tidak sekata.

Justeru, Mega Lifesciences Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang komited dalam meningkatkan kesihatan umum dan peneraju dalam bidang kesihatan kulit , melancarkan peraduan kecantikan yang dinamakan Peraduan Glowing Youthful Mother.

Peraduan ini sebuah wahana untuk memberi kesedaran dan mendidik wanita tentang konsep anti-penuaan serta berkongsi rahsia untuk kelihatan muda dan remaja melalui pengambilan nutrisi yang betul bagi memangkin kesihatan dalaman kulit.

Peraduan yang dilancarkan pada Mac lalu telah menerima 500 borang penyertaan oleh para ibu di seluruh negara yang berusia di antara 30-an, 40-an dan 50-an melalui laman facebook www.facebook.comglowforever serta laman sesawang rasmi peraduan www.glowing-youthfulmothercontest.my.

Malam penuh glamor itu diadili panel juri Rosy Senanayake iaitu seorang ahli politik, aktivis sosial, bekas ratu cantik dan duta Glow dari Sri Lanka; pelakon Noniswara Baharudin; Penerbit Filem, Nancie Foo serta Pengarah Serantau Mega Lifesciences Sdn. Bhd., Sudhir Ghandi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved